You are on page 1of 3

Masalah yang dihadapi oleh warga emas.

1.) Masalah Keselamatan

- Sebagai sasaran perompak dan peragut kerana tidak mampu melawan balik.

- Pergerakkan lebih lambat menjadikan kebanyakkan warga emas sebagai mangsa kemalangan jalan raya.

- Kecuaian lebih kerap berlaku pada golongan warga emas menyebabkan mereka mudah terjatuh dan cedera.

2.) Masalah Kesihatan

- Warga emas mudah menjangkiti penyakit kerana fungsi sistem imuniti badan merosot.

- Penyakit yang kerap dijangkiti oleh warga emas : Sakit jantung, diabetes dan penyakit Alzheimer.

- Penyakit jantung : Jika serious, memerlukan kos pembedahan dan perubatan yang mahal

- Penyakit Alzheimer : Sukar diubati, sering melupakan saudara-mara, nyanyuk, dan bersikap kebudak-budakan

3.) Masalah Pengangkutan

- Tidak ada tempat khas untuk warga emas dalam pengangkutan awam.

- Kekurangan nilai moral dalam masyarakat menyebabkan warga emas gagal menaiki bas awam atau mencari
tempat duduk di dalam bas pada masa yang sibuk.

- Jikalau menaiki teksi, mudah ditipu oleh pemandu teksi yang tidak berperikemanusiaan.

- Tidak sesuai memandu kenderaan diri jika mempunyai penyakit yang berkaitan dengan penglihatan dan
pergerakkan badan.

4.) Diabaikan atau kurang mendapat kasih saying daripada oleh anak-anak.

- Golongan muda asyik sibuk dengan kerja sendiri tanpa mengambil berat terhadap warga emas.

- Meraka sering menolak tanggungjawab menjaga warga emas sendiri dengan alasan kekurangan wang, sibuk
bekerja dan kekurangan ruang bilik dalam rumah.

- Akibatnya, mereka dihantar ke rumah warga emas.

- Sikap sesetengah golongan muda berebut-rebut mendapatkan harta warga emas menyakitkan hati golongan
warga emas.

Punca Pengabaian Warga Emas oleh Masyarakat.

1.) Sifat individualisme dan mementingkan diri masyarakat

- Tamadun manusia walau apa pun agamanya, meletakkan kedudukan yan.g tinggi kepada orang yang lebih tua,
terutamanya kedua ibu-bapa.

- Tamadun itu semakin hari semakin ditelan arus pembangunan. Akibatnya anak-anak yang sudah berkeluarga
bukan sahaja tidak lagi berminat tinggal dengan ibu bapa malah jumlah orang menghubungkaitkan di antara
punca masalah sosial dengan cara penyelesaiannya.

- Mereka juga menganggap warga emas tidak berguna lagi malah membebankan.
2.) Tidak bersefahaman di antara anak atau menantu dengan ibu bapa

- Kebanyakkan menantu yang bekerja menganggap warga tidak berguna dan berjasa.

- Pemikiran golongan muda yang lebih moden juga berbeza dengan pemikiran warga emas.

- Pergadukan dan ketidak persefahaman antara kedua-dua golongan mudah berlaku.

- Kebanyakkan anak yang mementingkan isteri atau suami sering menyalahkan golongan warga emas.

3.) Perbuatan buruk warga emas pada masa silam.

- Sesetengah ibu bapa tidak mengambil berat tentang keluarga sendiri ketika muda.

- Anak-anak menuruti teledan mereka apabila besar.

- Terdapat juga segelintir ibu bapa yang sering mendera anak-anak diri.

- Hal sedemikian menyebabkan anak- anak membencikan mereka lalu mengabaikan mereka apabila mereka
telah tua.

4.) Kekurangan didikan nilai moral dan agama pada golongan muda sejak kecil.

- Ibu bapa mementingkan kerjaya sendiri ketika muda.

- Mereka kurang memberikan pendidikan agama dan moral kepada golongan muda sejak kecil.

- Terdapat juga ibu bapa yang tidak menunjukkan nilai kehidupan yang betul di hadapan anak-anak.

- Sesetengah pula lebih mementingkan pencapaian akademik sehinggga mengabaikan penjagaan tatatertib dan
sikap anak-anak.

- Sebilangan kecil ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak.

Bantuan yang Diperlukan Oleh Golongan Warga Emas

1.) Bantuan kewangan kepada warga emas yang miskin dan berseorangan.

- Pihak kerajaan memberikan subsidi kepada warga emas yang miskin dan diabaikan oleh anak-anak untunk
membantu mereka meneruskan kehidupan harian.

- Bagi golongan warga emas yang menghidapi penyakit, pihak kerajaan memberikan rawatan percuma kepada
mereka di hospital kerajaan.

- Misalnya, pada 21.3.2010, Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat keputusan untuk mengirim RM100 di
bawah Program Penghargaan Warga Emas ke alamat mereka.

- Hal sedemikian adalah untuk memudahkan pengagihan wang tersebut agar warga emas tidak perlu bersusah-
payah untuk berkunjung ke pusat khidmat ADUN untuk mendapat sumbangan wang sebanyak RM100.

- Program Pemberian Bantuan Am Bulanan yang dilaksaakan oleh pihak kerajaan Malaysia pula memberikan
wang tunai secara bulanan kepada golongan tua yang daif pada kadar RM60 hingga RM90 sebulan dengan
tujuan membantu golongan tersebut hidup dengan lebih selesa dan melepasi garis kemiskinan

You might also like