You are on page 1of 4

Hasil pembelajaran: murid dapat mengenal unit dalam masa serta membezakannya

Objektif : Di akhir permainan murid telah mengetahui unit-unit yang

terdapat dalam masa serta boleh membaca waktu. Selain itu,murid diharap tidak keliru

dengan unit yang terdapat dalam masa. Di akhir permainan ini juga murid telah yakin

dalam aktiviti berkumpulan.

PERMAINAN MATEMATIK

1. Matlamat

Matlamat permainan ini ialah supaya murid dapat mengetahui tentang masa dan

dapat membezakan masa serta dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian

mereka. Murid bukan sahaja bermain tetapi dalam masa yang sama mereka secara

tidak langsung belajar dan menambah ilmu mereka tentang masa. Matlamat lain ialah

murid dapat menyesuaikan diri dalam kumpulan permainan tersebut sebelum aktiviti

pengajaran dijalankan secara berkumpulan.

2. Objektif

Di akhir permainan murid telah mengetahui unit-unit yang terdapat dalam masa

serta boleh membaca waktu. Selain itu,murid diharap tidak keliru dengan unit yang

terdapat dalam masa. Di akhir permainan ini juga murid telah yakin dalam aktiviti

berkumpulan.
3. Kesesuaian Permainan

Permainan ini sesuai untuk murid tahun empat kerana mereka sudah dapat

menguasai sedikit tentang unit masa dan kebolehan dalam membaca nilai unit

masa
PERMAINAN TREASURE HUNT

CARA PERMAINAN

1) Murid diberikan satu peta di mana peta itu digunakan murid untuk permainan ini

2) Murid dikehendaki melalui jalan yang telah disediakan

3) Kemudian, murid diminta berhenti di setiap perhentian yang telah disediakan

4) Pada setiap perhentian, murid dikehendaki soalan yang telah disediakan

5) Setiap soalan yang berjaya dijawab, murid akan diberikan ganjaran

6) Setelah menyelesaikan soalan yang diberikan, murid akan meneruskan perjalan

ke perhentian yang lain.

7) Permainan tamat setelah murid berjaya menjawab soalan yang telah disediakan

sehingga akhir perjalanan mereka

You might also like