You are on page 1of 6

KHALIFAH SAIDINA ALI BIN ABI TALIB R.

A
[ 35-40 H / 656-661 M ]

RIWAYAT HIDUP

1. Nama : Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim
2. Dilahirkan pada tahun ke 10 sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W
3. Bersifat berani, tegas dan menguasai pelbagai ilmu dengan mendalam
4. Merupakan kanak2 pertama yang memeluk Islam ketika berusia 10 tahun.
5. Didoakan dengan lafaz ‘Karamallahu wajhah’ (orang yang dimuliakan
wajahnya) pleh Allah kerana tidak pernah menyembah berhala.
6. Khalifah ke-4 dan terakhir dlm pemerintahan Khulafa’ Aer-Rasyidin (35-
40 H / 656-661 M)

PELANTIKAN SEBAGAI KHALIFAH

1. Puak pemberontak yang telah membunuh Saidina Uthman bin Affan telah
meminta Ali mengambil alih kepimpinan negara menggantikan Uthman.
Negara ketika itu dalam keadaan huru-hara.
2. Saidina Ali bin Abi Talib pada mulanya enggan menerima tetapi
memandangkan keadaan semakin genting, akhirnya beliau mendapat
bersetuju untuk memegang jawatan khalifah.
3. orang ramai datang memberi baiah kepadanya tetapi terdapat beberapa
puak yang tidak bersetuju.
4. Mereka yang menentang adalah dari kalangan keluarga Umaiyah
termasuk Muawiyah bin Abu Sufian (gabenor Syam ketika itu).

SUMBANGAN KHALIFAH SAIDINA ALI BIN ABI TALIB R.A

 Menerima jawatan khalifah dalam keadaan huru-hara.

POLISI PENTADBIRAN KHALIFAH SAIDINA ALI BIN ABI TALIB R.A

1. Menukarkan pegawai-pegawai lantikan Khalifah Uthman yang


berketurunan Umayah dengan pegawai-pegawai baru termasuk Muawiyah
bin Abu Suffian (gabenor Syam).
2. Meneruskan Majlis Tahkim walaupun mendapat tentangan daripada
golongan Khawarij.
Maksud Khalifah dan Khulafa’ Ar-Rasyidin :-

 Khalifah : Orang yang memegang jawatan ketua negara Islam.


 Khulafa’ Ar-Rasyidin : Gelaran kepada 4 orang sahabat yang memgang
jawatan dalam negara Islam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W

Pusat pemerintahan dan berapa lama kekuasaan kerajaan Khulafa’ Ar-


Rasyidin :-
 Kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin berpusat di Madinah, kekuasaannya
selama lebih kurang 29 tahun mulai 11 Hijrah hingga 41 Hijrah.

Ciri-ciri Kepimpinan Khulafa’ Ar-Rasyidin : -


1. Merupakan sumber rujukan umat Islam selepas kewafatan Rasulullah
S.A.W.
2. Mereka adalah golongan terpilih lagi bijaksana, berilmu, amanah, adil,
tawaduk, berani, ikhlas dan berpendirian tegas.
3. Mereka memperketatkan undang2 berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah
4. Rakyat dilayan sama rata.
5. Khulafa’ Ar-Rasyidin adalah pemimpin yang bersifat terbuka. Sedia
menerima pendapat rakyat.
6. Mereka banyak menyumbangkan harta untuk menegakkan agama Allah.

Dasar-dasar Pentadbiran Khulafa’ Ar-Rasyidin : -


1. Khalifah sebgai ketua negara.
2. Undang- undang dan perlembagaan negara berlandaskan Al-Quran dan
Al-Hadis.
3. Pemimpin bertanggungjawab memerintah dengan adil dan menegakkan
kebenaran.
4. Pemimpin dan rakyat sama-sama bertanggungjawab membangun dan
memajukan negara.
5. Rakyat boleh menegur pemimpin dan memberi pandangan mengikut
saluran tertentu.

Pembaharuan yang telah dibuat dalam Sistem Pentadbiran untuk


Mengemaskini Pentadibiran Negara di Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin :-
1. Menubuhkan Majlis Syura.
2. Pentadbiran wilayah
3. Penubuhan jabatan yang dikenali sebagai “ Ad- Dewan”

Mengenai Majlis Syura : -


1. Majlis Syura khas ditubuhkan pada zaman Khalifah Umar bin Al- Khattab.
2. Ditubuhkan bagi menentukan perlantikan khalifah.
3. Majlis Syura terdiri daripada sahabat-sahabat Rasulullah S.A.w
4. Pelantikan pegawai-pegawai kerajaan juga dirujuk kepada pandangan
ahli Majlis Syura.

Ciri-Ciri Utama Sistem Majlis Syura : -


1. Keputusan dicapai melalui suara orang ramai.
2. Pemimpin adalah dipilih oleh rakyat.
3. Terdapat Majlis Tertinggi membuat dasar.
4. Jawatan bukan milik keturunan.
5. Sebarang keputusan berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

Prinsip yang Diamalkan dalam Pentadbiran Khulafa’ Ar-Rasyidin :-


1. Mengekalkan pemerintahan Islam yang diasaskan Rasulullah S.A.W
2. Melaksanakan undang-undang Islam
3. Menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah asas pemerintahan.
4. Mengamalkan amal makruf dan nahi mungkar.

Cara-Cara Pentadbiran Wilayah Dijalankan oleh Khulafa’ Ar-Rasyidin :-


1. Khalifah Umar telah mengadakan jawatan Gabenor (wakil khalifah) di
wilayah yang di takhluk. Mereka (gabenor) bertanggungjawab
menjalankan pentadbiran dengan adil.
2. Jawatan lain yang baru diwujudkan ialah :-
 Ketua Setiausaa
 Setiausaha
 Pegawau Pemungut cukai
 Pegawai Polis
 Pengurus Perbendaharaan negara
 Ketua Hakim
3. Semua pegawai yg dilantik diberi surat perintah mengenai tugas dan
kuasa mereka sebelum mereka dihantar ke wilayah berkenaan.
4. Harta mereka diperiksa terlebih dahulu bagi mencegah penyalahgunaan
kuasa mereka.
5. Pada musim haji setiap tahun, pegawai-pegawai mesti hadir ke Mekah
untuk memberi laporan mengenai pentadbiran wilayah.
6. Rakyat berhak menyuarakan aduan kepada Khalifah mengenai
pentadbiran pegawai. Khalifah akan siasat kemudian mengambil
tindakan yang sewajarnya.

Penubuhan Jabatan Ad-Dewan.


1. Telah ditubuhkan oleh Khulafa’ Ar-Rasyidin supaya sistem pengurusan
lebih teratur
2. Antara jabatan yang baru ditubuhkan ialah :
 Dewan Al-Jundi
i. Merupakan jabatan ketenteraan untuk mengatur latihan
ketenteraan – untuk mengendalikan urusan ketenteraan
 Dewan Al-Kharaj
i. Ditubuhkan untuk memungut hasil negara dengan lebih
berkesan.
ii. Pembayaran cukai membayar cukai mereka kepasa
pemungut cukai yang menemui mereka dikawasan-
kawasan yang jauh. Hasil pendapatan negara bertambah
dengan adanya pegawai-pegawai yang cekap.

KEMAJUAN ATAU PERKEMBANGAN SOSIAL, PENDIDIKAN DAN EKONOMI


PADA ZAMAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN

SOSIAL PENDIDIKAN EKONOMI

1. Menjaga kebajikan 1. Bidang pendidikan diberi 1. Ekonomi negara tidak begitu


rakyat sama ada Islam perhatian berat oleh stabil di zaman
atau bukan Islam. Khulafa’ Ar-Rasyidin. pemerintahan Khalifah Abu
2. Mengambil berat 2. Masjid merupakan institusi Bakar kerana khalifah
mengenai pendidikan. pendidikan yang penting terpaksa menghadapi
3. Melaksanakan 3. Satu tempat belajar golongan yang menentang
keadilan seperti didirikan disekitar masjid kerajaan.
memansuhkan cukai dikenali sebagai “Kutab”. 2. Perubahan ekonomi yg
jizyah seoranh Yahudi Disediakan untuk kanak- ketara berlaku semasa
yang miskin. kanak belajar membaca, pemerintahan Umar bin Al-
4. Mengadakan menulis, mengira dan Khattab dan pada awal
kemudahan awam untuk menghafaz Al-Quran. pemerintahan Uthman
kepentingan rakyat 4. Guru-girudilantik dari kerana negara Islam
seperti:- kalangan mereka yang menjadi luas. Byk kawasan
 Mengadakan mampu mengajar Al- pertanian yg subur dan
Baitulmal Quran, menulis, mengajar pertambahan harta.
 Membina tali air dan bidang-bidang tertentu 3. Pengurusan Baitulmal
empangan bagi seperti sirah, seni lukis dan dikemaskini oleh khalifah
kemudahan lain-lain. serta menubuhkan jabatan
pertanian. 5. Setiap anggota masyarakat khususnya iaitu Dewan Al-
 Membina bandar- bertanggungjawab Kharaj.
bandar baru. memberi pendidikan 4. Diperkenalkan undang-
5. Memberi hak dan kepada kanak-kanak undang tanah negara untuk
kebebasan kepada ditempat mereka. memastikan tiada tanah
penduduk termasuk yang terbiar.
orang bukan Islam
dibenarkan menganut
agama mereka tanpa
sebarang sekatan.
Perluasan Wilayah Semasa Pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin.

 Semasa Khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq.


 Pengaruh Islam tersebar dikalangan qabilah Arab sekitar Mekah dan
Madinah ekoran kejayaan tentera Islam memerangi golongan nabi palsu
dan murtad.
 Seluruh Iraq masuk dalam wilayah Islam apabila Hurmuz pembesar Parsi
di Iraq dikalahkan
 Syria dan Palestin berjaya ditundukkan oleh gabungan 4 panglima Islam:-
a. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah
b. Yazid bin Abi Suffian
c. Surahbil bin Hasanah.
d. Khalid bin Al-Walid

 Semasa Khalifah Umar bin Al-Khattab.


 Membebaskan negeri-negeri diwilayah Iraq.
 Membebaskan Palestin, Baitul Muqaddis dan Mesir.
 Mendirikan bandar baru Kufah, Fustat dan Mosul

 Semasa Khalifah Uthman bin Affan


 Wilayah Islam berkembang ke Afrika Utara seperti Libya
 Wilayah Islam berkembang ke Timur seperti Tukistan dan beberapa
kawasan di India.
 Pulay Cyprus berjaya ditawan oleh tentera laut Islam dibawah Muawiah.

 Semasa Khalifah Ali bin Abi Talib


 Perluasan kawasan terhenti berikutan negara kurang aman kerana
pembunuhan Saidina Uthman bin Affan.

Kesan Positif yang diperoleh daripada Kepimpinan Khulafa’ Ar-Rasyidin.


1. Corak kepimpinan – Pemimpin negara menjadi ketua agama yang
mendaulatkan syariat Islam.
2. Sifat pemimpin – Berakhlak dan berwawasan adalah ciri utama
pemilihan sebagai pemimpin negara.
3. Pertahanan – Diberi keutamaan agar negara selamat daripada
serangan luar.
4. Ekonomi – Digubal secara adil agar kehidupan rakyat stabil.
5. Sosial – Kebajikan rakyat diutamakan , rakyat dilayan dengan adil ,
Ilmu pengetahuan diutamakan.

Akibat Membelakangkan Kepimpinan Khulafa’ Ar-Rasyidin.


1. Orang munafik mendapat peluang memecah belahkan umat Islam
2. Negara Islam terdedah dengan fitnah dan perang saudara.
3. Khaliah secara warisan mengambil alih kepimpinan negara selepas
Khulafa’ Ar-Rasyidin.
4. Munculnya perpecahan aliran pemikiran seperti Ahli Sunnah & Syiah.

You might also like