You are on page 1of 5

PERATURAN AM KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN 9 SEBELAH MSSM ZON TIRAM

1. NAMA PERTANDINGAN

Kejohanan Bolasepak MSSM Peringkat Umur 12 Tahun ke bawah MSSM Zon Tiram.

2. PENGELOLAAN

2.1 Tarikh : 31 Mac 2011 dan 1 April 2011


2.2 Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
2.3 Tempat : SK Sungai Tiram , Johor Bahru,Johor

3. UNDANG-UNDANG

3.1 Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-
Undang permainan bolasepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Sekolah-
Sekolah Malaysia ( MSSM ), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Johor ( MSSJ ), Persatuan
Bolasepak Malaysia ( FAM ) dan Persatuan Bolasepak Antarabangsa ( FIFA )

3.2 Kejadian yang tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :

3.2.1 Keputusan berasaskan kepada Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia-


Johor-Pasir Gudang .

3.2.2 Sebarang persoalan teknikal diputuskan berasaskan keputusan Jawatankuasa Teknik Bola
Sepak MSSM Zon Tiram, Undang-Undang Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) dan
Persatuan Bolasepak Antarabangsa ( FIFA )

3.2.3 Bagi peringkat umur 12 Tahun dan ke bawah, undang-undang bola menggunakan bola
bersaiz 4

3.3 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah
muktamad

4. PENYERTAAN

4.1 Setiap sekolah boleh mendaftar sekurang-kurangnya satu ( 1 ) pasukan sahaja.

4.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola akan menguruskan pengesahan penyertaan dan akan
menetapkan tarikh tutup tertakluk kepada keputusan atau arahan tertentu yang dibuat dari masa ke
semasa.

5. KELAYAKAN PEMAIN

5.1 Pemain mestilah terdiri dari murid sekolah yang bertanding atas nama sekolah yang didaftarkan
dan warganegara Malaysia.

5.2 Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada Jawatankuasa Pertandingan seperti
berikut :

5.2.1 Pemain Bawah 12 tahun perlu mengemukakan Salinan Sijil kelahiran yang disahkan
oleh Guru Besar / GPK sekolah berkenaan dan Borang R01 Pendaftaran Khas.

5.2.2 Kad Pengenalan dan dokumen JPN 1/9 dan JPN 1/11(yang disahkan oleh Ibu Pejabat
Pendaftaran) boleh diterima pakai sebagai bukti umur. Semua dokumen akan diperiksa
oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola pertandingan sebelum
bermulanya pertandingan.
5.3 Kelayakan pemain adalah seperti ketetapan berikut :

5.3.1 Pemain yang lahir pada dan selepas tahun 1999.

5.4. Sebarang pertelingkahan atas hak atau status mana-mana pemain akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pertandingan dan keputusannya adalah mukktamad

6. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI

6.1 Pendaftaran Pemain

6.1.1 Semua pemain hendaklah mendaftar dengan menggunakan Borang R01

6.2 Pendaftaran Pegawai

Setiap pegawai hendaklah mendaftar dengan menggunakan Borang R02

6.3 Pendaftaran Pasukan

6.3.1 Setiap pasukan boleh mendaftar seramai 15 orang pemain dan 4 orang pegawai dengan
menggunakan Borang R02 dikemukakan semasa hari pertama perlawanan.

6.3.2 Senarai pemain menggunakan Borang C 08 yang lengkap hendaklah diserahkan 1


salinan kepada Venue Koordinator Pertandingan sebelum perlawanan dimulakan.

6.4 Kesemua pemain boleh didaftarkan semasa perlawanan, 9 pemain ialah pemain utama dan bakinya
ialah pemain simpanan. Pendaftaran itu hendaklah sama seperti yang dinamakan semasa
mesyuarat pengurus pasukan.

6.5 Semua borang pendaftaran R02 hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau GPK sekolah
berkenaan.

7. SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Pertandingan ini akan dimainkan secara liga satu pusingan dalam peringkat kumpulan.

7.2 Johan dan Naib Johan peringkat kumpulan akan ke perlawanan Suku Akhir.

7.3. Pemenang peringkat Suku Akhir akan bertanding di peringkat Separuh Akhir.

7.4. Pemenang Separuh Akhir akan bertanding dalam perlawanan akhir manakala pasukan kalah akan
bertanding untuk menentukan tempat ke 3 / 4.

7.5. Peraturan permainan liga digunakan seperti ketetapan berikut :

7.5.1 Pemberian mata – Menang 3 mata, Seri 1 mata dan kalah 0 mata

7.5.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain setelah diberikan tempoh menunggu 10
minit dari masa bermain sebenar maka pasukan yang hadir akan diberikan kemenangan
percuma dengan memperolehi 3 mata dan 2 jaringan.

7.5.3 Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai mata
yang sama dalam liga kumpulan , maka akan diambil kira ketetapan seperti berikut :

a. Perbezaan jaringan, atau


b. Jumlah jaringan yang paling banyak, atau
c. Pemenang Perlawanan terdahulu, atau
d. Tendangan penalti.
7.4 Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri perlawanan ini,
dengan apa sebab jua pun, mata dan jaringan gol yang masuk atau kena dalam semua perlawanan
yang dimainkan olehnya tidak diambil kira.

7.5 Sekiranya dalam perlawanan secara kalah mati, terdapat keputusan seri setelah tempoh masa
bermain, maka masa tambahan hendaklah diberikan. Jika keputusan seri lagi, maka akan
ditentukan menerusi tendang dari tanda penalti atau mengikut budi bicara Pengurus Pertandingan

7.6 Sepakan Penalti

7.6.1 Pengadil akan menentukan gol dimana sepakan penalti itu ditentukan.
7.6.2 Pengadil akan membuat undian dan pasukan yang menang akan melakukan sepakan
dahulu.
7.6.3 Hanya pemain-pemain yang berada di dalam padang diakhir perlawanan dimasa
tambahan dibenarkan membuat sepakan penalti itu.
7.6.4 Tiap-tiap pasukan akan mengambil 3 sepakan penalti dengan cara berselang-seli.
7.6.5 Sepakan penalti dan penjaga gol pasukan lawan mestilah berada di luar kawasan penalti
itu dijalankan oleh pemain-pemain yang sedia ada di padang permainan.
7.6.6 Semua pemain lain hendaklah berada di kawasan bulatan tengah semasa sepakan penalti
dijalankan.
7.6.7 Penjaga gol simpanan boleh menggantikan penjaga gol yang cedera semasa sepakan
penalti dengan syarat pasukannya belum menggunakan bilangan maksimum pengganti
yang dibenarkan.
7.6.8 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa sepakan penalti itu dijalankan oleh
pemain yang sedia ada di padang permainan.

8. JANGKAMASA PERLAWANAN

8.1 Masa permainan seperti ketetapan berikut :

8.1.1 Masa permainan ialah 10 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat tidak
melebihi 1 minit

8.2 Tambahan masa permainan seperti ketetapan berikut :

8.2.1 Masa Tambahan ialah 3 minit bagi setiap separuh masa, dengan tiada masa rehat
diberikan

9. PENGGANTIAN PEMAIN

Semua pemain simpanan yang didaftarkan dalam satu pertandingan itu boleh diganti dalam satu
perlawanan termasuk dalam masa tambahan. Mana-mana pemain yang ditukar tidak dibenarkan bermain
semula dalam perlawanan yang sama termasuk tendangan penalti.

10. MINIMA PEMAIN

Setiap pasukan mestilah mempunyai minima 7 orang pemain sebelum memulakan sesuatu perlawanan.

11. PAKAIAN PEMAIN

11.1 Setiap pemain MESTI memakai alas kaki, stoking dan alas betis mengikut spesifikasi yang
dibenarkan.

11.2 Setiap pemain hendaklah memakai jersi dengan nombor yang sama seperti dalam pendaftaran.
Sebarang pengiklinan jenama rokok, minuman keras tidak boleh dipamerkan

11.3 Setiap pasukan hendaklah menyediakan 2 set jersi dan mewartakan warna jersi sebagai tuan rumah
dalam borang pendaftaran. Jika terdapat persamaan warna jersi, maka pasukan pelawat perlu
menukar jersi tersebut
11.4 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan di lengan dan sekiranya pemain tersebut keluar, maka
hendaklah diberikan kepada pemain yang mengambil alih tugas tersebut

12. JADUAL PERLAWANAN

12.1 Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan jadual pertandingan dengan masa memulakan
perlawanan mengikut kesesuaian dan persetujuan Teknikal Bolasepak MSSM Zon Tiram.

12.2 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh cuaca atau hal-hal
yang tidak dijangka atau perlawanan dihentikan akibat hal-hal luar kawalan kedua-dua pasukan,
maka perlawanan tersebut akan dimainkan semula pada satu masa yang ditetapkan oleh Pengurus
Pertandingan

13. PEGAWAI PERLAWANAN

Jawatankuasa Pengelola akan melantik pegawai-pegawai pertandingan bagi penguruskan perkara-perkara


teknikal setiap perlawanan. Setiap pegawai perlawanan hendaklah menyiapkan laporan untuk dikemukakan
kepada urusetia setelah tamat kejohanan

14. TINDAKAN TATATERTIB

14.1 Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan akan membincangkan perkara perkara yang berlaku setelah
menerima aduan bertulis daripada pengadil bertugas dan pasukan yang terlibat. Pengadil dan
pasukan berkenaan tidak akan mengambil bahagian dalam perbincangan atau undian sedang
dibincangkan

14.2 Hukuman secara otomatis, maka Jawatankuasa Tatatertib tidak akan bersidang untuk kesalahan
seperti ketetapan berikut :

14.2.1 Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran dalam masa pertandingan hendaklah
dengan sendirinya digantung daripada bermain bagi satu perlawanan selepas
perlawanan yang ianya terima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima 2 lagi
amaran selepas penggantungan, akan sekali lagi digantung daripada bermain untuk
satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran kedua. Apabila seorang
pemain menerima amaran keenam beliau hendaklah tampil ke Jawatankuasa
Tatatertib untuk tindakan yang sewajarnya

14.2.2 Seorang pemain yang diperintah keluar padang selepas menerima dua kali amaran
bertulis di dalam perlawanan yang sama akan digantung daripada bermain ( 1 ) satu
perlawanan berikutnya

14.2.3 Seorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata kesat
atau menunjukkan isyarat lucah walaupun pemain tersebut telah menerima amaran
bertulis sebelumnya, maka akan digantung daripada bermain ( 2 ) dua perlawanan
berikutnya

14.2.4 Seorang pemain yang diperintah keluar padang kerana berkelakuan biadap atau
bermain terlampau merbahaya walaupun pemain tersebut telah menerima amaran
bertulis sebelumnya, maka akan digantung daripada bermain ( 3 ) tiga perlawanan
berikutnya

14.3 Jawatankuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seseorang pemain dari terus mengambil
bahagian dalam kejohanan ini. Jika tindakan yang lebih keras dianggap perlu, maka perkara ini
perlulah dipanjangkan kepada Jawatankuasa MSSM Zon Tiram untuk tindakan seterusnya.
14.4 Semua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada sebarang
rayuan.
15. BANTAHAN

15.1 Bantahan terhadap keputusan atau kelayakan pemain mestilah dibuat secara bertulis kepada
Setiausaha Pengelola / wakilnya hendaklah diterima dalam tempoh masa ( 30 ) tiga puluh minit
selepas berakhirnya perlawanan tersebut beserta bayaran RM 200.00 ( Ringgit Malaysia Satu
Ratus Sahaja ). Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan tersebut tidak berjaya

15.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan perkara-perkara dan fakta yang dibuat oleh
pengadil di padang permainan

16. JURI RAYUAN

16.1 Pengerusi Teknik MSSM Daerah Pasir Gudang.


16.2 Pengerusi Teknik MSSM Zon Tiram.
16.3 Pengerusi Pengelola/Wakil
16.4 3 orang Pengurus Pasukan berkecuali

17. ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN

17.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan setiap pegawai,
pemain dan penyokong mematuhi etika dan tingkahlaku yang dihormati berdasarkan kepada
semangat sukan yang tulin

17.2 Tertakluk kepada pengesahan MSSM-JOHOR-PASIR GUDANG, Jawatankuasa Pengelola boleh


mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pegawai, pemain dan
penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan atau objektif pertandingan keseluruhannya.
Tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan pasukan, pegawai atau pemain dari
penglibatan bagi sebarang jangkamasa yang sesuai

17.3 Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain sama ada sengaja atau tidak sengaja adalah
bertentangan dengan etika permainan. Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan keluar
padang permainan adalah perbuatan biadab yang harus dielakkan dan tidak sepatutnya diamalkan

18. HAL – HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN

Peraturan Am MSSM Johor akan dirujuk.

You might also like