You are on page 1of 12

Pengenalan

Etnik adalah kelompok manusia yang terdiri daripada pelbagai kaum


yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa, adat resam dan tingkah laku
yang tersendiri meskipun berada di bawah sistem politik yang sama. 
Sudan merupakan negara multi agama dan etnik yang mamiliki
perbezaan kelas sosial ekonomi antara kaum Arab Bilad As Sudan dengan
nama rasmi Republik Sudan, saat ini dipimpin oleh Presiden Omar Hassan Al
Bashir sejak 30 Jun 1989.
Sejak meraih kemerdekaannya dari penjajahan Mesir dan Inggeris pada
1 Januari 1956, Sudan dilanda oleh berbagai ancamacam krisis. Dari sektor
ekonomi, meskipun Sudan adalah pengeksport bahan makanan dan minyak
bumi, tetapi pada tahun 1993, Sudan menjadi negara dengan jumlah pinjaman
terbanyak kepada bank dunia dan IMF. Untuk pertama kalinya, ekonomi
Sudan pulih pada tahun 2000-2001. Namun, hal ini tidak diikuti dengan
penyelarasan keamanan dalam negeri sehingga muncul pergolakan dalaman.
Rezim tentera menyokong pemerintahan yang berorentasi Islam telah
mendominasikan politik nasional sejak tahun 1956. Sudan telah terlibat dalam
dua perang saudara yang panjang pada abad ke-20. Konflik-konlik ini
berpunca dari masalah dominasi ekonomi, politik dan sosial. Perang saudara
pertama berakhir pada tahun 1972, kemudian berlaku lagi pada tahun 1983.
Pembahasan mengenai perdamaian antara utara-selatan dilaksanakan pada
tahun 2002 hingga 2004 dengan menandatangani pelbagai perjanjian.
Konflik separatis yang muncul di wilayah barat Darfur pada tahun
2003 mengakibatkan korban sehingga 200 ribu nyawa dan seramai 2 juta
orang terpaksa menderita sehingga akhir tahun 2005. Sudan juga telah
menghadapi gelombang ancaman yang besar dari negara-negara jiran,
khususnya Ethiopia dan Chad dan kurangnya dukungan pemerintah yang
menghalang bantuan kemanusiaan dari negara luar.
Sudan adalah sebuah negara terbesar di benua Afrika yang merdeka
pada 1 Januari 1956. Sudan masih dianggap sebagai bahagian dari timur
tengah kerana sebahagian besar penduduknya beragama islam dan berasal dari
keturunan Arab dan sejarah juga mencatat bahawa etnik Arab di Sudan
memegang peranan penting dalam pemerintahan Sudan dan mendominasi
ketenteraan. Negara Sudan sentiasa dihadapkan kepada masalah-masalah
dalaman, baik yang bersumber dari kemajmukan etnik mahupun perbezaan
agama.
Darfur dalam bahasa arab bererti ’Tanah orang Fur’ terletak di sebelah
barat Republik Sudan. Orang-orang Fur adalah orang muslim bukan arab.
Mata pencarian penduduk adalah pengembala ternakan yang sebahagian
besarnya adalah orang etnik Arab dan petani yang didominasi oleh penduduk
asli Afrika.
Populasi penduduk Sudan merupakan populasi yang paling berbeza
dengan negara-negara lain di benua Afrika. Hal ini adalah disebabkan adanya
dua kebudayaan besar iaitu ‘Arab’ dan orang Afrika berkulit hitam, dengan
ratusan kelompok etnik, suku dan bahasa yang bergabung sehingga membuat
persaingan politik semakin efektif.
Populasi penduduk Sudan hingga Julai 2008 dianggarkan seramai
40,218.455 orang. Dengan angka kelahiran sebesar 3431 kelahiran per 1000
jumlah penduduk dan kematan sekitar 1364 kematian per 1000 jumlah
penduduk. Penduduk Sudan berasal dari pelbagai kelompok etnik yang
berbeza iaitu etnik Afrika sebanyak 52%, Arab 39%, Beja 6% dan lain-lain
sebanyak 3%. Penduduk di wilayah utara Sudan majoritinya memeluk agama
Islam (70%), sebanyak 5% memeluk agama Kristian dan kebanyakkan
berdominasi di selatan Sudan, sementara 25% penduduk lainnya masih
berpegang teguh kepercayaan asli. Sebahagian besar masyarakat Sudan
berbahasa Arab, disamping masih juga menggunakan bahasa suku mereka
seperti Nubian, Beja, Ta Bedawie, Fur, Nuban dan juga dialek Nitolic dan
Nilo-Hamitic.
Perbincangan

Darfur adalah sebuah daerah terpencil dalam negara Sudan, kerana


secara geografinya wilayah ini terpisah dari ibu kota Khartoum. Sebelum
merdeka dari jajahan Inggeris, sistem pemerintahan Sudan adalah sistem
pemerintahan tempatan yang melibatkan pemimpin-pemimpin suku kaum
dalam pemerintah tempatan. Hal ini menyebabkan wilayah Darfur terabai dan
semakin buruk terutamanya dalam hal-hal kesihatan, pendidikan dan
infrastruktur. Keadaan ini terus berlanjutan sehinggalah Sudan mencapai
kemerdekaan pada tahun 1956.
Perang Sipil di Sudan terjadi pada tahun 1983 antara pemerintahan
pusat di Khartoum dengan jumlah terbesar pemberontakan Sudan People
Liberation Movement (SPLM) di wilayah selatan Sudan, pimpinan John
Garang. Ribuan warga Sudan menjadi pelarian dan pemerintahan dituduh
telah menghalangi pergerakan pertolongan untuk kem-kem pelarian di selatan.
Konflik terbesar Sudan selatan bersumber dari keputusan Khartoum dimana
memperlakukan tahanan yang tidak boleh diterima oleh warga selatan itu
sendiri. Hukum syariah islam ditubuhkan dan pemerintahan Sudan
mengusahakan terbentuknya sebuah negara islam. Konflik tersebut dapat
diselesaikan dengan kesepakatan damai antara kedua belah pihak yang
ditandatangani di Nairobi pada Januari 2005. Perjanjian damai tersebut
berjaya mengakhiri konflik berdarah yang telah berlangsung selama 21 tahun
di Sudan selatan serta menyebabkan 2 juta orang mati akibat kelaparan dan
serangan wabak penyakit. Kesepakatan tersebut tidak terlepas dari
ketidakupayaan UA sebagai pihak tengah yang bersengketa. Protokal
kesepakatan tersebut meliputi gencatan senjata kekal. Berdasarkan
persetujuan tersebut, Parti Kongres Nasional yang berkuasa di Khartoum dan
SPLM membentuk pemerintahan sementara dimana pembahagian hasil
minyak dan mengintegrasikan kekuatan ketenteraan di kedua-dua belah pihak.
Pada akhir tempoh pemerintahan tersebut, wilayah selatan telah memutuskan
untuk memisah dari menjadi sebahagian daripada Sudan.
Warisan pemerintahan kolonial sangat kuat pada pemerintahan Sudan
seperti Praktek, baik berdasarkan etnik mahupun agama. Pemerintahan sangat
didominasi oleh kaum Arab yang merupakan kaum majoriti di negara Sudan,
kaum peribumi atau kaum Afrika kurang mendapat tempat dalam politik dan
pemerintahan Sudan. Selain itu juga, pengaruh kolonial masih sangat kuat
pada sistem ekonomi Sudan, dimana pembangunan ekonomi hanya berpusat di
sebelah utara Khartoum. Wilayah selatan dan barat Sudan yang banyak
memiliki sumber alam yang melimpah seperti minyak, gas, emas, besi, perak,
kronium, marmar, granit, tembaga, uranium, nikel dan juga timah serta hasil-
hasil pertanian seperti kapas, padi dan rempah-rempah tidak mendapat
perhatian dari sumber yang mereka miliki sehingga menyebabkan ekonomi
wilayah selatan dan barat Sudan jatuh merudum.
Marginalisasi ekoknomi dan politik antara pemerintahan pusat dengan
daerah serta perebutan wilayah pertanian mendorong lahirnya koloni yang
dikenal dengan Darfur Leberation Front yang merupakan pemberontak di
wilayah Darfur pada tahun 1980. Konflik Darfur terawal pada 26 Februari
2003 ketika Darfur Liberation Front (DLF) menyatakan telah melakukan
penyerangan terhadap markas pemerintah di kota Golo, Jebel Marra. Mereka
menyerang balai-balai polis dan markas askar milik pemerintah di
pergunungan Marrah. Akhirnya pada 25 Mac 2003, markas askar milik
pemerintah di kota Tine yang terletak di perbatasan Chad berjaya ditawan.
DLF ini kemudian mengubah namanya menjadi Sudan Liberation Movement
(SLM) dan mengubah misinya untuk menuntut pemisahan wilayah Darfur dari
Sudan menjadi pembentukkan negara persatuan demokratis Sudan dengan
dasar persamaan, pembahagian kekuasaan, kesamarataan pembangunan,
kepelbagaian budaya dan politik, serta kesejahteraan moral dan harta benda
bagi seluruh rakyat Sudan. Kelompok ini kemudian menjadi kelompok
pemberontak di Darfur.
Pada Julai 2003, Sudan Liberation Movement / Army (SLM/A) dan
Justice and Equality Movement (JEM) mengangkat senjata melawan
pemerintahan pusat. Kelompok ini terdiri daripada petani yang
kebanyakkannya adalah orang muslim Afrika bukan Arab.
Anggota SLM adalah orang-orang Fur, Masalit serta suku Wagi Zaghawa,
sedangkan anggoa JEM adalah orang-orang dari suku Kobe Zaghawa. Mereka
menuntut penghentian kekejaman yang dilakukan oleh tentera Arab terhadap
penduduk etnik Afrika serta marginalisasi politik dan ekonomi di Darfur.
Setahun setelah itu, pemimpin kedua kelompak pemberontak itu bersama-
sama dengan pemerintahan Sudan serta wakil dari komuniti bersatu
berbincang di Geneva untuk mencari jalan bagi mengatasi krisis kemanusiaan
yang berlaku.
Untuk melawan pergerakan pemberontakan, pemerintah Sudan
menambah pasukan tentera dan mendukung penduduk tempatan untuk
membentuk satu kelompok yang dikenal sebagai ”Janjaweed” atau ’Iblis
Berkuda’. Anggotanya sebahagian besar adalah orang-orang Arab di Afrika
yang majoriti adalah penternak dan peladang. Pemerintah yang mendukung
Janjaweed menuduh penduduk bukan Arab melakukan pelanggaran hak asasi
manusia seperti pembunuhan, rompakan dan pencabulan di Darfur.
Kekerasan yang terjadi di Darfur berdasarkan data Human Rights
Watch (HRW) akibat olah Janjaweed dan berdasarkan keterangan yang
dikumpulkan dari NGO, tindakan Janjaweed didukung oleh pemerintah Sudan.
Para pelarian mengatakan bahawa pasukan pemerintah menyerang dari udara
dan Janjaweed pula menyerbu kampung di sekitar Darfur dan memutuskan
supaya pelarian untuk mencari perlindungan. Pelarian dari wilayah Darfur ini
melarikan diri ke Chad, sebuah negara tetangga Sudan yang wilayahnya
berdekatan Darfur, kem-kem pelarian di Darfur antara lain di Farchana dan
Bredjing. Menurut Kumpulan Krisis Antarabangsa, serangan ketenteraan oleh
pemerintahan tersebut tidak hanya semata-mata bertujuan untuk
menghancurkan pemberontakan dan melakukan pembersihan etnik Afrika,
tetapi ada tujuan lain di sebalik itu iaitu mengusir penduduk yang berada di
sekitar kawasan minyak bumi yang merupakan tujuan jangka panjang
pemerintah dengan alasan untuk pembangunan infrastruktur dan
memperkembangkan sumber minyak.
Penyerangan oleh Janjaweed yang sering mendapat bantuan langsung
dari pemerintah Sudan telah menyebabkan berpuluh ribu orang mati di Darfur
dan lebih dari dua juta pelarian menetap di negara jiran, Chad. Ramai
penduduk asal Darfur yang tinggal di kampung-kampung penetap mengalami
kekurangan zat makanan dan kelaparan sehingga mati. Pekerja sosial Darfur
menyangkal adanya bantuan di beberapa tempat di Darfur. Hal ini kerana
pemerintah Sudan menolak semua kekuatan PBB memasuki Sudan.
Genjatan senjata diantara parti telah ditandatangani di N’Djamena,
Chad pada 8 April 2004. Meskipun demikian, kekerasan tetap berlanjutan
walaupun misi tentera Uni Afrika telah disebar untuk mengawasi dari
gencatan senjata. SLM/A dan JEM berbincang dengan pemerintah Sudan
dibawah bantuan Uni Afrika, menghasilkan protokol-protokol tambahan
mengenai aspek kemanusiaan dan keamanan pada konflik 9 November 2004.
Malangnya perjanjian ini pun dilanggar oleh kedua-dua belah pihak.
Pembicaraan dilanjutkan lagi di Abuja pada 10 Jun 2005. Dalam perbicaraan
lebih lanjut ini mnghasilkan susunan keamanan, pembagian kekuatan dan
ekonomi.
Uni Afrika dengan dukungan dari Dewan Keamanan PBB, Amerika
dan komuniti antarabangsa lain mula untuk menyebarkan pengawasan yang
lebih luas dan pengamatan perang pada Oktober 2004. Dewan Keamanan PBB
telah melewati tiga revolusi iaitu Revolusi 1556, 1564 dan 1574. Ketiga-tiga
revolusi ini bertujuan untuk memindahkan pemerintahan Sudan kepada
Janjaweed, melindungi penduduk Sipil dan mengetahui keperluan perluasan
penyebaran misi Uni Afrika di Darfur.
Usaha-usaha mediasi yang dilakukan oleh Uni Afrika membawa
persetujuan damai antara pemerintah Sudan dengan kelompok pemberontak
(SLA), yang ditandatangani pada 5 Mei 2006 yang dipimpin oleh Minni
Arkou Minnawi di Abuja, Nigeria. Namun, PBB mengatakan bahawa
sebenarnya kekerasan meningkat secara dramatis ketika perjanjian ini
ditandatangani kerana perjanjian ini ditolak oleh JEM dan kaum pemberontak
lainnya.
Perjanjian tersebut berisi tentang pelucutan senjata pasukan Janjaweed dan
membubarkan kaum pemberontakan agar digabungkan ke dalam pasukan
tentera. Perjanjian ini dibicarakan lebih lanjut pada Januari 2007 oleh
Presiden Omar Al-Bashir dengan kesepakatan untuk mengadakan gencatan
senjata selama 60 hari.
Pada bulan Jun 2007, pemerintah Sudan setuju untuk bergabung
dengan penjaga pendamaian Uni Afrika – PBB di Darfur. Anggota Uni Afrika
menyatakan bahawa persetujuan tersebut merupakan langkah maju
pemerintah, tetapi beberapa pengamat lain mengingatkan bahawa mungkin
pemerintah mengingkarinya sama seperti beberapa perjanjian sebelumnya.
Sudan diberitakan telah memaksa agar anggota-anggota penjaga pendamaian
yang akan disebarkan di daerah Darfur. Misi PBB dan Uni Afrika di Darfur
(UNAMID) dimulai pada awal tahun 2008, namun pada bulan Mac hanya 9
ribu anggota saja yang ditempatkan di Darfur.
Konflik Darfur menyebabkan lebih 200,000 nyawa terbunuh manakala
2.5 juta lagi menjadi pelarian. Konflik ini berikutan pergaduhan sesama
penduduk Islam yang berlainan etnik antara suku Afrika dengan kumpulan
penduduk keturunan Arab yang memuncak pada 2003.
Janjaweed iaitu pasukan bersenjata dari puak Abbala Rizeigat (Arab
Badwi) dengan puak Fur, Zaghawa dan Massaleit yang mendiami Darfur.
Kesemua pihak yang terlibat dalam konflik di Darfur adalah terdiri daripada
orang Islam. Ini berbeza dengan konflik di selatan Sudan yang melibatkan
pihak muslim di utara dan Kristian di selatan.
Pihak Barisan Pembebasan Darfur atau nama lamanya Gerakan
Pembebasan Sudan yang ditubuhkan pada 2002 cuba memanipulasikan
pemikiran penduduk tempatan di Darfur untuk bangun memberontak
menentang kerajaan Sudan. Gerakan Pembebasan Sudan mendapat sokongan
negara Eritrea, negara musuh Sudan di selatan yang juga menyokong satu lagi
pemberontakan di selatan Sudan bagi menentang kerajaan Sudan di sebelah
utara.
Konflik darfur ini berpunca daripada beberapa faktor antaranya
bencana alam, masalah politik dan masalah keganasan serantau. Konflik ini
juga disebabkan oleh ketidakseimbangan pembangunan dan peluang
kehidupan di antara negara pusat bandar di sekitar Sungai Nil dan wilayah
pinggiran seperti Darfur.
Amerika Syarikat beriya-iya campur tangan dalam isu Darfur bagi
mengalihkan pandangan dunia terhadap pencerobohan Amerika di Iraq.
Setiap isu Darfur disiarkan di media antarabangsa. Pengarah Jabatan Undang-
Undang Antarabangsa dan Perjanjian kementerian luar negara Sudan,
Sirajuddin Hamid Yousuf telah cuba menghuraikan isu konflik Darfur di
Kongres Kesatuan Wanita Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur pada 2007.
Konflik di Darfur bukanlah pembersihan etnik atau pembunuhan
beramai-ramai. Profesor Davild Hoile dari pertubuhan Medicines Sans
Frontier menafikan tuduhan tersebut dan meminta sebarang bukti dan jika ada
supaya memerlukan kajian lanjut.
Majoriti penduduk Darfur adalah beragama islam, jadi mereka
mempunyai keseragaman dalam agama. Jadi bukan konflik yang berpunca
dari pertelingkahan antara agama sebagaimana sangkaan masyarakat dunia
selama ini.
Gaya hidup nomad masih diamalkan di Darfur. Persaingan antara
kumpulan penternak dan petani, rakyat keturunan Arab dan Afrika
mencetuskan konflik berdarah. Perebutan laluan perjalanan menjadi punca
tradisional mereka bertelingkah.
Mulanya puak-puak ini berebut sumber asli dan akhirnya berubah
menjadi isu politik apabila kerajaan dan media barat campur tangan.
Penemuan minyak di Chad yang bersempadan dengan Sudan dan eksploitasi
minyak di selatan Darfur menambahkan lagi ketegangan.
Tekanan ke atas kerajaan Sudan lebih teruk selepas tragedi 11
September 2001 yang mencetus perasaan ’Islamiphobia’ apabila Amerika
Syarikat dan Britain mensasarkan kemarahan kepada pemerintah pro islam
seperti Sudan. Regim Sudan serta merta berada di senarai teratas musuh
Amerika Syarikat.
Punca konflik Darfur meningkat pada Februari 2003 selepas dua
kumpulan bersenjata (Tentera Pembebasan Sudan) dan Pergerakan Keadilan
mula berperang dan menyerang kawasan pekan, pejabat kerajaan dan orang
awam. Keadaan menjadi tidak terkawal dan mencetuskan krisis pembunuhan
dan pelarian ke negara jiran. Negara-negara jiran seperti Eriteria dan Chad
bukan saja memberi bantuan bahkan membenarkan negara mereka menjadi
pangkalan utama kumpulan pemberontak. Kini Eriteria memainkan peranan
positif untuk menghasilkan perjanjian damai di Darfur.
Di Chad wujud hubungan etnik yang rapat antara pemberontak di
Darfur dan pemberontak di Republik Chad. Beberapa perjanjian telah dibuat
antara Sudan dan Chad bagi mengendurkan ketegangan.
Darfur adalah kawasan yang terpinggir di dalam Sudan, oleh sebab
itulah salah satu penyumbang kepada berlakunya perpecahan dan
pemberontakan. Ketidaksamarataan berlaku dari segi ekonomi, politik dan
sosial, disitulah akan mula timbulnya pemberontakan yang mula dianggap
kecil dan menggugat keamanan Sudan. Apabila berlaku campur tangan media
massa yang menggembar-gemburkan krisis tersebut, juga kerajaan mula
campur tangan kononnya untuk menyelesaikan tetapi mengambil kesempatan
terhadap krisis tersebut.
Krisis yang melibatkan ekonomi di Sudan dapat dilihat kerana rakyat
merasakan ketidaksamarataan dan ketidak adilan yang diterima oleh mereka.
Dapat dilihat krisis ekonomi yang berlaku di Darfur adalah sumber minyak
yang terdapat di Darfur, pemerintah cuba mengambil kesempatan ketika ingin
menghapuskan pemberontakan yang berlaku di Darfur dengan tujuan lain iaitu
untuk mengusir penduduk yang berada di sekitar kawasan minyak bumi
supaya pemerintah dapat memanfaatkan sumber minyak tersebut.
Konflik di Darfur lebih kepada pertelingkahan antara puak-puak dan
bekalan makanan yang tidak mencukupi di sana. Konflik darfur juga telah
mengakibatkan korban yang berpunca daripada kelaparan dan penyakit kerana
tidak dapat makanan yang diperlukan oleh badan untuk terus hidup.
Kawasan penempatan atau kawasan tempat tinggal penduduk Darfur
juga dalam keadaan daif seperti setinggan seolah-olah mereka bukan termasuk
di dalam negara Sudan, tidak dihiraukan sama sekali tentang kehidupan
mereka di sana.
Rumusan

Rumusan dari konflik yang berlaku di Sudan iaitu konflik Darfur ialah
dapat dirumuskan bahawa punca daripada operasi pembersihan etnik.
Masalah ini muncul dari keadaan sejarah masyarakat dan berkait rapat dengan
aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat.Terdapat juga analisis-analisis
yang mendakwa keadaan di Darfur bukan satu pembersihan etnik atau
pembunuhan beramai-ramai, ia semata-mata berpunca daripada perebutan
sumber bumi yang menunjukkan tanda-tanda kenapa Amerika Syarikat dan
banyak pihak lain yang turut campur tangan di dalam kekacauan di Darfur. Ini
kerana Darfur di wilayah barat sangat kaya dengan hasil-hasil bumi. Campur
tangan Amerika Syarikat juga kerana Darfur adalah pusat kegiatan islam yang
melaksanakan islam secara menyeluruh, ini sudah semestinya tidak disukai
oleh Amerika Syarikat. Punca yang menyebabkan Darfur menjadi konflik
yang dianggap serius adalah campur tangan dari pihak luar. Jika tiada campur
tangan dari pihak luar yang ada agenda-agenda mereka yang tersendiri, pasti
korban nyawa tidak banyak berlaku. Bantuan dalam mengembalikan
keamanan di Darfur adalah amat diperlukan untuk memulihkan krisis yang
berlaku seperti melakukan pembangunan semula infrastruktur seperti sekolah,
bekalan air, hospital dan tempat tinggal serta jaminan keselamatan perlu
dilaksanakan bagi menggalakkan pelarian kembali pulang ke kampung
halaman masing-masing. Hasil mentah bumi seperti jualan minyak oleh Sudan
juga perlu disalurkan untuk keperluan pembangunan di wilayah yang bergolak
dan juga untuk membangunkan negara Sudan. Oleh kerana itu, perasaan
perkauman itu mestilah dibendung dan dikawal demi menjamin keamanan
sesebuah negara itu sendiri.
Rujukan

i) http://www.scribd.com/revisi_bab
ii) http://ms.wikipedis.org/wiki/Konflik_Darfur
NAMA : MOHD ZAINI BIN MOHD ZAIN

NO. MATRIK : CI 100083

NO. IC : 870610-43-5255

TAHUN : 1

KURSUS : BIT

SUBJEK : HUBUNGAN ETNIK

You might also like