P. 1
Laporan Kem 3p Nilam 2011

Laporan Kem 3p Nilam 2011

|Views: 141|Likes:
Laporan ini dihasilkan untuk Malaysia Book of Records...untuk Program Perkasa NILAM tempu hari...
Laporan ini dihasilkan untuk Malaysia Book of Records...untuk Program Perkasa NILAM tempu hari...

More info:

Published by: HASNIDA BINTI MAT ISA on Mar 27, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX or read online from Scribd
See more
See less

12/05/2011

KEM 3P NILAM 2011

PERSATUAN PUSAT SUMBER SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK PERINGKAT LARUT MATANG DAN SELAMA PROGRAM KEM 3P NILAM LAPORAN AKTIVITI
Pada 28 Februari 2011, hari Isnin bertempat di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping, telah diadakan program Kem 3P Tokoh Nilam 2011 anjuran Persatuan Pusat Sumber Sekolah -sekolah Negeri Perak Daerah Larut Matang dan Selama dengan jayanya. Sejumlah 68 buah sekolah rendah

kebangsaan dan 20 buah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina terlibat , manakala 15 buah sekolah jenis kebangsaan Tamil juga turut serta dalam program ini. Penglibatan 31 buah sekolah menengah dalam daerah Larut

Matang dan Selama turut memberi impak yang besar dalam kejayaan program ini. Program dimulakan pada pukul 7.30 pagi untuk sesi pendaftaran.

Pendaftaran telah dibahagikan kepada enam zon iaitu Zon Taiping, Zon Kamunting, Zon Batu Kurau, Zon Simpang, Zon Trong dan Zon Selama. Pendaftaran bagi penyertaan seorang pelajar adalah RM 10.00. Sejumlah 666 orang peserta telah didaftarkan bagi menyertai program ini oleh Jawatankuasa Pendaftaran dari SK Cangkat Ibul.

KEM 3P NILAM 2011

Pendaftaran juga dilakukan untuk para urusetia, guru pengiring dan juga hakim. Semasa sesi pendaftaran juga, pihak jawatankuasa telah mengedarkan tag nama kepada para peserta, hakim dan urusetia. Berikut adalah jumlah penyertaan peserta berdasarkan pecahan bilangan sekolah.
JENIS SEKOLAH SM SK SJKC SJKT JUMLAH BILANGAN SEKOLAH 31 71 21 15 138 BILANGAN PESERTA 185 384 59 38 666

RESPON AKTIVITI Pendaftaran berjalan dengan lancar namun terdapat beberapa kekangan kecil, di mana terdapat beberapa sekolah yang baru mula mendaftar sedangkan borang pendaftaran telah dihantar dua minggu yang lalu. TIndakan segera telah diambil oleh Jawatankuasa Pendaftaran di mana pendaftaran dijalankan secara berkomputer bagi memudahkan dan melancarkan proses pendaftaran. Pengumpulan data maklumat para peserta dapatdigarapkan dengan segera.

KEM 3P NILAM 2011

Perkara yang paling penting disentuh dalam slot ini ialah berkaitan ciri ciri penulisan yang baik mengikut spesifikasi kriteria pemilihan Tokoh NILAM. Selain itu, para peserta juga diberi tips-tips isu utama yang bakal dikemukakan dalam peperiksaan utama sama ada UPSR, PMR atau SPM nanti. Justeru,

peluang sebegini seharusnya dimanfaatkan dengan sebaikbaiknya oleh para guru dan juga peserta yang menyertai program ini.

RESPON AKTIVITI Slot Penulisan banyak membantu para peserta dari aspek pembinaan karangan yang baik. Para peserta diberi pendedahan berkaitan tajuktajuk -

penting untuk karangan, teknik membina perenggan yang praktis, contoh contoh penanda wacana yang sesuai da kesilapan-kesilapan yang biasa n dilakukan oleh para peserta. Seharusnya, peluang ini diambil dengan sebaik baiknya oleh mereka dalam usaha menambahbaik pengetahuan mereka dalam bidang penulisan.

KEM 3P NILAM 2011

SLOT 2 PENCERAMAH

: :

KEMAHIRAN MEMBACA SR DAN SM EN ROSNAN BIN MAHMOOD ZAHIDIN (SMK TAMAN PANGLIMA, TAIPING, PERAK)

Slot Kemahiran Membaca bagi kategori sekolah rendah bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Manakala bagi kumpulan peserta sekolah menengah pula, telah diadakan pada pukul 8.30 hingga 10.00 pagi. Penceramah jemputan bagi slot ini ialah Encik Rosnan bin Mahmood Zahidin. Dalam slot ini, peserta didedahkan mengenai teknik -teknik asas membaca. Antara teknik membaca yang diberikan kepada para peserta ialah teknik skimming, scanning dan reseptif. Peserta-peserta juga dibantu secara praktis dari segi sebutan intonasi suara yang betul. Beliau juga

menjelaskan kepada para peserta berkena beberapa kelemahan yang sering an dilakukan oleh mereka semasa proses membaca. Di samping itu, En Rosnan juga tidak lokek untuk sama berkongsi pengalaman dalam mengenal pasti cara cara untuk mengatasi kelemahan dalam proses membaca.

KEM 3P NILAM 2011

RESPON AKTIVITI

Pendedahan berkenaan teknik kemahiran membaca dari aspek scanning , skimming dan reseptif kepada para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah banyak member manfaat dan pengetahuan baru kepada i para peserta. Para peserta member perhatian berkaitan pengetahuan baru i yang diketahui mereka. Kemahiran ini mampu meningkatkan tumpuanmereka dalam aspek pembacaan sama ada untuk pemilihan Tokoh NILAM mahu pun membantu mereka dalam pembelajaran di sekolah n anti. Jumlah peserta yang terlalu ramai untuk sesi sekolah rendah agak sukar untuk dikendalikan dan penyampaian isi penting tidak dapat diterjemahkan sepenuhnya. Terdapat

permintaan agar ada program pengukuhan sambungan daripada program sedia ada untuk memantapkan lagi pengetahuan para peserta berkaitan

KEM 3P NILAM 2011

SLOT 3 PENCERAMAH

: :

BENGKEL PENGUCAPAN AWAM SR DAN SM PN HASNI BINTI ANDUL RAHMAN (SMK SERI KURAU, BAGAN SERAI, PERAK)

Program ini dilaksanakan pada 10 hb Februari 2011, bertempat di Dewan Kuliah, SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping. Slot ini telah berlangsung dari pukul 2.30 petang hinggalah ke puk 5.00 petang. ul Pn Hasni binti Abdul

Rahman, Guru Cemerlang Bahasa dari SMK Seri Kurau,Bagan Serai, Perak telah dijemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan teknik -teknik yang baik untuk pengucapan awam. Pendedahan awal diberikan kepada semua Guru Perpustakaan dan Media daerah Larut Matang dan Selama. Hal ini digerakkan agar para GPM akan kembali ke sekolah dan mengajar pula anak -anak murid yang dipilih untuk merealisasi slot Pengucapan Awam dalam Program Kem 3P NILAM nanti. Seterusnya, mampu mencipta rekod dalam The Malaysia Book of Records untuk acara Pengucapan Awam Terbesar di Malaysia.

KEM 3P NILAM 2011

SLOT 3 PENYELARAS

: :

ACARA PENGUCAPAN AWAM
PN KHARIYAH CHIK BINTI MAJOR MOHAMED KHALID PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1, PUSAT KEGIATAN GURU BATU KURAU.

Majlis kemuncak pada hari ini ialah slot Pengucapan Awam. Program pengucapan awam ini dapat dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records sebagai The Largest Participation in a Public Speaking Event dengan jumlah penyertaan keseluruhan sebanyak 666 orang peserta daripada sekolahsekolah rendah dan menengah Daerah Larut Matang dan Selama. Semua peserta dibahagikan kepada kumpulan iaitu 22 kumpulan untuk kategori sekolah rendah dan 9 kumpulan kategori sekolah menengah. Penilaian serta penentuan pemenang adalah berdasarkan markah keseluruh yang dikumpul oleh an kumpulan tersebut. Seramai 31 orang hakim terlibat dalam penilaian peserta. Penilaian dibuat berdasarkan kriteria pemarkahan pengucapan awam peringkat kebangsaan.

KEM 3P NILAM 2011

SLOT 1 PENCERAMAH :

: SR SM

PENULISAN (SEKOLAH RENDAH) PN RAHEELA BEE BT ALI (SK SRI SELAMA, SELAMA, PERAK) PN SORMON A/P NAI LIEW (SMK DATO KAMARUDDIN, BATU KURAU)

Slot bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 10 .30 pagi. Slot ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi sekolah menengah yang diadakan di Dewan Kuliah SERATAS dan sesi sekolah rendah yang diadakan di Dewan Besar SERATAS. Penceramah jemputan ialah Puan Sormon A/P Nai Liew dan Puan Raheela Bee binti Ali. Dalam slot ini, pelbagai jenis teknik pembinaan perenggan pendahuluan, pengembangan isi dan kesimpulan diberikan kepada para pelajar. Pelajar diberi pendedahan tentang penggunaan penanda wacana, peribahasa, frasa-frasa menarik sebagai satu teknik yang betul yang dapat digunakan oleh pelajar dengan berkesan dalam aspek penulisan nanti. Peserta juga didedahkan dengan beberapa contoh penulisan bermutu.

KEM 3P NILAM 2011

Semua peserta dihimpunkan di dalam Dewan Besar, SERATAS, lokasi di mana peristiwa bersejarah ini akan berlangsung. Pn Khariyah Chik bt Major Mohamed Khalid selaku Penyelaras Slot Pengucapan Awam ini memberi taklimat ringkas berkaitan tatacara pelaksanaan program kepada semua peserta. Respon yang diterima daripada semua pelajar sangat bai dan disiplin k amat terkawal. Para peserta disusun dalam bentuk urutan nombor agar di dalam sesebuah kumpulan itu tidak akan ada peserta dari sekolah yang sama.

Setiap peserta diberi masa selama tiga minit bagi menyampaikan pengucapan awam masing-masing. Setiap peserta akan menyampaikan pengucapan awam masing-masing di dalam kumpulan yang telah dibentuk. Penilaian didasarkan kepada hujahan isi yang menepati tajuk, kepetahan berbahasa, dan kebolehan berucap dalam masa yang diperuntukkan.Setiap ahli dalam kumpulan akan menyampaikan satu tajuk berdasarkan undian yang telah dilakukan.

KEM 3P NILAM 2011

Tajuk-tajuk bagi kategori sekolah rendah ialah Keluarga Saya , Hobi Saya dan Pengalaman Semasa Cuti Sekolah . Manakala tajuk-tajuk yang Amalan

ditetapkan untuk kategori sekolah menengah ialah

Bumi Hijau ,

Membaca dan Satu Malaysia . Acara dimulakan tepat pada pukul 2.30 petang dengan laungan MULAKAN daripada Penyelaras Slot iaitu Puan Khariyah.

Acara pengucapan awam terbesar ini dijalankan ser entak oleh 666 orang peserta untuk mencapai matlamat mencipta rekod The Malaysia Book of Records bagi kategori Pengucapan Awam Terbesar di Malaysia . Pengarah

Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia, Datin Siti Zaleha binti Abdullah Sani turut bersama-sama ahli jawatankuasa persatuan menyaksikan detik-detik bersejarah rekod tercipta.

KEM 3P NILAM 2011

Acara ini dijalankan secara terus-menerus selama dua jam dan ditamatkan pada pukul 4.30 petang. Pengucapan awam yang melibatkan 666 orang pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah berjaya diselesaikan tanpa menghadapi sebarang masalah yang rumit. RESPON AKTIVITI Berdasarkan temubual dengan para peserta, slot pengucapan awam telah memberi mereka satu pengalaman baru di mana mereka dapat membina keyakinan diri dalam kebolehan berucap di hadapan umum. Di samping itu, mereka juga telah diberi pendedahan awal oleh guru media masingmasing berkaitan tatacara teknik pengucapan awam yang betul.

KEM 3P NILAM 2011

MAJLIS PENUTUP KEM 3P NILAM Disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datin Dr. Siti Zaleha binti Abdullah Sani Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia Majlis bermula pada pukul 4.30 petang serentak dengan pengumuman ketibaan Yang Berbahagia Datin Dr. Siti Zaleha bt Abdullah Sani, Pengarah BTP Malaysia diiringi Puan Rahimah binti Mohd Sura, Yang diPertua Persatuan Pusat Sumber Sekolah-Sekolah Negeri Perak Daerah Larut Matang dan Selama, En Mohamad Yusof b K.Mohamad, Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak,En Mohd Dan bin Mahat, TImbalan Pegawai Pendidikan Daerah LMS dan barisan dif -dif kehormat yang lain masuk ke dalam dewan. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dengan iringan pasukan pancaragam SERATAS.

KEM 3P NILAM 2011

Pasukan pancaragam dari SM Sains Raja Tun Azlan Shah memainkan muzik untuk nyanyian lagu Negaraku .

Barisan dif-dif kehormat turut sama menyanyikan lagu Negaraku

KEM 3P NILAM 2011

KEM 3P NILAM 2011

Pada hari tersebut, upacara majlis penutup dikendalikan oleh dua orang pengerusi majlis iaitu En Rosnan b Mahmood Zahidin dari SMK Taman Panglima dan Pn Sormon a/p Nai Liew dari SMK Dato Kamaruddin. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Humaizi b Abdul Wahab dari SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS). Setelah selesai bacaan doa tersebut, majis dimulakan l dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Rahimah bt Mohd Sura selaku Pengerusi Persatuan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Negeri Perak Daerah Larut Matang dan Selama.

KEM 3P NILAM 2011

Majlis penutup dirasmikan oleh Datin Siti Zaleha bt Abdullah Sani, iaitu Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Deklarasi Pengucapan Awam Terbesar di Malaysia diumumkan oleh wakil daripada The Malaysia Book of Records iaitu Encik Zulhairi bin Mohd Zain. Sebelum majlis berakhir, cenderamata disampaikan kepada Datin Dr. Siti Zaleha binti Abdullah Sani dan Encik Zulhairi bin Mohd Zain atas kesudian menghadirkan diri ke majlis ini. Hadiah juga disampaikan kepada pemenang -pemenang daripada setiap

kategori.Bagi kategori sekolah rendah, tempat pertama di enangi oleh Kumpulan m 14, tempat kedua Kumpulan 13 dan tempat ketiga Kumpulan 9. Manakala bagi kategori sekolah menengah, tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan 6, tempat kedua Kumpulan 3 dan tempat ketiga Kumpulan 2. Majlis berakhir pada pukul 6 petang.

KEM 3P NILAM 2011

KEM 3P NILAM 2011

Program ini turut mendapat liputan daripada pihak akhbar iaitu wakil NST, Sinar dan Utusan. Sidang akhbar dengan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Datin Dr. Siti Zaleha telah diadakan di perpustakaan SERATAS. Dalam temuramah tersebut, Datin Dr. Siti Zaleha

menerangkan tentang peri pentingnya program Kem 3P NILAM dalam melahirkan tokoh-tokoh NILAM yang berketrampilan pada masa akan datang.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

............................ ........ (HASNIDA BINTI MAT ISA) Guru Perpustakaan dan Media SMK DATO KAMARUDDIN

............................................. (RAHIMAH BINTI MOHD SURA) Pengerusi, PSSPN Daerah Larut Matang dan Selama

KEM 3 NILAM 2011

KEM 3 NILAM 2011

KEM 3 NILAM 2011

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->