You are on page 1of 3

Laporan Pencemaran Udara.

Memandangkan dunia sedang berdepan dengan isu pemanasan global yang


semakin serius masyarakat diharapkan dapat menjadi pengguna yang perihatin
terhadap alam sekitar.

Persoalannya, sejauh manakah pencapaian kita sebagai pengguna yang lestari?


Setakat ini, tidak ramai yang begitu menitikberatkan perkara pencemaran alam sekitar .
Tahap kesedaran pengguna Malaysia masih rendah. Malah, mereka boleh dikatakan
masih berada di peringkat awal dalam meletakkan diri sebagai pengguna lestari. Alam
persekitaran kita sering dijangkiti daripada pelbagai pencemaran. Salah satu
pencemaran yang sering berlaku di negara kita ialah pencemaran udara. Baru-baru ini,
udara tercemar akibat peletupan nukleur di Fukushima, Japan.

Pencemran udara boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu, pencemarn primier
dan pencemaran sekunder. Pencemaran primier adalah pencemaran yang dihasilkan
oleh sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak lengkap dan
ia menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Pencemaran ini disebabkan oleh
ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap dan bahan
pencemar,penggunaan dapur arang ksayuyang tidak terkawal, pembakaran tidak
terkawal dan sebagainya. Pencemaran sekunder pula berpunca hasil daripada tindak
balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara.

Punca-punca berlakunya pencemaran udara ialah pelepasan asap kotor oleh


industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor dijalan raya,
letusan gunung berapi, pembakaran yang berleluasa dan sebagainya.

Kesan yang didapati melalui pencemaran ialah penipisan lapisan ozon, jerebu,
hujan asid, pemanasan bumi, kesihatan terjejas dan menimbulkan ketidak selesaan
terhadap manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan harta benda. System pernafasan kita
turut terjejas akibat pencemaran udara. Contohnya, gas-gas seperti karbon monoksida
akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan menyebabkan
kelambatan tindak balas manusia, penyakit lelah dan kurangkan fungsi paru-paru dan
boleh menimbulkan kerengsaan menyebabkan inflamasi paru-paru habuk,asap,kabus
dan wap menghalang penglihatan mata dan menjejaskan mata manuasia. Kajian yang
dibuat oleh pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) menyatakan bahawa sebanyak tiga
juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali
lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan.
Kesan terhadap tumbuhan pula adalah seperti mengalami kerosakan seperti
netrosis (keguguran daun) , klorosis (pertukaran udara) dan pertumbuhan terbantut.
Disebabkan kerosakkan tumbuhan, bumi menyalami kekurangan sumber makanan dan
ekonomi sebahagian penduduk terganggu. Begitu juga dengan haiwanterancam dan
mati akibat dari pencemaran udara. Udara tercemar yang memasuki paru-paru haiwan
dan makanan dari sumber tumbuhan yang tercemar menyebabkan kematian haiwan.

Pencemaran udara juga menyebabkan berlaku pemanasan global akibat


penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya
matahari. Pendedahan secara terus kepada matahari boleh menyebabkan kanser kulit.
Pancaran matahari yang teruk juga menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan
ekosistem di dunia pada masa kini.

Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan
nitrogen oksida dengan air hujan. Seterusnya menjadi asid sulfuric dan asid nitrik. Asid
ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut
akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia.
Kesanya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh
menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga
meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya
tidak subur.

Selain daripada ini, kesan yang paling ketara dan sedang hangat dibincangkan
oleh seluruh negara kini adaalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan
rumah hijau. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon
dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak
menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan
persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian
pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem
terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak
normal.

Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah
mengurangkan jarak penglihatan akibat jerebu. Disebabkan jarak penglihatan yang
kurang,maka berlakunya kemalangan jalan raya.

Kesimpulannya, negara kita juga sedang dicemari oleh pencemaran udara.


Untuk mengurangkan masalah pencemaran dan menyelamatkan persekitaran semua
pihak harus bertanggungjawab untuk memulihkan keadaannya. Pihak-pihak yang harus
bertindak ialah, kerajaan, rakyat, pengurus kilang dan pemandu jalan raya. Dengan
kerjasama kita boleh mengatasi masalah pencemran udara.

You might also like