You are on page 1of 4

KUIZ MENGENALI DAN MENCINTAI RASULULLAH

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH


1432 HIJRAH (2011 MASIHI)
ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SK KELANA JAYA 2
Arahan : Bulatkan jawapan yang betul.

1. Bilakah Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan ?

A. 12 Rabiul Awal 570 M (Isnin)


B. 12 Rabiul Akhir 570 M (Isnin)
C. 12 Rabiul Awal 570 M (Jumaat)

2. Sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, angkatan tentera bergajah pimpinan


………………….. hendak menyerang Kaabah.

A. Abu Lahab
B. Ibrahim
C. Abrahah

3. Tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dikenali sebagai Tahun …………………….

A. Unta
B. Gajah
C. Burung

4. Nabi Muhammad s.a.w berbangsa …………………….. dan berketurunan ………………………..

A. Arab, Jahiliah
B. Arab, Quraisy
C. Arab, Parsi

5. Siapakah nama ibu kandung Nabi Muhammad s.a.w ?

A. Aminah
B. Ummu Aiman
C. Suwaibah

6. Siapakah nama bapa Nabi Muhammad s.a.w ?

A. Abu Thalib
B. Ubaidullah
C. Abdullah

7. ...................... adalah datuk Nabi Muhammad s.a.w sebelah ibu.

A. Abdul Muthalib
B. Abu Bakar
C. Wahab
1
8. Berapa lamakah ibu kandung Nabi Muhammad s.a.w menyusukan baginda ?

A. empat tahun
B. tiga tahun
C. beberapa hari

9. Antara ibu susu Nabi Muhammad s.a.w adalah .......................

A. Suwaibah Al- Aslamiah


B. Khadijah
C. Aisyah

10. Halimatus Saadiah telah menjaga Nabi Muhammad s.a.w selama .........................

A. beberapa hari
B. empat tahun
C. dua tahun

11. Nabi Muhammad s.a.w dibesarkan di sebuah desa iaitu ................................

A. Bani Hasyim
B. Bani Saad
C. Bani Said

12. Bapa Nabi Muhammad s.a.w meninggal dunia semasa baginda masih di dalam kandungan. Di
manakah bapa baginda meninggal dunia ?

A. Yathrib
B. Abwa'
C. Yaman

13. Nabi Muhammad s.a.w telah kehilangan ibu semasa baginda berumur ........................ tahun.

A. empat
B. enam
C. tujuh

14. Setelah kematian ibu, baginda telah diserahkan oleh pengasuhnya yang
bernama ......................... kepada datuk baginda.

A. Ummu Haikal
B. Ummu Asyraf
C. Ummu Aiman

2
15. Apakah nama datuk Nabi Muhammad s.a.w yang memelihara baginda selepas kematian ibu
baginda ?

A. Abdul Muthalib
B. Abdul Thalib
C. Abu Thalib

16. Nabi Muhammad s.a.w dipelihara oleh datuk baginda selama .........................

A. satu tahun
B. dua tahun
C. tiga tahun

17. Berapakah umur Nabi Muhammad s.a.w ketika datuk baginda meninggal ?

A. empat tahun
B. enam tahun
C. lapan tahun

18. Siapakah yang memelihara Nabi Muhammad s.a.w setelah kematian datuk baginda?

A. Abu Lahab
B. Abu Jahal
C. Abu Thalib

19. Apakah hubungan Abu Thalib dengan Nabi Muhammad s.a.w ?

A. Bapa saudara baginda


B. Sepupu baginda
C. Datuk baginda

20. Nabi Muhammad s.a.w telah diajar oleh Abu Thalib menjadi seorang yang ..........................

A. berdikari
B. pemalas
C. pemarah

21. Baginda membantu …………… berniaga semasa kecil.

A. ibu baginda
B. bapa saudara baginda
C. datuk baginda

22. Baginda mengembala ………………… semasa kecil.

A. kambing
B. unta
C. lembu

3
23. Apakah gelaran yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w kerana sikap jujur baginda ?

A. Al-Iman
B. Al-Amin
C. Al-Amanah

24. Ke manakah Nabi Muhammad s.a.w pergi berniaga ?

A. Syam
B. Abwa'
C. Yaman

25. Siapakah pembantu Nabi Muhammad s.a.w semasa berniaga ?

A. Siti Sarah
B. Maisarah
C. Fatimah

26. Nabi Muhammad s.a.w berkahwin dengan Khadijah semasa baginda berumur ..............

A. 35 tahun
B. 40 tahun
C. 25 tahun

27. Salah seorang daripada anak-anak baginda ialah ....................

A. Aisyah
B. Fatimah
C. Hafsah

28. Nabi Muhammad s.a.w telah dipilih menjadi ..................... dalam peristiwa perletakan
Hajarul Aswad.

A. hakim
B. peniaga
C. jurucakap

29. Hajarul Aswad terletak di penjuru sebelah ...................... Kaabah.

A. Utara
B. Selatan
C. Timur

30. Hajarul Aswad adalah sekumpulan .............................. hitam.

A. kayu
B. serbuk
C. batu

You might also like