You are on page 1of 65

PKB 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN


KHAS
MENTAKSIR BAHASA LISAN
• Ujian diagnostik bacaan digunakan untuk
mendapatkan data yang sistematik bagi
membantu guru-guru mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan pelajarnya di
dalam perkembangan kemahiran
berkenaan.
• Tumpuan ujian adalah untuk mengukur
secara mendalam kelemahan pelajar
dalam sesuatu kemahiran.
• Dapatan ujian digunakan sebagai asas
untuk perancangan program intervensi
yang bersesuaian bagi setiap pelajar.

lina2009 2
Membaca boleh dilaksanakan dengan dua
cara
i.Bacaan secara senyap
ii.Bacaan bersuara (bacaan mekanis)

Disleksia – pelajar merngalami kesukaran


memproses komponen-komponen bunyi
dalam bahasa lisan.
Drake (1989) menyatakan bahawa masalah disleksia dirujuk
kepada beberapa ciri, antaranya: kesukaran belajar berbahasa,
ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak lancar
membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan
lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam
atau buku),mata menjadi penat setelah beberapa minit
menumpu pada tulisan, dan tumpuan yang terhad
(pendengaran dan pengamatan visual).

Antara permasalahan mereka adalah:


• Masalah dua perkataan yang berbeza bunyi (rendang- pokok,
rendang- makanan)
• Masalah mencantum bunyi lebih satu suku kata (lam+pu –
laaaam+ lupa suku kata kedua)
• Masalah terbalik- (buku- kubu, saya suka kek-kek suka saya)
lina2009 4
Pengujian bacaan mekanis
• Bacaan mekanis diuji melalui ketepatan sebutan dan
kelancaran membaca.
• Kesilapan-kesilapan yang mungkin berlaku:
• Kesilapan menyebut huruf kecil yang hampir sama bunyi
(b-d, t-d, m-n, p-q, p-d)
• Kesilapan menyebut huruf kecil yang hampir sama bentuk
(m-n, f-t, c-e, h-n, i-j, n-r, r-t)
• Tidak boleh menyebut bunyi konsonan bergabung (kh, ng,
ny, sy)
• Kesilapan menyebut perkataan (kakak-katak, perang-
parang)
lina2009 5
• Menterbalik perkataan (from-form)
• Keliru dengan orientasi huruf (u dengan n, m-
w, o-c)
• Keliru dengan huruf besar dan huruf kecil yang
berbeza bentuk (A-a, D-d, G-g,L-l, B-b, E-e, Q-
q, R-r)

lina2009 6
Kemahiran membaca
• Kemahiran memecahkan kod
- Pengajaran fonik dan suku kata

• Kefahaman
Soalan literal- soalan kefahaman yang mana
jawapan boleh didapati daripada petikan
bacaan
Soalan inferential- soalan kefahaman yang
memerlukan murid memikir jawapan
berdasarkan konteks petikan yang dibaca
lina2009 7
Bagaimana membantu murid mengatasi
masalah kefasihan membaca
• Membantu murid mengenal perkataan sight
words dengan cepat. Guna kad-kad imbasan.

• Menggunakan repeated reading.

• Menjalankan latih tubi.

lina2009 8
Pengujian menentukan tahap
bacaan murid
• Inventori bacaan-bacaan tidak formal
Petikan-petikan bacaan bergred disediakan.
Murid diminta membaca petikan yeng setaraf dengan
darjahnya(kebolehannya)
Jika masalah bacaan, turunkan tahap petikan.
• Senarai perkataan bergred
Guru menyediakan senarai perkataan bergred dari
tahun 1-6
Minta murid membaca senarai perkataan disediakan

lina2009 9
PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN
• KAEDAH ‘bottom-up’

- Contoh: mengajar ‘haiwan’


- Memperkenal nama haiwan dengan
menunjukkan gambar haiwan
- Mengaitkan perkataan nama haiwan dengan
gambar

lina2009 10
• KAEDAH ‘top-down’

• Contoh: mengajar ‘haiwan’


- Melawat tempat yang ada haiwan supaya
boleh mengenal haiwan.
- Berbincang pengalaman lawatan
- Membaca petikan berdasarkan perbincangan

lina2009 11
ISL Mentaksir bacaan
• Senarai semak
• Analisis ralat
• Pengujian berdasarkan kurikulum
- Kemahiran memecahkan kod
- Kemahiran mengenal perkataan
- Kefasihan membaca
- kefahaman

lina2009 12
ISL
• Menjelaskan bentuk-bentuk pentaksiran yang
digunakan untuk mentaksir kemahiran bacaan
• Memberi tunjuk cara bagaimana pentaksiran
dibuat dengan menggunakan senarai semak,
analisis ralat, pengurusan kurikulum
• Mengenal pasti ujian yang digunakan di
sekolah yang berkaitan kemahiran bacaan
• Membuat perbandingan soalan-soalan ujian
bacaan dan kefahaman yang dilaksanakan di
sekolah daripada pelbagai program khas
lina2009 13
• Pelajar dikehendaki menyediakan suatu situasi
bacaan mekanis dalam kalangan murid khas
dan membuat pentaksiran berdasarkan salah
satu cara berikut:
- Senarai semak/analisis ralat/pengujian
berdasarkan kurikulum

lina2009 14
Mentaksir kemahiran menulis
• Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-
lambang bunyi. (Kamaruddin, 1988)
• Kemahiran menulis berkait rapat dengan kemahiran
membaca. Di sekolah pengajaran menulis dan membaca ini
diajar secara serentak atau setidak-tidaknya secara selari
• Murid yang bermasalah penulisan sering kali membuat
kesilapan
- Bentuk huruf tidak konsisten saiznya
- Jarak huruf /perkataan yang tidak seimbang
- Kecondongan huruf atau perkataan yang tidak selari
- Salah ejaan
- Tulisan kotor- kerap memadam

lina2009 15
Kepentingan menjalankan ujian diagnostik
menulis.
• Mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan
pelajar dalam kemahiran menulis.
• Mengenalpasti punca kegagalan pelajar menguasai
aspek tertentu dalam kemahiran menulis.
• Membantu guru mengenalpasti kumpulan tertentu
mengikut kebolehan dan daerah kesukaran yang
dialami.
• Membantu guru merancang program pengajaran yang
khusus untuk menangani kelemahan yang dialami
Pelaksanaan pengujian menulis
Rujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah
Pengguasaan 3M)

Kemahiran yang diuji Contoh


Suku kata v a e I o u
Melengkapkan perkatan ma + _ _
dua suku kata
Perkataan kv + kv + kvk Gambar basikal ( _ _+
_ _ +_ _ _ )
Menulis perkataan dua suku Gambar kucing ( _ _+ _
kata ___)
lina2009 17
Glosori

• Diftong – au ai oi (dua vokal disebut


serentak)
• Vokal – a e i o u
• Konsonan – selain huruf-huruf vokal
• Vokal berganding – dua vokal yang di
antara dua konsonan disebut secara
berasingan (daun – da+un)
lina2009 18
PENTAKSIRAN SECARA PENULISAN

– Guru melaksanakan aktiviti


menyemak dan memeriksa tugasan
hasil penulisan pelajar.

1. Soalan dalam bentuk objektif


2. Soalan dalam bentuk subjektif

lina2009 19
Kemahiran menulis:
• Tulisan
• Ejaan
• Mengarang

lina2009 20
Masalah kemahiran menulis:
• Tulisan –
- masalah tulisan tangan (handwriting) ialah
masalah visual-motor.
- Kelemahan tulisan
• pembentukan abjad kurang memuaskan
• tiada ruang di antara perkataan
• jarak antara huruf/perkataan tidak seimbang
• abjad besar dan kecil bercampur
• kedudukan sebahagian abjad tidak selari
dengan garisan

lina2009 21
• salah ejaan
• tulisan kotor – kerap dipadamkan

lina2009 22
Mentaksir kemahiran menulis
• Senarai semak
• Pemerhatian
• Analisis sampel kerja
• Ujian rujukan kriteria
• Inventori ejaan tidak formal

lina2009 23
Ujian rujukan kriteria
 Taraf pencapaian yang dikehendaki daripada
seseorang murid dalam sesuatu bidang
kemahiran atau tajuk mengikut objektifnya.
Guru menetapkan kriteria dan standard
minimum yang mesti dicapai oleh murid
dalam pelajaran yang diuji. Keputusan ujian
dibandingkan dengan kriteria yang telah
ditetapkan

lina2009 24
Ujian rujukan norma
• Dirangka untuk membandingkan prestasi
seseorang individu dengan prestasi individu
yang lain dalam kumpulan sebayanya, atau
membanding prestasi satu kumpulan dengan
kumpulan yang lain.bertujuan agar
pemeringkatan dapat ditentukan mengikut
pencapaian masing-masing
 

lina2009 25
UJIAN
• Ujian ialah satu alat. Ujian ialah
bahan yang bertulis atau
bercetak atau terakam yang
telah dibentuk oleh guru untuk
menguji sesuatu kemahiran.

lina2009 26
KEBOLEHPERCAYAAN
• Kebolehpercayaan ujian merujuk
kepada soalan, adakah sesuatu
ujian itu mengukur apa-apa yang
diukur dengan tepat. Ketepatan
ujian bermaksud kepada ketekalan
atau konsistensi sesuatu ujian

lina2009 27
KEESAHAN
• Kesahan ujian merujuk kepada soalan, adakah
sesuatu ujian itu mengukur apa-apa yang
hendak diukur

lina2009 28
PERANCANGAN/CIRI UJIAN
•  Kebolehpercayaan dan kesahan ujian
• Ujian dijalankan mengikut prosuder yang ditetapkan
• Markah yang dicapai dalam ujian perlu ditukarkan kepada
skor standard.
• Unsur-unsur motivasi
• Refleksi
• Mencabar minda
• Menimbulkan celik akal
• Mengurangkan tekanan
• Menimbulkan kesediaan

lina2009 29
Mentaksir Matematik
• Murid perlu membanding kuantiti, bertemu
dengan pelbagai bentuk geometri, bergerak
menggunakan ruang, menyelesai masalah,
mengimbang blok mainan dll.
• Matematik membantu murid sedar akan
dunia luar di sekolah dan membantu mereka
membina asas kukuh.
• Murid sekolah rendah perlu memahami
kemahiran matematik

lina2009 30
Kemahiran matematik
• Kemahiran asas pra nombor
• Kemahiran komputasi
• Kemahiran aplikasi dan penyelesaian masalah

lina2009 31
Masalah matematik
• Mengenal pasti bentuk, pola
• Pengguasaan konsep nombor
• Pengguasaan operasi asas matematik

lina2009 32
Mentaksir matematik
• Senarai semak
• Inventori matematik tidak formal
- Mengenalpasti apakah kemahiran matematik
yang masih belum dikuasai murid
- Mendapat tahu siapa murid yang menghadapi
masalah matematik.
• Analisis ralat
• Penyoalan klinikal
• Ujian rujukan kriteria
lina2009 33
Ujian kumpulan
 Ujian yang boleh ditadbirkan kepada
sekumpulan orang

Ujian individu
 Ujian yang hanya ditadbirkan kepada
seorang individu dalam satu masa
 
lina2009 34
Ujian berdasarkan kurikulum
 Ujian yang dijalankan berdasarkan isi
kandungan kurikulum yang digunakan di
sekolah

Ujian formatif
 Ujian yang dijalankan untuk menguji
penguasaan kemahiran atau subkemahiran
sesuatu unit masih sedang diajar oleh guru.
Ujian dijalankan dengan kerap
 
lina2009 35
Ujian sumatif
 Ujian yang merumuskan pencapaian murid
selepas satu unit pengajaran telah dilakukan.
Biasanya satu gred akan diberikan sebagai
satu tanda pencapaian murid
 
Ujian saringan
 Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti
kanak-kanak berisiko menghadapi masalah.
Ditadbirkan kepada semua murid termasuk
murid normal
 
lina2009 36
Ujian rujukan norma
• Dirangka untuk membandingkan prestasi
seseorang individu dengan prestasi individu
yang lain dalam kumpulan sebayanya, atau
membanding prestasi satu kumpulan
dengan kumpulan yang lain.bertujuan agar
pemeringkatan dapat ditentukan mengikut
pencapaian masing-masing
 

lina2009 37
Ujian diagnostik
 Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti dengan
terperinci masalah yang dihadapi oleh murid iaitu
daerah kelemahan murid.

Ujian rujukan kriteria


 Taraf pencapaian yang dikehendaki daripada
seseorang murid dalam sesuatu bidang kemahiran
atau tajuk mengikut objektifnya. Guru menetapkan
kriteria dan standard minimum yang mesti dicapai
oleh murid dalam pelajaran yang diuji. Keputusan
ujian dibandingkan dengan kriteria yang telah
ditetapkan
 
lina2009 38
Ujian “speed”
• Ujian yang perlu dihabiskan dalam masa
yang agak terhad

Ujian “power”
• Ujian yang memberi masa yang agak lama
untuk dihabiskan. Biasanya item agak sukar
sedikit

lina2009 39
Alat-alat pentaksiran

 
 Rekod dan laporan berkaitan
latar belakang keluarga

 kesihatan murid
 prestasi akademik dahulu
 minat murid

 Sampel kerja
 analisis ralat (kesilapan dalam tulisan atau cetakan
 kualiti kerja

lina2009 40
• Pengujian
– Ujian rujukan norma
– Ujian rujukan kriteria
– Inventori tidak formal
– Kuiz
– Probe
– Analisis tugasan

• Pentaksiran portfolio

lina2009 41
• Pemerhatian

• Senarai semak
 
• Skala perkadaran
 
• Temu bual

lina2009 42
PENGUJIAN

• Merupakan satu proses pengukuran


pencapaian penguasaan pelajar dalam
suatu mata pelajaran di bilik darjah
dengan menggunakan ujian. Ujian adalah
alat ukur. Ujian digunakan bagi
mengukur kewujudan ‘penguasaan’
pelajar dalam sesuatu mata pelajaran

lina2009 43
 Ujian mengandungi satu set butiran berkaitan
dengan sesuatu mata pelajaran bagi meransang
pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan
mereka dalam mata pelajaran berkenaan. Tahap
penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan
dengan memberi markat kepada jawapan /
penguasaan kemahiran yang diberi. Pengujian
merujuk juga kepada satu teknik untuk
mendapatkan maklumat tentang perubahan
tingkah laku seseorang individu

lina2009 44
TUJUAN PENGUJIAN
• Mengesan hasil pembelajaran yang telah
dicapai
• mengesan kemajuan yang telah diperolehi
tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran
yang lain.
• mengesan kesulitan-kesulitan yang dihadapi
oleh murid.

lina2009 45
PENGUKURAN
 Suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai
angka kepada kewujudan sesuatu ciri. Dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah,
kewujudan ciri ‘penguasaan’ sesuatu isi mata
pelajaran yang diajar oleh guru kepada murid
dikuantifikasikan dengan memberi markat ujian
 Juga merupakan proses menentukan kuantiti /
takat pembelajaran murid dan keberkesanan
pengajaran guru.

lina2009 46
TUJUAN PENGUKURAN
• Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang
diperolehi
• Mengesan jenis-jenis kemahiran yang
diperoleh
• Mengesan kemajuan yang dicapai dalam
aspek-aspek pembelajaran yang lain.
• Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran
yang dihadapi oleh murid

lina2009 47
PENILAIAN
• Menurut Stuffflebeam (1971), penilaian
adalah proses mengenal pasti, memperoleh
dan menyediakan maklumat berguna untuk
mempertimbangkan sesuatu keputusan.
Penilaian juga merupakan perbezaan di antara
‘hasil yang diperolehi’ dengan ‘apa yang
diharapkan’.

lina2009 48
 Dalam P&P di bilik darjah, penilaian boleh
didefinisikan sebagai satu proses sistematik
untuk menentukan sejauh mana objektif P&P
dapat dicapai.

 Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu


proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat
sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau
tidak.
 
lina2009 49
TUJUAN MENGUJI DAN MENILAI
 
 Sebagai penggerak  Pensijilan

 Sebagai alat mencari  Bagi membuat ramalan


punca kelemahan  
   Bagi membuat klasifikasi
 Bagi mendapatkan  
maklumat balik  Pemilihan
   
 Penilaian
 Penyelidikan
 
 Pembelajaran lampau

lina2009 50
Dalam p.khas pentaksiran & penilaian
penting…
• Mendapat maklumat kem.kognitif
- kecerdasan
- memori
• kemahiran motor
- motor kasar
- motor halus

lina2009 51
• Kemahiran persepsi
- persepsi visual
- persepsi auditori

• Kemahiran akademik
- bacaan
- tulisan
- matematik

lina2009 52
• Kemahiran bahasa
- bahasa ekspresif (yang menunjukkan
perasaan)
- bahasa reseptif (kefahaman)
• Tingkah laku
• Keadaan sosio emosi

lina2009 53
Pentaksiran berdasarkan mata
pelajaran
1.Ujian rujukan kriteria
- merupakan sesuatu ujian yang kerap direka
oleh guru p.khas untuk menilai setakat mana
yang telah diajar kepada murid dalam satu
tempoh tertentu telah dicapai.
- biasanya kem. diuji hanya kepada satu aspek
sahaja. Guru akan tetapkan kriteria
pencapaian. Cthnya lulus 50% ke atas

lina2009 54
2. Analisis tugasan
 Untuk mengajar murid
menjalankan sesuatu tugasan
dengan jayanya, kemahiran kecil
yang masih tidak dapat dilakukan
oleh murid diajar. Kemudian
menguji tugasan tersebut.
lina2009 55
3. Analisis ralat
• Kesilapan yang dibuat oleh murid boleh
dijadikan sebagai petunjuk tentang kemahiran
yang masih belum dikuasainya. Murid akan
melakukan kerap kesilapan bagi sesuatu
kemahiran yang masih belum dikuasaainya.
Guru harus mengkaji ralat yang terdapat
dalam kerja latihan murid. Kenal pasti
kemahiran yang harus diajar.

lina2009 56
Pembinaan bahan pentaksiran
berdasarkan kurikulum
1. Inventori tidak formal
ujian yang dibina untuk mengukur setakat
mana murid telah menguasai kemahiran
yang terkandung dalam sukatan yang
digunakan di sekolah.

berdasarkan rujukan dibuat item-iten ujian


akan dibina untuk menguji murid

lina2009 57
Langkah-langkah membina inventori
tidak formal
• Tentukan dulu kemahiran dalam sukatan yang
anda ingin gunakan untuk menguji murid
• Kenal pasti bahagian sukatan yang sesuai
digunakan untuk ujian berdasarkan umur,
darjah dan tahap kebolehan murid
• Sediakan item-item ujian bagi setiap bahagian
sukatan dengan memberi tumpuan kepada
aspek-aspek penting setiap bahagian

lina2009 58
• Pastikan bahawa bilangan item-item
yang digunakan adalah dikawal

• Susunkan item-item soalan ujian


daripada yang paling senang kepada
yang paling susah

lina2009 59
2. Pentaksiran Portfolio
• Pentaksiran jenis ini dijalankan secara
berterusan
• Kelebihan pentaksiran ini saampel-sampel
kerja yang disimpan dalam portfolio boleh
menunjukkan kemajuan yang dicapai oleh
murid dengan ketara
• Sampel kerja dijadikan bukti pencapaian

lina2009 60
Garis panduan membina portfolio
• Senarai isi kandungan

• Penilaian guru terhadap kerja murid


- dalam bentuk jurnal
- dalam bentuk senarai semak
- dalam bentuk rakaman audio

lina2009 61
• Sampel-sempel kerja murid yang terpilih
- sampel kerja di peringkat permulaan
- sampel kerja selepas pengajaran dijalankan
- hasil kerja yang terbaik
- hasil kerja yang paling tidak memuaskan
- sampel kerja bagi kemahiran yang berlainan

lina2009 62
• Penilaian kendiri oleh murid

• Soal selidik tentang aspek-aspek berkaitan


murid
- laporan ibu bapa tentang tabiat kerja di
rumah
- laporan guru mengenai kemajuan murid

lina2009 63
3. Senarai semak
• Merupakan instrumen pengumpulan
maklumat yang berstruktur
• Satu senarai deskripsi (bersifat menghurai)
dan guru hanya menanda deskripsi yang
dianggap tepat berkaitan murid yang
ditaksirkan
• Soalan-soalan spesifik dikemukakan dan murid
hanya memilih jawapan mengikut pandangan

lina2009 64
4. Skala pengkadaran
 Agak sama dengan senarai semak
 Yang membezakan ialah senarai
semak hanya memerlukan murid
respon Ya/Tidak manakala skala
pengkadaran satu skala persetujuan
diberikan dan murid perlu memilih
darjah persetujuannya.
lina2009 65

You might also like