P. 1
surat setujuterima tender

surat setujuterima tender

|Views: 5,119|Likes:
Published by Yvonnekoh

More info:

Published by: Yvonnekoh on Mar 30, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/27/2013

pdf

text

original

Pengenalan

Setuju Terima Tender
1. Setelah kelulusan di terima daripada lembaga tender/jawatan kuasa khas dan kelulusan daripada perbendaharaan , pengeluaran surat setujuterima di keluarkan melalui borang JKR 203D – pindaan 4/2002. tender adalah terhad kepada kontraktor bumiputera, borang JKR 203D – pindaan 4/2002 hendaklah di sertakan dengan satu surat yang mengariskan syarat-syarat setuju terima tender tersebut. 2. Sebelum surat setuju terima di keluarkan, pengesahan hendaklah dibuat dengan jabatan/kementerian pelanggan mengenai peruntukan. 3. Surat setuju terima tender hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa. Kuasa bagi menandatangani surat setuju terima adalah sama dengan kuasa untuk menandatangani kontrak bagi pihak kerajaan. 4. Setelah ditandatangani , ia hendaklah di hantar kepada pretender yang berjaya melalui pos berdaftar. Salinan surat ini hendaklah juga di hantar kepada pihak –pihak yang di senaraikan di dalam surat setuju terima tender borang JKR 203D – Pindaan 4/2002 iaitu:i. Perkeso ii. Juruukur bahan yang terlibat
iii. Jabatan hasil dalam negeri

Surat Setuju Terima Surat Setuju Terima ialah surat yang mengesahkan penerimaan sesuatu tawaran berasaskan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam dokumen tender, draf dokumen kontrak yang telah dikeluarkan terdahulu, syarat-syarat yang telah dipersetujui di dalam Surat Niat dan syarat-syarat lain yang telah dipersetujui. Surat Setuju Terima hendaklah dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya setelah semua rundingan selesai dan persetujuan dicapai. Apa-apa syarat dan perubahan yang telah dipersetujui dalam rundingan hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam Surat Setuju Terima. Surat Setuju Terima ialah dokumen perundangan yang sah dan merupakan sebahagian daripada dokumen kontrak. tempoh untuk mengembalikan Surat Setuju Terima Kontraktor hendaklah menandatangani dan mengembalikan Surat Setuju Terima dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran tersebut. Tempoh lebih lama boleh diberikan tetapi hendaklah dihadkan kepada tempoh yang munasabah.

SETUJU TERIMA TENDER 15.1 Setujuterima tender boleh dibuat pada 2 peringkat; i. melalui Surat Niat (Letter of Intent) iaitu surat kepada kontraktor yang kandungannya meliputi hasrat untuk menerima tawaran kontraktor tersebut tertakluk kepada syarat-syarat dan keperluan-keperluan Kerajaan yang mesti dipatuhi oleh kontraktor melalui rundingan atau cara lain.Surat ini tidak mengikat kerajaan kepada satu perjanjian bahawa satu kontrak telah wujud.

ii. melalui surat setujuterima (Letter of Acceptance) iaitu surat pengesahan tawaran berasaskan kepada syarat di dalam dokumen tender atau apa-apa syarat yang telah dipersetujui yang berkaitan dengan kontrak tersebut. Surat ini merupakan dokumen perundangan yang sah dan sebahagian daripada kontrak. Surat ini dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya apabila semua perkara telah diselesaikan dan rundingan lanjut tidak diperlukan.

Bon Pelaksanaan Bon Pelaksanaan ialah satu bentuk jaminan yang wajib dan perlu disediakan oleh pihak kontraktor yang telah disetujuterima oleh pihak klien iaitu pihak kerajaan sebelum ia memulakan kerja di tapak. Nilai Bon Pelaksanaan adalah 5% daripada jumlah harga kontrak. Contoh pengiraan adalah seperti berikut: Katakan harga kontrak termasuk kos builders work dan prime cost adalah RM 1 Juta. Jadi nilai bon pelaksanaan ialah RM 1 Juta x 5% = RM 50,000.00 Terdapat dua jenis bon pelaksanaan yang boleh dikemukakan oleh pihak kontraktor iaitu Jaminan Bank atau Bank Guarantee dan Wang Jaminan Pelaksanaan atau Performance Sum Guarantee. Bon Pelaksanaan dalam bentuk Jaminan Bank adalah satu bon yang disediakan oleh pihak kontraktor dan dikeluarkan oleh bank-bank tempatan mengikut nilai 5% daripada jumlah harga kontrak. Tempoh jaminan tersebut adalah meliputi tempoh harga kontrak asal + tempoh kecacatan kerja + 1 tahun. Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) pula ialah satu kaedah alternatif penyediaan bon pelaksanaan sekiranya kontraktor gagal atau tidak dapat mengemukakan bon dalam bentuk jaminan bank. Cara pelaksanaan kaedah ini ialah melalui pemotongan bayaran interim sebanyak 10% sehingga ia mencapai nilai 5% dariapada harga kontrak. Bon Pelaksanaan ini hanya boleh dituntut oleh pihak kontraktor apabila Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dikeluarkan oleh pihak klien. Walaubagaimanapun nilai yang boleh dituntut hanya adalah separuh atau 2.5% dari nilai 5%. Manakala baki 2.5% nilai bon pelaksanaan hanya boleh dituntut oleh kontraktor selepas pengeluaran Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD).

Sekiranya pada tempoh Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dikeluarkan oleh pihak klien dan didapati pihak kontraktor mengemukakan bon pelaksanaan melalui Jaminan Bank. Ia perlu mengemukakan jaminan bank baru yang bernilai 2.5% dari harga kontrak untuk merangkumi dari Tempoh Siap Kerja sehingga Tempoh Kecacatan (DLP) berakhir.

Bon Pelaksanaan, Insuran Kerja, Insuran Liability Awam, Insuran “Semua Risiko Kontraktor (CAR)”, dan Perkeso

1 Bon Pelaksanaan Bon pelaksanan merupakan satu bentuk kewangan yang perlu di sediakan oleh kontraktor sebagai jaminan kepada kontrak. Jumlah nilai bon pelaksanaan ialah 5% dari harga kontrak. Ia boleh di sediakan dalam bentuk tunai, deposit perbendaharaan, draf bank,gerenti insuran atau bank yang diluluskan. Hanya gerenti yang di luluskan oleh bank atau syarikat insurans yang di luluskan oleh kerajaan sahaja diterima. Untuk menentukan gerenti bank atau insuran yang dikemukakan oleh kontraktor itu sah, pengesahan mesti di buat dengan bank atau syarikat insurans dengan menggunakan borang standard seperti di lampiran. 2 2. Insuran Kerja kontraktor adalah dikehendaki menginsuranskan kerja terhadap kerugian dan kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran , petir, letupan, rebut, taufan, banjir, tanah runtuh, tangki air pecah atau melimpah, radas atau paip, kapal udara dan alat –alat udara lain atau artikel yang gugur dari kapal udara, rusuhan dan kekacauan awam. Insuran tersebut hendaklah di laksanakan dengan pihak syarikat insurans yang diluluskan atas nama bersama kerajaan dan kontraktor. Jumlah yang perlu di insurankan ialah jumlah harga kontrak sepenuhnya dan di tambah sebrang amaun yang dinyatakan dalam lampiran kepada syarat-syarat kontrak atau di tempat lain di dalam dokumen kontrak. Insuran tersebut hendaklah meliputi keseluruhan tempoh siap kerja 3.Insuran Liability Awam Kontraktor di kehendaki menginsurankan liability yang berbangkit di sisi “ Comon law” terhadap kecederaan diri, kematian seseorang atau kecedaraan dan kerosakan harta benda yang berbangkit dari atas dalam masa pelaksanaan kerja. Insuran ini hendaklah dilaksanakan atau di

senggarakan atas nama bersama kerajaan dan kontraktor. Insuran tersebut hendaklah meliputi keseluruhan tempoh siap kerja termasuk tempoh liabiliti kecacatan dan di tambah tiga bulan empat belas hari. Walaupun had liability yang hendak di insurankan susah hendak di anggarkan, panduan mengenai had liabiliti yang di insurankan berdasarkan nilai kontrak untuk kerja dengan faktor risiko biasa adalah seperti berikut:HARGA KONTRAK HADLIABILITI SETIAP KEMALANGAN UNTUK BILANGAN KEMALANGAN YANG TIDAK TERBATAS Tidak melebihi RM 25,000 RM 10.000 RM 25,001 RM 50,000 RM 25,000 RM 50,001 RM 150,000 RM 50,000 RM 50,001 RM 250,000 RM 75,000 RM 250,001 RM 500,000 RM 100,000 RM 500,000 RM 1 Juta RM 150,000 Melebihi RM 1 Juta RM 200,000 Untuk kerja dengan risiko luar biasa seperti kerja kepada bangunan yang bersambung atau kerja terowong dan seumpanya, had liabiliti yang di nyatakan di atas hendaklah di naikkan kepada amaun yang lebih munasabah. 4.Insurans “Semua Risiko Kontraktor(CAR)”. Insurans “Semua Risiko Kontraktor (CAR)” boleh diterima sebagai ganti kepada insuran liability awam dan insuran kerja dengan syarat ianya menepati kehendak –kehendak yang sama.

PERKESO Kontraktor hendaklah mendaftar dengan PERKESO dan membayar caruman kepadanya dan /atau menginsurankan terhadap liabilitinya untuk membayar pampasan di bawah ordinan pampasan kerja,1952. Selain daripada mengemukakan bukti pendaftarannya sebagai majikan dengan PERKESO (dengan menegemukakan nombor pendaftaran beliau), kontraktor juga mesti mendapat insuran pampasan pekerja. Insuran tersebut hendaklah meliputi keseluruhan tempoh siap kerja termasuk liabiliti kecacatan di tambah 3 bulan dan 14 hari. Jumlah amaun yang hendak di insurankan ialah jumlah gaji pekerja yang tidak layak di lindungi di bawah skim PERKESO.

BON PELAKSANAAN Sebagaimana yang dinyatakan dalam Peruntukan Khas Kepada Syarat-syarat Kontrak, pentender boleh memilih untuk mengambil Bon Pelaksanaan dalam bentuk berikut:-

i) ii) iii)

Jaminan Bank Jaminan Insurans Wang Jaminan Pelaksanaan yang dikenakan sebanyak sepuluh peratus (10%) daripada setiap bayaran Interim sehingga mencapai jumlah lima peratus (5%) dari Harga Kontrak.

Pentender adalah dikehendaki menyatakan bentuk Bon Perlaksanaan yang akan diambilnya dalam Borang Tender iaitu samada bentuk Jaminan Bank / Insurans atau Wang Jaminan Perlaksanaan.

Ogos, 2009 CONTOH SURAT SETUJUTERIMA TENDER 1430H SURAT SETUJU TERIMA TENDER PEMBINAAN JAYA ZIRA SDN. BHD No. 14, Tingkat Satu Jalan Sulaiman Satu Taman Putra Sulaiman 03-42531202/1203 68000 Ampang, Selangor : 03-42531201 (Berdaftar dengan Bumiputera) Tuan, Tender Untuk : CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN FAKULTI KEJURUTERAAN BIOPERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN (RMKe-9) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR PAKEJ 2 – KERJA-KERJA BANGUNAN DAN KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITAN No. Kontrak : UTM/JB/PHB/FKBSK/28/2009 Dengan ini adalah diberitahu bahawa Tender tuan bagi kerja-kerja tersebut di atas berharga Ringgit Malaysia : Enam Puluh Lapan Juta Dua Ratus Ribu Sahaja iaitu RM68,200,000.00 telah dipersetujui, tertakluk kepada had, syarat dan perjanjian dalam Dokumen Tender yang menjadi asas Tender ini dan juga kepada surat ini. 2. Tuan akan dikehendaki melaksanakan Perjanjian Kontrak yang formal dalam sedikit masa lagi. Bagaimanapun, sehinggalah Perjanjian Kontrak yang formal PKK dalam Kelas "A "/ Syaaban

Tel : Fax Bertaraf

itu dilaksanakan, Tender tuan beserta Surat Setuju Terima Tender ini akan menjadi kontrak yang sah mengikat di antara tuan dan Universiti Teknologi Malaysia. 3. Tuan dikehendaki menyatakan pilihan kaedah Bon Pelaksanaan sama ada: (i) (ii) Jaminan Bank/Bank Islam/Bank Malaysia Berhad (BPMB) atau; Jaminan Syarikat Kewangan; atau Pembangunan

(iii) Jaminan Insurans/Takaful; atau (iv) Wang Jaminan Pelaksanaan yang dikenakan potongan sebanyak sepuluh peratus (10%) daripada setiap bayaran interim sehingga mencapai jumlah lima peratus (5%) Jumlah Harga Kontrak. 4. Tarikh Milik Tapak Bina, seperti yang disebutkan dalam Syarat-syarat Kontrak, ialah pada 26hb. Ogos 2009. Walau bagaimanapun, tuan hanya boleh memulakan kerja setelah tuan menyerahkan kepada Pegawai Penguasa perkara-perkara berikut: (a) Polisi Insurans Tanggungan Awam (iaitu insurans terhadap bencana kepada orang-orang dan kerosakan kepada harta) nilai insurans tidak kurang daripada RM2,000,000.00 Polisi Insurans Kerja : RM68,200,000.00 Nombor-nombor pendaftaran di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO)

(b) (c)

Walau bagaimanapun, bagi memulakan kerja-kerja dan bukan maksud lain, tuan boleh menyerahkan Nota-nota Liputan bagi maksud polisi-polisi insurans tersebut dan resit-

resit premium yang telah dibayar itu kepada Pegawai Penguasa. Tuan dikehendaki menyerahkan Polisi-polisi Insurans yang berkenaan (jika belum diserahkan) menurut perenggan 4 di atas, dalam tempoh tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari selepas Nota-nota Liputan diserahkan. 5. Sekiranya tuan memilih kaedah di para 3(i), 3(ii) atau 3(iii), tuan hendaklah menyerahkan Bon Pelaksanaan bernilai RM3,410,000.00 dan jikalau gagal dikemukakan pada tarikh milik tapak, Universiti Teknologi Malaysia berhak untuk melaksanakan kaedah Wang Jaminan Pelaksanaan. 6. Kegagalan tuan memulakan kerja dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh milik tapak akan mengakibatkan pengambilan kerja tuan di bawah kontrak ditamatkan sejajar dengan Fasal 51(b)(i) Syarat-syarat Kontrak. 7. Berdasarkan kepada Tempoh Siap Kerja yang ditenderkan selama Lapan Belas (18) bulan, Tarikh Siap untuk seluruh kerja-kerja di bawah kontrak ini ialah 25hb. Februari 2011. 8. Surat ini dihantar kepada tuan dalam tiga (3) salinan. Sila kembalikan salinan asal dan pendua yang telah ditandatangani oleh tuan dan disaksikan dengan sempurna di ruang yang berkenaan ke pejabat ini dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh surat ini manakala salinan ketiga adalah untuk simpanan tuan.

.............................................................. ( Tandatangan Pegawai ) Nama Penuh : PROF. DATO’ UJANG IR. DR. ZAINI BIN

Nama Jawatan

: NAIB CANSELOR

Untuk dan bagi pihak : MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI

Dengan ini yang bertandatangan di bawah ini bersetuju dengan syarat-syarat di atas dan mengaku penerimaan surat di atas dan salinannya telah disimpan.

....................................................... …........................................................ Tandatangan Kontraktor Tandatangan Saksi Nama Penuh: .................................. ……………. Nama Penuh : .....................

atas sifat ......................................... Pekerjaan : ......................................…. diberi kuasa dengan sempurnanya Alamat : ............................................... menandatangani untuk dan bagi pihak ......................................................... .... ......................................................... .... .............................................................. Materi atau Cop Kontraktor Tarikh : .............................................. Tarikh: ................................................

Rujukan

http://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/bon-pelaksanaan-insurankerja-insuran.html http://borak-qs.blogspot.com/2011/02/bon-pelaksanaan.html http://borak-qs.blogspot.com/2011/02/bon-pelaksanaan.html http://ukurbahan-qs.blogspot.com/2010/11/dokumen-tenderkontrak.html

  

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->