You are on page 1of 9

Azan dan Iqamat

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, gelintar
Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam
(suatu disiplin kajian
Islam)
Bidang-bidang
 Ekonomi
 Politik
 Perkahwinan
 Jenayat
 Adab
 Ibadat
o Baligh
o Iktikaf
o Solat
 Az
an
dan
Iqa
ma
t
 Rak
aat
 Kib
lat
 Wa
ktu
sola
t
 Ru
kun
sola
t
 Sol
at
fard
u

S


S


S


S

S

 Sol
at
Ju
ma
at

K

 Sol
at
sun
at
 Sol
at
qad
a
 Sol
at
jam
ak
 Sol
at
qas
ar
o Puasa
o Haji
 Ihra
m
 Ta
waf
 Um
rah
 Kebersihan
 Ketenteraan

Kotak ini: papar • bincang • sunting

Bahasa Arab
‫أَ َذان‬
Transliterasi
azan
Terjemahan
panggilan
sembahyang

Azan (‫ )أَ َذان‬adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai
tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh
diseru supaya bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu. Iqamat bermaksud sebutan
tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat.
Isi kandungan
[sorok]

 1 Latar belakang
 2 Hukum
 3 Dalil
 4 Sejarah
 5 Adab dan Tertib Azan dan Iqamat
 6 Sunat Azan
o 6.1 Doa selepas Azan
 7 Iqamat
 8 Teks Azan bagi Ahl Sunnah
 9 Teks Azan bagi Syiah
o 9.1 Azan Dan Iqamat Untuk Tujuan Selain Sembahyang
o 9.2 Azan Sebelum Subuh
 10 Azan di Turki
 11 Azan di Syria (Masjid Umayyad)
 12 Azan di Singapura
 13 Lihat pula
 14 Pautan Luar

[sunting] Latar belakang

Dari segi bahasa, azan bermaksud ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan).
Azan ialah suatu gabungan perkataan-perkataan tertentu untuk menandakan waktu solat fardu
atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu solat. Penandaan ini dibuat dengan
melaungkan dengan lafaz-lafaz tertentu.

[sunting] Hukum

Hukum melaungkan azan adalah sunat muakkad ketika hendak mendirikan sembahyang
fardhu. Melaungkan azan juga adalah satu Fardu Kifayah bagi sesuatu kumpulan, dan
tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut.
Bagi individu pula, ia merupakan satu sunat aini atau, dan pahala sunat akan diperolehi
apabila seseorang itu melakukannya. Bagi kaum wanita, disunatkan melakukan Iqamat sahaja
kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah apabila meninggikan suara mereka.

[sunting] Dalil

Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak menyatakan melaungkan azan mempunyai banyak


kelebihan dan pahala yang besar. Dalil daripada al-Qur’an ialah firman Allah s.w.t. yang
bermaksud:

“Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang...” (Surah al-Ma’idah: 58)


Dalil daripada as-Sunnah pula merangkumi banyak hadis. Antaranya ialah sebuah hadith yang
bermaksud: “Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan
dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

[sunting] Sejarah

Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah.

Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r. a. “Pada
mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu
untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan)
untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk
bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang
ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.

Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya
dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, Ada yang mencadangkan ditiup serunai
ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang
diajukan telah ditolak oleh Rasulullah S.A.W.(kerana meniup serunai atau trompet dan
memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan
Nasrani(Kristian). Umar bin al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan: “Telah datang
waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh Rasulullah S.A.W. tetapi Baginda menukar lafaz itu
dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.

Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk
memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar... (dan seterusnya lafaz-lafaz
azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah S.A.W. dan baginda
bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah
mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang
kepada Rasulullah S.A.W. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah
bin Zaid.

Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah S.A.W. pada malam Israk telah diperlihatkan
dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril
mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam
a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk
langit dan bumi”.

[sunting] Adab dan Tertib Azan dan Iqamat

Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap
lafaz kecuali Takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz kalimah tauhid
hanya sekali sahaja.

Sebuta
Bahasa Arab Transliterasi Terjemahan
n
4x ‫هللا اكبر‬ Allah u Akbar Allah Maha Besar

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan


2x ‫ اشهد ان ال اله اال هللا‬Ash-hadu allā ilāha illallāh
selain Allah

‫اشهد ان محمدا‬ Ash-hadu anna Aku bersaksi bahawa Muhammad


2x
‫رسول هللا‬ Muhammadan rasūlullāh adalah Pesuruh Allah

2x ‫حي على الصالة‬ Hayya 'alas-salāt Marilah mendirikan solat

2x ‫حي على الفالح‬ Hayya 'alal-falāh Marilah merebut kemenangan

‫الصالة خير من‬ Aṣ-ṣalātu khayru min an-


2x Solat itu lebih baik dari tidur*
‫النوم‬ naūm

2x ‫هللا اكبر‬ Allāhu akbar Allah Maha Besar

1x ‫ال اله اال هللا‬ Lā ilāha illallāh Tiada Tuhan selain Allah

* Barisan "Sembahyang itu lebih baik dari tidur" hanya digunakan untuk solat Subuh (fajr).

Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki Muslim yang berakal. Azan mestilah
dilakukan oleh seorang sahaja untuk semua kariah, dan tidak boleh dibuat berulang kali untuk
kariah yang sama. Azan hendaklah dilafazkan dalam Bahasa Arab.

Azan dilaungkan ketika masuk waktu solat melainkan pada waktu Subuh. Waktu Subuh
mempunyai dua azan di mana Azan pertama dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula
waktunya selepas berlalu separuh malam untuk memberitahu Muslimin bahawa waktu Subuh
sudah hampir. Azan kedua dikumandangkan ketika masuk waktu Subuh.

Untuk Solat Jumaat, azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama untuk menandakan
masuk waktu Zuhur untuk memanggil orang-orang Muslim ke masjid dan kali kedua
dikumandangkan sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat. Iqamat dilafazkan
selepas imam selesai membaca khutbah, dan sebelum imam mengangkat Takbir Jumaat.

[sunting] Sunat Azan

Orang yang melaungkan azan (muazzin) mestilah suci daripada hadas kecil, hadas besar dan
najis. Beliau juga hendaklah menghadap kiblat ketika mengumandangkan azan. Azan sunat
dilafazkan oleh muazzin yang baik dan merdu suaranya serta nyaring. Azan hendaklah
dinyaringkan biarpun didengar oleh salah seorang daripada jemaah ketika sembahyang
berjemaah. Sekiranya tidak menggunakan pembesar suara, azan hendaklah dilaungkan di
tempat yang tinggi. Penggunaan pembesar suara di merata tempat memaafkan perbuatan ini.
Azan juga sunat dilakukan berdiri kecuali jika ada uzur.

Ketika muazzin membaca “hayya `ala as-salah”, muazzin hendaklah menghadapkan muka
dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca “hayya `ala al-falah” menghadapkan
muka dan dadanya ke sebelah kiri. Juga disunatkan melakukan tarji‘ semasa azan iaitu
menyebut dua kalimah syahadah secara senyap sebelum dinyaringkan.

Disunatkan juga muazzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya dengan
tujuan untuk meninggikan suara. muazzin tidak boleh bercakap ketika mengumandangkan
azan. Orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan
dengan lafaz yang diucapkan oleh muazzin, kecuali pada lafaz “hayya `ala as-salah” dan
“hayya `ala al-falah”. Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah”
yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”.

Azan itu hendaklah dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara lafaz azan dan Iqamat.

[sunting] Doa selepas Azan

Setelah selesai azan, doa berikut adalah sunat dibaca oleh muazzin dan penganut Muslim lain
yang mendengar azan:

Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang
didirikan. (Allahumma rabba hadhi-hid da'wa-tit-tamma wa-salatil qae-ma) ‫اللهم رب هذه الدعوة‬
‫التامة والصالة القائمة‬

Berikanlah kepada Nabi Muhammad kurnia dan keutamaan (Ati muhammadanil wasilata wal
fadeela) ‫آت محمداً الوسيلة و الفضيلة‬

Serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya (Wab ath-hu maqamam-
mahmuda-nil ladhi wa at-ta) ‫وابعثه مقاما ً محموداً الذي وعدته‬

(Riwayat Bukhari).

[sunting] Iqamat

Lafaz Iqamat mempunyai sebelas kalimah. Lafaz Iqamat adalah seperti berikut:

Tuhan Maha Besar, Tuhan Maha Besar, ‫هللا اكبر هللا اكبر‬ āllahu ākbar, āllahu ākbar
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain
‫ اشهد ان ال اله اال هللا‬āsh'hadu ān lā ilaha illā-llah
Allah
Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah ‫ اشهد ان محمد رسول‬āsh'hadu ānna mūhammadār
Pesuruh Allah ‫هللا‬ rasūlu-llah
Come to the prayer ‫حي على الصالة‬ hayyā `alā-s-salat
Marilah merebut kemenangan ‫حي على الفالح‬ hayyā `alā-l-falāh
Berdiri untuk sembahyang (dua kali) ‫قد قامت الصالة‬ qad qāma tis-salaat
Tuhan Maha Besar, Tuhan Maha Besar ‫هللا اكبر هللا اكبر‬ āllahu ākbar, āllahu ākbar
Tiada tuhan selain Allah ‫ال اله اال هللا‬ lā ilaha illā-llah

Iqamat disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang lama di antaranya dengan takbiratul
ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf. Iqamat hendaklah dilakukan
dengan cepat kerana ia disyariatkan bagi memberitahu mereka yang telah hadir untuk
mengerjakan sembahyang.

[sunting] Teks Azan bagi Ahl Sunnah

Sebuta
Bahasa Arab Transliterasi Terjemahan
n

4x ‫هللا اكبر‬ Allah u Akbar Allah Maha Besar

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan


2x ‫ اشهد ان ال اله اال هللا‬Ash-hadu allā ilāha illallāh
selain Allah

‫اشهد ان محمدا‬ Ash-hadu anna Aku bersaksi bahawa Muhammad


2x
‫رسول هللا‬ Muhammadan rasūlullāh adalah Pesuruh Allah

2x ‫حي على الصالة‬ Hayya 'alas-salāt Marilah mendirikan solat

2x ‫حي على الفالح‬ Hayya 'alal-falāh Marilah merebut kemenangan

‫الصالة خير من‬ Aṣ-ṣalātu khayru min an-


2x Solat itu lebih baik dari tidur*
‫النوم‬ naūm

2x ‫هللا اكبر‬ Allāhu akbar Allah Maha Besar

1x ‫ال اله اال هللا‬ Lā ilāha illallāh Tiada Tuhan selain Allah
[sunting] Teks Azan bagi Syiah

Sebuta
Bahasa Arab Transliterasi Terjemahan
n

4x ‫ هللا اكبر‬Allah hu Akbar Allah Maha Besar

‫ اشهد ان ال اله اال‬Ash-hadu anna lā ilāha Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan
2x
‫ هللا‬illallāh selain Allah

‫ اشهد ان محمدا‬Ash-hadu anna Aku bersaksi bahawa Muhammad


2x
‫ رسول هللا‬Muhammadan rasūl allāh adalah Pesuruh Allah

‫ اشهد ان علي ولي‬Ash'hadu anna 'alīyun Aku bersaksi bahawa Ali adalah wali
2x
‫ هللا‬walī'ul-lāh Allah

2x ‫ حي على الصالة‬Hayya 'alas-salāt Marilah mendirikan solat

2x ‫ حي على الفالح‬Hayya 'alal-falāh Marilah merebut kemenangan

‫حي علی خير‬


2x Hayya 'alā Khair al-'amal Marilah merebut amalan yang baik
‫العمل‬

2x ‫ هللا اكبر‬Allah u Akbar Allah Maha Besar

2x ‫ ال اله اال هللا‬Lā ilāha illallāh Tiada Tuhan selain Allah

Menurut cendikiawan Syiah, "Ashhadu ana Alian waliullah" ("Aku bersaksi bahawa Ali
adalah wali Allah") bukanlah sebahagian dari azan asal yang diajar Nabi Muhammad tapi
Syiah diharuskan untuk menyebut itu ketika azan.

[sunting] Azan Dan Iqamat Untuk Tujuan Selain Sembahyang

Selain untuk tujuan sembahyang, azan dan Iqamat juga sunat dilakukan untuk beberapa
perkara lain: Azan juga sunat dibisikkan ke telinga kanan kanak-kanak
(lelaki/perempuan)yang baru lahir, begitu juga sunat diiqamatkan pada telinga kiri. Ini adalah
kerana Nabi Muhammad S.A.W. telah mengazankan telinga Hasan ketika beliau dilahirkan
oleh Fatimah.

Azan juga digunakan sebagai isyarat untuk memaklumkan umat pada waktu mudarat ataupun
bahaya seperti kebakaran ataupun waktu perang. Azan juga sering dilaungkan dalam keadaan
gangguan dirasuk jin atau Syaitan.

[sunting] Azan Sebelum Subuh

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: 'Bilal akan melaungkan azan di sebelah malam, maka
makanlah dan minumlah hingga Ibnu Ummi Maktum pula yang azan.'

lni bererti ketika 'Bilal melaungkan azan, harus bagi orang Islam bersahur, makan dan minum
sehinggalah lbnu Ummi Maktum melaungkan azan menandakan masuk waktu sembahyang.

Dalam azan yang pertama disunatkan agar tidak menyebut ‫' الصالة خير من النوم‬sembahyang itu
lebih baik daripada tidur.' Ini adalah satu perbezaan yang penting yang dapat membezakan di
antara azan yang pertama dan azan yang kedua. Azan dalam bentuk ini disyaratkan pada
waktu fajar dan orang ramai akan kenal suara azan pertama dan suara yang lain pada azan
kedua.

[sunting] Azan di Turki


Sewaktu zaman 1920-an dan 1930-an, kerajaan İsmet İnönü (Presiden ke-2 Republik Turki)
mengenakan azan bahasa Turki untuk menggantikan secara adat yang dalam bahasa Arab;
sebagai percubaan, dan hanya dari segi perbandingan, berjaya, menggalakkan bahasa Turki
sebagai kegunaan bahasa liturgi; dengan mengejutkan orang ramai. Larangan azan bahasa
Arab telah dimansuhkan pada Jun 6, 1950, selepas kejayaan pilihan raya berpihak kepada
pembangkang.

[sunting] Azan di Syria (Masjid Umayyad)


Di Syria, Masjid Umaiyyad, sebuah Masjid yang terletak di kota Damsyik (Damascus) yang
telah dibina sejak zaman pemerintahan Bani Umaiyyah. Masjid tersebut melaungkan Azan
dalam bentuk laungan beramai-ramai ala koir. Alunan azan yang ditampilkan itu begitu indah
sehingga dikatakan dapat mengharmonikan suasana kota sekeliling.

[sunting] Azan di Singapura


Di Singapura, laungan Azan hanya dibolehkan untuk dikumandang dalam masjid-masjid
sahaja, kerajaan Singapura tidak membenarkan laungan azan dikumandangkan dengan kuat
menerusi corong-corong pembesar suara di luar dari bangunan masjid.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Azan_dan_Iqamat

You might also like