You are on page 1of 8

KAJIAN TINDAKAN PEMULIHAN

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------


Sekolah Rendah
1
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MEMBACA AYAT-AYAT YANG
MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN DUA SUKU KATA TERBUKA DAN
TERTUTUP KV + KVK .
Oleh
Puan Aspalaila Ramli
Puan Maslinda Mahmud
SK Sawah Dato’,
Mersing, Johor.
ABSTRAK
Membaca merupakan kunci kejayaan seseorang murid. Kemahiran membaca
bermula daripada mengenal, mengecam dan menyebut huruf dan suku kata,
membatangkan dan membaca perkataan, ayat seterusnya petikan ataupun karangan.
Aspek membaca perkataan dua suku kata KV + KVK salah satu isi kandungan
Sukatan Pendidikan Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Kegagalan murid untuk
menguasai bacaan perkataan dua suku kata ini akan menyekat penguasaan mereka
kepada kemahiran membaca perkataan yang lebih mencabar. Oleh kerana Bahasa
Merentasi Kurikulum, penggunaan perkataan dua suku kata ini terdapat dalam
sebahagian besar tajuk-tajuk dan isi kandungan mata pelajaran lain sehinggalah ke
tahap dua. Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti punca kesukaran murid
menguasai kemahiran membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka
dan tertutup KV + KVK dan mengubah amalan pengajaran guru ke arah pendekatan
yang lebih baik. Kajian ini dijalankan ke atas 15 orang murid Tahun 3 Kemboja, di
Sekolah Kebangsaan Sawah Dato’, Mersing, yang juga merupakan murid –murid
pemulihan. Hasil dapatan daripada Ujian Pra yang dijalankan didapati ramai murid
yang lemah dan tidak dapat meneruskan pembacaan apabila bertemu perkataan KV
+ KVK ini. Keadaan ini menyukarkan mereka meneruskan pembacaan petikan,
memahami dan menjawab soalan pemahaman yang dikemukakan secara bertulis.
Dapatan daripada Ujian Pos menunjukkan peningkatan prestasi berbanding Ujian
Pra. Program latih tubi menyebut suku kata KVK lima minit sebelum setiap
pengajaran Bahasa Melayu, didapati telah dapat meningkatkan kecekapan murid
membaca perkataan KV + KVK. Kelas bimbingan selepas sekolah turut dijalankan
bertujuan untuk memantapkan bacaan murid dan yang lebih memberangsangkan
terdapat sebilangan murid-murid ini telah dapat menjawab soalan pemahaman yang
dikemukakan secara bertulis.
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kelemahan 15 orang murid Pemulihan Khas
dalam membaca perkataan dan ayat-ayat yang mengandungi gabungan dua suku kata
terbuka dan tertutup KV + KVK. Lazimnya murid-murid ini akan duduk dalam kelompok
mereka, membuat bising, dan mengganggu murid-murid lain semasa dalam kelas, serta
kurang berminat dalam pembelajaran. Mereka juga kurang berminat dalam pembelajaran.
Tugasan yang dibekalkan jarang sekali disiapkan dengan sempurna serta tidak memenuhi
kehendak guru kerana masalah yang mereka hadapi ini.
Melalui pemerhatian dalam kelas tersebut, punca murid tidak dapat menguasai kemahiran
ini kerana aras pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas biasa yang terlalu tinggi,
objektif pengajaran dan pembelajaran sukar dicapai berbanding dengan kebolehan dan
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------
Sekolah Rendah
2
keupayaan murid ini. Daripada temu bual semasa, mereka kurang keyakinan diri, tidak
berminat dan berasa sering dipinggirkan. Saya rasa terpanggil untuk membantu mereka
menguasai kemahiran membaca di peringkat yang lebih awal. Oleh itu, guru memainkan
peranan penting memberi kesedaran dan mendekati mereka supaya mereka lebih
dihargai dan berasa bertanggungjawab untuk memajukan diri di bidang pelajaran.
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti kad suku kata KVK, kad perkataan
KVK, kad perkataan KV + KVK, kad bergambar, kad ayat selapis dan kad petikan
pemahaman mudah sebagai bahan rangsangan amat penting dan dapat membantu murid
ini menguasai kemahiran yang sedang dikaji.
Berpegang kepada prinsip memulihkan masalah seawal mungkin, saya telah mengesan
dan mengenal pasti daerah kelemahan yang dihadapi oleh murid dalam membaca
perkataan yang mengandungi dua suku kata terbuka dan tertutup KV + KVK. Berdasarkan
Ujian Pra yang dijalankan pada Mac 2002, didapati tahap pembacaan murid adalah
kurang memuaskan. Mereka sering mengeja pada perkataan sedemikian semasa ujian
dijalankan. Aktiviti latih tubi 5 minit sebelum sesi pengajaran dan kelas bimbingan selepas
waktu persekolahan berkesan membantu murid-murid ini membaca perkataan yang
mengandungi gabungan perkataan KV + KVK. Hal ini dikukuhkan lagi semasa sesi
pengajaran di dalam kelas pemulihan, iaitu saya mengunakan kaedah nyanyian belajar
menerusi seni kata lagu, sesuatu yang amat digemari oleh murid-murid (mengikut rentak
lagu bahasa Inggeris, BINGO). Murid murid menjalankan aktiviti ini di pusat pembelajaran
Ritma, Bahasa dan Alam Semulajadi yang terdapat di kelas pemulihan. Ternyata ia sesuai
dipraktikkan dan memberi hasil pembelajaran yang positif. Kelas bimbingan selepas
sekolah selama 30 minit, dari hari Isnin hingga Khamis pula memfokus kepada
mendengar dan membaiki kesalahan murid membaca
2.0 Fokus Kajian
Melalui refleksi di atas, murid-murid ini tidak boleh membaca. Oleh itu, sesuatu perlu
dilakukan dalam usaha memantapkan murid menguasai kemahiran 3M. Seramai 15 orang
murid Pemulihan Khas tidak boleh membaca perkataan dan ayat-ayat yang mengandungi
gabungan dua suku kata terbuka dan tertutup KV + KVK. Kemahiran membaca amat
penting bagi seorang murid. Sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai, hal ini akan
memberi kesan yang besar kepada masa hadapan mereka. Kajian ini berfokuskan kepada
meningkatan penguasaan membaca murid yang mengandungi suku kata KV+KVK.
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid membaca ayat-ayat
yang mengandungi perkataan gabungan dua suku kata terbuka dan tertutup
KV+KVK.
3.2 Objektif Khusus
1. Murid dapat meningkatkan penguasaan suku kata dan perkataan KVK
2. Murid boleh membaca perkataan KVKVk hasil gabungan suku kata KV + KVK
3. Mempastikan murid-murid boleh membaca ayat-ayat yang mengandungi
sekurang-kurangnya enam ke lapan patah perkataan gabungan dua suku kata
KV + KVK dengan lancar
4.0 Kumpulan Sasaran.
Kajian ini difokuskan kepada 15 orang murid-murid Tahun 3 Kemboja yang juga
merupakan murid-murid pemulihan di Sekolah Kebangsaan Sawah Dato’, Mersing. MuridJurnal
Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------
Sekolah Rendah
3
murid telah dikenal pasti mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran membaca
ayat-ayat yang mengandungi perkataan yang mempunyai gabungan dua suku kata dan
tertutup KV + KVK melalui ujian diagnostik yang dijalankan. Contohnya, ‘papan’, ‘badak’,
dan ‘sudip’.
5.0 Pelaksanaan Tindakan
5.1 Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah
yang dikenal pasti bertujuan memahami secara mendalam masalah
tersebut. Ternyata masalah utamanya murid terbiasa membaca secara
mengeja perkataan, lambat menyudahkan bacaan, perkataan yang
dikuasai pula terbatas pada perkataan KV+KV dan V+KV (kami, saya,
juga, ini, itu)
5.1.1 Perbincangan dengan guru mata pelajaran
Guru Bahasa Melayu Tahun 3 Kemboja telah menyatakan
kegusarannya kerana bilangan murid yang gagal dalam Ujian
PKSR 1 adalah 43%. Murid ini tidak dapat menjawab soalan yang
dikemukakan dengan baik. Maklum balas mengenai tingkah laku
murid ini sering bising dan mengganggu rakan-rakan yang lain.
5.1.2 Kaedah Temu bual
Kaedah temu bual tidak berstruktur yang dijalankan untuk
mengesan perasaan murid semasa belajar mata pelajaran
Bahasa Melayu di Kelas 3 Kemboja.
5.1.3 Kaedah Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan untuk mengesan dimanakah punca
kelemahan murid. membaca perkataan. Instrumen yang
digunakan berpandukan Buku Panduan Pelaksanaan Program
Pendidikan Pemulihan Khas.
5.1.4 Kaedah Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian Pra dan dan Ujian Pos dilaksanakan kepada mereka di
kelas pemulihan berdasarkan bacaan tiga buah petikan, ayat-ayat
yang mengandungi perkataan gabungan suku kata KV + KVK,
untuk mengesan masalah membaca.
5.2 Analisa Tinjauan Masalah
5.2.1 Analisa Perbincangan Guru Mata Pelajaran
Murid-murid terlalu bergantung kepada guru untuk membaca
petikan pemahaman dan membuat pembetulan bertulis. Hal ini
disebabkan amalan guru yang mengajar membaca ayat-ayat
dalam petikan frasa demi frasa dan diikuti oleh murid-murid di
dalam kelasnya. Murid-murid juga tidak dibantu untuk membuat
pembetulan semasa, iaitu sekiranya berlaku kesalahan ejaan
dalam penulisan. Hal ini disebabkan guru mata pelajaran tidak
membimbing murid-murid ini, cara-cara membuat pembetulan
bertulis (tiada pemulihan dalam kelas).
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------
Sekolah Rendah
4
5.2.1 Analisa Kaedah Temu bual
Melalui temubual yang dijalankan mereka menyatakan perasaan
kurang yakin dan berasa rendah diri kerana tidak lancar
membaca, kawan-kawan lain sering ketawa apabila menyebut
perkataan yang salah, seterusnya mereka menjadi kurang minat
membaca. Mereka tiada inisiatif membuat pembetulan bertulis
kerana tidak tahu bagaimana cara hendak melakukannya sendiri.
5.2.2 Analisa Kaedah Pemerhatian
Pemerhatian yang dijalankan ke atas murid-murid ini mendapati
mereka tidak bermasalah membaca perkataan V+KV, KV+KV dan
KV+KV+KV seperti ada, ini, itu, sana, kini, tetapi, mereka dan
sebagainya. Masalah mula timbul apabila mereka tidak dapat
membaca suku kata KVK disebabkan mereka kurang menguasai
kemahiran membaca suku kata tertutup KVK. Kesan daripada
masalah ini, mereka gagal menguasai kemahiran membaca
perkataan seterusnya ayat-ayat yang mengandungi perkataan
KVKVK.
5.2.3 Analisa Ujian Pra
Jadual 2 : Perolehan markah murid mengikut kumpulan
sasaran
Kumpulan
Sasaran
Ujian Pra ( 40)
Murid 1 2 5%
Murid 2 4 10%
Murid 3 3 8%
Murid 4 8 20%
Murid 5 1 3%
Jadual 1: Ujian PKSR 1 (Bahasa Melatu Tahun 3 Kemboja)
GRED(MARKAH)
PEMAHAMAN
PENULISAN
A (80 - 100)
2
1
B (60 - 79)
7
10
C (40 – 59)
11
9
D ( 20 - 39)
3
4
E( 0 – 19 )
12
11
Berdasarkan Ujian PKSR Bulan Februari, murid-murid ini telah gagal
dalam mata pelajaran pemahaman dan penulisan Bahasa Melayu
kerana lemah penguasaan bacaan.
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------
Sekolah Rendah
5
Murid 6 1 3%
Murid 7 2 5%
Murid 8 1 3%
Murid 9 8 20%
Murid 10 1 3%
Murid 11 2 5%
Murid 12 2 5%
Murid 13 1 3%
Murid 14 4 10%
Murid 15 4 10%
Berdasarkan Jadual 2, keputusan Ujian Pra ini menunjukkan
semua murid telah gagal dalam ujian yang diberi. Hal ini
menunjukkan mereka belum menguasai kemahiran membaca
yang diuji.
5.3 Pelaksanaan Tindakan
5.3.1 Latih tubi membaca suku kata KVK.
Aktiviti ini dijalankan selama 5 minit sebelum sessi pengajaran
dan pembelajaran dimulakan di kelas pemulihan semasa mata
pelajaran Bahasa Melayu. Murid-murid diberi kad suku kata KVK
yang sama dengan carta suku kata KVK yang dipamerkan.
Carta / Kad Suku kata KVK
Bas Beg ber Bot
Dam Hat Jam jin
Sih Sih tas Van
Wah Wan yat zip
Walaupun pada permulaannya murid sukar membaca, tetapi saya
membimbing murid mengeja dan sebut suku kata secara
berulang bersama-sama sehingga murid-murid boleh membaca
siri-siri kad suku kata yang disediakan.
Refleksi
Selepas tiga minggu aktiviti ini dilaksanakan, murid ini telah
menunjukkan kemajuan dan dapat meningkatkan penguasaan
bacaan perkataan KVKVK. Ini dikenalpasti semasa guru meminta
murid membaca kad perkataan KV+KVK secara individu. Mereka
telah boleh membaca perkataan-perkataan tersebut kerana telah
biasa dengan ejaan dan sebutan suku kata KVK yang dikukuhkan
amalannya semasa aktiviti latih tubi tersebut.
5.3.2 Aktiviti nyanyian.
Kaedah nyanyian dijalankan di pusat pembelajaran Ritma, Pusat
Bahasa dan Alam Semulajadi semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Murid-murid diberi kad-kad huruf yang bersaiz 20
X 30 cm. Semasa aktiviti nyanyian diajar, murid-murid akan
mengangkat kad-kad huruf membentuk ejaan perkataan KVKVK.
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------
Sekolah Rendah
6
Contoh : Mimah masak gulai ketam,
Gulai ketam Mimah sedap
s e d a p, ( 3x )
Gulai ketam emak sedap
dinyanyikan mengikut rentak lagu bahasa Inggeris B I N G O
Refleksi
Murid amat menggemari aktiviti ini, kerana boleh meluahkan
perasaan sambil mengukuhkan ejaan perkataan KV+KVK
(Mimah, masak, ketam, sedap). Murid-murid menunjukkan
minat, dengan menggantikan perkataan Mimah kepada Milah,
Midah, Limah, Lijah, perkataan ketam kepada bayam, kicap,
pedas dan sebagainya. Secara tidak langsung murid boleh
membaca seni kata lagu yang diajar.
5.3.3 Kelas bimbingan selepas waktu persekolahan
Kelas bimbingan ini dilaksanakan selama 30 minit setiap hari
Isnin hingga Khamis, selama dua bulan secara intensif. Untuk
memantapkan bacaan murid, saya mengajar menggunakan
dengan bahan bantu mengajar seperti kad perkataan KVK, kad
perkataan KV+KVK, kad ayat gabungan pelbagai suku kata dan
petikan pemahaman yang mudah.
Contoh kad perkataan KV+KVK
Siri 1 Siri 2 Siri 3 Siri 4
Balas Dadah Sirap Badak
Nanas Gagah Kicap Sajak
Panas Barah Malap Kakak
Kupas Lebah Gelap Tidak
Keras Susah Silap Budak
Manis Puluh Kurap Bedak
Pedas Subuh Kelip Didik
Rebus Buluh Srip Lobak
Bulus Sedih Sudip Betik
Bilis Pedih Celup Tarik
Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah
Refleksi
Hasil daripada penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar,
ianya telah dapat meningkatkan penguasaan bacaan murid
terutamanya perkataan yang mengandungi gabungan suku kata
KV+KVK.

sedap
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------
Sekolah Rendah
7
5.3.1 Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan memberi hasil seperti berikut :
Jadual 2 : Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
Kumpulan
Sasaran
Ujian Pra ( 40)
Ujian Pos (40)
Murid 1 2 5% 35 88%
Murid 2 4 10% 36 90%
Murid 3 3 8% 40 100%
Murid 4 8 20% 40 100%
Murid 5 1 3% 32 80%
Murid 6 1 3% 30 75%
Murid 7 2 5% 34 85%
Murid 8 1 3% 30 75%
Murid 9 8 20% 38 95%
Murid 10 1 3% 28 70%
Murid 11 2 5% 34 85%
Murid 12 2 5% 32 80%
Murid 13 1 3% 32 80%
Murid 14 4 10% 36 90%
Murid 15 4 10% 37 93%
Jadual di atas menunjukkan perbezaan peratus pencapaian setiap murid
setelah ujian pra dan ujian pos dilaksanakan Didapati bahawa semua murid
gagal dalam ujian pra. Dapatan daripada ujian pos pula ini menunjukkan
peningkatan iaitu semua murid lulus aspek kemahiran yang diuji .
Refleksi
Berdasarkan keputusan ujian pos, murid mencapai keputusan yang lebih baik
berbanding keputusan ujian pra. Aktiviti 1, 2 dan 3 telah dapat membantu
mereka meningkatkan kemahiran murid membaca ayat yang mengandungi
perkataan gabungan suku kata KV + KVK.
5.4 Refleksi Keseluruhan
0
20
40
60
80
100
120
ABCDEFGHIJKLMNO
Ujian pra
Ujian pos
Peratus
Murid
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 ---------------------------------------------------------
Sekolah Rendah
8
Saya dapati bahawa murid yang dahulunya amat lemah dalam kemahiran membaca,
kini telah menunjukkan perubahan yang begitu ketara, hasil daripada aktiviti-aktiviti yang
dijalankan. Murid-murid juga semakin seronok kerana boleh membaca bukan sekadar
perkataan KVKVK tetapi perkataan yang lebih mencabar lagi. Ini membuktikan bahawa
semua murid mempunyai potensi untuk berjaya sekiranya diberi tumpuan dan
bimbingan yang mencukupi dalam usaha meningkatkan penguasaan kemahiran bacaan
mereka.
6.0 Cadangan untuk kajian seterusnya.
Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan telah dapat meningkatkan
penguasaan murid membaca ayat-ayat yang mengandungi perkataan gabungan suku
kata KV+KVK, saya bercadang untuk mengaplikasikannya kepada murid-murid tahun 2
dan tahun 1 yang menghadapi masalah yang sama. Saya juga berpendapat aktiviti-aktiviti
yang dijalankan juga boleh diterapkan kepada guru-guru transisi dan prasekolah. Semoga
hasil kajian saya dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
Bibliografi
Juriah Long, et.al. (1992), Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur :
Fajar Bakti
Buku Panduan(1998), Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas ( Masalah
Penguasaan 3M ), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (2000), Tatabahasa Dewan Jilid 2,
Perkataan, Fajar Bakti Sdn. Bhd,
Sharida Sharudin(2001), Bacalah Sayang, Associated Educational Distributors (M) Sdn.
Bhd.

You might also like