You are on page 1of 20

RINGKASAN

Tugasan:

Kata kunci:

Ayat tugasan :
ialah

Isi 1 Selain itu,

Isi 2 Seterusnya,

Isi 3 Tambahan lagi,

Isi 4 Malahan,

Isi 5 Selanjutnya,

Isi 6
Bahagian A(i)
(Markah 20)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir. Panjang
ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kajian menunjukkan bahawa hutan tropika mampu membantu mengurangkan


kemusnahan yang besar akibat banjir. Namun, menurut laporan beberapa pertubuhan
bukan kerajaan, dalam tempoh dua tahun ini pembalakan haram secara besar-besaran
menyebabkan sungai menjadi cetek dan berlumpur, seterusnya mengakibatkan banjir Langkah
dan kehilangan nyawa. Kini, tibalah masanya pihak kerajaan mengenakan hukuman 1
yang lebih berat kepada kegiatan pembalakan haram.

Pembangunan yang tidak lestari turut mengundang banjir kilat . Oleh itu, setiap Langkah
pemaju perumahan seharusnya membuat penilaian kesan alam sekitar sebelum 2
sesuatu projek perumahan dibangunkan. Tragedi ‘Highland Tower’ yang berlaku
menunjukkan bahawa kemampuan penguatkuasaan masih boleh dipersoalkan. Dalam Langkah
hal ini, pihak yang berwajib seharusnya melaksanakan tugas penguatkuasaan dengan 3
amanah agar tragedi banjir yang disebabkan aktiviti manusia tidak berulang lagi.

Kini, di bandar dan di kawasan-kawasan perumahan hampir tiada tanah untuk Langkah
4
air meresap kerana kesemua kawasan telah disimen. Satu undang-undang
seharusnya digubal bagi memastikan ada kawasan untuk membolehkan air meresap
dengan cepat. Jika langkah ini tidak diambil boleh menyebabkan berlakunya banjir jika Langkah
hujan berterusan. Cadangan untuk mewajibkan pemaju perumahan membuat kolam 5
bagi menampung air seharusnya dilaksanakan segera. Kawasan takungan air ini boleh
dijadikan tempat menyimpan air pada waktu kemarau di samping menampung air Langkah
6
sewaktu hujan. Sistem perparitan juga perlulah dinaik taraf supaya air dapat mengalir
dengan lancar.
Langkah
7
Berbagai-bagai kaedah harus dicari untuk mengatasi masalah tersebut termasuk
meningkatkan keupayaan manusia untuk menanganinya. Selain itu, pihak media
seharusnya membuat liputan tentang sungai bagi memastikan sungai-sungai di negara Langkah
kita mampu mengalirkan airnya dengan baik. Kempen-kempen cintai sungai kita perlu 8
diteruskan dan diperhebat. Jika langkah-langkah drastik tidak diambil dengan segera
pastinya masalah ini akan menjadi rumit pada masa hadapan, seterusnya akan memberi
kesan negatif kepada manusia.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada 'Fenomena Banjir Mega’


Dewan siswa, Februari 2007)

Bahagian A(ii)
(Markah 10)

1. Apakah maksud kemampuan penguatkuasaan dalam petikan tersebut?


( 2 markah )
2. Nyatakan kesan-kesan pembalakan haram kepada kehidupan manusia?
( 4 markah)
3. Pada pedapat anda, nyatakan peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat
untuk mengatasi masalah banjir.
( 4 markah )

PENULISAN RINGKASAN LENGKAP.


Ayat tugasan :

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir ialah

Isi 1 pihak kerajaan seharusnya mengenakan hukuman yang lebih Selain itu,
berat kepada kegiatan pembalakan haram.

Isi 2 setiap pemaju perumahan perlulah menjalankan penilaian Seterusnya,


kesan alam sekitar sebelum sesuatu projek perumahan
dibangunkan

Isi 3 pihak berwajib hendaklah menjalankan tugas penguatkuasaan Tambahan lagi,


dengan amanah.

Isi 4 Satu undang-undang seharusnya digubal untuk memastikan Malahan,


terdapat kawasan yang boleh meresap air dengan cepat

Isi 5 Cadangan mewajibkan pemaju perumahan membina kolam Selanjutnya,


bagi menampung air seharusnya dilaksanakan.

Isi 6 Kempen-kempen cintai sungai perlu kita diterus dan


diperhebat.

Nota: Perkataan dan frasa berhuruf condong merupakan perkataan dan frasa yang telah
diubah dan sama maksud dengan perkataan dan frasa dalam petikan.

Contoh Jawapan Lengkap:

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir ialah pihak kerajaan


seharusnya mengenakan hukuman yang lebih berat kepada kegiatan pembalakan
haram. Selain itu, setiap pemaju perumahan perlulah menjalankan penilaian kesan
alam sekitar sebelum sesuatu projek perumahan dibangunkan. Seterusnya, pihak
berwajib hendaklah menjalankan tugas penguatkuasaan dengan amanah. Tambahan
lagi, satu undang-undang seharusnya digubal untuk memastikan terdapat kawasan
yang boleh meresap air dengan cepat. Malahan, cadangan mewajibkan pemaju
perumahan membina kolam bagi menampung air seharusnya dilaksanakan.
Selanjutnya, kempen-kempen cintai sungai perlu kita teruskan dan diperhebat.

( 80 patah perkataan )

Bahagian A ( ii ): Soalan pemahaman.


Bahagian A(ii)
( (Markah 10)

1. Apakah maksud kemampuan penguatkuasaan dalam petikan tersebut?


( 2 markah )

Maksud rangkai kata kemampuan penguatkuasaan ialah keupayaan


tindakan.

2. Nyatakan kesan-kesan pembalakan haram kepada kehidupan manusia ?


( 4 markah )

Kesan-kesan pembalakan haram kepada kehidupan manusia ialah sungai-


sungai akan menjadi cetek dan menyebabkan berlakunya banjir. Selain itu,
bencana ini boleh menyebabkan kehilangan nyawa manusia.

3. Pada pedapat anda, nyatakan peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat
untuk mengatasi masalah banjir.
( 4 markah )

Pada pendapat saya, peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat untuk
mengatasi masalah banjir ialah orang ramai tidak membuang sampah sarap di
dalam sungai. Selain itu, ahli masyarakat perlulah melaporkan kegiatan
pembalakan haram kepada pihak berkuasa.

LATIHAN 1
Bahagian A(i)
[ Masa yang dicadangkan : 40 minit ]
[ 20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang peranan pusat sumber sekolah. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan
ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Pusat sumber merupakan satu sistem yang tersusun dan berpusatkan


pelajar, fleksibel serta mempunyai pelbagai fungsi. Selain menjadi pusat sumber
kepada pelajar, prasarana itu turut mempunyai pelbagai fungsi dan peranan
yang tersendiri selari dengan kehendak penggunanya, khasnya guru dan pelajar.
Dalam pengajaran bahasa, pusat sumber berfungsi sebagai tempat untuk
merujuk kepada koleksi pemelajaran kendiri pelajar seperti buku.

Dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa, , seseorang


guru boleh memberi suatu tugasan, sama ada secara individu ataupun kumpulan
dan menyediakan sesuatu tajuk untuk dibincangkan. Dalam hal tersebut, pelajar
akan mendapatkan maklumat dengan memanfaatkan sumber yang ada di pusat
sumber untuk melaksanakan tugasan yang diberi.

Namun demikian, peranan pusat sumber amat berbeza. Peranan pusat


sumber bukanlah semata-mata untuk memberikan kemudahan pengajaran yang
utama, tetapi berfungsi memberikan bahan pemulihan atau sokongan kepada
kaedah pengajaran yang berlainan. Terdapat juga sesetengah pusat sumber
yang mengadakan pameran untuk merangsang minat pelajar terutama dalam
bidang bahasa. Guru dan pelajar yang menjadi ahli kelab bahasa dapat turut
serta dalam pameran tersebut. Selain pameran, aktiviti lain dapat juga dilakukan
dalam bentuk kuiz, permainan, soal jawab, perbincangan selaras dengan
fungsinya sebagai gedung ilmu.

Selanjutnya, pusat sumber boleh dijadikan sebagai pusat pengajaran dan


pembelajaran. Penukaran suasana ini, dapat membantu pelajar untuk
merangsang minat terhadap sesuatu persekitaran baharu dan berbeza. Jika
diamati, biasanya suasana pusat sumber jauh lebih kondusif berbanding bilik
darjah. Kadang kala di pusat sumber terdapat kemudahan seperti komputer,
projektor paparan hablur cecair dan televisyen. . Oleh itu, kewujudan pusat
sumber sekolah sedikit sebanyak membantu tugas guru dan pelajar dalam
aktiviti pengajaran dan pemelajaran mereka. Tuntasnya, peranan pusat sumber
hendaklah sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa sejajar dengan
kepentingannya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana


‘Peranan Pusat Sumber dalam Pengajaran Bahasa’ Pelita Bahasa, Mei 2009)
Bahagian A(ii): Pemahaman
[ 10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-solan yang berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud “ lebih kondusif ” [ 2 markah ]


2. Berdasarkan petikan, nyatakan kaedah yang boleh dilakukan oleh guru
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di pusat sumber?
[ 4 markah ]
3. Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh diambil untuk menarik
minat pelajar ke pusat sumber [ 4 markah ]

Cadangan Jawapan A (i).

1. Tempat untuk merujuk kepada koleksi pemelajaran kendiri pelajar


2. Pelajar akan mendapatkan maklumat dengan memanfaatkan sumber yang ada
di pusat sumber untuk melaksanakan tugasan yang diberi.
3. Berfungsi memberikan bahan pemulihan atau sokongan kepada kaedah
pengajaran yang berlainan
4. Mengadakan pameran untuk merangsang minat pelajar terutama dalam bidang
bahasa
5. Fungsinya sebagai gedung ilmu.
6. Pusat pengajaran dan pembelajaran
7. Merangsang minat terhadap sesuatu persekitaran baharu dan berbeza
8. Membantu tugas guru dan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pemelajaran
Cadangan Jawapan A (ii)

1. Maksud rangkai kata : sangat / amat / sungguh / paling


sesuai / baik / selesa

2. Tugasan secara individu atau kumpulan.


Menyediakan sesuatu tajuk untuk dibincangkan.

3. Mengadakan minggu pusat sumber.


Menyediakan kemudahan pusat sumber yang lebih selesa.
Mengadakan program membaca.

Nota: Pilih mana-mana dua jawapan di atas dan jawapan yang difikirkan sesuai.

LARIHAN 2

Bahagian A(i)
[ Masa yang dicadangkan : 40 minit ]
[ 20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang kebaikan-kebaikan industri pelancongan. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda
digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Malaysia terletak di garisan khatulistiwa yang mengalami iklim panas dan


lembap sepanjang tahun. Malaysia merupakan negara yang indah dan
mempunyai tempat-tempat menarik sesuai untuk dijadikan destinasi
pelancongan. Contoh tempat peranginan yang terdapat di Malaysia ialah Pulau
Sipadan, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Ketam. Di
pulau-pulau tersebut, terdapat banyak terumbu karang yang indah menanti para
pelancong. Di samping itu, tempat tersebut tenang dan selamat untuk aktiviti
sukan air seperti jet ski, perahu layar dan scuba.
Industri pelancongan ini banyak mendatangkan faedah kepada negara.
Antaranya dapat memajukan industri kraf tangan yang berkualiti untuk
dipasarkan bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara. Dengan
sokongan dan bantuan modal oleh kerajaan pula, industri pelancongan boleh
beroperasi dengan lebih meluas. Keadaan ini menarik pelabur asing untuk
membuat pelaburan di Malaysia dalam industri pelancongan. Secara tidak
langsung dapat menambahkan lagi pendapatan negara.

Selain itu, tempat-tempat yang menarik di Malaysia merupakan daya


tarikan kepada para pelancong asing. Kehadiran para pelancong boleh
memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ke serata
dunia. Di samping itu, industri ini juga memberi peluang pekerjaan terutamanya
kepada penduduk kampong. Misalnya industri kraf tangan di desa-desa
memberi pekerjaan kepada penduduk kampung mengusahakan hasil kraf seperti
bakul, rotan, dan tikar mengkuang. Seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup
masyarakat luar bandar. Selain itu, kedatangan pelancong juga menyebabkan
pusat-pusat penginapan berkembang dan hal ini dapat memajukan industri
perhotelan.

Oleh itu, rakyat Malaysia diseru supaya menyahut seruan kerajaan


dengan bersikap mesra dan berbudi bahasa kepada para pelancong seiring
dengan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita. Usaha kerajaan untuk
meningkatkan perkhidmatan pelancongan terutamanya dari segi pengurusan dan
penyediaan infrastruktur yang lebih baik secara tidak langsung memberi
keuntungan kepada masyarakat setempat.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana
“Faedah Industri Pelancongan” Dewan Siswa, Mei 2007)
Bahagian A(ii): Pemahaman
[ 10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-solan yang berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud “ mendatangkan faedah ” [ 2 markah ]


2. Berdasarkan petikan, nyatakan sebab-sebab Malaysia menjadi tempat
pelancong yang menarik? [ 4 markah ]
3. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk meningkatkan industri
pelancongan? [ 4 markah ]
Cadangan Jawapan A (i)

1. Dapat memajukan industri kraf tangan yang berkualiti untuk dipasarkan


2. Menarik pelabur asing untuk membuat pelaburan di Malaysia
3. Dapat menambahkan lagi pendapatan negara
4. Para pelancong boleh memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum ke serata dunia
5. Memberi peluang pekerjaan terutamanya kepada penduduk kampung
6. Dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar
7. menyebabkan pusat-pusat penginapan berkembang dan hal ini dapat
memajukan industri perhotelan
8. Perkhidmatan pelancongan terutamanya dari segi pengurusan dan penyediaan
infrastruktur yang lebih baik secara tidak langsung memberi keuntungan kepada
masyarakat setempat

Cadangan Jawapan A (ii)

1. Maksud rangkai kata mendatangkan faedah:


Memberikan / Membawa / menyebabkan / Mengakibatkan
Manfaat / kebaikan / kelebihan / kepentingan.

2. Sebab-sebab Malaysia menjadi tempat pelancongan:


Malaysia merupakan negara yang indah
mempunyai tempat-tempat menarik sesuai untuk dijadikan destinasi
pelancongan

3. Cara meningkatkan industri pelancongan:


Mengadakan promosi tentang keindahan negara Malaysia di luar negara
Meningkatkan kemudahan sedia ada di kawasan yang menjadi tumpuan
pelancongan.
Menambah papan tanda menuju ke kawasan pelancongan
Nota: Pilih mana-mana dua jawapan di atas dan jawapan yang difikirkan sesuai.

LATIHAN 3

Bahagian A( i )
[ Masa yang dicadangkan: 40 minit ]
[ 20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan
tentang faedah-faedah menguasai bahasa pertama . Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 Patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahasa pertama ialah bahasa yang diperoleh secara semula jadi sejak
seseorang Itu kecil lagi. Bahasa pertama terdiri daripada bahasa ibunda atau bahasa
lain yang diperoleh hasil pendedahan daripada bahasa yang dituturkan oleh keluarga
seseorang kanak-kanak itu. Menguasai bahasa pertama mempunyai pelbagai kelebihan.
Sejajar dengan itu, program sesuatu bahasa pertama tidak terlepas daripada
memberikan penekanan terhadap aspek kecekapan berbahasa dan pemahaman
tentang sistem bahasa. Di samping itu, tujuan menggunakan bahasa pertama adalah
untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan mengamalkan nilai hidup yang murni.

Penggunaan bahasa pertama juga membolehkan seseorang mengetahui unsur


budaya Melayu ketika mempelajari bahasa Melayu di sekolah. Hal ini sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia yang bertujuan melahirkan warganegara
yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Secara tidak langsung
akan mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu dan hidup harmoni.

Pada masa yang sama, penguasaan bahasa pertama juga dapat melengkapi
seseorang murid dengan aspek keterampilan berbahasa dan berkomunikasi. Hal ini
demikian kerana dengan menguasai bahasa pertama seseorang itu akan dapat
memenuhi keperluan diri, menjalin perhubungan sosial dan mengendalikan urusan
harian. Contohnya, dalam negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia penggunaan
bahasa pertama amat diperlukan. Di negara Korea, Jepun dan Rusia, penggunaan
bahasa pertama juga ditekankan sebagai bahasa untuk menguasai ilmu bagi
melebarkan ilmu pengetahuan moden.

Pada keseluruhannya , dengan menguasai bahasa pertama, seseorang itu dapat


mengungkapkan bahasa yang bermakna dan mempunyai kaitan rapat dengan pemikiran
seseorang. Tanpa bahasa seseorang tidak dapat memenuhi keperluan interaksi sesama
mereka. Malahan , penguasaan bahasa pertama juga dapat meningkatkan keupayaan
dan kecekapan komunikatif dalam kalangan murid. Keupayaan komunikatif merangkumi
keseluruhan fungsi bahasa yang meliputi komponen makna dan linguistik. Pelbagai
kajian menunjukkan bahawa seseorang kanak-kanak mampu mempelajari sesuatu
dengan lebih baik dalam bahasa ibundanya.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Faedah Menguasai


Bahasa Pertama’ ,Pelita Bahasa, Februari 2008)

Bahagian A ( ii ) : Pemahaman

[ 10 markah ]

Berdasarkan petikan Bahagian A ( i ) , jawab soalan-soalan yang berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.

1 Apakah maksud rangkai kata memenuhi keperluan ?


[2 markah]

2 Berdasarkan petikan, nyatakan dua aspek penguasaan bahasa yang perlu


diketengahkan pada murid-murid ?
[4 markah]

3 Pada pendapat anda , nyatakan cara-cara yang boleh dilakukan untuk


memantapkan penguasaan bahasa dalam kalangan murid ?
[4 markah]
Cadangan jawapan :
Bahagian A (i)

1. Menggunakan bahasa pertama adalah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan


mengamalkan nilai hidup yang murni.
2. Membolehkan seseorang mengetahui unsur budaya Melayu ketika mempelajari
bahasa Melayu di sekolah
3. Melengkapi seseorang murid dengan aspek keterampilan berbahasa dan
berkomunikasi
4. Dapat memenuhi keperluan diri, menjalin perhubungan sosial dan mengendalikan
urusan harian
5. Bahasa pertama juga ditekankan sebagai bahasa untuk menguasai ilmu bagi
melebarkan ilmu pengetahuan moden
6. Dapat mengungkapkan bahasa yang bermakna dan mempunyai kaitan rapat
dengan pemikiran seseorang
7. Penguasaan bahasa pertama juga dapat meningkatkan keupayaan dan kecekapan
komunikatif dalam kalangan murid
8. Mampu mempelajari sesuatu dengan lebih baik dalam bahasa ibundanya.

Bahagian A (ii)

1 Maksud rangkai kata


memenuhi : mengisi / menepati / menyempurnakan / menunaikan
Keperluan : kemestian/ kehendak/ kepentingan / hajat

2 Dua aspek penguasaan bahasa yang perlu diketengahkan oleh murid-murid


ialah aspek kecekapan berbahasa dan pemahaman tentang sistem bahasa
tersebut.

3 Cara-cara untuk memantapkan penguasaan bahasa pertama ialah


- peranan ibu bapa yang mampu bertutur dengan fasih ketika berinteraksi di
rumah dengan menggunakan bahasa pertama.
-Peranan pihak sekolah dalam meningkatkan kemahiran bahasa pertama
-Peranan media massa dalam memartabatkan bahasa pertama.
- Peranan kerajaan melalui kempen penggunaan bahasa pertama.
LATIHAN 4

Bahagian A ( i )
[ Masa yang dicadangkan : 40 minit ]
[ 20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan
tentang punca-punca merokok dalam kalangan remaja . Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Merokok merupakan perbuatan yang dikategorikan sebagai kesalahan utama di


dalam kawasan sekolah. Apakah nikmatnya ketika merokok? Adakah ilham datang
mencurah-curah atau asap rokok itu sebagai illusi yang membawa imaginasi jauh tanpa
sempadan? Berdasarkan pemerhatian didapati remaja sudah berani hendak merokok dan
membahayakan diri sendiri disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Jika mahu diri
mereka diterima dalam kalangan rakan sebaya, mereka haruslah mengikut perbuatan
yang dilakukan oleh rakan lain . Malah, ada juga dalam kalangan remaja yang melihat
seseorang yang merokok itu dianggap hebat oleh rakan mereka.

Banyak remaja mengetahui akan bahaya merokok. Mereka sedar tentang larangan
merokok dan hukuman yang akan diterima jika tertangkap di kawasan sekolah. Oleh
sebab itu, mereka tetap merokok sebagai tanda membantah peraturan tersebut. Mereka
tidak takut malah sengaja sebagai tanda protes pihak sekolah dan ibu bapa. Selain itu
tanggapan bahawa tabiat merokok sebagai tanda orang yang cepat dewasa telah
mendorong mereka untuk merokok.

Peribahasa bapa borek anak rintik menggambarkan pengaruh keluarga terhadap


gejala merokok dalam kalangan remaja. Mana tidaknya, anggota keluarga terdekat yang
merokok seperti ayah, abang dan kaum keluarga yang lain turut mendorong mereka untuk
merokok. Hal ini menyebabkan remaja menganggap bahawa merokok bukan perbuatan
yang salah. Ada juga sesetengah remaja beranggapan bahawa merokok sebagai trend
terkini. Tingkah laku ini membuktikan mereka sentiasa peka dengan aliran gaya terkini.

Kajian menunjukkan sebanyak 75 peratus punca pelajar merokok adalah untuk


mengelakkan tekanan termasuklah bebanan tugasan sekolah, harapan ibu bapa yang
terlalu tinggi, ditambah dengan naluri remaja yang mahu mencuba, tunjuk pandai dan
mahu bebas daripada kongkongan. Natijahnya ,kesan jangka panjang kepada perokok
adalah dari segi kesihatan terutamanya panyakit kanser dan berkaitan jantung. Malahan ,
gigi kuning berkarat , badan dan nafas berbau akibat banyak merokok.

( Dipetik dan diubah suai daripada ‘ Jangan Cuba-


cuba merokok’ ,Dewan siswa Jun 2007)

Bahagian A ( ii ) : Pemahaman

[ 10 markah ]

Berdasarkan petikan Bahagian A ( i ) , jawab soalan-soalan yang berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.

1 Apakah maksud rangkai kata imaginasi menerawang ?


[2 markah]

2 Berdasarkan petikan, nyatakan kesan-kesan merokok dalam kalangan perokok


tegar ?
[4 markah]

3 Pada pendapat anda , mengapakah kita perlu mencegah remaja daripada gejala
merokok ?
[4 markah]

Cadangan jawapan :

Bahagian A (i):

Punca-punca merokok dalam kalangan remaja,

1 Pengaruh rakan sebaya


2 Ada juga dalam kalangan remaja yang melihat seseorang yang merokok itu
dianggap hebat oleh rakan mereka.
3 Mereka tetap merokok sebagai tanda membantah peraturan tersebut
4 Tanggapan bahawa tabiat merokok sebagai tanda orang yang cepat dewasa
telah mendorong mereka untuk merokok
5 Pengaruh keluarga terhadap gejala merokok dalam kalangan remaja
6 Remaja menganggap bahawa merokok bukan perbuatan yang salah
7 Remaja beranggapan bahawa merokok sebagai trend terkini
8 Pelajar merokok adalah untuk mengelakkan tekanan

Bahagian A (ii)
1 Maksud rangkaikata membawa imaginasi:
membawa : mendatangkan / mengakibatkan / menyebabkan / melibatkan
imaginasi : daya khayalan / angan-angan / gambaran

2 Dua kesan merokok ialah:


- menghadapi masalah kesihatan seperti sakit kanser dan
- sakit jantung
- badan berbau ,
- nafas berbau
- gigi kuning berkarat
Nota: Pilih mana-mana empat daripada jawapan di atas.

3 Remaja perlu dicegah daripada merokok kerana

1. memperlihatkan tingkah laku yang baik dan berakhlak mulia


2. memperlihatkan disiplin diri yang utuh dan kental
3. menghindarkan diri daipada gejala social yang lain dan terdorong kepada
gejala dadah akhirnya.
4. mengamalkan gaya hidup sihat.

Nota: Jawapan lain yang bersesuaian dan relevan dengan soalan.

LATIHAN 5

Bahagian A(i)
(Masa dicadangkan : 30 Minit)
(Markah 20)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan
tentan g punca-punca pencemaran air . Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Air merupakan sumber semula jadi yang sangat penting bagi hidupan di muka
bumi ini. Manusia merupakan pengguna air yang paling utama , maka tidak hairanlah
juga menjadi penyumbang masalah pencemaran air. Pencemaran air diklasifikasi
kepada dua jenis iaitu sumber yang disalurkan terus kepada sumber air dan
pencemaran yang berlaku daripada perubahan alam sekitar .

Aktiviti pertanian sama ada yang berskala kecil mahupun bersekala besar
berperanan menyebabkan berlakunya pencemaran air. Pembukaan dan penerokaan
tanah menyebabkan hakisan tanah seterusnya mencemarkan air sungai kesan
daripada bahan-bahan terampai dan keladak yang dibawa ke dalam sungai. Keadaan ini
menjadi serius apabila berlakunya penerokaan hutan secara haram untuk kegiatan
pertanian. Menurut Jabatan Alam Sekitar, aktiviti pembukaan tanah menjadi penyebab
utama pencemaran di 31 lembangan sungai seluruh negara. Selain itu, penggunaan
racun serangga dan baja kimia yang tidak diserap oleh tumbuhan akan meresap dan
mengalir ke sungai. Hal Ini berlaku akibat kerakusan tangan manusia tanpa memikirkan
kesan sebaliknya.

Di Malaysia masalah pencemaran air yang disebabkan aktiviti perternakan


memang sukar dikawal. Contohnya sisa air mandian babi mempunyai kandungan zink
dan amoniakal nitrogen yang sangat tinggi, dan memberi kesan kepada pencemaran
air. Sikap masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai memburukkan lagi
keadaan ini. Dianggarkan bahawa tidak kurang satu juta kilogram sisa buangan dibuang
ke dalam sungai setiap hari. Pertambahan pusat pelupusan sampah secara haram
seperti yang berlaku di Selangor dan Putrajaya menjadi bukti yang jelas kesan
pencemaran air akibat pembuangan sampah yang tidak terurus.

Sikap lepas tangan penguasa kilang mengalirkan sisa buangan yang tidak
dirawat terus ke dalam sungai menjadikan air tidak selamat untuk digunakan. Hal ini
adalah disebabkan sisa buangan industri yang mengandungi bahan keluli jika tidak
dirawat dengan betul akan mencemarkan air dan berbahaya untuk manusia. Dalam
masa yang sama juga terdapat pengusaha kilang perindustrian yang gagal mematuhi
peraturan Kualiti Persekitaran 1979 Jabatan Alam Sekitar.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Air : Bersyukurkah kita”


Dewan siswa April 2009 )

Bahagian A(ii)
(Masa dicadangkan : Minit)
(Markah 10)

1. Apakah maksud penyumbang masalah dalam petikan tersebut? [ 2 markah ]

2. Nyatakan kategori pencemaran air yang berlaku di negara kita ? [ 4 markah ]

3. Pada pedapat anda, nyatakan peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat
untuk mengatasi pencemaran air. [ 4 markah ]
Cadangan Jawapan:
Bahagian A (i)
1. Aktiviti pertanian sama ada yang berskala kecil mahupun bersekala besar
berperanan menyebabkan berlakunya pencemaran air
2. Keadaan ini menjadi serius apabila berlakunya penerokaan hutan secara haram
untuk kegiatan pertanian
3. penggunaan racun serangga dan baja kimia yang tidak diserap oleh tumbuhan
akan meresap dan mengalir ke sungai
4. masalah pencemaran air yang disebabkan aktiviti perternakan memang sukar
dikawal
5. Sikap masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai memburukkan lagi
keadaan ini
6. Pertambahan pusat pelupusan sampah secara haram seperti yang berlaku di
Selangor dan Putrajaya menjadi bukti yang jelas kesan pencemaran air akibat
pembuangan sampah yang tidak terurus
7. Sikap lepas tangan penguasa kilang mengalirkan sisa buangan yang tidak
dirawat terus ke dalam sungai menjadikan air tidak selamat untuk digunakan
8. Dalam masa yang sama juga terdapat pengusaha kilang perindustrian yang
gagal mematuhi peraturan Kualiti Persekitaran 1979 Jabatan Alam Sekitar

Bahagian A (ii)
1. Maksud rangkai kata:
penyumbang : pemberi / pembantu / penyebab
masalah : perkara / isu / kes / hal
2. Kategori pencemaran air di negara kita ialah:
- sumber yang disalurkan terus kepada sumber air
- pencemaran yang berlaku daripada perubahan alam sekitar
3. Peranan masyarakat:
- Melaporkan aktiviti pencemaran yang dilakukan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab kepada pihak berkuasa.
- Mengadakan kempen tentang cintai alam sekitar.
- Mengadakan gotong-royong membersihkan sungai yang tercemar.

Nota: Terima mana-mana jawapan lain yang sesuai.


LATIHAN 6

Bahagian A(i)
(Masa dicadangkan : 30 Minit)
(Markah 20)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan
tentang kebaikan Majlis Rumah Terbuka . Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Tanggal 22 Disember 2001 merupakan detik sejarah yang paling berharga buat
rakyat Malaysia kerana pada hari tersebut Majlis Rumah terbuka Malaysia pertama telah
diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Konsep Rumah Terbuka Malaysia
dianggap unik sekali kerana tidak diamalkan di kebanyakan negara lain. Selain itu,
masyarakat negara Malaysia yang berlainan bangsa akan turut sama-sama merayakan
Majlis Rumah Terbuka Malaysia.
Penganjuran rumah terbuka ini adalah berasaskan semangat untuk
mengekalkan satu matlamat memupuk perpaduan pelbagai kaum. Perayaan yang akan
diadakan bukannya berbentuk keagamaan yang menyentuh prinsip agama lain.
Malahan, menyerahkan kebebasan beragama di negara kita. Rumah tebuka juga
bukanlah sekadar program makan-makan, sebaliknya yang lebih penting perayaan
tersebut merupakan wadah mengeratkan persefahaman antara pelbagai kaum di negara
ini.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya menegaskan, program
perayaan rumah terbuka akan diteruskan kerana majlis tersebut merupakan warisan
budaya yang akhirnya membawa kepada pembangunan dan kemajuan negara. Beliau
juga mengharapkan perayaan kongsi raya akan diteruskan dan tidak lagi dijadikan
polemik yang berpanjangan. Menurut beliau juga, Majlis Rumah terbuka biasanya akan
dihadiri oleh pelancong dari negara luar seperti Jepun, Itali dan Perancis. Dengan kata
lain industri pelancongan di Malaysia akan mendapat sambutan daripada penduduk
tempatan dan luar negara. Secara tidak langsung, akan mengharumkan nama Malaysia
di Persada antarabangsa. Dalam masa yang sama pula, amalan ini dapat merintis jalan
untuk menjalin hubungan harmoni dengan negara jiran.
Pendapat yang mengatakan bahawa sambutan perayaan yang diadakan secara
besar-besaran ini merupakan suatu pembaziran adalah satu tanggapan yang tidak
berasas sama sekali. Amalan rumah terbuka ini sebenarnya dapat memupuk kesedaran
dalam kalangan rakyat Malaysia betapa perasaan saling mempercayai harus
dipertahankan demi kesejehteraan negara. Hal ini demikian kerana keharmonian antara
kaum adalah kunci kejayaan bangsa Malaysia dari dahulu dan hari-hari mendatang.
Selain itu, program ini juga diharapkan dapat mewujudkan suatu budaya kebangsaan
kepada negara. .Oleh itu, jelaslah menunjukkan bahawa Majlis Rumah Terbuka ini
merupakan komitmen kerajaan pusat terhadap perayaan-perayaan kaum sebagai asas
kepada perayaan nasional.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Rumah Terbuka Malaysia”
Dewan siswa Disember 2006 )

Bahagian A(ii)
(Masa dicadangkan : 40 Minit)
(Markah 10)

1. Apakah maksud kunci kejayaan dalam petikan tersebut? [ 2 markah ]

2. Mengapakah Majlis Rumah Terbuka di negara ini dianggap unik ? [ 4 markah ]

3. Pada pedapat anda, nyatakan cara-cara untuk memupuk semangat perpaduan


dalam kalangan pendudk di Malaysia? [ 4 markah ]
Cadangan Jawapan:
Bahagian A (i):
1. Penganjuran rumah terbuka ini adalah berasaskan semangat untuk
mengekalkan satu matlamat memupuk perpaduan pelbagai kaum
2. menyerahkan kebebasan beragama di negara kita
3. merupakan wadah mengeratkan persefahaman antara pelbagai kaum di negara
ini.
4. merupakan warisan budaya yang akhirnya membawa kepada pembangunan dan
kemajuan negara
5. industri pelancongan di Malaysia akan mendapat sambutan daripada penduduk
tempatan dan luar negara
6. Dalam masa yang sama pula, amalan ini dapat merintis jalan untuk menjalin
hubungan harmoni dengan negara jiran.
7. memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia betapa perasaan saling
mempercayai harus dipertahankan demi kesejehteraan negara
8. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat mewujudkan suatu budaya
kebangsaan kepada negara

Bahagian A (ii)
1. Maksud rangkai kata:
kunci : punca / sebab / punca
kejayaan : kemenangan / hasil

2. Majlis Rumah Terbuka dianggap istimewa:


- Tidak diamalkan di kebanyakan negara lain.
- Masyarakat negara yang berlainan bangsa turut menyertai perayaan
rumah terbuka.

3. Cara-cara untuk memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia:


- Menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa komunikasi.
- Menanamkan semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa.
- Mengadakan kempen tentang kepentingan semangat perpaduan
menerusi media massa.
Nota: Terima mana-mana jawapan lain yang difikirkan sesuai.

You might also like