You are on page 1of 10

Banjir

Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas.
[1]
Wiktionary-logo.svg
Pengertian banjir dalam Wiktionary bahasa Melayu, sebuah kamus bebas.
Isi kandungan
[sorokkan]

* 1 Penyebab
* 2 Kesan-kesan
* 3 Kejadian-kejadian banjir yang terkenal
* 4 Lihat juga
o 4.1 Banjir mengikut negara
* 5 Rujukan
* 6 Pautan luar

Penyebab
Banjir daripada laut boleh menyebabkan limpahan kepada penebat banjir dan akan menyebabkan
benteng semula jadi ini musnah. Kawasan disebalik pertahanan pesisir pantai ini mungkin terdedah
kepada bahaya. Banjir daripada laut boleh disebabkan oleh ribut taufan, air pasang tinggi, tsunami, atau
gabungan unsur-unsur berkenaan. Oleh kerana kebanyakan komuniti masyarakat terletak berdekatan
dengan pesisir pantai, masalah ini menjadi ancaman utama di seluruh dunia.

Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan, selalunya kawasan rendah, ditenggelami dengan air. Banjir yang
buruk biasanya akan berlaku apabila air sungai melimpah tebing sungai berkenaan. Satu contoh kejadian
ini ialah pada bulan Januari 1999 di Queensland. Banjir berlaku apabila tanah dan tumbuh-tumbuhan
tidak dapat menyerap kesemua air. Air itu kemudian mengalir di atas tanah berkenaan. Air ini tidak dapat
ditampung oleh aliran sungai atau kolam semulajadi atau disimpan dalam tempat takungan air buatan
manusia.

Banjir adalah bencana alam yang kerap dialami di seluruh dunia. Oleh itu, ia adalah sukar atau mustahil
untuk mendapatkan polisi insurans bagi melindungi barangan serta harta yang rosak akibat banjir.

Kesan-kesan
* Kerosakkan fizikal- Struktur-struktur seperti bangunan rosak akibat air bah banjir. Tanah runtuh juga
mungkin berlaku.
* Bekalan air- Pencemaran bekalan air. Air bersih akan sukar dicari.
* Tanaman dan bekalan makanan- Kekurangan bekalan makanan akibat kemusnahan tanaman yang
dimusnahkan air banjir.[2]

Kejadian-kejadian banjir yang terkenal


* Banjir besar yang berlaku di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sumatera pada bulan Disember
2006 dan bulan Januari 2007 dianggap paling teruk dalam tempoh 100 tahun, menyebabkan lebih kurang
100,000 orang terpaksa tinggal di pusat pemindahan banjir di negeri Johor.
* Pada bulan Ogos 2006 banjir paling teruk berlaku di Habsyah.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Faktor-Faktor Berlaku Banjir


Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:-

1.Hujan yang berterusan.


Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan
rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga
menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.
2.
Proses pembandaran.
Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan
tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak
sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor
penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini
kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit
ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat
akan berlaku.
3.
Hakisan sungai.
Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula
jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan
lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh
dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Begitu juga
dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa
industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila
hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak
dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing
dan dengan ini banjir akan berlaku.
4.
Hutan tadahan.
Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu
hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu.
Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%.
Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses
pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku
kitaran air secara semula jadi.
5.
Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan
yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak
mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan
berlaku mengakibatkan banjir.
6.
Sistem perparitan tidak terancang.
Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang
dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari
parit menyebabkan banjir kilat berlaku.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Banjir

Angin Timur Laut bertiup dari Laut China Selatan sedang bermula. Masa inilah juga yang dikenali sebagai
musim tengkujuh. Secara automatis kita akan terbayang bagaimana lebatnya hujan yang akan turun. dan
yang paling membimbangkan ialah berlakunya banjir yang melibatkan nyawa dan harta-benda, istimewa
bagi negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung.

Kejadian banjir setiap tahun adalah perkara biasa kerana ia sudah menjadi peristiwa tahunan, tetapi jika
berlaku banjir besar seperti yang telah berlaku dalam tahun 1970 dan 1971 lalu, itu adalah satu soal lain
pula. Tetapi pengalaman banjir besar tahun 1970 dan 1971 (kira-kira 40 tahun selepas Bah Besar 1926),
orang begitu takut sekali bila menghadapi musim tengkujuh.

Beberapa buah negeri telah mula bersiap-siap bagi menghadapi banjir tahun ini. Begitu juga beberapa
alat pengesan banjir telah dipasang di negara kita untuk memberi amaran dan maklumat kepada orang
ramai jika berlakunya banjir. Walaupun pengetahuan sains dan teknologi telah banyak memberi
sumbangan kepada kesejahteraan hidup umat manusia, tetapi kita tidak harus melupakan atau
menganggap sepi akan beberapa petua atau tanda yang menjadi pegangan orang-orang terdahulu
daripada kita.

Daripada pengalaman saya sendiri, dalam banjir tahun 1970 dan awal tahun 1971, serta pemerhatian
saya selepas itu dalam tahun 1972, 1973 dan 1974, saya merasakan bahawa beberapa petua atau
tanda-tanda itu boleh dijadikan panduan tentang kedatangan banjir. Petua atau tanda yang pertama yang
telah diberitahu kepada saya ialah dengan memerhatikan kegiatan semut di rumah-rumah kita. Menurut
tanda ini --lama sebelum banjir besar itu berlaku --semut-semut yang biasanya hidup dan bersarang di
tanah atau pun di daam tanah akan keluar dengan banyaknya beramai-ramai memanjat tiang dan dinding
rumah kita. Semut itu akan terus naik ke atas dan menuju pokok-pokok yang berhampiran rumah kita.
Semut ini ialah dari jenis semut hitam, akan berbuat begitu sampai berbulan-bulan lamanya dengan tiada
putusnya berpindah sambil membawa telur dan makanan mereka. Peristiwa ini telah saya alami sendiri,
tetapi waktu itu saya belum lagi mengetahui apakah alamatnya.

Setelah banjir 1970 kemudian diikuti oleh banjir 1971 yang kecil sedikit, peristiwa semut pindah itu
berulang lagi. Dalam banjir tahun 1971, semut-semut itu hanya memanjat dan membuat sarang di dalam
laci-laci meja dan almari. Rupanya banjir tahun itu hanya mencecah lantai sahaja. Menurut kajian sains
semut adalah sejenis serangga yang amat sensitif terhadap perubahan yang berlaku disekitarnya. Jadi,
tidak hairanlah jika semut-semut itu telah dapat mencium 'kehadiran' air yang berlebihan di sekitar
sarangnya di dalam tanah itu menyebabkan mereka berpindah semuanya sebelum banjir berlaku.

Petua atau tanda kedua yang juga telah saya perhatikan ialah dengan melihat bintang Belantik. Menurut
seorang tua yang tinggal di Kampung Tanjung Belengu, Temerloh, Encik Yusuf, berumur lebih kurang 70
tahun berkata, jika banjir akan berlaku kedudukan bintang Belantik ini akan kelihatan tersangat rendah di
ufuk hampir dengan kaki langit. Jika kedudukan bintang ini tinggi, insyaAllah, banjir besar tidak akan
berlaku dalam tahun itu. Daripada pengalaman saya selepas itu, tanda tersebut adalah benar setakat ini.

Petua atau tanda ketiga ialah ketika kejadian banjir itu sudah terlalu hampir. Tandanya ialah apabila
kedengaran suatu bunyi seperti letupan yang kuat yang menggegarkan yang dipanggil "Kepala Air'. Bunyi
ini menandakan kepala air telah pecah dan banjir besar sudah pasti berlaku. Dari apa yang saya alami
dalam banjir tahun 1970, memang ada kedengaran bunyi apa yang dinamakan "Kepala Air " itu.

Tanda-tanda yang saya sebutkan di atas itu adalah antara beberapa tanda mengikut kepercayaan orang
tua-tua. Mungkin ada banyak lagi tanda seumpama itu. Sebagai petua atau tanda-tanda, tidaklah saya
mendakwa bahawa semuanya yang tersebut itu seratus-peratus benar dan boleh dipercayai, tetapi
sekurang-kurangnya ia boleh menjadi panduan kepada kita semua ketika menghadapi musim tengkujuh
yang akan datang ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

BANJIR DI SABAH
Di Sabah, kejadian banjir bukan merupakan suatu malapetaka yang sering berlaku pada setiap tahun. Ini
adalah kerana jumlah hujan tahunannya melebihi 2030 mm dan taburannya tidak sekata. Kawasan yang
menerima 2800 mm sepanjang tahun adalah di kawasan utara pantai barat Sabah. Kawasan-kawasan
kaki bukit menerima hujan di antara 2000 hingga 2800 mm. Sementara kawasan yang menerima hujan
kurang daripada 2000 mm setahun adalah kawasan Lahad Datu dan bahagian tenggara Banjaran
Crocker. Oleh yang demikian kawasan pantai barat Sabah dan pantai timur Sabah, adalah antara
kawasan yang banyak menerima hujan. Keadaan muka buminya yang rendah, menyebabkan ianya
sentiasa mengalami masalah banjir sekiranya berlaku hujan lebat. Antara daerah yang sering mengalami
masalah ini adalah Beaufort, Penampang, Papar dan Tuaran.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU BANJIR


Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:-

1. Hujan yang berterusan.

Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan
rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga
menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.
2. Proses pembandaran.

Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan


tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak
sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.

Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak sungai
dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila
hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung.
Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.
3. Hakisan sungai.

Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula
jadi dan pembuangan sisa domestik manusia.

Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis
tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai.
Seterusnya sungai akan menjadi cetek.

Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap
dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air
tersekat.
Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau
pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan
melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.
4. Hutan tadahan.

Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu
hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu.
Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%.
Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses
pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku
kitaran air secara semula jadi.

Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan
yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak
mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan
berlaku mengakibatkan banjir.
5. Sistem perparitan tidak terancang.

Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang
dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari
parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

PERISTIWA-PERISTIWA BANJIR DI SABAH


Tahun 1996

Ribut Greg yang membawa hujan ribut ke Sabah pada 26 December 1996 telah menyebabkan banjir di
bahagian utara timuran Sabah (Keningau) dan telah mengorbankan banyak nyawa. Kebanyakan mangsa
adalah rakyat Indonesia yang bekerja di daerah tersebut.

Hujan lebat berserta dengan angin kencang telah mengakibatkan air Sungai Liawan, Sungai Pampang,
Sungai Sinagang dan Sungai Bayayo melimpah tebingnya. Kawasan-kawasan lain yang turut menerima
ancaman ribut ini adalah Tuaran, Papar, Kota Kinabalu, Penampang, Tawau dan Sandakan.

Tahun 1997

Banjir kilat yang melanda ibu negeri dan Penampang pada 17 Mei 1997 menyebabkan kebimbangan dan
kesusahan serta kesesakan lalulintas di dalam dan sekitar bandar berikutan hujan lebat bermula selepas
jam 3.00 petang. Ia berterusan hingga lewat petang dan pada jam 8.00 malam.

Ramai pemandu terkandas di jalan-jalan, manakala para pejalan kaki enggan menaiki perkhidmatan
pengangkutan awam dengan pulang berjalan kaki.

Kebanyakan lokasi yang terlibat ialah kawasan-kawasan yang terdedah kepada banjir seperti Putatan,
Penampang, Luyang, Likas, Inanam dan Menggatal. Banjir ini berlaku disebabkan sistem perparitan yang
tidak sempurna.

Keadaan yang sama turut berlaku di Sandakan. Banjir ini dikatakan berlaku disebabkan oleh pembinaan
jalan yang menyebabkan parit-parit tersumbat. Kawasan yang terjejas adalah kawasan perumahan yang
mengakibatkan banyak perkakas rumah musnah.

Tahun 1999

Banjir yang paling teruk melanda Sabah berlaku pada 6 Januari 1999. Lebih 2000 penduduk di tujuh
daerah di Sabah telah dipindah ke beberapa pusat pemindahan sementara. Hujan lebat turun lebih 10
jam tanpa berhenti mengakibatkan banjir besar. Daerah Penampang yang merupakan kawasan yang
paling teruk dilanda bencana tersebut. Mengikut laporan, 57 kawasan di tujuh daerah terlibat itu adalah
Kota Kinabalu sebanyak 12 kawasan, Penampang (22), Papar (10), Kota Belud (7), Tuaran (5), Beaufort
(3) dan Keningau (3).

KESAN-KESAN BANJIR
Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa
kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah:

1. Kemusnahan Tanam-tanaman

Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara
tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini
akan merugikan para petani.
2. Kemusnahan Harta Benda

Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan
barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar
kepada penduduk.
3. Penyakit

Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku akan
menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata
tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria.
4. Kematian

Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan
berhampiran dengan sungai.
5. Kerugian Kerajaan

Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan
mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki
kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan
yang tinggi.

Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan
minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan sementara mangsa banjir.

CARA-CARA MENGATASI BANJIR


Pelbagai cara dijalankan, antaranya:

Menyediakan Sistem Perparitan

Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan.
Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.

Projek Pendalaman Sungai

Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan
sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses
pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan.

Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan
mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai
bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

Memelihara Hutan

Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah
terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat
dilakukan di lereng-lereng bukit.

Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh
dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.

Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan
perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan
dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini
dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan
air hujan dapat dilakukan.

Mengawal Aktiviti Manusia

Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri ke
sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya
aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.

Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak
dijadikan tempat pembuangan sampah.

Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan
hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga
harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Banjir

Maksud Banjir
Banjir ditakrifkan sebagai limpahan air dari tebing- tebing sistem saliran yang boleh menyebabkan
kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula, banjir
bermaksud keadaan air menenggalami atau menggenangi kawasan yang luas.

Di Malaysia, bencana banjir yang melanda boleh dikategorikan kepada banjir kilat atau rebut tropika dan
banjir monsoon. Banjir kilat biasanya berlaku apabila hujan lebih lebat daripada biasa berlaku dalam
tempoh yang tertentu. Banjir kilat akan surut dalam masa yang singkat. Banjir monsoon pula berlaku
dalam tempoh spesifik seperti musim Monsun Timur Laut ( Oktober hingga Februari) dan Monsun Barat
Daya ( Mei hingga Ogos). Banjir Monsun Timur Laut melanda pantai barat semenanjung Malaysia dan
banjir Monsun Barat Daya pula akan melanda seluruh Negara termasuklah Sabah dan Sarawak.

Punca- punca Banjir

Sebagai sebuah Negara yang beriklim tropika, kejadian banjir di Malaysia sentiasa berlaku setiap tahun.
Hanya lokasi dan negeri yang mengalami banjir bertukar

mengikut kekerapan hujan yang diterima.

Kekerapan hujan yang turun kini tidak lagi mampu ditampung oleh takungan air akibat kepesatan
pembangunan. Jika masalah pengurusan air tidak ditangani dengan cara yang betul, rakyat akan terus
berhadapan dengan masalah banjir. Bagi mengatasi masalah ini, adalah penting bagi semua pihak
memahami punca berlakunya banjir.

Terdapat enam punca yang boleh menyebabkan banjir berlaku, iaitu

1.
Hujan lebat sepanjang tahun
2.
Proses pembandaran
3.
Pemusnahan kawasan hutan
4.
Pemendapan kelodak di dasar yang tidak dirancang
5.
Pembungan sampah sarap ke dalam sungai
6.
Sistem peparitan dan saliran yang tidak dirancang

Kesan- kesan Banjir

Banjir merupakan isu yang hangat diperkatakan terutamanya apabila musim hujan. Hujan yang
berterusan membawa kepada pelbagai kesan terutamanya kepada manusia, infrastruktur dan
sebagainya. Ini mengganggu kehidupan normal manusia untuk menjalankan aktiviti- ativiti harian di
samping menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda.
Antara implikasi kejadian banjir ialah:

1.
Kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa
2.
Kemusnahan hasil tanaman dan binatang ternakan
3.
Kerugian pihak kerajaan
4.
Pencemaran
5.
Penyakit

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kejadian Banjir
1. Kawasan yang mudah dilanda banjir bagi Negara Malaysia adalah dianggarkan seluas 29,800 km
persegi ataupun 9% daripada luas tanah negara.

2. Banjir besar biasanya berlaku pada musim tengkujuh timur laut akibat hujan berlarutan di merata
tempat dan meliputi kawasan yang luas. Negeri-negeri Johor, Pahang, Terengganu, Pahang, Sabah dan
Sarawak sering menghadapi musim ini.

3. Negeri-negeri lain termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sering mengalami banjir kilat. Ciri banjir kilat adalah
peningkatan paras air.

Punca-punca berlakunya Banjir


2.1 Faktor semulajadi
a) Air pasang

Air sungai yang tinggi tidak dapat mengalir terus ke laut apabila bertembung dengan air pasang tinggi. Ini
akan mengakibatkan banjir berlaku khususnya di kawasan berhampiran laut seperti
Kelang, Telok Intan dan beberapa kawasan di Pulau Pinang.

b) Hujan
Kedudukan Malaysia di kawasan beriklim tropika secara lazimnya menerima hujan yang tinggi. Purata
hujan tahunan bagi Semenanjuang ialah sebanyak 2,500 mm dan bagi Sabah dan
Sarawak sebanyak 3,500 mm.

c) Saiz lembangan sungai


Saiz lembangan sungai yang besar akan menakung air larian yang banyak apabila hujan lebat. Sekiranya
kapasiti sungai tidak mengcukupi, banjir akan terjadi.

2.2 Perbuatan manusia


a. Pembangunan yang pesat tidak terkawal
b. Infrastruktur saliran tidak mencukupi
c. Pembinaan yang menghalang aliran sungai seperti pembinaan LRT.
d. Pembuangan sampah sarap yang tidak teratur.
e. Pembangunan di kawasan dataran banjir
f. Penyenggaraan sistem perparitan yang tidak sempurna.

Langkah-Langkah Bagi Mengatasi Banjir


a) Menubuhkan Suruhanjaya Tetap Mengawal Banjir .
b) Menubuhkan Mekanisme Bantuan Bencana Banjir
c) Menjalankan kajian lembangan sungai
d) Menjalankan kajian bagi mengenal pasti punca kejadian banjir serta merancang langkah-langkah yang
paling berkesan untuk mengatasinya.
d) Mengendalikan program kesedaran awam seperti kempen-kempen
e) Mewujudkan Sistem ramalan dan amaran banjir .

You might also like