You are on page 1of 3

Kebersihan Tempat Tinggal:

Keadaan longkang dan parit yang tidak dipelihara


dengan baik sudah tentu akan menyebabkan air tidak
mengalir dengan lancar. Sampah sarap yang dibuang ke
dalam longkang dan parit dengan sengaja juga akan
menyebabkan longkang mudah tersumbat. Kita
hendaklah sentiasa memelihara kebersihan persekitaran.
Jika kita abaikan kebersihan orang yang tinggal di
kawasan persekitaran tidak berasa selesa kerana
terganggu oleh bau busuk.

Kawasan persekitaran rumah yang dijaga dengan baik


sudah tentu mewujudkan suasana persekitaran yang
bersih, cantik dan harmoni. Apatah lagi jika dihiasi
dengan lanskap atau tanaman bunga-bungaan yang
cantik dan menghijau.

Tempat-tempat air bertakung boleh menyebabkan


pembiakan nyamuk. Orang akan mudah mendapat
penyakit denggi. Jangan biarkan nyamuk membiak di
tempat-tempat yang menakung air seperti bekas-bekas
tin, tempurung kelapa dan tayar terpakai.
Bagi menjamin kebersihan persekitaran pembuangan
sampah khas hendaklah disediakan oleh setiap rumah.
Kebersihan tempat pembuangan sampah juga perlu
diberi perhatian. Sampah-sampah perlu disimpan dalam
plastik khas.

Untuk keselamatan dan keselesaan bersama


tempat-tempat letak kereta di kawasan rumah
juga hendaklah bersih. Elakkan membuang
minyak di kawasan letak kereta dan longkang-
longkang. Buang minyak di tempat khas untuk
menjauhkan dari berlakunya kebakaran.
Jangan sekali-kali membakar bekas tin-tin dan
botol-botol minyak kerana ini boleh
mencemarkan udara.

Cara-cara menjaga kebersihan tempat tinggal ialah:


1. Bergotong royong membersihkan longkang dan
membuang sampah adalah tanggungjawab
bersama.
2. Rajin membersihkan persekitaran rumah akan
mententeramkan fikiran.
3. Membersihkan tempat-tempat air bertakung
boleh menjauhkan diri daripada terkena penyakit
berjangkit.
4. Membuang sampah di tempat yang disediakan
dapat mendisiplinkan diri supaya tidak jadi
pengotor.

Mengapa kita perlu mengamalkan cara hidup yang


sihat?????
- untuk menjaga kesihatan
- supaya tidak dijangkiti penyakit
- supaya tidak menganggu kita belajar
- untuk keselamatan dan keselesaan bersama
- agar kita tidak jadi pengotor
- kita tidak akan disukai orang ramai

You might also like