You are on page 1of 26

PSV3109 : multimedia kreatif

dalam PSV
Peranan Seni Dalam Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT)
PSV 3109 MULTIMEDIA KREATIF DALAM PSV

Pengenalan:
Merupakan satu teknologi yg boleh mengintergrasikan pelbagai
media untuk membentuk satu aplikasi yang lengkap.

Perkataan Multimedia membawa maksud berkomunikasi dalam


cara yang berbeza.

Perkataan multimeddia berdasarkan dua perkataan utama iaitu


multi dan media/medium
multimedia
MULTI bermaksud banyak, pelbagai iaitu menandakan terdapat
lebih daripada satu media yang wujud di dalam sesuatu
aplikasi.

MEDIA merujuk kepada alat atau perantara untuk


menyampaikan atau mempersembahkan sesuatu maklumat
seperti teks, grafik, audio, video dan animasi.

Secara amnya multimedia merupakan komunikasi lebih daripada


satu cara.
multimedia
Definisi MULTIMEDIA

Jacquetta Megarry (1990)


Multimedia ialah hipermedia yang berkeupayaan hiperteks iaitu
penekanan diberi kepada cara-cara menggabung, menyunting,
melaras bunyi, grafik, gambar bergerak, teks dan perisian
komputer dengan penggunaan tetikus

Waterworth (1992)
Multimedia ialah pesepaduan bunyi, muzik, animasi, teks, suara,
video dan grafik yang dihasilkan oleh teknologi berasaskan
komputer.
multimedia
Rosenberg (1993)
Multimedia sbg gabungan imej statik, bunyi ,grafik, hiperteks
dan video yg digunakan selaras dgn teknologi komputer. Ia juga
ialah satu kumpulan ahliteknologi merekacipta sesuatu untuk
menarik perhatian dan memuaskan hati mereka sesama sendiri.

Gayeski (1993)
Multimedia sbg satu kumpulan media berasaskan komputer dan
sistem komunikasi yg berperanan untk membina, menyimpan,
menghantar, dan menerima informasi berasaskan teks, grafik,
audio dsbnya.
multimedia
Ron White (1996)
Multimedia sebagai paparan maklumat yg boleh berkomunikasi
dgn bantuan beberapa alat tambahan khasnya dalam komputer
seperti pemacu cekera padat, perakam suara, pembesar suara,
kad audio dan beberapa perisian yg menggunakan cakera padat.

Halimah Badioze Zaman


Multimedia sbg kesepaduan di antara pelbagai media: teks,
numerik, grafik, imej, video animasi dan suara dalam persekitaran
digital, di samping mempunyai keupayaan interaktiviti bg
membolehkan pengguna mencapai maklumat keperluannya
tanpa mengikut urutan.
multimedia
ISO 14915 (2001)
Antaramuka pengguna yg mengintegrasikan dan
menyeragamkan media (media statik spt teks, grafik dan
media dinamik seperti audio, animasi dan video)

Wikipedia
Multimedia ialah penggunaan beberapa media yang berbeza
untuk menyampaikan maklumat (teks, audio, grafik, animasi,
video dan interaktiviti)
kreatif
• Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang
membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan
Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan,
(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan
(kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif
pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

• Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan


seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada
juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai
penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
pendidikan seni visual
• Seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada
hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi,
grafik dan filem. Kebanyakan disiplin kesenian seperti seni
persembahan, bahasa dan masakan melibatkan aspek seni visual
dan lain-lain seni, jadi definisi seni tidak terhad.

• Dengan kata lain seni visual adalah sesuatu hasil/ciptaan yang


boleh dinampak melalui penglihatan mata. Hasil/karya itu
adalah bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak
dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada
objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model
dan sebagainya.
pendidikan seni visual
Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak
merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni
sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.

PSV bertujuan memberi peluang kepada murid


memupuk minat, memperkembangkan
keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta
kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(Information and Communication Technology) ICT

….merupakan teknologi yang diperlukan untuk


pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat
luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan
pemprosesan maklumat.

Secara tepat dan mudah:


penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah,
menyimpan, melindungi, memproses, memindah,
melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira
tempat dan waktu.
Komponen Teknologi Maklumat

• Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen


atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam
bidang ini.
• Komponen tersebut adalah Teknologi, Organisasi dan
Pengguna.
• Selain daripada itu terdapat juga tafsiran di mana
komponen utama teknologi maklumat ialah
komputer(perisian,maklumat,tatacara,manusia),
rangkaian komunikasi dan tahu-guna(know-how).
• Ia boleh digambarkan seperti berikut:
Teknologi

• Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi


yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.

• Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM),


cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan
sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan
penyimpanan maklumat.

• Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux,
UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti
OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web
(Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan
peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian
yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari.
Teknologi

Dari segi komersial dan pembangunan sistem, perisian komputer boleh dibahagian
kepada dua iaitu:
• Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya, boleh didapati secara PERCUMA
atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux, FreeBSD, dan OpenOffice.
• Perisian Komersial / Sumber Tertutup
Secara amnya, lesen menggunakan perisian perlu dibeli manakala kod sumber
tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan Miscrosoft Office. Namun begitu ,
untuk mengimbang kebangkitan penggunaan perisian sumber terbuka, syarikat
Microsoft telah melancarkan kempen yang dipanggil kongsi sumber (share
source). Dengan konsep ini, pengguna komersial dan pihak kerajaan boleh
'melihat' kod sumber perisian Miscrosoft. Namun begitu, pengguna tidak
dibenarkan untuk mengguna, menyunting atau mengubah kod sumber tersebut.
Pengguna juga perlu menandatangani satu perjanjian untuk membolehkan
mereka melihat kod sumber tersebut.
Teknologi

Sistem Telekomunikasi merupakan komponen yang amat


penting selepas perkakasan dan perisian. Ia merupakan
rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem
komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti
Internet, satelit, dan sistem telefon. Ia merupakan kombinasi
beberapa teknologi seperti:
• Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP, OSI dan SNA, dsb
• Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25, Frame
Relay, 3G, SMS, MMS, Bluetooth, dsb
• Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga, Gentian
Optik, Gelombang Mikro, Radio dan Satelit
Organisasi

• Merupakan tempat dimana teknologi


maklumat digunakan, ia mempengaruhi
pengurusan dan pemprosesan maklumat
tersebut. Ia mungkin boleh dilihat dari sudut
pentadbiran organisasi yang membahagikan
organisasi kepada tiga bahagian iaitu peringkat
operasi, taktikal dan strategik dimana setiap
peringkat memerlukan sistem yang berbeza
seperti rajah dibawah.
Pengguna

Merupakan pengguna teknologi maklumat yang


boleh dipecahkan kepada pengguna yang mengguna
dan pengguna yang mentadbir maklumat tersebut.
• Pengguna teknologi maklumat: Pengguna sistem
yang tidak mentadbir sistem tersebut seperti kerani,
jururuwang, pengurus, dsb
• Pentadbir teknologi maklumat: Juruteknik
komputer, pengurus teknologi maklumat, juru
analisa sistem , pengaturcara program , dsb
Teknologi maklumat pada hari ini

Pada hari ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk merangkumi banyak aspek
pengkomputan dan teknologi, dengan istilah ini lebih dapat dikenal, berbanding dengan
dahulu. Payung teknologi maklumat adalah amat besar, dan meliputi banyak bidang.

Ahli-ahi profesional melakukan berbagai-bagai tugas yang berbeza-beza dari pemasangan


perisian penggunaan sehingga perekaan bentuk rangkaian komputer dan pangkalan data
maklumat. Sebilangan tugas yang dilakukan oleh mereka adalah seperti yang berikut:

• Pengurusan data
• Pengurusan sistem
• Perangkaian komputer
• Perekaan bentuk perisian
• Perekaan bentuk sistem pangkalan data
• Sistem maklumat pengurusan (MIS)
Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3
polisi utama:

ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai


sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.

Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu


alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada
subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.

Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan


keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.
Apakah peranan seni dalam ICT ?
• Menarik perhatian dan seterusnya
mengekalkan tumpuan pengguna.
• Memudahkan proses komunikasi dan
penyaluran idea atau mesej dilaksanakan.
• Meningkatkan keberkesanan proses
komunikasi dan penyaluran idea atau mesej.

Jamalludin Harun, Zaidatun Tasir (2006)


Bagaimana ia dilaksanakan ?
unsur seni
ASAS
SENI REKA
prinsip
rekaan
Unsur Seni

warna

ruang titik

Unsur
Seni

jalinan garisan

bentuk
Prinsip Rekaan
keseimbangan
keseimbangan

penegasan
penegasan Kadar
Kadar banding
banding

konsistensi
Prinsip kesatuan
konsistensi kesatuan
Rekaan

kontra
kontra pengulangan
pengulangan

rentak
rentak
Hasilkan satu poster yang bertemakan penantian.
Latar belakang poster diambil daripada suasana stesen
keretapi kuala lipis.
Hasil kerja ini perlu menitikberatkan teks dan elemen-
elemen grafik.
Elemen teks boleh dihasilkan dalam bentuk sajak, pantun,
puisi, kata-kata dan yang berkaitan.
Saiz hasil kerja ialah A3 dan dibingkaikan.
Setiap langkah hasil kerja mestilah dirujuk kepada pensyarah.
Tempoh 3 minggu dari tarikh pemberitahuan.

You might also like