You are on page 1of 18

Meningkatkan Pemahaman Pelajar Dalam Tajuk Jamak Taksir Melalui Kaedah Lu

Batul-Lughawiah (Permainan Bahasa)


Oleh
Zarina Bt. Kasbon
SMK Seri Perkasa Hutan Melintang

Abstrak

Jamak Taksir merupakan salah satu komponen Nahu Saraf Bahasa Arab yang tidak
mempunyai kaedah yang khusus untuk memahaminya. Berbanding dengan Jamak Muannas
Salim Jamak Muzakkir Salim, ianya mempunyai kaedah dan tanda-tanda untuk
mengenalinya. Justeru, pelbagai cara yang digunakan oleh guru dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran untuk membolehkan pelajar SMK Seri Perkasa khususnya pelajar Tingkatan
Dua Kelas Aliran Agama seramai 21 orang ini dapat meningkatkan penguasaan Jamak
Taksir dan seterusnya menarik minat mereka terhadap mata pelajaran ini. Kaedah yang cuba
diperkenalkan bagi menarik minat pelajar ini ialah kaedah Lu’bah Lughawiah (permainan
Bahasa Arab) seperti pembelajaran melalui Teka silang kata, Padan suaikan gambar dan
Teka Siapa Saya. Sebelum tindakan ini dilaksanakan, tinjauan awal telah dimulakan dengan
kaedah soal selidik soalan ujian pra. Hasil perancangan ini, kaedah Lu’bah Lughawiah telah
dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaian keberkesanan kaedah ini
dilakasanakan melalui pemerhatian guru, temu bual pelajar-pelajar, ujian pos dan Lu’bah
Lughawiah. Hasil pelaksanaan tindakan ini telah meningkatkan minat dan keyakinan pelajar
dalam menguasai Jamak Taksir. Didapati terdapat peningkatan pencapaian pelajar setelah
Kedah Lu’bah Lughawiah dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap
Kelas 2 KAA. Peningkatan tersebut adalah dinilai dari sudut kualiti dan kuantiti pelajar yang
mendapat keputusan cemerlang dan lulus. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
Tingkatan 2 KAA Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perkasa telah mengalami
peningkatan keputusan ujian Bahasa Arab setelah pelaksanaan Kaedah Lu’bah Lughawiah.
Kajian ini juga telah menjelaskan bahawa faktor pengajaran guru yang berkesan berkait
rapat dengan faktor dalaman pelajar itu sendiri dalam mempengaruhi prestasi pelajaran
mereka.
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Konsep kurikulum Bahasa Arab Komunikasi (BAK) dan Bahasa Arab Tinggi (BAT)

adalah berdasarkan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). PKSR atau Penilaian

Kendalian Sekolah Rendah ialah satu proses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan

dan pencapaian murid secara menyeluruh berasaskan kepada matlamat Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah (KBSR) yang berlandaskan Faldafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Penilaian

ini dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah rendah bagi mata pelajaran

Bahasa Arab Komunikasi (BAK).

Dalam PKSR, guru perlu menilai murid dalam pelbagai aspek berdasarkan hasil

pembelajaran yang ditetapkan bersesuaian dengan sesuatu mata pelajaran. Dari sudut kemahiran

berbahasa aspek yang perlu dinilai ialah petah bertutur, membaca dengan betul, mengambil

imlak dan menulis ayat yang betul. Manakala dari sudut kemahiran berfikir pula ialah berfikir

secara logik, menghuraikan pendapat dan memberi rasional serta alasan.

Ini bersesuian dengan matlamat Bahasa Arab Komunikasi (BAK) untuk membolehkan

pelajar menguasai kemahiran-kemahiran berbahasa Arab (mendengar, bertutur, membaca dan

menulis). Dengan kemahiran berbahasa Arab, diharapkan dapat meningkatkan penggunaannya

dan memartabatkan Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran.

Melalui pemerhatian yang telah dilakukan kepada beberapa pelajar yang telah

mengambil Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), khususnya dalam mata pelajaran

Bahasa Arab Komunikasi, mereka tidak berminat untuk menyambung pelajaran ini hingga ke

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Terdapat beberapa faktor mengapa perkara ini boleh berlaku. Punca yang dapat dikesan

melalui temu bual dengan beberapa orang pelajar ialah faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor

dalaman seperti sikap pelajar itu sendiri yang malas belajar, tidak ada kesungguhan untuk

menghafaz dan persepsi mereka sendiri yang sudah menganggap bahawa Bahasa Arab ini satu

mata pelajaran yang susah lulus dengan cemerlang.


Faktor yang turut menyumbang ialah faktor luaran, seperti kelemahan guru dalam

menarik minat terhadap mata pelajaran ini. Dalam sukatan baru, penekanan telah diberi kepada

strategi utama dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu inkuiri penemuan. Selain itu,

pendekatan pedagogi seperti pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, KBSB dan

pembelajaran masteri akan diterap ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru yang hanya

menggunakan kaedah “chalk and talk” tidak diterima pakai dan melemahkan semangat pelajar

untuk terus belajar.

Terdapat banyak kaedah yang disarankan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Kaedah Tematik, Kaedah Ajuk-Hafaz, Kaedah

Semulajadi atau Kaedah Terus, Kaedah Latih Tubi, Kaedah Induktif, Kaedah Deduktif dan

Kaedah Elektif (Manual Kursus Pendedahan Kurikulum Semakan Bahasa Arab, 2002)

Satu kaedah telah ditemui bagi menarik minat pelajar khususnya dalam satu kajian tajuk

Jamak Taksir iaitu Lu’bah Lughawiah. Menurut Kamus Al-Marbawi <Lu’bah> adalah kata

masdar (kata terbitan) yang bermaksud permainan. Manakala <Lughawiah> pula na’ad

(mengikut) kepada Lu’bah iaitu bermaksud ahli bahasa. Secara keseluruhannya maksud Lu’bah

Lughawiah ialah satu kaedah permainan dalam Bahasa Arab sama ada menggunakan teka silang

kata, padan suaikan gambar, Teka Siapa Saya dan lain-lain cara yang difikirkan sesuai.

Satu Unit kecil dalam Nahu Saraf iaitu Jamak Taksir digunakan dalam Kaedah Lu’bah

Lughawiah ini. Bertepatan dengan kaedah ini, Jamak Taksir dipilih kerana mengandungi satu

tajuk aras susah oleh para pelajar. Tidak ada kaedah khusus dan sekiranya ada kaedah sekalipun

tidak dapat difahami pada peringkat pelajar Kelas Aliran Agama. Sasaran kajian ini iaitu pelajar

Tingkatan Dua Kelas Aliran Agama ialah golongan sederhana dalam mata pelajaran Bahasa

Arab. Mereka telah diberi beberapa ujian menerusi Lu’bah Lughawiah dan kesannya

pembelajaran lebih mudah dihafaz dan diingati.


2.0 PERNYATAAN MASALAH

Seiring dengan cabaran globalisasi khususnya dalam dunia pendidikan, guru-guru perlu

bersaing hebat dengan pelbagai jenis ‘ tarikan luar ’ yang sentiasa lebih menarik minat dan

perhatian pelajar. Hasil pemerhatian juga pada masa lapang, misalnya selepas peperiksaan atau

pada waktu ganti, pelajar-pelajar tidak menunjukkan minat membaca. Mereka lebih suka

bersembang, bermain komputer atau lain-lain permainan. Kesannya pelajar kurang menguasai

pengetahuan dan fakta secara mendalam dan terperinci.

Proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab memerlukan kemahiran guru dalam

aspek penyampaian, penggunaan kaedah dan pendekatan yang betul serta menarik. Namun

begitu, keberkesanan pendekatan dan strategi guru akan menghadapi cabaran dan rintangan

apabila pelajarnya lemah dalam asas Bahasa Arab.

Walaupun pelajar Tingkatan Dua Kelas Aliran Agama ialah pelajar yang mendapat

keputusan UPSR 2A hingga 4A, namun pelajar-pelajar ini tidak mendapat pendedahan secara

khusus dalam pembelajaran Bahasa Arab dibandingkan pelajar Sekolah Agama. Pembelajaran

Bahasa Arab Komunikasi (BAK) di peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan hanya

memperuntukkan masa sebanyak empat waktu dalam masa seminggu. Ini berbeza dengan

Sekolah Agama yang menggunakan bahasa Arab dalam Bahasa Arab Komunikasi (BAK), tetapi

juga menggunakannya dalam mata pelajaran Tafsir dan Hadis, Feqah Dan Tauhid dan Nahu

Saraf.

Di atas keprihatinan inilah, guru merasa bertanggungjawab mencipta kecemerlangan

pelajar di dalam mata pelajaran Bahasa Arab peringkat peperiksaan dalaman dan juga

peperiksaan awam (Penilaian Menengah Rendah). Pelajar seramai 21 orang ini mampu

menguasai Bahasa Arab sekiranya pendekatan yang digunakan adalah tepat dan betul.
Ini dapat dibuktikan dengan pencapaian cemerlang pelajar pada Peperiksaan

Pertengahan Tahun sebanyak dua orang mendapat gred A berbanding seorang pada Ujian

Prestasi Dua, Gred B sebanyak lima berbanding dua, kenaikan lima orang dalam gred C

berbanding empat dan gred seramai 16 orang berbanding 10.

Sebenarnya pelajar juga perlu sedar akan kelemahan sendiri. Apabila sudah mengenali

kelemahan pelajar, guru perlu memainkan peranannya untuk mengatasi kelemahan pelajar

dengan menarik minat pelajar mempelajari Bahasa Arab. Aktiviti pembelajaran yang

bersesuaian dengan kebolehan pelajar akan menambahkan minat dan meningkatkan keyakinan

diri pelajar tersebut.

3.0 TUJUAN KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran

Bahasa Arab.

3.2 Objektif Khusus

Objektif kajian ini juga bertujuan untuk:

a.Membantu guru mengaplikasikan kaedah ini sebagai satu aktiviti yang

memberangsangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

b.Mengenal pasti sama ada kaedah Lu’bah Lughawiah boleh meningkatkan prestasi

pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab.

c.Merangsang pelajar untuk menguasai pengetahuan mata pelajaran Bahasa Arab

dengan lebih mendalam dan terperinci.


4.0 SOALAN KAJIAN

Permasalahan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Arab adalah satu perkara

yang dipandang serius oleh guru yang terbabit. Justeru , satu usaha perlu digembeleng bersama

dalam menyelesaikan beberapa persoalan yang diberikan perhatian dalam kajian ini. Persoalan

itu ialah:

a) Apakah tahap pencapaian cemerlang UPSR boleh menjamin kecemerlangan pelajar

Tingkatan Dua Kelas Aliran Agama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri

Perkasa dalam pembelajaran bahasa Arab ?

b) Adakah Kaedah Lu’bah Lughawiah dapat meningkatkan prestasi pencapaian Bahasa

Arab dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua Kelas Aliran Agama Sekolah

Menengah Kebangsaan Seri Perkasa ?

c) Adakah faktor dalaman pelajar dan faktor luaran khususnya kaedah pengajaran dan

Pembelajaran, guru menjadi penyumbang utama kelemahan pelajar dalam mata

pelajaran Bahasa Arab?

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Peningkatan prestasi dan kualiti pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab

bergantung kepada keberkesanan pengajaran guru di dalam bilik darjah. Dalam kajian ini

faktor dalaman pelajar seperti sikap malas dan tidak minat terhadap sesuatu mata pelajaran

dapat dikenal pasti guru salah satu factor utama kelemahan mereka dalam bahasa Arab.

Tidak dapat dinafikan kreativiti guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran turut

berkait rapat dalam kajian kes ini.

Penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menyeronokkan

pelajar akan lebih membantu pelajar untuk memahami topik yang susah. Kaedah Lu’bah

Lughawiah ialah satu kaedah yang telah ditemui untuk para pelajar. Keberkesanan kaedah ini

dapat dilihat melalui minat pelajar dalam topik Jamak Taksir. Sebelum penggunaan kaedah ini
Jamak Taksir adalah satu topik yang sukar difahami dan kebanyakan pelajar tidak

menunjukkan kesungguhan untuk mempelajarinya.

Dapatan kajian ini adalah bertujuan agar kaedah ini menjadi panduan guru mata

pelajaran Bahasa Arab dan seterusnya mempelbagaikannya bagi satu matlamat meningkatkan

prestasi anak didik mereka. Pihak pengurusan sekolah juga dapat mengenal pasti dan mendapat

gambaran yang lebih jelas tentang tahap pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa

Arab. Kajian ini juga akan dapat memberi kefahaman dan pengetahuan pihak terbabit untuk

membuat tindakan membantu pelajar meningkatkan prestasi mereka.

6.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kajian, batasan

kajian, jadual pelaksanaan penyelidikan, populasi kajian, sampelan kajian, instrumen

kajian dan tatacara pengumpulan data pengumpulan dan prosedur penganalisaan data.

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah Kaedah Lu’bah Lughawiah. Kaedah ini

menggunakan petikan yang dipilih daripada buku, majalah teks ucapan, teks pidato, teks

syarahan, cerita akhbar dan sebagainya.

Petikan ini diaplikasikan dalam bentuk Lu’bah Lughawiah atau ‘Permainan Bahasa’

seperti:

a) Teka Silang kata

b) Padan suaikan gambar dengan perkataan

c) Teka Siapa Saya ( seorang pelajar melakukan bahasa isyarat dan sekumpulan pelajar

lain meneka perkataan tersebut )

d) Telefon karat

Setelah Kaedah Lu,bah Lughawiah ini dijalankan pada setiap minggu pelajar diberikan

ujian melalui ujian pra dan pos sebagai menguji keberkesanan kaedah ini.
7.0 SAMPEL KAJIAN

Responden kajian ini terdiri daripada 21 orang pelajar Tingkatan Dua Kelas Aliran

Agama yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perkasa. Responden ini terdiri

daripada pelajar lelaki dan perempuan yang beragama Islam dan mengambil mata pelajaran

Bahasa Arab sebagai subjek teras.

Untuk merealisasikan kaedah ini satu sesi temu bual dan penyelidikan telah

dilaksanakan untuk mendapatkan data yang berkaitan dengan keberkesanan kaedah ini dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

7.1 JADUAL PELAKSANAAN PENYELIDIKAN

Jadual 1 : Jadual Pelaksanaan Penyelidikan

Perkara Tarikh Pelaksanaan

1. Perancangan untuk membuat tinjauan kajian. 10 Januari 2005

2. Mengutip data awal pelajar-pelajar 11 Januari 2005

3. Analisis data awal. 14 Januari 2005

4. Pelaksanaan Ujian Pra. 10 Februari 2005

5. Memproses Data Ujian Pra. 12 Februari 2005

6. Perancangan dan pembinaan Lu’bah Lughawiah

bagi tajuk ‘Jamak Taksir’ 02-08 Februari 2005

7. Pelaksanaan Permainan Lu’bah Lughawiah 12-16 Mac 2005

8. Sesi temu bual dengan pelajar 19 Mac 2005

9. Pelaksanaan Ujian Pos 20 Mac 2005

10. Analisis Temu bual 20 Mac 2005

11. Analisis Ujian Pos 21 Mac 2005

12. Refleksi kajian 22 Mac 2005

13. Penulisan kajian 25 Mac 2005

14. Penyemakan terakhir 28 Mac 2005


7.2 POPULASI KAJIAN

Pelajar-pelajar Tingkatan 2 Kelas Aliran Agama dari SMK Seri Perkasa..

7.3 SAMPELAN KAJIAN

Pelajar-pelajar Tingkatan Dua Kelas Aliran agama seramai 21 orang dari Sekolah Menengah

Kebangsaan Seri Perkasa, Hutan Melintang.

7.4 INSTRUMEN KAJIAN

Dalam penyelidikan ini, tiga kaedah pengutipan data iaitu :

i) Soal Selidik kepada Pelajar

Satu set soal selidik pelajar ( Lampiran 1 ) telah disediakan dan diberikan kepada pelajar.

Analisis soal selidik itu dapat memberikan maklumat tentang penguasaan pelajar tentang

Bahasa Arab secara keseluruhannya. Soal selidik ini juga dapat menilai tentang pengetahuan

pelajar berkaitan Jamak Taksir secara khusus.

ii) Soalan-soalan ujian

Satu set ujian berbentuk ujian pra dan ujian pos telah diberikan kepada pelajar sebagai bahan

pengujian pelaksanaan Kaedah Lughawiyah.

iii) Temu bual bersama pelajar

Beberapa orang pelajar telah dipilih dalam kalangan pelajar Tingkatan 2KAA untuk

mengenal pasti keberkesanan tersebut.

7.5 TATACARA PENGUMPULA DATA

Soal seledik yang telah diberikan oleh pengkaji perlu dilengkapkan oleh pelajar dan kumpul

semula sebagai analisis. Berdasarkan objektif kajian ini, data yang dikumpul daripada soal

selidik secara deskriptif dan dimasukkan ke dalam jadual peratusan.


8.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan yang diperoleh serta interpretasi yang relevan berdasarkan soal selidik

terhadap responden kajian yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 2KAA di Sekolah

Menengah Seri Perkasa. Analisis daripada dapatan adalah seperti berikut:

i) Soal Selidik Pelajar

Reka bentuk soal selidik adalah mengikut darjah atau ukuran skor. Tiga skor

diberi dan setiap skor mewakili tahap-tahap berikut:

1. Tidak

2. Ya

3. Kadang-kadang

Soalan adalah berkisar pengetahuan pelajar dalam Bahasa Arab amnya, dan khususnya topik

Jamak.

Jadual 1: Bilangan dan peratusan responden berdasarkan kepada

ii) Soalan-soalan Ujian

Satu set soalan ujian yang boleh digunakan sebagai diagnostik dalam bentuk tahap

kebolehan sedia ada pelajar. Ujian ini akan digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang

pencapaian dan kebolehan akademik pelajar. Ujian ini hanya melibatkan mata pelajaran

Bahasa Arab.

Dalam kajian ini skor dalam ujian tahap yang diperoleh oleh responden dianggap

sebagai pencapaian dalam Ujian Pra manakala Ujian Pos diperoleh daripada keputusan Prestasi

dan Pertengahan Tahun.


Gambar rajah di bawah menunjukkan rekabentuk ini :

O1 X O2

Ujian pra Rawatan Ujian pos

Pencapaian akademik pelajar dilihat melalui Ujian Pra yang telah diadakan pada 14

Mac 2005. Manakala Ujian pos (Lampiran 2) pula telah diadakan pada 16 Mac 2005. dan

Peperiksaan Pertengahan Tahun (Lampiran 3) yang telah diadakan pada 20 Mac 2005. Analisis

pencapaian akademik berdasarkan gred yang lebih terperinci adalah seperti jadual.

Jadual 4: Pencapaian akademik Pelajar berdasarkan Ujian Pra.

Bil Bilangan Agregat Gred Bilangan Peratus

Pelajar

1. 0 hingga 24 E1 - -

2. 25 hingga 39 E2 - -

3. 40 hingga 49 D 3 14

4. 50 hingga 64 C 5 24

5. 65 hingga 79 B 11 52

6. 80 hingga 100 A 3 14

Jadual 4 di atas menunjukkan pencapaian Bahasa Arab Tingkatan 2 kelas Aliran Agama

di dalam ujian Pra berdasarkan Tahap Kebolehan Sedia Ada dan keputusan ujian menunjukkan

10 orang ( 35.7 %) mencapai gred E1 dan yang mencapai E2 adalah seramai 18 orang (64.1%)
Seterusnya Jadual 5 menunjukkan pencapaian pelajar Tingkatan Dua KAA berdasarkan

ujian pos iaitu ujian penilaian satu bagi tahun 2005. Seramai enam orang (17.8%) pelajar

mencapai gred E1, sembilan orang (32.1%) mencapai gred E2, manakala yang mencapai gred D

seramai dua orang (7.1%)gred C pula seramai tujuh orang (28.5%), tiga orang mencapai gred B

(10.7) dan gred A seramai dua orang (7.1).

Jadual 5 : Pencapaian Akademik pelajar berdasarkan Ujian Pos.

Bil Bilangan Agregat Gred Ujian pra Ujian pos

1. 0 hingga 24 E1 - -

2. 25 hingga 39 E2 1 -

3. 40 hingga 49 D 6 3

4. 50 hingga 64 C 5 4

5. 65 hingga 79 B 9 11

6. 80 hingga 100 A - 3

Jadual 6 : Pencapaian Akademik Pelajar ( Perbandingan Antara keputusan Ujian Pra

dan Ujian Pos.

Bil Bilangan Gred Ujian Pra Ujian Pos

Agregat

1. 0 hingga 24 E1 - -

2. 25 hingga 39 E2 1 -

3. 40 hingga 49 D 6 3

4. 50 hingga 64 C 5 4

5. 65 hingga 79 B 9 11

6. 80 hingga 100 A - 3
Jadual 5 merupakan rumusan bagi ketiga-tiga ujian pra dan Pos. Didapati terdapat

peningkatan pencapaian pelajar setelah Kedah Lu’bah Lughawiah dilaksanakan dalam

proses Pengajaran dan Pembelajaran terhadap Kelas Dua KAA. Peningkatan tersebut adalah

dinilai dari sudut kualiti dan kuantiti pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan lulus.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Tingkatan Dua KAA Sekolah Menengah

Kebangsaan Seri Perkasa, telah mengalami peningkatan keputusan ujian Bahasa Arab setelah

pelaksanaan Kaedah Lu’bah Lughawiah. Kajian ini juga telah menjelaskan bahawa faktor

pengajaran guru yang berkesan berkait rapat dengan faktor dalaman pelajar itu sendiri dalam

mempengaruhi prestasi pelajaran mereka.

9.0 PENILAIAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

9.1 Penilaian dan Refleksi

Melalui kajian tindakan ini, antara perkara yang dapat dinilai ialah:

a) Pelajar menunjukkan minat yang tinggi dan menyukai mata pelajaran Bahasa

Arab, berbanding sebelum pelaksanaan Kaedah Lu’bah Lughawiah dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

b) Kaedah Lu’bah Lughawiah ini dapat diterima pakai dan diaplikasikan oleh guru

khususnya dalam tajuk yang agak sukar seperti Jamak taksir.

c) Dapat mewujudkan pelajar yang aktif, menjana idea yang kreatif dan kritis,

berfikir secara rasional dan logik serta berdaya saing.

d) Timbul perasaan ingin berlumba dan bersaing sesama rakan secara positif data

meningkatkan prestasi Bahasa Arab mereka.

e) Memupuk sifat berani tampil di khalayak ramai, berkomunikasi dengan baik

dan menerima dan menyampaikan maklumat dengan berkesan.

f) Guru juga dapat mengenal pasti kelemahan pelajar dan cara pendekatan yang

sesuai bagi topik tertentu yang sukar difahami.


9.2 Tindakan Susulan

Kaedah Lu’bah Lughawiah ini merupakan antara cara yang telah digunakan untuk

membolehkan pelajar dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Arab, khususnya topik yang

susah difahami. Ini dapat dilihat peningkatan peratusan pelajar di dalam beberapa ujian dalaman

yang telah dilaksanakan.

Kaedah ini tidak hanya tertumpu kepada topik Jamak Taksir sahaja tetapi, perlu

dipanjangkan lagi kepada topik-topik lain dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Pelajar Tingkatan

Satu dan tiga juga perlu diberi peluang mencuba kaedah ini bagi melihat keberkesanannya di

dalam peperiksaan awam seperti PMR. Beberapa strategi perlu disusun oleh guru-guru yang

mengajar mata pelajaran Bahasa Arab seperti:

a) Guru-guru Bahasa Arab perlu diberikan panduan dan bimbingan secara intensif bagi

mempelbagaikan kaedah pengajaran yang berkesan kepada para pelajar.

b) Penggunaan buku teks secara menyeluruh dengan berpandukan sukatan pelajaran yang

terkini. Ini bersesuaian dengan format baru peperiksaan awam yang banyak

menekankan apa yang terkandung di dalam buku teks.

c) Panitia Bahasa Arab perlu sentiasa berbincang permasalahan para pelajar dan

menggalakkan guru meningkatkan daya kreativiti dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

d) Guru perlu sentiasa menambahkan ilmu dan tidak ketinggalan dengan perkembangan

semasa.

e) Pengetahuan tentang motivasi perlu ada pada setiap guru bagi memudahakan mereka

mengenal pasti kelemahan pelajar dalam Bahasa Arab dan seterusnya prestasi dari sudut

kualiti dan kuantiti.


10.0 PENUTUP

Pada awal tahun tahap pencapaian pelajar Tingkatan Dua KAA dalam mata pelajaran

Bahasa Arab adalah di peringkat sederhana. Seramai 20 orang pelajar daripada 21 orang pelajar

telah lulus dalam mata pelajaran tersebut. Pelajar yang mendapat A dan B seramai 10 orang.

Melalui Kaedah Lu’bah Lughawiah ini pelajar telah diperkenalkan belajar dengan cara

yang lebih seronok dan tidak menjemukan. Secara keseluruhannya pelajar menyukai cara ini

kerana tidak terlalu membebankan kepala. Keberkesanan ini dapat dijelaskan lagi dengan

pencapaian pelajar-pelajar ini dalam beberapa ujian yang telah dilaksanakan. Semua pelajar

lulus dalam mata pelajaran Bahasa Arab dalam ujian pos dan seramai 15 orang berjaya

mencapai gred A dan B.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERKASA


36400 HUTAN MELINTANG PERAK
SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN 2 KAA TAHUN 2005

KEPUTUSAN UJIAN PRA (JANUARI) DAN UJIAN POS (MAC)


BIL NAMA PELAJAR UJIAN PRA UJIAN POS
JANUARI MAC
1. Ahmad Suhaimi b. Mohd Soror 40 45

2. Amirul Fahmi b. Seliken 67 70

3. Endang Rati Purwasih bt. Kitar 68 69

4. Faezatul Ahya bt. Mohd Isa 46 68

5. Farhiqa Ardiyana bt. Jamil 50 54

6. Hamidah bt. Sulfan Syah 78 86

7. Hidayatul Isma bt. Sumadin 76 80

8. Mohd Faiz b. Khairul Anam 74 78

9. Mohd Faiz Hizzuan b. Hanapi 65 70

10. Mohd Farhannain b. Ahmad Norudin 44 50

11. Mohd Ridhwan. Abd. Wahab 67 70

12. Mohd Sadiq b. Jalaluddin 65 68

13. Mohd Shafiq b. Zamri 43 46

14. Mohd Syamil b. Hassan 52 65

15. Muhammad Firdaus b. Norzamal 40 44

16. Muhammad Nizam b. Baharin 76 80

17. Nashiha Hakim bt. Mohamed Nasir 65 68

18. Norsyazana bt. Zainal Abidin 72 75

19. Shafarizah bt. Mohd Shahrom 51 67

20. Zakwan b. Ahmad 36 50

21. Zu Rahmah bt. Ahmad 48 65

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERKASA

36400 HUTAN MELINTANG PERAK

SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN 2 KAA TAHUN 2005


PENCAPAIAN UJIAN DAN SELISIH

BIL NAMA PELAJAR UJIAN PRA UJIAN POS SELISIH


JANUARI MAC
1. Ahmad Suhaimi b. Mohd Soror 40 45 +5

2. Amirul Fahmi b. Seliken 67 70 +3

3. Endang Rati Purwasih bt. Kitar 68 69 +1

4. Faezatul Ahya bt. Mohd Isa 46 68 +22

5. Farhiqa Ardiyana bt. Jamil 50 54 +4

6. Hamidah bt. Sulfan Syah 78 86 +8

7. Hidayatul Isma bt. Sumadin 76 80 +4

8. Mohd Faiz b. Khairul Anam 74 78 +4

9. Mohd Faiz Hizzuan b. Hanapi 65 70 +5

10. Mohd Farhannain b. Ahmad Norudin 44 50 +6

11. Mohd Ridhwan. Abd. Wahab 67 70 +3

12. Mohd Sadiq b. Jalaluddin 65 68 +3

13. Mohd Shafiq b. Zamri 43 46 +3

14. Mohd Syamil b. Hassan 52 65 +13

15. Muhammad Firdaus b. Norzamal 40 44 +4

16. Muhammad Nizam b. Baharin 76 80 +4

17. Nashiha Hakim bt. Mohamed Nasir 65 68 +3

18. Norsyazana bt. Zainal Abidin 72 75 +3

19. Shafarizah bt. Mohd Shahrom 51 67 +6

20. Zakwan b. Ahmad 36 50 +4

21. Zu Rahmah bt. Ahmad 48 65 +17

:  ‫ آ اد  ا رات ا‬

‫" ا !  ا‬#$%‫ ("ه& ا‬-1

‫*ر‬+‫*اج وا‬# ‫"  !  ا‬#$%‫ رأى ا‬-2


‫‪ &( -3‬ا‪5‬أ و(‪123 4+‬‬

‫‪ -4‬و ا‪ ;< +‬ا*ى ‪*8 9:‬ل‬

‫‪ 9  -5‬رة ‪  9‬ا@*ارع ا* و> ا*‬

‫ث‬ ‫ق‬ ‫غ‬ ‫ق‬ ‫ع‬ ‫‪D‬‬ ‫خ‬ ‫ح‬ ‫ج‬ ‫د‬

‫م‬ ‫ف‬ ‫ج‬ ‫ا‬ ‫و‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫‪H‬‬ ‫ل‬

‫ة‬ ‫ض‬ ‫ز‬ ‫و‬ ‫ة‬ ‫ت‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫ك‬ ‫ط‬

‫ر‬ ‫و‬ ‫ي‬ ‫ط‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ئ‬ ‫ي‬ ‫ؤ‬ ‫ر‬

‫ع‬ ‫ل‬ ‫ء‬ ‫ا‬ ‫ر‬ ‫ق‬ ‫ف‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ب‬

‫ب‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ي‬ ‫ش‬ ‫س‬ ‫ب‬ ‫ل‬ ‫ن‬ ‫ط‬

‫ق‬ ‫ي‬ ‫س‬ ‫ع‬ ‫ر‬ ‫ا‬ ‫و‬ ‫ش‬ ‫ل‬ ‫ن‬

‫ذ‬ ‫ت‬ ‫ع‬ ‫خ‬ ‫ط‬ ‫م‬ ‫ت‬ ‫غ‬ ‫ق‬ ‫ق‬

‫ ا‪ Z‬ا‪  X Y‬ااغ ‪:‬‬

You might also like