You are on page 1of 8

KURSUS INDUKSI UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN

KUMPULAN 1 DAN YANG SETARAF DENGAN GRED 27 & 29

NAMA KUMPULAN: KUMPULAN 8 (DINAMIK)

TUGASAN BERKUMPULAN
BAHAGIAN: DASAR- DASAR KERAJAN

NO. SOALAN: 1

Huraikan bagaimanakah Dasar Pendidikan Negara (DPN) dapat membantu


mewujudkan perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia?

Sinopsis: Bagaimana DPN membantu mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia

Zaman Dasar
Senario Dasar Pendidikan Kronologi Dasar Ekonomi Baru
Negara Sebelum Merdeka Pendidikan Negara Selepas (1971-1990)
Merdeka

Zaman Dasar
Pembangunan
Kronologi Dasar Zaman Pasca Merdeka Negara
Pendidikan Negara (1957-1970) (1991-2000)
Sebelum Merdeka
 Penyata Barnes, 1950  Laporan Rahman Talib,
 Laporan Fenn-Wu, 1951 1960 Zaman Dasar
 Akta Pelajaran, 1961 Wawasan Negara
 Ordinan Pelajaran, 1952
(2001-2010)
 Penyata Razak, 1956

Penyatupaduan kaum

Pemantapan sistem pendidikan


(sumber manusia, infrastruktur, kemudahan dan bahan pembelajaran)

Merapatkan jurang kaya dan miskin, bandar dan luar bandar, jantina

Mewujudkan tenaga rakyat terlatih (tingkat kemahiran & inovasi)

Melahirkan masyarakat berdisiplin


Definisi Tajuk

a) Dasar
Menurut Kamus Dewan, dasar bererti pertimbangan (cara, sistem) yang menjadi pokok
berkenaan sesuatu. Asas, prinsip, teras, pendirian yang menjadi asas segala tindakan
(sikap, keputusan, polisi)

b) Pendidikan
 Pendidikan pula berasal dari perkataan didik yang bermaksud pelihara, jaga, ajar
(dengan berhati-hati).
 Menurut Hasan Langgulung, pendidikan ialah satu proses hasilnya perubahan
jasmani, jiwa, intelektual, emosi melalui tunjuk ajar.
 Manakala bagi Dr. Abd Halim El- Muhammady, pendidikan ialah proses terus
pengajaran, latihan, bimbingan, pimpinan pelbagai ilmu, nilai agama, budaya.

c) Dasar Pendidikan Negara


Jika digabungkan perkataan diatas dapatlah diterjemahkan, Dasar Pendidikan Negara
sebagai satu set ketetapan, undang-undang dan peraturan sebagai asas perlaksanaan
sesuatu sistem pendidikan di sesebuah negara.

Pendahuluan

Dasar pendidikan negara sebelum merdeka mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan


yang terasing di antara satu sama lain, iaitu sekolah Inggeris, Melayu, Cina, India dan
agama. Sejak tahun 1946, British sedar satu sistem pendidikan yang bercorak
kebangsaan harus diwujudkan bagi menyatukan masyarakat yang berbilang kaum.
Kesedaran ini terbukti dalam Rancangan Cheessmen yang mencadangkan sekolah
Inggeris sebagai asas penyatuan sistem persekolahan. Usaha-usaha telah dijalankan
untuk menuju ke arah penyatuan sistem pendidikan. Selepas merdeka, usaha
mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan diteruskan. Dasar pendidikan kini
lebih bertujuan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Satu dasar pendidikan yang lebih baik adalah penting bagi
membentuk negara yang stabil, bersatu-padu dan progresif.

Kronologi Dasar Pendidikan Negara Sebelum Merdeka

Penyata Barnes, 1950

Pada Ogos 1950, satu jawatankuasa yang diketuai oleh L.J. Barnes ditubuhkan bagi
mengkaji masa depan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Setelah menjalankan kajian,
satu penyata yang dikenali sebagai Penyata Barnes disediakan dan dikemukakan
kepada Kerajaan British pada tahun 1951. Panyata ini mengandungi syor-syor yang
dikemukakan oleh jawatankuasa ini. Antara syor-syor ini ialah:
a. Sekolah vernakular digantikan dengan sekolah kebangsaan.

b. Sekolah kebangsaan dibuka kepada semua kaum dan diajar oleh guru dari
pelbagai kaum dan keturunan.

c. Sekolah rendah – Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa


pengantar. Sekolah menengah – Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar.

d. Semua murid diberi pelajaran percuma di sekolah rendah selama 6 tahun.


Penyata ini dibantah oleh kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu
membantah kerana kedudukan Bahasa Melayu tidak diberi kedudukan yang
wajar. Bagi Cina, sekolah kebangsaan dianggap seolah-olah mengancam
kebudayaan dan Bahasa Cina yang mereka banggakan. Orang India menentang
kerana permintaan mereka supaya kedudukan sekolah Tamil dikaji telah ditolak
oleh kerajaan.

Laporan Fenn-Wu, 1951

Pada tahun 1951, kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji
kedudukan sekolah Cina. Jawatankuasa ini dketuai oleh Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu
Teh-Yao. Tugas utama jawatankuasa Fenn-Wu ialah mengkaji kemungkinan
menjadikan sekolah Cina yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
sebagai pengantar dan Bahasa Cina sebagai satu matapelajaran pilihan. Syor-syor
yang dikemukakan ialah:

a. Sekolah Cina dikekalkan tetapi kurikulumnya berdasarkan latar belakang


tempatan.

b. Sekolah Cina menyokong konsep penggunaan 3 bahasa sebagai bahasa


pengantar supaya perpaduan di antara kaum tidak terjejas. Laporan Fenn-Wu
ditolak oleh UMNO kerana tidak menguntungkan orang Melayu

Ordinan Pelajaran, 1952

Pada bulan September 1952, satu jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi
mengkaji Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Jawatankuasa ini mengesyorkan
beberapa cadangan yang kemudian diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1952. Antara
cadangannya ialah:

a. Penubuhan 2 jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa


Melayu sebagai bahasa pengantar.

b. Pelajaran selama 6 tahun dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar di sekolah rendah.
c. Sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Barnes dilaksanakan.

d. Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah
kebangsaan. Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana
berlakunya Darurat.

Penyata Razak, 1956

Jawatankuasa Razak ditubuhkan pada 30 September 1955 untuk mengkaji Ordinan


Pelajaran 1952. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein.
Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan
pada bulan April 1956. Berikut ialah kandungan Laporan Razak:

1. Sekolah rendah
a. Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil
sebagai bahasa pengantar.
b. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib.
c. Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran Inggeris diberi peluang
mempelajari bahasa ibundanya jika ada 15 orang atau lebih murid ingin belajar.
d. Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan mendapat
latihan sepenuh masa setahun dan separuh masa 2 tahun.

2. Sekolah menengah
a. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sekolah menengah
rendah (3 tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun).
b. Satu jenis sekolah menengah sahaja yang Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
sebagai matapelajaran wajib.
c. Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan yang sama.
d. Bagi memasuki sekolah menengah, mesti lulus peperiksaan memasuki sekolah
menengah.

3. Sistem peperiksaan
a. Sekolah menengah rendah: Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan
bersama) dan mesti lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi memasuki
sekolah menengah atas.

b. Sekolah menengah atas: Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk


memperolehi Sijil Persekutuan Tanah Melayu yang sama taraf dengan
Cambridge Overseas Certificate.

c. Pra-U: Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi Sijil Tinggi


Pelajaran (STP/HSC) untuk memasuki universiti.
Laporan Razak telah diluluskan pada April 1957 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan
Pelajaran 1957. Laporan Razak ditentang oleh orang Melayu kerana tiada ketegasan
dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan. Orang Cina menentang kerana sesetengah
cadangan dikatakan mengabaikan pendidikan Bahasa Cina.

Kronologi Dasar Pendidikan Negara Selepas Merdeka

Laporan Rahman Talib, 1960

Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji


semula perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan satu
sistem pendidikan kebangsaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji
Talib. Beberapa syor telah dikemukakan:
1. Bahasa kebangsaan
a. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah
menengah dan institusi pengajian tinggi.
b. Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu.
c. Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah menengah.

2. Kelas peralihan
Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) yang ingin
bertukar ke sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris.

3. Kenaikan automatik
a. Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah dan sekolah
menengah bantuan kerajaan.
b. Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik iaitu 6 tahun
sekolah rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah.
c. Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira bahasa
pengantarnya.

4. Matapelajaran akhlak
a. Murid beragama Islam – Pendidikan Islam.
b. Murid bukan beragama Islam – Pendidikan Moral.

Akta Pelajaran, 1961

Syor-syor Laporan Rahman Talib akhirnya digubal menjadi Akta Pelajaran 1961.
Melalui akta ini:

a. Semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama tanpa mengira aliran


sekolah.
b. Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dari sekolah rendah ke sekolah
menengah sampai institusi pengajian tinggi.

c. Umur minimum meninggalkan sekolah – 15 tahun.

Senario dan kronologi di atas menunjukkan usaha- usaha di kalangan pemimpin dari
zaman penjajahan sehingga ke zaman selepas merdeka untuk menyatupadukan kaum
di bawah satu Dasar Pendidikan Negara.

Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk
mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan
dalam tahun 1979. Tujuan memperbaiki pelaksanaannya Dasar Pendidikan Negara
adalah bermatlamat untuk memastikan pencapaian pembangunan negara diperoleh
dengan:-

1. melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin;


2. memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih

Nyata sekali daripada tujuan memperbaiki Dasar Pendidikan Negara berdasarkan syor
diterbitkan 1979 menunjukkan bahawa perpaduan merupakan sebahagian daripada
matlamat negara. Sejak sebelum merdeka misi untuk menyatupadukan kaum di negara
telah dijalankan, dan rentetan kronologi menjadi bukti bagaimana Dasar Pendidikan
Negara ini berterusan dilaksanakan sepanjang zaman. Berikut adalah strategi yang
masih dilaksanakan kerajaan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat
berbilang kaum di Malaysia:-

a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama

Kedudukan serta peranan Bahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan ini


ternyata terkandung dalam beberapa dokumen penting kerajaan. Artikel 152
Perlembagaan Persekutuan telah mewujudkan satu Bahasa Kebangsaan iaitu
Bahasa Melayu. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah melaksanakan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa rasmi tunggal negara ini. Akta Pelajaran 1961 dan
Rancangan Lima Tahun Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menjadikan
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama adalah satu prinsip asas
Dasar Pendidikan Negara. Rakyat Malaysia menerima hakikat bahawa Bahasa
Kebangsaan adalah tali penghubung terpenting dalam usaha memupuk
perpaduan rakyat kerana ia boleh berperanan sebagai bahasa pengantaraan
untuk masyarakat kita yang berbilang kaum. Malah, Bahasa Melayu telah
diimbangi dengan hak untuk mengguna, mengajar dan mempelajari apa-apa
bahasa. Bahasa Melayu juga diwajibkan penggunaannya dalam maksud rasmi di
negara kita. Selaras dengan kedudukan serta peranannya, bolehlah dikatakan
Bahasa Kebangsaan diajar sebagai salah satu matapelajaran penting di semua
peringkat dan jenis sekolah di Malaysia. Walaupun terdapat Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), ia tetap
diwajib untuk mengajar Bahasa Kebangsaan sebagai subjek utama kerana ia
merupakan bahasa perhubungan dan perpaduan bagi negara kita. Sebenarnya,
melalui bahasa kita dapat meningkatkan perpaduan kerana komunikasi yang
berjalan dengan lancar dan masyarakat akan saling faham kehendak satu pihak
yang lain. Penggunaan bahasa yang seragam dapat membantu menghilangkan
perasaan prasangka kerana setiap golongan masyarakat menggunakan bahasa
yang difahami malah ia akan banyak membantu menangani masalah salah
faham konteks maksud ayat yang ingin disampaikan.

b) Mengadakan Kurikulum Kebangsaan yang sama dan berorientasikan


Malaysia bagi semua jenis sekolah.

Kurikulum dalam pendidikan kebangsaan juga penting dalam perpaduan negara.


Kurikulum merupakan satu usaha ke arah mewujudkan berbagai-bagai program
pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan murid dan pelajar menerima
ilmu pengetahuan, memperkembang dan meningkatkan kemahiran serta
menghayati nilai-nilai yang dihasratkan dalam falsafah Dasar Pendidikan
Negara. Di negara ini, penggunaan kurikulum di sekolah adalah sama iaitu
berdasarkan Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan merupakan satu
lagi ciri dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk mewujudkan
keperibadian kebangsaan ke arah pembentukan perpaduan negara. Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) di negara ini telah digubal sedemikian demi mencapai dasar
perpaduan. Bagi sekolah rendah, kurikulumnya digubal untuk memberi
kemahiran asas dan menerapkan perkembangan ilmu pengetahuan dan
sosialisasi di kalangan murid-murid sekolah rendah. Manakala, sekolah
menengah pula merupakan kesinambungan sekolah rendah dan ia pula
menekankan pendidikan yang seimbang dan bersepadu. Melalui pelaksanaan
ini, diyakini ia mampu mewujudkan jenis rakyat yang diingini.iaitu sebagai satu
asas untuk membentuk perpaduan di kalangan murid-murid yang mendapat
pendedahan bermula dari alam persekolahan lagi. Pendedahan sejak awal dapat
memupuk semangat patriotisme yang tinggi misalnya melalui subjek sejarah. Hal
ini kerana, subjek ini menceritakan kisah perjalanan pembentukkan negara sejak
awal lagi. Ia turut memuatkan semangat perjuangan pejuang tanah air untuk
menuntut kemerdekaan. Secara tidak langsung semangat patriotisme meresap
dalam diri pelajar yang belajar mengenainya. Malah, sukatan pelajaran yang
sama juga menyumbang kepada perpaduan negara.

c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Dasar Pendidikan Negara juga menetapkan bahawa peperiksaan awam yang


diduduki oleh pelajar-pelajar haruslah sama atau seragam. Jelas, semua institusi
pendidikan harus menyediakan peperiksaan yang sama agar tidak wujud
masalah tentang tahap kelayakan seseorang untuk memasuki tahap yang lebih
tinggi. Pendidikan Kebangsaan telah menetapkan setiap murid atau pelajar wajib
mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Sijil Rendah Pelajaran
(SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia
(SPM) atau Sijil Peperiksaan Malaysia Vokasional (SPMV), dan Sijil Tinggi
Peperiksaan Malaysia (STPM). Melalui sistem peperiksaan yang sama, semua
murid atau pelajar akan menempuhi peringkat pembelajaran yang sama tanpa
mengira dari mana aliran sekolah mereka.

d) Meningkatkan mutu pendidikan semua aliran sekolah dengan menyediakan 


pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu
e) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan
peruntukan secara adil kepada semua aliran sekolah dan memberi perhatian
khas kepada  kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar
atau pendalaman
f) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin bagi mewujudkan
satu bangsa yang saling menghormati
g) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-
pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

Penutup

Secara kesimpulannya, jelaslah bahawa Dasar Pendidikan Negara (DPN) diwujudkan


dengan hasrat utamanya adalah untuk menyediakan satu teras dan garis panduan
dalam mempertingkatkan sistem pendidikan di Malaysia dengan mengutamakan nilai-
nilai perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Dasar ini bukan sahaja
penting malah menjadi nadi dalam menggerakkan misi negara ke arah sebuah negera
maju menjelang 2020.

Bibliografi
1. Abd. Halim El-Muhammady, Pendidikan Islam : Peranannya dalam
Pembangunan Ummah, 1994, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur
Tengah, Selangor Darul Ehsan.
2. Hasan Langgulung, Asas-Asas Pendidikan Islam, 1991, Dewan bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
3. Kamus Dewan, 1989, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
4. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2003, Falsafah Pendidikan Dan
Kurikulum, Tanjong Malim, Quantum Books

You might also like