MENCEGAH KEMALANGAN DI BENGKEL Pencegahan bermaksud mengelak atau mencegah daripada sebarang kemalangan dari berulang dan mengurangkan

kemalangan. Pencegahan kemalangan adalah merupakan elemen yang perlu ada di dalam sistem pengurusan yang baik. Keselamatan ditakrifkan sebagai suatu keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan. la merupakan perkara untuk mencegah daripada berlakunya kemalangan. Pihak pengurusan dan pekerja hendaklah bekerjasama dengan ikhlas dan sepenuh hati di dalam usaha pencegahan kemalangan. Pihak pengurusan tertinggi menerajui segala usaha untuk meningkatkan keselamatan di tempat kerja. Satu polisi keselamatan yang jelashendaklah diadakan di setiap tempat kerja. Organisasi dan sumber yang diperlukan untuk menjalankan program danrancangan keselamatan perlu ada. Pengetahuan dan teknologi yang terkini hendaklah digunakan untuk mencegah kemalangan di dalam bengkel. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN Kemalangan berlaku kerana pekerja atau pelajar telah melakukan pekerjaan yang tidak selamat dan bekerja dalam persekitaran yang tidak selamat. Terdapat 5 langkah untuk mencegah kemalangan seperti: 1. Keadaan bengkel Para pelajar mestilah memastikan lantai berada dalam keadaan kering dan dibersihkan sebaik sahaja selesai bekerja. Hal ini kerana lantai yang kotor dan licin boleh mengganggu tumpuan kerja seseorang dan boleh mengakibatkan kemalangan. Oleh itu penjagaan lantai perlulah dititikberatkan untuk menjamin keselamatan di dalam bengkel. Selain itu peralatan yang tidak digunakan perlulah disusun ditempatnya semula. Ini dapat memudahkan barang tersebut dicari semula oleh orang lain apabila hendak menggunakannya. Serpihan logam yang tidak digunakan pula perlulah dibuang ke tempat yang dikhaskan. Seperti mana yang kita tahu serpihan logam amat berbahaya kepada diri kita dan orang lain kerana permukaannya tajam dan boleh membawa kepada luka yang dalam. Oleh itu serpihan logam tersebut perlulah diasingkan dengan betul. Kawasan kerja juga mestilah mempunyai susun atur yang baik. Hal ini dapat memudahkan seseorang itu mencari alatan yang diperlukan dengan cepat tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk menjumpainya kerana adanya susun atur yang baik. Selain
1

Disamping itu sistem pengalihudaraan dan pencahayaan perlu berfungsi dengan baik di dalam bengkel.itu ruang berjalan kaki juga mestilah bersih daripada segala lebihan projek dan alatan yang digunakan. bising dan panas. Hal ini dapat mengelakkan pelajar daripada tersepak atau terjatuh di atas lebihan projek atau alatan yang digunakan sehingga boleh mengundang kepada kecederaan. Hal ini kerana keadaan di dalam bengkel semasa bekerja sangat sesak. Oleh itu pencahayaan dan pengudaraan yang baik membantu menstabilkan semula keadaan di dalam bengkel agar sejuk dan selesa. Keadaan bengkel yang kemas Susun atur peralatan Keadaan bengkel yang sesak 2 .

2 (a) pahat yang selamat digunakan. Antara peraturannya adalah seperti yang berikut: • Elakkan daripada menggunakan peralatan atau mesin sekiranya tidak tahu kaedah penggunaannya. seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3. • Pastikan bahagian mesin yang berputar mempunyai pelindung keselamatan.3.3.3. Contohnya. Rajah 3. Jika salah menggunakannya atau mengendalikannya mungkin boleh menyebabkan kemalangan. (b) pahat yang tidak selamat digunakan 3 .1 Pemampat udara yang mempunyai pelindung • Pastikan peralatan dalam keadaan baik sebelum digunakan seperti dalam Rajah 3.4. Penggunaan peralatan yang telah rosak seperti pahat yang berkepala cendawan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat penyerpihan logam pahat semasa memahat. Menggunakan alat-alat yang selamat Peraturan penggunaan alat dan kelengkapan juga perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan pengguna di tempat kerja. Rajah 3.2.

la merupakan suatu amalan untuk mencegah kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan atau keadaan yang membahayakan kepada: (a) Pekerja/pelajar • (b) Semasa menggunakan alatan tersebut Kakitangan • Semasa sedang memeriksa sesuatu alatan (c) Kelengkapan dan peralatan • Mengelakkan alatan daripada cepat rosak dan membahayakan apabila digunakan.5 bagi mengelakkan bahaya elektrik semasa digunakan. kikir berfungsi hanya untuk mengikir dan bukannya mengetuk • Pastikan peralatan yang rosak perlu segera dibaiki bagi mengelakkan kemalangan.3 Pemasangan soket tiga pin yang betul • Gunakan peralatan dan mesin dengan betul. 4 . Contohnya.3.• Pastikan setiap alat dan mesin mempunyai pembumian sempurna seperti dalam Rajah 3. Rajah 3. 3. Melatih pekerja Latihan keselamatan adalah menjurus kepada latihan dan orientasi pekerja ke arah tingkah laku bekerja secara selamat.

iaitu tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. Pakaian yang terlalu ketat pula menyukarkan pergerakan dan menyebabkan pemakai berasa kurang selesa untuk bekerja.bagi pekerja perempuan yang berambut panjang pula. terutamanya pada mesin yang sedang bergerak. Cara berpakaian juga perlu dititikberatkan bagi menjamin keselamatan pengguna ketika melaksanakan kerja. Pakaian perlindungan c. Peralatan perlindungan Pakaian Am Pakaian yang dipakai semasa bekerja hendaklah sesuai. topi keselamatan dan sebagainya. Bagi pekerja lelaki. Barang-barang tersebut hendaklah disimpan kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat tersangkut atau menjadi pengalir elektrik semasa litar pintas berlaku. Pakaian di tempat kerja boleh dikelaskan kepada tiga.4. rambut mestilah pendek dan kemas. iaitu: a. rambut hendaklah diikat supaya tidak tersangkut pada mesin yang sedang berputar. Barang perhiasan seperti jam tangan. Pakaian am b. Pekerja yang memakai tudung hendaklah menyisipkan tudung ke dalam baju. kasut.pakaian. Pakaian yang terlalu longgar boleh menyebabkan kemalangan kerana mudah tersangkut pada peralatan dan mesin. 5 . cincin dan rantai hendaklah ditanggalkan sebelum kerja dimulakan. Memakai peralatan perlindungan .

Sarung tangan yang sesuai perlu digunakan ketika memegang bahan kerja atau peralatan bagi mengelakkan kecederaan semasa kerja mengimpal. Kasut ini dapat melindungi kaki daripada terkena serpihan atau sekiranya ditimpa benda berat. Apron atau pakaian keselamatan yang diperbuat daripada kulit perlu dipakai bagi mengelakkan kecederaan pada tubuh ketika melakukan kerja mengimpal. Peralatan Perlindungan Alat pelindung keselamatan yang sesuai seperti gogal (semasa mencanai dan menggerudi) serta pelindung muka (semasa mengimpal arka) perlu digunakan. Penggunaan gogal Penggunaan pelindung muka 6 .Pakaian Perlindungan Kasut yang dipakai hendaklah mempunyai pelindung keselamatan. Hal ini kerana semasa proses penggerudian serpihan logam yang kecil akan beterbangan dalam bengkel. memotong dan merivet. Oleh itu penggunaan alat pelindung keselamatan sangat berguna semasa projek sedang dilakukan. Sekiranya alatan tersebut tidak digunakan dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan yang serius kepada tubuh badan. Sekiranya pelajar tidak memakai gogal tersebut serpihan logam tersebut akan mengenai mata dan menyebakan kecederaan. Tapaknya yang tebal juga dapat melindungi kaki daripada benda tajam dan tergelincir kerana tapaknya tidak mudah haus.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful