You are on page 1of 20

SURAT PERAKUAN

Saya dengan ini mengaku bahawa semua tugasan saya dalam kerja kursus PERNIAGAAN
DAN KEUSAHAWANAN ialah kerja ASAL yang saya sediakan sendiri dalam perkataan
saya dan saya tidak menciplak mahupun memplagiat mana- mana bahagian dalam tugasan
yang dihantar.

Saya dengan ini mengaku yang:

i. Telah mengaku bahawa setiap kerja dan idea di dalam tugasan saya diambil dari
bahan bercetak dan sumber elektronik yang didaftarkan,
ii. Tidak menyalin bulat- bulat dari mana- mana sumber ataupun mana- mana pelajar,
iii. Tidak membenarkan mana- mana pelajar untuk menyalin laporan saya; dan
iv. Dengan seikhlas hati mengungkap setiap kata yang diucapkan oleh penulis tertentu
dalam kertas kerja saya.
Jadi, dengan ini, saya, Ahmad Farid bin Mohamed faham sekiranya perkara di atas tidak
dipatuhi ataupun didapati menipu mana- mana bahagian, Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Perlis mempunyai hak sepenuhnya untuk mengambil tindakan tatatertib seperti mana
yang dinyatakan dalam “Buku Panduan Pelajar” terkini.

____________________

Nama : AHMAD FARID BIN MOHAMED

No KP. : 890308-11-5283
SURAT PERAKUAN

Saya dengan ini mengaku bahawa semua tugasan saya dalam kerja kursus PERNIAGAAN
DAN KEUSAHAWANAN ialah kerja ASAL yang saya sediakan sendiri dalam perkataan
saya dan saya tidak menciplak mahupun memplagiat mana- mana bahagian dalam tugasan
yang dihantar.

Saya dengan ini mengaku yang:

i. Telah mengaku bahawa setiap kerja dan idea di dalam tugasan saya diambil dari
bahan bercetak dan sumber elektronik yang didaftarkan,
ii. Tidak menyalin bulat- bulat dari mana- mana sumber ataupun mana- mana pelajar,
iii. Tidak membenarkan mana- mana pelajar untuk menyalin laporan saya; dan
iv. Dengan seikhlas hati mengungkap setiap kata yang diucapkan oleh penulis tertentu
dalam kertas kerja saya.
Jadi, dengan ini, saya, Muhamad Ikhwan Bin Mat Jusoh faham sekiranya perkara di atas tidak
dipatuhi ataupun didapati menipu mana- mana bahagian, Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Perlis mempunyai hak sepenuhnya untuk mengambil tindakan tatatertib seperti mana
yang dinyatakan dalam “Buku Panduan Pelajar” terkini.

____________________

Nama : MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH

No KP . : 890823-03-5501
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


PENGHARGAAN

Melalui ruang ini, kami merasa bersyukur kerana dengan keizinan-Nya, tugasan ini

dapat disiapkan dengan sempurnanya.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada pensyarah, En. Amran Bin Pa yang banyak

memberi dorongan dan tunjuk ajar serta peransang sepanjang membuat tugasan ini.

Selain daripada itu, beliau juga banyak memberi nasihat, berkongsi pengalaman dan

ilmu pengalaman dengan kami dalam proses menyiapkan tugasan Perniagaan dan

Keusahawanan ini.

Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas, PISMP Reka Bentuk dan

Teknologi (A) yang tidak henti-henti membuat kritikan serta membetulkan segala

kesilapan dan berkongsi pendapat. Walaupun tugasan ini merupakan tugasan secara

kumpulan, rakan-rakan tidak lokek untuk berkongsi dan membantu bersama.

Penghargaan ini juga kepada pensyarah-pensyarah lain yang sanggup meluangkan

masa untuk memberi maklumat dan berkongsi pengalaman mengenai pengetahuan

Perniagaan dan Keusahawanan.

Sekian, terima kasih


PENGENALAN
ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Penyatan kewangan (atau laporan kewangan) ialah rekod formal kegiatan-

kegiatan kewangan sesebuah perniagaan, orang perseorangan, atau entiti-entiti yang

lain.

Penyata kewangan memberikan pandangan keseluruhan keadaan kewangan jangka

pendek serta jangka panjang bagi sesuatu perniagaan atau orang perseorangan.

Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan dengan cara

berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami dikenali sebagai penyata

kewangan. Terdapat empat penyata kewangan yang asas:

1. Kunci kira-kira: Juga dirujuk sebagai penyata kedudukan atau keadaan

kewangan, ia melaporkan aset, liabiliti, dan equiti pemilik syarikat pada sesuatu

titik masa.

2. Penyata pendapatan: Juga dirujuk sebagai penyata Untung Rugi (atau "P&L"), ia

melaporkan pendapatan, belanja, dan untung pada sesuatu tempoh. Ini

termasuk jualan dan pelbagai belanja yang dikenakan sewaktu pemprosesan.

3. Penyata untung tertahan: Menerangkan perubahan dalam untung tertahan

syarikat pada sepanjang tempoh pelaporan.

4. Penyata aliran tunai: Melaporkan kegiatan aliran tunai syarikat, khususnya

kegiatan operasi, pelaburan, dan kewangan.


PENGENALAN

Penyata kewangan sesebuah firma berguna kepada kumpulan pengguna dan


pihak-pihak yang berkepentingan untuk menilai prestasi firma tersebut. Pengguna-
pengguna penyata kewangan biasanya terdiri daripada pihak dalaman dan luaran
syarikat.

Pengguna Dalaman

Pihak dalaman mewakili pihak pengurusan yang menggunakan penyata


kewangan untuk membuat analisis dan perbandingan prestasi setiap jabatan atau
perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya. Ini penting untuk tujuan perancangan
dan pengawalan.

Kesatuan sekerja juga merupakan pengguna penyata kewangan firma. Prestasi


syarikat akan memberi petunjuk kepada persatuan sekerja tentang kadar pembayaran
gaji dan imbuhan adakah selari dengan pencapaian syarikat bagi sesuatu tempoh
masa. Maklumat ini akan digunakan dalam proses perundingan atau tuntutan bayaran
gaji.

Pengguna Luaran

Pihak luaran juga berminat untuk mendapatkan maklumat kewangan sesebuah


firma. Pihak-pihak seperti pemegang syer, pemegang debentur, bakal pelabur, syarikat
kewangan ,pemiutang mahupun pesaing berminat untuk meneliti prestasi kewangan
syarikat.
 Pemegang syer pastinya memerlukan maklumat kewangan syarikat untuk
mengetahui keberuntungn syarikat dan peratus pembayaran dividen atau
perkembangan perniagaan.
 Bagi pemegang-pemegang debentur pula ingin memastikan kebolehan syarikat
untuk membayar faedah dan kemampuan syarikat membayar balik debentur.
 Maklumat kewangan juga berguna kepada bakal-bakal pelabur yang ingin
membuat pelaburan baru untuk memilih syarikat yang boleh memberi pulangan
pelaburan yang tinggi.
 Syarikat-syarikat kewangan dan syarikat kredit juga sentiasa mengikuti
perkembangan prestasi kewangan syarikat untuk menilai kedudukan syarikat
tersebut sama ada mampu membayar balik pinjaman atau untuk meluluskan
pinjaman baru.
 Pemiutang-pemiutang juga berminat untuk melihat kecairan modal kerja
syarikat , adakah syarikat mampu bayar liabilitinya dalam tempoh yang telah
ditetapkan.
 Begitu juga dengan pesaing-pesaing dalam industri yang sama akan sentiasa
menggunakan maklumat kewangan syarikat untuk membuat perbandingan
dengan prestasi mereka.

Matlamat penyata kewangan adalah untuk memberi gambaran sebenar mengenai


kedudukan kewangan sesebuah syarikat termasuklah kedudukan kewangan semasa,
prestasi masa lampau dan prospek masa hadapan. Oleh kerana itulah, laporan penyata
kewangan hendaklah menuruti konvensyen pendedahan penuh (full disclosure) yang
telah ditetapkan dalam Financial Reporting Standards (FRS) oleh Malaysian
Accounting Standards Board (MASB). FRS telah menetapkan maklumat-maklumat
minimum yang perlu dilaporkan dalam Penyata Tahunan sesebuah syarikat.

Sumber utama maklumat yang digunakan untuk membuat analisis termasuklah :

1. penyata pendapatan
2. kunci kira-kira
3. penyata aliran tunai
4. nota kepada penyata kewangan
5. kaedah perakaunan yang digunakan
6. keputusan-keputusan kewangan yang telah dibuat
7. laporan juruaudit
8. data kewangan untuk tahun sebelumnya untuk perbandingan

KAEDAH ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Dua kaedah yang biasa digunakan untuk menganalisis penyata kewangan ialah
Analisis Perbandingan dan Analisis Nisbah.

ANALISIS PERBANDINGAN

Analisis perbandingan dibuat berdasarkan kepada 3 asas iaitu :

1. Asas Intera Syarikat - data-data dalam syarikat itu sendiri dibandingkan dengan
item-item yang serupa tetapi dalam tahun yang berlainan.
2. Asas Antara Syarikat - item-item dibandingkan antara satu syarikat dengan
syarikat yang lain dalam tahun yang sama sama ada syarikat itu merupakan
syarikat subsidari dalam satu syarikat induk atau syarikat yang sama industrinya
tetapi secara individu.
3. Asas Purata Industri - perbandingan dibuat dengan purata industri di mana
syarikat itu beroperasi. Contoh Syarikat A (syarikat barangan elektrik) dibanding
dengan angka industri dari pelbagai syarikat pengeluar barangan elektrik.
Dua jenis analisis perbandingan adalah secara menegak dan secara melintang.

Analisis menegak menganalisis komponen atau item dalam penyata pendapatan


dan kunci kira-kira menggunakan peratusan yang relatif. Bermaksud , setiap item
dibandingkan dengan satu item asas dalam penyata pendapatan contohnya jualan
bersih dan dalam kunci kira-kira item dibandingkan dengan jumlah aset bersih.

Analisis melintang (analisis arah aliran) pula membuat perbandingan data-data


laporan kewangan dengan menggunakan satu tahun tertentu sebagai tahun asas
perbandingan. Contohnya, peratus pulangan atas jualan tahun 2002 dan tahun 2003
dibandingkan dengan peratus tahun 2001 yang dijadikan tahun asas perbandingan.

ANALISIS NISBAH

Analisis nisbah digunakan untuk menunjukkan hubungan antara satu kuantiti dengan
kuantiti yang lain. Hubungan ditunjukkan dalam bentuk peratus, kadar atau nisbah.
Analisis nisbah boleh dibahagikan kepada :

1. Nisbah Kecairan
2. Nisbah Keberuntungan
3. Nisbah Mampu Bayar

Nisbah Kecairan

Nisbah kecairan mengukur kemampuan jangka pendek sesebuah syarikat untuk


membayar hutang atau obligasi-obligasi mereka yang sudah cukup tempoh dan untuk
memenuhi keperluan tunai yang tidak dijangka. 5 jenis nisbah yang digunakan dalam
analisi nisbah kecairan adalah :
1. Nisbah Cepat
 nisbah cepat menunjukkan hubungan antara tunai, sekuriti boleh pasar
dan penghutang bersih dengan liabiliti semasa.
 ia menunjukkan kemampuan syarikat untuk membayar hutang jangka
pendeknya dengan cepat atau serta merta.
 Formula :

Nisbah Cepat = Tunai + Sekuriti Boleh Pasar + Penghutang Bersih

-------------------------------------------------------------------

Liabiliti Semasa

2. Nisbah Semasa
 nisbah semasa menunjukkan hubungan antara aset semasa dengan
liabiliti semasa.
 juga disebut nisbah modal kerja.
 ia digunakan untuk menilai kecairan syarikat atau kemampuan syarikat
untuk membayar hutang jangka pendek.
 Nisbah semasa yang tinggi menunjukkan kemampuan syarikat membayar
hutang jangka pendeknya dalam tempoh kurang daripada 12 bulan.
 Formula :

Nisbah Semasa = Aset Semasa

------------------------

Liabiliti Semasa
3. Pusing Ganti Inventori
 Nisbah ini mengukur secara puratanya berapa kali inventori dijual dalam
satu tempoh tertentu (biasanya 12 bulan – satu tempoh perakaunan)
 Nisbah pusing ganti yang tinggi menunjukkan kekerapan syarikat
membeli inventori baru dan ini bermakna jualan adalah baik.
 Ini juga menunjukkan kecukupan inventori dan kecekapan
pengurusannya. Jika jumlah inventori yang disimpan adalah kecil,
pengurusan dianggap baik.
 Formula :

Pusing Ganti Inventori (Stok) = Kos Jualan

---------------------

Stok Purata

** Stok purata = stok awal + stok akhir

4. Pusing Ganti Akaun Belum Terima


 Nisbah ini mengukur berapa kali secara puratanya penghutang boleh
dikutip dalam satu-satu tempoh.
 Menunjukkan cepatnya aset semasa ditukarkan kepada tunai. Ini juga
menunjukkan kecekapan syarikat dalam aktiviti pemberian kredit dan
pengutipan hutang.
 Semakin tinggi nisbah pusing ganti Akaun Belum Terima maka semakin
cekap syarikat dalam mengendalikan penghutangnya.
 Formula :

Pusing Ganti Akaun Jualan Bersih – Jualan tunai

Belum Terima = ----------------------------------------------------------

Purata Baki Penghutang Bersih


5. Purata Tempoh Kutipan
 menunjukkan purata bilangan hari untuk mengutip hutang. Tujuannya
untuk menilai keberkesanan polisi kredit dan polisi pengutipan yang
diamalkan oleh syarikat.
 Formula :

Purata Tempoh Kutipan = 365 hari

----------------------------------------------

Pusing Ganti Akaun Belum Terima

 Polisi pengutipan dianggap berkesan jika purata tempoh kutipan sama


atau hampir sama panjang masanya yang dibenarkan dalam syarat jualan
kredit.
Nisbah Keberuntungan

Nisbah keberuntungan digunakan untuk mengukur hasil atau keupayaan operasi


sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu. Nisbah yang berkaitan dengan
keberuntungan adalah :

1. Margin Untung
 digunakan untuk mengukur peratusan setiap ringgit hasil bersih daripada
jualan bersih bagi suatu tempoh.
 Formula :

Margin Untung = Pendapatan Bersih

------------------------------ x 100

Jualan Bersih

2. Pusing Ganti Aset


 digunakan untuk mengukur keberkesanan / keefisienan perniagaan
menggunakan asetnya untuk menjana jualan.
 Formula :

Pusing Ganti Aset = Jualan Bersih

-------------------------

Aset Purata
3. Pulangan Atas Aset
 mengukur keberuntungan syarikat secara keseluruhan.
 Formula :

Pulangan Atas Aset = Pendapatan Bersih

---------------------------- x 100

Aset Purata

4. Pulangan Atas Ekuiti Pemegang Saham


 mengukur keberuntungan pemegang saham biasa.
 ia menunjukkan amaun pulangan yang diperoleh bagi setiap ringgit yang
dilaburkan oleh pemilik atau pemegang saham biasa
 Formula :

Pulangan atas Ekuiti = Pendapatan Bersih

Pemegang Saham Biasa ------------------------------ x 100

Purata Ekuiti Pemegang Saham Biasa

5. Perolehan Sesaham
 mengukur amaun pendapatan bersih yang diperoleh oleh syarikat bagi
setiap saham biasa yang diterbitkan.
 Formula :

Perolehan Sesaham = Pendapatan Bersih

-------------------------------------

Jumlah saham biasa diterbitkan (unit)


6. Nisbah Harga Perolehan
 mengukur harga pasaran setiap saham biasa berbanding dengan
perolehan sesaham syarikat.
 ini menggambarkan penilaian pelabur terhadap perolehan syarikat pada
masa akan datang.
 Formula :

Nisbah Harga Perolehan = Harga Pasaran Saham biasa

-----------------------------------------

Perolehan Sesaham

7. Nisbah Bayar Keluar (Kadar Hasil Dividen)


 mengukur peratusan perolehan syarikat yang diagihkan dalam bentuk
dividen tunai.
 syarikat yang mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi akan
mencatatkan nisbah bayar keluar yang rendah kerana sebahagian besar
daripada pendapatan bersih syarikat akan dilaburkan semula.
 Formula :

Nisbah bayar keluar = Dividen tunai

-------------------------

Pendapatan Bersih
Nisbah Mampu Bayar

Nisbah mampu bayar mengukur kemampuan dan keupayaan sesebuah perniagaan


untuk meneruskan operasinya dalam jangka masa panjang. Nisbah yang berkaitan
dengan keberuntungan adalah :

1. Nisbah Hutang Atas Jumlah Aset


 digunakan untuk mengukur peratusan jumlah aset yang diperoleh melalui
pembiayaan pemiutang.
 Formula :

Nisbah Hutang Atas Jumlah Aset = Jumlah Liabiliti

---------------------- x 100

Jumlah Aset

2. Bilangan Perolehan Faedah (Nisbah Liputan Faedah)


 mengukur kemampuan syarikat untuk memenuhi keperluan pembayaran
faedah apabila pembiayaan seperti pinjaman mencapai tempoh matang.
 semakin tinggi bilangan perolehan faedah, semakin kukuh kedudukan
syarikat.
 Formula :

Bilangan perolehan faedah = Pendapatan Sebelum Cukai dan Belanja Faedah

----------------------------------------------------------------

Liabiliti Semasa
3. Nisbah Hutang Atas Ekuiti
 mengukur peratusan jumlah ekuiti yang dibiayai oleh hutang.
 semakin rendah nisbah hutang atas ekuiti , semakin tinggi kemampuan
syarikat membayar semula kepada pemegang saham.
 Formula :

Nisbah Hutang Atas Ekuiti = Jumlah Liabiliti


---------------------- x 100
Jumlah Ekuiti

LIMITASI ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Walaupun analisis penyata kewangan banyak memberi menfaat kepada pihak-pihak


berkepentingan sama ada luaran atau dalaman, analisis ini juga mempunyai beberapa
kekangan atau kelemahan. Antaranya :

1. Apabila perbandingan dibuat antara satu firma dengan satu firma yang lain,
pastinya setiap firma mempunyai perbezaan dari segi penggunaan pelbagai
kaedah untuk menilai serta mempersembahkan item-item dalam penyata
kewangan. Misalnya untuk penilaian inventori, ada syarikat menggunakan
kaedah MDKD dan ada yang menggunakan kaedah MKKD menyebabkan nilai
inventori akhir tidak dapat dbandingkan dengan tepat.

2. Data penyata kewangan yang digunakan sebagai asas pengiraan dinyatakan


pada nilai kos sejarah dan bukannya pada nilai semasa. Ini bermakna keputusan
yang akan dibuat untuk tindakan pada masa akan datang adalah berdasarkan
kepada prestasi lepas.
3. Penyata kewangan mengandungi banyak data yang diperoleh melalui anggaran
contohnya peruntukan hutang ragu dan susutnilai. Ini mengakibatkan pengiraan
menjadi tidak tepat.

4. Bagi syarikat yang mempunyai pelbagai subsidiari pastinya setiap subsidiari


menjalankan perniagaan yang berbeza dengan syarikat lain. Oleh itu nisbah
seperti pusing ganti inventori adalah tidak selaras.

5. Masalah kemanusiaan juga membataskan pemilihan nilai-nilai untuk dianalisis


dan penilaian dalam membuat keputusan pastinya tidak sama.

6. Kesan perubahan harga juga memberi kesan ke atas penilaian analisis.

7. Firma yang berlainan akan mempunyai pola pemilikan aset yang berbeza
walaupun dalam industri yang sama, contohnya syarikat yang menyewa
bangunan dan memiliki bangunan sendiri. Nilai aset juga mungkin tidak dapat
dibandingkan sekiranya sebuah syarikat itu telah membuat penilaian semula aset
pada tahun tersebut tetapi syarikat yang dibandingkan belum membuat penilaian
semula asetnya pada tahun yang sama.

You might also like