You are on page 1of 5

CARA MEMBUAT BAJA RAMPA

Formula 1
BAJA ORGANIK untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar

Bahan:
Pelbagai jenis daun atau satu jenis daun hijau secukupnya.
[Jika Di Pasar ada banyak daun sayur yang masih hijau dibuang, boleh diambil dengan
percuma. Daun dan pokok ulam gila (pentutup bumi) juga boleh digunakan.]

1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai Air Larutan Gula Merah
setakat cukup untuk membasahkan daun-daun yang dicincang itu apabila daun-daun itu
digaul.

Sejemput Kapur - iaitu Calcium Carbornate atau kapur sireh; dibancuh dengan sedikit air
secukupnya.

Sebotol minuman Yakult

Cara Memproses:
1. Semua daun dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.

2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul dengan daun yang
dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.

3. Gaulkan adunan (daun) dengan sedikit (sejemput) kapur – Calcium Carbonate.


[Fungsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bekteria bertindak
cepat meleraikan bahan-bahan organan (nutrients) yang terdapat dalam daun-daun yang
diperam/jeruk itu supaya menjadi air baja. Penggunaan kapur ini tidak boleh terlalu
banyak, gunakan sedikit saja secara asal ada sahaja.]

4. Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata.

5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.


[Tong takungan pemeraman daun-daun yang dicincang hendaklah diletak di tempat yang
tidak terkena terus cahaya mata hari kerana kesan kepanasan cahaya mata hari boleh
mematikan bekteria. Peranan bekteria ialah sebagai pelerai organan dari daun-daun yang
dijeruk-peram. Lebih banyak bekteria hidup berada dalam daun-daun yang diperam itu
akan lebih berkualiti baja itu.].

6. Setelah 14 hari daun akan menghasilkan air baja, dan air baja ini ditapis untuk
dibotolkan sedia boleh digunakan untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar.

Cara Penggunaan:
Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air;
dijadian sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur sebanyak 2
kali seminggu. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun pokok akan
menjadi kuning, rosak. Jika pokok kelapa sawit atau pokok getah yang tinggi, memadai
disembur 2 kali seminggu pada bahagian batang pokok kelapa sawit atau pokok getah itu
saja dan dipangkal bahagian tanahnya.

Formula 2
BAJA ORGANIK untuk Buah Membesar

Bahan:
Pelbagai jenis buah yang masak dan juga yang masih muda, dicampur secukupnya. Buah-
buah masak yang dibuang di Pasar boleh digunakan.
[Jika di pasar ada buah-buahan yang dibuang boleh digunakan, tak kira apa juga jenis
buah; pisang, betik, mangga, epal, nenas dan sebagainya. Nenas hendaklah jangan
dibuang kulitnya, dicincang dengan kulit-kulitnya sekali kerana kulit nenas itu sendiri
disukai oleh
bekteria. Kalau boleh nenas dan juga buah labu besar mesti ada dimasukkan.]

1 biji buah labu besar (labu yang isinya berwarna kuning, berkulit keras)

1 biji nenas (jangan dibunag kulitnya); dicincang.

1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai


Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan buah-buah yang dicincang
itu.

Sedikit Kapur – Calsium Carbonate atau kapur sireh dibancuh dengan sedikit air
secukupnya.
[Fungsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bekteria bertindak
cepat meleraikan bahan-bahan organan yang terdapat dalam buah-buah itu menjadi air
baja. Penggunaan kapur ini tidak boleh terlalu banyak, gunakan sedikit saja secara asal
ada sahaja.

1 botol minuman Yakult

Cara Memproses:
1. Semua buah dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.

2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul buah-buah masak yang dicincang
tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.

3. Gaulkan sedikit kapur (sejemput) – Kalsium Karbonat.

4. Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan.

5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.


[Tong takungan pemeraman hendaklah diletak di tempat yang tidak terkena cahaya panas
mata hari kerana kepanasan cahaya mata hari boleh memanaskan tong dan mematikan
bekteria yang berperanan sebagai pelerai organan dari daun yang dijeruk-peram.

6. Setelah 14 hari buah-buahan akan reput menghasilkan air baja, dan air baja ini ditapis
untuk dibotolkan sedia digunakan untuk membaja Pokok yang sedang mula berbuah dan
juga pada buah yang sedang muda dan membesar.

Cara Penggunaan:
Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air Sejuk;
dijadikan sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur sebanyak
2 kali seminggu (atau 3 hari sekali). Jangan lebih dari 2 kali seminggu.
Jika pokok kelapa sawit atau lain-lain pokok seperti pokok mangga, pokok getah dsb.
yang tinggi, memadai disembur 2 kali seminggu pada bahagian buah (sawit) dan batang
pokok getah itu saja dan dipangkal bahagian tanahnya.

Formula 3
BAJA ORGANIK untuk Pelbagai Guna: Batang, Daun Dan Buah Membesar

Pelbagai jenis daun atau satu jenis daun hijau secukupnya.


[Jika Di Pasar ada banyak daun sayur yang masih hijau dibuang, boleh dimabil dengan
percuma.]

Pelbagai jenis buah masak termasuk nenas dan buah labu besar.

1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai


Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan buah-buah yang dicincang
itu.

Sedikit Kapur - Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya.


[Fingsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bekteria bertindak
cepat meleraikan bahan-bahan organan yang terdapat dalam daun itu menjadi air baja.
Penggunaan kapur ini tidak boleh terlalu banyak, gunakan sedikit saja secara asal ada
sahaja.]

1 botol minuman Yakult

Cara Memproses:
1. Daun dan semua buah dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.

2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul daun dan buah-buahan yang telah
dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.

3. Gaulkan adunan dengan sedikit kapur – Kalsium Karbonat.


4. Tuan 1 botol minuman Yakult dan digaul aduan.

5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.


[Tong takungan pemeraman hendaklah diletak di tempat yang tidak terkena cahaya panas
mata hari kerana kepanasan cahaya mata hari boleh mematikan bekteria yang berperanan
sebagai pelerai organan dari daun yang dijeruk-peram.]

6. Setelah 14 hari daun-daun dan buah-buahan akan reput menghasilkan air baja, dan air
ditapis dibotolkan untuk digunakan untuk Baja Pelbagai Guna bagi Batang, Daun dan
Buah Membesar.

Cara Penggunaan:
Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air Sejuk;
dijadikan sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur sebanyak
2 kali seminggu. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun pokok akan
menjadi kuning, rosak. Jika pokok kelapa sawit yang tinggi, atau pokok getah, memadai
disembur 2 kali seminggu pada bahagian batang pokok kelapa sawit itu saja dan
dipangkal bahagian tanahnya.

Nota:
1. Bagi semua jenis formula di atas boleh dimasukkan buah labu besar (labu tukai berisi
kuning) sebagai bahan untuk meningkatkan kualiti baja.

2. Buah nenas jika digunakan, jangan dibuang kulitnya.

3. Setelah 14 hari pemeraman, air baja ditapis. Bagi mendapatkan air baja lagi, daun dan
buah yang sudah reput itu boleh diperah sebagaimana orang memerah santan kelapa;
masukkan ke dalam guni dan bilas supaya airnya keluar. Air-baja hendaklah ditapis
supaya bersih dari adanya kelodak daun yang reput.

4. Hasilan air baja sudah pasti baunya busuk. Bagi menghilangkan bau busuk itu bolehlah
ditambah haruman seperti menggunakan perisa oren – orange flavour atau lain-lain
haruman, dicampur sedikit ke dalam air baja itu sebelum dibotolkan untuk dijual. Jika
kegunaan sendiri tak perlulah diwangikan.

5. Penggunaan baja bagi pokok-pokok muda baru membesar; gunakan 10 ml Air Baja (2
sudu teh) dicampur dengan 15 – 20 liter Air sebagai air semburan kepada pokok,
disembur 2 kali seminggu (atau 3 hari sekali).

6. Dalam semua jenis baja (formula) boleh dimasukkan sebotol Air Minuman berjenama
Yakut ke dalam Air Larutan Gula Merah. Ini akan meningkatkan lagi kualiti hasil Baja
kerana bekteria yang terdapat di dalam Yakut itu akan membiak lebih banyak dan
membantu meningkatkan kualiti baja.

7. Bagi menghasilkan baja jenis organik ini yang terbaik sekali ialah mencampurkan
adunan digaul dengan embryo telor ayam. Hanya embryo telor ayam saja digunakan,
bukan kesemua telor ayam. Untuk mendapatkan embryo telor ayam ini bagaimanakah
caranya, perlu dipelajari daripada mereka yang tahu di makmal. Walau bagaimana pun,
Insya Allah tanpa menggunakan embrayo itu pun baja sudah cukup berkualiti.

You might also like