You are on page 1of 15

Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

FORMAT PENYELIAAN PROJEK

A. TAKLIMAT PROJEK
1. Pembahagian kumpulan
Pelajar menentukan ahli kumpulan masing-masing mengikut kesesuaian projek.
Rujuk PKK-PK-PPP-15.

2. Objektif Projek
Penyelaras menerangkari objektif projek berdasarkan sukatan mata pelajaran.

3. Skop Projek
Menentukan tahap dan bidang kajian berdasarkan kehendak sukatan mata
pelajaran.

4. Prosedur Perlaksanaan dan Penilaian


4.1 Rujuk PKK-PK-PPP-15
4.2 Setiap projek mesti disertakan dengan laporan bertulis. Lima (5) laporan
bertulis perlu disediakan dan diserahkan kepada Penyelia Projek secara
berperingkat pada semester 5 dan 6seperti Jadual 1berikut:

Jadual 1 : Peringkat Penyediaan Laporan Bertulis


E4006
BIL PERKARA E5006 (SEM 6)
(SEM 5)
1 Cadangan tajuk Projek 
Proposal (tajuk, objektif, skop dan
2 
sinopsis projek)
Draf Pertama Laporan Projek (maklumat  
3
yang diperolehi 50 %) BAB I,II + BAB IV
Draf Kedua Laporan Projek (maklumat  
4
yang diperolehi 75 %) BAB I,II,III + BAB IV,V
Laporan Serahan Sempurna (maklumat 
yang diperolehi 100 %)  + BAB IV,V,VI
5
BAB I,II,III dan Kandungan
Keseluruhan
Nota : ‘+’ sambungan daripada BAB I, II dan III

®DiQiN/Jul08
1
Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

5. Format laporan mesti mematuhi format yang disediakan (rujuk Panduan Penulisan
Buku Laporan Semester Akhir.

6. Serah takwim kepada pelajar. Takwim aktiviti mingguan disediakan dan


diserahkan oleh penyelaras kepada pelajar dan penyelia.

7. Menyenaraikan nama penyelia mengikut bidang


7.1 Penyelaras menyenaraikan nama penyelia yang terlibat mengikut bidang
masing-masing.
7.2 Nama dan bidang penyelia hendaklah dipamerkan di papan kenyataan
pada minggu ke- 2
7.3 Pelajar memilih penyelia mengikut bidang pengkhususan dan kesesuaian
tajuk.
8. Menyerahkan borang cadangan tajuk projek
Pelajar mengisi borang cadangan tajuk projek dalam dua salinan untuk diserahkan
kepada penyelia satu salinan satu lagi disimpan oleh pelajar.

9. Memberi panduan membuat perancangan dan proposal termasuk Carta Gantt.


Proposal mestilah dibuat mengikut format yang disediakan.

10.Penyerahan borang
 Penyelaras Menyerahkan Borang-Borang Penilaian Kepada Penyelia:
 Borang PKK-PK-PPP-15
o Rekod Kehadiran Projek (RK-PK-15-06 …)
o Borang Penilaian Proposal Projek
o Borang Markah Pembentangan Projek (RK-PK-15-07(a) … )
o Borang Penilaian Laporan Projek
o Borang Penilaian Hasil Dapatan (PraDemo / Demo)
o Rekod Markah Projek (RK-PK-15-07(b)…)

Nota: Kehadiran pelajar direkodkan di dalam Rekod Kehadiran Pelajar.


Pensyarah kelas merekodkan kehadiran di dalam buku Rekod Kehadiran
Mingguan.

®DiQiN/Jul08
2
Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

B. PENYERAHAN TAJUK PROJEK

1. Penyelia menerima borang tajuk cadangan projek daripada pelajar. Penyelia harus
memulangkan kembali satu salinan kepada pelajar setelah dinilai pada minggu
tersebut.
2. Jika cadangan tajuk tidak sesuai, pelajar dikehendaki menghantar semula
cadangan tajuk dan proposal pada ininggu ke empat. Penyelia hendaklah memberi
cadangan /panduan serta bimbingan. Tetapkan tarikh untuk perjumpaan susulan.

C. PENYERAHAN PROPOSAL

1. Penyelia menerima dan menyemak proposal.


2. Membuat penilaian berpandukan kepada Borang Penilalan Proposal Dan Borang
Kehadiran Projek (Buku Rekod Mingguan Perlaksanaan Projek).
3. Merekod kehadiran pelajar.

D. BIMBINGAN DAN PERBINCANGAN

1. Bimbingan dan perbincangan berdasarkan proposal yang dinilai dan mengenal


pasti masalah. Penyelia juga membantu dan membimbing pelajar menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Diantaranya ialah berkaitan dengan:
a. Bahan
b. Peralatan
c. Kaedah Perolehan, Borang-Borang Penggunaan Peralatan
d. Kaedah atau Metodologi
e. Pemilihan perisian untuk paparan hasil dapatan seperti kaedah peratusan.
2. Penyelaras menyediakan surat kebenaran untuk mendapatkan maklumat dan
kemudahan penggunaan peralatan.
3. Penyelia mengisi rekod kehadiran mata pelajaran.

®DiQiN/Jul08
3
Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

E. KEMAJUAN KERJA PROJEK DAN DRAF PERTAMA LAPORAN

1. Menerima draf pertama laporan daripada kumpulan projek pada tarikh yang
ditetapkan didalam takwim menggunakan Borang Kehadiran Projek
(RK-PK-15-06 …).
2. Menilai kemajuan kerja / projek sehingga tahap 50%.
3. Merekod kehadiran di dalam Buku Rekod Mingguan Perlaksanaan Projek.

F. KEMAJUAN KERJA PROJEK DAN DRAF KEDUA LAPORAN

1. Menerima draf kedua laporan daripada kumpulan projek pada tarikh yang
ditetapkan didalam takwim menggunakan Borang Kehadiran Projek
(RK-PK-15-06 …).
2. Menilai kemajuan kerja /projek sehingga tahap 75%.
3. Merekod kehadiran di dalam Buku Rekod Mingguan Perlaksanaan Projek.

G. PERSEDIAAN PEMBENTANGAN KEMAJUAN KERTA PROJEK DAN


PENYERAHAN LAPORAN AKHIR

1. Penyelaras menguruskan keperluan dan tempat untuk pembentangan seperti OHP,


komputer, LCD dan sebagainya / Bergantung kepada keperluan.
2. Penyelaras menyediakan jadual pembentangan yang merangkumi maklumat
tentang;
 Kumpulan
 Masa
 Tempat
 Tajuk
 Pensyarah penilai
 Penyelia projek.
3. Penyelaras mempamerkan cara jadual pembentangan di papan kenyataan dan
menyerahkan satu salinan kepada pensyarah penilai.

®DiQiN/Jul08
4
Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

4. Penyelia memberi bimbingan tentang konsep pembentangan contoh power point,


slaid, carta dan sebagainya.
5. Penyelia merekod kehadiran di dalam Buku Rekod Mingguan Perlaksanaan
Projek.
6. Penyelia merekodkan markah di dalam rekod kehadiran projek (RK-PK-15-06 …).
7. Menerima dan menilai laporan akhir mengikut borang penilaian laporan projek,
rekod markah markah projek (RK-PK-15-07(b)…) untuk tahap 100%.

H. PEMBENTANGAN PROJEK

1. Pensyarah penilai membawa borang-borang penilaian pembentangan projek


(RK-PK-15-07(a)…)
2. Pelajar membentang projek di hadapan pensyarah penilai.
3. Pensyarah penilai akan melengkapkan kesemua borang-borang penilaian.
4. Pensyarah penilai menyerahkan borang pemarkahan yang telah diisi kepada
penyelaras projek.
5. Penyelaras projek menyerahkan borang-borang penilaian pembentangan projek
(RK-PK-15-07(a)…) kepada penyelia projek masing-masing.
6. Penyelia projek merekodkan borang pembentangan projek ke dalam borang
Markah Projek (RK-PK-15-07(b)…) untuk diserahkan kepada penyelaras projek.
7. Penyelaras projek mengumpul markah untuk penyelarasan.

®DiQiN/Jul08
5
Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

PANDUAN DAN PERSEDIAAN AWAL PROJEK / PROPOSAL

A. AKTIVITI PENYELIAAN, PEMBANGUNAN & PENULISAN

• Pertemuan antara pelajar-penyelia.


– Pelajar dan penyelia berbincang tentang masa dan tarikh temujanji.
– Pertemuan mengikut takwim yang disediakan.
– Pertemuan mesti diadakan setiap minggu untuk mengetahui
perkembangan dan kehadiran.
• Penggunaan buku log:
– Segala komen dan cadangan penyelia diambil tindakan oleh pelajar.

B. PENYERAHAN PROPOSAL PROJEK

• Dokumentasi yang lengkap dan sedia untuk dinilai oleh pemeriksa (bukan draf).
• Telah diperakukan / disahkan oleh penyelia untuk layak dibentangkan.

C. PEMBENTANGAN PROPOSAL PROJEK

• Pelajar perlu membuat pra-pembentangan terlebih dahulu kepada penyelia.


• Penyelia telah mengesahkan proposal projek untuk dipersembahkan kepada
penilai.
• Jabatan menyediakan tempat untuk persembahan dan kemudahan peralatan perlu
memohon
• Pelajar dikehendaki berpakaian formal.
• Persembahan dibuat secara formal.
– Menggunakan perisian persembahan (ppt, flash dan lain-lain mengikut kesesuaian
masa dan tempat)
– Urutan persembahan adalah mengikut tatacara persembahan penulisan akademik.
– Catatan pemeriksa hendaklah diambil tindakan oleh pelajar.
– Penilai/Penyelia mengsahkan bahawa proposal telah dibuat pembetulan (jika ada).

®DiQiN/Jul08
6
Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

D. RINGKASAN PANDUAN DAN PERSEDIAAN AWAL PROJEK /


PROPOSAL

Bil Perkara Catatan

1 PEMILIHAN TAJUK PROJEK


• Antara perkara yang pertama perlu difikirkan dalam pemilihan Laporan
tajuk projek Penulisan
– Kenalpasti masalah Pertama
– Jenis kemungkinan penyelesaian kepada masalah
– Metod pembuktian kepada penyelesaian
– Apa yang perlu dituliskan dalam dokumen /
penyediaan laporan

2 PENULISAN CADANGAN PROJEK


• Pengenalan
• Penyataan masalah
• Matlamat/Objektif Laporan
• Skop Penulisan
• Sorotan Penulisan Kajian (Jika perlu sebagai sokongan) Kedua
• Metodologi / Kaedah penyelesaian (Carta Alir / Jadual Kerja)
• Jadual perancangan (carta gantt)
• Litar-litar, Draf Rekabentuk Projek
• Komponen dan Kos (Jika Perlu)
• Lampiran (Jika Perlu)
• Rujukan

®DiQiN/Jul08
7
Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

PANDUAN PENILAIAN LAPORAN PROJEK

A. PENILAIAN KESELURUHAN

KEHADIRAN - Merujuk kepada kehadiran kelas projek.


PENGLIBATAN - Merujuk kepada Buku Rekod Mingguan Perlaksanaan Projek
(PKK-PK-PPP-15)
PROPOSAL - Mengikut format proposal.
LAPORAN AKHIR - Markah di ambil dan Borang Penilaian Laporan projek.
PEMBENTANGAN - Markah di ambil dan Borang Penilaian Pembentangan.
(RK-PK-15-07(a) … )
HASIL DAPATAN - Dinilai dari aspek-aspek berikut:
1. Berfungsi/ kajian berjaya.
2. Dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
projek.
3. Faedah kepada masyarakat / sekeliling.
4. Keselamatan.
5. Kualiti kesudahan.

KESELURUHAN - Markah dikumpul pada Borang Rekod Markah Projek


(RK-PK-15-07(b)…)

®DiQiN/Jul08
8
Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

B. PANDUAN PENILAIAN SEMASA PEMBENTANGAN PROJEK

1. Keterampilan
- Intunasi suara, eye contact, keyakirian diri.

2. Kerjasama
- Penglibatan semua ahli dalam kumpulan.

3. Pengurusan masa
- Penggunaan masa yang ditetapkan.

4. Kemampuan menjawab soalan


- Dapat menjawab soalan dengan baik.

5. Bahan dan alat bantu


- Penggunaan alatan yang membantu pembentangan.

6. Idea dan konsep


- Kreativiti dan inovatif

7. Demonstrasi
- Projek yang berfungsi / hasil dapatan.

8. Mencapai Objektif
- Memenuhi pencapaian projek.

9. Bahasa Inggeris
- Penggunaan Bahasa Inggeris

®DiQiN/Jul08
9
Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

C. KANDUNGAN BUKU LAPORAN PROJEK

1. Abstrak
- Menerangkan secara ringkas mengenai projek yang dibuat.
2. Pengenalan dan penyataan masalah (BAB I)
- Pengenalan mengenai projek serta masalah yang dikaji dalam projek.
3. Objektif/Skop (BAB I)
- Menerangkan tujuan projek dan apa yang dicapai.
4. Kajian ilmiah/ literature (BAB II)
- Rujukan mengenai kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan projek.
5. Kaedah/Metodologi (BAB III)
- Kaedah perlaksanaan projek dibuat
6. Dapatan dan analisa data/ masalah dam penyelesaian (BAB IV)
- Cara-cara penyelesaian di buat dengan projek.
7.. Perbincangan (BAB V)
- Ulasan hasil projek.
8. Cadangan dan kesimpulan (BAB VI)
- Mengenai projek yang dibuat.
(Keseluruhan penilaian perlu merujuk kepada format penulisan laporan)

D. MARKAH AM BUKU LAPORAN PROJEK

1. Kandungan laporan
- Merujuk kepada isi kandungan samada memenuhi kehendak objektif tajuk projek.
2. Susunan persembahan laporan/format
- Mematuhi format laporan yang disediakan.
3. Kebersihan dan Kekemasan
- Cara susunan laporan yang kemas dan segi rajah, jadual, gambar dan lain-lain.
4. Bahasa laporan
- Gaya bahasa yang digunakan dan merangkumi penggunaan. Bahasa Inggeris.

®DiQiN/Jul08
10
Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

PANDUAN PENULISAN PROPOSAL PROJEK (E4006) DAN


BUKU LAPORAN PROJEK AKHIR (E5006)
Bil Perkara Catatan
ABSTRAK
 Penerangan ringkas / sinopsis projek terdiri daripada: - Laporan
 Kenapa projek dilaksanakan Projek
1  kepentingan projek
 kaedah penyelesaian
 ringkasan dapatan dan kesimpulan menyeluruh hasil projek
 Lebih kurang 100 patah perkataan
PENGENALAN
 Menerangkan secara umum masalah yang wujud - Laporan
disekeliling untuk dikaitkan dengan projek yang dilaksanakan. Projek
 Mengaitkan pengetahuan sedia ada dalam menangani  BAB I
masalah tersebut.
2  Menyatakan kepentingan, kenapa projek tersebut perlu - Proposal
dilaksanakan. Projek

i) PENYATAAN MASALAH
• Menjelaskan masalah dengan terperinci.
• Masalah mestilah masalah sebenar, bukan masalah yang
diada-adakan atau andaian.
• Mesti disertakan dengan rujukan atau sorotan penulisan.
• Penyataan ringkas yang menerangkan apa akan dilakukan
untuk menyelesaikan masalah.
ii) OBJEKTIF
• Penyataan ringkas yang menerangkan apa yang akan
dilakukan untuk menyelesaikan masalah.
• Sekurang-kurang 3 objektif perlu dilaksanakan.
• Objektif mesti bersifat spesifik dan boleh capai:
Contoh: Penulisan objektif yang betul:
• Menghasilkan prototaip alat pengawal kecerahan lampu
automatik.
• Membangunkan perisian permainan multimedia
berdasarkan model …
• Mengubahsuai litar asas penerus kepada tiga peringkat
litar …
Contoh: Penulisan objektif yang TIDAK BETUL:
• Meningkatkan pengetahuan tentang menyambung litar ….
• Menjimatkan kos, tenaga dan sumber manusia
• Meningkatkan kemahiran diri …..

iii) SKOP
• Batasan projek yang hendak dilaksanakan.
• Merujuk kepada objektif projek. (Jika 3 objektif, maka 3
skop perlu ada).
• Menerangkan had-had / batasan projek (Setakat mana
kemampuan kajian).

®DiQiN/Jul08
11
Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

2 KAJIAN LITERATUR / HASIL PENULISAN - Laporan


 Menerangkan segala teori atau penulisan yang Projek
berkaitan dengan projek yang dijalankan.  BAB II
 Penerangan punca-punca masalah yang wujud
berkaitan dengan projek yang dijalankan. - Proposal
 Penerangan peralatan penting / kaedah / isu-isu Projek
semasa untuk tujuan sokongan panghasilan projek. (Jika Perlu)
 Penulisan mestilah merujuk sumber-sumber rujukan (buku,
majalah, artikel, surat khabar, internet dll) dan perlu ditulis pada
hujung perenggan / ayat.
3 METODOLOGI - Laporan
• Metodologi lazimnya melibatkan metod pembangunan sedia ada Projek
biasanya digambarkan melalui carta alir.  BAB III
• Penerangan ringkas blok-blok kaedah penyelesaian (jika perlu). - Proposal
• Rajah dan penerangan langkah-langkah untuk melaksanakan Projek
projek (jika ada). * Bukan
• Kaedah yang digunakan mestilah dirujuk dari buku, majalah, Jadual
artikel, surat khabar, internet dll. perancangan
projek
semester @
takwim
projek.

4 JADUAL PERANCANGAN - Proposal


• Menghasilkan carta Gantt yang menunjukkan aktiviti yang Projek
dilakukan dalam menjalankan projek.
• Jadual perancangan sepanjang tempoh untuk satu semester.
• Mesti diselaraskan dengan tarikh penting yang dikeluarkan oleh
jabatan.(Rujuk Takwim)

5 DAPATAN DAN ANALISIS PROJEK - Laporan


• Penerangan perjalanan dan hasil projek yang dilaksanakan: Projek
 Senarai komponen yang penting. (yang lain-lain  BAB IV
senaraikan pada lampiran)
 Kos projek (jika perlu) – yang lengkap boleh disertakan Peneranga
pada lampiran. n alat-alat
 Gambarajah, rajah, jadual, litar skematik, layout litar tangan dan
PCB, komponen
Dapatan kajian atau data, hasil projek dll. biasa tidak
 Perlu ada penerangan ringkas setiap rajah, jadual dll. perlu.
6 PERBINCANGAN / RUMUSAN - Laporan
• Membincangkan hasil dapatan projek dan mengaitkan dengan Projek
rujukan kajian literatur/hasil penulisan.  BAB V
• Merumuskan keseluruhan cadangan projek.
• Mengaitkan pencapaian objektif projek dengan projek yang telah
dihasilkan.
• Merumuskan jangkaan dan harapan daripada hasil projek

®DiQiN/Jul08
12
Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

7 KESIMPULAN DAN CADANGAN - Laporan


• Menyimpulkan hasil dapatan projek yang dilaksanakan samada Projek
berjaya, tidak berjaya, perlu diperbaiki, perlu dimurnikan, perlu  BAB VI
dikaji semula dll. * bukan
• Kesimpulan mestilah berdasarkan dapatan kajian. masalah
• Sebarang cadangan / masalah projek mestilah berkaitan dengan berkaitan
projek yang dibuat. duit, mencari
• Menjelaskan kelebihan cadangan penyelesaian terhadap masalah. komponen,
tiada
kerjasama
kumpulan dll.

8 RUJUKAN
• Minimum 5 rujukan buku/majalah/surat khabar atau Laporan
• Rujukan daripada jurnal / Artikel. Projek
• Rujukan daripada sumber Internet / Web (tidak digalakkan)
KECUALI artikel, jurnal tersebut lengkap dengan maklumat.
• Rujukan mesti ditulis mengikut format laporan.

9 LAMPIRAN
• Berkaitan dengan Kajian / Projek sahaja. Laporan
• Senarai lengkap komponen. (Jika Perlu) Projek
• Kos perlaksanaan. (Jika Perlu)
• Litar-litar, rajah, gambarajah, jadual yang berkaitan dengan isi
laporan projek.
• Sebagai rujukan pada penerangan laporan projek. (Jika Perlu)

®DiQiN/Jul08
13
Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

CARTALIR PERLAKSANAAN PROPOSAL / LAPORAN PROJEK


E4006 / E5006

TAKLIMAT PROJEK

MENGENAL PASTI MASALAH

CADANGAN TAJUK

TIDAK PILIH
TAJUK PROPOSAL
PROJEK
YA (E 4006)
DAPATKAN MAKLUMAT
KAJIAN / PENULISAN

RANCANG KAEDAH PENYELESAIAN /


METODOLOGI
LAPORAN
PROJEK
MELAKSANAKAN PROJEK /
KAJIAN (E5006)

TIDAK
PENGUJIA
N
YA

PRADEMO

PEMBENTANGAN PROJEK

HANTAR LAPORAN
PROJEK

®DiQiN/Jul08
14
Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

CONTOH PENULISAN ABSTRAK

Contoh Abstrak 1

Panduan menulis tesis


UTM, Johor Darul Ta’zim, 2002
http://www.psz.utm.my/TESDIG/panduan%20tesis.pdf

Penggunaan pengairan menitis sejak dua dekad yang lalu telah menarik minat para
penyelidik dan petani terutamanya dengan lebih banyak kawasan yang kering dibuka untuk
pertanian tetapi menghadapi masalah kekurangan air. Namun, Cuma sedikit ciri-ciri aliran
yang diketahui daripada beberapa kajian yang dilakukan. Kajian tesis ini tertumpu kepada
penganalisaan ciri hidraulik aliran dan nyahcas di sepanjang garisan pengairan. Kaedah
berangka digunakan untuk menganalisis alirannya. Pekali keseragaman merupakan parameter
utama untuk mengawal keberkesanan penggunaanya kerana ia mempengaruhi keseragaman
nyahcas yang disebabkan oleh perubahan tekanan di sepanjang garis aliran. Penggunaan
pemancar jenis orifis bukan sahaja menjadi keadah pengairan ini lebih ekonomik tetapi juga
telah memudahkan proses penggunaanya. Lengkungan reka bentuk disediakan bagi
mendapatkan aliran yang diperlukan untuk setiap tanaman yang berlainan.

Contoh Abstrak 2

Dc Motor Speed Control Using Microcontroller Pic 16F877A


Ea Ai Choon ,UTM, 2005
http://psm.fke.utm.my/psm/forms/thesis_sample.pdf

Motor arus terus telah menjadi satu komponen yang penting untuk aplikasi dalam julat
kuasa dan kelajuan yang tinggi. Kawalan motor arus terus yang mudah dan prestasi yang
baik akan menjamin motor arus terus untuk digunakan secara meluas pada masa depan.
Projek ini tertumpu kepada rekaaan satu sistem kawalan kelajuan motor arus terus dengan
menggunakan mikropengawal PIC 16F877A. Ia merupakan satu kawalan gelung tutup
dan masa nyata sistem, di mana pengekod optic(yang dibina dalam projek ini) yang
dipasang pada rotor akan menghantar isyarat kelajuan suapbalik kepada pengawal.
Teknik Pulse Width Modulation (PWM) digunakan di mana isyarat ini dibekal oleh mikro
pengawal. Mikropengawal berperanan sebagai pengawal gandaan, P di dalam projek ini.
Isyarat PWM akan dihantar kepada pemacu motor untuk mengubah voltan yang
dibekalkan kepada motor supaya ia dapat dikawal pada kelajuan yang ditetapkan. Satu
program ditulis dalam Visual Basic 6.0 untuk memudahkan pengguna memasukkan
kelajuan yang dikehendaki di komputer dengan pengantaramuka grafik pengguna (GUI).
Selain itu, ia juga memaparkan satu graf kelajuan motor melawan masa untuk
membolehkan pengguna mengkaji prestasi sistem tersebut. Keputusan menunjukkan
bahawa bacaan daripada pengekod optik yang dibina adalah boleh dipercayai. Melalui
projek ini, boleh disimpulkan bahawa mikropengawal PIC 16F877A dapat mengawal
kelajuan motor pada kelajuan tetap walaupun terdapat perubahan beban.

®DiQiN/Jul08
15

You might also like