You are on page 1of 40

UNDANG-UNDANG ALAM SEKITAR

Ahli Kumpulan:
Dayang Rafidah
Nor Ain
Nurul Syazwani
Nadia Diana
Nur hanis
PENGENALAN
 Di Malaysia, undang-undang alam sekitar telah wujud
sejak tahun 1920 iaitu terbentuknya waters enactment
1920 yang bertujuan untuk mengawal sungai dan anak
sungai daripada pencemaran.
 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 merupakan akta yang
paling komprehensif berkenaan dengan pengurusan alam
sekitar di Malaysia.

 Akta ini diwujudkan apabila pihak kerajaan berpendapat adalah


perlu mewujudkan satu akta pengurusan alam sekitar yang
komprehensif untuk merancang dan melaksanakan program
berkenaan alam sekitar sebagai mana yang dinyatakan dalam
Rancangan Malaysia Ketiga. Rancangan Malaysia Kelima juga
meneruskan penekanan berkenaan alam sekitar.
 Antara perkara-perkara yang dinyatakan dalam Rancangan
Malaysia Ketiga dan Kelima itu ialah berkenaan dengan
penyenggaraan alam sekitar yang sihat dan bersih,
mempertahankan kualiti alam sekitar, meminimumkan kesan
ke atas alam sekitar walaupun terdapat pertambahan penduduk
dan pentambahan aktiviti manusia, melaksanakan langkah
mencegah lebih baik dari mengatasi dan menggalakkan
kerjasama di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
berkenaan alam sekitar.
 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 merupakan instruman asas
untuk mencapai objektif alam sekitar peringkat kebangsaan.

 Akta ini juga bertujuan untuk memberi nasihat kepada Ketua


Pengarah untuk melaksanakan tugasnya berkenaan dengan
alam sekitar. Antara tugas-tugasnya ialah menyelaras semua
aktiviti yang bersangkutan dengan pelupusan bahan buangan,
mengawal pencemaran, menjaga kualiti alam sekeliling,
mengisukan lesen untuk pelupusan bahan buangan dan lain-
lain lagi.
DEFINISI PENCEMARAN
 Leeson(1995) mendefinisikan pencemaran sebagai “the
introduction by man into the environment of substance or
energy liable to cause hazards to human health, harm to
living resources and ecological system, damage to
structures or amenity, or interference with the legitimate
uses of the environment.”
 Seksyen 2 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan bahawa
pencemaran bermaksud apa-apa perubahan langsung atau tak langsung
kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, kesan biologi, ke atas mana-mana
bahagian alam sekitar dengan melepaskan, mengeluarkan atau
meletakkan perkara-perkara yang membahayakan alam sekitar,
mencemar barang-barangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan
berfaedah, menyebabkan suautu keadaan yang merbahaya atau mungkin
merbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awan, atau
kepada binatang, burung, hidupan-hidupan liar, ikan atau hidupan –
hidupan dalam air, atau kepada tumbuh-tumbuhan atau menyebabkan
suatu perlanggaran terhadap apa-apa syarat, had atau sekatan yang
dikenakan ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah akta ini.
 Daripada definisi-definisi di atas, kesimpulannya, pencemaran
mestilah mempunyai empat elemen berikut:
1. Sumber pencemaran
2. Ejen pencemaran
3. Perantaraan yang mana ejen pencemar itu disampaikan
4. Kesan pencemaran
 Contohnya, aktiviti pengilangan tekstil yang telah membuang
bahan buangannya ke dalam sungai berhampiran yang
menyebabkan kemusnahan kepada hidupan di dalam sungai
tersebut. Aktiviti pengilangan tekstil adala merupakan sumber
pencemaran, bahan buangan adalah ejen pencemar, sungai
adalah perantara yang mana ejen pencemar disapaikan dan
kemusnahan di dalam sungai merupakan kesan terhadap
pencemaran tersebut.
JENIS-JENIS PENCEMARAN
1. Pencemaran tanah
2. Pencemaran air
3. Pencemaran bunyi
4. Pencemaran laut
5. Pencemaran udara
PENCEMARAN TANAH
 Pencemaran tanah terjadi apabila berlakunya hakisan
atau runtuhan tanah.

 Pencemaran tanah boleh berlaku melalui dua cara iaitu


secara runtuhan geologikal atau akibat daripada
perbuatan manusia.

 Runtuhan secara geologikal atau semula jadi contohnya


akibat daripada tindakan pertembungan angin tetapi
jarang berlaku.
 Runtuhan daripada perbuatan manusia seperti peningkatan
kadar pembangunan, pembalakan, perlombonan dan aktiviti
pertanian mencatatkan kadar yang paling tinggi.
KESAN PENCEMARAN TANAH
a. Menyebabkan pencemaran kepada air sungai sekiranya
tanah yang runtuh itu dibawa oleh air hujan ke sungai.
b. Sungai menjadi cetek
c. Air sungai tidak lagi bersih untuk diminum.
d. Ketidaksuburan tanah
e. Menyebabkan sistem saliran tersumbat.
f. Berlakunya banjir.
 Seksyen 24 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
memperuntukkan bahawa melainkan jika memperolehi lesen,
seseorang tidak boleh mencemarkan, menyebabkan atau
membenarkan mana-mana tanah dicemar.
 Seseorang itu disifatkan mencemarkan sesuatu tanah jika:
a. Dia meletakkan apa-apa benda sama ada cecair, pepejal atau
gas di dalam atau di atas mana-mana tanah atau di suatu
tempat di mana benda itu boleh masuk ke dalam mana-mana
tanah; atau
b. Dia menjadikan mana-mana tanah suatu tempat untuk
melonggok sampah sarap, tempat membuang kotoran, tempat
membuang tanah dan batu batan, tempat meletakkan enap
cemar, lombong pancitan buangan atau dengan cara lain
menggunakan tanah untuk tempat melupuskan atau tempat
melonggok buangan pepejal atau cecair sehingga mencela
atau menganggu manusia atau menganggu air di bawah tanah
atau menjadi mudarat kepada apa-apa kegunaan berfaedah
akan tanah-tanih atau permukaan tanah itu.
 Seksyen 24 (3) memperuntukkan, jika didapati bersalah,
seseorang itu boleh dikenakan denda tidak lebih daripada
seratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih
daripada lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan
tidak lebih daripada satu ribu ringgit sehari bagi tiap-tiap hari
kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan kepadanya satu
notis yang diberi oleh Ketua Pengarah yang menghendakinya
memberhentikan perbuatan tersebut.
PENCEMARAN AIR (PERAIRAN
DARATAN)
 Faktor-faktor pencemaran air:
i. Bahan buangan daripada industri berterakan pertanian
ii. Aktiviti penternakan
iii. Aktiviti perlombongan
iv. Hakisan tanah
v. Pengeladakan sungai
 Kesan pencemaran air:
i. Ketiadaan air bersih
ii. Menjejaskan hidupan di dalam air
iii. Menganggu aktiviti rekreasi
 Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukan
bahawa melainkan jika memperoleh lesen, tiada seseorang pun
boleh melepaskan atau meletakkan apa-apa buangan ke dalam
mana-mana perairan daratan.
 Seseorang itu dikatakan sebagai mengeluar, melepas atau
meletakkan buangan-buangan ke dalam perairan daratan jika:
i. Di meletakkan apa-apa buangan di dalam atau di atas mana-
mana perairan atau di sesuatu tempat di mana bahan
buangan itu boleh masuk ke dalam mana-mana perairan.
ii. Dia meletakkan apa-apa buangan dalam sesuatu keadaan di
mana buangan itu mungkin jatuh, turun, mengalir, sejat,
dihanyutkan, ditiup atau meresap ke dalam mana-mana
perairan dengan diketahuinya atau oleh sebab kecuaianya
sama ada secara langsung atau secara tak langsung
menyebab atau membenarkan apa-apa buangan diletakkan
dalam sesuatu keadaan seperti itu; atau
iii. Dia menyebabkan suhu perairan yang menerimanya itu naik
atau turun sebanyak lebih daripada had yang ditetapkan.
 Sekiranya seksyen di atas dilanggar, seseorang itu boleh
dikenakan denda tidak lebih daripada RM 100 000 atau penjara
selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-
duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada RM 1000
sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas
disampaikan kepadanya satu notis yang diberi oleh Ketua
Pengarah yang menghendakinya memberhentikan perbuatan
tersebut.
PENCEMARAN BUNYI
 Faktor-faktor pencemaran bunyi:
a) Kesesakan lalu lintas
b) Pendaratan dan pelepasan kapal terbang
c) Kerja-kerja pembinaan
d) Mesin dan jentera dari kilang-kilang.
 Pencemaran bunyi boleh menyebabkan keupayaan mendengar
menjadi berkurangan akibat kebiasaan mendengar bunyi yang
kuat. Seterusnya juga boleh memberi kesan kepada kesihatan
mental dan fizikal.
 Seksyen 23 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
memperuntukkan melainkan jika diberi lesen, tiada seorang
boleh mengeluar atau menyebabkan atau dibenar keluar apa-
apa bunyi bising yang lebih kuat bahana, keamatan atau
kualitinya.
 Jika didapati bersalah, seseorang itu boleh dikenakan denda
tidak lebih daripada RM 100 000 atau penjara selama tempoh
tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya dan denda
tambahan tidak lebih daripada RM 500 sehari bagi tiap-tiap
hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan kepadanya
satu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah yang
menghendakinya memberhentikan perbuatan tersebut.
PENCEMARAN LAUT
 Faktor-faktor pencemaran laut:
I. Pembuangan / tumpahan minyak
II. Pembuangan bahan pejal dari industri
 Kesan pencemaran:
a. Ikan dan makanan laut yang lain akan termusnah.
b. Aktiviti perlancongan dan rekreasi terjejas.
 Seksyen 27 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
memperuntukkan melainkan jika diberi lesen, tiada seorang
pun boleh melepaskan atau menumpahkan apa-apa minyak
atau campuran yang mengandungi minyak ke dala perairan
Malaysia.

 Sekiranya peruntukan ini dilanggari, seseorang itu boleh


dikenakan denda tidak kurang daripada RM 500 000 atau
penajra tidak lebih dari lima tahun atau kedua-duanya.
 Seksyen 29 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
memperuntukkan melainkan jika diberi lesen, tiada seorang
pun dibenarkan untuk melepaskan buangan-buangan ke dalam
perairan Malaysia.

 Sekiranya peruntukan ini dilanggari, seseorang itu boleh


dikenakan denda tidak kurang daripada RM 500 000 atau
penajra tidak lebih dari lima tahun atau kedua-duanya.
PENCEMARAN UDARA
 Faktor-faktor pencemaran:
a. Asap kenderaan
b. Asap dikeluarkan daripada industri
c. Kebakaran hutan
d. Pembakaran sis pertanian
e. Letupan gunung berapi
f. Ribut pasir
 Kesan pencemaran:
a. Gangguan pernafasan
b. Menjejaskan kadar penglihatan
c. Gangguan aktiviti pengangkutan, rekreasi dan lain-lain.
 Seksyen 22 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
memperuntukkan melainkan jika diberi lesen, tiada seorang
pun boleh mengeluar atau melepaskan buangan-buangan ke
dalam udara jika:
a. Dia meletakkan apa-apa benda di suatu tempat di mana
benda itu boleh dilepaskan ke dalam udara;
b. Dia menyebabkan atau membenarkan bau-bau yang
disebabkan keadaan, kepekatan, isipadu atau takatnya adalah
mencela atau menganggu.
c. Dia membakar apa-apa buangan tred, proses
atau perindustrian; atau

d. Dia menggunakan apa-apa kelengkapan


membakar bahan api yang tidak dilengkapi
dengan suatu alat atau kelengkapan kawalan
yang perlu dipasang pada kelengkapan itu.
 Jika seseorang didapati bersalah, seseorang itu boleh dikenakan
denda tidak lebih daripada RM 100 000 atau penjara selama
tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya dan
denda tambahan tidak lebih daripada RM 1000 sehari bagi
tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan
kepadanya satu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah yang
menghendakinya memberhentikan perbuatan tersebut.
Bil Jenis Seksyen Hukuman

1. Pencemaran tanah Seksyen 24 Denda tidak lebih RM 100 000 atau


penjaran tidak lebih 5 tahun atau kedua-
duanya sekali.

2. Pencemaran air Seksyen 25 Denda tidak lebih RM 100 000 atau


(perairan daratan) penjaran tidak lebih 5 tahun atau kedua-
duanya sekali.

3. Pencemaran bunyi Seksyen 23 Denda tidak lebih RM 100 000 atau


penjaran tidak lebih 5 tahun atau kedua-
duanya sekali.

4. Pencemaran laut Seksyen 27 Denda tidak lebih RM 500 000 atau


penjaran tidak lebih 5 tahun atau kedua-
duanya sekali.

Seksyen 29 Denda tidak lebih RM 100 000 atau


penjaran tidak lebih 5 tahun atau kedua-
duanya sekali.
Bil. Jenis Seksyen Hukuman

5. Pencemaran Udara Seksyen 22 Denda tidak lebih RM 100 000


atau penjaran tidak lebih 5 tahun
atau kedua-duanya sekali.
SEKIAN

You might also like