You are on page 1of 50

ALT 3032

KERJA KAYU, LOGAM DAN


PAIP
Cara menyambung kayu

PENSYARAH: PROF MADYA DR. NUR TJAHJADI


KUMPULAN 4:

Ezza Liyana Bt
Badrul Hisham
D20091034875
Nurul Farihin Bt
Mohd Radzi
D20091034866

Fhatin Amira Bt Musa


D20091034856

Rio Raydy Anak Ujang


D20091034835
PENGENALAN
 Dalam pembinaan perabot, penggunaan tanggam adalah
satu perkara yang tidak dapat dielakkan
 Tanggam merupakan satu kaedah mempertemu dan
mencantumkan dua bahagian kayu untuk membentuk
suatu objek baru.
 Lazimnya penggunaan tanggam ini begitu meluas kerana
hasilnya adalah baik dan menarik.
 Tanggam dicantum menggunakan pengikat:
PENGIKAT

Paku
Skru
Glu
PAKU
1. Digunakan untuk mencantumkan kayu atau kepingan logam
pada kayu.
2. Diperbuat daripada keluli lembut yang disadurkan zink.
3. Paku khas diperbuat daripada tembaga, loyang dan aluminium.
4. Saiz ditentukan oleh panjang batangnya.
5. 2 jenis:
A) Paku Kepala Rata
B) Paku Kepala Panel
PAKU

Paku Kepala Rata Paku Kepala Panel


CARA MEMAKU DENGAN BETUL

a) Memaku tegak,
cengkaman kurang
kuat.

b) Memaku serong,
cengkamannya lebih
kuat.
SKRU
1. Digunakan untuk mengikat bahan kayu dan
logam serta memasang engsel.
2. Diperbuat daripada keluli lembut, kuprum dan
loyang.
3. Jenis ditentukan oleh bentuk kepalanya.
4. Cengkamannya lebih kuat berbanding paku.
5. 3 jenis skru:
a.Skru kepala bulat
b. Skru kepala timbul
c. Skru kepala rata (kepala benam)

aa bb cc
PEMUTAR SKRU
GLU
1. Bahan pengikat untuk melekatkan dua bahan supaya
kukuh.
2. Dua jenis :
1. Glu PVA
2. Glu Sentuh
3. Glu PVA untuk melekatkan kepingan kayu.
4. Glu Sentuh untuk melekatkan bahan berlainan jenis
seperti plastik dengan kayu atau logam.
4 JENIS TANGGAM UTAMA:
A)TANGGAM MELEBAR
 menyambung kepingan papan-papan kecil
untuk dijadikan kepada kepingan papan
yang lebar
 bagi kegunaan permukaan perabot,
dinding, lantai dan sebagainya.
 Penyambungan ini dilakukan secara tepi ke
tepi dengan cara salah satu tanggam-
tanggam yang berikut.
JENIS-JENIS TANGGAM MELEBAR:

Tanggam
Tetingkat
TANGGAM GLU GESEL
 Sediakan tepi kedua keping papan secara lurus dan
bersegi tepat dan diglukan.
 proses ini dilakukan dengan bantuan apit panjang.

 Semua papan yang hendak disambung itu disediakan


dan disapu dengan glu disebelah tepinya, kemudian
semuanya diapitkan sekaligus.
 Glu yang berlebihan akan keluar apabila papan-
papan diapitkan.
 dibuat dengan menyambung beberapa papan jalur
supaya menjadi sekeping papan yang lebar
 digunakan untuk membuat permukaan meja,
tempat duduk, pintu, panel
 kayu yang dipilih hendaklah mengikut ira kayu dan
juga lebih tebal daripada tebal yang dikehendaki
supaya membeli elaun untuk diketam (diratakan).
TANGGAM PENETAP
 sama dengan tanggam temu tetapi bezanya ialah antara
papan-papan kecil dipasangkan penetap untuk menambahkan
kekuatan pegangan.
 Penetap-penatap ini dipasangkan dengan menggerudi lubang-
lubang ditepi papan mengikut jarak yang ditentukan, diglu
dan diapit.
 Panjang penetap yang berkesan hendaklah tidak kurang
daripada enam kali diameternya supaya dimasukkan kedalam
tepi kedua-dua papan.
 Papan yang sesuai untuk tanggam ini tidak kurang daripada

12 mm tebalnya.
TANGGAM LIDAH DAN LURAH
• tanggam lebar yang lazim digunakan dalam pembinaan lantai
papan, lapisan dinding kayu dan panelan.
• Tanggam ini boleh dibuat samada dengan alat-alat tangan
ataupun mesin. Pada tiap-tiap keping papan, dibuatkan lidah
disatu tepi dan lurah ditepi yang lain.
• dipasang dengan diapit dan diserong bagi papan lantai dan
pelapisan dinding.
• Bagi kerja-kerja perabot, tanggam ini boleh digunakan
supaya ia boleh tetap dan teguh.
TANGGAM TETINGKAT
 Tepi kedua-dua papan dibuatkan tingkat dan dipasang
dengan glu dan pengapit. Fungsi tingkat ini ialah untuk
menambahkan luas permukaan yang diglukan.
B)TANGGAM SIKU

• dibuat pada dua permukaan kayu yang bertemu


secara bersudut tepat samada pada penjuru
ataupun pada pertengahannya
• Contohnya dalam pembinaan kotak dan laci
JENIS-JENIS TANGGAM SIKU:
TANGGAM TEMU
 dikenali sebagai tanggam sudut tepi
 hujung papan kayu diluruskan dan bertemu
secara bersudut tepat
 boleh diglukan dan dipakukan atau
diskrukan.
 digunakan pada binaan kotak atau peti
biasa yang dibuat secara tapat
TANGGAM TEMU TETINGKAT
sebagai tanggam penjuru hujung litup

 Hujung salah satu keping kayu dikerat lurus dan


dimasukkan kedalam tingkat melintang dikeping
kayu kedua
 Tetingkat ini menambah luas permukaan kayu yang
diglukan serta mengukuhkan kedudukannya apabila
dipakukan
 digunakan dalam pembuatan kotak, penjuru
perabot dan laci yang murah buatannya.
TANGGAM TETINGKAP LIDAH
BERPARIT

 dihujung kayu dibuatkan lidah berbahu sebelah dan


pada hujung kayu berikutnya pula dibuatkan parit
untuk menerima lidah tersebut.
 tanggam ini adalah lebih kuat daripada tanggam temu
tetingkat.
 digunakan untuk membuat kotak, perabot dan laci.
TANGGAM RENCONG BIASA
 cara yang paling senang untuk menghasilkan sudut
kotak yang tidak menunjukkan keratan hujung
kayu
 Kedua keping kayu sama tebal

 Sambungannya dilekatkan dengan glu

 dikukuhkan dengan sekeping lidah yang


dimasukkan kedalam lurah yang digergajikan
dipenjurunya secara melintang.
TANGGAM BAJANG TUNGGAL
 mempunyai satu pin pada hujung kayu yang
pertama dan soket pada hujung kayu yang kedua
 tanggam sikut yang paling kuat

 Pin ini dibuat mengikut ekor punai

 digunakan untuk pembinaan rangka kayu dan juga


bagi tanggam pemidang.
TANGGAM BAJANG BIASA
mempunyai dua atau lebih bajang yang bentuknya
seperti ekor punai.
 Keratan hujung kayu boleh dilihat pada kedua-
dua belah muka tanggam
 tanggam ini digunakan dalam pembinaan kotak
yang memerlukan sudut yang kuat seperti pada
belakang laci dan pemidang dulang
TANGGAM BAJANG HUJUNG LITUP
 serupa dengan tanggam bajang biasa kecuali
soketnya tidak ditembuskan supaya menutup ira
hujung kayu pin
 Litup dihujung soket biasanya satu per tiga
hujung kayu
 Tanggam ini digunakan untuk menyambung antara
papan tepi dengan hadapan laci
C)TANGGAM PEMIDANG

 Tanggam ini digunakan dalam pembinaan rangka


kayu yang berbentuk pemidang. Bahagian kayu
disambungkan pada hujungnya daripada tepi
ketepi. Contohnya ialah pada pintu berpanel,
pemidang gambar, meja kerusi dan sebagainya.
JENIS-JENIS TANGGAM PEMIDANG:
TANGGAM LEKAP

 Tanggam ini dibuat dengan menarah kedua-dua bahagian


keping kayu yang akan dilekapkan. Tarahan ini hendaklah
setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan
permukaannya berkeadaan rata. Tanggam lekap ini boleh
dibuat dalam 5 cara iaitu :

a)Tanggam Lekap Siku (atau berpenjuru) - ia digunakan pada


sudut pemidang yang kecil
b)Tanggam Lekap Penjuru Rencong
ia digunakan untuk membuat kumai seperti pada
rangka gambar dan sebagainya kerana
pelitupannya dapat melindungi ira hujung kayu.
c)Tanggam Lekap T
digunakan dalam pembinaan pemidang pada lintang
bertemu dengan pemidang tegak secara bersilang dan
jauh dari hujungnya
d)Tanggam Lekap Bajang T
ia adalah serupa dengan lekap T, tetapi ia lebih kuat
menahan tarikan dari sebelah luar.  
 E)Tanggam Lekap Palang
ia digunakan pada dua permuakaan kayu yang bersilang.
TANGGAM KEKANG

 Tanggam ini kadangkala digunakan sebagai ganti


bagi tanggam lubang dan putting. Tanggam ini
terdiri daripada dua bahagian, pin dan cabang, pin
dan cabang ini dibuat dari 1/3 tebal kayu. Ada 3
bentuk tanggam kekang yang digunakan iaitu :
A)Tanggam Kekang T
 ia digunakan untuk menggantikan tanggam lubang dan
putting biasa pada pertemuan kedua-dua bahagian kayu
jauh dari hujungnya
B)Tanggam Kekang Penjuru
 nama lain bagi tanggam ini ialah tanggam lubang dan
putting terbuka. Ia digunakan pada penjuru pemidang.
C)Tanggam Kekang Penjuru Rencong
 cabang tanggam ini direncongkan pada pkedua-dua
belah atau sebelah sahaja. Ia digunakan apabila satu
tanggam yang lebih kuat daripada tanggam lekap
rencong dikehendaki seperti pada pemidang kaca dan
sebagainya.
TANGGAM PENETAP
 Ia adalah sejenis tanggam temu yang dikukuhkan
dengan penetap.
 Penetap sebesar 1/3 tebal kayu dimasukkan
kedalam tepi kayu sedalam 3 kali diameternya.
 Tanggam ini terdapat pada pemidang lintang dan
pemidang tegak kerusi dan meja.
 Tanggam ini juga banyak digunakan pada perabot
yang dihasilkan secara pasangkan sendiri.
TANGGAM MEMANJANG
 Menyambung dua keping kayu untuk
menjadikannya lebih panjang.
 Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam
pembinaan bangunan.
 Ada empat jenis tanggam memanjang yang
sering digunakan
JENIS-JENIS TANGGAM MEMANJANG:
TANGGAM SKAF
 Memanjangkan kayu tutup tiang, gulung-gulung dan juga
gelegar.
 Panjang tanggam skaf biasanya 2 hingga 21/2 kali ukuran
lebarnya.
 Ditengah-tengah tanggam ditebuk lubang untuk menerima
baji lipat dan dikukuhkan dengan memasangkan 2 atau 4
bolt bersama nat.
TANGGAM SAMBUNG JARI
 Tanggam ini biasanya digunkan pada kayu bersaiz kecil
terutamanya bagi kayu yang diproses dengan mesin.
 Panjang sambungan tanggam ini ialah 2 kali lebar kayu.

 Sambungan jari biasanya dilekarkan dengan glu.

 Contoh tanggam ini boleh didapati pada kayu susur tangan


bagi sesebuah tangga.
TANGGAM SAMBUNG LEKAP
 Pada hujung kedua-dua keeping kayu dibuang separuh
tebalnya dan dilekatkan sepanjang dua kali lebar kayu.
 Ia digunakan dalam pembinaan perabot.

 Yang tanggamnya tidak menerima tegangan yang


berlebihan.
 Tanggam ini boleh dikukuhkan dengan bolt dan nat.
TANGGAM PLAT SAMBUNG
 Sebagai ganti kepada tanggam skaf
Kedua-dua keping kayu dikerat lurus pada hujungnya dan

disambungkan bersama dua keping logam (plat kayu juga boleh
digunakan) di kedua-dua belahnya dengan bolt dan nat.
 Panjang plat biasanya ialah 4 kali lebar kayu yang berkenaan
SEKIAN
Terima kasih®

You might also like