You are on page 1of 40

BAHASA

MELAYU
 MOHAMAD AMIRUL FIKRI BIN MHD SUPIAN
 MUHAMMAD IZAMUDDIN BIN MUHAMAD
NAWAWI
 NOOR MUNIRAH AINI BINTI MUTALIB
 PPISMP 2.03
DEFINISI KEMAHIRAN

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka


edisi baru cetakan 1991, kemahiran
ialah kecekapan atau kepandaian.
DEFINISI KOMUNIKASI
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka
juga komunikasi pula ialah
berhubungan secara langsung atau
dengan perantaraan surat, radio,
telefon dan lain-lain dan mengadakan
perhubungan (bercakap, berbincang,
bertukar pendapat dan lain-lain).
Seseuatu proses pemindahan
maklumat perasaan, idea dan
pemikiran daripada seseorang
individu kepada individu yang lain.

Suatu seni menyalurkan idea-idea


dan sikap daripada seorang
individu kepada seorang yang lain.
De Vito (1978)
 Komunikasi ialah proses menghantar dan menerima mesej antara dua
peribadi dengan beberapa kesan dan maklum balas yang serta merta

Hybels dan Weaver 2 (1995)


 Komunikasi ialah sebarang proses yang mana manusia berkongsi
maklumat, idea dan perasaan

Muhammad Yusof Hussain (1990)


 Komunikasi dari perspektif Islam ialah proses menyampaikan atau
bertukar perutusan dan maklumat dengan menggunakan prinsip dan
kaedah komunikasi yang terdapat dalam Al-Quran dan hadis
BIDANG-BIDANG KOMUNIKASI
INTRAPERSONAL INTERPERSONAL
(DIRI) (ANTARA INDIVIDU)

KUMPULAN KECIL AWAM

KOMUNIKASI MASSA
KOMUNIKASI
INTRAPERSONAL
berlaku di dalam diri seseorang.
Seseorang yang sedang berfikir tentang
sesuatu perkara sebenarnya ia sedang
dalam proses berkomunikasi dengan
dirinya.
bermonolog dengan diri untuk membuat
pilihan, keputusan, memberikan sebab
dan akibat.
KOMUNIKASI INTERPERSONAL
Komunikasi antara individu.
Proses komunikasi yang melibatkan dua
orang atau lebih.
Bersifat terus iaitu bersemuka tanpa
menggunakan sebarang perantaraan
atau saluran tertentu
Juga berlaku dalam keadaan yang tidak
formal dan bersahaja.
KOMUNIKASI KUMPULAN
Berperanan membuat keputusan dan
dipatuhi oleh semua ahli.
Berlaku dalam bentuk formal dan tidak
formal.
Contoh : mesyuarat.
PENGUCAPAN AWAM
Berucap di khalayak ramai
Seorang kepada ramai orang
Komunikasi Massa
berlaku untuk sebaran umum
menggunakan alat-alat media
massa seperti akhbar,
majalah, radio, televisyen,
buku dan risalah.
Berbentuk sehala dan jika
berlaku tindakbalas ia
mengambil masa dan tidak
sepantas interpersonal.
KOMUNIKASI
INTRAPERSONAL
DEFINISI
Komunikasi intrapribadi atau komunikasi
intrapersonal adalah penggunaan bahasa atau
fikiran yang terjadi di dalam diri komunikator
sendiri.
Merupakan keterlibatan internal secara aktif dari
individu dalam pemprosesan simbolik dari pesan-
pesan.
Seorang individu menjadi pengirim sekaligus
penerima pesan, memberikan umpan balik bagi
dirinya sendiri dalam proses internal yang
berkelanjutan.
Berlaku di dalam diri seseorang.
Seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu
perkara sebenarnya ia sedang dalam proses
berkomunikasi dengan dirinya.
Bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan,
keputusan, memberikan sebab dan akibat.
Komunikasi intrapersonal dapat menjadi pemacu
bentuk komunikasi yang lainnya.
Pengetahuan mengenai diri peribadi melalui
proses-proses psikologis seperti persepsi dan
kesedaran terjadi saat berlangsungnya
komunikasi intrapribadi oleh komunikator.
CIRI-CIRI
KOMUNIKASI
INTRAPERSONAL
Proses komunikasi yang terjadi dalam diri
individu (dengan diri sendiri).
Merupakan landasan untuk melakukan
komunikasi intrapribadi. Keberhasilan
komunikasi kita dengan orang lain bergantung
kepada keberkesanan komunikasi kita dengan diri
sendiri.
Terjadi kerana pemberian makna pada objek.
Objek yang diamati mendapatkan rangsangan
pancaindera kemudian mengalami proses
perkembangan dalam fikiran manusia.
Mendapatkan perhatian besar dari kalangan
psikologi behavioristik (pemerhati tingkah laku).
CONTOH KOMUNIKASI
INTRAPERSONAL
 Muhasabah Diri
* menilai tentang segala perkara yang telah
dilakukan sama ada yang baik atau yang buruk
dan seterusnya berusaha untuk memperbaiki diri
untuk menjadi insan yang lebih baik.

 Berdoa
* memohon sesuatu perkara yang diminta
daripada Allah Taala.

 Bersyukur
* berterima kasih di atas segala apa yang
diperolehi melalui pemberian Allah.
KOMUNIKASI
INTERPERSONAL
DEFINISI KOMUNIKASI
INTERPERSONAL
R. Wayne Pace mengatakan bahawa komunikasi
interpersonal adalah proses komunikasi yang
berlangsung antara dua orang atau lebih secara
tatap muka.
Komunikasi interpersonal juga boleh diertikan
sebagai proses bagaimana seseorang itu berkongsi
pengalaman dengan individu-individu lain.
Komunikasi interpersonal ialah komunikasi antara
orang yang berlaku dalam keadaan yang
membolehkan orang membalas secara terus antara
satu sama lain.
CIRI-CIRI
KOMUNIKASI
INTERPERSONAL
Biasanya berpasangan iaitu melibatkan hanya
dua orang.
Biasanya berbentuk :
- dialog
- bercirikan tolak ansur lisan (verbal) –
orang biasanya mencelah antara satu sama
lain.
Bagaimanapun, ia boleh berlaku dalam satu
kumpulan kecil apabila para peserta bertindak
balas terus antara satu sama lain sebagai
individu.
CARA-CARA
KOMUNIKASI
INTERPERSONAL
CARA-CARA KOMUNIKASI
INTERPERSONAL

Antara Dua Individu Melebihi Dua Individu


Komunikasi Antara Dua Individu

Merupakan satu bentuk dialog


Berlaku apabila seseorang berkomunikasi
secara personal terus sebagai seorang
individu
Contoh :
Hani dan Yazed berbincang mengenai masa
depan rumah tangga mereka.
Komunikasi Melibatkan Lebih Dua Individu

Secara am terbahagi kepada dua :


I. Secara formal
II. Secara tidak formal
Secara Formal
Berlaku apabila seseorang mengemukakan idea,
perasaan dan maklumat ‘tanpa gangguan’ kepada satu
kumpulan orang.
Tidak banyak berlaku komunikasi dua hala.
Seseorang menyuarakan sesuatu dan yang lain
menjadi pendengar.
Contoh :
Harith menyampaikan tazkirah di hadapan kelas
sebelum kelas dimulakan pada pagi tadi.
Secara Tidak Formal
Berlaku apabila kedua-dua pihak menyuarakan idea,
perasaan dan maklumat.
Dengan kata lain juga, dikatakan penggunaan ‘dengan
gangguan’ iaitu mungkin akan berlaku pro dan kontra
ataupun seseorang mungkin mencelah.
Contoh :
Melur mengatakan kepada kelasnya bahawa wajahnya
saling tidak tumpah seperti Siti Nurhaliza tetapi
Ridzwan mencelah dengan mengatakan bahawa wajah
Melur seperti pembantu rumah Siti Nurhaliza.
KEMAHIRAN
KOMUNIKASI
INTERPERSONAL
1. Membina hubungan

Hubungan baik dilihat dalam situasi berikut :


- kemesraan perhubungan dalam pertemuan
- penyampaian masalahnya tanpa keraguan
- tanda kepercayaan lahir akibat
penerimaan sepenuhnya tanpa syarat
Hubungan baik seperti ini hanya dapat dicapai apabila
perasaan empati kedua-dua dapat dirasai.
Dengan berperasaan empati ini, hubungan baik di
antara dua pihak akan dapat terus dijalin dan
dikekalkan sepanjang proses komunikasi itu.
2. Kemahiran memberi
perhatian
Di dalam proses komunikasi, memberi perhatian
merujuk kepada komunikasi bukan lisan, walaupun ia
juga diperlukan dalam komunikasi lisan.
Komunikasi bukan lisan dibahagikan kepada
beberapa komponen, iaitu gaya badan(posture), gerak
isyarat, air muka, kontak mata, dan juga nada suara.
3. Kemahiran mendengar

Rogers (1951) merumuskan: “Tanpa perhatian, mendengar


sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi
tidak akan wujud.”
Model latihan mendengar membahagikan tingkah laku
mendengar kepada tiga komponen, iaitu memberi
perhatian termasuk kontak mata, gaya relaks,
dan respon yang pula membawa maksud mendengar.
Mendengar dengan telinga ketiga (Reik, 1948) melibatkan
kemahiran memikir dan membayangkan bagaimana
orang lain merasa, dan dengan ini, ia merupakan langkah
pertama ke arah empati
CONTOH
KOMUNIKASI
INTERPERSONAL
Apabila anda sedang bercakap melalui
telefon dengan seorang kawan baik tentang
pengalaman anda berada di perantauan.

Apabila anda berbincang tentang tugasan


projek anda secara individu dengan
pensyarah anda.
RUJUKAN

 Intrapersonal & Interpersonal untuk remaja


Shahizan bin Hasan, Tsai Chen Chien & Saw Hooi Chin , PTS , 2006 Kuala
Lumpur

 Kemahiran Interpersonal untuk Guru


Abdullah Hassan & Ainon Mohd , PTS , 2006 , Selangor

 EQ : Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi


Mohd Azhar Abdul Hamid , PTS , 2007 , Kuala Lumpur

 Teori-teori Komunikasi
Saodah Wok , Narimah Ismail , Mohd Yusof Hussain , PTS , 2006 , Kuala
Lumpur
Ayam Hutan, Ayam Selasih

Sekian terima kasih

You might also like