You are on page 1of 33

BAB 5

PERSAMAAN MOMENTUM

5.1 Pengenalan

Ahmad sedang mencuci dan membersihkan longkang di kawasan rumahnya. Di


bahagian hujung longkang sebelum memasuki longkang besar terdapat longgokan
sampah hasil kerja-kerja pembersihan yang telah dijalankan. Ahmad cuba mengalirkan
air supaya longgokan tersebut dapat dialirkan lari ke dalam longkang besar. Tetapi
longgokan sampah tersebut tidak berganjak. Ahmad kemudiannya mengecilkan
muncung paip supaya aliran air dapat memancut laju dan sampah akhirnya tertolak
keluar ke dalam longkang besar. Apakah yang menyebabkan sampah tertolak keluar?.
Apakah kaitan halaju air dengan daya tolakan tersebut.

Kes di atas adalah salah satu daripada contoh aplikasi daya momentum yang
dihasilkan oleh bendalir dalam kehidupan seharian kita. Bagi suatu kuantiti jisim
bendalir yang tetap, halaju bendalir yang lebih tinggi akan menghasilkan daya yang
lebih besar. Dapatkah anda fikirkan dan beri contoh aplikasi daya momentum bendalir
dalam aplikasi kejuruteraan?

Persamaan momentum terhasil daripada hukum Newton ke-2 yang mengaitkan


daya yang terhasil dengan pecutan atau kadar perubahan momentum. Hukum Newton
ke-2 menyatakan bahawa, “Kadar perubahan momentum sesebuah jasad adalah sama
dengan paduan daya yang bertindak pada jasad tersebut”.

Apakah yang dikatakan momentum? Apabila suatu jasad yang mempunyai jisim
m dan dikenakan halaju v, maka terhasillah momentum.

m v

Momentum = mv
Kadar perubahan momentum pula diukur dengan melihat kadar perubahan momentum
terhadap masa.

d (mv )
Kadar perubahan momentum =
dt
dv
=m = ma
dt

1
Apakah pula yang dikatakan paduan daya? Paduan daya merupakan hasil
tambah semua daya yang bertindak pada suatu jasad. Jumlah daya ini termasuklah
daya jasad (body forces) dan daya permukaan (surface forces). Daya jasad yang biasa
dipertimbangkan dalam masalah dinamik bendalir adalah daya gaviti, FB iaitu berat
jasad/bendalir yang dikaji. Daya permukaan termasuklah daya tekanan, FP yang
bertindak ke atas luas permukaan serta daya tindakbalas, FR antara bendalir dengan
jasad tegar yang bersentuhan.

Maka, daripada dua pernyataan yang menyatakan tentang hukum Newton ke-2
di atas, kita boleh menulis hukum Newton ke-2 sebagai,

∑ F = ma (5.1)

Rajah 5.1: Tiub arus

Pertimbangkan tiub arus dalam Rajah 5.1 di atas. Dengan aliran adalah aliran
mantap, bendalir bergerak dari bahagian masukan telah bergerak sejauh V1δt dalam
masa δt .

Isipadu yang memasuki tiub arus pada masa δt ,

∀1 = luas × jarak (5.2)

= A1 × V1δt

= A1V1δt

Jisim yang memasuki tiub arus pada masa δt ,

m1 = ketumpa tan × isipadu (5.3)

= ρ1 × A1V1δt

= ρ1 A1V1δt

2
Momentum yang memasuki tiub arus pada masa δt ,

momentum = jisim × halaju (5.4)

= m1 × V1

= ρ1 A1V1δt × V1

2
= ρ1 A1V1 δt

Sama dengan momentm yang keluar dari tiub arus pada masa δt ,

2
momentum = ρ 2 A2V2 δt (5.5)

Daripada hukum Newton ke-2,

Paduan daya = Kadar perubahan momentum (terhadap masa)

m2V2 − m1V1
∑F = δt
=
(ρ 2 A2V2 2 − ρ1 A1V1 2 δt )
δt
2 2
= ρ 2 A2V2 − ρ1 A1V1

= ρ 2V2 ( A2V2 ) − ρ1V1 ( A1V1 ) (5.6)

Diketahui bahawa untuk aliran mantap, ketumpatan, ρ adalah malar. Maka


ρ1 = ρ 2 = ρ . Dari persamaan keterusan pula diketahui bahawa Q = A1V1 = A2V2 . Maka,

∑ F = ρQ(V 2 − V1 ) (5.7)


= m(V2 − V1 )

Persamaan 5.7 di atas dikenali sebagai Persamaan Momentum.

3
5.2 Pengunaan Persamaan Momentum

Dalam kehidupan seharian, kita terdedah dengan pelbagai perkara yang


melibatkan penggunaan persamaan momentum. Dalam pelajaran mekanik bendalir ini,
kita akan melihat beberapa aplikasi yang penting yang selalu terlibat dalam
kejuruteraan mekanikal. Antara aplikasi yang akan dibincangkan termasuklah:
i. Daya pada aliran paip bengkok.
ii. Daya pada nozel di bahagian keluaran paip.
iii. Daya akibat hentaman jet pada plat.
iv. Daya akibat aliran pada ram melengkung.

Dalam menyelesaikan masalah persamaan momentum ini, beberapa langkah


penyelesaian asas telah dikenal pasti bagi memudahkan analisis dibuat terhadap
masalah yang diberi. Langkah-langkah tersebut ialah:
i. Lukis kawasan isipadu kawalan.
ii. Tentukan sistem paksi koordinat yang digunakan.
iii. Kirakan daya keseluruhan, FT.
iv. Kirakan daya tekanan, FP.
v. Kirakan daya graviti, FB.
vi. Kirakan daya tindakbalas, FR.

5.2.1 Daya Pada Aliran Paip Bengkok.

(a) (b)

Rajah 5.2: (a) Keratan rentas paip. (b) Isipadu kawalan dan paksi koordinat.

Pertimbangkan paip yang mempunyai keratan rentas seperti yang ditunjukkan


dalam Rajah 5.2(a). Langkah pertama yang perlu dilakukan setelah menentukan
kawasan isipadu kawalan dan sistem paksi koordinat adalah mengira daya keseluruhan
sistem.

4
Daya dalam arah-x;


FTx = m(V2 x − V1x )

= ρQ(V2 x − V1x )

Daripada Rajah 5.3,

V1x = V1

V2 x = V2 kos θ

Maka,

FTx = ρQ(V2 kos θ − V1 ) (5.8)

Daya dalam arah-y;


FTy = m(V2 y − V1 y )

= ρQ(V2 y − V1 y )
Daripada Rajah 5.2,

V1 y = V1 sin θ = 0

V2 y = V2 sin θ

Maka,

FTy = ρQV2 sin θ (5.9)

Langkah kedua adalah mengira daya tekanan.

FP = daya tekanan pada titik 1 − daya tekanan pada titik 2

Dalam arah-x;

FPx = p1 A1 kos 0 − p 2 A2 kos θ

= p1 A1 − p 2 A2 kos θ (5.10)

5
Dalam arah-y;

FPy = p1 A1 sin 0 − p 2 A2 sin θ

= − p 2 A2 sin θ (5.11)

Langkah ketiga adalah mengira daya graviti. Disebabkan jisim air diabaikan, maka
daya graviti adalah sifar.

Langkah keempat adalah mengira daya tindakbalas.

Dalam arah-x;

FTx = FRx + FPx + FBx

FRx = FTx − FPx − FBx

= ρQ(V2 kos θ − V1 ) − p1 A1 − p 2 A2 kos θ − 0 (5.12)

Dalam arah-y;

FTy = FRy + FPy + FBy

FRy = FTy − FPy − FBy

= ρQV2 sin θ + p 2 A2 sin θ (5.13)

Daya tindak balas,

2 2
FR = FRx + FRy (5.14)
FRy
Arah daya tindak balas, FR

 FRy 
θ = tan −1  
 FRx 

θ
FRx
Daya pada paip adalah sama magnitud dengan daya tindakbalas tetapi dalam
arah yang bertentangan.

R = − FR (5.15)

6
Contoh 5.1

Sebuah paip bengkok telah digunakan untuk memesongkan air pada kadar 14kg/s ke
atmosfera seperti ditunjukkan dalam Rajah C5.1. Luas bahagian masukan paip tersebut
ialah 113cm2 manakala luas bahagian keluar paip tersebut ialah 7cm2. beza jarak
bahagian masukan dan keluaran ialah 30cm. Dapatkan a) Bacaan tolok tekanan di
tengah bahagian masukan paip dan b) Daya yang diperlukan bagi menetapkan paip
supaya tidak berganjak.

Rajah C5.1

Penyelesaian

Daripada maklumat yang diberi,

Q = 14kg / s = 0.014m 3 / s

2
A 1 = 0 . 013 m

A2 = 7 × 10 −4 m 2

Maka,

Q 0.014
V1 = = = 1.24m / s
A1 0.0113

Q 0.014
V2 = = = 20m / s
A2 7 × 10 − 4

7
a) Untuk mendapatkan tekanan di bahagian masukan p1, persamaan Bernoulli
digunakan. Dinyatakan bahawa air keluar ke atmosfera. Maka p2 = 0.

2 2
p1 V1 p V
. + + z1 = 2 + 2 + z 2
ρg 2 g ρg 2 g

 V2 2 − V1 2 
p1 = ρg  + z 2 − z1 
 2g 
 

 20 2 − 1.24 2 
= 1000 × 9.81 + 0.3 
 2 × 9.81 

= 202.2kN / m 2

b) Untuk mandapatkan daya yang bertindak pada paip, langkah-langkah berikut perlu
diikuti. Dalam kes ini hanya melibatkan daya dalam arah-x sahaja.

Langkah pertama dan kedua: Lakarkan isipadu kawalan dan tentukan paksi koordinat.

Langkah ketiga: Kirakan jumlah daya yang bertindak pada sistem.

Jumlah daya dalam arah-x;


FTx = m(V2 x − V1x )

= ρQ(− V2 − V1 )

Maka,

FTx = 1000 × 0.014(− 20 − 1.24)

= 297.36 N

8
Langkah keempat: Kirakan daya tekanan.

Daya tekanan dalam arah-x;

FPx = p1 A1 kos 0 − p 2 A2 kos θ

= p1 A1

= 202.2 × 10 3 × 0.0113

= 2284.86 N

Langkah kelima: Kirakan daya graviti.

Daya graviti hanya bertindak dalam arah-y. Walau bagaimanapun, dinyatakan berat
paip dan air diabaikan. Maka,

FBy = 0

Langkah keenam: Kirakan daya tindakbalas.

Daya tindakbalas dalam arah-x;

FTx = FRx + FPx + FBx

FRx = FTx − FPx − FBx

= −297.36 − 2284.86

= −2582.22 N

Daya pada paip adalah sama magnitud dengan daya tindakbalas tetapi dalam arah yang
bertentangan. Maka daya untuk menahan paip tersebut daripada bergerak,

R = − FR

= 2582.22 N

9
CONTOH 5.2

Sebuah paip yang bengkok dengan sudut 450 (bahagian dalam paip membentuk sudut
1350, seperti dalam Rajah C5.2) telah digunakan untuk mengalirkan air pada kadar
0.3m3/s. Diameter paip bengkok tersebut di bahagian masukan dan bahagian keluaran
masing-masing ialah 150mm dan 300mm. Perbezaan ketinggian di antara bahagian
masukan dan keluaran ialah 1m. Dengan mengabaikan geseran yang berlaku dalam
paip tersebut, kirakan daya pada paip tersebut dan arah daya tersebut jika tekanan di
bahagian masukan ialah 100kN/m2 dan isipadu paip tersebut adalah 0.075m3.

Rajah C5.2

Penyelesaian

Daripada maklumat yang diberi,

p1 = 100kN / m 2 Q = 0.3m 3 / s

πd1 2 2 πd 2 2
A1 = = 0.0177 m A2 = = 0.707 m 2
4 4

Langkah pertama dan kedua: Lakarkan isipadu kawalan dan tentukan paksi koordinat.

10
Langkah ketiga: Kirakan jumlah daya yang bertindak pada sistem.

Jumlah daya dalam arah-x;


FTx = m(V2 x − V1x )

= ρQ(V2 x − V1x )

= ρQ(V2 kosθ − V1 )

Daripada persamaan keterusan,

A1V1 = A2V2 = Q

Q 0 .3
V1 = = = 16.98m / s
A1 0.0177

Q 0 .3
V2 = = = 4.24m / s
A2 0.707

Maka,

FTx = 1000 × 0.3(4.24 kos 45 − 16.98)

= −4194.56 N

Jumlah daya dalam arah-y;

FTy = ρQ(V2 y − V1 y )

= ρQ(V2 sin θ − 0)

= 1000 × 0.3(4.24 sin 45 − 0)

= 899.44 N

Langkah keempat: Kirakan daya tekanan.

Daya tekanan dalam arah-x;

FPx = p1 A1 kos 0 − p 2 A2 kos θ


= p1 A1 − p 2 A2 kos θ

11
Daya tekanan dalam arah-y;

FPy = p1 A1 sin 0 − p 2 A2 sin θ


= − p 2 A2 sin θ

Untuk mendapatkan tekanan di bahagian keluar p2, persamaan Bernoulli digunakan.

2 2
p1 V1 p V
+ + z1 = 2 + 2 + z 2
ρg 2 g ρg 2 g

2 2
p 2 − p1 V1 − V2
= + z1 − z 2
ρg 2g

  16.98 2 − 4.24 2  
p 2 = 1000 × 9.81   − 1 + 100 × 10 3

 2 × 9.81  

= 225361.4 N / m 2

Maka,

FPx = p1 A1 − p 2 A2 kos θ

= 100 × 10 3 × 0.0177 − 225361.4 × 0.0707 × kos 45

= −9496.37 N

FPy = − p 2 A2 sin θ

= −225361.4 × 0.707 × sin 45

= −11266.37 N

Langkah kelima: Kirakan daya graviti.

Daya graviti hanya bertindak dalam arah-y. Maka,

FBy = − ρg × isipadu

= −1000 × 9.81 × 0.075

= −735.75 N

12
Langkah keenam: Kirakan daya tindakbalas.

Daya tindakbalas dalam arah-x;

FTx = FRx + FPx + FBx


FRx = FTx − FPx − FBx

= −4194.56 + 9496.37

= 5301.81N

Daya tindakbalas dalam arah-y;

FTy = FRy + FPy + FBy


FRy = FTy − FPy − FBy

= 899.44 + 11266.37 + 735.75

= 12901.56 N

Daya tindak balas;

2 2
FR = FRx + FRy

= 5301.812 + 12901.56 2

= 13.95kN FRy
FR
Arah daya tindak balas;

 FRy
θ = tan −1  
 FRx 
 12901.56  θ
= tan −1  
 5301.81  FRx
= 67.66 o
Daya pada paip adalah sama magnitud dengan daya tindakbalas tetapi dalam arah yang
bertentangan.

R = − FR
= −13.95kN

13
5.2.2 Daya Pada Nozel di Bahagian Keluaran Paip.

(a) (b)

Rajah 5.3: (a) Keratan rentas nozel paip. (b) Isipadu kawalan dan paksi koordinat.

Pertimbangkan nozel paip yang mempunyai keratan rentas seperti yang


ditunjukkan dalam Rajah 5.3(a). Isipadu kawalan dan paksi koordinat ditunjukkan
dalam Rajah 5.3(b).

Daya keseluruhan sistem,


FT = m(V2 − V1 )

= ρQ(V2 − V1 )

Daripada persamaan keterusan,

Q = A1V1 = A2V2

Maka,

 1 1 
FT = ρQ 2  −  (5.16)
 A2 A1 

Daya tekanan,

FP = daya tekanan pada titik 1 − daya tekanan pada titik 2

Pada titik 2, tekanan P2 adalah sifar. Untuk mendapatkan tekanan P1 pada titik 1,
pertimbangkan persamaan Bernoulli pada titik 1 dan titik 2.
2 2
P1 V1 P V
+ + z1 = 2 + 2 + z 2
ρg 2 g ρg 2 g

14
Diketahui bahawa P2 adalah sifar dan tiada perbezaan ketinggian antara titik 1 dan 2.
Bermakna z 2 − z1 = 0. Maka persamaan Bernoulli dapat diringkaskan dalam bentuk,

P1 (
V − V1
= 2
2 2
)
ρg 2g

ρ
P1 =
2
(V 2
2
− V1
2
)
ρQ 2  1 1 
= − (5.17)
2  A2 2
A1 
2

Maka,
ρQ 2  1 1 
FP = P1 A1 =  − 2  A1 (5.18)
2 A 2
A1 
 2
Daya tindakbalas,

FT = FR + FP + FB

Q FR = FT − FP − FB
 1 1  ρQ 2  1 1 
= ρQ 2  −  −  −  A1 (5.19)
A 2 A2 
 A2 A1  2  2 1 

Daya pada nozel adalah sama magnitud dengan daya tindakbalas tetapi dalam arah
yang bertentangan.

R = − FR

Contoh 5.3

Kirakan daya yang wujud pada sambungan sebatang paip yang berdiameter 58.5mm
yang disambungkan kepada sebuah nozel yang mengalirkan air pada 28.1m/s ke
atmosfera seperti dalam Rajah C5.3. Diameter muncung nozel tersebut ialah 17.5mm.
Abaikan kehilangan tenaga dalam nozel tersebut.

15
Rajah C5.3

Penyelesaian

Diberi V2 = 28.1 m/s, d2 = 17.5x10-3 m

Daripada persamaan keterusan,

Q = A2V2

πd 2 2
= V2
4

π (17.5 × 10 −3 )
2

= 28.1
4

= 6.76 × 10 −3 m 3 / s

Maka,

Q
V1 =
A1

=
(6.76 × 10 )× 4 −3

π (58.5 × 10 ) −3 2

= 2.52m / s

Daripada persamaan Bernoulli,

2 2
P1 V1 P V
+ + z1 = 2 + 2 + z 2
ρg 2 g ρg 2 g

16
Diketahui bahawa air dipancutksn ke atmosfera. Maka P2=0.

ρ
P1 =
2
(V 2
2
− V1
2
)
1000
=
2
(
28.12 − 2.52 2 )

= 391.63kN / m 2

Jumlah daya, FT ,

 1 1 
FT = ρQ 2  − 
 A2 A1 

2 1 1 
(
= 1000 6.76 × 10 −3  −3
− ) −3 
 0.24 × 10 2.68 × 10 

= 173.35 N

Daya tekanan, FP ,

ρQ 2  1 1 
FP = P1 A1 =  −  A1
2 A 2 A2 
 2 1 

1000(6.76 × 10 −3 )
2
 1 1 
=  − 2.68 × 10 −3
2  0.24 × 10 −3
( ) (2.68 × 10 )
2 −3 2 
 

= 1054.2 N

Daya yang wujud pada sambungan paip dan nozel,

Fx = FT − FP

= 173.35 − 1054.2

= −880.85 N (daya bertindak dalam arah ←)

17
5.2.3 Hentaman Jet Pada Plat

Hentaman jet pada plat merupakan satu lagi aplikasi persamaan momentum
yang penting dalam mempelajari asas kejuruteraan mekanik bendalir. Dalam pelajaran
ini kita akan melihat empat bentuk hentaman jet pada plat ini iaitu hentaman jet pada
plat rata yang pegun, hentaman jet pada plat rata yang bergerak, hentaman jet pada plat
condong pegun dan akhir sekali hentama jet pada plat condong yang bergerak.

i. Hentaman Jet Pada Plat Rata Pegun

Pertama sekali mari kita lihat kes hentaman jet pada plat rata. Pertimbangkan
Rajah 5.4 seperti yang ditunjukkan. Apabila jet air dikenakan pada sekeping plat rata
yang pegun, air akan dialirkan ke atas permukaan plat tersebut. Sebaik sahaja jet air
yang mempunyai halaju V1 dalam arah-x tersebut menghentam plat, halaju aliran V2
dalam arah-x akan menjadi sifar. Air yang dialirkan pada permukaan plat tersebut akan
bergerak dalam arah-y dengan halaju V2. Walau bagaimanapun, V2 mengalir dalam dua
arah yang bertentangan. Maka daya-daya tersebut saling menghapuskan satu sama lain.
Oleh yang demikian tiada sebarang daya yang bertindak dalam arah-y.

Rajah 5.4: Hentaman jet pada plat rata pegun

Daripada persamaan momentum,


FTx = m(V2 x − V1x )

= ρQ(V2 x − V1x )

18
Diketahui bahawa V2 x = 0 dan V1x = V1 . Maka,

FTx = − ρQV1 (5.20)

Untuk hentaman jet pada plat, daya tekanan adalah sifar kerana kedua-dua
kedudukan (awal dan akhir) terdedah kepada tekanan atmosfera. Bagi daya graviti
pula, nilainya adalah sifar kerana jisim air yang bertindak dengan graviti diabaikan.

Maka daya tindak balas yang dihasilkan oleh air pada plat tersebut adalah sama
dengan daya keseluruhan tetapi dalam arah yang bertentangan.

R x = − FTx = ρQV1 (5.21)

ii. Hentaman Jet Pada Plat Rata Yang Bergerak

Bagi plat rata yang bergerak, perhatikan Rajah 5.5 di bawah. Sama juga dengan
plat rata yang pegun, daya dalam arah-y akan saling menghapus antara satu sama lain
dan juga daya tekanan dan daya graviti adalah sifar kerana kedua-dua kedudukan
terdedah kepada tekanan atmosfera dan jisim air yang bertindak dengan diabaikan.

Rajah 5.5: Hentaman jet pada plat rata yang bergerak

Daripada persamaan momentum,


FTx = m(V2 x − V1x )

= ρQ(V2 x − V1x )

Diketahui bahawa V2 x = 0 dan V1 x = halaju relatif jet = V R = (V1 − U ) .

19
Maka,

FTx = ρQ(0 − (V1 − U ))

= − ρQ(V1 − U )
= − ρAVR (V1 − U )
2
= − ρA(V1 − U ) (5.22)

Untuk hentaman jet pada plat rata yang bergerak ini, analisis juga hanya dibuat
dalam arah-x. Maka daya tindak balas yang dihasilkan oleh air pada plat tersebut
adalah sama dengan daya keseluruhan tetapi dalam arah yang bertentangan.

R x = − FTx = ρA(V1 − U )
2
(5.26)

Contoh 5.4

Suatu jet air berdiameter 50mm memancut dengan kelajuan 6.3m/s pada sekeping plat
rata. Tentukan daya tindak balas yang bertindak pada plat tersebut jika:
a. Plat tersebut dalam keadaan pegun.
b. Plat bergerak dengan kelajuan 5m/s sama arah dengan pancutan jet.

Penyelesaian

Diberi,
π 0.05 2
A jet = = 1.963 × 10 −3 m 2
4

V1 = 6.3m / s

a) Daripada persamaan momentum, daya yang dihasilkan oleh jet pada plat
tersebut ialah,

FTx = − ρQV1

2
= − ρA jetV1

= −1000 × 1.963 × 10 −3 × 6.3 2

= −78 N

20
Maka daya tindak balas pada plat tersebut ialah,

R x = − FTx = 78 N

b) Jika plat tersebut bergerak dengan halaju 5m/s,

FTx = − ρA jet (V1 − U )


2

2
= −1000 × 1.963 × 10 −3 × (6.3 − 5)

= −3.317 N

Maka daya tindak balas pada plat tersebut ialah,

R x = − FTx = 3.317 N

Contoh 5.5

Suatu jet air berdiameter 22.5cm menghentam sebuah plat yang sedang dengan halaju
0.6m/s pada kadar 0.14m3/s. Plat tersebut bergerak sama arah dengan jet. Tentukan
daya tindak balas yang bertindak pada plat tersebut yang disebabkan oleh jet air.

Penyelesaian

Diberi,
π 0.225 2
A jet = = 0.0398m 2
4

Q 0.14
V1 = = = 3.52m / s
A jet 0.0398

Daripada persamaan momentum, daya yang dihasilkan oleh jet pada plat tersebut ialah,

FTx = − ρA jet (V1 − U )


2

2
= −1000 × 0.0398 × (3.52 − 0.6 )

= −339 N

Maka daya tindak balas pada plat tersebut ialah,

R x = − FTx = 339 N

21
iii. Hentaman Jet Pada Plat Condong Pegun

Untuk analisis hentaman jet terhadap plat condong, pertimbangkan Rajah 5.6(a)
di bawah. Apabila jet air dikenakan pada sekeping plat condong yang pegun, air akan
dialirkan ke atas permukaan plat tersebut. Sebaik sahaja jet air yang mempunyai halaju
V1 dalam arah-x tersebut menghentam plat, halaju aliran V2 dan V3 akan terhasil
mengikut kecondongan plat tersebut. Di sini komponen halaju dalam arah-x dan arah-y
akan terhasil.

Walau bagaimanapun, kita boleh meringkaskan analisis terhadap plat tersebut


dengan mengubah koordinat sistem seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah 5.6(b).
Perubahan kedudukan koordinat tersebut menjadikan V2 dan V3 akan terhapus antara
satu sama lain. Tetapi ini hanya boleh diguna pakai untuk nilai V2 dan V3 yang sama
sahaja. Jika pesongan air pada plat tersebut tidak sekata, V2 dan V3 harus
dipertimbangkan untuk analisis.

(a) (b)

Rajah 5.6: Hentaman jet pada plat condong pegun

Daripada persamaan momentum, daya yang diberikan oleh plat pegun ke atas
jet air dalam arah-x ialah,


FTx = m(V2 x − V1x )

= ρQ(V2 x − V1x )

Diketahui bahawa V2 x = 0 dan V1x = V1 kosθ .

22
Maka,

FTx = ρQ(0 − V1 kosθ )

= − ρQV1 kosθ (5.27)

Maka daya tindak balas yang dihasilkan oleh air pada plat tersebut adalah sama
dengan daya keseluruhan tetapi dalam arah yang bertentangan.

R x = − FTx = − ρQV1 kosθ (5.28)

iv. Hentaman Jet Pada Plat Condong Yang Bergerak

Untuk hentaman jet pada plat condong yang bergerak, terdapat dua arah
gerakan plat yang boleh terhasil. Pertamanya ialah gerakan plat yang sama arah dengan
arah jet seperti Rajah 5.7(a) manakala satu lagi yang boleh berlaku ialah gerakan plat
yang sama arah dengan paksi-x seperti Rajah 5.7(b).

(a) (b)

Rajah 5.7: Hentaman jet pada plat condong bergerak

Untuk plat yang bergerak sama arah dengan jet,


FTx = m(V2 x − V1x )

= ρQ(V2 x − V1x )

Diketahui bahawa V2 x = 0 dan V1x = (V1 − U ) kosθ .

23
Maka,
FTx = ρQ(0 − (V1 − U ) kosθ )

= − ρQ(V1 − U ) kosθ

2
= − ρA(V1 − U ) kosθ (5.29)

Untuk plat yang bergerak sama arah dengan paksi-x,


FTx = m(V2 x − V1x )

= ρQ(V2 x − V1x )

Dengan V2 x = 0 dan V1x = (V1 kosθ − U ) .

Maka,
FTx = ρQ(0 − (V1 kosθ − U ) )

= − ρQ(V1 kosθ − U )

 U 
= − ρAV1 − (V1 kosθ − U ) (5.30)
 kosθ 

Contoh 5.6

Suatu jet air berdiameter 25mm bergerak dengan halaju 6m/s menghentam sebuah plat
rata yang condong dengan sudut 30o dari paksi ufuk. Jika plat itu bergerak dengan
halaju 1.5m/s mengikut arah jet, (a) Kirakan daya tindak balas yang terhasil pada plat
tersebut. (b) Berapakah daya yang perlu dikenakan pada plat tersebut untuk
menghalangnya daripada bergerak.

Penyelesaian

Diberi,

π 0.025 2
A jet = = 0.5 × 10 −3 m 2
4

V1 = 6m / s

U = 1 .5 m / s

24
Daripada persamaan momentum, daya yang bertindak pada plat tersebut ialah,

FTx = − ρA(V1 − U ) kosθ


2

2
= −1000 × 0.5 × 10 −3 (6 − 1.5)

= −10.125 N

Maka daya tindak balas pada plat tersebut ialah,

R x = − FTx = 10.125 N

Untuk menghalang gerakan plat tersebut, halaju plat, U mestilah bernilai sifar. Maka,

2
FTx = − ρAV1 kosθ

= −1000 × 0.5 × 10 −3 × 6 2

= −18 N

Contoh 5.7

Suatu aliran jet seperti yang ditunjukkan dalam Rajah C5.7 dipancutkan pada suatu
permukaan plat rata yang licin. Plat ini membentuk sudut θ terhadap garis ufuk.
Tentukan daya yang bertindak pada plat yang disebabkan oleh pancutan air jika plat
dalam keadaan pegun. Tentukan juga dayanya jika ia bergerak dengan halaju 1/4 dari
halaju jet dalam arah yang sama dengan jet.

Rajah C5.7

25
Penyelesaian

Dengan menganggap plat licin, semua daya dalam arah-x menjadi sifar dan kesemua
permukaan yang terlibat berada pada tekanan atmosfera. Ini bermakna daya tekanan, Fp
menjadi sifar untuk semua arah. Dengan mengabaikan daya jasad, FB, daya yang terlibat
hanya FTy.


FTy = m(V2 y − V1 y )

= ρQ(V2 y − V1 y )

Diketahui bahawa V 2 y = 0 dan V1 y = V1 sin θ . Maka,

FTy = ρQ(0 − V1 sin θ )

= − ρQV1 sin θ

Jika plat tersebut brgerak dengan halaju 1/4 dari dari halaju jet,

U plat = 1 / 4V1

Daripada persamaan momentum, daya yang bertindak pada plat tersebut ialah,

FTy = − ρA(V1 − U ) sin θ


2

2
= − ρQ(V1 − 1 / 4V1 ) sin θ

9
=− ρQV1 sin θ
16

5.2.4 Daya Akibat Aliran Pada Ram Melengkung

Analisis daya pada ram melengkung hampir sama dengan analisis pada paip
bengkok. Malah analisis untuk daya pada ram ini lebih ringkas kerana tekanan pada
titik masukan dan keluaran adalah sama (tekanan atmosfera) dan juga halaju pada titik
masukan dan keluaran juga sama. Dalam mekanik bendalir asas ini kita akan melihat
dua jenis analisis pada ram melengkung iaitu untuk ram melengkung sendiri dan
aplikasinya dalan kejuruteraan iaitu pada roda Pelton.

26
Untuk analisis yang pertama, pertimbangkan Rajah 5.4(a) dan Rajah 5.4(b)
setelah kawasan isipadu kawalan dan paksi koordinat ditentukan di bawah.

(a) (b)

Rajah 5.4: (a) Hentaman jet pada ram. (b) Isipadu kawalan dan paksi koordinat

Daya keseluruhan dalam arah-x,

FTx = ρQ(V2 kos θ − V1 )


Q
tetapi V1 = V2 =
A
Q2
Maka, FTx = ρ ( kos θ − 1) (5.31)
A

Daya keseluruhan dalam arah-y,

FTy = ρQV2 sin θ

Q2
=ρ sin θ (5.32)
A

Untuk aliran pada ram melengkung, daya tekanan adalah sifar kerana kedua-
dua kedudukan terdedah kepada tekanan atmosfera. Bagi daya graviti pula, nilainya
adalah sifar kerana jisim air diabaikan.

Daya tindakbalas dalam arah-x,

FTx = FRx + FPx + FBx

FRx = FTx − FPx − FBx


Q2
=ρ ( kos θ − 1) (5.33)
A

27
Daya tindakbalas dalam arah-y,

FTy = FRy + FPy + FBy

FRy = FTy − FPy − FBy


Q2
=ρ sin θ (5.34)
A

Daya tindak balas,

2 2
FR = FRx + FRy

Arah daya tindak balas,

 FRy 
θ = tan −1  
 FRx 

Daya pada ram melengkung adalah sama magnitud dengan daya tindakbalas tetapi
dalam arah yang bertentangan.

R = − FR

Contoh 5.8

Sebuah plat melengkung telah memesongkan aliran air daripada jet berdiameter 75mm
kepada pesongan bersudut 45oseperti dalam Rajah C5.8. Jika halaju jet adalah 40m/s
dan bergerak dalam arah-x, kirakan daya tindak balas yang bertindak pada plat
melengkung tersebut.

Rajah C5.8

28
Penyelesaian

Diberi,

π 0.075 2
A1 = = 4.42 × 10 −3 m 2
4

V1 = 40m / s

Q = A1V1

= 4.42 × 10 −3 × 40

= 0.1767m 3 / s

A1 = A2 maka V1 = V2

Daripada persamaan momentum, dapatkan daya keseluruhan.

FTx = ρQ(V2 kos θ − V1 )

= 1000 × 0.1767(40 kos 45 − 40)

= −2070.17 N

FTy = ρQ(V2 sin θ − 0 )

= 1000 × 0.1767(40 sin 45 − 0)

= 4998 N

Daya tekanan dan daya graviti adalah sifar. Maka daya tindak balas pada plat
melengkung tersebut ialah,

R x = − FTx = 2070 N

R y = − FTy = −4998 N

29
Contoh 5.9

Sebuah ram melengkung diletakkan pada tapak yang tidak bergerak seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah C5.9. Jet air dengan keratan rentas empat segi berukuran
75mm lebar dan 25mm tinggi memancutkan air dengan halaju 25m/s pada ram
tersebut. Kirakan daya tindak balas dalam arah-x dan arah-y yang bertindak pada ram
melengkung tersebut.

Rajah C5.9

Penyelesaian

Diberi,

A1 = 0.075 × 0.025 = 1.875 × 10 −3 m 2

V1 = 25m / s

Q = A1V1

= 1.875 × 10 −3 × 25

= 0.0469m 3 / s

A1 = A2 maka V1 = V2

Daripada persamaan momentum, dapatkan daya keseluruhan.

FTx = ρQ(V2 kos θ 2 − V1 kos θ1 )

= 1000 × 0.0469(25 kos 25 − 25 kos 45)

= 233.44 N

30
FTy = ρQ(V2 sin θ 2 − V1 sin θ1 )

= 1000 × 0.0469(25 sin 25 − 25 sin 45)

= 1324.6 N

Daya tekanan dan daya graviti adalah sifar. Maka daya tindak balas pada plat
melengkung tersebut ialah,

R x = − FTx = −233.44 N

R y = − FTy = −1324.6 N

Analisis hentaman jet pada ram diatas boleh dikembangkan dan digunakan
untuk membuat analisis terhadap bilah turbin. Salah satu contoh yang jelas untuk
analisis hentaman jet pada ram ini dapat ditunjukkan pada analisis hentaman jet pada
roda pelton. Gambarajah sistem roda pelton ditunjukkan dalam Rajah 6.5 di bawah di
mana satu hentaman jet (biasanya air) dipancutkan pada bilah turbin tersebut dan
pantulan air ini akan berpecah kepada dua bahagian dengan sebahagian air akan
terpantul pada sebahagian daripada bilah dan satu lagi ke sebelah yang bertentangan.

Rajah 6.5: Susunan roda Pelton dan keratan rentas hentaman jet pada roda Pelton

31
Rajah 6.6: Isipadu kawalan dan paksi koordinat untuk sistem roda Pelton

Daya keseluruhan dalam arah-x,

V V 
FTx = ρQ 2 x + 2 x − V1x 
 2 2  (5.35)

tetapi,
V1x = −V1 dan V2 x = V2 kos θ

maka,
FTx = ρQ(V2 kos θ + V1 )

Daya keseluruhan dalam arah-y,

 V2 y V2 y 
FTy = ρQ sin θ − sin θ 
 2 2  (5.36)

Daya tekanan dan daya graviti adalah sifar kerana aliran terdedah kepada
amosfera dan jisim air pula diabaikan.

Daya tindak balas dalam arah-x,

FTx = FRx + FPx + FBx

FRx = FTx − FPx − FBx

= FTx − 0 − 0

= ρQ(V2 kos θ + V1 ) (5.37)

32
Daya yang bertindak pada bilah roda pelton tersebut mempunyai magnitud
yang sama dengan daya tindak balas tetapi berlainan arah.

R = − FRx

Oleh yang demikian bilah tersebut bergerak dalam arah-x. Dalam situasi
sebenar, bilah tersebut bergerak semasa hentaman dikenakan. Maka analisis yang
dibuat perlulah mangambil kira gerakan bilah tersebut. Untuk analisis bilah yang
bergerak, langkah-langkahnya adalah sama dengan analisis terhadap plat yang
bergerak.

33

You might also like