You are on page 1of 10

SEK KEB SUNGAI LALANG

BEDONG, KEDAH.

LAPORAN DOKUMENTASI

MAJLIS BACAAN YASSIN TAHUN 6 & NISFU


SYAABAN

ANJURAN BERSAMA GURU PELATIH PISMP,


UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DAN
PANITIA PEND. ISLAM

TARIKH:

26 JULAI 2010
NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LALANG, BEDONG, KEDAH.

NAMA PROJEK / AKTIVITI : PAMERAN DAN PERTANDINGAN REKACIPTA DAN


INOVASI

TEMPOH PERLAKSAAN : 18 JULAI 2010 (AHAD)

OBJEKTIF:

1. Institusi pendidikan merupakan institusi yang mempunyai kekuatan untuk


memperkenalkan dunia luar dan dunia baru kepada murid-murid sebagai
persediaan masa hadapan terutamanya dalam bidang rekacipta dan inovasi.
2. Proses pendidikan secara pemerhatian dan penglibatan secara aktif ini
diharapkan dapat menyediakan murid supaya lebih inovatif dan kreatif dalam
menempuh kehidupan seharian.
3. Ahli komuniti seperti pihak guru-guru dan warga sekolah lainnya juga berperanan
dalam usaha murni ini kerana mereka juga adalah individu yang hampir dengan
murid, bagi membuat perubahan tingkahlaku serta dorongan untuk maju ke
hadapan.
4. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai kreativiti, inovatif, sedia hadapi cabaran
dalam amalan kehidupan seharian.
5. Memberi pendedahan mengenai rekacipta dan inovasi terkini dan membawa
kepada idea baru kepada murid dalam bidang rekacipta.
6. Memberi suntikan semangat untuk berinovasi dan berkreativiti dalam persaingan
sihat melalui pertandingan rekacipta dan mengamalkan cara beriadah secara
sihat melalui aktiviti berfaedah.
STRATEGI PERLAKSAAN:

Pameran Rekacipta dan Inovasi merupakan satu aktiviti yang diinspirasikan


untuk memenuhi keperluan dan merentasi kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah
Rendah. Kedua-dua aktiviti ini diharapkan dapat memberi idea-idea baru kepada guru-
guru Pendidikan Seni Visual untuk Pengajaran dan Pembelajaran serta memberi
pengetahuan yang luas kepada murid-murid tentang aktiviti kesenian.

Impak daripada kejayaan aktiviti-aktiviti seni sebelum ini membawa kepada


wujudnya Pameran dan Pertandingan Rekacipta dan Inovasi ini. Pihak jawatankuasa
berharap aktiviti ini dapat memberi idea dan ilmu baru kepada semua pihak terlibat
samada pihak murid, guru-guru Pendidikan Seni Visual, dan pihak sekolah lainnya.

Kumpulan yang disasarkan dalam menjayakan program ini adalah semua murid
tahun 1, 4 dan 5. Manakala murid tahun 6 tidak difokuskan kerana mereka perlu
melibatkan diri dalam program-program yang melibatkan persediaan ke arah
peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

1. Perasmian Pembukaan Pameran dan Pertandingan.


 Kaedah perlaksaan yang dijalankan untuk menjayakan program ini
bermula dengan perasmian pembukaan Pameran Rekacipta dan Inovasi
yang telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar, Pn. Hjh Noral Aishah
Bt. Harun semasa perhimpunan mingguan.

2. Lawatan pameran oleh guru-guru dan murid-murid dan Pertandingan rekacipta


dan inovasi

 Beberapa aktiviti telah direncakan untuk menyempurnakan program ini.


Aktiviti adalah terdiri daripada lawatan pameran oleh guru-guru dan murid-
murid yang telah dirancangkan selama sehari, pertandingan Rekacipta
dan Inovasi, penilaian dan pemarkahan hasil kerja murid untuk
pertandingan, dan diakhiri dengan majlis penutupan dan penyampaian
hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan. Aturcara sepanjang
pameran adalah seperti berikut:

HARI / MASA AKTIVITI

RABU (14 JULAI)

7.40 PAGI - Murid-murid berkumpul di Tapak Perhimpunan


- Perasmian Pameran Rekacipta dan Inovasi oleh Puan Guru
Besar.

8.40 PAGI - Persiapan Tempat

10.00 PAGI - Pameran dibuka kepada semua murid dan guru.

(15-19 JULAI) - Pertandingan Rekacipta dan Inovasi (semua murid Tahun 4


& 5)

SELASA (20 - Penilaian hasil pertandingan oleh juri-juri.


JULAI)
RABU (21 JULAI) - Majlis Penutupan Pameran dan Pertandingan Rekacipta dan
Inovasi.
- Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan.
Selain itu, untuk melancarkan lagi pameran yang dianjurkan, kami telah
menyediakan jadual lawatan yang untuk ke pameran. Murid-murid setiap kelas perlu
melawat pameran pada masa dan waktu yang ditetapkan bersama-sama kawalan guru-
guru matapelajaran masing-masing. Jadual lawatan yang diaturkan adalah seperti
berikut:

MASA KELAS
10.00 -10.15 pg 1C1
1C2
10.20– 10.35 pg 1C3
1C4
10.40 - 10.55 pg 1C5
1C6
11.00 - 11.15pg 4C1
4C2
11.20 – 11. 35 pg 4C3
4C4
11.40 – 11.55 pg 4C5
4C6
12 .00 – 12.15 tgh 4C7
5C1
12.20 – 12.35 tgh 5C2
5C3
12.40 – 12. 55 tgh 5C4
5C5
1.00 – 1.15 tgh 5C6
Disamping itu, perlaksaan program turut mencatat keperluan anggaran
belanjawan untuk sepanjang program berlangsung. Belanjawan telah disokongkan dan
diluluskan oleh Guru Besar. Anggaran belanjawan adalah seperti:

BIL BUTIRAN KOS SUMBER CATATAN

1 Bahan dan alatan Pameran RM 20


dan Pertandingan

2. Hadiah dan Penghargaan RM 60 Johan


pertandingan.

3 Dokumentasi RM 20

4 Brosur - Rezo 150 keping

JUMLAH RM 100

Segala perancangan telah dilaksanakan dengan lancar dan baik sekali. Melalui
program kesenian seperti ini banyak bakat-bakat baru dan kebolehan murid dapat
dicungkil. Selain itu, banyak pengetahuan dan ilmu baru dapat di timba seisi sekolah
melalui pameran yang telah dilancarkan. Selain memenuhi kehendak dan keperluan
internship, aktiviti ini juga selaras dengan keperluan kajian kami sebagai guru pelatih
terhadap minat murid dalam aktiviti kesenian.

Kami mendapati bahawa murid-murid amat berminat dan memberi komitmen


yang tinggi dalam aktiviti-aktiviti seperti ini. Diharapkan sambutan yang baik seperti ini
akan sentiasa konsisten daripada pihak murid dengan untuk kewujudan aktiviti-aktiviti
yang akan menyusul selepas ini.
REFLEKSI:

1) Kekuatan Projek/ Aktiviti:


 Projek ini berjalan dengan lancar dan mengikut masa yang di tetapkan.
 Majlis pelancaran pameran dan pertandingan disempurnakan oleh Puan
Guru Besar sendiri dengan penuh gilang gemilang.
 Bahan-bahan untuk aktiviti pameran mudah diperolehi kerana ianya
merupakan hasil kerja tugasan Pendidikan Seni Visual yang telah kami
jalankan sepanjang berada di institut perguruan.
 Tempat untuk pameran senang untuk diselenggara dan mempunyai
kemudahan untuk kegunaan sepanjang pameran.
 Peralatan sampingan seperti kerusi dan meja senang diperolehi untuk
memudahkan rekaletak semasa pameran.
 Perjalanan pertandingan menjadi lancar dan sempurna dengan kerjasama
daripada semua guru dan murid.
 Murid-murid memberikan komitmen yang tinggi dalam pertandingan.
 Jumlah penyertaan yang amat memberangsangkan daripada murid- murid
malah terdapat beberapa orang murid menghasilkan lebih daripada satu
karya rekacipta.
 Belanjawan yang diterima amat bertepatan dengan segala keperluan
sepanjang minggu aktiviti ini dijalankan.
 Murid-murid menerima penghargaan dan hadiah melalui kejayaan hasil
karya rekacipta mereka.

2) Kelemahan Projek/ Aktiviti:


 Projek ini telah ditunda beberapa kali oleh kerana desakan masa dan
terdapat ralat dalam pemilihan tarikh.
 Aktiviti pameran berjalan lancar namun, kami menghadapi masalah dalam
memberi penerangan semasa pameran kerana terdapat program lain
yang berlangsung serentak di kawasan yang sama dan terdapat
gangguan bunyi.
 Kawasan pameran yang terbuka menghasilkan gangguan persekitaran
misalnya, murid-murid yang tidak terlibat lalu-lalang dan membuat bising
di sekitar kawasan pameran.
 Kawalan murid semasa dalam perjalanan ke kawasan pameran perlu
lebih diawasi oleh guru-guru.
 Bantuan dan kerjasama daripada ahli-ahli jawatankuasa kurang
menyebabkan masalah semasa penyediaan sebelum pameran
berlangsung.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

 Kami perlu lebih kerap berhubung dan berbincang dengan pelbagai pihak bukan
sahaja pihak pentadbir dan guru pembimbing malah pihak guru-guru lain juga
untuk mengelakkan berlakunya pertindihan program pada tarikh dan waktu yang
sama untuk mengelakkan berlakunya perselisihan waktu program berlangsung.
 Kami perlu mencari inisiatif lain untuk mengatasi masalah gangguan suara dan
bunyi daripada program lain yang sedang berlangsung dengan memberi
penerangan di kawasan lain sebelum murid-murid masuk dan menyaksikan
pameran.
 Kami perlu menggunakan kawasan yang lebih tertutup supaya tiada gangguan
daripada persekitaran dan daripada murid-murid yang tidak terlibat.
 Kawalan murid daripada semua guru-guru yang terlibat perlu diperketatkan.
 Pembahagian tugasan perlu dikuatkuasakan untuk melancarkan persediaan
awal sebelum pameran.
KESIMPULAN:

Dengan izin daripada Ilahi projek ini berjalan dengan lancar dan tiada sebarang
masalah serius timbul. Semua perancangan awal dilaksanakan dan memberi respon
dan kejayaan yang positif. Semua murid didapati mengambil bahagian seratus peratus
di dalam kedua-dua aktiviti ini. Kami harapkan aktiviti seperti dapat dijalankan lagi pada
masa akan datang supaya mereka lebih terdedah dengan ilmu-ilmu dan pengetahuan
baru untuk memperluaskan lagi pandangan mereka.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

______________________ ______________________________

(KHADIJAH BT MOHD NOPIAH) (PN NORAL AISHAH BT HARUN)

Setiausaha, Guru Besar,

Majlis Bacaan Yassin Tahun 6 & Nisfu Syaaban, Sek Keb Sg. Lalang.

Sek Keb Sg Lalang.

Dokumentasi Pameran dan Pertandingan

Rekacipta dan Inovasi


Perasmian pembukaan oleh Puan Guru Besar.

Memberi penerangan tentang pameran kepada murid-murid.

You might also like