You are on page 1of 3

KERTAS KERJA KEJOHANAN TENPIN BOWLING PELAJAR-PELAJAR

PENDIDIKAN KHAS NEGERI SABAH 2011

Tarikh : 25 Mac 2011 (Sabtu)


Masa : 8.30 pagi-5.00 petang
Tempat : Pusat Bowling, Center Point, Kota Kinabalu.

1.0 PENGENALAN
Kejohanan Tenpin Bowling Pelajar-Pelajar Pendidikan Khas Negeri Sabah 2011 akan
diadakan pada 25 Mei 2011 bertempat di Pusat Bowling Center Point, Kota Kinabalu.
Kejohanan ini dirancang bagi mengeratkan hubungan di antara guru-guru dan murid-
murid di antara Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Selain itu,
dengan adanya aktiviti sebegini, murid-murid akan didedahkan dengan pengalaman yang
pastinya akan meningkatkan keyakinan diri yang tinggi kepada mereka. Program luar
sebegini juga akan memberi pendedahan kepada mereka untuk berinteraksi dengan dunia
luar sekaligus memberikan pengalaman yang lebih bermakna kepada mereka.

2.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk memperincikan senarai penyertaan
pelajar, senarai guru pengiring dan senarai perbelanjaan. Ia juga bertujuan untuk
mendapatkan sumbangan perbelanjaan mengurus bagi pasukan ini.

3.0 RASIONAL
Kejohanan Tenpin Bowling Pendidikan Khas adalah merupakan Kejohanan sukan
dalaman (indoor games) untuk pelajar-pelajar Pendidikan Khas. Kejohanan ini menjadi
medan untuk pelajar-pelajar ini menunjukkan bakat, kebolehan dan keupayaan bersaing
di kalangan mereka. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas dan Falsafah
Pendidikan Negara. Aktiviti seperti ini juga dapat membina proses sosialisasi, keyakinan
diri dan motivasi kepada mereka. Pertandingan dalam kejohanan ini bukan semata-mata
mencari siapa pemenang tetapi memberikan ruang kepada golongan ini untuk berinteraksi
sesama mereka, menilai pengurusan diri dan keupayan mereka dalam sukan.
4.0 TEMA
“ Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama “

5.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi peluang kepada pelajar Pendidikan Khas menonjolkan bakat, kebolehan
dan kemampuan dalam bidang sukan yang diminati.
4.2 Memberi peluang kepada pelajar Pendidikan Khas berinteraksi sesama mereka
dari sekolah atau institusi yang berlainan.
4.3 Berusaha membina keyakinan diri pelajar-pelajar Pendidikan Khas dalam proses
penerokaan dan interaksi dengan kawan dan persekitaran.
4.4 Mengharumkan nama daerah Ranau dalam bidang sukan dalaman (indoor games)
Pendidikan Khas di Peringkat Zon, Negeri dan Kebangsaan.

6.0 TARIKH DAN TEMPAT


6.1 26 Mei 2011(Sabtu) bertempat di Pusat Bowling, Center Point, Kota Kinabalu.

7.0 SENARAI PESERTA DAN GURU PENGIRING

BIL NAMA

01. Pn. Rose Boik (Guru)


02. Cik Nur Syuhada binti Sulaiman (Guru)
03. Cik Siti Nurhazliana binti Mohamed (Guru)
04. Bridget Galim (Pelajar)
05. Ronah Mogunsil (Pelajar)
06. Roy George (Pelajar)
07. Siti Norahzfezza binti Mohd Dahlan (Pelajar)

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA UNIT HARGA JUMLAH
SEUNIT (RM)

01. Yuran penyertaan 4 orang 35.00 RM 175.00


(Penganjur mengenakan
yuran termasuk makan dan
minum tengah hari)

02. Sarapan pagi dan minum 4 orang 15.00 RM 60.00


petang

03. Pengangkutan (sewa RM 300.00


Unser)

JUMLAH RM 535.00

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat mencapai
objektif yang dihasratkan. Semoga dengan hasrat yang suci ini, dapat membantu murid-
murid berkeperluan khas (murid-murid istimewa/cacat) membina keyakinan diri dan
masa depan yang lebih baik. Semoga juga dapat membuka minda dan persepsi positif
terhadap mereka di kalangan ibu bapa dan masyarakat.

You might also like