You are on page 1of 26

UNIT 9

KESAN PENEROKAAN SUMBER


KE ATAS ALAM SEKITAR
Objektif
Di akhir unit ini, anda akan dapat :
•Menyenaraikankesan penerokaan sumber
terhadap alam sekitar negara Malaysia
•Menghuraikan dengan contoh kesan
penerokaan sumber terhadap alam sekitar
negara Malaysia
Kesan-kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar
Pengenalan
Penerokaan sumber seperti sumber mineral, sumber hutan,
petroleum dan gas asli di Malaysia merupakan kegiatan
yang penting bagi pembangunan negara . Walau
bagaimanapun, penerokaan sumber yang tidak
bertanggungjawab boleh mendatangkan kesan negatif
kepada alam sekitar.

Kesan ini termasuklah kemusnahan hutan , kejadian


hakisan dan banjir. Oleh itu penerokaan sumber secara
lestari perlulah dilaksanakan bagi mencapai pembangunan
ekonomi dan pada masa yang sama akan memelihara
alam sekitar.
Perubahan Pandang Darat
Perubahan pandang darat itu terdiri daripada
komponen-komponen fizikal seperti bukit, paya,
atau dikenali sebagai pandang darat fizikal yang
mengalami perubahan akibat aktiviti manusia
seperti perlombongan dan perhutanan.

Kaedah kapal korek dan lombong dedah


meninggalkanlubang-lubang yang membentuk
kolam bekas lombong

Penerokaan petroleum dan gas asli dipenuhi


rangkaian paip serta tangki-tangki simpanan bahan
bakar berkenaan.
Perubahan
pandang darat
Pembinaan
empangan

Perubahan
pandang darat
Pembinaan
lebuh raya
Kegiatan perhutanan menyebabkan kawasan hutan yang
luas menjadi gondol dan gersang. Pembinaan empangan
seperti Empangan Chenderoh dan Empangan Kenyir bagi
menjana kuasa elektrik pula mengubah landskap kawasan
hutan tebal menjadi kawasan takungan air yang luas.

Pembinaan lebuh raya meneyebabkan sebahagian besar


kawasan nutan ditebang dan dimusnahkan.
Kepupusan sumber mineral

Penerokaan sumber semula jadi tanpa pengurusan yang


cekap boleh mengakibatkan sumber berkenaan pupus.
Sumber semula jadi mineral seperti bijih timah, petroleum,
dan gas asli merupakan sumber yang tidak dapat
diperbaharui. Penerokaan sumber tersebut secara
berterusan boleh menyebabkan sumber tersebut kehabisan.
Sebagai contohnya, sumber petroleum dan gas asli di
negara kita dijangka akan kehabisan dalam tempoh 40
tahun. Lombong bijih besi di Bukit Besi dan lombong bijih
timah di Sungai Lembing, Pahang telah ditutup kerana tidak
ekonomik untuk diusahakan.
Kepupusan sumber hutan
Penerokaan sumber hutan  pula menyebabkan bekalan kayu
balak pada masa depan akan semakin berkurangan kerana
pokok-pokok yang ditanam mengambil masa yang lama untuk
tumbesar.
Selain itu pembukaan tanah untuk pertanian atau pembangunan
wilayah akan menyebabkan beberapa spesies flora dan fauna
yang belum dikenalpasti kegunaannya di masa hadapan pupus
begitu sahaja. Peningkatan permintaan terhadap bekalan elektrik
menyebabkan lebih banyak empangan hidroelektrik dibina
kawasan hutan. Keadaan ini menyebabkan pelbagai spesies flora
dan fauna menghadapi risiko kepupusan. Hal ini demikian kerana
habitat haiwan di kawasan hutan termusnah serta ekosistem
hutan dan rantaian makanan haiwan terjejas. Sebagai contohnya,
spesies hidupan liar seperti badak Sumatra, beruang, orang utan,
gajah, dan harimau semakin berkurangan di negara kita.
Peningkatan suhu bumi
MenurutJabatan Kajicuaca Malaysia, suhu di negara kita menunjukkan
trend yang meningkat bagi masa 40 tahun hingga 50 tahun yang lepas
terutamanya di Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting.
Cameron Highland yang mempunyai purata suhu 18°C telah
menunjukkan peningkatan antara 2°C ke 3°C  suhu sejak kebelakangan
ini kesan penerokaan hutan. Penerokaan sumber terutamanya sumber
hutan mengakibatkan peningkatan suhu di negara kita.
Jika trend ini berterusan, kesan peningkatan suhu akan meluas dan ini
akan menjejaskan kegiatan ekonomi seperti pertanian di kawasan
tersebut.
Penerokaan hutan menyebabkan tanah kehilangan litupan tumbuhan
menyebabkan bumi menerima pancaran matahari secara terus. Hal ini
mengakibatkan proses perpeluhan oleh tumbuh-tumbuhan semakin
berkurangan, peratus kelembapan udara menurun, dan udara menjadi
kering. Di samping itu, imbangan gas juga terganggu kerana kandungan
karbon dioksida dalam udara semakin meningkat manakala oksigen
semakin berkurangan.
Aktiviti
pemusnahan
hutan
Pembersihan hutan mengakibatkan tanah kehilangan litupan
tumbuhan dan menyebabkan permukaan tanah terdedah
kepada agen hakisan seperti angin dan air mengalir. Keadaan
ini menjadikan struktur tanah longgar dan cerun bukit tidak
stabil. Penebangan hutan bakau  yang menjadi pelindung
semula jadi pantai di beberapa kawasan di negara kita seperti
seperti di kawasan Matang di Perak dan Kuala Rompin di
Pahang menyebabkan hakisan pantai yang serius.
Kejadian tanah
runtuh
Kesan Kegiatan Penebangan Hutan Terhadap
Alam Sekitar
Pembalakan
secara tidak
terancang

•tiada akar
cengkaman
•hakisan tanih
•tanih tandus
Penebangan hutan
Pembinaan jalan

•gersang atau tandus


•cerun bukit yang curam
•tanih yang terhakis
•hakisan tanih
•dasar sungai cetek
•banjir
Kejadian banjir
Pembakaran hutan
Pencemaran udara dan air
Pembalakan
•hutan musnah
•hidupan liar akan kehilangan habitat
Pertanian pindah
•tanih hilang kesuburan
Petempatan

FELDA dan FELCRA

•flora dan fauna


yang musnah
•rantaian makanan
terganggu
•tanah runtuh
Kesan kegiatan
manusia akibat
pemusnahan hutan
1.Lengkapkan carta minda di bawah tentang kesan-kesan penerokaan
sumber ke atas alam sekitar: 
 
   
 
  KESAN  
 
PENEROKAAN  
SUMBER
   
 
 
   
  
       

2. Berikan sebab-sebab peningkatan suhu di Malaysia?


a.
b.
c.
3. Apakah akan berlaku kepada keadaan cuaca dan iklim Malaysia 20
tahun akan datang. Bincangkan.
4. Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.Mengapakah kita
perlu
5. Bagaimanakah aktiviti penerokaan sumber mengubah lanskap
semulajadi
Jawab soalan-soalan objektif di bawah:
Suhu setempat meningkat. Flora dan fauna terjejas
1. Keadaan di atas terjadi kerana
A. Usaha carigali petroleum
B. Penebangan hutan
C. Peghutanan semula
D. Menebusguna paya
Empangan Kenyir
Empangan Batang Ai
2.Kesan pembinaan empangan di atas adalah
I. Air tercemar
II. Berlaku banjir
III. Habitat haiwan terancam
IV. Kawasan tadahan berkurang
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV
Sungai Perak dan Sungai Gombak
3. Aktiviti yang dijalankan di sungai-sungai di atas telah menyebabkan pencemaran sungai yang
dipenuhi kelodak. Aktiviti tersebut adalah
A. Perikanan
B. Perlombongan
C. Pelancongan
D. Perindustrian

4. Mengakah kawasan pembalakan menyebabkan sungai melimpahkan air dan menyebabkan banjir
berlaku
I. Jumlah hujan tahunan akan meningkat
II. Dasar sungai cetek penuh kelodak
III. Sungai tidak dapat menampung air yang banyak
IV. Air hujan menjadi air larian permukaan bumi

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

You might also like