You are on page 1of 21

TH10203 Sejarah Malaysia 1

1.0 PENGENALAN

Setelah Jepun menyerah kalah secara rasmi pada 22 Februari 1946 di Kuala Lumpur,
banyak kesan positif dan negatif 1 dari aspek sosial, ekonomi, dan politik yang berlaku
terhadap penduduk Tanah Melayu. Kesan penting adalah berlakunya pergaduhan antara
kaum terutamanya antara orang Melayu dengan orang Cina. Pendudukan Jepun telah
menyebabkan munculnya Parti Komunis Malaya (PKM) yang mendapat sokongan
terutamanya dari orang Cina. PKM telah menubuhkan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya
(MPAJA) yang juga dikenali sebagai ‘Bintang Tiga’. MPAJA telah mendapat sokongan dari
British dari aspek bantuan senjata semasa pemerintahan Jepun. Akibatnya, selepas Jepun
menyerah kalah, MPAJA telah mengambil kesempatan melancarkan pemberontakan
bersenjata pada bulan Jun 1948 dengan tujuan untuk menubuhkan sebuah Republik
komunis di Tanah Melayu2. Lebih kurang dua minggu di antara masa penyerahan Jepun
dengan ketibaan Pentadbiran Tentera British (BMA), hampir 70 peratus bandar, pekan dan
kampung di Tanah melayu telah dikuasai oleh MPAJA dengan menjalankan pemerintahan
rejim komunis.

MPAJA juga telah mengambil kesempatan dengan menjalankan sabotaj dan


keganasan. Mereka melakukan pembunuhan terhadap pengurus ladang dan lombong,
menyerang balai polis dan pusat kawalan pasukan keselamatan, membalas dendam dengan
membunuh orang Melayu dan orang yang dianggap sebagai tali barut Jepun. Dianggarkan,
MPAJA telah membunuh lebih kurang 2,542 orang Cina, Melayu dan India dan lain-lain yang
diangap sebagai tali barut jepun. 3 Keadaan yang semakin memuncak itu menyebabkan
darurat diisytiharkan pada petang 16 Jun 1948, oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah
Melayu, Sir Edward Gent. Kerajaan Tanah Melayu dan Singapura kemudiannya
mengharamkan PKM pada 23 Julai 1948 dan gerakan politik berhaluan kiri yang lain.

British sedar kekalahannya di tangan Jepun dalam masa yang singkat adalah
disebabkan oleh kelemahan mereka dalam pentadbiran di Tanah melayu. Akibatnya, pada
Julai 1943, Malayan Planning Unit (MPU) telah ditubuhkan di London untuk merangka
perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu selepas perang tamat. Pada 31
Mei 1944, kabinet perang telah meluluskan syor penyatuan politik Tanah Melayu yang
dikemukakan oleh MPU. Pada 10 Oktober 1945, Setiauaha Pejabat Tanah Jajahan British,
1
Shahlin Ali. 2005. Sebab-Sebab dan Kesan-Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Meniti Catatan Sejarah
Koleksi Artkel 2002-2003.Arkib Negara Malaysia. Kuala Lumpur. hlm 61
2
Ho Hui Ling. 2004. Darurat 1948-1960 Keadaan Sosial di Tanah Melayu. Universiti Malaya.Kuala Lumpur .Hlm 15
3
Ibid hlm 11
TH10203 Sejarah Malaysia 2

George Hall, telah mengumumkan parlimen mengenai penyatuan politik Tanah Melayu yang
dikenali sebagai Malayan Union (MU). Pada 11 Oktober 1945, Harold MacMichael dihantar ke
Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan Sultan-sultan bagi mempersetujui
penubuhan MU. Beliau melaksanakan tugasnya dari 18 Oktober hingga 21 Disember 1945.
Parlimen British telah mengeluarkan “kertas putih” yang mengandungi cadangan-cadangan
Malayan Union.

Pada mulanya kerajaan British telah merancang untuk menggabungkan negeri-negeri


kesultanan Melayu, Negeri-Negeri Selat, Sarawak, Borneo Utara dan Brunei ke dalam satu
kesatuan. Tetapi pada akhirnya, Sarawak, Borneo Utara dan Singapura dikeluarkan daripada
rancangan mereka dan hanya dijadikan sebagai tanah jajahan British menjelang Julai 1946 4.
Menurut kajian James Allen, sebab Malayan Union diperkenalkan adalah untuk
mempersiapkan negeri-negeri Melayu ke arah berkerajaan sendiri (bukan diberi
kemerdekaan), untuk menentukan bahawa Semenanjung Tanah Melayu dapat dipertahankan
daripada serangan luar dan British tidak begitu yakin terhadap bangsa Melayu. Mungkin
sebab pertahanan dan niat British untuk menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan
sendiri boleh diterima kerana ada bukti yang nyata tetapi perasaan kekecewaan British
terhadap bangsa Melayu tidak dapat diperoleh. Tetapi dasar British untuk memperkenalkan
Malayan Union tidak bermakna British berniat untuk memberikan kemerdekaan kepada
negeri-negeri Melayu.5

2.0 Faktor penubuhan Malayan Union

4
Barbara Watson Andaya and Leonard Andaya. 2001. A History Of Malaysia. Hlm 265
5
Ariffin Omar. Dari Malayan Union ke 13 Mei.Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik. hlm 323
TH10203 Sejarah Malaysia 3

Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 selepas tamatnya Perang Dunia II
merupakan sebuah gabungan di antara Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat,
kecuali Singapura yang dikekalkan sebagai tanah jajahan yang berasingan. Rancangan
Malayan Union mengekalkan Singapura sebagai suatu tanah jajahan yang berasingan
disebabkan ketakutan bahawa penentangan orang Melayu terhadap penyertaan Singapura
akan menjejaskan penerimaan rancangan tersebut. Terdapat kesangsian tradisional di
kalangan peniaga-peniaga Tanah Melayu bahawa sektor perniagaan Singapura akan
menjejaskan kepentingan mereka.

Selain itu, pihak British juga takut bahawa pemasukan dasar kewarganegaraan yang
liberal akan mengakibatkan ketakutan pemimpin-pemimpin Melayu disebabkan bilangan
orang Cina Singapura yang besar. Bagaimanapun, kerajaan British juga hendak menjadikan
Singapura sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk operasi strateginya di Timur Jauh.
Namun begitu, tujuan utama British mengecualikan penyertaan singapura ke dalam Malayan
Union adalah disebabkan oleh kepentingan ekonominya di Singapura, kedududkan strategik
Singapura sebagai pelabuhan dan pelbagai lagi faktor yang berteraskan kepada kegiatan
ekonomi mendorong pihak British untuk mengekalkan singapura sebagai kononnya Tanah
jajahan London.6

6
http//ms.Wikipedia.org/wiki/Malayan_union
TH10203 Sejarah Malaysia 4

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong British untuk menubuhkan Malayan Union.
Antara sebab utama ialah pihak British ingin mewujudkan satu pentadbiran pusat yang lebih
berkesan. Jika di lihat sebelum ini terdapat tiga corak pemerintahan yang berbeza di Tanah
Melayu. Corak pemerintahan ini juga adalah tidak seragam. James V. Allen dalam bukunya
“The Malayan Union” menegaskan bahawa sistem pentadbiran tersebut bukan sahaja
janggal tetapi mahal. Sistem pentadbiran sebelum perang perlu dihapuskan kerana ianya
mempunyai banyak kelemahan.

Corak pemerintahan yang di maksudkan ialah corak pemerintahan Negeri-negeri


Selat (Pulau Pinang dan Melaka) , Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang
dan Negeri Sembilan) dan Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan,
Terengganu). British ingin menyatukan ketiga-tiga corak pemerintahan ini di bawah satu
pemerintahan pusat. British berpendapat bahawa dengan penyatuan negeri-negeri ini di
bawah Malayan Union, mereka akan dapat menghasilkan satu jentera pentadbiran yang lebih
selaras dan licin malah akan dapat menjimatkan perbelanjaan pentadbiran.

Di samping itu, penubuhan Malayan Union ini juga adalah bertujuan untuk
memudahkan pihak British menyusun strategi pertahanan. Hal ini kerana sebelum Perang
Dunia Kedua meletus, pihak British mendapati, amat sukar bagi mereka untuk menyusun
strategi pertahanan di Tanah Melayu kerana bukan semua negeri ditadbir secara langsung
oleh British. Oleh itu mereka berpendapat bahawa sekiranya semua negeri digabungkan
sebagai satu unit politik, ia akan memudahkan mereka untuk menyusun strategi peperangan
yang lebih berkesan.

Seterusnya, Malayan Union yang di tubuhkan juga bertujuan untuk mengimbangi


perkembangan ekonomi. Sebelum perang meletus di Tanah Melayu, perkembangan ekonomi
antara negeri-negeri di Tanah Melayu adalah tidak seimbang. Ini dapat di buktikan kerana
perkembangan ekonomi di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu adalah
lebih maju dan pesat jika di bandingkan dengan Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu.
British berpendapat bahawa jika semua negeri-negeri ini di gabungkan di bawah satu unit
politik, ia akan dapat mengimbangi perkembangan ekonomi di Tanah Melayu. Ini secara
tidak langsung akan dapat memajukan ekonomi Tanah Melayu secara menyeluruh. Selain itu
Malayan Union juga bertujuan untuk mengenang jasa orang-orang Cina. James V. Allen juga
mendakwa penubuhan Malayan Union adalah bertujuan untuk mengenang jasa orang Cina
yang telah bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun. Majoriti orang Cina telah
TH10203 Sejarah Malaysia 5

menjadi anggota Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) dan telah bersama-sama
dengan pihak British dalam usaha untuk mengusir tentera Jepun dari Tanah Melayu.

Sebab yang lain mengapa Malayan Union ditubuhkan adalah sebagai persediaan
Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Pada hemat pihak British, Malayan Union yang di
tubuhkan adalah sebagai persediaan orang melayu ke arah berkerajaan sendiri. Mereka
mengatakan bahawa sebelum hasrat ini tercapai, satu bentuk pentadbiran yang cekap perlu
di adakan dan pentadbiran yang di maksudkan adalah Malayan Union. Melalui Malayan
Union, penduduk Tanah Melayu akan dilatih untuk melakukan kerja-kerja pentadbiran
dengan lebih cekap. Tanah Melayu akan diberi latihan ke arah berkerajaan sendiri sesuai
dengan Piagam Atlantik 1945. Piagam tersebut menganjurkan masa depan sesebuah negara
ditentukan oleh rakyatnya sendiri. Kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu
daripada sebab utama untuk pembentukan 'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan British
untuk menyediakan Tanah Melayu terhadap kemerdekaan.

Ia dilihat sebagai satu kewajaran kerana pihak British telah pun menandatangani
Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan bahawa semua negara-negara
dunia berhak untuk menentukan dan memerintah negara sendiri dalam erti kata lain
'Merdeka'. Maka, pihak Britain terikat untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu. Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu ketika itu mempercayai bahawa
rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri
naungan menjadi sebuah tanah jajahan British. Di mana, ia dilihat sebagai satu usaha untuk
memanjangkan lagi tempoh penjajahan British di Tanah Melayu dengan cara berpura-pura
berusaha untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sedangkan kuasa
pemerintah Tanah Melayu ketika itu, iaitu sultan-sultan telah pun dilucutkan melalui
pembentukan Malayan Union.7

Selain itu, perlembagaan Malayan Union yang dirangka dilihat merupakan salah satu
langkah pihak British untuk menghalang usaha orang melayu untuk menuntut kemerdekaan.
Selain menghalang usaha untuk orang melayu menuntut kemerdekaan, perlembagaan
Malayan Union secara tidak langsung akan dapat membendung semangat kebangsaan
orang-orang melayu. Sejak pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, orang-orang melayu
telah berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan. Justeru itu, pihak British telah mengambil
langkah awal untuk mematahkan hasrat orang melayu ini dengan merangka perlembagaan

7
http//ms.Wikipedia.org/wiki/Malayan_union
TH10203 Sejarah Malaysia 6

Malayan Union. Menerusi perlembagaan Malayan Union, Tanah Melayu akan menjadi Tanah
Jajahan Mahkota British.

Sebab lain yang menyebabkan Malayan Union ditubuhkan ialah untuk membalas
dendam terhadap orang Melayu kerana orang-orang Melayu telah menyokong tentera
Jepun. James V. Allen dalam bukunya “The Malayan Union” menegaskan bahawa sejak
kekalahan pihak British di tangan Jepun, majoriti pegawai British adalah bersikap anti-Melayu
kerana mereka kecewa dengan tindakan dan orang Melayu yang telah bekerjasama dengan
tentera Jepun. Akibatnya, perlembagaan Malayan Union adalah amat merugikan orang-
orang Melayu itu sendiri, terutamanya yang berkaitan dengan hak keistimewaan dan
kekuasaan serta kewibawaan Sultan yang menjadi tonggak kepada negara. Melalui
perlembagaan Malayan Union sultan tidak mempunyai kekuasaan dalam aspek pentadbiran.
Sultan hanya mempunyai kuasa dalam hal-hal yang berkaitan dengan Hal Ehwal agama
Islam dan adat resam orang melayu di mana mereka dilantik sebagai Pengerusi Majlis
Penasihat Melayu di negeri masing-masing.

Seterusnya, penubuhan perlembagaan Malayan Union adalah bertujuan untuk


melahirkan semangat cintakan Tanah Melayu terutamanya dalam kalangan orang-orang
Cina dan India di Tanah Melayu. Hal ini kerana taat setia dalam kalangan orang-orang
Cina dan India masih lagi kepada negara asal mereka. Pihak British berharap bahawa
dengan pemberian kerakyatan yang longgar menerusi prinsip Jus Soli, orang Cina dan India
akan menumpukan taat setia mereka kepada Tanah Melayu apabila mereka menjadi
warganegara Malayan Union kelak.8

3.0 Ciri-Ciri Malayan Union

Rancangan Malayan Union yang melibatkan Negeri-Negeri Selat, tetapi tidak


termasuk Singapura, akan terdiri daripada Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat
Kerajaan yang diketuai oleh seorang Gabenor British. Sultan-sultan Melayu masih akan
mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi dalam bidang kuasa yang sangat terhad,
iaitu berkaitan hal ehwal agama Islam dan adat Istiadat orang Melayu sahaja. Sebaliknya,
pihak British akan terus memerintah melalui sebuah majlis penasihat yang diluluskan oleh

8
Malayan Union Aplikasi atas talian di http://www.tuitionplaza.com/bb/forum_posts.asp?TID=4755&PN=1
TH10203 Sejarah Malaysia 7

gabenor Malayan Union. Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset negeri-
negeri Melayu, kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi sultan-
sultan. Di Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai sultan, Pesuruhjaya Residen akan
menjadi ketua pentadbiran. Beliau diberi banyak kuasa dan hanya bertanggungjawab kepada
Gabenor. Ini sekaligus menunjukan kedaulatan British di Tanah Melayu. Di mana pihak
British bertindak mengawal semua perkara mengenai Tanah Melayu. Dan mereka lebih
berkuasa berbanding sebelum pendudukan Jepun.

Skim Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang memberikan


kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura,
serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurang-kurang 10 tahun daripada 15 tahun
sebelum 15 Februari 1942. Semua warganegara Malayan Union yang baru itu akan
mempunyai hak-hak yang sama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam.
Akhir sekali, kewarganegaran Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi
kaum dan kepercayaan atau pun turut dikenali sebagai 'jus soli'. 9

4.0 Perlembagaan Malayan Union

Rancangan Malayan Union dibincangkan secara serius pada peringkat kabinet oleh
kerajaan Parti Buruh pada bulan Julai 1945. Rancangan kerajaan oleh diumumkan pada
Oktober 1945 dan isi kandungannya dikeluarkan dalam warta kerajaan “Kertas Putih 6724”
bertarikh 22 Januari 1946. Menurut perlembagaan Malayan Union Negeri-Negeri Melayu,
Pulau Pinang dan Melaka akan disatukan di bawah satu pentadbiran. British berpendapat
kesatuan perlu kerana sebelum ini tiap-tiap dan sukar untuk menyeragamkannya. Walaupun
pemerintahan dipusatkan kerajaan negeri akan diberi kuasa menguruskan hal-ehwal
tempatan dengan persetujuan pusat. Ketua pentadbiran kerajaan kesatuan ialah gabenor
dengan dibantu oleh Majlis Eksekutif dan perundangan. Majlis Eksekutif terdiri daripada lima
orang ahli iaitu Ketua Setiausaha, Peguam Negara, Setiausaha Kewangan dan dua orang lagi
ahli yang akan ditentukan oleh gabenor. Majlis ini juga dianggotainya oleh lima orang ahli
tidak rasmi.

Majlis perundangan mengandungi dua puluh satu orang ahli tidak rasmi dan ahli tidak
lebih daripada dua puluh satu orang. Dengan ini ahli tidak rasmi akan mempunyai majoriti
dalam dewan. Ahli-ahli tidak rasmi akan dilantik mewakili tiga kumpulan kaum wanita- 1)

9
http//ms.Wikipedia.org/wiki/Malayan_union
TH10203 Sejarah Malaysia 8

Melayu, 2) Cina, 3) Eropah, India, Eurasian dan sebagainya. Setiap komponen akan diwakili
oleh tujuh orang ahli. Negeri-negeri pula mempunyai Majlis Penasihat yang diketuai oleh
sultan. Baginda akan melantik ahli-ahli Majlis tetapi mesti mendapat pengesahan gabenor.
Majlis ini akan menasihatkan sultan dalam semua perkara berhubung dengan agama Islam
dan adat istiadat Melayu. Bagaimanapun hal ini perlu dirujuk kepada Pesuruhjaya Residen
dan mendapat persetujuan residen.

Majlis Penasihat Pusat yang dipengerusikan oleh gabenor dan dianggotai oleh sultan-
sultan akan membincangkan lebih lanjut tentang hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat
Melayu. Jelas gabenor mempunyai kuasa yang selama ini menjadi hak istimewa raja-raja.
Tanah Melayu mungkin akan diberi kemerdekaan dan Malayan Union dianggap langkah
pertama ke arah itu. 10 Kemerdekaan tidak akan diberi selagi kaum-kaum tidak bersatu. Bagi
menjaga kepentingan imigran, pemberian kerakyatan dilonggarkan kepada semua bangsa
manakala hak istimewa orang Melayu ditarik balik. Kewarganegaraan akan diberi atas nama
Malayan Union. Mereka yang layak mendapat kerakyatan.

1) Mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura


2) Mereka yang menetap selama sepuluh tahun daripada lima belas tahun yang lalu
3) Mereka yang menetap di Tanah Melayu atau Singapura selama lima tahun.
4) Rakyat British boleh mendapat kerakyatan Malayan Union tanpa hilang kerakyatan
British
5) Mereka yang mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union.

5.0 Syarat-syarat Malayan Union

Perlembagaan Malayan Union menukar taraf negeri-negeri Melayu daripada negeri-


negeri yang bernaung menjadi tanah jajahan British. Sebagai tanah jajahan, Britian akan
berkuasa penuh di seluruh Tanah Melayu. Menerusi Malayan Union, Britian telah
menghapuskan kedaulatan sultan-sultan Melayu. Britian telah mengambil alih kuasa sultan-
sultan Melayu apabila Sir Harold MacMichael, seorang wakil khas kerajaan British, telah
Berjaya mendapatkan tandatangan sultan-sultan untuk menyerahkan kedaulatan mereka
kepada Britian. MacMichael telah datang ke Tanah Melayu pada bulan Oktober 1945.

10
Khong Kim Hoong, Merdeka, British Rule and the Struggle For Indepence in Malaya, 1984, hlm. 37.
TH10203 Sejarah Malaysia 9

Sebenarnya cara beliau mendapatkan tandatangan sultan-sultan ini boleh


dipersoalkan kerana ada sultan yang diugut, misalnya Sultan Kedah. Selain itu, ada pula
perjanjian menyerahkan kuasa yang ditandatangani oleh sultan-sultan ini yang tidak sah dari
segi perlembagaan negeri. Perlembagaan negeri Johor pada masa itu dari segi
perlembagaan negeri. Perlembagaan negeri Johor pada masa itu misalnya, tidak
membenarkan sultan dengan cara bersendirian, menyerahkan negeri Johor kepada mana-
mana kuasa luar. Fasal 15 dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor menyatakan:

“Raja itu tiada sekali-kali boleh menyerahkan atau berbuat sebarang perjanjian atau ikhtiar
hendak menyerahkan akan negeri atau sesuatu bahagian daripada negeri dan kerajaan
Johor itu kepada sebarang kerajaan atau kuasa bangsa Eropah atau sebarang lain kerajaan
atau bangsa….”

Mengikut Perlembagaan Malayan Union, semua negeri Melayu termasuk Pulau Pinang
dan Melaka disatukan di bawah satu pemerintahan pusat. Singapura tidak dimasukkan.
Malayan Union diperintah oleh seorang Gabenor British yang berkuasa penuh. Sultan-sultan
cuma jadi raja kehormat sahaja. Majlis yang membincangkan hal agama Islam dalam
Malayan Union dianggotai oleh sultan-sultan tetapi Gabenor yang menjadi pengerusinya.
Keadaan inii adalah ganjil kerana seorang yang beragama Kristian menjadi pengerusi majlis
yang mengendalikan hal agama Islam. Perlembagaan Malayan Union cuba memberi hak
kerakyatan kepada golongan bukan Melayu menerusi prinsip Jus Soli. Ini bermakna jika
seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas Malayan Union ditubuhkan, maka ia berhak
menerima hak kerakyatan dengan senang.

Perlembagaan Malayan Union juga memerlukan penubuhan sebuah Majlis Penasihat


Pusat. Ahli Majlis Penasihat Pusat ini dilantik oleh cadangan untuk mendapatkan ahli Majlis
menerusi pilihanraya, biarpun sebahagian kecil daripadanya. Tiap-tiap negeri dalam Malayan
Union mempunyai mempunyai seorang Pesuruhjaya Residen yang menjadi ketua pentadbir
di peringkat negeri. Beliau mentadbir secara langsung dan tidak lagi menjadi penasihat
kepada sultan seperti sebelum Perang Dunia Kedua dahulu. 11

11
Zainal Abidin Abdul Wahid et.al.1996.. Malaysia Warisan dan Perkembangan .Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur.hlm 276-278
TH10203 Sejarah Malaysia 10

6.0 SUMBANGAN MALAYAN UNION KE ATAS PERKEMBANGAN SEMANGAT


KEBANGSAAN RAKYAT

6.1 Penubuhan Kongres Melayu Se-Malaya

Oleh kerana tindakan British itu terlalu menghinakan bangsa dan tanahair mereka,
maka orang Melayu tidak dapat lagi menahan sabar dan membiarkan diri tertindas dan
kedaulatan bangsa ternoda. Mereka bangkit dan mengorak langkah untuk menghapuskan
penghinaan dan pencabulan yang dilakukan ke atasnya. Sungguhpun orang Melayu
menentang Malayan Union dengan hebat tetapi usaha mereka tidak padu. Beberapa
pandangan yang telah dikemukakan dalam akhbar supaya orang Melayu bersatu menentang
Malayan Union supaya lebih berkesan. Jadi, pada 1 Mac 1946, satu persidangan pertubuhan
Melayu telah diadakan di Kuala Lumpur untuk menyatupadukan tenaga orang Melayu.
Persidangan pertubuhan Melayu yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru,
dari 1 hingga 4 Mac 1946 ialah satu kempen hebat bangsa Melayu menentang penjajahan. 12

Persidangan itu dihadiri oleh 41 buah pertubuhan Melayu termasuk juga Persatuan
Orang Melayu. Antara persatuan yang telah menghantar wakil ialah Pergerakan Melayu
Semenanjung Johor, Kesatuan Melayu Kedah, Persatuan Melayu Kelantan, Kesatuan Melayu
Melaka, Persatuan Melayu Negeri Sembilan, Persatuan Melayu Pahang, Kesatuan Melayu
Pulau Pinang, Perikatan Melayu Perak, Persetiaan Muslim Teluk Anson, Pergerakan
Kebangsaan Melayu Selangor, Kesatuan Melayu Singapura, Persatuan Melayu Terengganu
dan Parti Kebagsaan Melayu Malaya. Wakil-wakil yang hadir telah bersetuju menggabungkan
pertubuhan Melayu ini. Dato’ Onn bin Jaafar telah dilantik menjadi pengerusinya.

Kongres berpendapat bahawa langkah kerajaan British hendak memaksakan Malayan


Union di Tanah Melayu adalah bertentangan dengan prinsip demokrasi kerana orang Melayu
tidak bersetuju menerimanya. Malah cara kerajaan British mendapatkan tandatangan
beberapa orang sultan juga dipersoalkan kesahihannya. Kongres juga merasakan tindakan
kerajaan British hendak menubuhkan Malayan Union itu sebagai tidak adil. Orang Melayu
merasakan bahawa kerajaan British selepas Perang Dunia Kedua sepatutnya datang
meminta maaf kepada penduduk Tanah Melayu kerana ia telah tidak bersungguh-sungguh
mempertahankan Tanah Melayu apabila diserang oleh Jepun. Sebaliknya, pihak British
mencabul kedaulatan raja-raja Melayu dan menodai hak politik orang Melayu. Oleh itu,
kongres meminta kerajaan British menarik balik rancangan Malayan Union dan mengekalkan
Tanah Melayu kepada keadaan sebelumnya.

12
Ibid. Hlm. 279.
TH10203 Sejarah Malaysia 11

Sungguhpun Kongres Melayu Se-Malaya telah menyatakan tentangannya terhadap


rancangan Malayan Union tetapi pihak British tidak begitu mempedulikannya. Dalam satu
perbincangan di Dewan Rakyat British pada 8 Mac 1946, kerajaan British telah menyatakan
keazamannya hendak melaksanakan Malayan Union pada 1 April 1946, tetapi, fasal yang
berkenaan dengan hak kerakyatan telah digantung buat sementara. Apabila orang Melayu
mendengar tujuan British hendak mengisytiharkan Malayan Union pada 1 April 1946,
Kongres Melayu Se-Malaya telah mengambil keputusan untuk mengadakan mesyuarat
tergempar pada 29 dan 30 Mac 1946 di Kuala Lumpur. Kongres telah mengambil keputusan:

 Bersatu padu menentang Malayan Union


 Memulaukan upacara berhubung dengan penubuhan Malayan Union
 Memulaukan sebarang upacara berhubung dengan pelantikan Gabenor Malayan
Union.
 Ahli Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah memulaukan majlis tersebut dan menarik diri
dari sebarang perlantikan jawatan kuasa

 Berkabung selama tujuh hari sebagai tanda bantahan terhadap Malayan Union
dengan melilitkan kain putih pada songkok

Walau bagaimanapun, Kerajaan Inggeris tidak menghiraukan bantahan orang-orang


Melayu. Malayan Union tetap diisytiharkan pada 1 April 1946 dan Sir Edward Gent telah
dilantik sebagai Gabenor pertama Gagasan Malayan Union. Sultan-sultan, ahli Majlis
Mesyuarat Negeri dan ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan tidak menghadiri upacara tersebut.
Orang-orang Melayu seolah-oleh berkabung dengan melilitkan kain putih di songkok sebagai
simbol kematian selama tujuh hari. Tindakan Kongres Melayu SeMalaya ini agak
mengagumkan. Tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union tambah berkesan. Britian
tidak menjangka kesedaran politik orang Melayu begitu hebat sehingga mereka boleh
bersatu padu secara menyeluruh, bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi termasuk juga
sultan-sultan.13

Kesimpulannya, semangat pewira yang tercetus dalam Kongres Kebangsaan Melayu


Se- Malaya itu telah menjiwai perjuangan umat Melayu, dan mereka bertambah-tambah
sedar bahawa jika mereka berjuang terus mengembalikan hak-hak kedaulatan bangsa, maka
akan hilanglah pusaka bangsa dan padah yang akan menimpa pada masa hadapan lebih
buruk dari sekarang. Penubuhan Kongres Melayu Semalaya telah menjadi pencetus kepada

13
Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan Dan Perkembangan, Edisi Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kuala Lumpur. Hlm. 195.
TH10203 Sejarah Malaysia 12

kebangkitan semangat nasionalisme kepada rakyat pada masa itu. Hal ini adalah disebabkan
kerana melalui penubuhan ini, orang Melayu telah bersatu dan menentang Malaya Union
secara hebat walaupun tidak padu.

6.2 Lahirnya UMNO (United Malaya National Organisation)

UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu telah ditubuhkan pada 11 Mei
1946 hasil daripada kesedaran politik orang Melayu menentang pengenalan Malayan Union
sejak Disember 1945. Melalui kebimbangan mereka akan kehilangan negeri, bangsa dan
kebudayaan mereka, penyatuan orang Melayu menjadi begitu jelas dan bermakna sekali. Ia
bolehlah dianggap sebagai satu kemuncak nasionalisme Melayu itu sendiri. 14 Ketika
ditubuhkan, UMNO menerima semua orang Melayu daripada pelbagai ideologi dan fahaman
untuk sama-sama berjuang di bawah satu slogan “Hidup Melayu”. Tetapi sebelum 11 Mei
1946, orang Melayu sudah mempunyai parti atau persatuan yang berselerak di seluruh
Tanah Melayu dan tidak bersatu akibat dasar pecah perintah pihak British.

Pertubuhan Melayu Perak, Selangor, Johor, Kedah, Seberkas, API, Insaf, Perkemam,
KMM (yang diharamkan oleh pihak Inggeris sebelum Jepun menduduki Tanah Melayu) dan
berbagai-bagai lagi persatuan yang bersifat kenegerian atau kesukuan seperti Persatuan
Anak Jawa, Anak Kalimantan, Sumatera dan sebagainya telah bertekad meleburkan identiti
sempit mereka masing-masing dan seterusnya menyamakan identiti di bawah satu parti
politik yang sama, iaitu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi di bawah payung
UMNO.15 UMNO merupakan sebuah parti yang merangkumi beberapa persatuan dan
pertubuhan dari negeri-negeri di Tanah Melayu yang telah bergabung untuk menentang
Malayan Union. Dato’ Onn Jaafar merupakan presiden UMNO yang pertama.

Menurut Mohd. Isa Othman, UMNO tidak muncul sebagai sebuah pertubuhan yang
inginkan kemerdekaan. Ini adalah berdasarkan ucapan wakil-wakil persatuan negeri-negeri
Melayu di mana tidak seorang pun yang menuntut kemerdekaan daripada pihak British.
Mereka cuma melaungkan perasaan kesal terhadap perubahan dasar British yang akan
menggabungkan negeri-negeri Melayu dan juga memberi taraf kerakyatan kepada beribu-
ribu kaum pendatang yang tidak ada sebarang kaitan dengan Tanah Melayu. Bagi mereka,
pihak British telah mengkhianati bangsa Melayu dengan memperkenalkan Malayan Union
dan mereka telah mencadangkan cara untuk memperbaiki semula antara orang-orang
Melayu dengan pihak British ialah dengan mengembalikan semula keadaan politik seperti
14
Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1998, hlm. 1.
15
Ahmad Atory Husain, Dimensi Politik Melayu 1980 – 1990 : Antara Kepentingan dan Wawasan Bangsa,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1993, hlm. 1.
TH10203 Sejarah Malaysia 13

sebelum tahun 1941. Namun cadangan ini tidak dapat diterima oleh British. Wakil-wakil
Melayu pada masa itu dengan terus terang menjelaskan bahawa mereka tidak menginginkan
kemerdekaan tetapi hanya naungan daripada pihak British agar kedudukan bangsa Melayu
tidak terancam.16 Dato’ Onn juga ada menyatakan alasan mengenai UMNO yang menolak
kemerdekaan penuh ke atas Tanah Malayu kerana bagi beliau, orang Melayu belum cukup
terlatih untuk mentadbir negara yang merdeka. Kata beliau:

“Saya ada mendengar beberapa pihak berkehendakkan kemerdekaan penuh, atas


tuntutan itu hendaklah kita tunjukkan kebolehan kita supaya barang yang sudah kita pegang
itu tidak terlepas daripada tangan kita… saya bertanya seorang daripadanya bagaimana
caranya merdeka. Saya yang akan jalankan pemerintahan itu. Adakah cukup dengan
seorang yang dipertua sahaja? Bagaimana menterinya, sudahkah disusunkan? Adakah
orang-orang Melayu itu sudah cukup layak menjadi Menteri Besar dan menteri-menteri
keamanan, pelajaran, keselamatan dan sebagainya?... Bagaimana hendak menjalankan
kerajaan jika kita sendiri tiada orang?”17

Ketika UMNO di ambang permulaan perjuangannya, masyarakat Melayu hidup dalam


keadaan miskin, daif dan serba kekurangan. Ahli UMNO ketika itu hanya berbekalkan
semangat waja dan tidak mempunyai sebarang kepentingan seperti jawatan, pangkat dan
harta kekayaan. Apa yang mereka miliki hanyalah cita-cita untuk menghalau penjajah dari
Tanah Melayu. Pada peringkat awal juga, mereka hanya menggunakan pendekatan yang
sederhana dan tidak bercorak radikal. Antara kejayaan UMNO selain menumbangkan
Malayan Union ialah mewujudkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
dan berjaya memulihkan kedaulatan raja-raja Melayu. UMNO telah mendapat kerjasama
daripada raja-raja Melayu dalam pemulauan perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor
Malayan Union pada 1 April 1946. UMNO juga mendapat kerjasama orang-orang Melayu
dengan melakukan perkabungan selama 7 hari dan memakai songkok putih yang berlilit kain
hitam sebagai tanda kematian hak mereka. 18 Akhirnya, UMNO berjaya membuatkan pihak
berkuasa Malayan Union untuk berunding. Oleh itu, mulai Mei 1946 pihak British mula
berbincang dengan raja-raja Melayu dan UMNO.

16
Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800 – 1963), Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., Selangor,
2002, hlm. 328.
17
Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1998, hlm. 18.
18
Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1998, hlm. 8.
TH10203 Sejarah Malaysia 14

Penubuhan UMNO telah mendapat sokongan daripada bekas pegawai British seperti
R.O. Winsted dan Frank Swettenham. Selain dari itu, anggota parti Konservatif Britain yang
mengecam bahawa Malayan Union merupakan satu tindakan yang akan memusnahkan
orang Melayu. Mereka turut meminta agar pihak British mengkaji bantahan orang-orang
Melayu secara dekat. Penentangan UMNO terhadap Malayan Union turut menarik perhatian
raja-raja Melayu pada akhirnya. Raja-raja Melayu mula sedar kesilapan mereka menyerahkan
semua kuasa pentadbiran dan kedaulatan dalam perjanjian MacMicheal. 19

Di sini dapat kita lihat bahawa penubuhan UMNO adalah satu aspek penting dalam
membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat pada masa itu kerana melalui
UMNO, semua orang Melayu walaupun berbeza ideologi dan fahaman telah bersatu dan
bangkit menentang Malayan Union yang dilihat menghapuskan hak istimewa orang Melayu
dan kedaulatan Raja-raja Melayu. Melalui perpaduan orang Melayu dalam UMNO ini telah
berjaya membuatkan pihak British untuk berunding dengan Raja-raja Melayu dan UMNO bagi
membincangkan semula mengenai perlembagaan Malayan Union ini. UMNO juga dilihat
menjadi titik tolak dalam tertubuhnya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang
menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.

6.3 Tertubuhnya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Penentangan orang Melayu bagi menggantikan Malayan Union di bawah pimpinan


Dato’ Onn Jaafar telah menghasilkan sebuah jawatankuasa kerja yang terdiri daripada raja-
raja Melayu, wakil kerajaan British dan UMNO. Di mana jawatankuasa ini telah berjaya
merangka sebuah perlembagaan baru bagi mengantikan Malayan Union. Perlembagaan ini di
kenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang melibatkan 9 buah negeri dan
Negeri-Negeri Selat, iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Tetapi Singapura kekal
sebagai tanah jajahan Inggeris yang berasingan. 20

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah memberikan beberapa kesan di mana


raja-raja Melayu telah diberikan semula hak-hak utama, kuasa dan bidang kuasa ke atas
negeri mereka masing-masing seperti sebelumnya. Ini bermakna kedaulatan raja Melayu
telah dikembalikan semula. Sultan telah menjadi raja yang berdaulat di negeri masing-
masing tetapi tetap di bawah lindungan British. Sungguh pun British gagal menjadikan

19
Ibid, hlm. 11.
20
Mohd Idris Saleh, Che Su Mustaffa dan Fauziah Shaffie, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Utusan
Publication and Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur,1994, hlm. 87
TH10203 Sejarah Malaysia 15

Semenanjung Tanah Melayu sebagai sebuah tanah jajahan, namun ia berjaya menyatukan 9
buah negeri Melayu dan 2 buah Negeri Selat di bawah satu pentadbiran. Oleh itu, di Tanah
Melayu sudah tidak wujud lagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat. 21 Buat pertama kalinya, dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu telah memulakan satu undang-undang kerakyatan meliputi
seluruh negara dan membolehkan penduduk bukan bumiputera menjadi warganegara Tanah
Melayu. Sungguhpun kelayakan yang dikehendaki untuk menjadi warganegara adalah
terhad, tetapi dasar kelayakan mereka itu telah terbentuk. 22

Langkah menubuhkan negeri persekutuan itu bolehlah dikatakan bahawa ia lebih


daripada langkah bertolak ansur dalam pertikaian politik Tanah Melayu. Dengan peruntukan
seperti itu, Persekutuan yang dibentuk dalam Perjanjian Persekutuan 1948, telah
membentuk satu konsep negara bangsa Tanah Melayu yang tidak lagi bersifat tradisional
Melayu sepenuhnya. Perlembagaan Persekutuan 1948 telah membentuk satu bentuk
kerakyatan baru yang selama ini tidak terdapat dalam tradisi kerakyatan Negeri-Negeri
Melayu iaitu penerimaan orang dagang sebagai rakyat Tanah Melayu. Mengikut Fasal 25,
Kerakyatan Persekutuan, anak-anak yang belum cukup umur boleh menjadi rakyat dengan
syarat-syarat yang ditetapkan.

(a) Iaitu sama ada

(i) Ia telah dilahirkan dalam mana-mana negeri dalam persekutuan dan telah
tinggal dalam satu atau lebih negeri-negeri itu selama 8 tahun daripada
tempoh 12 tahun.

(ii) Telah tinggal selama 15 tahun daripada 20 tahun daripada tarikh


permohonannya.

(b) Berkelakuan baik

(c) Mempunyai pengetahuan atau fasih dalam berbahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

(d) Telah membuat pengakuan untuk tinggal menetap

(e) Jika permohonannya diluluskan, mesti angkat sumpah kerakyatan. 23

21
Ibid, hlm. 91.
22
Ibid.hlm. 91.
23
Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1998, hlm. 217.
TH10203 Sejarah Malaysia 16

Dengan ini, Persekutuan yang dibentuk oleh Persekutuan 1948 telah membentuk
satu konsep negara bangsa Tanah Melayu yang moden dan tidak lagi bersifat tradisional
Melayu sepenuhnya. Dengan itu, bermulalah era pembentukan satu negara bangsa Tanah
Melayu yang moden yang menggabungkan unsur tradisional dan baru bagi melahirkan satu
negara Tanah Melayu yang baru. Dengan meletakkan asas konsep kerakyatan kebangsaan
dan termeterainya konsep raja berperlembagaan, maka sistem birokrasi moden dengan
meletakkan Menteri Besar sebagai wakil eksekutif pentadbiran negeri-negeri Melayu dengan
mengetuai Majlis Mesyuarat dan Eksekutif Negeri, kuasa autonomi yang tertentu bagi negeri
dan Persekutuan, peranan dan fungsi Majlis Raja-raja yang jelas dan bertulis, serta
perlembagaan negeri bagi tiap-tiap negeri, Persekutuan Tanah Melayu yang terbentuk pada
tahun 1948 itu telah menjadi asas negara moden Malaysia. 24

Persekutuan Tanah Melayu telah membangkitkan semangat kebangsaan dalam


kalangan rakyat pada masa itu untuk memerdekakan tanah air daripada penjajah yang
selama ini hanya menindas dan mengeksploitasikan sumber ekonomi untuk mengaut
keuntungan bagi kepentingan mereka sahaja. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
juga telah membangkitkan kesedaran dalam kalangan rakyat agar mereka yakin untuk
memerintah negara sendiri melalui pemilihan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang
bercorak demokrasi.

6.4 Hubungan Kaum

Sebelum Perang Dunia Kedua, hubungan antara kaum terpisah oleh faktor ekonomi,
tempat tinggal dan sistem pendidikan. Kehidupan, pekerjaan dan sistem persekolahan yang
berbeza tidak memungkinkan kaum Melayu, Cina dan India dapat berintegrasi antara antara
satu sama lain. Rata-rata mereka hidup berkelompok dalam kumpulan mereka. Semasa
pendudukan Jepun, pentadbiran Jepun telah menggariskan pembahagian yang jelas iaitu
layanan yang agak baik kepada orang-orang Melayu dan orang India. Tetapi, orang Cina
dilayan dengan buruk kerana orang Cina telah memberikan sokongan dan bantuan kepada
China dalam perang menentang pencerobohan Jepun ke atas China pada tahun 1937. Pihak
Jepun mengamalkan dasar perkauman untuk memenangi sokongan daripada sebahagian
penduduk tempatan. Mereka telah memainkan peranan dalam membangkitkan perasaan
perkauman antara orang Melayu dan Cina.25

24
Ibid, hlm. 218.
25
Ho Hui Ling, Darurat 1948 – 1960 : Keadaan Sosial di Tanah Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2004,
hlm. 128.
TH10203 Sejarah Malaysia 17

Hubungan antara kaum di Tanah Melayu dirumitkan lagi dengan pengenalan


rancangan Malayan Union pada 1 April 1946. Rancangan itu diterima dan disambut baik oleh
kebanyakan orang Cina dan India kerana menjanjikan persamaan taraf dengan orang
Melayu. Sebaliknya, rancangan itu mendapat bantahan hebat daripada orang Melayu. Antara
sebabnya ialah hak kewarganegaraan yang longgar kepada kaum bukan Melayu dan dilihat
boleh menjejaskan kedudukan serta hak istimewa mereka. 26 Syor mengenai
kewarganegaraan adalah longgar dan menyatakan bahawa sesiapa yang dilahirkan di Tanah
Melayu dan Singapura boleh memperolehi hak kerakyatan Malayan Union.

Peruntukan hak kewarganegaraan Malayan Union telah memperhebatkan lagi


perasaan perkauman yang sedang meluap-luap ekoran pendudukan Jepun dan kebangkitan
MPAJA. Pada pandangan orang Melayu, syarat kewarganegaraan Malayan Union akan
menjejaskan hak dan kepentingan politik mereka sebagai penduduk asal Tanah Melayu.
Mereka bimbang akan menjadi masyarakat minoriti dan melihatnya sebagai satu penjajahan
ke atas Tanah Melayu. Tetapi sebaliknya pula berlaku apabila rata-rata orang bukan Melayu
terutamanya orang Cina menyambut baik rancangan Malayan Union kerana mereka diakui
sebagai warganegara dengan kedudukan yang sama rata dengan orang Melayu.

Orang Melayu menentang Malayan Union dan menimbulkan perasaan tidak senang
terhadap orang bukan Melayu. Usul baru ini juga jelas menunjukkan suatu percubaan politik
British untuk menguasai Tanah Melayu. Ia mengandungi langkah ke arah pemerintahan
secara langsung oleh British dan peruntukan hak kewarganegaraan ini dilihat sebagai usaha
memperbaiki kedudukan politik orang bukan Melayu. 27

Malayan Union telah menjejaskan hubungan kaum di antara Melayu, Cina dan India
pada mulanya. Tetapi harus dingat juga bahawa Malayan Union diwujudkan adalah untuk
membolehkan orang Cina dan India yang ramai bilangannya memasuki kehidupan politik
Tanah Melayu supaya tumbuh perasaan dan semangat ”Malaya” 28 di hati penduduk bukan
Melayu, dan akan jadilah mereka itu rakyat Tanah Malaya yang mempunyai taat setia yang
tidak berbelah bagi terhadap Malaya. Seterusnya hubungan antara kaum telah menjadi baik
setelah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu didrafkan. Oleh itu, kesan penubuhan
Malayan Union dilihat menjadi pencetus semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat pada
masa itu tanpa mengira bangsa dan agama serta bersama-sama berjuang untuk mencapai
kemerdekaan.
26
Ho Hui Ling, Darurat 1948 – 1960 : Keadaan Sosial di Tanah Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2004,
hlm. 130.
27
Ibid, hlm. 131.
28
Anwar Abdullah, Biografi Dato’ Onn, Hidup melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2005, hlm. 163
TH10203 Sejarah Malaysia 18

6.5 Kedudukan Raja-raja Melayu

Malayan Union telah mengakibatkan kekuasaan dan kedaulatan raja-raja Melayu


dihapuskan oleh British. Raja-raja Melayu tidak lagi mempunyai peranan sebagai ketua
kerajaan negeri masing-masing dan pengaruh mereka hanya dihadkan dalam hal ehwal
agama Islam dan adat istiadat orang-orang Melayu. Akhbar Majlis telah mentafsirkan
kedudukan raja-raja sebagai mufti dalam negeri mereka dan dalam urusan hal ehwal agama
Islam pun kuasa mereka terletak di bawah kawalan Gabenor Malayan Union. 29 Kerajaan
British mempunyai kuasa penuh untuk melaksanakan apa jua dasar di Tanah Melayu dan ini
telah mengakibatkan kedaulatan negeri-negeri Melayu yang terletak di tangan raja-raja
Melayu berpindah ke tangan pihak British.

Tindakan pihak British dalam usaha untuk melaksanakan rancangan Malayan Union
telah dipersoalkan oleh orang-orang Melayu kerana cara yang digunakan untuk memperoleh
tandatangan raja-raja Melayu dalam persetujuan rancangan tersebut telah membuktikan
bahawa pihak British tidak jujur. Sultan atau raja-raja diugut dan tidak diberi peluang untuk
berunding dengan rakyat untuk membuat keputusan yang begitu penting dan mempunyai
kesan yang serius terhadap masa depan orang Melayu. Oleh sebab itulah orang-orang
Melayu bangun dan membantah tindakan raja-raja mereka yang menyerahkan negeri-negeri
Melayu kepada pihak British.

Akibatnya, raja-raja Melayu dianggap mengkhianati rakyat mereka sendiri dan orang-
orang Melayu tidak lagi percaya dan berharap kepada kerajaan British. Bagi mereka,
rancangan Malayan Union akan mengubah rupa bentuk negeri-negeri Melayu serta ciri-ciri
kemelayuan akan hilang sama sekali dan akan digantikan dengan ciri-ciri yang disebut
sebagai “Malayan”. Raja-raja Melayu dan pihak British telah menghadapi tekanan yang serius
daripada orang Melayu. Mohd. Isa Othman mengatakan bahawa buat pertama kalinya dalam
sejarah orang Melayu, raja-raja hampir dipulaukan oleh rakyat mereka sendiri. 30

Berdasarkan daripada rencana-rencana yang diterbitkan dalam akhbar Melayu


seperti Majlis, Warta Negara dan Utusan Melayu, raja-raja dikritik kerana telah menggadai
hak rakyat mereka kepada pihak British untuk kepentingan kedudukan masing-masing.
Berdasarkan kepada rencana-rencana tulisan Ayub Abdullah yang diterbitkan dalam akhbar

29
Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800 – 1963), Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., Selangor,
2002, hlm. 325.
30
Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800 – 1963), Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., Selangor,
2002, hlm. 372.
TH10203 Sejarah Malaysia 19

Majlis pada 4, 5 dan 6 Januari 1946, membuktikan bahawa orang Melayu tidak lagi
dikongkong oleh sikap feudal dan taat setia tanpa soal.

Menurut Ayub Abdullah, raja-raja Melayu diingatkan bahawa mereka tidak boleh
bertindak untuk satu pihak bagi membuat sesuatu keputusan yang akan melibatkan rakyat
dan negeri tanpa mendapat persetujuan daripada rakyat terlebih dahulu. Sultan mesti akur
kepada kehendak rakyat kerana bukan raja sahaja yang berdaulat, tetapi daulat rakyat jauh
lebih tinggi daripada daulat raja. 31 Peristiwa daripada Malayan Union telah menunjukkan
dengan jelas bahawa orang-orang Melayu telah menghadapi perubahan dari segi ideologi
politik di mana raja-raja tidak lagi dianggap sebagai kuasa monopoli dalam kegiatan politik
bangsa Melayu.

Raja-raja Melayu telah menyedari bahawa mereka telah kehilangan kuasa mutlak dan
pihak British juga sedar yang raja-raja tidak dapat memujuk rakyat mereka untuk menerima
sebarang dasar yang diperkenalkan oleh British jika ianya tidak mendapat persetujuan
daripada rakyat. Misalnya sultan Johor, Sultan Ibrahim telah dipulau oleh rakyatnya setelah
didapati baginda menandatangani persetujuan rancangan Malayan Union tanpa berbincang
dengan pegawai-pegawai kerajaannya. Walaupun imej Sultan Ibrahim dapat dipulihkan
tetapi kedudukannya sebagai seorang raja yang berkuasa penuh telah hilang sama sekali. 32
Baginda hampir digulingkan kerana telah melanggar Fasal 15, Undang-undang Tubuh Johor
1895 yang menyatakan bahawa Sultan Johor yang menyerahkan sebarang kawasan Johor
kepada kuasa luar patut digulingkan.33

Sumbangan Malayan Union terhadap perkembangan semangat kebangsaan di


kalangan rakyat dari aspek kedudukan Raja-raja Melayu ialah membangkitkan semangat
berjuang untuk mempertahankan hak istimewa dan kedaulatan Raja-raja Melayu. Hal ini
dikuatkan lagi bagi mempertahankan ‘ketuanan Melayu’ kerana rancangan Malayan Union
dilihat akan mengubah rupa bentuk negeri-negeri Melayu serta ciri-ciri kemelayuan akan
hilang sama sekali dan akan digantikan dengan ciri-ciri yang disebut sebagai “Malayan”.

7.0 NILAI-NILAI MURNI

1) Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Nilai pertama yang boleh diterapkan melalui tajuk ini ialah bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh. Pepatah ini bermaksud bahawa perpaduan sangat penting dalam sesebuah
31
Ibid, hlm. 328.
32
Isa Othman, Op. Cit, hlm. 328.
33
Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1998, hlm. 5.
TH10203 Sejarah Malaysia 20

masyarakat agar menjadi lebih bersatu padu bagi menjayakan sesebuah rancangan. Nilai ini
jelas dapat dilihat dalam penubuhan Kongres Melayu SeMalaya dan penubuhan UMNO.
Orang Melayu telah bersatu bagi menentang rancangan Malayan Union dan akhirnya telah
menghasilkan kejayaan yang besar.

2) Kerjasama

Nilai kedua yang dapat kita ambil ialah nilai kerjasama. Kerjasama sangat penting dalam
sesebuah masyarakat kerana melalui kerjasama barulah perpaduan dapat dicapai dan segala
rancangan dapat dilaksanakan. Nilai ini penting diterapkan kepada pelajar kerana setiap hari
pelajar terlibat dengan aktiviti yang memerlukan kerjasama. Sebagai contoh, pelajar
melakukan perbincangan kumpulan ataupun sebarang aktiviti. Oleh itu, kerjasama sangat
penting dalam sesebuah organisasi tidak kiralah sama ada organisasi sekolah, masyarakat
mahu pun negara.

3) Menghormati

Nilai ketiga yang dapat kita lihat melalui sumbangan Malayan Union ke atas perkembangan
semangat kebangsaan di kalangan rakyat ialah perasaan menghormati. Penentangan
terhadap Malayan Union bertitik tolak akibat ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat
melayu kerana Malayan Union telah menidakkan hak istimewa orang Melayu dan kedaulatan
Raja-raja Melayu. Iktibar yang boleh diambil akibat peristiwa ini ialah walaupun kita terdiri
daripada bangsa lain, kita harus mengakui dan menghormati ketuanan Melayu selaras
dengan peruntukkan yang telah termaktub dalam perlembagaan.

4) Saling bertolak ansur

Nilai keempat yang kita boleh belajar melalui tajuk ini ialah saling bertolak ansur bagi
menikmati faedah dan kebaikan bersama. Nilai ini sangat penting bagi mewujudkan
semangat perpaduan dan suasana harmoni di kalangan masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai bangsa, agama dan budaya. Hal ini seiring dengan gesaan kerajaan ke arah
mewujudkan perpaduan kaum melalui kempen 1Malaysia.

8.0 KESIMPULAN
TH10203 Sejarah Malaysia 21

Malayan Union adalah satu titik tolak atau pencetus yang membawa kepada
tercetusnya semangat kebangsaan di kalangan rakyat di Tanah Melayu dan seterusnya
membawa kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan.
Terdapat banyak faktor yang membawa kepada penubuhan Malayan Union ini oleh British.
Walau pun pihak British cuba berselindung yang kononnya demi kepentingan penduduk
Tanah Melayu, namun terlihat bagaimana British menubuhkan Malayan Union ini adalah
semata-mata demi kepentingan ekonomi mereka di Tanah Melayu. Cara-cara penubuhan
yang tidak di persetujui oleh semua peringkat sosial masyarakat Melayu telah membawa
kepada banyak penentangan yang akhirnya berjaya mengagalkan perlembagaan Malayan
Union ini daripada di laksanakan sepenuhnya. Bagi mengagalkan perlaksanaan Malayan
Union ini, pemimpin-pemimpin Tanah Melayu serta rakyat telah melakukan banyak bentuk
penentangan yang rata-rata penentangan ini berlaku untuk memastikan Malayan Union tidak
di laksanakan. Antara sumbangan Malayan Union ke atas perkembangan semangat
kebangsaan di kalangan rakyat pada masa itu ialah penubuhan Kongres Melayu Se-Malaya,
lahirnya UMNO (United Malaya National Organisation) dan tertubuhnya Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948. Sumbangan lain Malayan Union ialah hubungan kaum
serta kedudukan Raja-raja Melayu. Daripada peristiwa Malayan Union ini, dapat di lihat
kesan peristiwa Malayan Union yang telah banyak mengubah corak dan mempengaruhi
politik, budaya dan sosial Malaysia khususnya Tanah Melayu.

You might also like