You are on page 1of 7

MOHAMMAD RAFSANJANI BIN HASHIM

901217-06-5509

KONTRAK SOSIAL SEBAGAI PEMANGKIN


PERPADUAN MASYARAKAT

Perbincangan berkaitan dengan kontrak sosial pernah diulas oleh penulis sebelum ini
dalam artikel bertajuk [Memahami Kontrak Sosial dan Kedudukannya Menurut
Perlembagaan Malaysia]. Apa yang jelas, ternyata selepas hampir 50 tahun
kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya
menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman.
Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya
menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Sesungguhnya
elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa
syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak
sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang
berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum.

Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu berbanding
kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di Malaysia
tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang
mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati
dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan. Menurut Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menyampaikan ucaptama
bertajuk `Cabaran Masyarakat Berbilang Agama, Bangsa dan Budaya‘ pada Sidang
Kemuncak Media Asia 2004. Beliau berkata bahawa:

“Setiap masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama perlu diikat
dengan satu kontrak sosial yang menyediakan rangka untuk perhubungan politik,
sosial dan ekonomi berdasarkan persetujuan bersama. Ia mengurangkan salah
faham dan konflik kepentingan serta membolehkan setiap orang menumpukan
kepada usaha meningkatkan hidup mereka dalam suasana aman dan harmoni”
[1]
MOHAMMAD RAFSANJANI BIN HASHIM

901217-06-5509

Walaupun isu-isu kontroversi kaum di Malaysia ditangani secara komprehensif oleh


pelbagai jabatan dan kementerian, dalam kerajaan pihak yang secara langsung
menguruskan isu perpaduan rakyat dan hubungan kaum ialah Jabatan Perpaduan dan
Integrasi Nasional. Dalam keadaan normal, setiap tahun kerajaan memperuntukkan
RM151 juta kepada jabatan itu untuk menganjurkan program-program bagi merapatkan
hubungan 26 juta rakyat negara ini yang berbilang etnik, budaya dan agama.[2]

Jika hubungan etnik mengalami kemerosotan, bayangkan berapa banyak peruntukan


yang terpaksa kerajaan gunakan bagi membetulkan semula hubungan kaum yang
bermasalah. Bayangkan pula kerugian yang terpaksa ditanggung dari segi ekonomi,
politik dan hubungan antarabangsa sekiranya persaingan etnik yang tidak terkawal
membawa kepada tercetusnya keganasan dan rusuhan perkauman.[3] Kontrak sosial
dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah. Permuafakatan yang dicapai telah
mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Parti
Perikatan dalam pilihan raya 1955.

Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap kontrak sosial
sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikan kepada
mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran.
Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu
yang sudah berlalu. Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi
mereka ia adalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa
masyarakat bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak sosial. Jika golongan
bukan Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat
bumiputera pula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang
hak istimewa orang Melayu.

Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem
kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula
harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak
orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin,
MOHAMMAD RAFSANJANI BIN HASHIM

901217-06-5509

lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling
memahami.

Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak
dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan. Penulis teringat
polemik berkaitan isu kontrak sosial ini yang pernah ditimbulkan oleh Jawatankuasa
Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) satu ketika dahulu
iaitu tentang 83 tuntutan yang antaranya menuntut agar semua orang Cina mendapat
semua perkara yang dianggap sebagai hak mereka dan menghapuskan hak istimewa
orang Melayu.[4] Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh bekas Presiden Gerakan,
Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik melupakan formula
kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan.
[5] Menurut beliau, formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India
merasa kecil hati.[6] Malah negara kita juga pernah gempar dengan kontroversi
berkaitan isu agama iaitu tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama
(IFC) dan usaha Kumpulan Artikel 11 yang giat berkempen ke seluruh negara atas
nama kebebasan individu untuk bebas beragama sehingga menimbulkan suasana
tegang dan kemarahan umat Islam setiap kali mengadakan kempen-kempen
penerangan mereka.[7] Ini adalah rentetan daripada polemik kes Lina Joy dan juga kes
perebutan mayat Moorthy, Nyonya Tahir dan juga terbaru Rayappan antara keluarga si
mati dan juga Jabatan Agama Islam.[8]

Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin keharmonian


kaum di Malaysia. Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak sedangkan
formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara perpaduan antara
kaum. Mungkin jika kontrak sosial ini dibincangkan secara terbuka akan memberi lebih
banyak kesan kepada setiap kaum di Malaysia. Ini kerana jika ini berlaku sudah tentu
orang Melayu akan memprotes dan ini sekaligus boleh menimbulkan ketidaksefahaman
dan sangsi dengan kaum lain. Oleh itu bagi mengelakkan rasa prejudus ini dan
mengelak perkara yang tidak dijangka adalah lebih wajar jika kita mengambil jalan
mudah dengan tidak membicarakan tentang kontrak sosial.
MOHAMMAD RAFSANJANI BIN HASHIM

901217-06-5509

Ulasan laporan artikel

Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang
hidup harmoni. Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang
etnik namun konflik antara kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah sehingga
menghancurkan negara.

Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia


berkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap
kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu,
kaum-kaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan
agama rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan
kerakyatan.

Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan


oleh sikap kaum-kaum yang ada di Tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah dan
perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang
ekonomi. Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang
perbezaan dan menjejaskan perpaduan.

Sekarang, negara kita sudah mencapai 53 tahun mencapai kemerdekaan dan


negara berada dalam keadaan aman makmur. Jika dilihat terdapat banyak aspek yang
mempengaruhi aspek kemakmuran ini. Salah satu yang utama adalah kontrak sosial.
Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara.
Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal
keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu,
kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk
menegakkan keadilan sosial di negara ini. Kita dapat lihat bahawa kontrak sosial ini
telah membawa kepada penyatuan semua kaum agar menghormati segala perkara
yang telah ditetapkan di dalam perlembagaan.
MOHAMMAD RAFSANJANI BIN HASHIM

901217-06-5509

Elemen-elemen yang terkandung di dalam kontrak sosial tersebut merupakan


perkara pokok bagi membantu serta pentadbiran negara kita dapat berjalan dengan
lancar. Jika elemen-elemen ini diragui serta dipersoalkan oleh mana-mana pihak, ianya
berkemungkinan akan mewujudkan perbalahan kaum. Sebagai sebuah negara yang
aman dan makmur, kita patut bersyukur kerana jika dibandingkan dengan negara lain,
konflik di antara kaum di negara mereka lebih rumit dan sukar diselesaikan dan
faktornya adalah kegagalan rakyat serta masyarakat untuk mematuhi serta
menghormati pada kontrak sosial yang telah ditetapkan.

Seperti yang telah ditegaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu
Tunku Abdul Rahman, orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu
banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri
yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbuat oleh orang Melayu. Sesungguhnya
ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak
sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada
mencapai kesenangan dan kejayaan.

Kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah yang dilakukan
secara baik .Dari sini kita dapat lihat bahawa Tunku Abdul Rahman sangat prihatin
terhadap masyarakat negara kita. Orang Melayu telah banyak mendapat banyak
keistimewaan tetapi kontrak sosial tidak sesekali melarang dan menyekat bangsa-
bangsa orang bukan Melayu daripada mendapat kejayaan dan kesenangan di negara
ini. Kita boleh melihat dalam elemen-elemen kontrak sosial melalui Perlembagaan
Persekutuan iaitu penggunaan bahasa Melayu di negara kita.. Seperti yang termaktub
dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan yang menyebut bahasa kebangsaan
ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-
undang oleh Parlimen. Ianya disertai dengan syarat iaitu tiada seorang pun boleh
dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau
daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain.Jadi, bahasa Melayu diiktiraf
sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain
MOHAMMAD RAFSANJANI BIN HASHIM

901217-06-5509

Ini menampakkan bahawa kontrak sosial ini tidak menindas semua kaum yang
terdapat di negara kita kerana semasa perjanjian sosial ini dilakukan, setiap orang
memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak
sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat
bernegara..

Bagi merapatkan hubungan kaum dan mengeratkan perpaduan 26 juta rakyat


negara ini yang berbilang etnik, budaya dan agama, pihak kerajaan telah menganjurkan
banyak program yang dikendalikan oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional.
Antara program yang dilaksanakan adalah program menyambut semangat patriotisme,
program promosi perpaduan, program integrasi wilayah kaum dan program
perhubungan komuniti. Sekarang juga kita dapat lihat bahawa terdapat banyaknya
aktiviti rukun tetangga iaitu bertujuan untuk memelihara, meningkat dan mengukuhkan
perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan
berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Melalui program ini, aktiviti seperti Hari Keluarga dapat dilaksanakan di setiap
kawasan perumahan dan kampung-kampung. Aktiviti ini adalah merupakan aktiviti
santai dan melibatkan semua akli keluarga tanpa mengira kaum serta seluruh keluarga
dapat meluangkan masa bersama-sama. Hujung minggu dapat digunakan sebaik
mungkin untuk mengukuhkan ukhuwah yang terjalin sesame insan. Rukun tetangga
juga mempunyai pelbagai tujuan lain seperti wujudnya kawasan rukun tetangga iaitu
mekanisma terbaik untuk memastikan keselamatan penduduk. Ianya berfungsi dengan
penduduk mengambil inisiatif melakukan rondaan pada waktu malam secara bergilir-
gilir. Kerjasama sesama penduduk dapat menjalinkan hubungan yang baik serta
masalah yang timbul dapat diselesaikan bersama.
MOHAMMAD RAFSANJANI BIN HASHIM

901217-06-5509

Kerajaan telah memperuntukkan sumber kewangan yang banyak bagi


menganjurkan program-program perpaduan dan masyarakat seharusnya
menghargainya. Jika hubungan etnik mengalami kemerosotan, negara terpaksa
berdepan dengan pelbagai masalah seperti masalah ekonomi politik dan hubungan
antarabangsa sekiranya persaingan etnik yang tidak terkawal membawa kepada
tercetusnya keganasan dan rusuhan perkauman. Justeru, rakyat di negara ini perlu
menghayati dan bersama-sama berganding bahu untuk memakmurkan negara dan
bukannya saling bermusuhan.

Kontrak sosial ini perlulah dipelihara dan dijaga rapi kerana fungisnya amat jelas
iaitu perpaduan di negara kita berjaya dipelihara. Masyarakat juga perlulah tahu tentang
kontrak sosial ini kerana ianya melibatkan tentang masyarakat dan negara dan
bukannya ambil mudah tentangnya. Isu kontrak sosial sepatutnya tidak lagi
dipersoalkan kerana ianya dapat menggugat keamanan negara. Sebagai contoh
berlakunya isu kontrak sosial ini yang pernah ditimbulkan oleh Jawatankuasa Rayuan
Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu), kenyataan yang dibuat oleh
bekas Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti
politik melupakan formula kontrak sosial antara kaum serta kontroversi berkaitan isu
agama iaitu tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan usaha
Kumpulan Artikel 11 yang giat berkempen ke seluruh negara atas nama kebebasan
individu untuk bebas beragama sehingga menimbulkan suasana tegang dan
kemarahan umat Islam setiap kali mengadakan kempen-kempen penerangan mereka.

Kontrak sosial ini tidak boleh dibincangkan secara terbuka kerana akan memberi
kesan sampingan kepada setiap kaum di Malaysia. Ini kerana jika ini berlaku sudah
tentu orang Melayu akan membantah dan ini sekaligus boleh menimbulkan
ketidaksefahaman dan sangsi dengan kaum lain.

You might also like