You are on page 1of 10

KATEGORI WAYAR/ WARNA WAYAR BAGI PENDAWAIAN SATU FASA (SINGLE

PHASE)

Kategori wayar dan warna wayar adalah perkara asas yang perlu diketahui sebelum seseorang itu
menjalankan kerja- kerja pendawaian elektrik, sekiranya penyambungan wayar silap dilakukan
ianya akan menyebabkan kerosakan pada peralatan elektrik atau litar pintas akan berlaku.
Pendawaian terbahagi kepada 2 jenis iaitu Pendawaian Satu Fasa (single phase) dan Pendawaian
Tiga Fasa (Three Phase). Kaedah Pendawaian Satu Fasa sesuai digunakan untuk bangunan kecil
yang tidak menggunakan peralatan elektrik yang banyak dan tidak memerlukan bekalan elektrik
yang tinggi antaranya seperti rumah, pejabat kecil dan kedai. Manakala kaedah Pendawaian Tiga
Fasa kebiasaannya digunakan bagi sebuah bangunan yang besar antaranya seperti sekolah,
universiti, bangunan pejabat dan masjid.
Bagi Pendawaian Satu Fasa (single phase), wayar asas pendawaian terbahagi kepada tiga jenis.
* Tiga wayar asas tersebut adalah:
a) Wayar Hidup (Life)
b) Wayar Neutral
c) Wayar Bumi (Earth)

Setiap jenis wayar yang digunakan dalam kerja pendawaian mempunyai warna yang berbeza. Ini
bertujuan agar ketiga- tiga wayar ini dapat dibezakan bagi mengelakkan berlaku kesilapan
semasa membuat penyambungan pada pendawaian.
* Kategori wayar mengikut warna tersebut adalah :
a) Wayar Merah/ Coklat - Wayar Hidup (Life)
b) Wayar Biru/ Hitam - Wayar Neutral
c) Wayar Hijau/ Hijau jalur kuning - Wayar Bumi (Earth)

Perlu diingat, setiap jenis wayar hanya boleh disambung dengan jenis wayar yang sama sahaja.
Pastikan langkah- langkah keselamatan dipatuhi semasa membuat kerja pendawaian dan elakkan
kecuaian.

WARNA BAGI WAYAR BETERI

Hitam - negative

Merah – positif
POLITEKNIK KOTA BHARU

JABATAN MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER

B 1004 – SAINS JURUTEKNIK

BAB 7 : ASAS ELEKTRIK

7.1 CAS (q)


 Terdapat dua jenis cas elektrik, iaitu :
i) cas positif (proton)

ii) cas negative (electron)

 Unit bagi cas ialah coulomb, C.


 Suatu jasad adalah…..
i) neutral, jika ia mempunyai jumlah cas positif = jumlah cas negatif.

ii) negatif, jika ia mempunyai lebih cas negatif daripada cas positif

iii) positif, jika ia mempunyai lebih cas positif daripada cas negatif.

7.2 ARUS (I)

 Arus elektrik ialah kadar pengaliran cas.


 Maka arus elektrik (I) dirumuskan sebagai….
dengan q = jumlah cas
I=q
t = masa
t

 Unit SI bagi arus (I) ialah ampere (A).


 Jumlah cas, q yang mengalir melalui suatu konduktor diberi oleh….

q=It

7.3 BEZAUPAYA(VOLTAN (V))


 Bezaupaya di antara dua titik menyebabkan cas bergerak diantara dua titik.
 Unit SI bagi bezaupaya ialah volt (V).
 Bezaupaya diukur dengan voltmeter yang disambungkan secara selari merentasi dua titik dalan
suatu litar elektrik.

Sel

+ -

+ -

voltmete

7.4 RINTANGAN
 Hukum Ohm (George Simon Ohm-guru sekolah tinggi di Jerman) menyatakan bahawa arus (I)
yang mengalir dalam litar elektrik adalah berkadar terus dengan voltan (V) dan berkadar
songsang dengan rintangan ( R ).
 Nisbah voltan (V) terhadap arus (I) dikenali sebagai rintangan ( R) sesuatu bahan.
 Oleh sebab itu,Hukum Ohm :

V=IR
V

Di mana : I R

V = Voltan (Volt)
 Contoh : Sebiji mentol di sambung kepada suatu bateri 3.0 V.
a) Jika arus yang mengalir melalui mentol itu ialah 0.5 A, berapakah rintangan filamen
mentol itu?
b) Jika bateri 4.5 V digunakan untuk menyalakan mentol, berapakah arus yang akan
mengalir melalui mentol itu?

7.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RINTANGAN DALAM WAYAR


 Terdapat 3 faktor yang mempengaruhi rintangan dalam wayar :

PANJANG KERINTANGAN LUAS KERATAN RENTAS

panjang

luas

Kerintangan bahan

Rajah : Bahan konduktor

KERINTANGAN
 Kerintangan konduktor merupakan keupayaan bahan itu menghalang pengaliran electron
 Ia bergantung kepada jenis bahan konduktor itu
 Kerintangan adalah tetap untuk sesuatu bahan
 Menggunakan symbol ρ dan unit μΩcm

R=ρl
Bahan Kerintangan μΩcm
A
Kaca 1020

Karbon 105 Di mana : R = Rintangan (Ω)

Kuprum 1.724 ρ =Kerintangan (μΩcm)

Aluminium 2.824

Contoh :

Diberi wayar kuprum yang panjangnya 100 m dan luas keratan rentasnya 0.01 cm 2. Jika kerintangan
kuprum ialah 1.724  cm, kirakan rintangan kuprum.

7.6 KAPASITOR

7.6.1 Mentakrifkan kapasitor

 Kapasitor menyimpan dan mengeluarkan tenaga dalam system elektrik.

7.6.2 Mengukur tenaga elektrik yang tersimpan dalam kapasitor

 Tenaga yang disimpan dalam kapasitor adalah dalam bentuk tenaga keupayaan elektrik.
 Jika kapasitan (C ) bagi sesuatu kapasitor tetap atau bolehubah diketahui, voltan yang melalui
kapasitor juga diketahui maka tenaga elektrik yang disimpan dalam kapasitor boleh didapati
dengan rumus :

Di mana : Ep = tenaga keupayaan disimpan ( Joule )


2
Ep = ½ CV

C = kapasitan ( Farad )
 Kuantiti cas yang terbina dalam kapasitor bila voltan 1 volt melalui diukur sebagai kapasitan
(farad).
Di mana : C = kapasitan ( Farad )

C= q V = Voltan yang melalui kapasitor (volt)

 Contoh : Diberi voltan sebanyak 20 volt telah melalui kapasitor pada kadar 1.5 F untuk
mengecaskannya. Kirakan :
a) cas yang disimpan dalam plat kapasitor

b) Tenaga Keupayaan yang disimpan dalam kapasitor

7.7 MENYATAKAN LITAR ELEKTRIK RINGKAS

7.7.1 Membezakan litar selari dan sesiri

LITAR SESIRI LITAR SELARI

Konsep Konsep

 Arus yang mengalir melalui pada  Arus yang mengalir melalui pada
setiap cabang adalah sama dengan setiap cabang adalah tidak sama
arus jumlah (IJ) dengan arus jumlah (IJ)
 Tetapi kejatuhan voltan pada setiap  Tetapi kejatuhan voltan pada setiap
cabang adalah tidak sama dengan cabang adalah sama dengan voltan
voltan bekalan. bekalan
Litar R1 Litar

R2

V R1
V R2

Rintangan Jumlah ( RJ) Rintangan Jumlah ( RJ

R J = R1 + R2 RJ = R1 X R2

R1 + R2

1 = 1 + 1

RJ R1 R2

RJ = ____1____

1 + 1

R1 R2

7.7.2 Membezakan arus AU dan AT

ARUS TERUS ( AT ) ARUS ULANG-ALIK ( AU )

1. Cas elektrik mengalir secara terus dan tidak 1. Pengaliran cas elektrik sentiasa berubah-
mengubah arah dan magnitudnya ubah serta mengubah arah dan magnitudnya.

2. Punca bekalan dibekalkan oleh bateri 2. Punca bekalan dibekalkan oleh generator

3. Keadaan graf melawan masa 3. Keadaan graf melawan masa

v v
t

Contoh :

1. Dalam satu litar perintang 10 ohm dan 40 ohm disambungkan selari dengan bateri 9 V. Kirakan :-

a) jumlah rintangan
b) jumlah arus
c) voltan melalui setiap perintang
d) arus melalui setiap perintang.

2. Kirakan jumlah rintangan dalam litar sambungan siri dibawah.

R 1 = 10 

R 2 = 12 

3. Kirakan jumlah rintangan pada litar sambungan selari dibawah.

R1=2
V R2=6
4. Dalam litar dibawah diberi V = 60 V , R 1 = 30  dan R 2 = 30  kirakan yang
berikut : - S
a) jumlah rintangan R J
b) jumlah arus I J
c) arus I R1
d) Voltan V R1
e) arus I R2
f) Voltan VR2
R 1 = 30 VR1
VT

R 2 = 30

IJ
VR2

5. Kirakan nilai-nilai berikut jika diberi V = 12 V , R 1 = 2 , R 2 = 3 dalam litar sambungan selari


dibawah .

a) jumlah rintangan R J
b) jumlah arus I J
c) Voltan V R1 S
d) arus I R1
e) arus I R2

R2
R1

VT
IJ

You might also like