You are on page 1of 15

.

Bekerja
Setiap orang yang hidup dalam masyarakat Islam, diharuskan bekerja dan diperhatikan berkelana dipermukaan
bumi ini. Serta diperintahkan makan dari rizki Allah. Sebagaimana disebutkan dalam QS. Al-Mulk : 15 :
Artinya : “Dialah yang menjadikan bumi itu rumah bagimu, maka berjalanlah disegala penjurunya dan makanlah
sebagian rizki-Nya”.
Bekerja merupakan suatu yang utama untuk memerangi kemiskinan, modal pokok untuk menvapai kekayaan,
dan faktor dominan dalam menciptakan kemakmuran dunia. Dalam tugas ini, Allah telah memilih manusia unbtuk
mengelola bumi, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Allah, bahwa hal itu pernah diajarkan oleh Nabi Saleh
a.s kepada kaumnya, QS. Hud: 61:
Artinya : “Wahai Kaumku ! sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu tuhan, melainkan dia. Dia telah
menciptakan kamu dari tanah (liat) dan menjadikan kamu sebagai pemakmurmu”.

Konsep Kerja Dalam Islam


February 18, 2009admin

Kemuliaan seseorang insan itu bergantung kepada apa yang dilakukannya. Dengan itu, sesuatu
amalan atau pekerjaan yang mendekatkan seseorang kepada Allah adalah sangat penting serta
ada kerelevanannya untuk diberi perhatian. Amalan atau pekerjaan sebegini, selain memperolehi
keberkatan serta kesenangan dunia, apa yang lebih penting ianya merupakan jalan atau tiket
dalam menentukan tahap kehidupan seseorang di akhirat kelak, sama ada dari golongan ahli
syurga atau sebaliknya.

Istilah ‘kerja’ dalam Islam bukan semata-mata merujuk kepada mencari rezeki hidup untuk diri
dan keluarga dengan berhempas pulas siang dan malam, serta pagi dan petang tanpa mengira
waktu atau ketika, tetapi ia mencakupi segala bentuk amalan atau pekerjaan yang mempunyai
unsur kebaikan dan keberkatan bagi diri, ahli keluarga dan masyarakat sekelilingnya dan
seterusnya negara. Dengan kata lain, orang yang bekerja adalah mereka yang menyumbang jiwa
dan tenaganya untuk kebaikan diri, keluarga, masyarakat dan negara tanpa menyusahkan orang
lain.
Lantaran itulah, kategori ‘ahli syurga’ seperti mana digambarkan dalam al-Quran tidak menetapkan
kriteria orang yang mempunyai pekerjaan tetap sama ada sebagai pendidik berjaya atau kerani
akaun di syarikat-syarikat besar ataupun mekanik berjaya di sesebuah bengkel kenderaan.
Sebaliknya al-Quran menggariskan golongan yang baik lagi berjaya (al-falah) itu adalah orang
yang banyak taqwa mereka kepada Allah, khusyuk sembahyangnya, baik tutur katanya,
memelihara pandangan dan kemaluannya serta menunaikan tanggungjawab sosialnya seperti
mengeluarkan zakat dan seumpamanya (lihat Quran, al-Mu’minun: 1-11).
Golongan ini, mungkin terdiri daripada pensyarah universiti, pemandu kenderaan, tukang sapu,
ataupun seorang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Sifat-sifat sebeginilah sebenarnya yang
menjamin kebaikan dan kedudukan seseorang di dunia dan akhirat kelak.
Jika ditinjau hadis-hadis Rasulullah SAW tentang ciri-ciri manusia yang baik di sisi Allah, maka
tidak hairanlah antara mereka itu termasuk golongan yang memberi minum anjing kelaparan,
mereka yang memelihara mata, telinga dan lidah dari perkara-perkara nista, tanpa melakukan
amalan sunat yang banyak dan seumpama-nya. Dalam satu hadis seperti mana telah diriwayatkan
oleh Saidina Umar al-Khattab berbunyi: Bahawasanya setiap amalan itu bergantung kepada niat,
dan setiap individu itu dikira berdasarkan apa yang diniatkannya…’ Dalam riwayat lain, Rasulullah
SAW pernah bersabda: Binasalah orang-orang Islam kecuali mereka yang berilmu. Maka binasalah
golongan berilmu, kecuali mereka yang beramal dengan ilmu mereka. Dan binasalah golongan
yang beramal dengan ilmu mereka kecuali mereka yang ikhlas. Sesungguhnya golongan yang
ikhlas ini juga masih dalam keadaan bahaya yang amat besar…’ Kedua-dua hadis di atas sudah
cukup menjelaskan betapa niat yang disertai dengan keikhlasan itulah inti pati sebenar dalam
kehidupan dan pekerjaan manusia.

Alangkah baiknya kalau umat Islam hari ini, dapat bergerak dan bekerja dengan tekun dengan
matlamat yang satu iaitu ‘mardatillah’ (keredhaan Allah) itulah yang dicari dalam apa jua urusan
yang dibuat. Dari situlah akan lahir nilai keberkatan yang sebenar dalam hidup dengan curahan
nikmat Allah yang banyak. Inilah golongan yang diistilahkan sebagai tenang dalam ibadah, redha
dengan kehidupan yang ditempuhi, serta optimis dengan janji-janji Allah.

Konsep Bekerja Menurut Pandangan Islam


 

Oleh:
Hj. Ahmad bin Hj. Awang
Institut Dakwah Dan Latihan Islam, BAHEIS

Pendahuluan:

Tidak ada siapa yang akan mempertikaikan jika ada yang mengatakan bahawa setiap
orang mahu bekerja atau mendapatkan pekerjaan untuk menjamin kehidupannya. Kalau
kita ambil contoh dari golongan belia, baik yang berpelajaran menengath atau tinggi
sama ada mereka yang gagal dan tidak pernah bersekolah langsung, semuanya bercita-
cita untuk mendapat pekerjaan atau boleh bekerja bagi menampung keperluan hidupnya
sendiri atau keluarganya.

Adakah bekerja itu boleh dipandang sebagai suatu kewajipan atau tanggungjawab yang
mempunyai tujuan yang lebih luas? Tetapi apakah yang bekerja itu hanya sekadar untuk
menampung dan menjamin kehidupan di dunia ini. Soalan ini perlulah kita jawab dengan
memahami konsep kerja menurut pandangan Islam.

Pengertian Kerja:

Kerja atau amal menurut Islam dapat diertikan dengan makna yang umum dan makna
yang khusus. Amal dengan makna umum ialah melakukan atau meninggalkan apa jua
perbuatan yang disuruh atau dilarang oleh agama yang meliputi perbuatan baik atau
jahat. Perbuatan baik dinamakan amal soleh dan perbuatan jahat dinamakan maksiat.

Adapun kerja atau amal dengan maknanya yang khusus iaitu melakukan pekerjaan atau
usaha yang menjadi salah satu unsur terpenting dan titik tolak bagi proses kegiatan
ekonomi seluruhnya. Kerja dalam makna yang khusus menurut Islam terbahagi kepada:

1. Kerja yang bercorak jasmani (fizikal)

2. Kerja yang bercorak aqli/fikiran (mental)

Dari keterangan hadis-hadis Rasulullah (s.a.w), terdapat kesimpulan bahawa konsep


kerja menurut Islam adalah meliputi segala bidang ekonomi yang dibolehkan oleh syarak
sebagai balasan kepada upah atau bayaran, sama ada kerja itu bercorak jasmani (flzikal)
seperti kerja buruh, pertanian, pertukangan tangan dan sebagainya atau kerja bercorak
aqli (mental) seperti jawatan pegawai, baik yang berupa perguruan, iktisas atau jawatan
perkeranian dan teknikal dengan kerajaan atau swasta. Antara hadis-hadis tersebut
ialah:

"Tidaklah ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya
dari hasil usaha tangannya sendiri". (Riwayat al-Bukhari)

Selain daripada itu para sahabat menggunakan perkataan pekerja (amil) untuk jawatan
orang yang ditugaskan menjadi petugas pemerintahan umpamanva kadi, gabenor dan
sebagainya. Oleh yang demikian segala kerja dan usaha yang dibolehkan oleh syarak
baik yang bersifat kebendaan atau abstrak atau gabungan dan kedua-duanya adalah
dianggap oleh Islam sebaga "kerja". Segala kerja yang bermanfaat Islam dan yang
sekecil-kecilnya seperti menyapu longkang hingga kepada yang sebesar-besarnya seperti
menjadi menteri atau kepala negara adalah merupakan kerja atau amal sekalipun ianya
berlainan peringkat dan kelayakan yang diperlukan untuknya. Berdasarkan konsep ini
maka menurut pandangan Islam, masyarakat seluruhnya dan semua peringkat adalah
pekerja.

Oleh yang demikian konsep kerja seperti ini membawa implikasi sosial yang penting,
antaranya:

1. Bahawa asal manusia adalah sama sebagai manusia dan pekerja yang mempunyai
kemuliaan dan kehormatan sekalipun perbezaan itu tidaklah merupakan keistimewaan
satu pihak terhadap yang lain.

2. Para pekerja bukanlah hanya satu kelompok dari masyarakat, bahkan mereka adalah
semua anggota masyarakat. Jadi mengikut konsep Islam bahawa masyarakat itu adalah
tersusun atau terbentuk dari kerjasama antara sesama para pekerja di dalamnya, bukan
terdiri dari kumpulan para pekerja dan para majikan seperti yang difahami menurut
sistem ekonomi komunis atau kapitalis.
 

Kerja Menurut Tuntutan Islam:

Islam menjadikan kerja sebagai tuntutan fardu atas semua umatnya selaras dengan
dasar persamaan yang diisytiharkan oleh Islam bagi menghapuskan sistem yang
membeza-bezakan manusia mengikut darjat atau kasta dan warna kulit. Firman Allah
yang bermaksud:

"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan
perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supava kamu
berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah
orang yang taqwa." (al-Hujurat: 13)

Dengan menggunakan segala unsur-unsur perbezaan darjat atau warna kulit itu maka
jadilah kerja menurut Islam suatu tuntutan kewajipan yang menyeluruh atas setiap
orang yang mampu bekerja untuk mencapai kebahagiaan individu dan juga masyarakat.
Jadi tidaklah kerja itu hanya khusus untuk golongan hamba abdi seperti sebelumnya.

Firman Allah bermaksud:

"Dan katakanlah wahai Muhammad, beramallah kamu akan segala apa yang
diperintahkan, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat
apa yang kamu kerjakan." (al-Taubah: 105)

Islam juga meningkatkan tuntutan kerja itu hingga ke tahap kewajipan agama. Oleh itu
tahap iman sentiasa dikaitkan oleh al-Quran dengan amal soleh atau perbuatan baik. Ini
bererti Islam itu adalah akidah yang mesti diamalkan dan amalan yang mesti berakidah
secara tidak terpisah. Seperti firman Allah bermaksud:

"Demi masa, sesungguhnya sekalian manusia dalam kerugian kecuali mereka yang
beriman dan beramal soleh". (al-Asr: 1-3)

Kerja Sebagai Sumber Nilai:

Islam menjadikan kerja sebagai sumber nilai insan dan ukuran yang tanggungjawab
berbeza. Firman Allah bermaksud:

"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang itu melainkan balasan apa
yang diusahakan". (al-Najm: 39)

Firman-Nya lagi bermaksud:

"Dan bagi tiap-tiap seseorang beberapa darjat tingkatan balasan disebabkan amal yang
mereka kerjakan dan ingatlah Tuhan itu tidak lalai dari apa yang mereka lakukan". (al-
An'am: 132)

Kerja sebagai sumber nilai manusia bererti manusia itu sendiri menentukan nilai atau
harga ke atas sesuatu perkara itu. Sesuatu perkara itu pada zatnya tidak ada apa-apa
nilai kecuali kerana nisbahnya kepada apa yang dikerjakan oleh manusia bagi menghasil,
membuat, mengedar atau menggunakannya. Kerja juga merupakan sumber yang
objektif bagi penilai prestasi manusia berasaskan segi kelayakan. Oleh yang demikian
Islam menentukan ukuran dan syarat-syarat kelayakan dan juga syarat-syarat kegiatan
bagi menentukan suatu pekerjaan atau jawatan itu supaya dapat dinilai prestasi kerja
seseorang itu. Dengan cara ini, Islam dapat menyingkirkan perasaan pilih kasih dalam
menilai prestasi seseorang sama ada segi sosial, ekonomi dan politik.

Kerja Sebagai Sumber Pencarian:

Islam mewajibkan setiap umatnya bekerja untuk mencari rezeki dan pendapatan bagi
menyara hidupnya. Islam memberi berbagai-bagai kemudahan hidup dan jalan-jalan
mendapatkan rezeki di bumi Allah yang penuh dengan segala nikmat ini. Firman-Nya
bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan
Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan." (al-A'raf: 168)

Dan firman-Nya lagi bermaksud:

"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di
merata-rata ceruk rantaunnya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan
kepada-Nya jualah dibangkitkan hidup semula." (al-Mulk: 15)

Islam memerintahkan umatnya mencari rezeki yang halal kerana pekerjaan itu adalah
bagi memelihara maruah dan kehormatan manusia. Firman Allah bermaksud:

"Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di muka bumi yang halal lagi
baik". (al-Baqarah: 168)

Sabda Nabi (s.a.w) bermaksud:

"Mencari kerja halal itu wajib atas setiap orang Islam."

Oleh yang demikian Islam mencela kerja meminta-minta atau mengharapkan


pertolongan orang lain kerana ianya boleh merendahkan harga diri atau maruah. Dalam
sebuah hadis Rasulullah (s.a.w) bermaksud:

"Bahawa sesungguhnya seseorang kamu pergi mengambil seutas tali kemudian mengikat
seberkas kayu api lalu menjualnya hingga dengan sebab itu ia dapat memelihara harga
dirinya, adalah lebih baik daripada ia pergi meminta-minta kepada orang sama ada
mereka rnemberinya atau menolaknya."

Kerja Sebagai Asas Kemajuan Umat:

Islam mewajibkan kerja untuk tujuan mendapatkan mata pencarian hidup dan secara
langsung mendorongkan kepada kemajuan sosioekonomi. Islam mengambil perhatian
yang bersungguh-sungguh terhadap kemajuan umat kerana itu ia sangat menekankan
kemajuan di peringkat masyarakat dengan menggalakkan berbagai kegiatan ekonomi
sama ada di sekitar pertanian, perusahaan dan perniagaan. Dalam hadis Rasulullah
(s.a.w) sangat ketara dorongan ke arah kemajuan ekonomi di sektor tersebut, sebagai
contoh:

1. Di bidang Pertanian
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seseorang mukmin itu menyemai akan semaian atau menanam tanaman lalu
dimakan oleh burung atau manusia melainkan ianya adalah menjadi sedekah".

2. Di bidang Perusahaan

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

"Sebaik usaha ialah usaha seorang pengusaha apabila ia bersifat jujur dan nasihat-
menasihati.

3. Di bidang Perniagaan

Rasulullah (s.a.w) pernah meletakkan para peniaga yang jujur dan amanah kepada
kedudukan yang sejajar dengan para wali, orang-orang yang benar, para syuhada' dan
orang-orang soleh dengan sabda bermaksud:

"Peniaga yang jujur adalah bersama para wali, orang-orang siddiqin, para syuhada' dan
orang-orang soleh".

Baginda juga menyatakan bahawa sembilan persepuluh daripada rezeki itu adalah pada
perniagaan.

Islam Menolak Pengangguran:

Islam menuntut umatnya bekerja secara yang disyariatkan atau dibenarkan menurut
syarak bagi menjamin kebaikan bersama dengan mengelakkan dari meminta-minta dan
sebaliknya hendaklah berdikari. Islam sentiasa memandang berat dan menyeru umatnya
untuk bekerja dan berusaha mencari rezeki melalui dua pendekatan berikut:

Islam melarang dan mencegah umatnya meminta-minta dan menganggur. Banyak hadis
Nabi (s.a.w) mengenai larangan berusaha cara meminta. Baginda sering benar
mengarahkan orang yang datang meminta, supaya mereka bekerja umpamanya, suatu
ketika seorang fakir datang meminta-minta kepada baginda lalu baginda bertanya:
"Adakah anda memiliki sesuatu?" "Tidak", kata lelaki itu. Baginda bertanya lagi dengan
bersungguh-sungguh, lalu lelaki itu menjawab: "Saya ada sehelai hamparan yang
separuhnya kami jadikan alas duduk dan separuhnya lagi kami buat selimut dan ada
sebuah mangkuk yang kami gunakan untuk minum".Maka baginda bersabda kepadanya:
"Bawakan kedua-dua benda itu kepada saya". Lalu dibawanya kedua-dua barang itu,
kemudian Nabi tunjukkan barang itu kepada orang yang berada di sisi baginda kalau ada
sesiapa yang hendak membelinya. Akhirnya baginda dapat menjualnya dengan harga
dua dirham dan diberikan wang tersebut kepada lelaki itu sambil baginda berkata:
"Belilah makanan untuk keluargamu dengan satu dirham manakala satu dirham lagi
belikanlah sebilah kapak". Kemudian Rasulullah (s.a.w) meminta lelaki itu datang lagi,
lalu lelaki itupun datang dan baginda telah membubuhkan hulu kapak itu dan menyuruh
lelaki itu pergi mencari kayu api sambil baginda mengatakan kepada lelaki itu supaya
lelaki itu tidak akan berjumpa lagi dalam masa 15 hari. Lelaki itu pergi dan kembali lagi
selepas 15 hari sambil membawa datang 10 dirham, lalu ia berkata: "Wahai Rasulullah,
Allah telah memberkati saya pada kerja yang tuan suruh saya itu." Maka baginda
Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Itu adalah lebih baik daripada anda datang pada hari
kiamat kelak sedang pada muka anda bertanda kerana meminta-minta.
Berdasarkan kepada banyak hadis mengenai perkara ini, para ulama membuat
kesimpulan bahawa larangan meminta-minta itu bukanlah sekadar perintah bersifat
akhlak sahaja bahkan orang yang menjadikan kerja meminta-minta itu sebagai
"profesion", hendaklah dikenakan hukuman yang berpatutan.

Kesimpulan:

Berdasarkan kepada keterangan ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah (s.a.w) dengan
huraian-huraian seperti yang disebutkan dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Islam
sangat mengambil berat terhadap "kerja" dengan menjelaskan konsep kerja itu dan
kedudukannya yang tinggi dalam ajaran Islam. Ringkasnya, kita dapat simpulkan seperti
berikut:-

1. Kerja menurut konsep Islam adalah segala yang dilakukan oleh manusia yang
meliputi kerja untuk dunia dan kerja untuk akhirat.
2. Kerja untuk kehidupan dunia sama ada yang bercorak aqli/mental (white collar
job) atau bercorak jasmani (blue collar job) adalah dipandang sama penting dan
mulia di sisi Islam asal sahaja dibolehkan oleh syarak.
3. Islam mewajibkan kerja ke atas seluruh umatnya tanpa mengira darjat,
keturunan atau warna kulit, kerana seluruh umat manusia adalah sama di sisi
Allah, melainkan kerana taqwanya.
4. Masyarakat Islam adalah sama-sama bertanggungjawab dan bekerjasama melalui
kerja masing-masing. Berdasarkan kebolehan dan kelayakan serta kelayakan
bidang masing-masing kerana segala kerja mereka adalah bersumberkan iman
dan bertujuan melaksanakan amal soleh.
5. Kerja adalah asas penilaian manusia dan tanggungjawab yang diberikan
kepadanya sebagai khalifah Allah dan hamba-Nya untuk memakmurkan bumi ini
dan sekaligus pula beribadat kepada Allah, Tuhan Pencipta alam.
6. Kerja merupakan cara yang tabi'i untuk manusia mencari nafkah bagi menyara
hidup dan keluarga melalui berbagai sektor pekerjaan dan perusahaan yang sedia
terbuka peluangnya dengan persediaan dan kemudahan alam yang Allah sediakan
di atas muka bumi ini.
7. Islam melarang/menolak pengangguran kerana ia akan mendedahkan kepada
kelemahan dan kefakiran dan jatuhnya maruah diri/ummah, kerana Islam
menghendaki setiap umatnya bermaruah dan berdikari, tidak meminta-minta dan
berharap kepada bantuan dan belas kasihan orang lain, bahkan sebaliknya
hendaklah menjadi umat yang kuat dan mampu membela mereka yang lemah
dan tertindas agar seluruh manusia menikmati keadilan dan rahmat yang dibawa
oleh Islam sebagai agama atau "ad-Din" yang tertinggi dan mengatasi seluruh
kepercayaan dan ideologi manusia. Firman Allah S.W.T bermaksud: "Dialah Allah
yang mengutuskan Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan
agama yang benar (Islam) supaya ia meninggikan atas segala agama yang lain,
walaupun orang musyrik membencinya".

Sumber: Sinaran Islam, Tahun 8, Bil. 2, Jun 1988, hal. 16-30.


Etos Kerja dalam Perspektif Islam
OPINI | 14 January 2011 | 10:30 304  15   2 dari 3 Kompasianer menilai Inspiratif

Suatu hari Rasulullah SAW. berjumpa dengan Sa’ad bin Mu’adz Al-Anshari. Ketika itu Rasul
melihat tangan Sa’ad melepuh, kulitnya gosong kehitam-hitaman seperti terpanggang matahari.
“Kenapa tanganmu?” tanya Rasul kepada Sa’ad. “Wahai Rasullullah,” jawab Sa’ad, “Tanganku
seperti ini karena aku mengolah tanah dengan cangkul itu untuk mencari nafkah keluarga yang
menjadi tanggunganku”. Seketika itu beliau mengambil tangan Sa’ad dan menciumnya seraya
berkata, “Inilah tangan yang yang tidak akan pernah tersentuh api neraka”.

Istilah etos kerja terdiri dari dua kata yaitu etos dan kerja. Kata “etos” berasal dari bahasa Yunani
“Ethos” yang berarti sikap, kepribadian, karakter, watak, keyakinan atas sesuatu. Sedangkan
kata “kerja” berarti usaha untuk melalukan sesuatu dengan perencanaan dan tanggung jawab.
Islam merupakan agama yang mengajarkan umatnya menyelaraskan kehidupan duniawi dan
akhirat, keduanya tidak dapat terpisahkan. Dalam islam kerja sesungguhnya bentuk
implemantasi dari penciptaannya di bumi, sebagai khalifah fil ardhi, manusia dalam wujud
fisiknya di perintahkan untuk memakmurkan bumi dan alam semesta.

Bekerja merupakan ibadah dan harga diri sebagai Manusia

Alangkah mulianya ajaran dalam Islam tentang etos kerja, ajaran etos kerja juga telah di
contohkan Rasulullah. Ketika masa remaja Rasulullah merupakan seorang pedagang yang ulet,
beliau berdagang jauh sampai ke Syam (Suriah sekarang). Berkat kerja keras itu usaha dagang
Rasulullah berkembang. Bahkan ketika resmi di angkat sebagai Rasul dan pemimpin umat
semangat kerja Nabi Muhammad tidaklah kendor, urusan dunia dari pemerintahan, ekonomi
sampai membuat benteng untuk strategi militer tetap dikerjakan.

Jauh sebelum periode kenabian Muhammad para Rasul juga di ajarkan untuk memelihara etos
kerjanya, Nabi Nuh pandai membuat Kapal, Nabi Musa seorang pengembala, Nabi Sulaiman
seorang insiyur yang hebat, Nabi Yusuf seorang akuntan, Nabi Zakaria seorang tukang kayu,
Nabi Isa seorang tabib yang mumpuni dll (lebih lengkap silahkan lihat tulisan saya sebelumnya
tentang etos kerja Nabi Allah). Padahal kalau Allah berkehendak para Nabi yang membawa misi
untuk menyeru menyembah hanya satu Tuhan bisa hidup dengan parlente, hidup bergelimang
kemewahan.  Di sini Allah memberikan hikah kepada manusia, Nabi (utusan Allah) tidak hanya
menyeru manusia menyembah Satu Tuhan tapi juga menyeru manusia untuk memakmurkan
alamnya.

Etos kerja tidak bisa dilepaskan dari bekerja profesional diawali dengan Bismilllah dengan niat
karena Allah (innamal amalu binniyat). Dalam konsep sederhana manajemen modern Etos Kerja
harus sesuai dengan prinsip-prinsip Manajemen yaitu planning, organizing, staffing, directing dan
controling. Dalam Islam di kenal dengan istilah ihsan, Menurut Nurcholis Madjid, ihsan berarti
optimalisasi hasil kerja dengan jalan melakukan pekerjaan itu sebaik mungkin, bahkan
sesempurna mungkin. “Dan carilah apa yang dianugerahkan kepadamu (kebahagiaan) negeri
akhirat, dan janganlah kamu melupakan kebahagiaan dunia, dan berbuat ihsanlah kepada orang
lain sebagaimana Allah telah berbuat ihsan kepadamu , dan janganlah kamu berbuat kerusakan
di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat
kerusakan”. (28:77).

Seringkali umat Islam terjebak dengan istilah Tawakkal dan Qanaah. Tawakkal di artikan
menyerahkan sepenuhnya urusan kepada Allah termasuk urusan perut dan rejeki, begitu pula
Qanaah yang hanya di artikan sempit merasa ridha dan bersyukur dengan rejeki yang ada
sekarang. Padahal konsep sejati dari Islam adalah mendahulukan konsep bekerja baru
bertawakkal kepada sang pencipta. Dan qanaah tidak menjadikan muslim cepat berpuas dengan
rejeki yang di beri, bukankah Allah itu maha kaya dan tidak membatasi kekayaaan kita sepanjang
kekayaan yang di ridhai Allah.

Calon jemaah haji yang memenuhi panggilan Allah

Setiap muslim harusnya bersyukur, karena agama ini mendorong kita untuk memiliki etos kerja.
Kehidupan dunia mesti diseimbangkan dengan penanaman modal akherat (PMA), “Hai orang-
orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum’at, maka bersegeralah kamu
kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli .  Yang demikian itu lebih baik bagimu jika
kamu mengetahui.”(QS:62:9). Ayat ini jelas memerintahkan kita mencari modal untuk akherat
(perintah shalat jumat) lalu kemudian jangan melupakan tugas yang lain, untuk kehidupan dunia,
ada diri sendiri untuk di hidupi, anak, istri, keluarga dan kerabat dll.

Belum lagi dalam rukun islam ada perintah zakat dan ibadah haji yang hanya bisa di lakukan bila
harta mencukupi. Tentunya harta di dapatkan dengan kerja, lagi-lagi tersirat kita di ajarkan untuk
mencari harta dunia. Jadi salah besar pandangan yang menilai islam dan umatnya hanya untuk
orang-orang malas dan melarat.
Dalam daftar rillis tahunan majalah Forbes tentang orang kaya dunia, dalam peringkat 100 besar
oarng kaya dunia sangat jarang kita jumpai muslimin masuk dalam rangking tersebut, seingat
saya hanya ada Prince Alwaleed Bin Talal Alsaud (Saudi Arabia) dan Azim Hasham Premij
(India). Padahal banyak ayat dalam Quran yang memotivasi kerja kita “Dialah Yang menjadikan
bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian
dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan”(QS:67:15)

Dalam 10 tahun terakhir muncul fenomena orang kaya dari timur tengah, mereka banyak
membeli aset dan menjadi pemilik sejumlah perusahaan di benua Eropa. Tidak itu saja
kebangkitan ekonomi Islam juga kemudian memoderenisasi negeri-negeri Islam di Jazirah Arab
dan kawasan Asia lainnya. Semoga Etos kerja ini bisa menjadikan kaum muslimin bisa mandiri.

Salam kompasiana

kerja sebagai ibadah - Presentation Transcript

1. KERJA SEBAGAI IBADAH Mohd Nasir b. Masroom [email_address] 0137885504

2. Kepentingan Tajuk

o Mengukuhkan kefahaman “kerja sebagai ibadah”

o Menghindari kesan negatif salah anggapan terhadap kerja

o Penerapan nilai-nilai Islam dalam etika bekerja

o Islam agama yang sempurna & menyeluruh

3. Konsep Bekerja Dalam Islam

o Bekerja adalah satu kewajipan dalam Islam

o “ Mencari kerja yang halal itu adalah fardu selepas fardu”

o Kerja dalam Islam ialah kerja yang halal dan mendatangkan kebaikan kepada individu dan masyarakat
sekitarnya.

o Kerja yang halal ialah kerja yang tidak bercanggah dengan syarak.

4.
o ِ ‫س ِإال ِليَ ْعبُد‬
‫ُون‬ ِ ‫ت ْال ِجنَّ َو‬
َ ‫اإل ْن‬ ُ ‫َو َما خَ لَ ْق‬

o “ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan
beribadat kepadaKu.”

Konsep Ibadah
5. Kerja Sebagai Ibadah?

o Ibadah = taat & patuh kepada suruhan/larangan Allah s.w.t

o Contoh ibadah; solat, puasa, zakat, zikir…


o Memberi nafkah = wajib kepada suami / bapa / penjaga

o Hadis Rasulullah s.a.w;

o “ Barang siapa bekerja untuk anak dan isterinya melalui jalan yang halal maka bagi mereka pahala
seperti orang yang berjihad di jalan Allah”

6. Kerja Adalah Amanah Allah

o ‫اس أَ ْن تَحْ ُك ُموا ِب ْال َع ْد ِل‬ ِ ‫ِإنَّ هَّللا َ يَأْ ُم ُر ُك ْم أَ ْن تُؤَ دُّوا األَ َمانَا‬
ِ َّ‫ت ِإلَى أَ ْهلِهَا َوإِ َذا َح َك ْمتُ ْم بَيْنَ الن‬

o ‫اع فِي أَ ْهلِ ِه َوه َُو َم ْسئُو ٌل ع َْن َر ِعيَّتِ ِه َو ْال َمرْ أَةُ َرا ِعيَةٌ فِي‬
ٍ ‫اع َو َم ْسئُو ٌل ع َْن َر ِعيَّتِ ِه َوال َّر ُج ُل َر‬ ِ ‫اع َو ُكلُّ ُك ْم َم ْسئُو ٌل ع َْن َر ِعيَّتِ ِه‬
ٍ ‫اإل َما ُم َر‬ ٍ ‫ُكلُّ ُك ْم َر‬
‫ال َسيِّ ِد ِه َو َم ْسئُو ٌل ع َْن َر ِعيَّتِ ِه‬
ِ ‫اع فِي َم‬ ٍ ‫ت زَ وْ ِجهَا َو َم ْسئُولَةٌ ع َْن َر ِعيَّتِهَا َو ْالخَا ِد ُم َر‬ ِ ‫بَ ْي‬

7. Kerja Jangan Sampai Lupa Allah

o َ‫ض َوا ْبتَ ُغوا ِم ْن فَضْ ِل هَّللا ِ َو ْاذ ُكرُوا هَّللا َ َكثِي ًرا لَ َعلَّ ُك ْم تُ ْف ِلحُون‬
ِ ْ‫ت الصَّالةُ فَا ْنتَ ِشرُوا فِي االَر‬ ِ ُ‫فَإ ِ َذا ق‬
ِ َ ‫ضي‬

o Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan
urusan masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-
banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).

8. Taat Kepada Allah, Rasul & Majikan

o ِ ‫ُول ِإ ْن ُك ْنتُ ْم تُ ْؤ ِمنُونَ ِباهَّلل‬ ْ ‫يَا أَيُّهَا الَّ ِذينَ آَ َمنُوا أَ ِطيعُوا هَّللا َ َوأَ ِطيعُوا ال َّرسُو َل َوأُولِي األَ ْم ِر ِم ْن ُك ْم فَإ ِ ْن تَنَا َز ْعتُ ْم فِي ش‬
ِ ‫َي ٍء فَ ُردُّوهُ إِلَى هَّللا ِ َوال َّرس‬
ْ َ َ َ
‫َواليَوْ ِم اآل ِخ ِر ذلِكَ خَ ْي ٌر َوأحْ َسنُ تَأ ِويال‬ ْ

9. Kerja Untuk Dunia & Akhirat

o ِ ْ‫ك َوال تَب ِْغ ْالفَ َسا َد فِي األَر‬


ُّ‫ض ِإنَّ هَّللا َ ال ي ُِحب‬ َ ‫ك ِمنَ ال ُّد ْنيَا َوأَحْ ِس ْن َك َما أَحْ سَنَ هَّللا ُ إِلَ ْي‬
َ َ‫َصيب‬ َ ‫َّار األَ ِخ َرةَ َوال تَ ْن‬
ِ ‫سن‬ َ ‫َوا ْبت َِغ فِي َما آَتَاكَ هَّللا ُ الد‬
َ‫ْال ُم ْف ِس ِدين‬

o 77. "Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala
dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia;
dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian
nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ".

10. Kerja Bersungguh-sungguh

o Rasulullah s.a.w menyuruh kerja bersungguh-sungguh;

o ” ‫“إن هللا يحب إذا عمل أحدكم عمال أن يتقنه‬

o ” ‫ واعبدوا آلخرتك كأنك تموت غدا‬،‫“واعملوا لدنياك كأنك تعيش أبدا‬

11. Berlaku Adil

o ‫يَا أَيُّهَا الَّ ِذينَ آَ َمنُوا ُكونُوا قَوَّا ِمينَ هَّلِل ِ ُشهَدَا َء بِ ْالقِ ْس ِط َوال يَجْ ِر َمنَّ ُك ْم َشنَآَنُ قَوْ ٍم َعلَى أَال تَ ْع ِدلُوا ا ْع ِدلُوا ه َُو أَ ْق َربُ ِللتَّ ْق َوى َواتَّقُوا هَّللا َ إِنَّ هَّللا َ خَ بِي ٌر‬
َ‫ِب َما تَ ْع َملُون‬

o Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang
menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap
sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa
jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha
mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan.

12. Kerjasama, Tolong Menolong

o ِ ‫اإل ْث ِم َو ْال ُع ْد َو‬


‫ان‬ ِ ‫َوتَ َعا َونُوا َعلَى ْالبِرِّ َوالتَّ ْق َوى َوال تَ َعا َونُوا َعلَى‬
o “ dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah
kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan ”

13. Penutup

o Sebagai sebuah negara yang mengakui di dalam perlembagaan bahawa Islam itu ialah agama
rasminya, Malaysia sudah semestinya terus menerus meningkatkan usaha menerapkan nilai-nilai Islam di dalam setiap
bidang kegiatan kerajaan.

o Namun demikian oleh kerana segala kegiatan kerajaan itu melibatkan manusia maka sewajarnya
setiap pekerja (termasuk pekerja Badan-Badan Berkanun) diberi bimbingan khusus dari semasa ke semasa untuk
melengkapkan mereka sebagai pekerja yang akan melaksanakan tugasnya selaras dengan ajaran Islam.

o Dari pihak pekerja sendiri, mereka hendaklah sentiasa sedar dan berusaha untuk menunaikan tugas
mereka menurut ajaran Islam, ajaran yang mementingkan kebahagiaan umat manusia sejagat.

14.
o َ‫ق بِ ُك ْم ع َْن َسبِيلِ ِه َذلِ ُك ْم َوصَّا ُك ْم بِ ِه لَ َعلَّ ُك ْم تَتَّقُون‬ ِ ‫َوأَنَّ هَ َذا‬
َ ‫ص َرا ِطي ُم ْستَقِي ًما فَاتَّبِعُوهُ َوال تَتَّبِعُوا ال ُّسبُ َل فَتَفَ َّر‬

o “ Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang lurus, maka hendaklah kamu
menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari pada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu)
mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah’. Nilai Bekerja Dalam Islam

Anas bin Malik meriwayatkan bahwa seorang lelaki dari kaum Anshar datang menghadap
Rasulullah saw dan meminta sesuatu kepada beliau. Rasulullah bertanya kepada lelaki tersebut,
"Adakah sesuatu di rumahmu?"

"Ada, ya Rasulullah!" jawabnya, "Saya mempunyai sehelai kain tebal, yang sebagian kami
gunakan untuk selimut dan sebagian kami jadikan alas tidur. Selain itu saya juga mempunyai
sebuah mangkuk besar yang kami pakai untuk minum."

"Bawalah kemari kedua barang tersebut," sambung Rasulullah.

Lelaki itu membawa barang miliknya dan menyerahkannya kepada Rasulullah. Setelah barang
diterima, Rasulullah segera melelangnya. Kepada para sahabat yang hadir pada saat itu beliau
menawarkan, siapakah yang mau membeli.

Salah seorang menawar kedua barang itu dengan harga satu dirham. Tetapi Rasulullah
menawarkan lagi, barangkali ada yang sanggup membeli lebih dari satu dirham, "Dua atau tiga
dirham?" tanya Rasulullah kepada para hadirin sampai dua kali. Inilah lelang pertama kali yang
dilakukan Rasulullah.

Tiba-tiba ada salah seorang sahabat menyahut, "Saya beli keduanya dengan harga dua dirham."

Rasulullah menyerahkan kedua barang itu kepada si pembeli dan menerima uangnya. Uang itu
lalu beliau serahkan kepada lelaki Anshar tersebut, seraya berkata, "Belikan satu dirham untuk
keperluanmu dan satu dirham lagi belikan sebuah kapak dan engkau kembali lagi ke sini."

Tak lama kemudian orang tersebut kembali menemui Rasulullah dengan membawa kapak.
Beliau melengkapi kapak itu dengan membuatkan gagangnya terlebih dahulu, lantas berkata:
"Pergilah mencari kayu bakar, lalu hasilnya kamu jual di pasar, dan jangan menemui aku sampai
dua pekan."

Lelaki itu taat melaksanakan perintah Rasulullah. Setelah dua pekan ia menemui kembali
Rasulullah untuk melaporkan hasil kerjanya. Lelaki itu menuturkan bahwa selama dua pekan itu
ia telah berhasil mengumpulkan uang sepuluh dirham setelah sebagian dibelikan makanan dan
pakaian.

Mendengar penuturan lelaki Anshar itu, Rasulullah bersabda, "Pekerjaanmu ini lebih baik
bagimu daripada kamu datang sebagai pengemis, yang akan membuat cacat di wajahmu kelak
pada hari kiamat."

Melalui kisah ini kita diberi pelajaran oleh Rasulullah tentang arti pentingnya kerja. Bekerja dalam
Islam bukan sekadar untuk memenuhi kebutuhan perut, tapi juga untuk memelihara harga diri,
martabat kemanusiaan yang seharusnya dijunjung tinggi. Oleh karenanya, bekerja dalam Islam
menempati posisi yang mulia.

Islam sangat menghargai kerja atau usaha. Sedemikian tingginya penghargaan itu sehingga
orang yang bersungguh-sungguh bekerja disejajarkan dengan mujahid fi sabilillah. Kerja tidak
hanya menghasilkan nafkah materi, tapi juga pahala, bahkan maghfirah dari Allah swt.

Kerja juga berkait dengan martabat manusia. Seorang yang telah bekerja dan bersungguh-
sungguh dalam pekerjaannya akan bertambah martabat dan kemuliannya. Sebaliknya, orang
yang tidak bekerja alias menganggur, selain kehilangan martabat dan harga diri di hadapan
dirinya sendiri, juga di hadapan orang lain. Jatuhnya harkat dan harga diri akan menjerumuskan
manusia pada perbuatan hina. Salah satunya adalah meminta-minta. Perbuatan ini merupakan
kehinaan, baik di sisi manusia maupun di sisi Allah swt. Orang yang meminta-minta kepada
sesama manusia tidak saja hina di dunia, tapi juga akan dihinakan Allah kelak di akhirat.

Bekerja, selain mendatangkan pahala juga memberi banyak manfaat lain. Dengan bekerja
seseorang akan selalu berpikir untuk memperbaiki mutu pekerjaannya. Dengan demikian maka
tidak ada lagi sisa waktu untuk berandai-andai, berkhayal dan melamun. Sebaliknya, bagi orang-
orang yang menganggur, berkhayal merupakan kesibukan yang menghabiskan waktunya.
Padahal diketahui bahwa berkhayal itu merupakan bisikan syetan. Di sinilah pangkal segala
tindak kejahatan.

Untuk menanggulagi kejahatan itu sebenarnya sederhana saja. Ciptakan lapangan pekerjaan
dan suruh semua orang bekerja, terutama para pemudanya. Insya-Allah secara otomatis angka
kriminalitas menurun drastis.

Bekerja juga berkait dengan kesucian jiwa. Seorang yang sibuk bekerja akan kehabisan waktu
untuk bersantai-santai, ngobrol sana-sini, apalagi melakukan ghibah, membincangkan orang
lain. Ghibah tidak saja merupakan kebiasaan wanita, tapi juga kaum laki-laki yang banyak waktu
luangnya.

Begitu pentingnya arti bekerja, sehingga syariaat Islam menetapkannya sebagai suatu
kewajiban. Setiap muslim yang berkemampuan wajib hukumnya bekerja sesuai dengan bakat
dan kemampuannya.

Imam Abu Hanifah adalah seorang ulama besar yang sangat dihormati. Ilmunya luas dan
muridnya banyak. Di tengah kesibukannya belajar dan mengajar, ia masih menyempatkan diri
untuk bekerja sehingga tidak jelas lagi apakah ia seorang pedagang yang ulama atau ulama
yang pedagang. Baginya, berusaha itu suatu keharusan, sedangkan berjuang, belajar dan
mengajarkan ilmu itu juga kewajiban.
Suatu kali ia didapati oleh salah seorang sedang berdagang. Orang tadi merasa iba bercampur
heran, kenapa ulama besar sekaliber itu masih juga bekerja. Ia tanyakan hal itu kepada sang
Imam, dan kemudian didapatkan suatu jawaban yang luar biasa. Ia katakan bahwa bekerja itu
bukan suatu yang hina, tapi mulia di sisi Allah dan Rasul-Nya. Bukankah nabi-nabi Allah adalah
para pekerja? Sebagian menjadi penggembala, petani, tukang pande besi, juga pedagang.

Di tengah kaumnya, Rasulullah saw dikenal sebagai pedagang yang sukses. Beliau tidak hanya
berhasil mengembangkan modal istrinya, tapi juga modal yang ditanam oleh masyarakat
sekitarnya. Beliau tidak hanya sukses membawa keuntungan materi, tapi juga sukses
mengharumkan namanya. Di tengah masyarakatnya beliau dikenal jujur dan amanah. Di tengah
praktek bisnis yang kotor, penuh tipu daya, beliau berhasil mengembangkan paradigma baru
yang sama sekali berbeda dengan yang sudah ada.

Tentang nilai usaha ini, Islam tidak hanya bicara dalam dataran teori, tapi juga memberikan
modelnya. Artinya, konsep kerja itu menyangkut juga aplikasinya. Bukankah Rasulullah sebagai
uswatun hasanah, top figure ummat Islam adalah seorang pekerja? Bukankah para sahabat
yang mengelilingi beliau adalah juga para pekerja?

Dalam pandangan Islam, seorang yang bersusah-payah mencari rezeqi yang halal, yang
hasilnya digunakan sepenuhnya di jalan Allah disamakan derajatnya dengan para mujahid yang
berperang di jalan Allah. Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya Allah menyukai hamba yang berkarya dan terampil. Barangsiapa yang
bersusah-payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia serupa dengan seorang mujahid
di jalan Allah Azza wa Jalla." (HR Ahmad)

Kelelahan seorang muslim dalam mencari rezeki dinilai oleh Allah sebagai pahala. Bahkan bisa
menjadi penebus dosa. Orang yang pulang ke rumah dalam keadaan kepayahan karena
seharian bekerja akan diampuni oleh Allah swt. Dalam kaitan ini Rasulullah menegaskan dalam
sebuah sabdanya:

"Barangsiapa yang pada malam harinya merasa kelelahan karena bekerja pada siang harinya,
maka pada malam itu ia diampuni oleh Allah swt." (HR Ahmad)

Kenapa orang yang bekerja itu mendapatkan pahala di sisi Allah swt? Jawabannya sederhana,
karena bekerja dalam konsep Islam itu merupakan kewajiban atau fardhu. Dalam kaidah fiqih,
orang yang menjalankan kewajiban akan mendapatkan pahala, sedangkan mereka yang
meninggalkannya akan terkenai sanksi dosa. Tentang kewajiban bekerja ini Rasulullah
bersabda, "Mencari rizqi yang halal itu wajib sesudah menunaikan yang fardhu (seperti shalat,
puasa dan sebagainya)." (HR ath-Thabrani dan Al-Baihaqi)

Karena bekerja merupakan kewajiban ummat Islam, maka jangan heran jika Umar bin Khaththab
pernah menghalau orang yang berada di masjid agar keluar untuk mencari nafkah. Umar tidak
suka melihat orang yang pada siang hari tetap asyik duduk berdzikir di masjid, sementara sinar
matahari sudah berpancar. Dzikir tidak hanya bisa dilakukan di masjid, tapi juga bisa dilakukan di
pasar, di kantor, di jalan, dan di mana saja.

Berlaku jujur kepada pembeli itu merupakan dzikir. Tidak mengurangi timbangan, termasuk tidak
mengurangi kualitas itu juga dzikir. Banyak orang yang mengira bahwa mengurangi timbangan
saja yang berdosa, sedangankan mengurangi kualitas tidak apa-apa. Padahal setiap
pengurangan, baik secara kuantitas (jumlah satuan), maupun kualitas (mutu barang) sama-sama
mengurangi kadar, ukuran, takaran, atau timbangan. Keduanya merupakan perbuatan kriminal
dalam perdagangan.

Berdzikir dalam perjalanan adalah displin berlalu lintas. Tidak ngebut yang dapat mencelakakan
diri maupun orang lain. Taat mengikuti rambu-rambu lalu lintas, dan tidak mentang-mentang di
jalan raya.

Berdzikir di kantor adalah melaksanakan semua pekerjaan dengan baik dan rapi, disiplin waktu,
dan melaksanakan tugas sesuai dengan standar mutu. Termasuk dzikir di kantor adalah
menundukkan pandangan ketika melihat atau berhadapan dengan karyawati, suatu aktivitas
yang sulit dihindari pada saat ini.

Ungkapan dzikir yang dilakukan oleh orang yang sedang bekerja sangat berbeda artinya bila
dibandingkan dzikirnya orang yang sedang berdiam diri. Ketika seseorang mendapat musibah
dalam bekerja kemudian dia berucap "inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" jauh lebih bermakna
dibandingkan bila diucapkan oleh orang berdiam diri. Ketika seseorang dapat menyelesaikan
suatu pekerjaan berat kemudian dia berucap "alhamdulillahi rabbil 'alamin", maka
penghayatannya jauh lebih mendalam daripada ucapan bibir tanpa aksi.

Ketika seseorang melakukan kesalahan atau melihat suatu kemaksiatan, kemudian dia
beristighfar, maka istighfarnya menjadi lebih bermakna ketimbang seribu istighfar yang dilakukan
orang yang sedang tidak beraktivitas apa-apa. Justru di sinilah nilainya bekerja. Istighfar
semacam ini mungkin jauh lebih berarti daripada istighfarnya ribuan orang yang dikumpulkan di
lapangan dalam suatu acara istighasah yang penuh dengan rekayasa 

You might also like