You are on page 1of 15

Falsafah Barat Aspek Falsafah Islam

• Pendidikan itu hanya Konsep • Pendidikan mempunyai


sebagai satu proses Pendidikan konsep dan pengertian yang
melatih akal, jasmani lebih syumul dimana ia
dan moral yang mengambil kira aspek
membentuk seseorang kerohanian.
untuk menjadi insan
dan warganegara yang
baik.

 Menurut aliran Matlamat  Mendidik murid supaya


Progresivisme berakhlak mulia
 Mendidik roh supaya halus
-Menghasilkan individu yang dan sempurna
sedia menghadapi perubahan  Mengasuh murid melakukan
dalam kehidupan seharian. yang yang baik, terhormat
dan mulia
 Membiasakan diri murid
dengan adab-adab yang
mulia
 Membiasakan murid dengan
kebersihan, kesucian dan
keikhlasan serta amalan-
amalan yang mulia.

 Hanya tertumpu pada Bidang  Akidah


kurikulum, peranan  Ibadah
guru, kaedah  Keterampilan
mengajar, dan peranan  Kepemimpinan
murid.

 Menurut aliran Jenis Kurikulum  Al-imaniyah (pendidikan


Rekonstruktivisme iman)
 Al-Khuluqiyah (pendidikan
-Bidang sains sosial akhlak)
 Al-jismiyah (pendidikan
jasmani)
 Al-aqiliyah (pendidikan
mental)
 Al-nafsiyah (pendidikan jiwa)
 Al-ijlimaiyah (pendidikan
social)
 Al-jinisiyah (pendidikan seks)

 Tiada kategori ilmu Kategori ilmu  Ilmu wahyu


 Ilmu akhirat

 Boleh dibahagikan Jenis Falsafah  Boleh dilihat dari dua sudut


kepada dua jenis
-Falsafah Teori
-Tradisional -Falsafah Amalan
-Moden
Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, terdapat 6 banding beza yang
terdapat pada Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Barat. Perbezaan
yang pertama ialah dari segi konsep pendidikan. Falsafah Pendidikan Islam
menyatakan bahawa pendidikan mempunyai konsep dan pengertian yang lebih syumul
dimana ia mengambil kira aspek kerohanian. Falsafah Pendidikan Barat pula
mengatakan bahawa pendidikan itu hanya sebagai satu proses melatih akal, jasmani
dan moral yang membentuk seseorang untuk menjadi insan dan warganegara yang
baik. Jelas sekali dapat dilihat perbezaan konsep daripada kedua-dua falsafah
ini.Falsafah Pendidikan Islam lebih menekankan aspek kerohanian manakala Falsafah
Pendidikan Barat pula lebih menekankan aspek jasmani atau luaran seseorang individu
itu sahaja.

Perbezaan yang kedua yang dapat dilihat ialah dari segi matlamat falsafah itu
sendiri. Matlamat Falsafah Pendidikan Islam lebih kepada membentuk jati diri murid
tersebut seperti mendidik agar berakhlak mulia, sentiasa melakukan kebaikan, menjaga
adab dan sebagainya. Manakala Falsafah Pendidikan Barat pula melalui aliran
Progresivisme bermatlamat untuk menghasilkan individu yang bersedia menghadapi
perubahan.

Perbezaan yang ketiga ialah dari segi bidang. Falsafah Pendidikan Islam
mempunyai bidang pendidikan yang merangkumi akidah, ibadah, keterampilan dan juga
kepemimpinan. Falsafah Pendidikan Barat pula tidak mempunyai bidang yang
menyeluruh yakni tertumpu hanya pada kurikulum, kaedah mengajar, peranan guru dan
juga peranan murid.

Perbezaan yang keempat pula ialah dari aspek jenis kurikulum. Falsafah
Pendidikan Islam mempunyai kurikulum yang menyeluruh iaitu pendidikan iman,
pendidikan akhlak, pendidikan jasmani, pendidikan mental, pendidikan jiwa, pendidikan
sosial dan juga pendidikan seks. Falsafah Pendidikan Barat pula melalui aliran
Rekonstruktivisme hanya menekankan pada bidang sains sosial.
Perbezaan yang kelima ialah kategori ilmu. Falsafah Pendidikan Islam
mempunyai dua kategori ilmu iaitu Ilmu Wahyu dan juga Ilmu Akhirat. Manakala
Falsafah Pendidikan Barat pula tidak mempunyai kategori ilmu.

Perbezaan yang keenam iaitu yang terakhir ialah perbezaan dari aspek jenis
falsafah. Falsafah Pendidikan Islam boleh dilihat dari dua sudut iaitu Falsafah Teori dan
juga Falsafah Amalan. Manakala Falsafah Pendidikan Barat pula dapat dibahagikan
kepada dua jenis iaitu tradisional dan moden.

Walaupun terdapat enam perbezaan di antara kedua-dua falsafah ini, namun


terdapat juga satu persamaan yang telah dikenalpasti iaitu kaedah pengajarannya yang
mengikut peringkat umur.Kesimpulannya, kedua-dua falsafah ini mempunyai kebaikan
dan kelemahan yang tersendiri.
PENDAHULUAN

Menurut Mok Soon Sang (2009), istilah falsafah berasal daripada dua perkataan
Yunani iaitu philos yang bermaksud mencintai dan sophia yang bermaksud
kebijaksaan. Dengan berpandukan kepada dua perkataan Yunani ini, istilah falsafah
boleh dieertikan sebagai perihal mencintai kebijaksaan.

Falsafah, dalam zaman Yunani dan selepas beberapa kurunnya, merangkumi


bidang yang amat luas, termasuk perkara-perkara seperti sains, matematik, teologi,
psikologi, sosiologi, dan ekonomi. Secara khususnya, falsafah melibatkan diri terhadap
kajian tentang ilmu, alam nyata, fitrah manusia, dan masyarakat. Ini adalah kerana tidak
kurang ramai ahli falsafah berpendapat bahawa falsafah boleh membawa kemajuan
manusia melalui usaha mencari ilmu dunia.

Pendidikan mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan


dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani
manusia. Pendidikan adalah salah satu dari institusi yang dipertanggungjawabkan
untuk menyediakan generasi masa hadapan. Sudah tentulah sistem pendidikan itu
mesti dirancang dengan teliti supaya sesuai dan munasabah dalam menghadapi segala
kemungkinan dan cabaran dewasa ini. (Ibrahim Saad, 1989)

Pada asasnya konsep falsafah pendidikan adalah berbeza dengan konsep


falsafah dan pendidikan. Secara ringkasnya, falsafah pendidikan merupakan konsep
filososfikal dalam pendidikan, yang berkait rapat dengan pendekatan falsafah yang
digunakan untuk membina teori pendidikan berdasarkan masalah atau isu pendidikan di
bawah kajian.

Falsafah juga boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar,
rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian
ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah
mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk
perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Berdasarkan huraian tersebut, falsafah
pendidikan boleh dieertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap
perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan.
FALSAFAH PILIHAN

Falsafah yang telah dipilih oleh pengkaji untuk dilaksanakan di sekolah ialah
Falsafah Pendidikan Islam serta aliran Rekonstruktivisme dan Progresivisme dalam
Falsafah Pendidikan Barat.

Falsafah Pendidikan Islam pada amnya adalah berasaskan ajaran al-Quran.


Mengikut Hassan Langgung (1979), perkara-perkara yang menjadi dasar pendidikan
Islam ialah keesaan Tuhan (Tauhid), kepercayaan pesuruh-pesuruhNya, kepercayaan
kepada wahyu-wahyu Tuhan kepada Nabi-nabi, manusia mempunyai potensi dalam
perkembangan moral dan kerohanian, setiap individu bertanggungjawab terhadap
tindakan sendiri, kehidupan keduniaan dan akhirat serta persamaan dan persaudaraan
sejagat di antara semua umat Islam.

Menurut Syed Muhammad Al-Naquib Al-Attas, ilmu Islam masa kini merangkumi
dua disiplin yang utama iaitu, disiplin agama dan disiplin kognitif. Disiplin
membincangkan ajaran al-Quran, teologi, metafizik, bahasa Arab dan sastera.
Manakala disiplin kognitif membincangkan tentang kemanusiaan, alam sekitar, sains
gunaan dan teknologi.

Oleh sebab falsafah pendidikan Islam berasaskan daripada ajaran al-Quran,


maka kurikulum pendidikan Islam pula merujuk kepada ajaran al-Quran sebagai
pengajian utama diikuti dengan bahasa Arab sebagai media pengantar. Pendidikan
Islam juga menyepadukan pendidikan ilmu keduniaan dengan ilmu akhirat.

Rajah 1 berikut mengilustrasikan perhubungan potensi manusia, ilmu dan


kurikulum berdasarkan falsafah pendidikan Islam.
Aliran Progresivisme dan Rekonstruktivisme yang telah dipilih oleh pengkaji
merupakan aliran yang terdapat dalam falsafah pendidikan moden Barat. Aliran
Progresivisme berasas daripada falsafah naturalisme dan pragmatisme. Falsafah
naturalisme adalah dipelopori oleh Jean J. Rousseau (1712-1778 : Perancis), Heinrich
Pestalozzi (Bangsa Swiss : 1746-1827) dan Friedrich Froebel (Bangsa Jerman : 1782-
1852), semasa zaman Reformasi di antara tahun 1712-1860. Manakala pragmatisme
adalah dipelopori oleh John Dewey (1859-1952), William H. Kilpatrick (1871-1965),
Boyd H. Bode (1873-1953), dan Harold V. Rugg (1886-1960) dari Amerika Syarikat.

Rekonstruktivisme pula merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan


daripada aliran fahaman progresivisme dan menjadi satu falsafah sendiri. Pelopor
utama aliran ini ialah George S. Counts (1899-1974) dan Harold O. Rugg (1886-1960).
Kedua-duanya adalah penyokong pragmatisme John Dewey.
JUSTIFIKASI PEMILIHAN FALSAFAH

Tujuan pengkaji memilih falsafah-falsafah tersebut untuk dilaksanakan di sekolah


ialah kerana falsafah tersebut mempunyai ciri-ciri ideal yang perlu dan patut di
laksanakan di negara Malaysia.

Falsafah pendidikan Islam sangat sesuai dilaksanakan kerana falsafah ini


berasaskan ajaran al-Quran. Mengikut ajaran al-Quran, Allah S.W.T mengurniakan
manusia kuasa, dan menurut kehendakNya, melindungi dunia serta membangunkannya
menjadi makmur dan maju jaya. Seperti Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 72
yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit


dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya
dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka
persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan
yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan
manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara
yang tidak patut dikerjakan.”

Maka, Allah S.W.T mengurniakan manusia sebuah kitab iaitu al-Quran untuk
dijadikan pedoman dan panduan hidup kerana kandungan al-Quran adalah lengkap dan
menyeluruh merangkumi semua aspek kehidupan manusia di dunia dan akhirat.

Selain itu, falsafah pendidikan Islam itu sendiri mencakupi bidang-bidang


pendidikan Islam yang sangat luas dan menyeluruh. Antara bidang tersebut ialah Al-
Imaniyah (Pendidikan Iman), Al-Khuluqiyah (Pendidikan Akhlak), Al-Jismiyah
(Pendidikan Jasmani), Al-Aqiliyah (Pendidikan Mental), Al-Nafsiyah (Pendidikan Jiwa),
Al-Ijlimaiyah (Pendidikan Sosial) dan Al-Jinisiyah (Pendidikan Seks). Bidang-bidang ini
sangat menyeluruh kerana ia telah merangkumi aspek rohani dan jasmani. Oleh itu,
boleh dikatakan bahawa pendidikan Islam merupakan satu proses yang berterusan
untuk mengubah, melatih, mendidik akal, jasmani, dan rohani insan.
Pendidikan Islam yang berteraskan aqidah, syariah dan akhlak dalam operasinya
yang sepadu, menonjolkan kesan yang positif bagi melahirkan generasi Muslim Kamil
dalam semua aspek, sama ada dari segi rohani mahupun jasmani. Dakwah Rasullullah
S.A.W selama 23 tahun di Mekah dan Madinah yang berteraskan tiga asas tersebut
berjaya menghasilkan masyarakat Islam yang berilmu, beriman dan bertakwa.

Melalui penerapan nilai-nilai Islam juga, gejala sosial dapat dikurangkan. Contoh
yang boleh kita ambil ialah apabila murid telah mempelajari tentang iman, akhlak dan
sosial,murid itu pastinya dapat membezakan antara baik buruknya sesuatu perkara itu.
Oleh itu,murid tersebut tidak akan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh
agamanya sendiri. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi
Ibrahim telah menyatakan bahawa seramai 17,303 anak luar nikah Melayu telah
didaftarkan di seluruh Negara sepanjang tahun 2009 seperti yang dilaporkan oleh
akhbar Berita harian bertarikh 21hb Mac 2010. Menurut beliau lagi, bilangan itu
meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Kenyataan ini jelas menunjukkan
bahawa kes ini tidak boleh dipandang ringan.

Berdasarkan huraian di atas, jelas sekali dapat dilihat bahawa falsafah


pendidikan Islam itu mampu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial melalui pembelajaran yang berteraskan al-Quran.Insan
yang seimbang dari segala aspek sudah tentu mampu melahirkan masyarakat yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.

Aliran Progresivisme yang berasaskan falsafah naturalisme dan pragmatisme


juga sesuai dilaksanakan dalam system pendidikan kerana ia menegaskan bahawa
kedudukan orang dewasa dan kanak-kanak adalah berlainan. Oleh itu, di dalam aspek
pendidikan kedua-dua kumpulan mereka hendaklah dipandang berlainan. Kanak-kanak
akan menjadi mangsa sekiranya mereka dipaksa belajar mengikut pendidikan orang
dewasa. Imam al-Ghazali juga menyarankan supaya pengajar atau pendidik
menyampaikan pelajaran menurut kadar kefahaman dan peringkat pencapaian akal
fikiran pelajar-pelajar. Untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, mereka mesti mampu
memahami setiap perkara yang diajarkan kepada mereka.
Selain itu, cara yang ditekankan oleh aliran ini yang berkesan untuk memperoleh
ilmu pengetahuan ialah menggunakan kaedah penyelesaian masalah. Usaha mencari
penyelesaian sesuatu masalah dilahirkan daripada keperluan dan minat. Dengan
menggunakan kaedah penyelesaian masalah, pelajaran akan menjadi lebih mudah,
lebih menarik dan lebih bermakna kerana pelajaran adalah dirancang mengikut
keperluan dan minat pelajar. Melalui kaedah ini, murid dapat dilatih untuk berfikir secara
kritis dan kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam bidang pendidikannya.

Konsep progresivisme ialah manusia berupaya menyesuaikan diri mengikut


perubahan arus perdana. Manusia sangat perlu untuk berupaya menyesuaikan diri
dengan perubahan kerana sesuatu perubahan yang berlaku itu mungkin mendatangkan
kebaikan dan keburukan.Contohnya, dalam dunia serba moden ini, pembelajaran tidak
lagi menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ sebaliknya digantikan dengan kaedah
penggunaan ICT. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer,
penggunaannya adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat
yang digunakan bagi memindahkan maklumat tersebut kepada ilmu pengetahuan yang
bermakna serta bermanfaat. Teks isi pelajaran yang panjang boleh diringkaskan atau
dipersembahkan semula menggunakan media-media yang lebih menarik dan bersifat
lebih dinamik dan menyeronokkan.

Selain itu, aliran progresivisme ini memberi tumpuan kepada kurikulum yang
memberi kebebasan kepada murid untuk memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari.
Allah mengurniakan manusia akal dan berbagai-bagai dorongan supaya manusia
dapat, dengan usahanya sendiri, mencuba dan meneroka segala kemungkinan. (M.M.
Shariff : 1994). Oleh itu, murid tersebut tidak akan berasa terpaksa melakukan sesuatu
yang tidak diminatinya. Contohnya, seandainya murid tersebut bijak dalam bidang
Tauhid, tanggungjawab guru adalah untuk membimbing dan mengajar murid itu untuk
mendalami lagi bidang tersebut.

Guru juga bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang


kondusif, mengemukakan soalan yang merangsang pemikiran anak muridnya dan
membimbing minat mereka kearah yang produktif. Dengan cara ini juga, potensi murid
tersebut dapat digilap dan di perkembangkan lagi untuk memajukan dirinya,agamanya,
bangsanya dan juga negaranya sendiri.

Selain itu, aliran ini menjadi pilihan pengkaji kerana menggunakan kaedah
pengajaran induktif. Melalui pendekatan ini, murid-murid diberi peluang untuk
memikirkan penjelasan bagi isu-isu pendidikan yan timbul serta meningkatkan
pemahaman mereka mengenai fenomena yang berlaku dalam persekitaran mereka
yang sentiasa berubah-ubah.

Selain itu, kaedah pengajaran yang disyorkan juga sangat bersesuaian iaitu
pengajaran kemahiran menyelesaikan masalah yang menggunakan pendekatan
induktif. Oleh itu, pendidikan formal yang mengutamakan kaedah hafalan tidak
digalakkan sama sekali. Kerja makmal dan eksperimen yang menyediakan peluang
untuk penerokaan alam sekeliling adalah digalakkan. Kaedah pengalaman langsung
dengan persekitaran juga digunakan. Contohnya kerja lapangan dan lawatan ke
tempat-tempat tertentu agar membantu murid-murid mengaitkan pembelajaran dengan
isu-isu social, politikal dan ekonomi.

Dalam pada itu, aliran rekonstruktivisme juga menjadi pilihan pengkaji. Hal ini
kerana aliran ini berpegang kepada konsep bahawa sekolah merupakan landasan yang
amat sesuai di mana suatu masyarakat baru boleh dibentuk. Jadi, guru boleh
menjadikan sekolah itu sebagai platform untuk membentuk murid yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Melalui cara ini, pelbagai masalah sosial
dapat di banteras melalui penerapan nilai-nilai murni dalam diri seseorang pelajar
tersebut. Masalah sosial seringkali menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat
dan tindakan segera harus di ambil untuk membendung masalah ini.

Selain itu, kaedah pengajaran yang digunakan ialah kaedah berpusatkan murid
di mana murid-murid di ajar kemahiran menyelesaikan masalah melalui aktiviti,
sumbangsaran, main peranan dan juga simulasi. Kaedah ini amat sesuai digunakan
kerana murid dan guru sama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Melalui kaedah ini, guru dapat mengenal pasti sejauh mana tahap
kefahaman seseorang murid itu dalam proses pembelajarannya.
Berdasarkan kaedah mengajar yang digunakan oleh guru, murid-murid perlu
mengambil bahagian yang aktif agar dapat mencapai matlamat pendidikan sepertimana
yang telah dinyatakan. Mereka hendaklah berani untuk mencuba serta sanggup
mengubah paradigma masing-masing. Melalui kaedah ini juga, keyakinan diri
seseorang murid itu dapat dipupuk.
Konsep 1Malaysia

Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak ialah:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita
mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam
negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum
Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi
pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok
etnik yang kita amalkan sejak sekian lama.”

Secara tuntasnya, melalui konsep 1Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan


setiap wakil rakyat daripada bertindak melepasi kaum masing-masing dan melebarkan
khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Perdana Menteri dalam konsep
1Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan
fikiran dantindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai
tersebut ialah budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan,
meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pendidikan termasuk dalam nilai-nilai yang
mahu diterapkan dalam konsep 1Malaysia. Hal ini kerana pendidikan dan pengetahuan
adalah prasyarat yang penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan.
Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya
memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk
sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu untuk
sepanjang hayat.

Sejajar dengan falsafah pendidikan Islam yang telah dipilih oleh pengkaji, amat
jelaslah bahawa falsafah tersebut mempunyai kesinambungan dengan konsep
1Malaysia yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri. Contoh yang dapat kita lihat ialah
Islam menekankan sikap saling menghormati agama dan budaya kaum lain. Melalui
penerapan nilai ini, maka pelajar-pelajar akan dapat mengetahui dan memahami erti
sebuah penghormatan. Apabila mereka tahu untuk menghormati agama dan budaya
sesuatu kaum, secara tidak langsung ini dapat memupuk perpaduan di kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum.

Selain itu, Islam menggalakkan umatnya mengamalkan sikap patriotisme dalam


diri masing-masing. Sikap patriotisme juga mempunyai hubung kait yang rapat dengan
sifat cintakan negara dan tanah air. Rasullullah S.A.W juga pernah bersabda di dalam
sebuah hadis yang membawa maksud, “Cinta kepada negara adalah sebahagian
daripada iman.” Ini dapat dibuktikan melalui Firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 60
yang bermaksud:

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala


jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang
lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu mush Allah dan musuh
kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya;
sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah
akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”

Ayat ini dengan jelas memfokuskan kepada usaha untuk mempertahankan diri
dan negara dari segala bentuk serangan dan ancaman yang bakal dibawa oleh pihak
musuh. Melalui penerapan sikap patriotisme dalam diri setiap pelajar, mereka akan
belajar untuk cinta dan sayang akan negara serta akan mendorong mereka untuk
berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memajukan dan memimpin negara pada masa
hadapan.

Seterusnya, konsep pendidikan untuk semua yang amat sinonim dengan aliran
progresivisme yang telah dikemukakan tadi. Aliran ini menegaskan bahawa pelajar
mempunyai kuasa untuk menentukan mata pelajaran yang hendak dipelajari dengan
mendapat bimbingan seorang guru untuk membantu perkembangan potensi pelajar
dengan lebih pesat. Misalnya, seorang pelajar berbangsa Cina atau India mengambil
keputusan untuk mempelajari mata pelajaran Tasawwur Islam dan begitu juga dengan
pelajar Melayu yang begitu berminat untuk mempelajari bahasa Mandarin. Ini
membuktikan bahawa pendidikan dapat merentasi jurang dan sempadan kaum tanpa
mengambil kira soal agama dan budaya masing-masing.

Di samping itu, budaya inovasi yang merupakan satu daripada nilai-nilai aspirasi
1Malaysia dapat diserapkan kepada diri setiap pelajar melalui aliran Rekonstruktivisme
yang dipilih. Budaya inovasi merujuk kepada kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia
untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi.
Aliran Rekonstruktivisme menggalakkan pendekatan induktif yang mana pengajaran
dan pembelajaran (P&P) berlaku secara dua hala. Hal ini bermaksud pelajar juga
berhak untuk menyuarakan pendapat dan idea mereka sewaktu di sekolah. Melalui
pendekatan ini, bukan guru sahaja yang perlu membuat inovasi dalam P&P malahan
pelajar juga boleh turut menyumbang idea-idea yang bernas untuk meningkatkan lagi
kualiti P&P dalam sesebuah sekolah.

You might also like