P. 1
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

|Views: 1,506|Likes:
Published by Muhamad Hisyam

More info:

Published by: Muhamad Hisyam on Mar 28, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/25/2013

pdf

text

original

PAKAIAN TRADISIONAL ETNIK

BAJU KURUNG TELUK BELANGA

Baju kurung Teluk Belanga juga lebih dikenali sebagai baju kurung atau baju kurung Johor. Baju ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita. Dari segi sejarahnya, baju ini mula dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura pada sekitar tahun 1800-an. Justeru itulah ia dipanggil Baju Kurung Teluk Belanga dan ia juga merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu Johor. Sejak itu pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Baju kurung merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia dan banyak dipakai dalam majlis-majlis rasmi.

a) Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas punggung. Pada masa dahulu. alas lehernya lebar dan mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri. iaitu sehelai kain sarung yang pada asalnya digunakan sebagai kain kelubung untuk menudung kepala dan berlindung dari cahaya matahari apabila keluar berjalan. wanita Johor memadankan baju kurung dengan kain dagang luar. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang apabila dipakai dengan baju kurung ini. baju kurung pada hari ini tidak lagi dipakai dengan kain-kain tradisional sebegini yang lazimnya hanya digunakan oleh masyarakat Melayu zaman dahulu. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang bernama ombak mengalun. songket atau sutera. Kain mantul. iaitu sehelai selendang pendek yang bertekat dengan kelingkan emas biasanya akan disangkutkan ke bahu apabila si pemakai mengenakan baju kurung dengan kain dagang luar ini. manakala baju kurung yang dipakai oleh kaum wanita pula labuhnya hingga ke lutut dengan satu kocek di dada kiri atau pun tanpa kocek. Baju kurung teluk belanga yang dipakai oleh kaum lelaki dan wanita pada dasarnya adalah sama kecuali. Walaubagaimanapun. dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu. jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut. b) Kaum lelaki memakai baju ini dengan seluar panjang samada seluar Acheh atau Seluar panjut Kaum wanita pula memadankannya bersama kain samada kain dari jenis batik.Baju Kurung Teluk Belanga adalah labuh. iaitu dengan lipatanlipatan yang letaknya di rusuk kanan atau kiri. di dada kanan dan di bahagian bawah hadapan baju. . Kain dagang luar ini dikenakan di pinggang seperti kain samping lelaki dengan ombakombaknya di bawa ke rusuk kiri dan disaukkan pada lengan atau dipegang dengan tangan.

bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya. Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus. maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Tangannya panjang dan lebar. . Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju.BAJU KEBAYA Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Kerongsang yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak. Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang.

Contohnya di Selangor. baju kebayanya diperbuat daripada songket dan sepasang dengan kain sarungnya. Bagi pengantin pula.Kebaya ada pelbagai gaya. baju kebaya sesuai diperbuat daripada kain kapas dan baldu atau sutera (bagi yang berada) dan dipadankan dengan kain sarung. . Selendangnya juga diperbuat daripada songket. Bagi pakaian harian. Selendang hanya dikenakan apabila keluar rumah. Di Pahang pula. baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain. kebayanya tidak berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu. Baju kebaya sesuai untuk pakaian harian dan juga pakaian pengantin.

Lebih segak lagi apabila bertanjak atau bersongkok. Kolar tersebut hanya selebar satu jari dan kedudukannya menegak. . Butang emas atau emas berbatu permata digunakan sebagai pengancingnya.BAJU KURUNG CEKAK MUSANG Baju kurung cekak musang adalah sama dengan baju kurung Teluk Belanga kecuali pada bahagian lehernya. samping dan selendang juga boleh dipakai bersama. Leher baju kurung cekak musang ada kolar. Seluar yang selalu digunakan ialah kain seluar panjang. Kancing yang paling terkenal ialah kancing emas yang dipanggil garam sebuku dan kancing berbatu permata yang dikenali sebagai kunangkunang sekebun. Jika mahu. Baju kurung cekak musang lelaki pula dipakai dengan seluar dan bersamping. Biasanya ada satu kancing pada kolar dan dua atau tiga lagi kancing pada bukaannya. Baju kurung cekak musang wanita boleh dipakai dengan seluar atau kain sarung. Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan panjang yang berkancing. seluar panjang dan seluar bambu.

BAJU KURUNG KEDAH Baju kurung Kedah dipercayai berasal dari selatan Thailand di mana wanitanya kini memakai baju berleher potongan bujur sireh. Ianya dikenakan bersahaja. Baju ini dipadankan dengan kain batik sarung atau pelikat yang diikat ke depan dengan motif kepalanya di hadapan. ketika bekerja di rumah sebagai pakaian harian. . Baju kurung Kedah selalunya diperbuat daripada kain kapas yang berbunga kecil ataupun kain nipis yang jarang dan keras.

. Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan samping dan songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat. Selain itu ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-majlis rasmi.BAJU MELAYU Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan. kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. ia dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera.

Kain seluar dipakai seperti memakai samping. lelaki golongan istana dan golongan berada memakai seluar yang besar dan longgar yang dikenali sebagai kain seluar. Kain seluar diperbuat daripada sutera yang berwarna-warni dari kain songket emas atau perak. Seluar panjang juga lebar bahagian pinggangnya. Satu lagi seluar yang kerap dipakai ialah seluar panjang atau seluar panjut. Kain seluar terdiri daripada lapan bahagian yang dicantumkan.CELANA Pada masa dahulu. Kain seluar yang panjang pula adalah separas betis dan digunakan ketika keluar rumah atau ke majlis rasmi. Pada kelepet pinggang seluar panjang ada lubang kecil bagi memasukkan pita atau tali pinggang yang digunakan untuk memanjut seluar ini. Kain seluar dilengkapi dengan satu poket. Poket dibuat pada bahagian hadapan sebelah kiri seluar (bukan pada kekeknya). Bahagian yang paling banyak bunga songketnya ialah bahagian hujung kaki dan bukaan poket. Kain seluar ada yang pendek dan ada yang panjang. Empat bahagian yang di tengah berfungsi sebagai kekek supaya selesa dipakai. seluar Aceh atau seluar Lambok. . melipat ke hadapan (box-pleat) dan menggulungnya atau mengikatnya dengan tali pinggang. Kain seluar yang pendek hanya separas lutut dan biasanya dipakai untuk bersantai di rumah. Kaki dan pinggang kain seluar sangat lebar.

Ada juga kain sarung yang diperbuat daripada tenunan songket. Panjang seluar ini mencecah buku lali. KAIN SARUNG Kain sarung Melayu terdiri daripada sebidang kain lebar yang dicantumkan kedua-dua hujungnya. . Kaki seluar panjang menirus ke bawah. Biasanya lima atau enam butang digunakan. Biasanya kain sarung songket hanya dipakai apabila ada majlis rasmi atau sebagai pakaian pengantin. Kain sarung diperbuat daripada benang kapas dan sutera. Pada bahagian sisi kaki seluar panjang ada bukaan yang dipasangkan butang.Seluar panjang terdiri daripada empat bahagian sahaja kerana seluar panjang tidak berkekek seperti kain seluar.

Cara yang ketiga pula dipanggil kain selempang. Kaki kain dilepaskan hingga ke buku lali. Dalam cara ini. Kain sarung ini dipakai dengan tiga cara. Kain sarung dilipat ke hadapan (dari sisi kiri dan kanan. box-pleat) dan digulung. tali pinggang atau pita kain digunakan untuk mengikatnya. kain sarung dikumpul di sisi badan dan disauk dengan tangan. Cana yang kedua dipanggil kain tudung. atau dengan lipatan-lipatan kecil yang dikumpulkan pada salah satu sisi badan. kain sarung dikedut menjadi gelungan dan diselempangkan di bahu. Kaum wanita mengikat sarung dengan pelbagai cara. Iaitu dengan cara membuat satu lipatan yang ditindan ke hadapan badan. Ada dua sebab mengapa kain itu dipakai di belakang. Kepala kain diletakkan di atas kepala. Kepala kain atau bahagian yang pada kain itu dihalakan ke belakang. untuk memastikan bahagian itu terserlah. Dalam cara ini. Kaum wanita juga memakai sehelai lagi kain sarung di atas bajunya. Kepala kain diletakkan di hadapan badan. Jika kain sarung dipakai bersama-sama seluar.Kaum lelaki memakai kain sarung dengan baju Melayu. tidak termasuk ke lipatan kain (pada bahagian depan) dan kedua. kaki kain sarung disingkatkan hingga ke paras lutut dan menjadi samping. kain sarung dipakai meyelubungi kepala. Kain sarung diikat atau dililit di pinggang. dikenali sebagai ombak mengalun. Kepala kain dihalakan ke belakang. supaya kelihatan sopan apabila membelakangkan orang di mana kepala kain yang cantik itu menjadi tarikan kepada orang yang membelakangkan. Tujuannya ialah untuk melindungi si pemakai daripada cuaca panas. Kaum wanita memakai sarung bersama-sama baju kurung atau baju kebaya. Cara pentama dipanggil dagang luar. Dalam cara ini. . pertama. Untuk mengemaskan atau memastikan kain sarung tidak terlucut.

Kini samping yang lebih pendek.SAMPING Samping mirip seperti kain sarung. samping dipakai oleh kaum lelaki di sebelah dalam di bawah baju kurung Teluk Belanga mereka. Samping yang dipakai dengan cara ini dipanggil kain samping dagang dalam. bezanya cuma samping lebih pendek daripada kain sarung. Di sesetengah tempat. Samping diikat di pinggang di sebelah luar. Bahagian kaki samping dilepas hingga ke lutut atau betis. Samping dipakai oleh kaum lelaki Melayu bersama-sama baju Melayu dan seluar panjang. di Johor misalnya. Pada asalnya samping lelaki adalah panjang hingga ke buku lali dengan bahagian hadapannya disingkatkan bagi menampakkan seluar di bahagian dalamnya. . kakinya hingga ke paras lutut lebih digemari kerana lebih ringkas dan lebih selesa dipakai. di atas baju dan seluar.

Jika tali pinggang digunakan. Antaranya ialah dengan cara melipat-lipatnya di sisi badan dan menyimpulnya dengan simpulan seperti tanduk atau bunga. Selain daripada cara yang disebutkan di atas. Kemudian bahagian yang bertindan itu digulung atau dikemaskan dengan tali pinggang ataupun bengkong.Samping dipakai dengan cara melipat sisi kiri dan sisi kanannya supaya bertindan di tengahtengah di hadapan badan (box-pleat). samping juga dipakai dengan pelbagai gaya supaya lebih menarik. . pending dipasangkan menjadi kepala tali pinggang supaya nampak lebih kemas dan lebih hebat. mengikatnya dengan tali pinggang atau bengkong.

Bagaimanapun corak selendang biasa lebih digemari kerana lebih ringkas dipakai. disangkut di bahu dengan hujung yang di belakang diselempangkan di belakang badan dan disangkutkan pada tangan (hujung yang satu bagi dilepaskan dihadapan badan) dan pelbagai cara lagi. Kadang-kadang selendang ini juga disongket atau disulam dengan bunga emas. Tujuan upacara ini ialah supaya bayi yang dikandung selamat dilahirkan. Di Kelantan. menutupi kepala dan bahu. Selendang biasa diperbuat daripada tenunan sutera yang sudah menjalani proses ikat dan celup atau dikenali dengan nama kain limar. selendang biasa dipakai oleh kaum wanita sebagai kain kemban semasa mengenakan pakaian Cik Siti Wan Kembang. Selendang biasa juga turut digunakan dalam upacara lenggang perut iaitu upacara yang dibuat ketika wanita mengandung tujuh bulan. Selendang biasa dipakai dengan menyangkutkannya di atas satu bahu ataupun kedua-dua bahu.SELENDANG Selendang biasa adalah lebih kecil dan lebih nipis daripada selendang panjang. diselempang di bahu kemudian melintasi badan dan diikat di pinggang. . Sisi selendang biasa dikemaskan dengan tenunan benang emas.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->