You are on page 1of 10

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH 2010

SK PUNANG LAWAS

No ATURCARA SKRIP PENGACARA


1. Ketibaan Mengumumkan Ketibaan Yang Berbahagia
Tetamu En. Matzinan Bin Hj Wahit
Jemputan Pegawai Pelajaran Daerah Lawas

2. Nyanyian Majlis dengan segala hormatnya memohon semua hadirin


berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih dan mempersilakan


semua hadirin, duduk.
3. Kata-kata Bismillahirrahmannirahim.
Aluan Assalamualaikum w.r.t dan salam satu Malaysia

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia
En. Matzinan Bin Hj Wahit
Pegawai Pelajaran Daerah Lawas

Yang Berusaha
En. Othman Bin Adol
Guru Besar SK Punang

Yang Berusaha
En. Awangku Kifni Bin Pengiran Matnor
Yang Dipertua PIBG SK Punang

Yang Dihormati

Ayahanda Penghulu, En. Reduan Bin Tahir


Penghulu Kampung Punang
Penolong-penolong kanan
Guru-guru, Ibubapa
dan, murid-murid sekalian.

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan


limpah kurnia-Nya, dapat juga kita berhimpun bersama-sama dalam majlis
yang bermakna ini, iaitu, Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah 2010
Sekolah kebangsaan Punang Lawas.

Bagi pihak jawatan kuasa sambutan majlis anugerah dan seluruh warga
SK Punang, kami mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibubapa
dan murid-murid ke majlis ini.
4. Bacaan Doa Al-Quran diturunkan sebagai penyuluh,
Membaca dikurnikan pahala dan juga rahmat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna
ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh Ustaz Wan Ahmad Nizam Bin Wan Mohammad.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Wan


Ahmad Nizam Bin Wan Mohammad atas bacaan doa itu tadi.
5. Ucapan Para hadirin yang dihormati,
Alu-Aluan
Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah merupakan acara tahunan sekolah
dengan tujuan untuk menyampaikan penghargaan kepada murid-murid
yang berjaya di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Acara ini juga
merupakan acara tradisi bagi setiap sekolah.

Para hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan dengan menjemput adik Noor Ezzatie Khairunisa Bt


Latip, wakil murid tahun 6 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik Noor Ezzatie Khairunisa Bt Latip.

Para hadirin yang dihormati,


Adat berbahasa menyampaikan pesan
Adat upacara menyampaikan ucapan aluan

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha


En. Othman Bin Adol, Guru Besar SK Punang untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Untaian madah kata aluan


Untaian ingatan sepanjang zaman

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En.


Othman Bin Adol di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Para hadirin yang dihormati,

Doktor tersilap mengubati, seorang pesakit mati…


Jika guru tersilap mengajar, Musnah satu Generasi…

Majlis ini diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha En. Awangku Kifni
Bin Pengiran Matnor, Yang Dipertua PIBG SK Punang untuk
menyampaikan ucapan beliau sepatah dua kata. Dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En.


Awangku Kifni Bin Pengiran Matnor, di atas ucapan beliau sebentar tadi.
6. Ucapan Terbang di awan burung jentayu,
Perasmian Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Majlis dengan rasa bangga dan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berbahagia En. Matzinan Bin Hj Wahit, Wakil Pegawai Pelajaran Daerah
Lawas, untuk menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya
merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah 2010 Sekolah
kebangsaan Punang Lawas.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Matzinan Bin Hj Wahit,
Pegawai Pelajaran Daerah Lawas, di atas ucapan perasmian beliau tadi.

7. Persembahan Para hadirin yang dihormati,

Kita serikan lagi majlis kita pada pagi yang indah ini dengan persembahan
daripada murid-murid SK Punang. Dipersilakan.

Terima kasih di ucapkan kepada para murid di atas persembahan yang


sungguh menghiburkan kita tadi.
8. Penyampaian Para hadirin yang dihormati sekalian,
Sijil & Hadiah
Amanat sudah diterima, persembahan pun sudah ditonton, maka tibalah
kita di acara yang dinanti-nantikan iaitu Penyampaian Sijil dan Hadiah bagi
(Pra Sekolah)
Tahun 2010 untuk anak-anak didik Sekolah Kebangsaan Punang.

Majlis kita pada hari ini dimulakan dengan Penyampaian Sijil dan Hadiah
untuk pra sekolah.

Bagi menyempurnakan majlis, dengan ini


dijemput ................................................................................... untuk
mengiringi ............................................................................................
..... untuk menyampaikan Sijil dan Hadiah kepada penerima.

Dipersilakan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bagi kategori ………………………………………….. (RUJUK BUKU PROGRAM)


Mendahului senarai, dipersilakan adik ……………………………….…………………

Tahniah diucapkan kepada penerima. Terima kasih diucapkan di atas


kesudian ……………………..…………………………………………………………………….
menyampaikan Sijil dan Hadiah kepada penerima sebentar tadi.

9. Penyampaian Para hadirin yang dihormati,


Sijil
Seterusnya adalah penyampaian Sijil Berhenti Sekolah Tahun Enam. Sijil
(Sijil Berhenti ini dianugerahi kepada semua murid Tahun Enam yang menamatkan
Sekolah Tahun
persekolahan mereka selama Enam tahun di SK Punang Lawas sebagai
6)
tanda tamatnya persekolahan peringkat Rendah dengan jayanya.

Untuk menyampaikan sijil bagi pelajar Tahun Enam,


dijemput ................................................................. selaku Guru Kelas
Tahun Enam.

Terima kasih diucapkan kepada .........................................................


atas penyampaian sijil sebentar tadi.
10 Persembahan Para hadirin yang dihormati,
.
Kita ceriakan lagi majlis kita pada pagi ini dengan persembahan daripada
murid-murid SK Punang. Dipersilakan.

Terima kasih di ucapkan kepada para murid di atas persembahan yang


sungguh menghiburkan kita tadi.
11 Penyampaian Para hadirin yang dihormati sekalian,
. Hadiah
Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah akademik untuk
(Akademik) Tahap 1 dan Tahap 2.

Bagi menyempurnakan majlis, dengan ini


dijemput ................................................................................... untuk
mengiringi ............................................................................................
..... untuk menyampaikan Sijil dan Hadiah kepada penerima.

Dipersilakan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bagi kategori ………………………………………….. (RUJUK BUKU PROGRAM)


Mendahului senarai, dipersilakan adik ……………………………….…………………

Tahniah diucapkan kepada penerima. Terima kasih diucapkan di atas


kesudian ……………………..…………………………………………………………………….
menyampaikan Sijil dan Hadiah kepada penerima sebentar tadi.

12 Penyampaian Para hadirin yang dihormati,


. Sijil
Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil
(Pengawas,
Ketua dan Penghargaan kepada Para Pengawas Sekolah, Ketua dan Penolong Ketua
Penolong Kelas Sesi 2010 serta Sijil Khas Pengiktirafan Nilam.
Ketua Kelas
Sesi 2010
serta Sijil
Khas Bagi menyempurnakan majlis, dengan ini
Pengiktirafan
Nilam)
dijemput ................................................................................... untuk
mengiringi ............................................................................................
..... untuk menyampaikan Sijil dan Hadiah kepada penerima.

Dipersilakan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Penyampaian Sijil Pengawas Sesi 2010. Sijil ini dianugerahi kepada


pengawas sekolah atas kepimpinan mereka di dalam menjalankan tugas
yang diberikan oleh pihak sekolah.

Untuk itu, dipersilakan adik ...................................... untuk menerima


sijil penghargaan.

***RUJUK BUKU PROGRAM***

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Seterusnya ialah penyampaian Sijil Penghargaan Ketua dan Penolong


Ketua Kelas Sesi 2010. Sijil ini dianugerahi kepada Ketua dan Penolong
Ketua Kelas atas kepimpinan mereka di dalam kelas masing-masing pada
tahun ini.

Untuk itu, dipersilakan adik ...................................... untuk menerima


sijil penghargaan.

***RUJUK BUKU PROGRAM***


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Khas Pengiktirafan Nilam.


Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang paling banyak membaca buku
pada tahun ini dan telah mencapai tahap yang telah ditetapkan. Jumlah
buku yang dibaca ialah sebanyak............... buah.

Penerima Anugerah Nilam bagi tahun 2010 ialah


adik .............................................................

***RUJUK BUKU PROGRAM***

Tahniah diucapkan kepada penerima. Terima kasih diucapkan di atas


kesudian ……………………..…………………………………………………………………….
menyampaikan Sijil kepada penerima sebentar tadi.
13 Hadiah- Para hadirin yang dihormati sekalian,
. Hadiah KAFA
Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah-hadiah kepada
para murid KAFA untuk Tahap 1 dan Tahap 2.

Bagi menyempurnakan majlis, dengan ini


dijemput ................................................................................... untuk
mengiringi ............................................................................................
..... untuk menyampaikan Hadiah kepada penerima.

Dipersilakan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bagi kategori ………………………………………….. (RUJUK BUKU PROGRAM)


Mendahului senarai, dipersilakan adik ……………………………….…………………

Tahniah diucapkan kepada penerima. Terima kasih diucapkan di atas


kesudian ……………………..…………………………………………………………………….
menyampaikan Hadiah kepada penerima sebentar tadi.
14 Penyampaian Para hadirin yang dihormati,
. Sijil & Hadiah
Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil dan
Hadiah Khas Akademik dan Ko-kurikulum dan juga penyampaian Sijil dan
(Sijil Dan
Hadiah Khas:
Anugerah Khas Pelajar Terbaik Keseluruhan 2010.

i) Akademik Bagi menyempurnakan majlis, dengan ini


ii) Ko-Kurikulum dijemput ................................................................................... untuk
mengiringi ............................................................................................
Sijil Dan
Anugerah Khas
..... untuk menyampaikan Sijil dan Hadiah kepada penerima.
Pelajar Terbaik
Keseluruhan
2010) Dipersilakan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Penyampaian Sijil dan Hadiah Khas Akademik dan Ko-kurikulum. Bagi


Anugerah Akademik ini diberikan kepada pelajar yang menunjukkan
kecemerlangan dalam Pembelajaran. Manakalah Anugerah kokurikulum
pula diberikan kepada pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam
bidang ko-kurikulum dan mewakili sekolah serta mengharumkan nama
sekolah.

i) Bagi penerima Sijil dan Hadiah Khas Akademik diberikan kepada


adik ...................................................................................

ii) Bagi penerima Sijil dan Hadiah Khas Ko-kurikulum diberikan kepada
adik ....................................................................................

***RUJUK BUKU PROGRAM***

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Majlis kini telah tiba di kemuncaknya, iaitu penyampaian Sijil dan


Anugerah Khas Pelajar Terbaik Keseluruhan 2010.
Penerima untuk anugerah ini adalah adik ……………………………………………..

***RUJUK BUKU PROGRAM***


Tahniah diucapkan kepada penerima. Terima kasih diucapkan di atas
kesudian ……………………..…………………………………………………………………….
menyampaikan Hadiah kepada penerima sebentar tadi.
15 Cenderahati Sebagai tanda terima kasih kami diatas kesudian Yang Berbahagia
. merasmikan majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil
dan hadiah, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang
berusaha En. Othman Bin Adol, Guru Besar SK Punang untuk
menyampaikan Cenderahati kenang-kenangan kepada yang Berbahagia
…………………………………………………..

Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.


16 Penutup Para hadirin yang dihormati sekalian,
.
Bagi pihak JK Pelaksana Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah 2010 pada
hari ini mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Para Hadirin
sekalian memeriahkan majlis ini. Pihak majlis sekali lagi merakamkan
setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia
kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis pada pagi ini.
Mohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang kami
mengacarakan majlis ini. Akhir kata, terimalah beberapa rangkap pantun
dari kami.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Bertemu berpisah resam kehidupan,


Teruskan juang lakarkan kenangan,
Berpisah di mata di hati jangan,
Moga muhibbah terus berpanjangan.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Seni Gubah indah bermadah,
Jambangan Bunga sedia harum;
Rasmi sudah, sijil dan hadiah pun sudah,
Bersurai sahaja kita yang belum.

Sekian, Sehingga kita bertemu lagi. Salam bahagia dan salam hormat dari
kami. Assalamualaikum WBt....

Akhir sekali,

Dipersilakan Yang Berusaha En. Othman Bin Adol, untuk


menjemput .................................................... dan tetamu jemputan ke
bilik jamuan.

Para Hadirin dipersilakan menikmati jamuan yang telah disediakan.

Sekian, wassalam.

You might also like