You are on page 1of 2

PROGRAM BINA INSAN GURU 2011

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JANUARI 2011

PENDAHULUAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan
oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang
berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah
yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-
guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari
pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui
praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-
aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian
dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru
iaitu selaras dengan hasrat negara.

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar telah menjalankan


pogram Bina Insan Guru pada 8 Mac 2011 hingga 11 Mac 2011 iaitu selama 4
hari 3 malam di Lapangan Biologi,Batu 7,Pantai Nelayan,Port Dickson.seramai
57 orang peserta yang terdiri daripada 3 unit iaitu unit Pengajian Islam
(PIA),Bahasa Cina (BC) dan Pemulihan Bahasa Tamil(BT). Kursus ini
merupakan suatu program perkhemahan selama empat hari tiga malam.
Tumpuan akan diberi terhadap aktiviti mendirikan dan menguruskan
perkhemahan, Malaysia cergas dan patriotik, latihan dalam kumpulan, kembara
dan aktiviti di air, tazkirah/aktiviti moral, persembahan kumpulan dan
refleksi.melalui program- program yang di atur,para guru pelatih dapat:

 Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi
komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta
berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara
berterusan

 Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang
berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian
budaya.

 Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak


keguruan.

 Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil


peranan secara aktif dalam kumpulan.

 Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan
sosial.

Sesungguhnya Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan


untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia
untuk Berkhidmat & Berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.

You might also like