Kehidupan yang bahagia, selamat, dan sihat sememangnya merupakan impian semua orang.

Untuk mencapai impian tersebut, pengamalan gaya hidup sihat merupakan langkah yang wajar dipraktikkan. Rakyat Negara ini kini semakin sedar akan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat sebagai cara hidup bagi membolehkan impian untuk hidup bahagia, selamat dan sihat tercapai. Persoalannya, apakah cara- cara untuk mangamalkan gaya hidup sihat? Perkara yang paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat ialah pemakanan seimbang. Hal ini meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kita perlu makan nasi dan bijirin yang mengandungi karbohidrat dalam kuantiti yang banyak. Hal ini demikian kerana karbohidrat membekalkan tenaga untuk membolehkan kita menjalankan pelbagai urusan kehidupan sehari-harian. Pengambilan sayur dan buah yang banyak pula penting untuk membekalkan vitamin dan serat kepada badan. Di samping itu, piramid makanan menganjurkan pengurangan makanan yang mengandungi lemak, minyak, garam, dan gula kerana mengelakkan pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, serangan jantung, dan sebagainya. Cara mengamalkan gaya hidup yang sihat yang lain melakukan aktiviti senaman dan riadah. Pengambilan makanan seimbang yang disertai dengan amalan bersenam dan beriadah secara kosisten, dapat membakar kalori dalam badan dan seterusnya mengurangkan masalah peningkatan berat badan. Aktiviti senaman dan riadah boleh dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setiap sesi senaman dan riadah memadailah dilakukan antara 20 minit hingga 30 minit. Kita juga hendaklah mengelakkan aktiviti negatif dalam usaha mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini demikian kerana aktiviti sedemikian akan menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang. Contoh aktiviti negatif tersebut ialah penagihan dadah, ketagihan arak, dan seks rambang. Sesiapa yang terjebak dalam aktiviti negatif bukan sahaja menerima kemudaratan, bahkan juga dipandang serong dan seterusnya akan disisihkan oleh masyarakat. Pengamalan gaya hidup sihat juga melibatkan pengurusan stres. Stres merupakan gejala negatif yang semakin menular dalam kalangan masyarakat pada masa ini yang melibatkan tekanan yang sukar dikawal sama ada di tempat kerja atau tempat belajar, selain masalah rumah tangga. Seseorang yang mengalami stres perlulah bijak mencari formula untuk menguruskannya supaya fikiran tidak kusut sehingga menjejaskan kesihatan dan kehidupan harian. Antara langkah yang dapat dilakukan untuk menangani stres ialah meminta pedapat kaunselor, berkongsi masalah dengan rakan atau keluarga, dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Stres yang dapat diuruskandengan baik membolehkan kita hidup bahagia dan sihat. Kebanyakan daripada kita biasanya akan berjumpa dengan doktor apabila sakit sahaja, tetapi gaya hidup sihat memerlukan kta menukar amalan ini. Kita

Sebenarnya. jelaslah bahawa pengamalan gaya hidup sihat menjamin kebahagiaan yang diimpikan. Sentiasalah berpegang pada cogan kata ³Rakyat Sihat. Contohnya. iaitu sekurang-kurangnya dua kali setahunatau setiap enam bulan bagi membolehkan penyakit yang mungkin tidak menunjukkan sindrom dikesan lebih awal. rawatan susulan dapat dilakukan bagi mengubati penyakit yang didiagnosis ada pada tubuh kita. Negara Maju´. . Dengan pertemuan secara berkala dengan doktor.hendaklah berjumpa dengan doktor di hospital atau kilink secara berkala. penyakit yang berbahaya seperti kanser yang kita sedia maklum bahawasukar diubati jika sudah lambat diketahui. tiada istilah terlambat bagi setiap orang untuk memulakan amalan gaya hidup sihat. Kesimpulannya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful