You are on page 1of 8

SEJARAH TAEKWONDO

1.0 Pengenalan

Taekwondo adalah merupakan sejenis ilmu mempertahankan diri yang popular dalam kalangan
masyarakat hari ini. Namun, sejauh manakah pengetahuan masyarakat tentang sejarah dan asal
usul perkembangan taekwondo?

Taekwondo asalnya merupakan seni mempertahankan diri masyarakat Korea dan


diperkenalkan sebagai satu sukan yang penting di Korea Selatan. Merujuk kepada pecahan istilah
Taekwondo, Tae membawa maksud memukul atau menyepak menggunakan kaki, kwon pula
merupakan perbuatan memukul atau menumbuk dengan tangan manakala do adalah merujuk
kepada maksud cara, peraturan, kaedah ataupun juga dikenali sebagai seni. Kesimpulan daripada
cerakinan perkataan itu, Taekwondo boleh dikenali sebagai seni/kaedah berlawan menggunakan
kaki dan tangan atau juga boleh dikenali sebagai seni/kaedah menyepak atau memukul.

Taekwondo adalah seni bela diri rasmi Korea.  Ianya unik dan menggambarkan isipatinya
dari negara Korea.  Di Negara asalnya Korea, tidak ada seni bela diri yang lain yang boleh
menandingi pengaruh Taekwondo.  Sesetengah berpendapat bahawa Taekwondo di Korea
mempunyai ciri-ciri diplomatik yang efektif dalam memperluaskan budaya bangsa Korea di
seluruh dunia.  Namun Taekwondo itu sendiri mempunyai masalah pengenalan identiti berikutan
kekeliruan dan salah tafsir dalam sejarah asal-usulnya dan proses perkembangannya.

Seperti juga seni mempertahankan diri yang lain, taekwondo menggabungkan pelbagai
teknik bertarung, kaedah mempertahankan diri, sukan, senaman, meditasi dan sebagainya. Pada
tahun 1989, Taekwondo dinobatkan sebagai seni mempertahankan diri yang paling popular di
dunia. Hal ini dinilai melalui jumlah masyarakat yang rata-rata mahir dalam taekwondo
berbanding seni mempertahankan diri yang lain. Seni bela diri ini sebenarnya mula berakar umbi
sejak 1945 namun hanya dikenali dengan nama taekwondo selepas tahun 1955. Walau
bagaimanapun, seni bela diri taekwondo ini turut dikaitkan dengan seni bela diri Jepun iaitu
Karate. Namun hal ini dipertikaikan oleh masyarakat Korea.

Jika berbalik pada pengenalan sejarah dan asal usul Taekwondo, seni bela diri ini
biasanya membawa kita kepada ilmu pengetahuan yang berkait dengan entiti dalam kebudayaan
masyarakat di Korea. Korea menggambarkan Taekwondo sebagai satu produk kebudayaan yang
sangat unik. Ini kerana taekwondo telah dibangunkan sejak dulu lagi dan dibangunkan berkurun
lamanya semenjak era Tiga Kerajaannya.  Walau bagaimana pun, pengaruh utama datang dari
seni Karate dari Jepun yang dibawa masuk ke Korea melalui penjajahan tentera Jepun seawal
1900.

Selepas Perang Dunia Kedua, ahli-ahli seni bela diri Korea yang seterusnya menjadi
pengasas Taekwondo mula Karate Jepun yang mereka pelajari semasa zaman penjajahan supaya
ianya lebih menggambarkan budaya Korea dalam amalan seni tersebut.  Mereka mula
menggabungkan cebisan-cebisan elemen seni bela diri yang dikenali sebagai Subak dan Taekyon
dalam latihan seni Karate.  Ini melibatkan pemilihan nama-nama Korea dalam teknik karate
sebagai usaha menjadikan ianya berevolusi dari sejarah Korea silam yang tersendiri.   Usaha
pengasingan pengaruh Jepun dalam Karate telah menyebabkan Taekwondo itu sendiri berpecah
kepada dua entiti; sebagai satu seni bela diri tradisional dan sebagai satu sukan kompetitif. 
Taekwondo tradisional masih mengekalkan prinsip-prinsip latihan sebagaimana diamalkan
dalam Karate seperti Kata dan falsafah, sementara Taekwondo sukan kompetitif dianggap satu
cabang seni Taekwondo tradisional.

Seterusnya, Taekwondo bukan sahaja mempunyai sejarah fizikal, malah sejarah


kerohanian juga wujud dalam perkembangannya.  Walaupun ianya dicipta tanpa komponen
unsure kerohanian tetapi pada dasarnya ia telah berakar umbi dari nilai-nilai kerohanian.  Nilai-
nilai kerohanian ini mungkin tidak wujud atau kurang diserap dalam kebanyakan Dojang (pusat
latigan) di negara lain, ini mungkin disebabkan hubungan yang ada antara Taekwondo dengan
Buddhism.  Memandangkan majoriti ahli bukan penganut Buddha dan tidak memahami
Buddhism, mereka telah mengenepikan unsure-unsur kerohanian dalam Taekwondo.  Memahami
Taekwondo tidaklah semestinya seseorang perlu menjadi penganut Buddha atau agama lain
untuk tujuan itu.  Ianya perlu difahami dari sudut prinsip-prinsip asas dan tradisi Taekwondo
sebagai contoh ahli diajar untuk mengelak dari penggunaan kekasaran yang tidak perlu dan
kenapa ahli ditekankan untuk menggunakan kemahiran bertempur dengan beranggungjawab.

Ramai pelatih Taekwondo mempelajari kemahiran atau skil dalam Taekwondo tetapi
begitu sedikit yang mengambil tahu asal-usulnya dan asas kerohaniannya. Mungkin gelaran yang
sesuai untuk mereka sebagai pelatih Taekwondo yang tidak matang dan hanya menunjuk-
nunjuk.  Mereka tahu mempersembahkan teknik tetapi ilmu sebenarnya adalah sedikit.  Pelatih-
pelatih Taekwondo harus tahu sejarah Taekwondo seperti mana mereka mesti tahu teknik
pergerakannya.  Taekwondo sering mengalami perubahan dan pembaharuan, maka adalah
penting seseorang pelatih mengetahui dan memahami sejarah Taekwondo supaya mereka akan
pasti bahawa perubahan yang bakal tiba merupakan cabang sebenar Taekwondo yang asal.

Dalam sistem perundangan jenayah, undang-undang boleh menerima kenyataan saksi-


saksi walaupun bertentangan dan itu tidak semestinya ada unsure penipuan.  Mereka hanya
menyaksikan satu insiden yang sama tetapi dari sudut yang berlainan dengan pandangan mata
yang prejudis.  Sifat prejudis ini dipengaruhi oleh banyak faktor seperti warganegara, kelas
ekonomi, umur dan sebagainya.  Sejarah juga dipengaruhi oleh factor yang sama.  Sebarang
kandungan dalam buku sejarah pasti dipengaruhi dengan keagamaan, bangsa, jantina, fahaman
politik dan sebagainya oleh penulisnya.
 
Rekod berkenaan sejarah Korea silam yang berfaktakan seni beladiri adalah tidak jelas
berikutan keadaan transkripnya atau kualiti penulisannya yang telah pudar dan rosak. 
Disebabkan hal ini, kebanyakan ahli penulis sejarah seni beladiri Korea telah menemui sesuatu
yang memberi sokongan terhadap apa jua yang dicatatnya termasuk penulis-penulis seni
Taekwondo.  Oleh itu, apa yang kita akan bincangkan adalah lebih ke arah atau lebih prejudis
kepada Taekwondo.  Sejarahnya meliputi maklumat-maklumat dari pelbagai sumber yang
berlainan dan kadangkala bertentangan.  Perbincangan kita ini tidak memberi jaminan bahawa
sejarah yang dipersembah dan dinyatakan di sini adalah suatu fakta yang betul-betul tepat
(walaupun usaha dibuat ke arah itu). Cuma kandungan ini boleh disifatkan sebagai komprehensif
dan menyeluruh.
 
Ramai pakar seni beladiri Korea yang moden mendakwa mereka boleh menjelaskan asal-
usul sistem mereka yang bermula dari zaman kejatuhan Korea.  Malangnya kesemua rekod
berkenaan teknik-teknik sebenar seni beladiri Korea silam telah dimusnahkan oleh penjajah
Jepun di antara 1909 – 1945.  Hanya dua dokumen sahaja yang tinggal iaitu Moo Yeh Jee Bo
dan Moo Yeh Do Bok Tong Gi.

Konflik antara Jepun dan Korea wujud berkurun lamanya.  Antara 1592 dan 1598, Jepun
telah cuba menjajah Korea tetapi mereka ditewaskan.  Satu manuskrip ketenteraan China
bertajuk Ki Hyu Shin Zu, ditulis oleh Chuk Kye Wang, seorang ahli strategi ketenteraan dan ahli
seni beladiri China telah diperoleh oleh tentera Korea semasa pembunuhan seorang Jeneral
Jepun.  Manuskrip ini kemudiannya dipersembahkan kepada Raja Korea, Sun Jo (1567-1608). 
Manuskrip tersebut mengandungi sistem persenjataan China dan seni tempur tanpa senjata yang
begitu terperinci yang digunakan khas dalam peperangan.  Raja Sun Jo begitu tertarik dengan
kaedah tersebut sehinggakan baginda menjemput beberapa Jeneral China dan pakar seni beladiri
untuk melawat wilayahnya.  Raja telah mengarahkan salah seorang Jeneral Korea bernama Han
Kyo untuk mempelajari apa yang telah dibacanya dan melalui persembahan jemputan China
tersebut serta mengolahnya untuk dijadikan satu sistem baru dalam pertempuran.  Sistem ini
ditulis dalam enam bahagian dan diterbit sebagai Moo Yeh Jee Bo atau Ilustrasi Seni Beladiri,
yang mana ini yang menjadi asas peperangan tentera Korea.  Penulisan ini menjelaskan
penemuan dan penggunaan teknik bersenjata seperti Sang Soo Do (pedang panjang), Jang Chang
(lembing) Dang Pa (lembing tiga mata atau Sai), Kon Bong (kayu panjang) dan Dung Pa
(perisai).
 
Raja Korea Yong Jo (1724-1776) telah memperbaharui penulisan tersebut semasa
pemerintahannya.  Dua belas pendekatan pertempuran ditambah dan dinamakan semula sebagai
Moo Yeh Shin Bo atau Ilustrasi Baru Seni Beladiri.  Teknik pertempuran baru yang
dimaksudkan adalah Bon Kuk Kum (pedang lurus Korea), Wae Kum (pedang Jepun), Jee Dook
Kum (pedang Laksamana), Yee Do (pedang pendek), Sang Kum (pedang kembar), Wae Kum
(pedang sabit), Juk Kang (lembing buluh panjang), Hyup Do (lembing berpedang), Kee Jang
(lembing bendera), Pyun Kon (kayu panjang dengan hujungnya seperti Nunchaku), Kyo Jun
(strategi penyusunan kombat) dan Kwon Bop (tempur tanpa senjata).
 
Pada tahun 1790, Raja Jung Jo (1776-1800) telah mengarahkan pakar strategi ketenteraan
Korea, Yi Duk Moo dan Park Je Ga mengkaji dan memperbaharui serta menamakan semula
manuskrip tersebut kepada Moo Yeh Do Bok Tong Gi atau Ilustrasi Lengkap Seni Beladiri yang
mengandungi enam bahagian tambahan iaitu Ma Sang (tempur berkuda), Ki Chang (tempur
berkuda bersenjatakan lembing), Ma Sang Wol Do (tempur berkuda bersenjatakan pedang), Ma
Sang Sang Kum (tempur berkuda bersenjatakan pedang berkembar), Ma Sang Pyun Ko (tempur
berkuda bersenjatakan kayu panjang dengan hujung Nunchaku yang pendek) dan Kyuk Koo
(sukan berkuda).  Ini adalah teks yang menjadi asas rujukan asal-usul seni beladiri Korea. 
Teknik-teknik yang digambarkan begitu terhad dan pengolahan ilustrasi tidak begitu terperinci,
walaupun ianya satu teks yang penting, ianya telah ditulis dalam zaman-zaman pemerintahan
yang berlainan justeru ianya bukan satu sumber seni beladiri yang agung.

Sejak penubuhan negara Korea silam (dalam tahum 2332 SM atau 1122 SM, bergantung
pada sumber rujukan), bangsa Korea terpaksa melindungi kepentingan dan hak kebebasan
mereka daripada penjajahan China, Mongol dan Jepun.  Hasilnya mereka telah membangunkan
sistem seni mempertahankan diri yang digunakan untuk pertahanan individu dan Negara. 
Bentuk awal Taekwondo telah digunakan dalam ketenteraan di seluruh Korea.  Ini digambarkan
dalam satu lagu lama Korea yang bermaksud :
 
“Seni tangan seperti gunanya pisau.  Jeneral Chok mengajarnya sebagai seni tentera.  Jika
seorang cuai salah satu serangan dua tangan, sekelip mata sahaja kepalanya akan terpancung.”
 
Suh Inhyuk, pengkaji seni beladiri Korea, membahagikan seni beladiri Korea kepada tiga
kumpulan, yang dipecahkan mengikut kegunaannya:

Sado Moosul (seni perseorangan).  Dihubungkan dengan sukan dan pertandingan.


 
Pulsa Moosul (seni Buddha). Dihubungkan dengan cara yang diamalkan oleh sami Buddha di
kuil yang didekasikan untuk perkembangan moral dan spiritual-fizikal. 
 
Kunjoon Moosul (seni ketenteraan).  Dihubungkan dengan cara tentera menggunakan senjata.
 

Nama-nama awal seni beladiri Korea yang menjadi asas penubuhan Taekwondo
adalah Subak dan Taekyon.  Begitu sukar untuk membezakan antara dua seni ini.  Terdapat
rujukan yang menyatakan bahawa Subak menjadi asas Taekyon dan wujud dalam sejarah Dinasti
Koryo dalam lingkungan tahun 1147.  Rujukan awal Taekyon didapati dalam Chaemulbo, ditulis
oleh Yi Song-Gi semasa pemerintahan Raja Jung Jo (1776-1800).  Ahli-ahli sejarah menganggap
kedua-dua terma ini adalah serupa memandangkan tidak ada garis pemisah yang membezakan
antara kedua-duanya.  Subak mungkin lebih tua daripada Taekyon, manakala Taekyon
mempunyai asas-asas seni Subak dan membuat penambahan dalam teknik kaki.  Sejak berkurun
Subak dipanggil sebagai Subak-Hi, Subak-Ki dan Subyeokta; manakala Taekyon pula dikenali
sebagai Tak-Kyeon, Gak-Hi, Gak-Sul dan Bigak-Sul.  Cara-cara pertempuran silam yang lainnya
dikenali sebagai Kannyok atau Subak-Chigi, Charyok, Yu-Sul dan Oren-Kwon tetapi yang
paling asli dan berunsur Korea adalah Taekyon.  Nama Taekyon sering ditulis dengan huruf-
huruf Korea, sementara seni-seni lain ditulis dengan hieroglif China.
 
Taekyon tidak menggunakan kedudukan kaki (stances) yang pelbagai tetapi lebih kepada jenis-
jenis tendangan dan teknik sapuan.  Matlamat pertempuran dalam Taekyon adalah untuk
menewaskan pihak lawan tanpa mencederakannya.  Tendangan seringkali dituju ke bahagian
bawah paras dada dan sering bergerak secara bulatan dan bukan terus menerjah ke hadapan. 
Teknik tangan pula digunakan tanpa tumbukan, kebanyakannya menggunakan tapak tangan
untuk menolak dan menepis serta teknik pegangan untuk menjerat lawan dan terus menjana
tendangan. Semua seni beladiri bermula dari satu hari di mana manusia perlu mempertahankan
dirinya terhadap ancaman musuh iaitu daripada haiwan ganas atau manusia lain, oleh itu asal
usul Taekwondo juga perlu bermula dari kaum manusia yang terawal.
 

Taekwondo dikenali dengan dua nama iaitu Taekwondo tradisional dan Sukan
Taekwondo. Taekwondo tradisional biasanya merujuk kepada seni mempertahankan diri yang
pada asalnya diperkenalkan sekitar tahun 1950 sehingga tahun 1960 dalam kalangan tentera
Korea Selatan. Jadi, taekwondo tradisional ini sehingga ke hari ini dikenali ataupun dikaitkan
sebagai salah satu elemen dalam sejarah Korea. Dalam masyarakat Korea, seni mempertahankan
diri adalah sangat penting.

Sukan Taekwondo pula

You might also like