P. 1
Buku Panduan Badan Dakwah Di Sekolah Menengah

Buku Panduan Badan Dakwah Di Sekolah Menengah

|Views: 167|Likes:
Published by Abu Muhammad

More info:

Published by: Abu Muhammad on Mar 30, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/15/2012

pdf

text

original

Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

NAMA BUKU : Buku Panduan Badan Dakwah Di Sekolah Menengah TERBITAN : Penerbitan At-Taqwa MUKA SURAT : DIKARANG DAN DISUSUN OLEH : AL-USTAZ FAHRUL IRFAN BIN ISHAK BIN JOHARI 1, BAKAWALI 33 TAMAN JOHOR JAYA, 81100, JOHOR BAHRU JOHOR, WEST MALAYSIA. 07-3541035 atau AT-TABBAKH BUILDING, OMAR TUSUN STREET, DAMANHUR, BUHAIRA, REPUBLIC ARAB OF EGYPT. PENAUNG : PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM)

CETAKAN PERTAMA 1420 HIJRAH/ 2000 HAK CIPTA TERPELIHARA : TIDAK DIBENARKAN MENCETAK, MEMPHOTOSTAT, MENYALIN, MENYUNTING ATAU MENYELEWENG UNTUK MAKSUD PERNIAGAAN DAN MAKSUD-MAKSUD LAIN YANG MELANGGAR SYARAK DARIPADA MANA-MANA BAHAGIAN BUKU INI TANPA IZIN DARIPADA PIHAK PENGARANG DAN PENERBITNYA. REKA BENTUK – ASY-SYABAB Kata-Kata Daripada Presiden PMRAM

1

Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

ISI KANDUNGAN Setinta Kalam Nasyid Rasmi BADAR Buat yang tercinta…… BAB 1 Dakwah Dan Pelajar Mukadimah Takrif Dakwah Kewajipan Dakwah Serta Tuntutannya Mengapa Remaja @ Pelajar Sifat-sifat Asy-Syabab Daripada Hadis Rasulullah SAW Pengertian Badan Dakwah BAB 2 Organisasi Badan Dakwah Tuntutan Berorganisasi Dalam Islam Asas-asas Berorganisasi Konsep Berorganisasi
- rukun bai’ah

Muka Surat

5 6 6 7 7 8 9 14 16

17 18 18
21

Marhalah Ukhuwwah Organisasi Badan Dakwah Serta Unit-Unit Kecil Jawatankuasa Tertinggi. Jawatan Kuasa Serta Unit-unit Kecil
Biro Usrah Pengertian usrah sejarah usrah rukun usrah unit silibus unit modul Biro Tamrin unit protokol unit disiplin Biro Perhubungan Luar unit Institut Pengajian Tinggi (IPT) unit umum unit sekolah Biro Penerbitan dan Publisiti unit majalah unit risalah dan artikel unit siber Biro Ceramah unit pidato dan khutbah unit perayaah dan hari kebesaran Islam Biro Kesenian unit nasyid hukum nasyid unit pantomim Biro Kebajikan unit umum unit pelajar Biro Musalla dan Ibadah unit kebersihan dan keceriaan unit perpustakaan mini Biro Khas

23 25 25 25
25 25 26 26 27 28 28 28 29 30 30 30 30 30 30 31 31 31 31 31 31 31 32 32 33 33 33 33 33 33 33 34 2

Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

Tanzim Jabatan Nuqaba’ dan Naqibat

Organisasi Yang Cemerlang BAB 3 Masalah-Masalah Badan Dakwah 1. Bidang kuasa yang terhad
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sekolah Menengah Agama @ Rakyat (SMA) Sekolah Menengah Vokasional @ Teknik

34

35
35 35 35 36 37

2. Persaingan dengan badan atau persatuan yang lain. 3. Pelajar menyampingkan urusan badan dakwah dan  mengutamakan urusan sendiri 4. Ditentang oleh golongan yang kurang didikan agama 5. Ketandusan pelapis 6. AJK yang tidak menjalankan tugas 7. Tidak mampu menjadi contoh kepada pelajar lain 8. Kekurangan peruntukan untuk membuat program 9. Tarbiyah yang tidak seimbang antara fikriyyah, jasadiyyah,  ruhiyyah. 10. Keadaan fizikal dan ko­kurikulum sekolah yang menghalang  badan dakwah menjalankan program. 11. Usrah tidak berjalan dengan konsisten 12. Bertembung dengan kuasa pada pengawas atau ketua pelajar. BAB 4 Faktor-Faktor Kejayaan Badan Dakwah 1. Mempunyai dasar dan matlamat yang jelas 2. Struktur organisasi yang tersusun dan mantap 3. Mempunyai manhaj tarbiyah jelas (bersepadu dan berkesinambungan)
­ ­ Manhaj umum Manhaj asas Manhaj pecahan Manhaj khusus Bentuk-bentuk program

38 39 39 40 40 40 41 41 42 43 43

45 45 47
47 47 48 48 49

49
49 50 50 50 50 50 50 51 51 51 52 52 52 52 52

4. Mempunyai marhalah tarbiyah
­ ­ ­ ­ ­ ­ ­ ­ a) b) c) Marhalah Takrif Matlamat Tabi’ie Tuntutan Wasilah Sifat-sifat Marhalah Takwin Tabi’ie Sifat dan akhlak da’ie dan mad’u Tujuan dan wasilah Meletakkan kesesuaian sukatan yang tertentu Meletakkan jawatan dan portfolio tertentu Pembentukan yang lebih jitu

53 54 54
55 55 3

Syura Prinsip asas syura Perkara-perkara penting dalam syura 57 57 59 59 59 59 59 60 60 2. Sistem pengkaderan yang tersusun 7. Pertembungan Badan Dakwah dengan pihak yang mempunyai yang lebih tinggi kedudukannya 6. Wujudnya jamaah-jamaah tertentu a) b) c) d) ABIM JIM PAS Tabligh 70 70 70 70 72 72 72 73 74 74 74 Tips-tips Penting Sebagai Pimpinan Pelajar Sifat-sifat seorang pemimpin Psikologi Kepimpinan Penutup Lampiran-Lampiran Lampiran 1 Lampiran 2 Lampiran 3 Lampiran 4 4 .Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah d) Disiplin Marhalah Tanfiz 5. Menjaga Kerahsiaan dan Hazar Dalam Pergerakan kesan-kesan tidak menjaga hazar 4. Muhasabah 5. Keselarasan antara Amal Jamaie dan Amal Ijtima’ie ­ ­ Pengertian Amal Jama’ie dan Amal Ijtima’ie Perbezaan Amal Jama’ie dan Amal Ijtima’ie 56 56 56 BAB 5 Ciri-Ciri Badan Dakwah Yang Cemerlang 1. Ahli Badan Dakwah tidak pandai memimpin 7. Manhaj Tarbiyah Yang Mantap 3. Mempunyai Perancangan Jangka Pendek Dan Panjang Kajian Kes 1. Mengikuti Perkembangan Semasa (Fiqhul Waki’) Pengertian Fiqh Realiti atau Fiqh Semasa Kaedah Membuat Kajian Fiqh Realiti Disiplin Ilmu Ini Faedah-faedah Fiqh Realiti 60 60 61 61 61 62 63 64 64 65 65 67 68 69 6. Gap antara pelajar bidang agama dan bidang sains 3. Pertembungan antara pimpinan badan dakwah dan pengawas 2. Ahli Yang Sedia Ditarbiyah 6. Bersedia Menerima Perubahan 7. Puak thiqoh dan tak thiqoh 5. Ahli Badan Dakwah yang terlalu ekstrim sehingga mad’u menjauhinya 4.

. Buku Panduan ini 5 . Alhamdulillah setelah beberapa tahun melibatkan diri di dalam arena dakwah dan jamaah Islam.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah Lampiran 5 Contoh Perlembagaan Badan Dakwah Setinta Kalam. saya dapat menyiapkan sebuah buku panduan untuk para pelajar khususnya mereka yang bergiat cergas dalam persatuan atau badan dakwah di sekolah. Buku Panduan ini disusun dan dikarang dengan merujuk kitab-kitab Bahasa Arab dan Bahasa Melayu dan digabungkan dengan pengalaman saya dan sahabatsahabat yang pernah berkecimpung dalam arena yang mencabar ini....

Fahrul Irfan Bin Ishak Ad-Damanhuri 1 MEI 1999 / 16 MUHARRAM 1420 firfans@yahoo. gambarajah dan statistik untuk maklumat dan memudahkan pemahaman terhadap isi yang disampaikan. buku ini juga boleh digunakan untuk manfaat kepada persatuan atau badan pelajar di sekolah kerana ia merangkumi asas-asas kepemimpinan. Walaupun begitu. jadual. Wallahu’alam Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Oleh itu. Di samping itu. berorganisasi dan methodologi dakwah untuk para pelajar. apa yang dipaparkan di dalam buku panduan ini tidak melengkapi semua keperluan dan waq’ie setiap sekolah di seluruh negara. segala kekurangan Buku Panduan ini saya memohon maaf terhadap para pembaca dan kemaafan ke hadrat Allah SWT yang menunjukkan saya untuk berjuang di dalam perjuangan Islam.com al_hakeem@hotmail. Di samping itu.com Nasyid Rasmi BADAR Badan Dakwah Dan Rohani Wadah Perjuangan Kami Di Bumi Wakafan Yang Bertuah Ini Moga Mendapat Restu Ilahi Wahai Teman Yang Dikasihi Bantulah Perjuangan Kami 6 . buku ini menampilkan sedikit pembaharuan dalam penulisan kerana diselitkan dengan bentuk carta. Segala yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu disandarkan kepada diri hamba-Nya yang lemah ini dan hakikat keduanya daripada Allah jua.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah lebih bersifat umum dan tidak mengkhususkan dakwah pada sekolah-sekolah tertentu.

Buat Yang Tersayang…. Ayahanda dan Bonda Kak Lin Dan Abang Yus Arwah Chaie dan Ijam. Bermula daripada krisis sosial yang melanda masyarakat terutamanya golongan 7 ...Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah Walau Sekadar Akhlak Yang Tinggi Balasan Tuhan Pasti Menanti Sahabat Seperjuanganku Korbankan Jiwa Dan Ragamu Demi Dakwah Yang Di Sanjung Tinggi Agar Islam Bersinar Kembali Wahai Generasi Dakwah Runtuhkan Thaghut Jahiliyah Sezaman Tegakkan Islam Atas Keruntuhan Itulah Asas Perjuangan Allah Matlamat Kami Al-Quran Dan Sunnah Ikutan Kami Jihad Di Jalan Allah Jalan Kami Syahid Fi Sabilillah Cita-cita Kami. Sahabat-sahabat KI 95-98 Dan pejuang-pejuang Islam… BAB 1 Dakwah Dan Pelajar Mukadimah Dewasa ini kita lihat pelbagai gejala telah melanda masyarakat dari pelbagai sudut.

Dakwah dari segi istilah yang dimaksudkan di sini ialah: a) Mengasaskan masyarakat Islam seperti dakwah Rasul SAW yang bermula daripada masyarakat jahiliyah kepada agama Allah SWT dengan menyampaikan wahyuNya dan memberi peringatan tentang syirik. Justeru buku panduan ini. c) Berterusan dengan dakwah terhadap kaum masyarakat dengan menpertahankan kebenaran dengan menjaga kesejahteraannya dengan nasihat dan petunjuk yang baik serta peringatan . b) Dakwah bagi mengislah dan memperbaiki masyarakat daripada sebarang bentuk kesesatan. Takrif Dakwah Apabila kita membicarakan tentang dakwah ini. Sebagai seorang pelajar muslim. cara hidup dan nikmat yang sempurna di sisi Allah. Firman-Nya : ‫ومن يبتغى غير السلم دينا فلن يقبل منه وهو فى الخرة‬ ‫لمن الخاسرين‬ maksudnya: sesiapa yang mencari sistem hidup selain daripada Islam. mempertahankan atau menetapkan sesuatu sama ada sesuatu itu benar atau batil. mumayyiz dan mampu melaksanakannya. Suasana yang kurang menyenangkan ini perlu dibuat satu perubahan. maka yang dimaksudkan dakwah itu ialah segala risalah yang dibawa oleh Baginda SAW daripada segala kandungan Al-Quran dan As-Sunnah. Hal ini di sebabkan pelbagai kelemahan yang berlaku pada urusan mengislah masyarakat. (Ali Imran 85) Dakwah dari segi bahasa ialah mengajak. badan dakwah atau pertubuhan yang wujud di sekolah-sekolah. Semoga buku panduan yang ringkas ini dapat diambil manfaat oleh para pelajar untuk ditatbiqkan di tempat masing-masing. Sebagai langkah asas. Tidak lain dan tidak bukan asas tersebut ialah dengan persatuan. kemungkaran dan meninggalkan yang wajib. pengajian dan penyucian. perubahan jangka panjang yang perlu kita rencanakan ini perlu ada latihan asas dari segi teori dan praktik mudah di bangku sekolah. Lantaran remaja kini juga ramai yang telah tenggelam dengan arus yang ada. kita kurang senang dengan senario yang berlaku kini. Sesungguhnya dakwah yang dibawa itu merupakan agama. diikuti pula dengan krisis ekonomi dan akhirnya menjadi lebih besar kepada krisis politik. maka kita perlu melayari bahtera Islam untuk mengubah masyarakat dan negara pada masa akan datang. memberi semangat dan tunjuk ajar. Insya’Allah.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah muda. bid’ah. maka tidak akan diterima daripadanya dan mereka di hari akhirat tergolong daripada orang-orang yang rugi. berakal. menghuraikan serba sedikit pergerakan pelajar di sekolah dengan wasilah badan dakwah sebagai satu platform asas untuk menggerakkan negara dan masyarakat pada masa akan datang. Banyak dalil-dalilnya antaranya: Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud: ‫ولتكن منكم أمة يدعون الى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر واولئك هم المفلحون‬ 8 . Kewajipan Dakwah Serta Tuntutannya Dakwah menjadi tuntutan kepada umat Islam yang baligh.

menyeru makruf dan mencegak kemungkaran dan mereka adalah golongan orang yang berjaya. Mereka menjalankan tuntutan dakwah ini dengan segala usaha dan pengorbanan sebagai seorang hamba dan khalifah di muka bumi Allah ini. Mengapa Pelajar / Remaja ? Apa makna remaja? Remaja dalam bahasa Arab Ash-Shabbu bermaksud bermula. Dan ‫( شباب الشيء‬mulanya sesuatu) seperti dalam ayat ‫شباب النهار‬ (bermulanya hari siang) iaitu waktu pagi. sudah akil baligh dan sudah cukup umur untuk berkahwin. Bermulanya remaja dan penghujungnya. Dalam usaha menjalankan dakwah ini. Firman Allah SWT ‫…ومن أحسن قول ممن دعا إلى ال وعمل صالحا وقال أننى من المسلمين‬ maksudnya: Dan apakah kalam dan perkataan yang paling baik daripada mereka yang mengajak kepada Allah dan beramal soleh dan menyatakan bahawa aku daripada orang muslimin (Fussilat 33) Justeru. bertambah dan meninggi. sekiranya tidak mampu maka mesti mencegahnya dengan hati. pemerintahan. Ini adalah sunah kehidupan dan menjadi tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah maksudnya: Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu ummah1 yang mengajak kepada kebaikan. Dan mencegah atau benci dengan hati itu merupakan selemah-lemah iman. Mereka yakin bahawa daripada usaha tersebut dan izin Allah. 3 Hadis riwayat bukhari 4 lisanul Arab Ibn Manzur 9 . kuat. Hasan Al-Banna. seandainya tidak mampu maka dengan lidah dan perkataan. mereka akan diganjari dengan pelbagai nikmat baik di dunia sekalipun dan lebih-lebih lagi di hari akhirat kelak. mereka menerima pelbagai cubaan dan mehnah serta tribulasi hingga menggadaikan nyawa mereka sendiri. Said Hawa dan Yusof Al-Qaradhawi ialah Jamaah Islam ada ulama yang berpendapat maksudnya kuasa. 4 Dalam Kamus Dewan pula remaja bermaksud mulai dewasa. Tujuannya tidak lain kecuali mengajak manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah serta melaksanakan amanah sebagai pentadbir di muka bumi ini. (Ali Imran 104) Dalam hal ini juga Rasulullah SAW menjelaskan lagi dengan hadis Baginda SAW: ُ‫حَ ِيثُ أ ِي س ِيدٍ رَضِ َ ا ُ عن ُ : عن طَارقِ بْ ِ ش َابٍ قَا َ أ ّل مَن بَدَأ بِالْخطبَة يوْمَ ال ِيدِ قبْلَ ال ّلةِ مَر َا ُ فقَامَ ِإليْهِ رَ ُ ٌ ف َالَ ال ّلة‬ َ ‫ل َو ُ ْ َ ُ ْ ِ َ ْع َ ص َ ْو ن َ َ جل َق ص‬ ‫ي ّ َ ْه َ ْ ِ ن ِه‬ ‫ل‬ ‫د َب َع‬ ْ‫قبْلَ الْخطْبَ ِ فقَالَ قَد ُرك مَا هنَالكَ فقَالَ أُو سعِيدٍ أ ّا هَ َا فقَدْ قَ َى َا عَليْ ِ سمعْ ُ َ ُولَ ا ِّ صَّى ا ُ عَليْه َسَّم ي ُول مَنْ رََى من ُم‬ ‫أ ِ ْك‬ ُ ‫ْ ت ِ َ ُ ِ َ َب َ َم ذ َ ض م َ ه َ ِ ت رس ل ل ّ َ ِ و ل َ َق‬ ‫ل‬ َ‫ُ ة‬ َ * ِ ‫ُنكَرًا فَليغ ّر ُ بيَدهِ فإِنْ َلم َسْت ِعْ فبِِ َانِهِ فَإِنْ لَم َستَ ِعْ فبقَلبِه وَذَل َ أَضعَف ا ِيمَا‬ ‫ْ ي ْ ط َ ِ ْ ِ ِك ْ ُ لْ ن‬ ‫ْ ُ َي ْه ِ ِ َ ْ ي َط َ لس‬ ْ‫م‬ maksudnya:Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran. 1 2 Ummah menurut Sayyid Qutub. sedih atau menyesal. Namun begitu mereka tidak merasa cemas. maka hendaklah diubah dengan tangan . 2 3 Begitu juga dengan sirah para Nabi dan Rasul serta ulama-ulama yang masyhur. kita perlu sedar bahawa tugas dakwah ini bukan suatu perkara yang terasing dalam kehidupan kita sebagai pelajar.

maka boleh dipukul (sekadar mendidik) seperti hadis Baginda SAW: ‫َالَ َ ُو ُ ا ِّ صَّى ا ُ عَليْه َسَّم ُ ُوا أوْلَد ُم بِال ّلة َ ُمْ أب َاءُ سبْ ِ سنِين َاضْرُو ُمْ عَلي َا َ ُمْ أب َا ُ َشْر وَفَ ّ ُوا بَين ُمْ فِي‬ ‫ق رس ل ل ل ّ َ ِ و ل َ مر َ َك ْ ص َ ِ وه َ ْن َ ع ِ َ و ِب ه َ ْه وه َ ْن ء ع ٍ رق ْ َه‬ ‫ل‬ ‫ْ جع‬ ِ ِ ‫المَضَا‬ maksudnya: Rasulullah SAW telah berkata: perintahkanlah anak-anak kamu untuk mengerjakan solat pada umur tujuh tahun.W bersabda ‫رفع القلم عن ثلث : عن النائم حتى يستيقظ وعن الصبي حتى يشب وعن المعتوه حتى يعقل‬ maksudnya: diangkat Qalam (taklif) daripada tiga golongan. Dan pukullah mereka sekiranya sudah sampai umur sepuluh tahun (sekiranya degil) dan pisahkanlah tempat tidur mereka (anak lelaki dan perempuan) 3 Secara kesimpulannya seseorang dinamakan pemuda itu bermula daripada selepas baligh hinggalah berumur 40 tahun. sesiapa di kalangan kamu yang mencapai peringkat ‘Ba’ah’ (kemampuan) maka hendaklah mereka berkahwin. Muttafaqun ‘Alaihi 3 hadis riwayat Abu Daud 10 . Imam Syafi’ie menyatakan seseorang lelaki itu sampai ke tahap baligh pada umur 15 dan bagi perempuan pada umur 9 tahun. meninggi dan bertambah ialah kerana 2 perkara: 1. 2. maka amat digalakkan agar berkahwin apabila mempunyai kemampuan dan persediaan-persediaan tertentu.mereka yang gila hingga mereka berakal (waras) 1 Seseorang itu mencapai tahap baligh apabila ia telah bermimpi.A. meninggi dan meningkat. Ini dibuktikan dengan hadis-hadis baginda seperti: ‫يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج‬ maksudnya: wahai para pemuda. Apabila anak itu degil. seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. 2 Hadis di atas menandakan apabila seseorang itu sampai tahap pemuda dan selepas bermimpi. maka hendaklah mereka meminta izin.Mereka yang tidur sehingga mereka jaga 2. Di dalam Al-Quran Allah menyatakan penghujung peringkat pemuda ini dengan firman-Nya: ‫حتى إذا بلغ أشده وبلغ أربعين سنة‬ maksudnya: sehinggalah umurnya sampai empat puluh tahun ( Al-Ahqaf 15) 1 2 riwayat A-Turmizi dalam kitab Hudud. kuat. Begitu juga hadis yang menyatakan tentang mendidik anak solat apabila sampai umur sepuluh tahun. (AnNur 59) Hadis daripasa Saidina Ali Radiallahu Anhu.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah Peringkat remaja bermula apabila seseorang it sampai tahap baligh seperti firman Allah : ‫وإذا بلغ الطفال منكم الحلم فليستأذنوا كما استأذن الذين من قبلهم‬ maksudnya: dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh. Sebab dinamakan syabab di dalam bahasa Arab yang bermaksud bermula. Al-Quwwah iaitu bermaksud kekuatan kemampuan.mereka yang bayi hingga mereka baligh 3. An-Nama’ iaitu bermaksud bertambah. 1. Rasulullah S.

” Allah menjadikan selepas kelemahan pada waktu kanak-kanak kekuatan pada waktu syabab. ‫المنهاج‬ Sulaiman Bin Qasim Al-Aid Darul ‘Asimah muka surat 28 11 . Hal ini disebabkan beberapa perkara iaitu: 1 1. Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah.hadis yang menyatakan tentang golongan syabab atau pemuda ini. kekuatan pancaindera. Kekuatan yang dimaksudkan pada peringkat pemuda ini merangkumi semua kekuatan seperti kekuatan jasmani. kemudian Dia menjadikan kekuatan syabab itu kembali lemah apabila menjadi tua dan dewasa serta beruban. (Ar-Rum 54) Ibnu Al-Jauzi Rahimahullah pernah berkata berkenaan dengan ayat di atas : “Yang dimaksudkan dengan lemah selepas tempoh kanak-kanak itu ialah pertukaran kekuatan pada waktu muda kepada kelemahan pada waktu tua. dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui. Peringkat remaja atau pemuda ini berada di dalam tempoh atau kawasan kekuatan seseorang manusia itu. 1. kemampuan dan sebagainya untuk diberikan taklif sebagai seorang mukallaf iaitu yang cukup syarat untuk menanggung segala titah perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangannya. hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? (Yasin 68) Dan firman-Nya lagi: ُ‫ا ُ اّذِي خَلق ُم مِنْ ضعْف ُ ّ جعَل مِن بعْدِ ضعْفٍ قوةً ُ ّ جعَل مِن بعْدِ قوةٍ ضعْ ًا َشيْبَة يَخْلق َا َ َا ُ َهوَ العَِي ُ القَ ِير‬ ‫َ ُ ّ ثم َ َ ْ َ ُ ّ َ ف و َ ً ُ ُ م يش ء و ُ ْ ل م ْ د‬ َ ْ َ َ ‫َ ٍ ثم‬ ْ ‫َ َك‬ ‫ّ ل‬ ‫ل‬ maksudnya: Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah. kekuatan. kekuatan dalam beramal 1 2 rujuk kitab ( ( ‫النبوى فى دعوة الشباب‬ riwayat A-Turmizi dalam kitab Hudud.Mereka yang tidur sehingga mereka jaga 2. lagi Maha Kuasa. 2. selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Golongan pemuda ini adalah pada peringkat permulaan di berikan taklif oleh Allah SWT Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Ali Radiallahu Anhu: ‫رفع القلم عن ثلث : عن النائم حتى يستيقظ وعن الصبي حتى يشب وعن المعتوه حتى يعقل‬ maksudnya: diangkat Qalam (taklif) daripada tiga golongan. yang dimaksudkan remaja itu berada dalam tempoh kekuatan bukanlah bermaksud kekuatan itu kekal terus menerus. Walaupun begitu.mereka yang bayi hingga mereka baligh 3. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah Banyak ayat-ayat dan hadis. maka kekuatan itu akan menurun dan kembali semula menjadi lemah seperti umur bayi dan kanak-kanak seperti firman Allah: ‫ومَنْ نع ّر ُ ننَ ّسْ ُ ِي الْخلقِ أَ َل يعْقُِون‬ ‫َْ ف َ َ ل‬ ‫َ ُ َم ْه ُ ك ه ف‬ maksudnya: Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya. Tetapi apabila seseorang remaja itu sudah sampai pada tahap umur tertentu.mereka yang gila hingga mereka berakal (waras) 2 Pada peringkat remaja dan pemuda inilah peringkat yang mudah untuk memperolehi ilmu.

perlu disedari hakikat bahawa kita merupakan generasi masa depan yang akan menggantikan kepimpinan ummah yang wujud kini.a: ‫أعمار أمتي بين الستين إلى السبعين وأقلهم من يجوز ذلك‬ 4. Kepantasan memberi reaksi Pada zaman muda ini merupakan pusingan yang menunjukkan golongan ini mempunyai kekuatan dan kepantasan dalam memberi sebarang reaksi terhadap persekitarannya. yang kosong minda mereka daripada memikirkan perkara yang berat-berat dan sibuk dengan tugas-tugas. Sebagai pelajar dan remaja. maka kita sebagai pelajar tidak dapat tidak perlu melibatkan diri secara langsung dengan kemampuan dan medan yang kita berada. maksudnya: Umur bagi umatku antara 60-70 tahun1 5. Lantaran suasana yang berlaku di sekeliling kita mendesak kita untuk menjalankan tugas dakwah ini. Lantaran kesedaran di atas dasar ingin membuat reformasi ke atas perkembangan umat Islam yang berlaku kini. Persoalan belajar adalah persoalan kita mengukuhkan ilmu. fikrah. 3. Peringkat remaja atau pemuda ini ialah berada di sebaik-baik peringkat usia dan kehidupan seseorang kerana terhimpun padanya kekuatan dan kecergasan. (Al-Kahfi 13) 6. Sesungguhnya peringkat remaja dan pemuda disifatkan sebagai tiang kepada ummah. Ini digambarkan oleh penyair terkenal Abu Al-‘Atahiyah. jiwa serta apa-apa jua yang berkaitan dengan diri kita sendiri. Begitu juga ramai yang merasakan bahawa pada waktu muda inilah waktu hidup yang paling seronok sehingga terkenang-kenang kenangan pada waktu tersebut dan seolah-olah mahu kembali ke zaman itu. Ini disebabkan pada tempoh ini segala tenaga. Persoalan dakwah pula adalah berkaitan dengan masalah yang berlaku di sekeliling kita.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah dan bekerja serta kuat dalam memperolehi ilmu seperti kata-kata Imam Syafi’ie Rahimahullah: ‫ول ينال العلم إل فتى … خال من الفكار والشغل‬ maksudnya: dan tidak memperolehi ilmu dengan sepenuh kekuatan kecuali golongan pemuda. Sesungguhnya umur bagi umat Nabi Muhammad SAW di antara 60-70 tahun seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. Ini dibuktikan seperti apa yang berlaki kepada pemuda Ashabul Kahfi yang diriwayatkan oleh Al-Quran Al-Karim dengan firman Allah SWT: ‫إنهم فتية ءامنوا بربهم وزدناهم هدى‬ maksudnya: mereka adalah pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka lalu kami tambahkan hidayah dan petunjuk kepada mereka. pengorbanan dan sumbangan boleh diberikan semaksimumnya. Setelah kita mengetahui kewajipan dan tuntutan dakwah. Peringkat remaja atau pemuda merupakan peringkat umur yang paling panjang. Adakah kita sebagai seorang pelajar atau remaja perlu terlibat dalam kancah ini? Sedangkan dalam masa yang sama kita mempunyai kewajipan untuk belajar? Dalam hal ini para pelajar perlu faham bahawa kedua-dua hal ini perlu dilihat dalam perspektif yang berbeza. timbul pula persoalan. maka ia menuntut pengorbanan dan usaha dari seluruh 1 Hadis riwayat At-Turmizi 12 .

pemuda yang membesar dengan ibadah dengan Tuhannya. tidak harus juga baginya meletakkan persatuan itu segala-galanya sehingga terabai tugas utama menuntut ilmu. maka kita akan dapat lihat bangsa tersebut akan dinaikkan darjat mereka di dunia dan di akhirat. Sabda Baginda SAW ّ‫حَ ِي ثُ أبِي ُريْرةَ ر ِ َ ا ُّ عنْ ُ : ع ِ النبِيّ صَّى ا ُّ عَليْ ه َ سَّمَ قَا َ سبْعَة يظِل ُ مُ ا ُّ فِي ظِّ ه يوْ م َ ظ ّ إ ّ ظّ ُ الْمَا ُ العَادِل َ َاب‬ ‫ل ِ َ َ ل ِل ِل ِل ه ِ م ْ ُ وش‬ ‫ل ل َ ِ و ل ل َ ٌ ُ ّه ل‬ ّ ‫د َ ه َ َ َض ي ل َ ه َ ن‬ ‫ِ ٍو َ َ ل‬ َ ‫َشَأ بِعبَادةِ ا ِّ وَرَج ٌ قَل ُه معَّ ٌ فِي ال َسَاجِدِ وَرَ ُ َن تَ َا ّا فِي ا ِّ اجتمعَا عَليْه وتفَ ّقَا عَليْه وَرَج ٌ دَعتْه امْرأ ٌ ذَات مَنْصب َجمَالٍ فقَا‬ ُ ‫ل ْ َ َ َ ِ َ َ ر َ ِ ُل َ ُ ََة‬ ‫جل ِ ح ب‬ ‫ْم‬ ‫ُل ْب ُ ُ لق‬ ‫ن َ ِ َ ل‬ * ُ‫إّي أَخَا ُ ا ّ وَرَ ُل تَصَدق بِصَدَقةٍ فَأَخفَاهَا حّى َ تعْلَم يمِي ُه َا ُنفقُ شمَاله وَرَ ُ ٌ ذكَرَ ا َّ خَاليًا ففَاضتْ عي َاه‬ ‫َت ل َ َ َ ن ُ م ت ْ ِ ِ ُ ُ جل َ ل ِ َ َ َ ْن‬ ْ َ َ ّ ٌ‫ف ل ج‬ َ ‫ِن‬ maksudnya: “7 golongan yang akan dinaungi oleh Allah SWT pada hari yang tiada naungan selain naungan kecuali naungan-Nya iaitu pemimpin yang adil. Ini disebabkan tuntutan menuntut ilmu adalah perkara yang qat’ie dan tertakluk kepada semua mukallaf tetapi bagi hal persatuan. Hal ini berlaku sebaliknya pada zaman para sahabat di mana mereka terpaksa berhijrah dan melakukan pelbagai usaha. Itulah hakikat maksud kata-kata Imam Al-Ghazali tentang golongan pemuda. Hal ini disebabkan beberapa perkara: a) Seseorang mempunyai kemampuan menuntut ilmu dan juga berpersatuan yang berbeza. bukanlah bermaksud pemimpin itu mesti mempunyai jawatan atau portfolio dalam persatuan kerana manusia itu disifatkan oleh Rasulullah sebagai pemimpin bagi setiap apa yang dipimpinnya. dan 2 pemuda yang saling mengasihani bertemu dan berpisah kerana Allah SWT. ia lebih tertakluk kepada golongan tertentu yang terpilih dan mempunyai kelebihan tertentu. Apabila seseorang itu mempunyai kelebihan dari sudut mendalami ilmu. maka cukuplah untuk kita melihat akan kemusnahan bangsa. tidak harus baginya meninggalkan terus tuntutan berpersatuan kerana ia merupakan tuntutan syarak dan semasa yang amat penting. Namun. pengorbanan. takwa dan beriman kepada Allah dan hari akhirat serta bersedia membuat perubahan. maka tiada masa baginya untuk ilmu itu bukanlah satu dalil yang menjadi alasan kukuh untuk tidak aktif atau memberi sumbangan seadanya kepada persatuan.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah tenaga. dan pemuda yang mengingati Allah seorang diri dan menggugurkan air matanya……”1 1 Hadis riwayat Bukhari dan Muslim 13 . seandainya pemuda dan pemudinya sentiasa peka. jika seseorang itu mempunyai kelebihan berpersatuan dan kepemimpinan. ujian dan cabaran bagi menegakkan negara Islam Madinah. Bagi menentukan maju atau mundurnya sesebuah bangsa itu. Timbul pula persoalan apakah keutamaan daripada 2 tuntutan tersebut dalam tempoh waktu muda ini? Jawapannya ialah kedua-duanya perlu diseimbangkan menurut kemampuan seseorang. maka kita hanya perlu melihat kepada pemudanya. Mungkin ada yang memberi alasan seperti kata-kata Imam Syafi’e apabila seseorang itu sudah menjadi pemimpin. Pun begitu. Walaupun begitu. seorang lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid. Sekiranya pemudanya hidup dalam keadaan yang leka. b) Namun begitu. Perlu dirujuk waq’ie pada zaman para Tabi’in dan juga ulama’-ulama’ besar 5 kurun terawal disebabkan mereka pada waktu itu masih berada di dalam daulah dan khalifah Islam yang mana Al-Quran dan As-Sunnah sudah berada dalam puncak kekuasaan empayar Islam. Justeru para ulama’ ketika itu tidak perlu kepada pengislahan yang serius dan besar bagi menegakkan daulah Islam. Tugas mendalami ilmu dan juga berpersatuan kedua-duanya tuntutan syarak. masa dan material kita untuk menaikkan syiar Islam. dan pemuda yang bersedekah sebelah tangannya hingga tidak diketahui tangan sebelah yang lain. membuat maksiat dan engkar dengan perintah Allah. maka ia perlu mengutamakan ilmu daripada hal persatuan. dan pemuda yang digoda oleh seorang wanita bangsawan dan cantik lalu berkata “Sesungguhnya Aku takut kepada Allah SWT.

jasad. mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum fakirmu. ramai di kalangan para sahabat terdiri daripada pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah. 2. Rasulullah membentuk para syabab dengan pelbagai bentuk tarbiyah. Hakikat perjuangan Islam pada peringkat awal telah dibuktikan oleh generasi muda yang menjadi tulang belakang Baginda sendiri. maka Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim.nafsu. kita tidak perlu memberikan alasan untuk tidak bersama-sama menceburi dalam bidang dakwah ini. Dalam proses memelihara nafsu generasi syabab daripada penyelewengan dan kebobrokan akhlak melalui institusi bait muslim (rumah tangga) yang mengikut syariat Allah Allah SWT. Bukan masalah masa yang tidak cukup. Saad Bin Abi Waqqas. iaitu: ْ‫حَدث َا ُحَ ّد بْن َ ّار ُنْ َا ٌ قَالَ حدثَ َا يَحْيَى عَنْ عبيْدِ ا ِّ قَالَ حَدثنِي خبَيب بْ ُ عبْدِ ال ّحمَنِ عَنْ حفْص بْ ِ عَاصمٍ عَنْ أ ِي هريْرَةَ عن‬ َ َ ُ ‫َب‬ ِ ‫َ ِ ن‬ ْ ‫َّ ُ ْ ُ ن َ ر‬ ‫َُ ل‬ ‫َّ ن‬ ‫ّ َن م م ُ ُ بش ٍ ب د ر‬ ‫النبِ ّ صَّى ا ُ عليْه َسَّمَ َا َ سبْعَة يظِل ُمْ ا ُ فِي ظِّه يَوْم ل ظِ ّ إل ظِّ ُ الْمَامُ العَادِل َ َاب َشَأَ فِي عبَادةِ ر ّه وَرَ ُ ٌ قل ُه ُعَل ٌ ِي‬ ‫ِ َ َب ِ جل َ ْب ُ م ّق ف‬ ‫ل ِ َ َ ل ِ ّ له ِ ْ ُ وش ّ ن‬ ‫ل‬ ّ ‫ّ ي ل ّ ََ ِ و ل ق ل َ ٌ ُ ّه‬ ‫ل‬ ‫ال َسَاجِد وَرَ ُلَن تَ َا ّا ِي ا ِ اجتَمعَا عَليْه وتفَ ّقَا عليْه وَرَ ُل طَلبتْه امْرَأ ٌ َات منْصبٍ وَجمَالٍ فقَا َ إ ّي أَخَا ُ ا ّ وَرَ ُل تَصَدقَ َخفَى‬ ْ ‫ف ل جٌ ّ أ‬ َ ‫َ َ ل ِن‬ ِ َ ُ ‫ْم ِ ج ِ ح ب ف ّ ْ َ َ ِ َ َ ر ََ ِ ج ٌ َ َ ُ َة ذ‬ ‫ل‬ ُ‫حّى ل تَعْلَ َ شمَاله َا تنف ُ يمِي ُه وَرَ ُ ٌ ذكَ َ ا َّ خَاليًا ففَاضتْ عي َاه‬ ‫َت َ م ِ ُ ُ م ُ ْ ِق َ ن ُ جل َ ر ل ِ َ َ َ ْن‬ mafhumnya: Tujuh golongan yang akan mendapat mendapat perlindungan daripada Allah dalam bayangan ‘Arasy ketika hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan Nya. maka masyarakat dan negara akan dijajah dengan pelbagai bentuk penjajahan yang baru. maka Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Jamaah. Ini dibuktikan dengan hadishadis yang disabdakan oleh Rasul SAW tentang golongan syabab. lapangmu sebelum sibukmu. iaitu: 1 hadis riwayat Hakim dalam Al-Mustadrak dan hadis ini soheh 14 . Mereka adalah pemuda-pemuda bagi membantu perjuangan Rasul SAW terutamanya ketika Islam mula-mula ditegakkan. Ali Bin Abi Talib dan ramai lagi.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa betapa besarnya darjat pemuda yang berjuang untuk menegakkan Islam di muka bumi ini. tidak yakin pada diri sendiri dan sebagainya yang merupakan jawapan-jawapan yang sering diutarakan. Dalam suasana pengajian. salah satu daripadanya adalah syabab yang sentiasa beribadah kepada Allah. ‫خمسا قبل خمس شبابك قبل هرمك وصحتك قبل سقمك وغناءك قبل‬ ‫قال رسول ال صلى ال عليه وسلم لرجل وهو يعظه اغتنم‬ ‫فقرك وفراغك قبل شغلك وحياتك قبل موتك‬ bermaksud: Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. hidupmu sebelum matimu. Antaranya: Sifat-sifat As-Syabab Daripada Hadis-hadis Rasulullah SAW 1. Dalam proses menyediakan generasi syabab untuk tetap beriltizam dan beristiqomah dalam ketaatan kepada Allah serta tetap beribadah kepada-Nya dan menerima dengan penuh keyakinan apa jua tanggungjawab yangtelah diberikan kepada mereka. Dalam proses menyeru generasi syabab supaya mengisi ruang masa yangada untuk membentuk peribadi mereka sama ada dari aspek ruh. tetapi perlu kita sedar seandainya kita tidak berubah dari sikap lama kita dan tidak mengambil endah akan hal ini. 1 3.Begitu juga kalau kita semak kembali sirah perjuangan Rasul SAW. sihatmu sebelum sakitmu. maka Rasulullah SAWtelah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Syaikhan (Bukhari dan Muslim). ilmu yang masih tidak mantap. ‘aqal dan akhlak.

iaitu daripada dia mengambilnya dan ke mana diinfaknya serta daripada amalannya yang telah dilakukan. daripada syababnya pada yang telah diujinya. istimrar(berterusan) mereka di atas taqwa kepada Allah Allah SWT.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah ‫َ َ َ َد‬ ِ ْ‫حَدثنَا عمَر بْ ُ حفْصٍ حَدث َا أ ِي حدثَنَا الَْعم ُ قَالَ حَدثنِي إبْرَا ِي ُ عنْ علقَمَ َ قَال كنْت َعَ عبْدِ ا ِ فَلقيَ ُ عثمَان بمِنًى فقَال يَا أبَا عب‬ ِ ُ ْ ُ ‫َّ ِ ه م َ َْ ة َ ُ ُ م َ ّ َ ِ ه‬ ‫ل‬ ‫ْ َش‬ ّ َ ‫ّ َن َب‬ َ ‫َّ ُ ُ ن‬ ْ‫ال ّحمَنِ إ ّ لِي إِليكَ حَاجةً فَخلوَا فقَالَ عثمَا ُ هَلْ لك َا أ َا عبْدِ ال ّحمَ ِ فِي أن ُزَ ّجك بكْ ًا ُذ ّرك َا ُنتَ تعهَدُ فَل ّا رَأَى عبْدُ ا ِ أَن‬ ‫ل‬ ّ َ ‫ُ ْ ن َ َ ي َب َ ر ْ ن َ ْ ن و َ َ ِ ر ت َك ُ َ م ك ْ َ ْ َم‬ َ ََ َ َْ ‫ر ْ ِن‬ َ‫ليْسَ ل ُ حَاجَ ٌ إِلَى هَ َا َشَا َ إِلَ ّ فقَال يَا عَلقمَ ُ َانتَهيتُ ِإليْه َهوَ ي ُو ُ أمَا لئِنْ قلتَ ذَلكَ لقَدْ َالَ لنَا النبِ ّ صّى ا ُ عَليْه َسَّم َا معْشَر‬ َ ‫ْ َ ة ف ْ َ ْ َ ِ و ُ َق ل َ َ ُ ْ ِ َ ق َ ّ ي َل ّ َ ِ و ل َ ي‬ ‫ل‬ َ َ‫ذ أ ر ي‬ ‫ة‬ ‫َ َه‬ ٌ ‫الش َابِ مَنْ است َاعَ من ُمْ ال َاءةَ فَليتَزَوج وَمَنْ لَم َسْت ِعْ فعَليْه بِالصوْ ِ فَإ ّ ُ له وِ َا‬ ‫ّ م ِنه َ ُ ج ء‬ ِ َ َ ‫ْ ي َط‬ ْ ّ َ ْ َ ‫ْ َط ِ ْك ْب‬ ‫ّب‬ maksudnya: Wahai generasi syabab. Maka melaluinya (perkahwinan). daripada umurnya pada yang telah diisinya.أهل الجنة شباب جرد، مرد كهل، لتبلي ثيابهم، ول يفنى شبابهم‬ maksudnya: Ahli-ahli syurga sentiasa muda tidak berjanggut dan bermisai. maka golongan syabab menolong aku. maka Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Turmizi. 1 4. tidak basah pakaian mereka dan tidak musnah muda mereka 5 1 2 muttafaqun ‘alaihi hadis riwayat Muslim 3 hadis riwayat Ahmad 4 riwayat muslim 5 hadis riwayat Darimi 15 . Dalam proses supaya generasi syabab sentiasa beristiqomah di atas manhaj Islam. nescaya akan menundukkan pandangan kamu danmemelihara faraj kamu. Hadis Baginda SAW ‫قال.) HadisRasulullah SAW: ‫يقال لهل الجنة إن لكم أن تشبوا فل تهرموا أبدا‬ maksudnya: Dikatakan kepada ahli-ahli syuga sesungguhnya kamu akan sentiasa muda dan tidak akan tua selama-lamanya 4 7. bercelak.(hedonisme) 3 6. Rasulullah SAW juga telah berwasiat kepada umatnya supaya memelihara golongan syabab dan telah memberikan pengiktirafan yang besar terhadap kepentingan syabab berbanding dengan syuyukh (golongan tua) sebagaimana pesan Rasulullah SAW: Aku berwasiat kepada kamu untuk memelihara golongan syabab kerana sesungguhnya mereka (syabab) mempunyai hati yang lembut (mudah menerima seruan Islam). maka Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Ya’la: ‫يعجب ربك من الشباب ليست له صبوة‬ Sesungguhnya Allah swt berasa takjub kepada generasi syabab yang tidak cenderung untuk berfoya-foya. Dalam proses untuk muhasabah generasi syabab akan tanggungjawabtanggungjawab mereka di hadapan Allah swt ketika hari diminta pertanggungjawaban. daripada hartanya. tetapi golongan syuyukh menentang aku. iaitu: ‫لتزول قدم ابن ادم يوم القيامة من عند ربه حتى بسأل عن خمس: عن عمره فيما أفناه وعن شبابه فيما أبله وماله من أين اكتسبه وفيم‬ ‫أنفقه وعلمه ماذا عمل به‬ maksudnya: Tidak akan berganjak kaki seorang hamba itu pada hari qiamat sehinggalah dia disoal tentang empat perkara. barangsiapa yang mampu daripada kalangan kamu akan al-ba’ah (qudrat untuk berkahwin). maka hendaklah kamu berkahwin. 2 5. Tatkala aku dibangkitkan oleh Allah SWT dengan Islam.

menyusun perencanaan dan perancangan untuk mencapai sesuatu matlamat jangka pendek dan panjang bagi para pelajar di sekolah-sekolah. Islam telah mengajarkan kepada umatnya agar hidup dalam keadaan yang bersistem dan tersusun. Justeru ‘Badan Dakwah’ ialah suatu kumpulan yang mempunyai susunan organisasi yang tertentu. Lantaran untuk melaksanakan kehidupan yang bersistem dan tersusun 1 hadis riwayat At-Turmizi 16 . Hadis Baginda SAW ‫ما أكرم شاب شيخا لسنه إل قيض ال له من يكرمه عند سنه‬ maksudnya: tidak mulia seseorang pemuda itu pada waktu tuanya kecuali Allah menukarkan kepadanya mereka yang memuliakannya pada usia mudanya. BAB 2 Tuntutan Berorganisasi Dalam Islam Pada hakikatnya. ‘badan’ bermaksud kumpulan orang yang merupakan kesatuan untuk mengerjakan sesuatu ataupun sesuatu agensi yang ditubuhkan untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu. Dakwah pula bermaksud kegiatan menyeru dan membimbing serta meyakinkan secara baik dalam usaha mempengaruhi orang lain supaya menyedari dan menghayati ajaran agama Islam. 1 Pengertian Badan Dakwah Dalam Kamus Dewan. Sebagaimana cantiknya perundangan dan syariat Islam.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah 8. begitulah juga kita disuruh bersistem dan mengatur hidup kehidupan kita seharian.

Dalam kajian pengurusan terdapat pelbagai takrifan istilah "organisasi". Dengan pengaruh yang berlaku di persekitaran mereka. (e) Organisasi terlibat dengan aktiviti yang bermatlamat tertentu. (c) Terdapat sempadan yang memasukkan sebahagian populasi dan memisahkan yang lain. Kita lihat para remaja kini sudah hilang punca mencari wawasan hidup sebenar. Hal ini lebih-lebih lagi menuntut kita apabila kedudukan umat Islam sekarang kini dalam keadaan yang lemah dan perlukan perubahan. pada mana ahlinya berinteraksi secara rasional dan aktif. Beberapa statistik di bawah menandakan betapa kroniknya masalah para remaja sekarang ini termasuk mereka yang berada di bangku sekolah. Dan agen perubah itu tidak lain dan tidak bukan daripada kalangan kita selaku pemimpin dan pembela ummah masa depan. para remaja terus hanyut dengan pelbagai kerosakan moral dan akhlak. Ini ditegaskan oleh Allah dalam banyak firmannya antaranya: ‫إن ال يحب الذين يثاتلون فى سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص‬ maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT amat mencintai mereka yang berjuang di jalan-Nya dalam keadaan Saf (berorganisasi) seumpama bangunan yang terbina kukuh. lantas perlulah kita mempraktikkannya terutamanya kita sebagai penda’ie dan pelajar muslim. (d) Proses interaksi yang sokong menyokong dan tidak communal. Kamus Dewan (1994) memberi erti "organisasi" sebagai "kesatuan yang terdiri daripada bahagian atau golongan yang tersusun dalam sesuatu pertubuhan".Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah ini memerlukan kita berorganisasi. Jenayah yang dilakukan oleh golongan yang berumur antara 13-21 tahun. Begitu juga dengan kaedah usul Fiqh yang menyatakan: ‫ما ل يتم الواجب إل به وهو واجب‬ maksudnya: tidak sempurna sesuatu yang wajib itu dengan sesuatu kecuali dengan sesuatu itu. (Surah As-Sof 4) Ayat Allah ini menjelaskan kepada kita bahawa tuntutan berorganisasi menjadi satu perintah kepada kita selaku pelajar Muslim. "pertubuhan" dan "perbadanan". Kes dan Jenayah Merokok Penyalahgunaan dadah Menonton video lucah Berjudi Seks bebas Melahirkan anak luar nikah Kegiatan maksiat (sumber majalah Massa) Peratus 70% 14% 40% 28% 7300 513 (1990-1995) 8509 (1995) 17 . Lima elemen penting timbul daripada takrifan ini: (a) Kewujudan perhubungan sosial. (b) Terdapat hierarki kuasa dan pembahagian tugas. Weber (1948) mentakrifkan "organisasi" sebagai "perhubungan sosial yang mengehad atau menutup kemasukan orang luar dengan mengadakan peraturan". maka ia menjadi wajib.

Biasanya sesebuah sekolah mempunyai perlembagaan atau undang-undang tubuh tersendiri. ia lebih merupakan ‘advantage’ atau kelebihan kepada gerakan dakwah di sesebuah sekolah. pendidikan atau sebarang juzu’ daripada Islam. Konsep Berorganisasi 1. Bukan memahami Islam dalam bentuk-bentuk tertentu seperti ekonominya sahaja. Contohnya mengamalkan Islam dari segi solat. tidak dinafikan seandainya ada badan dakwah yang boleh menjalankan segala aspek tersebut tanpa mengira dasar sesebuah sekolah itu ditubuhkan. (Al-Baqarah 208) Daripada ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa Allah SWT menuntut agar umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya hendaklah mengamalkan Islam secara keseluruhannya dan tidak dipisah-pisahkan secara juz’ie atau sebahagian-sebahagian. Seandainya perkara in berlaku. Ini sesuai dengan firman Allah: ‫ومن بيتغي غير السلم دينا فلن يقبل منه وهو في الخرة من الخسرين‬ 18 . Organisasi yang ditubuhkan tidak dapat tidak berasaskan kepada matlamat dan objektif yang digubal. memberi salam sesama orang Islam tetapi pada masa yang sama mengumpat. Hal ini penting agar tenaga dapat ditumpukan pada keperluannya dan tidak terbazir ke arah yang tidak perlu. tetapi dalam masa yang sama melakukan percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batasan tertentu. Maka semua ini tidak memenuhi tuntutan Allah masuk Islam secara keseluruhannya. dengan kefahaman yang benar terhadap Islam. Contohnya seperti sebuah sekolah agama rakyat tidak perlu baginya meletakkan sains dan teknologi sebagai tumpuan gerak kerja kerana matlamatnya lebih kepada pangajian Islam berbeza dengan sebuah sekolah sains yang memang menumpukan aspek tersebut dalam pembelajaran pada pelajarnya. Hendaklah ahli-ahlinya memahami dengan jelas Islam sebagai satu cara hidup. maka ia perlu menjadikan matlamat organisasi yang didokongnya ke arah Islam. Objektif dan matlamat ini pula disusun mengikut dasar utama sesebuah sekolah. memfitnah dan mengata kepada orang lain. sesungguhnya mereka adalah musuh yang nyata. Begitu juga dengan badan dakwah. Kemudian. masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Firman Allah SWT: ‫ياءيها الذين ءامنوا ادخلوا في السلم كافة ول تتبعوا خطوات الشيطان إنه عدو مبين‬ maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman. Daripadanyalah segala gerak kerja segala yang dijalankan di sebuah sekolah akan dilaksanakan. Begitu juga dengan konsep kita berorganisasi.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah Asas-asas Berorganisasi Setelah memahami akan tuntutan berorganisasi di dalam Islam ini. kita perlu memahami beberapa asas-asas berorganisasi. Namun begitu. Justeru segala penyusunan dan pembahagian biro pada persatuan haruslah bersesuaian dengan dasar dan matlamat sesebuah sekolah. Segala bentuk dasar atau asas kehidupan selain daripada Islam adalah tertolak. Penyusunan organisasi adalah mengikut kesesuaiannya dengan matlamat sekolah. Al-Quran dan As-Sunnah telah menggariskan agar kehidupan kita perlu didasari dengan Islam sendiri.

Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Mengamalkan Amar Makruf dan Nahi Mungkar Firman Allah SWT: ِّ ‫كن ُم خيرَ أ ّ ٍ أخرجَتْ ِل ّاس تأ ُ ُون ِالمَع ُوفِ وتنهَوْ َ عَ ِ المنكرِ و ُؤم ُون ِا‬ ‫َ َ ْ ن ن ْ ُ ْ َ َت ْ ِن َ ب ل‬ ‫ُ ْت ْ َ ْ ُمة ُ ْ ِ ل ن ِ َ ْمر َ ب ْ ْر‬ maksudnya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia. dan pohonkanlah ampun bagi mereka. untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah. (An-Nur 55) 2. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 55 dengan firmannya: ْ‫وَعدَ ا ُ اّذِين َامُوا مِن ُم وَعمُِوا ال ّالِ َاتِ ل َستَخْلفّ ُمْ فِي الَْرض كَمَا استَخْلَ َ اّذِين مِنْ قبْلهِم وَليمَكنَ ّ ل ُمْ ِين ُمُ اّذِي ارتَضَى ل ُم‬ ‫َه‬ ْ ‫ْ ف ل َ َ ِ ْ َ ُ ّ ن َه د َه ل‬ ِ ْ ‫َ ّ ل َ ء َن ْك ْ َ ل ص ح َي ْ ِ َنه‬ ‫ل‬ ‫وَليبَ ّلن ُمْ مِن بعْدِ خوْفهِمْ أم ًا يع ُ ُون ِي ل ُشْركُون بِي شي ًا‬ ‫َ ْئ‬ َ ِ ‫َ ُ دَّه ْ َ َ ِ َ ْن َ ْبد َن َ ي‬ maksudnya: Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi. Firman Allah: ‫َاأ ّهَا الذِينَه َام ُوا أ ِي ُوا ا َّ َأ ِي ُوا ال ّسُو َ َُوِي الْمرِ من ُمْه فإِنْه ت َازَع ُمْه فِي شيْء ف ُ ّوهُه‬ ‫َ ٍ َرد‬ ‫ي َي ّ ء َن َط ع ل وَط ع ر ه ل وأ ل َ ْ ِ ْك َ َن ْت‬ ‫إل ل و ّس ل ْ ُ ْ ُ ْ ت ْ ِن َ ب ل و ْ َ ْ ْ ِ ِ ذِ َ ْر وَ ْ ُ َ و ل‬ ً ‫َِى ا ِّ َالر ُو ِ إِن كنتم ُؤم ُون ِا ِّ َاليومِ الخر َلكَ خي ٌ َأحسَن تأْ ِي‬ 19 . Firman Allah: ‫َ ْ َِذ َ َ َ َك عل ّ ّ ل ُ ب ْ ُ َك ن‬ َ ‫فَاعفُ عنهمْ َاستغْفرْ لهمْ وشَاورْهم فِي الْمرِ فإ َا عزمْتَ فتَو ّلْ ََى ا ِ إِن ا ّ يحِ ّ المتَو ّلِي‬ َ ‫ل‬ ْ ُ ِ َ ُ َ ِ َْ ‫ْ َ ْ ُ و‬ maksudnya: Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu). kehidupan bermasyarakat dan kehidupan bernegara.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah maksudnya: Sesiapa yang mencari cara hidup (dasar dan asas) selain daripada Islam maka ia tidak akan sekali-kali diterima daripadanya. dan di hari akhirat nanti mereka termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Ali Imran 110) 4. Mencapai matlamat badan dakwah yang telah disepakati. Justeru tidak dapat tidak konsep kepimpinan dan pentadbiran apa jua persatuan. sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa. organisasi besar atau kecil perlulah berlandaskan Iman dan amalan yang soleh.( Ali Imran 159) 3. mengangkat bai’ah dan memberi wala’ kepadanya. Tanpa wala’. Menghormati ketua. dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka. serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). maka ia akan memberi kesan kepada badan dakwah sendiri. Bahkan lebih teruk daripada itu mengakibatkan permusuhan. (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). akan timbul perpecahan di kalangan ahli dan menyebabkan matlamat tidak tercapai. Sebarang usaha mencapai matlamat selain itu. Ini disebabkan Iman dan amalan yang solehlah yang telah menggariskan segala bentuk panduan dalam kehidupan manusia dari segi cara membina personaliti. (Ali Imran 85) Sudah ditetapkan oleh Allah SWT bahawa kepimpinan di muka bumi ini adalah dikurniakan kepada mereka yang beriman dan beramal soleh. kehidupan berkeluarga. pertubuhan.

dan lebih elok pula kesudahannya. Mempunyai pembahagian tugas dalam melaksanakan sebarang bentuk program. maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya . taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada . mereka terus menghebahkannya.jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). (AnNisa’ 59) Firmannya lagi: ْ‫َإ َا جَا َهمْ أم ٌ م َ الْمْ ِ أَ ِ الخوفِ أذَا ُوا بِ ِ َلَو ر ّو ُ َِى الر ُو ِ ََِى ُوِي الْمر من ُم‬ ‫ّس ل وإل أ ل َ ْ ِ ِ ْه‬ ‫وِذ ء ُ َ ْر ِن َ ن و ْ َ ْ َ ع ه و ْ َد ه إل‬ ْ‫ل َلمَ ُ الذِين يستنبِ ُونه من ُم‬ ‫َعِ ه ّ َ َ ْ َ ْ ط َ ُ ِ ْه‬ maksudnya: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan. tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu). Ia penting agar semua ahli dapat memberi sumbangan dalam menjayakannya dan tidak timbul masalah mereka yang ‘escapisme’. 6. 4."Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka. 8. yang mendirikan sembahyang. 7. 2.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman. tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka. (AlMaidah 55) Rukun Bai’ah 1. 3. (An-Nisa’ 83) Firmannya lagi: ‫ِ ّ وِ ّ ُ ُ ّ َ َس له و ّ ء َن ّ َ يق م َ ص َي ْت َ ّ و ُ ْ ر ِع ن‬ َ ‫إنمَا َليكم ا ُ ور ُوُ ُ َالذِينَ َام ُوا الذِين ُ ِي ُون ال ّلَةَ و ُؤ ُون الزكَاةَ َهم َاك ُو‬ ‫ل‬ maksudnya: Sesungguhnya Penolong (pemimpin) kamu hanyalah Allah. Faham Ikhlas Amal (bekerja) Jihad Tadhiyah (pengorbanan) Taat Thabat (tetap) Tajarrud (tulen) Ukhuwwah Thiqoh (memberi kepercayaan) 5. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu). serta orang-orang yang beriman. dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu. Tidak mendapat bantuan daripada AJK atau ahli-ahli persatuan yang lain Tidak ikhlas membuat sesuatu kerja dan mahu mendapat sanjungan 20 . 5. Secara umumnya sikap ini timbul akibat daripada beberapa punca iaitu: a) b) c) Pembahagian tugas yang tidak seimbang dan adil. dan RasulNya. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara. dan menunaikan zakat. 9. 10.

‫وت َاو ُوا عََى البِر وَالتق َى وَل ت َاو ُوا عَلَى الْثْم َال ُدوَان َات ُوا ا َ إِ ّ ا َ شَ ِي ُ الع َاب‬ ‫ّ ن ّ د د ْ ِق‬ ‫ِ ِ و ْع ْ ِ و ّق ل ل‬ ‫َ َع َن‬ ‫َ َع َن ل ْ ّ ّ ْو‬ maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa. Bagi mereka yang riya’ dalam mengerjakan amalan.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah d) e) f) g) h) i) Tugas atau kerja yang diserahkan kepadanya tidak sesuai dan sukar dilaksanakan Masalah peribadi Ruhiyyah yang tidak mantap Membuat sebarang program atau aktiviti tanpa bermesyuarat atau tidak mengambil pandangan orang lain Program atau aktiviti serupa dan tidak ada perubahan dan peningkatan sehingga menyebabkan ahli bosan Program atau aktiviti yang dijalankan terlalu menekan dan memaksa ahli atau AJKnya sendiri Cara-cara bagi mengatasi masalah ini ialah dengan: a) b) c) d) e) f) g) Membuat pembahagian tugas dengan seimbang dan adil Menghargai segala bentuk sumbangan daripada AJK. (Al-Maidah 2) 7. a) Riya’ Riya’ merupakan penyakit hati yang amat besar kesannya terhadap pahala. Tidak mempunyai penyakit-penyakit hati seperti riya’. maka pergilah kepada mereka yang diriya’kan di dunia dan lihatlah apa yang kamu dapat daripada orang tersebut daripada sebarang balasan.1 1 hadis riwayat Muslim 21 . dengki dan menjatuhkan orang lain. kesempurnaan amalan dan juga kesan daripada amalan tersebut. bangga. Dan bertaqwalah kepada Allah. Ini disebabkan dengan penyakit inilah tujuan. kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). “ Syirik kecil ialah riya’ dan sesungguhnya Allah SWT akan membalas segala amalan-amalan yang dikerjakan. Mempunyai sikap bantu-membantu antara satu sama lain. sombong. 6. pentingkan diri sendiri.” Lalu mereka bertanya kepada Rasulullah apa itu syirik kecil. niat dan matlamat seseorang itu terpesong dari jalan dan matlamat sebenar iaitu Allah SWT. Bahkan Riya’ juga disifatkan sebagai syirik kecil seperti Sabda Nabi SAW: ‫َالَ عبْد ا ّ وَجَد ُ هَذَا الْحَ ِيثَ ِي كِ َابِ أ ِي بِخ ّهِ حَدث َا ِسْ َاق بْ ُ ِي َى حدثَنَا عبْ ُ ال ّحمَن بْ ُ أبِي الزنَادِ عَنْ عمْ ِو بْ ِ أ ِي عمْ ٍو‬ ‫َ ر ن َب َ ر‬ ّ َ ‫د ف ت َب َط ّ َن إ ح ُ ن ع س َ ّ َ د ر ْ ِ ن‬ ‫ق َ ل ْت‬ ِ ‫عَنْ َاصِم بْ ِ عمَرَ بْ ِ قتَادةَ عَن مَحمُود بْ ِ لبِيدٍ َالَ قَالَ َ ُو ُ ا ِ صَّى ا ُ عليْه َسَّمَ إ ّ أَخوَف مَا أَخَا ُ عَلي ُمْ ال ّر ُ الَْصغَ ُ َاُوا‬ ‫ْ رقل‬ ‫ف َ ْك ش ْك‬ َ ْ ‫رس ل ّ ل ّ ََ ِ و ل ِن‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫ع ِ ن ُ نَ َ ْ ْ ِ نَ ق‬ ‫ل َ ك ْت ْ ت ء ن‬ َ ‫يَا َ ُولَ ا ّ و َا ال ّر ُ الَْصغَ ُ قَا َ الر َا ُ إِ ّ ا ّ تبَاركَ وتعَاَى يقُول يوْم ُجَازَى العبَاد بِأَعمَالهِمْ اذْه ُوا ِإلَى اّذِين ُن ُم ُرَا ُو‬ ‫َب‬ ِ ْ ُ ِْ ‫ْ ر ل ّي ء ن ل َ َ َ َ ل َ ُ َ َ ت‬ َ ‫رس ل َم ش ْك‬ ِ ‫ِ ده َ ء‬ ً ‫بِأَعمَال ُمْ فِي الدنيَا َان ُ ُوا هَل تَجِ ُونَ عنْ َ ُمْ جزَا‬ ‫ْ د‬ ‫ّ ْ ف ْظر‬ ‫ْ ِك‬ maksudnya: “Sesungguhnya satu perkara yang aku takut daripada banyak perkaraperkara yang aku takut ialah syirik yang kecil. ahli atau peserta program Ikhlas dan bersungguh dalam melaksanakan sebarang bentuk program Menyerahkan tugas sesuai dengan orangnya Memantapkan ruhiyyah dengan menjaga hubungan dengan Allah SWT Membuat pelbagai perubahan dan peningkatan pada mutu dan kualiti program Berbincang dan bermesyuarat dalam sebarang masalah dan aktiviti yang mahu dilaksanakan. dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah b) Ujub. cubaan dan ujian yang menimpa mereka. 2 Tujuan utama ukhuwwah Islamiyah ialah ‫محبة اللهية‬ Yang paling rendah ialah ‫سلمة الصدر‬ Firman Allah: ‫إنما المؤمنون إخوة‬ 1 2 hadis riwayat Muslim Al-Hujurat ayat 10 22 . c) Lemah semangat Lemah semangat merupakan salah satu daripada penyakit-penyakit jiwa yang melanda segelintir para pejuang Islam tak kira dalam mana-mana peringkat. kegiatan dakwah sendiri boleh tergugat dan terancam. Hal ini penting kerana lemah semangat ini boleh membantutkan dan melambatkan proses kemenangan Islam. Di samping ia boleh memberi implikasi dan kesan sampingan kepada ahli biasa dan para junior. tetapi menjadi fitnah dan tohmahan bahawa Islam itu lemah. Begitu juga berlaku di sekolah-sekolah menengah akibat pelbagai tekanan. Termasuklah juga ujub iaitu merasa diri hebat. (Ali Imran 139) 8. sesebuah badan dakwah itu juga bukan wadah membina syaksiyah pelajar. sifat dan penyakit ini perlu dihilangkan dan dihindarkan segera. َ‫إن َا المؤْم ُونَ إِخو ٌ فَأَصلِ ُوا بَيْ َ أَخوَي ُم َاتقُوا ا َّ لعَل ُم ُرْح ُون‬ ‫ْ َة ْ ح ن َ ْك ْ و ّ ل َ ّك ْ ت َم‬ ‫ِّم ْ ُ ِن‬ maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. Justeru. padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. mereka yang mengecilkan suara membaca Al-Quran sama seperti mereka yang merahsiakan sedekah mereka. Amalan yang diterima oleh Allah adalah amalan yang ikhlas dan bersih daripada sebarang bentuk niat yang menyeleweng daripada Allah SWT. dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu). Sebagai seorang muslim.1 Maksud hadis ini ialah menggambarkan bahawa amalan yang disertakan dengan niat yang ikhlas adalah amat penting sebagai faktor utama amal diterima. seorang muslim perlu mengambil istifadah dan pengajaran daripada ayat motivasi Allah SWT dengan firman-Nya: ‫َ َ َ ِن َ َ َ ْ ن وَ ْ ُم َ ن ِ ْ ُ ْ ُ م ْ ِ ن‬ َ ‫ول ته ُوا ول تحزَ ُوا َأنت ُ الْعْلَوْ َ إن كنتمْ ُؤمنِي‬ maksudnya: Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam). takabbur dan sum’ah ٍ‫حَدثنَا الْ َسن بْ ُ عَرَفةَ حَدث َا ِسمَ ِيل بْ ُ عّاشٍ عن بَحِير بْ ِ سعْدٍ عَنْ َالِد بْن معْدَا َ عَن كثِير بْن ُرةَ الْحَضْرمِ ّ عَنْ عقبَة بْ ِ َامِر‬ ‫ُْ َ ن ع‬ ‫َي‬ ّ‫خ ِ ِ َ ن ْ َ ِ ِم‬ َ ‫ِ ن‬ َْ ‫ّ َ ح َ ُ ن َ ّ َن إ ْ ع ُ ن َي‬ ‫َا َ سمِع ُ َ ُولَ ا ِ صَّى ا ُ عَليْه َسَّم ي ُو ُ الْجَاهِر بِال ُرْآن كَالْجَاهِر بِال ّدَقة وَال ُسِر بِال ُرْآن كَال ُسِر بِال ّدقَةِ َالَ أ ُو ِيسَى هَذَا‬ ‫ِ ص َ ِ ْم ّ ْق ِ ْم ّ ص َ ق َب ع‬ ِ ‫ُ ْق‬ ‫ّ ل ّ َ ِ و ل َ َق ل‬ ‫ل‬ ‫ق ل َ ْت رس ل‬ ‫ُ ِ َ ْق ِ لن َ سر َل ِ أ ْل‬ ِ ‫حَ ِي ٌ َسَ ٌ غ ِيب ومَع َى هذَا الْحَ ِيثِ أَ ّ اّ ِي ُسِر بِقِرَاءةِ ال ُرْآنِ َأفْضَل مِنْ اّ ِي يَجْهَر بقِرَاءةِ ال ُرْآن َِ ّ صَدَقةَ ال ّ ّ أَفْض ُ عنْدَ َه‬ ‫لذ‬ ُ ‫َ ْق‬ ّ ‫د ن لذ ي‬ َ ‫د ث ح ن َر ٌ َ ْن‬ ‫ْع ْ ِ لن لذ ي ر ْ َ َ ي ف ََ ْع ْ ُ م ي ف‬ ُ ‫العِلْم مِنْ صدَقَ ِ ال َلنِيَة وَإن َا مَعنَى هَذَا عنْدَ َهْ ِ العِلْمِ لكَي يَأمَنَ ال ّجل مِنْ ال ُجب َِ ّ اّ ِي ُسِ ّ العمَلَ ل ُخَا ُ عليْهِ ال ُجب َا ُخَا‬ ُُ‫ر‬ ْ ْ ِ ْ ‫ِ أ ل‬ ْ ‫َ ة ْع َ ِ ِّم‬ ِ ْ ‫َ ِ ع ََِ ه‬ ِ ِ‫عَليْه مِنْ َلنيت‬ maksudnya: Mereka yang menguatkan suara ketika membaca Al-Quran sama seperti mereka yang berterang-terang memberi sedekah. Marhalah ukhuwwah 1. Mempunyai ukhuwwah yang mantap di kalangan ahli. maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu. dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. Bahkan sekiranya keadaannya lebih teruk.

Yang pertengahan ialah ‫ المساواة‬meletakkan hak saudara Islam sama dengan hak sendiri Sabda Rasulullah SAW: ‫ليؤمن أحدكم حتى يحب لخيه ما يحب لنفسه‬ maksudnya: tidak beriman seseorang dari kalangan kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri Dalam konteks membina badan dakwah di sekolah dengan kukuh dan mantap. buah fikiran. (Asy-Syura 38) Ayat ini menjelaskan bagaimana Allah menyuruh agar kita selaku seorang mukmin berbincang dan bermesyuarat dalam sebarang masalah. Perlu disedari bahawa dalam keadaan sekarang. (Al-Hujurat 10) 2. manusia tidak mampu untuk menegakkan Islam secara berseorangan dan perlu kepada bentuk berkumpulan atau jamaah. serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu. Justeru. 9. dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka. Firman Allah SWT: ‫ل ن ْ ج ب َّ ْ ق م ص َ َ َ ره ش ر ْ ه ْ َ ِم َ ْن ه ُ ْ ِ ن‬ َ ‫وَاّذِي َ استَ َا ُوا لِربهِم وَأَ َا ُوا ال ّلة وَأمْ ُ ُمْ ُو َى بَينَ ُم وم ّا رَزق َا ُمْ ينفقُو‬ maksudnya: Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna. Berkorban masa. kamu beriman kepada Allah dan rasulNya. Itulah yang telah dibuktikan oleh para sahabat dalam beberapa siri peperangan yang tidak mementikan diri dalam keadaan kecederaan yang amat mendahagakan air. Tujuannya bagi melatih diri kita sentiasa meletakkan kepentingan sesama mukmin lebih penting daripada diri kita sendiri. tenaga. ُؤم ُون ِا ِّ ورَ ُولهِ وت َاه ُو‬ ْ ُ ‫َدّ ُ عل ِج ٍ ُ ْج‬ ‫ي َ ّه ّ ن ء َن‬ ‫ف َب ِ ل َِ و ِ ُ وَ ُ ِك ْ ذِ ُ َ ْر َ ُ ْ ُ ْ ُ َ َم ن‬ َ ‫ِي س ِيل ا ّ بأمْ َالكمْ َأنْفس ُم َلكمْ خي ٌ لكمْ إِن كنتمْ تعْل ُو‬ ِ maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu. perlulah meningkatkan ukhuwwah sehingga ke tahap paling tinggi iaitu ithar. yang 23 . tetapi masih lagi tetap mengutamakan sahabatnya yang lain yang mungkin lebih haus sedangkan dirinya sendiri dalam keadaan amat memerlukan air. 10.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah maksudnya: Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. apabila bergerak secara berkumpulan memerlukan perbincangan sesama ahli jamaah bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku di dalam gerak kerja mereka. Yang paling tinggi ialah ‫اليثار‬ Firman Allah SWT dalam surah Al-Hasyr ayat 9: ٌ َ ‫ويؤث ُونَ عَى أنْ ُس ِمْ ولو كَان ب ِمْ خ َا‬ ‫َل َ ف ِه ََ ْ َ ِه َص صة‬ ‫َ ُ ْ ِر‬ maksudnya: dan mereka melebihkan diri saudara-saudara mereka lebih dari diri mereka sendiri walaupun dalam keadaan yang terdesak dan memerlukan 3. Selalu berbincang apabila timbul sebarang masalah. harta dan sebagainya untuk membantu organisasi. dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya. ‫َ ب أل ٍ ت ْ ِن َ ب ل َ س ِ َ ُج ِد ن‬ َ ‫َاأي َا الذِي َ َام ُوا هَلْ أ ُلكمْ ََى ت َارَة تن ِيكم مِنْ عذَا ٍ َِيم . Dengan cara berbincang dan bermesyuarat inilah yang boleh membuahkan hasil yang terbaik dan menyelesaikan masalah dengan sempurna.

24 . BIRO USRAH Definisi Usrah Dari segi lughahnya ialah : Keluarga 1 Ini adalah sebagai sebuah contoh susunan organisasi bagi sebuah badan dakwah. kerjaya serta tugasan. Malahan. (As-Sof 10-11) Permasalahan tadhiyah atau pengorbanan ini merupakan masalah yang paling besar dan penting dalam sesebuah organisasi. jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). pertubuhan malahan sesebuah negara itu sendiri. Organisasi di bawah ini adalah sebagai contoh sebagai asas-asas penyusunan organisasi dalam sebuah badan dakwah. mereka yang berani berkorban berjuang di jalan Allah disifatkan oleh Allah lebih mulia dan utama berbanding mereka yang duduk beribadat tanpa berjuang di jalan Allah seperti firman-Nya: ْ‫ل َسْتوِي ال َاعِ ُون مِ َ المؤْمنِي َ غيْرُ ُولِي ال ّرَر َال ُجَاهِ ُونَ فِي س ِيلِ ا ّ بِأموَالهِم وَأن ُسِهِمْ ف ّلَ ا ُ ال ُجَاهِدِين بِأموَالهِم وَأن ُسِهِم‬ ‫َ َ ْ ِ ْ َ ْف‬ ‫َض ّ ْم‬ ‫ل‬ ‫َب ل َ ْ ِ ْ َ ْف‬ ِ ‫ض ِ و ْم د‬ ‫ْق د َ ن ْ ُ ِ ن َ أ‬ َ ‫َي‬ ‫عَلَى القَاعِدِي َ دَرَجَة و ُ ّ وعَدَ ا ُ الْ ُس َى وَفَ ّلَ ا ُ ال ُجَاهِدِينَ علَى القَاعِدِينَ أَجْ ًا ع ِي ًا‬ ‫ر َظ م‬ ْ َ ‫ض ّ ْم‬ ‫ل‬ ‫ّ ح ْن‬ ‫ً َكل َ ل‬ ‫ن‬ ْ maksudnya: Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman . Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga).Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah demikian itulah yang lebih baik bagi kamu.selain daripada orang-orang yang ada keuzuran . biasanya terbahagi kepada AJK tertinggidan AJK Biro dan AJK kecil.dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. PENGERUSI TIMBALAN PENGERUSI 1 TIMBALAN PENGERUSI 2 (MUSLIMAT) SETIAUSAHA AGUNG SETIAUSAHA KERJA TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG BENDAHARI KEHORMAT TIMBALAN BENDAHARI Jawatankuasa Serta Unit-unit Kecil 1. Ia boleh berubah mengikut keadaan waki’ie sebuah sekolah. Ahli Jawatankuasa Tertinggi. dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar. maka pelbagai kecacatan dan kelemahan akan berlaku dalam sebarang bentuk amalan. Dengan pengorbanan yang sungguh-sungguh inilah membezakan antara mereka yang ikhlas dan berserah diri kepada Allah SWT sebenar-benar tawakkal. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Tanpa pengorbanan dan kesungguhan daripada mereka yang bergelar pemimpin. (An-Nisa’ 95) Organisasi Badan Dakwah Serta Unit-unit kecil1 Dalam sesebuah organisasi badan dakwah.

Belanda dan negara-negara penjajah. Jabhah Al-Islamiyah di Sudan. Rukun Usrah 1. ‫( التعارف‬Pengenalan) Ta’aruf merupakan rukun usrah pertama. Jamiah Sanusiyah (Libya). maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu. Jamaah-jamaah ini tidak terasas dengan secara sendirinya. Beliau dan beberapa sahabatnya seramai 7 orang telah menjalankan kegiatan dakwah dan membentuk manhaj tarbiyah. Hingga pengaruh dan pendekatan beliau menangani masalah perpecahan berjaya mempengaruhi pemikiran ulama’-ulama’ haraki pada waktu itu sama ada di negara-negara Arab. Beliau telah mengasaskan jamaah Ikhwanul Muslimin (IM) pada Mac tahun 1928 di satu daerah bernama Isma’iliyyah di Mesir. Dan cara dan kaedah yang paling ditekankan dalam manhaj tarbiyah IM ialah usrah itu sendiri. Italy.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah Dalam konteks dakwah pula ialah : HUBUNGAN YANG WUJUD DARI PERTALIAN AKIDAH. Antaranya di rumah Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam. Maksudnya berkenal-kenal dan berkasihsayang sesama mukmin. Begitu juga apa yang telah dijalankan oleh Baginda sepanjang marhalah Makkiyyah di mana segala aktiviti dan perlaksanaan syariat Islam dibuat secara sulit dan tersembunyi hinggalah Nabi berjaya membentuk negara Islam Madinah. Sejarah Usrah Apabila khilafah Islam Turki Uthmaniyah tumbang pada tahun 1924. Nahdhah di Tunisia (1979). Yang dimaksudkan di sini bukan sekadar usrah dalam erti kata sebenar iaitu daripada keluarga Nabi. Jamaah Islamiyah Abu al-‘Ala Al-Maududi (India 1941). tetapi Baginda juga membuat kumpulan-kumpulan kecil daripada kalangan para sahabat yang terawal memeluk Islam dan menjalankan aktiviti mereka di rumah-rumah kediaman secara rahsia dan di tempat-tempat yang sunyi. tetapi ia dirancang dan rencanakan oleh pimpinan-pimpinan daripada para ulama’ Islam yang menyedari hakikat kepentingan mengembalikan negara dan khilafah Islam. dan beberapa jamaah Islam yang tujuan penubuhannya untuk mengembalikan daulah dan khilafah Islam. Perancis. Antara ulama’ yang paling berjaya membangkitkan kesedaran mendirikan daulah Islam ialah As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Keadaan ini menyebabkan timbul gerakan-gerakan Islam pada tahun-tahun selepas itu antaranya seperti Ikhwanul Muslimin. Bahkan beliau dengan bantuan sahabat-sahabatnya berjaya menyatukan perpecahan yang berlaku dalam masyarakat Mesir pada masa itu. IDEALISME PERJUANGAN DAN BERUSAHA TOLONG MENOLONG ANTARA SATU SAMA LAIN UNTUK MEMAHAMI DAN MENGHAYATI ISLAM. dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. India. Hal ini disifatkan oleh Allah dalam firmannya dalam surah Al-Hujurat ayat 10: َ‫إن َا المؤْم ُونَ إِخو ٌ فَأَصلِ ُوا بَيْ َ أَخوَي ُم َاتقُوا ا َّ لعَل ُم ُرْح ُون‬ ‫ْ َة ْ ح ن َ ْك ْ و ّ ل َ ّك ْ ت َم‬ ‫ِّم ْ ُ ِن‬ maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. Persoalannya adakah usrah ini dijalankan di zaman Baginda SAW? Jawapannya Baginda memang menjadikan usrah sebagai asas perjuangan Baginda. Firman Allah: 25 . dan Asia Tenggara. kedaulatan dan ketuanan syariat Islam yang menjadi perlembagaan dan undang-undang negaranegara Islam pada waktu itu bertukar kepada undang-undang yang diperkenalkan oleh British.

badan dakwah mempunyai silibus tertentu bagi peringkat para pelajar berkenaan. dan janganlah kamu bercerai-berai (Ali Imran 103) Sabda Nabi SAW: ‫المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا‬ maksudnya: Mukmin dengan mukmin yang lain seumpama bangunan memperkukuh antara satu sama lain.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah ‫َاعتَص ُوا بِحبْ ِ ا ِّ ج ِيعًا َل َف ّ ُوا‬ ‫و ْ ِم َ ل ل َم و َ ت َرق‬ Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam). ‫الدين الصيحة‬ berhati-hati tidak menyentuh perasaan sesama mukmin terhadap apa-apa kecacatannya dan kekuranganya serta tidak memperlekehkan dia menutup segala aib tidak mencerca dan memandang negatif terhadap apa yang dilakukan oleh sahabat dan bersikap ‫سلمة الصدر‬ 3. Contohnya dalam tempoh tingkatan 1-3. Silibus ini pula perlulah ada jalinan antara satu tingkatan dengan satu tingkatan yang lain agar pengisian yang diberikan melalui silibus tersebut mempunyai kesinambungan. membantu. As-Syahid meletakkan prinsip yang jelas. maka Allah tidak melihat ke atasnya daripada balasan kecuali syurga * Kalau kita perhatikan rukun dalam bahasa Arab ialah ‫ جزء من ماهية الشيئ‬atau ‫. 2.. anak usrah dan manhaj usrah. ­ ­ ‫( التكافل‬Perseimbangan) Takaful bermaksud saling menampung. memikul beban dan tugas serta bersama-sama dalam keadaan susah atau senang. Begitu seterusnya bagi tingkatan 5 dan 6. Antara tuntutan rukun kedua ini ialah: berada di dalam jalan yang benar membuat segala yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan larangannya bermuhasabah saling nasihat menasihati dengan rasa dada terbuka dan gembira. a) Unit Silibus Unit silibus memainkan peranan membantu badan dakwah atau persatuan Islam menyiapkan silibus usrah dalam bentuk yang tersusun dan rapi. Antara lain tuntutan rukun ini ialah: berjanji antara satu sama lain dalam perkara kebajikan dan pengislahan memberi kemudahan dan kesenangan sesama mukmin sabda Rasulullah SAW ‫من أدخل السرور على أهل بيت من المسلمين لم ير ال له جزاءدون جنة‬ maksudnya: Barangsiapa yang memberikan kebahagiaan dan kesenangan kepada ahli rumah daripada kalangan muslimin. ماهية الشيئ‬ Iaitu naqib. Silibus usrah amat penting bagi menjadualkan pengisian-pengisian yang telah ditetapkan bagi mentarbiyah para pelajar dengan wasilah usrah. kukuh dan dalam pembinaan sesebuah daulah dan khilafah. 26 . Tetapi As-Syahid Hasan Al-Banna meletakkan 3 perkara di atas sebagai rukunnya. ‫( التفاهم‬Persefahaman) ­ ­ ­ ­ ­ ­ ­ Tafahum pula bermaksud saling memahami dan faqih terhadap Islam. Hal ini penting agar para pelajar mudah mengikuti pengisian yang diberikan kepada mereka. Bermakna.

Ini kerana manhaj usrah lebih menitikberatkan penghayatan Islam secara kolektif dan bukan individu. penceramah dan fasilitator. bagi mereka yang belajar di sekolah-sekolah agama rakyat yang mendapat pendidikan sampingan daripada Tok-tok Guru Pondok juga tidak dapat lari daripada mengadakan usrah mengikut manhaj yang tertentu. Contohnya dalam permasalahan menyiapkan tempat berceramah dari sudut mikrofon. para peserta tidak dapat mendengar ceramah 27 . Antaranya: a) b) c) d) Pendidikan Islam menjadi subjek elektif dan bukan subjek teras menyebabkan para pelajar tidak serius mempelajari dan mendalami ilmu ini Pendidikan Islam yang diajar di sekolah-sekolah tidak menitikberatkan penghayatan dan amalan seharian. pembesar suara dan sebagainya. Secara umumnya. kemungkinan boleh menjejaskan mana-mana pihak sama ada pada peserta. modul ialah suatu latihan yang menggunakan bahan-bahan atau soalan-soalan untuk dijawab bagi mencapai objektif sesuatu program atau aktiviti. menyiapkan makanan dan minum para peserta. BIRO TAMRIN a) Unit protokol Unit protokol lebih kepada membuat kerja-kerja teknikal. Selain itu. sistem pendidikan yang dijalankan di dalam negara ada dipengaruhi dengan unsur-unsur pemisahan antara ilmu dan amal.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah Mengapa perlu disediakan satu modul silibus usrah? Tidak cukupkan pendidikan Islam yang dipelajari di kelas-kelas? Jawapannya ialah: Sebenarnya pendidikan Islam yang diajar di kelas-kelas tidak mencukupi dan mempunyai kepincangan dalam pelbagai sudut. Justeru. dengan keadaan yang berlaku dalam sistem pendidikan perlu ditampung dengan usrah-usrah yang dijalankan oleh badan-badan dakwah di sekolah bagi membentuk pelajar muslim yang seimbang dalam pelbagai aspek kehidupan. fasilitator mahupun kepada jawatankuasa sendiri. gerak kerja berkumpulan atau latihan dalam kumpulan yang dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran. Unit modul berperanan menyiapkan modul-modul untuk dilaksanakan dalam usrah LDK atau aktiviti-aktiviti sepanjang tahun yang dijalankan oleh badan dakwah atau persatuan Islam. Sekiranya di sana ada berlaku masalah teknikal. kepentingan dunia dengan kepentingan akhirat. membuat persiapan pentas. b) Unit Modul Modul bermaksud suatu kursus pelajaran seperti latihan. Hal ini kerana kerja-kerja unit ini perlukan penelitian dan kemahiran. pengalaman menunjukkan bahawa masalah ini juga perlu dan amat penting diberi perhatian. 2. penceramah. Contohnya seperti membuat persiapan tempat berceramah. Walaupun kerja-kerja protokol ini kelihatan mudah dan bersifat teknikal. Dalam kata yang lebih mudah. Begitu juga manhaj usrah memberi penekanan yang seimbang antara ilmu turath dengan ilmu semasa. Bahkan segelintir ahli dalam bidang pendidikan menganggap bahawa penghayatan Islam dianggap mundur dan kolot. memasak dan seumpamanya. Sekiranya sistem audio ini tidak berfungsi dengan baik.

tangkas. cuma ia lebih umum. Sebagai contoh. b) Unit disiplin Unit disiplin mempunyai peranan yang amat penting bagi memastikan matlamat tamrin tersebut tercapai dengan jayanya. fizikal dan mental. unit disiplin juga berkuasa mengenakan tindakan tatatertib ataupun dalam bahasa Arabnya ialah ‘Iqob bagi memastikan seseorang peserta itu bertanggungjawab di atas segala tindakan dan tugas yang telah dilaksanakan. kem – kem juga mempunyai matlamat-matlamat tertentu sama seperti mukhayyam. Cuma aktivitinya lebih luas daripada mukhayyam yang boleh di adakan di dalam dewan atau di luar dewan simposium – lebih kepada pengisian membentuk fikrah dan pemantapan ilmu dan thaqofah. tamrin untuk mengukuhkan ukhuwah dinamakan tamrin ukhuwwah dan seumpamanya. begitulah juga dengan seorang naqib. seseorang peserta terlewat menghadiri sesuatu ceramah. Terdapat aktiviti-aktiviti yang mencambahkan lagi idea-idea utama pengisian dan di resolusikan untuk dilaksanakan. Secara umumnya. Namun begitu. tamrin untuk memperkenalkan tarbiyah dan dakwah kepada pelajar baru dinamakan tamrin pengenalan tarbiyah. unit disiplin berhak menghukum peserta tersebut dengan hukuman-hukuman yang setimpal dan berpatutan. Dalam masa yang sama. Begitulah juga uslub dan cara sesebuah tamrin diadakan. seseorang pasangan yang mahu berkahwin perlu mengikuti kursus perkahwinan sebelum diijabkabulkan. 28 c) d) . Ada tamrin yang diadakan khas untuk bakal-bakal pimpinan yang dinamakan tamrin qiadi. Contohnya seperti: a) b) mukhayyam – mukhayyam lebih kepada tamrin berbentuk fizikal. Selain itu. Ini kerana ‘push’ dan ‘pull’ merupakan tarbiyah daripada Allah dan Rasulullah SAW sendiri yang disebutkan sebagai ‘tarhib’ dan ‘targhib’. cepat bertindak. pelajar muslim atau sesiapa yang ingin menjadi da’ie kepada jalan Allah perlu kepada tamrin sebagai persediaan dan bekalannya. menghargai semangat para peserta dan seumpamanya yang dinamakan menarik jiwa. mencabar ego atau menekan psikologi para peserta. tamrin merupakan satu program yang amat penting dan menjadi ujian terakhir kepada seseorang da’ie sebelum terjun ke medan masyarakat. Latihan yang dimaksudkan di sini bukanlah latihan dalam skop-skop tertentu. kursus – lebih kurang sama seperti simposium. Pun begitu. memberi kesedaran sebenar. bagi aktiviti yang seumpama ini. tetapi tamrin merangkumi ketiga-tiga aspek penting iaitu spiritual. Hal ini kerana sesebuah tamrin diadakan bagi melatih diri seseorang peserta mematuhi masa. Seseorang pelajar sekolah menengah akan menghadapi peperiksaan SPM sebelum memasuki ke alam universiti. perlu dijalankan oleh mereka yang dianggap kuat ruhiyyahnya dan amat disegani dan disayangi oleh para peserta. Di samping itu terdapat juga pengisian-pengisian mental dan aktiviti-aktiviti pengukuhan rohani. perlu ada ‘puller’ yang menarik hati. Tamrin merupakan istilah daripada bahasa Arab bermaksud latihan. Begitu juga unit disiplin mempunyai peranan sebagai ‘pusher’ bagi menaikkan semangat. tepat dan bersemangat. terdapat beberapa jenis program yang semacam tamrin tetapi mempunyai perbezaan.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah dengan baik dan penceramah sendiri kurang selesa dengan keadaan seumpama itu hingga menjejaskan konsenterasi untuk menyampaikan pengisian. terdapat juga beberapa tujuan khusus tamrin itu diadakan. Ia amat sesuai dengan psikologi manusia dan fitrahnya yang tidak suka dimarah tetapi suka dipuji dan dihargai.

bangsa dan negara. BIRO PERHUBUNGAN LUAR a) Unit IPT Unit sekolah berperanan menghubungkan badan dakwah atau persatuan Islam dengan Institut Pengajian Tinggi tempatan. Unit sekolah Unit sekolah berperanan menghubungkan badan dakwah atau persatuan Islam dengan badan dakwah atau persatuan Islam di seolah-sekolah lain. Contoh hubungan yang boleh diwujudkan ialah melalui aktiviti bergotongroyong. Tujuannya agar para pelajar sekolah dapat dihubungkan dengan mahasiswa-mahasiswa di universiti-universiti tempatan dan juga luar negara. program sekolah Bestari yang sedang dijalankan dibeberapa buah sekolah juga amat menekankan sumbangan sesebuah sekolah kepada penduduk setempat. Begitu juga Nadwah Kepimpinan Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh yang dijalankan dua tahun sekali secara bergilir di sekolah-sekolah asrama penuh (SBP). Hari Kantin. a) . Biasanya sesebuah sekolah akan mengeluarkan para pelajarnya untuk memasuki ke IPT tempatan atau luar negara. Hubungan yang diwujudkan ini amat perlu kerana di sana banyak faedah yang boleh diperolehi seperti kerjasama antara badan dakwah. Di samping itu. sudah tentu memberikan pengaruh yang positif agar para pelajar bersungguh-sungguh belajar untuk berebut memasuki ke IPT tempatan atau luar negara. Unit umum Unit umum pula menjalankan tugas menghubungkan para pelajar dengan penduduk berdekatan yang tinggal di sekitar sekolah ataupun penduduk kampung secara umumnya. Begitu juga program MOBIS yang dilaksanakan oleh JAIS dengan kerjasama PUM dan pelajar-pelajar IPT tempatan.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah Secara kesimpulannya. istilah-istilah diatas tidak mempunyai perbezaan yang ketara. bantu-membantu dan bertukartukar fikiran tentang kegiatan Islam yang dijalankan. Lebih-lebih lagi akhir-akhir ini sudah banyak program ijtimak pelajar serta pertubuhan-pertubuhan yang diwujudkan bagi menyatukan para pelajar sekolah terutamanya daripada sekolah menengah. BIRO PENERBITAN DAN PUBLISITI Unit majalah Unit majalah berfungsi menerbitkan majalah khas yang dikeluarkan oleh badan dakwah atau persatuan Islam. Hal ini amat bersesuaian dengan matlamat pendidikan agar memberi khidmat kepada masyarakat. program gabungan. Dengan adanya hubungan dengan mereka yang berada di sekolah menengah dan lepasan sekolah yang berada di IPT. Di samping mengasah bakat-bakat 29 b) c) 4. Contohnya IPIM (Ijtima’ Pelajar Islam Malaysia) pada tahun 1996 untuk kali pertama yang dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa di Sekolah Menengah Teknik dan IPIM kali kedua (1997) yang dijalankan di Selangor di bawah JAIS dan PUM. Cuma istilah sahaja yang berbeza. Majalah-majalah ini bertujuan sebagai salah satu uslub atau media untuk menyampaikan mesej Islam. Tak kurang juga program-program yang dijalankan oleh Pembimbing Rakan Sebaya ataupun Unit Kaunseling yang wujud di sekolah-sekolah yang telah banyak melahirkan kepimpinan di peringkat remaja. 3. Ceramah dan seumpama dengannya. agama.

Nasyid merupakan alternatif bagi nyanyian dan muzik yang mempunyai unsur-unsur Islam. a) BIRO KESENIAN unit nasyid Di dalam biro kesenian ini diasingkan kepada unit nasyid dan unit pantomim. BIRO CERAMAH a) unit pidato dan khutbah Peranan unit ini ialah melatih dan mendedahkan kepada para pelajar agar mampu menyampaikan pidato atau khutbah bagi pelajar agama. Walaupun latihan ini agak berat dan nampak sukar. forum. Antara unsur-unsur Islam yang ada dalam nasyid ialah seperti: 30 . 5. majalah ini juga boleh dijadikan sebagai suatu yang boleh dikomersialkan ke sekolah-sekolah lain. tetapi hakikatnya inilah yang pernah dibuktikan oleh sebahagian besar ulama’ Islam. Antaranya ialah Yusof Al-Qaradwahi. Imam Hasan Al-Banna dan sebagainya. dakwah Islam dapat disebarkan dengan cepat dan mudah. Unit Siber Unit internet dijadikan salah satu unit dalam BPP ini berperanan mempublisitikan badan dakwah atau persatuan Islam ke alam siber serta menyiarkan kegiatan-kegiatan yang dijalankan. munaqasyah buku. Tuntutan semasa yang telah banyak mengheret dakwah ke kancah yang lebih mencabar ini perlu diraikan. Ia bergantung pada keputusan dan mesyuarat dengan ahli jawatankuasa yang terbabit. Hal ini kerana amat penting bagi seseorang da’ie itu berani dan mampu tampil ke hadapan untuk bercakap di khalayak umum dengan gaya dan hujah yang kukuh dan mantap. Sekaligus. Risalah-risalah ini biasanya dikeluarkan mengikut hari-hari atau peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam seperti Aidil Fitri. Syeikh Mohammad AlGhazali. perlu dilatih memberi khutbah sama ada diadakan dalam bentuk latihan dalam sesebuah program ataupun dilatih dengan menjadi khatib di mana-mana masjid dengan kelulusan pihak berwajib. Bagi para pelajar agama. Apatah lagi jolokan internet sekarang ini yang dikatakan telah banyak disalahgunakan dengan laman-laman lucah. Hijrah. dengan cara seumpama ini. Walaupun begitu. Aidil Adha. c) b) 6. Isra’ dan Mikraj dan seumpamanya. unit perayaan dan hari kebesaran Islam Unit ini pula berperanan mengadakan program ceramah.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah penulisan di kalangan pelajar. dalam negara atau luar negara. maka badan dakwah atau persatuan Islam perlu memainkan peranan menerokai alam siber dan bersaing menyiarkan kegiatan-kegiatan dakwah dan Islam bagi meluaskan lagi medium dakwah. debat dan seumpamanya yang berkaitan dengan hari perayaan atau kebesaran Islam. badan dakwah atau persatuan Islam mempunyai email tersendiri sebagai satu alat perhubungan. tidak juga ia terskop pada aspek tersebut. b) Unit risalah Unit risalan menjalankan tugas menerbitkan risalah-risalah ringkas di sekitar sekolah. Sekurang-kurangnya. tetapi boleh juga diadakan bagi membincangkan permasalahan semasa yang berlaku di dalam sekolah.

Bahkan kita lihat di sana terdapat nasyid-nasyid yang berbentuk ilmu yang mendedahkan kepada anak-anak kecil menghafal sifat 20. Pantomim ialah satu bentuk drama yang dilakukan dengan cara lakonan dan diiringi dengan muzik atau bunyi latar. pantomim merupakan satu 31 . berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dengan bebas dan sebagainya. syariah dan akhlak Islam. di sana perlu dilihat bahawa persoalan nasyid dan yang berkaitan dengannya adalah perkara yang banyak khilafnya daripada kalangan sahabat kecuali perkara-perkara yang menjadi qat’ie dalam syariat seperti lirik yang bertentangan dengan akidah. gendang dan rebana. malahan ada yang mampu menceburkan diri ke arena penulisan dengan menerbitkan majalah. Lirik yang menepati syarak. asma’ul Husna. fiqah. Namun begitu. Sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak baik daripada para artis nasyid. 3. Buktinya sudah ada kumpulan-kumpulan nasyid tertentu yang mampu menerbitkan album sendiri. tidak terkeluar dari sebarang bentuk yang bertentangan dengan akidah. Sebagai cadangan. Penasyid sendiri memelihara syariat Islam. Menunjukkan bahawa melalui nasyid. yang terbaiknya ialah kumpulan-kumpulan nasyid yang tumbuh bak cendawan selepas hujan ini mengelakkan daripada menyertai syarikat-syarikat yang nyata terdapat syubhah di dalamnya. Hal ini merupakan salah satu uslub bagi memudahkan anak-anak kecil menghafal perakra-perkara fardhu ain dengan cepat dan baik. Akhir-akhir ini kita melihat nasyid merupakan salah satu bentuk hiburan yang amat popular dan mendapat tempat di hati masyarakat. Akhir-akhir ini. Malahan ada yang mengatakan bahawa dakwah melalui nasyid adalah tidak benar dan palsu dan bercampur dengan perkara-perkara syubhat. Walaupun begitu terdapat perkara-perkara yang berlaku khilafnya seperti persoalan alat muzik. Perlu di ingat bahawa para artid nasyid menjadi idola kepada masyarakat khususnya para remaja. Walau apapun pandangan yang dinyatakan. sifat nabi. dan nama-nama Nabi. Bagi saya. Alat muzik yang dibenarkan oleh syarak iaitu kompang. Hal ini tidak mustahil dan mampu dilaksanakan. Ada sesetengah pendapat mendakwa bahawa banyaknya kumpulan nasyid yang muncul akhir-akhir ini bukan bertujuan menyampaikan dakwah. Bahkan banyak kumpulan nasyid yang mampu mengatasi kumpulan nyanyian balada.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah 1. maka ia boleh menimbulkan fitnah dan ikutan yang tidak baik. kumpulan-kumpulan nasyid perlulah membina sebuah syarikat tersendiri yang memberi peluang kepada mana-mana kumpulan nasyid untuk menerbitkan album. Hal ini menjadikan tujuan dan mesej dakwah tidak berkesan dan sampai ke sanubari para pendengar. tetapi lebih mementingkan populariti. Perkara ini dianggap syubhah oleh sesetengah pendapat. Maksud syubhah di sini ialah dari segi wang dan royalti yang diterima serta persekongkolan dengan artis-artis yang kurang Islamik. penaja persembahan dan syarikat yang menjadi penerbit kepada sesebuah kumpulan nasyid. rap dan lain-lain lagi. Islam mampu disebarkan. b) unit pantomim. rock. tidak dinafikan bahawa dakwah yang menjadi tujuan utama kepada nasyid ini tidak diekspolitasi dengan mencari kepopularan dan kemahsyuran. 2. 4. Tidak bercampur penasyid lelaki dan wanita. Hukum Nasyid Ada yang mempertikaikan bahawa nasyid adalah tidak syarie. Begitu juga permasalahan syarikat-syarikat rakaman yang juga memberi kontrak kepada artis-artis yang tidak Islamik.

BIRO KHAS Tanzim jabatan Nuqaba’ dan Naqibat Tanzim Jabatan Nuqaba’ dan Naqibat (TJN) adalah satu platform yang khusus kepada para nuqaba’ dan naqibat menjalankan kegiatan mereka. Tidak melalaikan dan melekakan secara berlebihan. Dari segi keceriaan. 9. Tidak menggunakan muzik-muzik yang keras dan yang tidak dibenarkan syarak. unit perpustakaan mini Unit perpustakaan pula perlu diwujudkan sekiranya Badan Dakwah atau Persatuan Islam mempunyai maktabah atau perpustakaan tersendiri kepada para pelajar. BIRO KEBAJIKAN unit pelajar Unit kebajikan bagi para pelajar diwujudkan bertujuan menjalankan kegiatan berbentuk kebajikan khusus kepada para pelajar. Contohnya seperti memungut derma kilat bagi mereka yang ditimpa kesusahan secara mengejut. Sebelum dan selepas persembahan hendaklah diberi sedikit pengumuman dan tazkirah agar para penonton mendapat pengajaran. papan kenyataan.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah bentuk hiburan yang semakin diminati dan dipertontonkan terutamanya di sekolahsekolah dan di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan. 1. mengelap cermin serta kipas. mengemop. Tiada percampuran antara lelaki dan perempuan. a) b) 32 . 6. membaca tahlil. menyedut habuk karpet dengan vakum dan sebagainya. BIRO MUSALLA DAN IBADAH unit kebersihan dan keceriaan Unit ini menjalankan tugas membersihkan musalla atau surau pada setiap hari serta menceriakan dinding-dinding dan persekitarannya agar kelihatan menarik dan cantik. 3. tujuan dan matlamat pantomim adalah selari dengan tuntutan syariat. 4. tulisan-tulisan khat dan seumpamanya. berzanji atau maulid dan seumpama dengannya. 7. insaf dan mendapat faedah daripada drama tersebut. 5. TJN ini ditubuhkan disamping menyatukan para Nuqaba dan Naqibat. Tetapi ia lebih menyediakan buku-buku yang berkaitan dengan Islam dan risalah-risalah tazkirah yang boleh dijadikan panduan kepada para pelajar membuat rujukan. Perpustakaan ini tidaklah seperti perpustakaan sekolah. 2. unit ini perlu menceriakan surau dengan poster-poster. unit umum Unit umum pula berperanan membuat aktiviti kebajikan kepada penduduk setempat seperti memungut derma. Biasanya antara tugas-tugas unit ini seperti menyapu. ia juga membantu anak-anak usrah secara langsung dalam akademik mahupun pentarbiyahan. Tajuk. Begitu juga biro kebajikan berperanan mewujudkan tabung khas untuk kebajikan pelajar dan juga membantu mengagih-agihkan bantuan luar yang diberikan kepada para pelajar berkenaan. a) b) 8. mengumpulkan pelajar untuk menyembahyangkan jenazah penduduk kampung. Tidak menggunakan bahasa-bahasa yang melampau. Di bawah ini dinyatakan beberapa garis panduan pantomim.

Menerima perubahan mengikut marhalah/ masa yang telah direncanakan. Di samping itu pengurusan kepimpinan yang kemas serta disiplin yang tinggi. kelayakan. 3. Elakkan daripada buruk sangka antara pimpinan. Ia juga mampu merancang untuk mencapai matlamat tersebut. tetap dan utuh. keupayaan dan persediaan masing-masing. Pergerakan berasaskan manhaj keilmuan dan tarbiyah yang sejahtera serta perencanaan yang lengkap. kebolehan. 7. Memilih Qiadah yang memahami matlamat dan mengetahui wasilah-wasilah dakwah di sekolah. 8. TJN memainkan peranan penting seperti menjadi fasilitator. Pimpinan yang lebih tinggi hendaklah memberikan harapan dan kepercayaan kepada orang bawahan. gigih dan berpotensi dalam menjalankan semua urusan pergerakan. 2 1 2. Menentukan cara perhubungan anggota di mana jua ia berada. Iltizam sepenuhnya dengan apa yang telah ditetapkan oleh badan dakwah dan bertanggungjawab ke atasnya. BAB 3 1 2 Said Hawa : Al-madqal halaman 173 Al-Qaid Qudwatun Fi Thoriq Ad-Dakwah Mustafa Masyhur halaman 128 3 Amal Jamaie Said Hawa Hal 17 33 . Perlaksaannya juga perlu seimbang. Di samping itu menanamkan kepercayaan yang mendalam antara barisan pimpinan dan pihak bawahan.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah Apabila dianjurkan sebarang aktiviti mahupun program-program. Menentukan cara perhubungan anggota dengan pihak pimpinan yang bertanggungjawab. serius. Membentuk Organisasi Yang Cemerlang 1. Setiap anggota harus bekerja mengikut kemampuan. Bekerja keras. 10. 6. 11. AJK ataupun membantu secara balakang. 9. Menegur kepimpinan atasan sekiranya ada kesilapan dengan adab dan cara yang baik. 5. 3 4.

dengan kreativiti dan kesyumulan Islam itu sendiri. perdagangan dan aliran agama. ii) Sekolah Menengah Kebangsaan Pergerakan Badan Dakwah di SMK berbeza dengan SBP.diri. dan tauhid perlulah diutamakan berbanding perkara-perkara furu’. sekolah menengah terbahagi kepada beberapa bahagian yang masing-masing mempunyai bidang kuasa tertentu di institusi antaranya: i) Sekolah Asrama Penuh Sekolah berasrama penuh (SBP) merupakan sekolah yang dipertanggungungjawabkan di bawah satu unit berasrama penuh Bahagian Sekolah dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. PMR dan SPM. badan dakwah perlulah bersifat menerang dan menarik para pelajar menghayati asas-asas fardhu ain. terkawal dan berterusan berasaskan paduan ilmu. badan dakwah perlu bijak merancang. 3 buah daripadanya bertaraf Sekolah Berasrama Penuh (Kolej Islam Sultan Alam Shah. ummah dan negara MATLAMAT 34 . Ini disebabkan suasana dan sistem sekolah ini berbeza dengan sekolah berasrama. berakhlak mulia.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Badan Dakwah 1. Pada peringkat awal penubuhannya cuma terdapat 13 buah sekolah sahaja tetapi kini terdapat 51 buah. seimbang. Sekolah ini ditubuhkan bagi memberi peluang kepada pelajar terutamanya bumiputera untuk belajar dalam bidang tertentu seperti sains. Di samping sekolah ini dianggap istimewa daripada semua jenis sekolah menengah di Malaysia. iman dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan. mengatur strategi dan menjalankan program dengan sempurna lagi bagi mengimbangi tuntutan pengajian dan dakwah. Walaupun begitu. Asas-asas fardhu ain seperti solat. Sekolah ini mendapat bantuan penuh daripada kerajaan pusat kerana para pelajarnya dipilih daripada mereka yang cemerlang di dalam UPSR. Oleh kerana sistem dan undang sekolah ini lebih kemas dan teratur. teknologi. cemerlang. Secara umumnya. Dalam menjalankan kegiatannya. Bidang kuasa yang terhad Pada hakikatnya. bertaqwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada agama. Sekolah Berasrama Penuh ditubuhkan bertujuan untuk mendidik para pelajar menjadi pemimpin masyarakat dan negara pada masa akan datang. membersihkan hadas. wudhu. sistem pendidikan di negara ini masih belum menerima konsep Islam sepenuhnya. iii) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) mula diasaskan pada tahun 1977. SMAP Labu dan SMAP Kajang) FALSAFAH SMKA Usaha yang terancang. para pelajar masih dapat menggerakkan persatuan Islam dengan kaedah dan bidang kuasa yang tertentu.

SMA Alawiyah (Arau) Ma’had Johor dan lain-lain lagi. 3. 2. iv) Sekolah Menengah Agama Negeri @ Rakyat Sekolah Menengah Agama Negeri @ Rakyat ini merupakan antara sekolah yang terbanyak selepas SMK. orang kaya atau ditanggung oleh pertubuhan-pertubuhan tertentu yang berdaftar seperti Sekolah Rendah Al-Amin di Klang yang dibiayai oleh JIM (Jamaah Islah Malaysia) Dibangunkan oleh pihak swasta daripada golongan profesional. Bagi sekolah-sekolah agama rakyat ini mempunyai kelebihan tersendiri. Dibangunkan secara bersama oleh masyarakat setempat. Ini disebabkan matlamat SMKA itu sendiri ialah untuk melahirkan para pelajar yang seimbang daripada segi akademik dan sahsiah. Dibangunkan oleh alim ulama’ yang terkenal bagi memenuhi tuntutan masyarakat setempat dan juga sebagai wasilah dakwah. 2. pertubuhan politik dan seumpamanya. Bagi sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama pula. kreativiti. Ma’ahad Muhammadi Lelaki (Kota Bharu). pentadbir. KEISTIMEWAAN Mengamalkan budaya hidup Islam Mempunyai banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi 3. 4. pelajaran Jawi dan Kemahiran Al-Quran 4. 4.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah 1. 5. Menyediakan bakal pemimpin. Melahirkan pendakwah yang sanggup menghadapi cabaran semasa dengan berhikmah dan bertanggungjawab 1. Menguasai bahasa Arab. Hal ini disebabkan pelbagai sebab antaranya: Dibangunkan oleh kerajaan negeri dengan kos dan biaya yang ditanggung di bawah Jabatan Agama Islam Negeri atau Yayasan pendidikan seperti di Johor. Kedah dan Selangor. banyak kelebihan yang boleh dimanfaatkan bagi mengukuhkan gerakan dakwah. 2. ahli korporat dan tenaga profesional yang komited dengan Islam 5. sahsiah dan kepimpinan Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar negeri OBJEKTIF Mencapai kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan ummah 1. Antaranya: 35 a) b) c) d) . Antara sekolah-sekolah agama negeri yang terkenal ialah Maktab Mahmud (Alor Setar). Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat. 3. Ini disebabkan matlamat SMKA. Kelantan.

Contohnya seperti SMU dan STU di Kedah. Jurusan-jurusan yang ditawarkan disekolah-sekolah Teknik i.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah a) b) c) d) e) f) Memperolehi sijil pelajaran sama ada daripada Kementerian Pendidikan ataupun sijil yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri atau sekolah tersebut. ii. Kelantan dan Terengganu. India. Sudah. v) Sekolah Teknik. Menjadi pilihan yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat tak kira kaya atau miskin. Pengajian Kejuruteraan Jentera Pengajian Kejuruteraan Awam Pengajian Kejuruteraan Elektrik Pertanian Perdagangan Jurusan yang ditawarkan disekolah-sekolah vokasional ­ ­ ­ ­ ­ ­ ­ a) Bidang Ketukangan Kejuruteraan Elektrik Elektronik Amalan Bengkel Mesin Kimpalan dan Fabrikasi Logam Automatif Binaan Bangunan Penyejukan dan Penyamanan Udara b) Bidang Ekonomi Rumahtangga 36 . Vokasional dan swasta. Begitu juga dari sudut peluang kerja lebih luas dan menyeluruh dari sektor pendidikan. SMA juga memberi ruang yang cukup luas untuk membentuk kepimpinan pelajar Islam yang mantap dari segi ilmu dan syakhsiah. Bahkan ia memberi kesan kepada pelajar agar lebih berdikari dan mampu menghadapi cabaran hidup. Pakistan. pertanian. Daripada kelebihan-kelebihan yang mampu diperolehi dari SMA ini sebenarnya memberi kelebihan (advantage) kepada para pelajarnya menjalankan pelbagai kegiatan yang berbentuk dakwah dan ilmiah. sosial. iii. Madinah. UKM dan UTM. Para pelajar terdedah dengan pelbagai kegiatan dalam sekolah dan masyarakat kerana sesetengah para pelajarnya ada yang tinggal di rumah-rumah sewa yang dikelolakan oleh pihak sekolah seperti Ma’had Muhammadi Lelaki Kota Bharu. UM. Jordan. Memperolehi ilmu-ilmu turath (ilmu pondok) yang semakin terhapus dalam sistem pendidikan negara. Hal ini berpunca daripada gejala sosial yang teruk yang berlaku disekolah-sekolah menengah biasa. Selain daripada asal-usul penubuhan sesebuah sekolah yang mempunyai sejarah tersendiri sehingga menjadi simbolik dan imejnya. Biasanya para pelajar SMA majoritinya memohon UIA. Begitu juga dengan institusi luar negara yang menjadi pilihan para pelajarnya seperti Mesir. iv. Mempunyai peluang dan pilihan yang banyak untuk memasuki ke IPT tempatan atau luar negara. ekonomi. pentadbiran dan seumpamanya. v. Indonesia dan Patani.

Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

­ ­ ­ ­ ­ ­ ­ ­ ­

Katering dan Penyediaan Makanan Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian Seni Kecantikan Asuhan Kanak-Kanak Bakeri dan Konfeksioneri c) Bidang Perdagangan Pengurusan Perniagaan d) Bidang Pertanian Hortikultur Hiasan Kejenteraan Ladang Pengurusan Ladang Berdasarkan kepada bidang-bidang atau jurusan yang telah ditawarkan dalam kurikulum pengajian vokasional atau teknik, peluang atau jalan mentarbiyah dan memberi pendedahan kepada penghayatan Islam juga luas dan sesuai. Ini disebabkan Islam bukan diturunkan sebagai agama yang menyuruh umatnya menyembah Allah dengan ibadat-ibadat khusus seperti solat dan haji, bahkan kerja-kerja atau pendek kata jurusan seperti di atas ini juga tidak menghalang, bahkan dalam Islam juga terdapat permasalahan yang bersangkutan dengan masalah pengurusan rumah tangga, pertanian, teknikal dan seumpamanya. Kita lihat terdapat tokoh-tokoh Islam yang memperlopori sains dan teknologi, bidang pertanian, kaji bintang, kaji bumi dan seumpamanya seperti Ibnu Sina, Ibnu Tufail, Al-Batari, Ibnu Khaldun, Fakhrur Razi dan lain-lain lagi.

2.

Persaingan dengan badan atau persatuan lain Tidak dapat dinafikan setiap sekolah mempunyai banyak persatuan mengikut bidang dan keperluan sesebuah sekolah. Biasanya persatuan terbahagi kepada persatuan beruniform, persatuan sukan, persatuan kurikulum dan persatuan kokurikulum. Setiap persatuan ini mempunyai kepentingan dan peranan masing-masing untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam pelbagai bidang. Setiap persatuan pula mempunyai matlamat dan objektif masing-masing agar para pelajar dapat mengambil faedah daripada program yang dijalankan. Apabila berlakunya keadaan ini, timbullah persaingan antara persatuan dan badan pelajar ini untuk mengaktifkannya bagi menarik lebih ramai pelajar menyertainya. Hal ini menyebabkan badan dakwah tidak dapat memainkan peranan yang dominan bagi mengatasi masalah pelajar yang berkaitan dengan Islam. Banyak contoh yang berlaku hingga menyebabkan badan dakwah dianggap sebagai penghalang untuk persatuan lain bergerak seperti masalah percampuran lelaki dan perempuan dalam aktiviti dan program tertentu. Pada hakikatnya, peranan badan dakwah lebih dari itu. Namun oleh kerana persaingan yang berlaku, maka menjadi kewajipan bagi badan dakwah untuk memperbetulkan sekiranya berlaku sesuatu yang bertentangan dengan akhlak pelajar Islam. Sekiranya diteliti, antara punca para remaja kini runtuh moralnya adalah akibat pendidikan akhlak yang tidak dihayati di sekolah. Untuk bergantung sepenuhnya pada pihak sekolah sudah tentu tidak memadai. Justeru badan dakwah mempunyai peranan yang cukup penting bagi membantu para pelajar dalam penghayatan moral dan akhlak Islam.
37

Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

Begitu juga dengan masalah pertindanan program antara persatuan-persatuan. Perlu diingatkan bahawa semua program dan aktiviti yang dijalankan perlulah diselaraskan pada awal tahun agar dapat dimasukkan ke dalam takwim sekolah . Namun seandainya tidak berlaku demikian, badan dakwah perlu memainkan peranan yang lebih aktif untuk mengatur program yang hebat dan canggih serta dimaklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah lebih dahulu. Tujuannya agar program yang diatur tersebut dapat diketengahkan agar menjadi perhatian kepada pihak pentadbir agar memberikan ruang yang lebih kepada badan dakwah untuk menjalankan aktivitinya. 3. Pelajar menyampingkan urusan badan dakwah dan mengutamakan urusan sendiri Hal ini biasa berlaku di kebanyakan sekolah menengah. Mereka yang seperti ini menganggap urursan berorganisasi dan dakwah ini membebankan dan mengganggu tumpuan mereka kepada urusan peribadi dan pelajaran. Mereka lebih suka menumpukan masa terhadap urusan peribadi dan pelajaran tanpa mengambil hirau apa yang berlaku di sekeliling mereka. Sebenarnya fenomena seperti ini boleh mengakibatkan seseorang itu jumud dan fikirannya tak berkembang serta ilmunya bersifat teori dan tidak dipraktikkan. Sebagai seorang pelajar yang cemerlang dan berjaya, bukan sahaja berjaya mengurus diri dan mendapat A dalam pelajarannya, tetapi berpersatuan dan terlibat dalam dakwah juga merupakan perkara-perkara yang dikira penting untuk membentuk seseorang itu berjaya dan cemerlang. Tokoh-tokoh di dalam dan luar negara telah membuktikan mereka bukan sahaja cemerlang dalam akademik, bahkan mereka juga aktif dalam menjalankan kegiatan persatuan. Contohnya Dato’Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi pemimpin mahasiswa dan ABIM, Dato’ Seri Mahathir Mohamad yang pernah menjadi pemimpin mahasiswa semasa di Universiti Malaya dan seumpama dengannya. Hal ini juga telah dibuktikan oleh kenyataan bekas Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) Saudara Zaharudin Abd Rahman bahawa berpersatuan dan melibatkan diri dalam bidang dakwah tidak menghalang seseorang itu mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Menurut kenyataan beliau lagi, para pemimpin mahasiswa di Universiti Malaya, mendapat kecemerlangan seperti mahasiswa-mahasiswa yang lain walaupun mereka juga sibuk berpersatuan. Begitu juga di kebanyakan sekolah-sekolah yang cemerlang seperti MRSM dan SBP. Para pelajarnya bukan sahaja cemerlang dari segi akademik hingga mendapat pangkat satu dalam SPM dan 5P dalam STPM, bahkan mereka juga aktif berpersatuan sama ada kelab, persatuan, pengawas atau badan beruniform. 4. Ditentang oleh golongan yang kurang didikan agama Suatu permasalahan lain yang sering dihadapi oleh badan dakwah ialah mendapat tentangan daripada sebahagian pelajar terutamanya mereka yang latar belakangnya kurang didikan agama. Daripada semua pelajar yang keluar dari sekolah rendah, lebih 95 peratus daripadanya yang memasuki sekolah menengah sama ada kerajaan atau swasta. Daripada jumlah pelajar tersebut, hanya kira-kira 30% sahaja yang mengikuti pengajian agama di sekolah agama petang atau sebagainya. Sebahagian besarnya tidak bersekolah agama dan tidak mendapat didikan agama dengan sempurna. Apabila mereka memasuki sekolah menengah, golongan inilah yang sukar mengikut program atau aktiviti yang dijalankan oleh badan dakwah. Bahkan ada di kalangan mereka yang menentang dan menolak sama sekali apa-apa juga yang
38

Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

dianjurkan oleh badan dakwah. Hal ini yang menimbulkan masalah kepada badan dakwah atau persatuan untuk bergerak dengan sempurna. 5. Ketandusan pelapis Masalah ini juga biasa berlaku kepada mana-mana organisasi dan pertubuhan. Ketandusan pelapis menyukarkan sesebuah organisasi bergerak dan meningkatkan kualiti dan kuantiti program atau aktiviti. Antara punca berlakunya ketandusan pelapis kepada sesebuah organisasi ialah: sistem pengkaderan yang lemah dan tidak tersusun dakwah yang keras dan tidak mempunyai marhalah yang kemas disekat oleh pihak tertentu seperti pihak pentadbiran atau badan pengawas mesyuarat agung yang dijalankan lewat berbanding persatuan lain persatuan atau badan dakwah tidak mengambil berat kebajikan dan masalah yang berlaku di kalangan ahli. Pendekatan yang kurang berkesan menarik para pelajar menjadi pemimpin. Pimpinan yang wujud tidak mampu menjadi contoh pemimpin yang mantap daripada pelbagai sudut seperti pelajaran dan kegiatan ko-kurikulum. AJK yang tidak menjalankan tugas Kerap kali kita mendengar AJK dalam sesebuah persatuan atau organisasi itu tidak menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan kepada mereka. Apabila berlakunya masalah seumpama ini, segala aktiviti dan program yang telah direncanakan tidak akan berjalan dengan baik dan sempurna. Bahkan mungkin menyebabkan terbatal atau tertunda. Begitu juga hal ini boleh mencetuskan masalah dalaman di kalangan AJK sehingga menyebabkan berlaku tuding-menuding, melepaskan tugas (escapisme) dan kepincangan di dalam persatuan. Antara punca berlakunya AJK tidak menjalankan tugas ialah: tugas yang diberikan terlalu berat dan tidak mampu dilaksanakan masalah peribadi kewangan yang tidak mencukupi tidak mendapat sokongan dan bantuan daripada AJK kecil tidak dihargai oleh AJK tertinggi atau guru penasihat aktiviti atau program yang tidak sesuai dengan jiwa dan dirinya tugas tersebut adalah terpangku ke atas dirinya dan bukan idea asal daripadanya menerima arahan dan perintah tanpa diberikan panduan dan tunjuk ajar untuk melaksanakannya Tidak mampu menjadi contoh kepada pelajar lain

a) b) c) d) e) f) g) 6.

a) b) c) d) e) f) g) h) 7.

Terdapat juga di kalangan AJK sesebuah persatuan atau badan dakwah yang tidak mampu menjadi contoh kepada para pelajar. Mereka bersikap dan berwatak seperti pelajar biasa yang selalu melakukan kesilapan dan kesalahan. Memang tidak dinafikan bahawa semua manusia mempunyai kelemahan dan membuat silap, tetapi kelemahan tersebut masih lagi boleh dikurangkan serta ditutup daripada diketahui oleh umum. Contoh yang berlaku sikap dan watak yang tidak wajar berlaku kepada seseorang pemimpin badan dakwah atau persatuan Islam ialah seperti: a) membuat hubungan sulit dengan pelajar perempuan (coupling) b) tidak menjaga solat c) membuat bising dan tidak menjaga lidah daripada mengeluarkan perkataan seperti mencarut, mengutuk orang, mengumpat dan memperkecilkan orang lain.
39

yang ketiga tidak mahu tidur dan ingin terus berzikir 40 a) b) c) d) e) f) 9. Masalah ini sebenarnya berpunca daripada tanggapan sesetengah pihak bahawa program atau aktiviti yang dijalankan oleh badan dakwah atau persatuan Islam tidak komersial. terbatal atau berjalan dengan berlaku kepincangan yang nyata. maka berlakulah pelbagai masalah kepada sesebuah sekolah hingga boleh mengakibatkan permusuhan dan perpecahan di kalangan pelajar. Antara punca lain masalah kewangan ini ialah: pengurusan kewangan dan akaun yang tidak kemas dan bersistem aktiviti ekonomi yang lemah salah guna kewangan persatuan belanja yang berlebihan dan membazir aktiviti ekonomi yang membenarkan pelajar berhutang pengagihan kewangan kucar-kacir Tarbiyah yang tidak seimbang antara fikriyyah. jasadiyyah. Sekiranya berlaku ketidak seimbangan dalam ketiga-tiga asperk tarbiyah ini. Pernah berlaku di zaman Nabi sendiri apabila tiga orang sahabat yang terlalu menumpukan tarbiyah ruhiyyah sehingga orang yang pertama mahu terus berpuasa sepanjang tahun tanpa berbuka. Sebagai contohnya apabila tarbiyah hanya tertumpu kepada ruhiyyah. jasadiyyah dan ruhiyyah amat penting bagi membentuk para pelajar yang sempurna didikan Islam dan bersedia menjadi dai’e dan pelajar yang mantap dan berketerampilan. Keseimbangan pentarbiyahan antara fikriyyah. Masalah seumpama ini berterusan sehinggalah badan dakwah atau persatuan itu sendiri yang membangunkan kewangan dan ekonominya dengan cara tersendiri. berpuasa sepanjang tahun dan seumpama dengannya sehingga menyebabkan banyak perkara-perkara yang lebih utama seperti aktiviti berpersatuan dan berkumpulan sesama pelajar terabai. takabbur. Apabila timbulnya tanggapan seumpama ini. maka segala program atau aktiviti yang dianjurkan atas namanya kurang diberikan perhatian.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah d) e) f) g) h) i) 8. program atau aktiviti tersebut tergendala. tidak menyeronokkan dan kurang memberikan keuntungan. Walaupun begitu banyak juga terdapat sekolah-sekolah yang menggalakkan program-program Islamik dan memberikan peruntukan khas atau sama dengan persatuan-persatuan yang lain. Akibatnya. ruhiyyah. berzikir. Penumpuan tarbiyah ruhiyyah sehingga mengabaikan tarbiyah lain juga tidak sesuai dengan fitrah manusia yang perlukan kepelbagaian. Hal ini tidak sesuai dengan perbuatan Nabi SAW sendiri kerana Nabi beribadah dan juga bercampur dengan masyarakat. riya’ dan hipokrit suka menasihat orang tetapi diri sendiri tidak membuat apa yang dinasihatkan kepada orang lain. Bahkan berlaku juga di sesetengah sekolah yang bersikap tidak adil kepada badan dakwah dan persatuan Islam berbanding persatuan yang lain. orang yang kedua tidak mahu berkahwin dan mahu menumpukan pada ibadahnya. merokok atau membuli pelajar bergaduh berpakaian yang tidak mencerminkan seorang yang mempunyai didikan Islam suka mengarah dan memerintah pelajar lain serta tidak meraikan mereka Kekurangan peruntukan untuk membuat program Masalah kekurangan peruntukan atau kewangan untuk menjalankan sesuatu program sering berlaku terutamanya kepada badan dakwah dan persatuan Islam. . para pelajar akan banyak menumpukan ibadah-ibadah sunat seperti solat sunat.

mengambil wudhu’. Hal ini ditegur olah nabi kerana tarbiyah seumpama itu tidak tepat seperti yang dikehendaki oleh Islam Begitu juga penumpuan terhadap tarbiyah fikriyyah semata sehingga menyebabkan para pelajar menjalankan aktiviti mereka mengikut fikrah masingmasing tanpa mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Contohnya apabila tarbiyah fikriyyah terlalu diutamakan. Contohnya surau yang sempit dan tidak mampu menampung jamaah pelajar untuk solat secara berjamaah. Hal ini tidak sesuai dengan tarbiyah Islam yang sempurna seperti yang diajarkan oleh Baginda Nabi SAW. melahirkan anak luar nikah. Hal ini sudah tentu kurang meransang untuk para pelajar turun solat berjamaah atas alasan suraunya sempit hingga terpaksa mengerjakan solat di bilik atau di dom-dom. Begitu juga halnya berlaku di sesetengah sekolah kerajaan negeri atau pusat yang menjalankan dasar ko-kurikulum yang menyekat persatuan Islam dan badan dakwah kecuali program solat berjamaah. memakai serban dan kayu siwak. Sebab itulah kita melihat para remaja terlalu jahil tentang asas-asas Islam. pesakit Aids atau HIV. merompak dan pelbagai jenayah lagi. keadaan sesetengah sekolah amat menyedihkan dan kurang membina semangat kepada pelajar untuk menumpukan perhatian untuk belajar dan berpersatuan. Mereka yang tidak mampu melafazkan syahadah lebih daripada 30% dan mereka yang tidak solat penuh lima waktu sehari semalam lebih daripada 90%. sunnah makan dengan tangan. memakai jubah dan sebagainya diabaikan dan dipandang rendah kerana lebih mengutamakan makan menggunakan sudu dan garpu. Mereka menganggap badan dakwah atau persatuan Islam ini hanya perlu menjalankan program-program yang tidak lebih daripada amalan ritual seperti solat dan juga menyambut hari kebesaran Islam seperti yang difahami daripada perlembagaan negara terhadap agama rasmi persekutuan. Sehingga apa yang berlaku pada peperiksaan PAFA di seluruh Wilayah Persekutuan menunjukkan angka yang begitu menakutkan tentang kejahilan para pelajar terhadap agama mereka. berjuta-juta ringgit dikeluarkan untuk menangani masalah-masalah kronik yang melanda mereka seperti penghisap dadah. Kebanyakan sekolah agama kelolaan kerajaan negeri tidak menperolehi infrastruktur dan kemudahan seperti sekolah kelolaan kementerian pusat. do’a di perhimpunan dan beberapa majlis hari kebesaran Islam. Hal ini sudah tentu meletakkan Islam dalam kerangka yang begitu sempit dan jumud. memakai blazer dan baju yang moden dan seumpama dengannya. mereka tertidur sehingga menyebabkan solat terabai atau tertinggal. Tidak lebih daripada itu. Begitu juga dengan masalah-masalah lain seperti mandi junub. tidak berpuasa dan beberapa krisis ibadah yang ditinggalkan atau diabaikan oleh golongan remaja Melayu Islam kini. Fenomena seumpama ini amat menyedih dan membimbangkan para pimpinan Islam negara sehingga saban tahun. Keadaan fizikal sesebuah juga mempengaruhi aktif atau tidak kepada sesebuah persatuan. Tetapi apa yang jelasnya. Begitu juga masalah lain seperti membuka aurat untuk memenangi sesuatu kejohanan bagi lelaki memakai seluar pendek dan bagi perempuan membuka tudung atau sebagainya. Oleh sebab itulah peranan badan-badan dakwah di sekolah-sekolah amat penting bagi menarik para remaja ke arah penghayatan Islam yang syumul dalam 41 . Keadaan fizikal dan ko-kurikulum sekolah yang menghalang badan dakwah menjalankan program. Apabila tiba waktu berehat. Punca hal ini berlaku daripada pelbagai faktor.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah dan solat siang dan malam. Hal yang sama berlaku apabila tarbiyah jasadiyyah pula terlalu diutamakan sehingga letih bersukan dan bergotong royong . 10.

Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah kehidupan mereka. berdisko dan sebagainya lebih mampu menarik sebahagian besar remaja di bandar. Bahkan usrah yang dijalankan di sekolah-sekolah ini ada kalanya lebih mampu dan berkesan mendidik dan mengawal para remaja daripada tercebur kepada gejala sosial. Bahkan apa yang lebih malang. ia juga menggugat psikologi pelajar hingga segala tekanan-tekanan pelajaran dan asrama (sekiranya sekolah asrama) tidak dapat diluahkan dan diselesaikan. Sekolah Teknik atau seumpamanya yang tidak menitikberatkan sangat tentang pendidikan dan penghayatan Islam. Kawan-kawan mereka yang mengajak merokok. Hal ini berlaku terutamanya di sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan. Kita juga sering mendengar para pelajar terutamanya di kawasan bandar terdedah kepada gejala sosial. Sudah tentulah kemesraan itu dapat dihidupkan dengan lebih harmoni dan tegur menegur dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna. Walaupun ada yang bersikap tidak berlebihan dalam bercampur dengan perempuan. Akibat tiada (check and balance) dan tiada suatu aktiviti yang dapat menarik mereka seperti usrah. Inilah yang mengakibatkan para remaja lari rumah dan melepaskan tekanan dengan membuat perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya. menjadi mangsa keadaan. maka mereka lebih mudah meluahkan perasaan dan masalah dengan cara-cara yang tidak baik itu. Ini disebabkan usrah di sekolah-sekolah dikelolakan oleh guru-guru atau pelajar sebaya. tetapi secara umumnya mereka bersikap kurang sensitif terhadap permasalahan ini. berlaku beberapa pertembungan di kalangan ahli jawatankuasa badan dakwah atau pengerusinya dengan pengawas atau ketua pelajar. Sebahagian daripada para pelajar tidak mahu mereka tercebur ke arah gejala tersebut tetapi tiada alternatif yang dapat menarik mereka daripada terikut arus masalah sosial yang berlaku. Bagi mereka. Bertembung dengan kuasa pada pengawas atau ketua pelajar. Sekiranya usrah yang dijalankan di sekolah-sekolah tidak berjalan dengan kosisten. berzina. Cuma usrah yang dijalankan di sekolah-sekolah ini adalah sebagai pengganti sementara apabila para pelajar berada di dalam peringkat pengajian. Berbeza dengan apa yang berlaku di rumah apabila ibu dan bapa sibuk bekerja dan adik beradik yang lain masing-masing buat hal sendiri sehingga ikatan kekeluargaan itu seolah-olah tidak wujud. Usrah tidak berjalan dengan konsisten Usrah di sekolah-sekolah tidak kurang juga penting peranannya seperti usrah yang berlaku di rumah. para pengawas pula yang menghalang bantahan tersebut. maka tidak hairanlah sekiranya ada golongan yang mahu menghayati Islam sebaik mungkin. 11. Apa yang lebih 42 . menghisap dadah. budaya ‘coupling’ menjadi satu budaya yang biasa dan seolaholah menjadi kemestian bagi sebahagian para pelajar menengah. Sekolah Sains. Di bawah ini disebutkan beberapa contoh pertembungan yang pernah berlaku: a) apabila badan dakwah mengemukakan bantahan atau tidak bersetuju di adakan program yang mencampurkan antara lelaki dan perempuan secara bebas. Sekurang-kurangnya. percampuran adalah suatu yang biasa di samping ingin memenuhi nafsu serakah. Walaupun begitu tidak dinafikan banyak juga usrah atau keluarga yang mampu menjaga hubungan mesra sesama sehingga mereka mengambil berat antara satu sama lain. kesedaran Islam dan ruh Islam dapat dititipkan di setiap sanubari para pelajar menengah yang secara psikologinya sedang mencari hala tuju arah hidup. Apabila dasar sesebuah sekolah yang tidak menitikberatkan penghayatan Islam kepada para pelajar. Di sesetengah sekolah. 12.

Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah b) c) menyedihkan lagi apabila budaya bercampur dan coupling ini tidak terkawal. apabila badan dakwah menganjurkan program-program tarbiyah dan dakwah. adakalanya golongan pengawas sendiri yang tidak mengikutinya. Bahkan ada yang menentang dan mengajak para pelajar lain agar tidak ikut serta dengan program yang dianjurkan. Biasanya perebutan berlaku daripada para pelajar tingkatan 1. ada yang terlanjur ke jalan yang lebih buruk dan tidak wajar seperti berzina. Perebutan yang berlaku kadangkadang sampai menimbulkan permusuhan sehingga memberi kesan kepada para pelapis pimpinan itu sendiri dan kepada para pelajar umum. 2 dan 4 kerana mereka adalah bakal-bakal pengganti pimpinan tingkatan 3 dan tingkatan 5. membuat maksiat. meminum arak dan pelbagai lagi bentuk kerosakan nilai dan akhlak para pelajar. BAB 4 Faktor-Faktor Kejayaan Badan Dakwah 43 . berlaku juga pertembungan antara ahli badan dakwah dan pengawas dalam permasalahan berebut ahli atau pelapis pimpinan.

tetapi ia merangkumi semua aspek kerjaya dan karier sepanjang hidupnya. Individu Muslim Baitul Muslim Jamaah Muslimin Negeri dan negara Muslim Masyarakat Muslim Khilafah Islamiyah Rajah 1: Carta Mencapai Khilafah Islamiyah 2. Struktur Organisasi Yang Tersusun Dan Mantap Sesebuah badan dakwah itu harus mempunyai organisasi yang mantap dan seimbang pergerakannya. Membina Individu-individu muslim Membina Baitul Muslim Membina Jamaah Islam Membina Masyarakat Muslim Membina Negeri Muslim Membina Negara Muslim Membina dan menegakkan Khilafah Islamiyah dan kedaulatan Islam di muka bumi. 1. dasar dan matlamat badan dakwah yang dijelaskan di bawah ini merupakan dasar dan matlamat yang umum dan utama. 6. Secara umumnya. 7. Mempunyai Dasar Dan Matlamat Yang Jelas 1 Sebelum dijelaskan dengan terperinci. Lantas segala program dan aktiviti yang dijalankan. Dasar dan matlamat ini bukan sekadar tertakluk pada tempoh persekolahan dan pengajian. Justeru. Organisasi yang mantap akan melahirkan pergerakan dakwah yang mantap dan sepadu serta seimbang antara tuntutan fikriyah. 4. 3. ruhiyyah dan jasadiyyah. susunan organisasi yang mantap seperti berikut: 1 Dakwah Qawa’idun Wa Usul karangan Jam’ah Amin Abdul Aziz Darud Dakwah cetakan 1989 44 . akan memberi kesan yang cukup mendalam kepada para pelajar terutamanya bagi menghadapi cabaran masa depan. 2. perlu difahami dasar dan matlamat ini agar para pelajar didedahkan dengan fikiran yang jauh dan berperancangan agar hidup tidak sia-sia dan sentiasa dijalan keredhaan Allah. 5.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah 1.

Ia harus melibatkan diri dalam pertubuhan dan organisasi yang lebih luas dan besar. Ahli Syura Pelaksana Dasar Pelaksana Dasar Dalam Bentuk Program dan Aktiviti Rajah 2 : Carta Aliran Struktur Organisasi Badan Dakwah 45 . Organisasi ini terikat dengan tugas-tugas rasmi dan peranan yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah. Ketua atau pengerusinya merupakan orang yang paling penting dalam mencorakkan pergerakan organisasi ini. Melalui organisasi ini juga program-program dan aktiviti digerakkan. Contoh pertubuhan yang boleh diadakan hubungan seperti Persatuan Ulama Malaysia. Organisasi ini juga amat penting dalam mencorakkan pergerakan organisasi umum. Tujuannya adalah untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pertubuhan tersebut untuk dijadikan motivasi serta idea baru kepada program dan aktiviti di sekolah. Pelaksana Dasar Dalam Bentuk Program dan Aktiviti – iaitu mereka yang terlibat secara langsung dengan program atau aktiviti yang dijalankan di sekolah. mereka biasanya kurang terlibat dalam melaksanakan program atau aktiviti secara praktik. Organisasi luaran pula ialah organisasi yang bergerak melalui badan dakwah dan persatuan yang wujud secara rasmi di sekolah. di samping tunjuk ajar dan pengalaman-pengalaman yang lepas. Organisasi dalaman ialah organisasi tidak rasmi. JIM. Biasanya program tersebut ialah program yang berbentuk umum dan ijtima’ie. Badan Dakwah di sekolah-sekolah juga tidak hanya bergantung kepada pergerakan setempat. Ia tidak memerlukan kepada portfolio seperti jawatan rasmi. ABIM dan sebagainya. Unit Amal. Walaupun begitu. Organisasi biasanya terbentuk kepada 2 bahagian iaitu dalaman dan luaran. Dan ia jugalah yang menentukan tugas atau peranan terhadap ahli-ahlinya mengikut pandangan dan pengalamannya sendiri.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah a) b) c) Ahli Syura – iaitu mereka yang terlibat dalam membincangkan perkaraperkara yang dasar Pelaksana Dasar – iaitu mereka yang menterjemahkan dasar kepada manhajmanhaj tarbiyah. Mereka juga terlibat dalam Ahli Syura tetapi hanya sekadar pemberi cadangan. Biasanya organisasi dalam ini bergerak secara tidak langsung dan tanpa disedari.

Di sana terdapat banyak buku dan rujukan lain yang lebih sesuai.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah Organisasi Organisasi Dalaman Organisasi Luaran Persatuan/ Badan Dakwah Rajah 3 : Gabungan Organisasi Luaran Dan Dalaman Sebuah Persatuan 3. cuma ia lebih bersifat umum dan sesuai untuk semua peringkat dan golongan pelajar. maka manhaj juga perlu mengambil pendekatan untuk menggunakannya sebagai wasilah dakwah dan tarbiyah. Rububiyyah dan Asma’ Wassifat Islam. Jamaah dan Harakah Islamiyyah a) b) c) d) a) b) c) d) Manhaj Pecahan Ekonomi dalam Islam Cabaran Teknologi Maklumat kepada umat Islam Kapitalisme dalam ekonomi: satu penilaian Globalisasi dan kesannya ke atas umat Islam 1 2 manhaj yang dinyatakan ini sebagai contoh sahaja. Mempunyai Manhaj Tarbiyah Yang Jelas1 Apabila organisasi yang dibuat sudah mantap. Manhaj ini juga mempunya bahagian tertentu iaitu: 1. boleh rujuk kitab Jahiliyah Kurun Ke-20 Mohammad Qutb. Manhaj Asas Akidah Tauhid Uluhiyyah. Bagi manhaj umum ini. Iman dan Ihsan Ibadah Dalam Islam e) Jahiliyah dan Ideologi / Isme-isme2 f) Islam. ia perlu sentiasa diperbaharui bagi disesuaikan dengan perubahan yang berlaku di sesebuah sekolah. Manhaj ini mempunyai asas yang sama dengan manhaj khusus. 46 . atau buku Islam dan Ideologi Masa Kini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka cetakan 1996. maka perlulah digubal serta dibuat satu manhaj tarbiyah bagi menterjemahkan dasar-dasar di atas kepada bentuk ilmiah dan mini praktikal kepada para pelajar. Sebagai contohnya apabila sesebuah sekolah telah memasang internet. Manhaj Umum Manhaj umum ialah manhaj tarbiyah umum pelajar.

Bentuk-bentuk program a) Usrah .Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah e) f) g) h) IT: Apa peranan kita Masalah-masalah pelajar di asrama Masalah-masalah pelajaran di kelas Dsb Manhaj asas Manhaj umum Akidah/ Tauhid Uluhiyyah.Tamrin pengenalan tarbiyah b) 1 2 Tamrin Majmu’ah Risalah Hasan Al-Banna atau Nazarat Risalah Ta’lim Muhammad Abdullah Al-Khatib terbitan Darus Salam.Usrah pimpinan .Usrah umum . 47 . Jamaah dan Harakah Islamiyyah Ekonomi dalam Islam/ Cabaran Teknologi Maklumat kepada umat Islam/ Kapitalisme dalam ekonomi: satu penilaian/ Globalisasi dan Manhaj pecahan kesannya ke atas umat Islam/ IT: Apa peranan kita/ Masalah-masalah pelajar di asrama/ Masalah-masalah pelajaran di kelas Rajah 4 : Rajah silibus atau kurikulum pengisian dalam manhaj umum a) b) c) d) e) f) g) h) i) 2. 3 Boleh rujuk Fikh Sirah Said Ramadhan Al-Buti atau Fikh Harakah karangan Hj Abd Hadi Awang Dewan Pustaka Fajar. Manhaj Khusus Risalah At-Ta’lim Hasan Al-Banna1 Sekularisme dan perbahasannya Sistem politik Islam Kepimpinan Rasulullah dan khulafa’ Ar-Rasyidin Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah Jundullah Takhtitan (Said Hawa) Amal Islami (Said Hawa)2 Fikh Sirah Nabawiyah 3 Syarah Hadis 40 Imam Nawawi Manhaj Manhaj Umum Manhaj Khusus Asas Pecaha n Rajah 5 : Carta Manhaj Tarbiyah Bagi Pengisian Di Sekolah Menengah 3. Rububiyyah dan Asma’ Wassifat/ Islam.Usrah mengikut tingkatan .Usrah pelajar yang bermasalah . Iman dan Ihsan/ Ibadah Dalam Islam/ Jahiliyah dan Ideologi / Ismeisme/ Islam.Usrah nuqaba’ . Boleh rujuk buku Amal Islami Bahagian 1 dan 2 karangan Said Hawa terbitan Dewan Pustaka Fajar.

Mukhayyam sehari dsb .Aspek ukhuwwah .Tamrin ukhuwwah Islamiyyah .Fikriyyah .Kusrus perubatan Islam . Marhalah Tarbiyah Yang Sepadu dan Berkesinambungan Secara umumnya.Ziarah guru-guru . Marhalah Takrif Marhah takrif bermaksud peringkat pengenalan. 4. Uluhiyah.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah c) Mukhayyam d) e) Rehlah Ziarah f) g) Kuiz LDK (latihan dalam kumpulan) atau GKB (Gerak kerja berkumpulan) Riadah Kursus .Kuiz inter usrah .Badaniyyah dsb . dalam sistem pentarbiyahan mempunyai marhalah-marhalah tertentu iaitu: 1.Tamrin kepimpinan . Asma’ Wa Sifat.Kursus IT dsb h) i) Jadual 1 : Jadual program dan bentuk program yang sesuai dijalankan di sesebuah sekolah. Abdul Hadi Awang 48 .Rehlah ke tepi pantai .Kursus kepimpinan Islam . Dalam peringkat ini ada bebarapa perkara yang perlu kita fahami iaitu: a)     1 2 Matlamat marhalah takrif memahami Islam secara umum mengetahui Tauhid Rububiyah.Ruhiyyah .Kuiz kefahaman Islam .Ziarah ulama’ .Riadah munazzamah .Tamrin Nuqaba’ .Jundiyyah .Ziarah sesama ahli .Rehlah di air terjun dsb .Mukhayyam nuqaba’ .Mukhayyam qiadi .Mukhayyam tarbawi .Kursus kerjaya Islam .Ziarah pimpinan gerakan Islam . 1 Mengetahui Syahadah dan tuntutannya serta perkara-perkara yang membatalkan syahadah2 Memberi asas amal-amal Islami Memberi asas cara intima’ dan iltizam dengan Islam Memberi asas kepada amal secara berkumpulan boleh rujuk buku Risalah Usrah karangan Abu Urwah Pustaka Salam boleh merujuk kepada kitab Muqaddimah Akidah Muslim karangan Hj. Peringkat ini merupakan peringkat yang paling asas dalam perjalanan tarbiyah.Tamrin penyelarasan usrah .Ziarah makam-makam orang soleh .

amal. Maksud pembentukan di sini ialah pembentukan kepimpinan.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah  b)     c)      d)        e)       Memberi asas ke arah marhalah takwin Memberi asas kefahaman Islam yang mendalam. 1 sila rujuk kitab Fiqh Ad-Dakwah Ila Allah Juzuk 1 karangan Dr Ali Abd Halim Mahmud Darul Wafa’ cetakan 1994 muka surat 296 2 sila rujuk Fiqhud Dakwah Ila Allah karangan Doktor Ali Abd Halim Mahmud Juzuk 1 Darul Wafa’ cetakan 1993 Beliau merupakan bekas Sheikh Al-Azhar. perancangan.2 Kesimpulannya sekiranya peringkat takrif dalam gerakan Islam ialah melayakkan diri seseorang dengan ilmu-ilmu Islam. Tuntutan marhalah ini daripada pelajar Pelajar secara umum terutama yang berminat pada tarbiyah Ada keinginan bekerja untuk Islam Ada keinginan memberi komitmen terhadap Islam Kemampuan untuk menghormati prinsip-prinsip Islam yang umum Kemampuan untuk memberi kataatan yang umum kepada pimpinan Wasilah-wasilah tazkirah usrah liqa’ email chat risalah tamrin dsb Sifat-sifat marhalah takrif lebih bersifat menerang dan bukan garang memberi tempoh kepada pelajar untuk berubah tidak memaksa tetapi lebih kepada memujuk memberi kelebihan-kelebihan tentang amal Islam dekat dengan pelajar meminta bukan mengarah 2. penyusunan gerak kerja dan kecantikan pentadbiran. beriltizam. mengikat diri serta komit terhadap Islam. Pembentukan kepimpinan ialah satu proses tarbiyah kepada ahli-ahli dalam melatih dan memantapkan diri bagi memimpin pada marhalah yang seterusnya.1 Tabi’ie marahalah ini Dakwah yang umum Mad’u yang berfahaman seperti masyarakat awam Amal yang umum Perencanaan. latihan dan kekreatifan di mana ia melayakkan diri ahli-ahlinya mampu untuk memawa risalah jihad di jalan Allah. Dalam peringkat ini. ia lebih kepada tarbiyah ilmu. berkorban. 49 . maka bagi peringkat takwin ini pula melayakkan diri seseorang bekerja untuk Islam. Marhalah Takwin Marhalah Takwin ialah peringkat pembentukan.

ia bermaksud memilih dan menentukan ahli-ahli yang benar-benar layak untuk berintima’ dengan Islam dalam pemilihan ini. maka seolah-olah Allah melihat kamu 50 . maka ciri-ciri yang perlu diberi perhatian ialah: fikrah ruhiyyah dan akhlak kepimpinan ilmu dan thaqofah kekuatan tubuh badan Kamu menyembah Allah seperti kamu melihat Allah SWT. sekiranya kamu tidak mampu yang demikian.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah Di dalam marhalah ini terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian iaitu: a) b) c) d) e) Mendalami kefahaman terhadap Islam Memperdalam lingkungan amal dan praktikal Memperdalam pengetahuan. dan thaqofah Islam Memperdalam pengalaman amalan dalam banyak medan Pengkhususan dalam bekerja a) Tabi’ie Marhalah Takwin      Pengkhususan dalam dakwah Pengkhususan dai’e Pengkhususan ma’du Pengkhususan amal dalam marhalah takwin Pengkhususan dalam pentadbiran dan pengurusan b) Sifat dan Akhlak Pada Daie dan Mad’u      Wara’ (menjaga daripada dosa-dosa kecil dan syubhah) Ikhlas Sabar Ithar (mengutamakan orang lain) Tawadhu’(rendah diri) Ihsan1 Pada Mad’u         takwa khusyu’ (khusyuk) latihan ikhlas dan benar tama’ninah (tenang) raja’ (mengharap) hikmah (bijaksana) Prihatin Sabar c) Tujuan dan Wasilah Marhalah Takwin 1) ­ ­ a) b) c) d) e) 1 Meletakkan kesesuaian sukatan yang tertentu.

Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah f) g) 2) ­ 3) ­ kekuatan bergerak dan berharaki kekuatan untuk menghasilkan sesuatu Meletakkan jawatan atau portfolio tertentu iaitu memberikan satu sandaran tugas atau peranan khusus kepada ahli-ahli yang telah dipilih. Peringkat ini memerlukan segala kekuatan fizikal. d) Wasilah-wasilah Wasilahnya sama seperti marhalah takrif. Marhalah Tanfiz Peringkat Tanfiz merupakan peringkat yang paling tinggi. Cukup sekadar beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. merancang dan menanggung risiko daripada semua masalah yang berlaku. ia lebih nampak matang dan teratur. Merancang. mentadbir. Ia adalah berdasarkan kemampuan dan kebolehan individu. 3. 51 . Perjalanannya lebih licin dan berjalan secara tidak langsung. Peringkat ini adalah kemuncak daripada peringkat-peringkat yang bawah di mana ia lebih kepada memimpin. mental dan ruhiyyah. Namun pada peringkat ini. Pembentukan yang lebih jitu pembentukan yang dimaksudkan di sini ialah melengkapkan lagi keupayaan dan kemampuan ahli dalam semua aspek kepimpinan seperti yang di sebut dalam No 1. 4) ­ a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) k) a) b) c) d) Pada peringkat ini. pimpinan haruslah memahami dengan sebaik mungkin matlamat. Ini penting bagi mencapai target tertentu dalam tempoh jawatan yang dipegangnya. program dan para pelapis serta yang berkaitan dengannya. Mengetahui banyak maklumat tentang perkembangan pentadbiran sekolah. menentukan target pada kualiti dan kuantiti pada ahli. minum dan urusan rumah tangga kewajipan dan tugas muhasabah diri dakwah dan amal iltizam dan komit dengan Islam serta memegang segala janji dan ikrar. pelajar dan masalah-masalahnya. Pada peringkat ini penulis tidak memberi banyak huraiannya. methodologi serta perlaksanaan dakwah itu sendiri pada peringkat sekolah. Disiplin Disiplin yang dimaksudkan di sini ialah pada: akidah dan fikrah ibadah akhlak dan suluk muamalah dan pergaulan percakapan makan. Memikirkan kesan untuk jangka masa pendek dan panjang bagi sesuatu program.

52 . 1 rujuk Durus Fi Amal Islami karangan Said Hawa muka surat 12 – Maktabah Ar-Risalah Amman Jordan.Kefahaman yang jelas. Ahli-ahli seperti ini memberi sumbangan yang besar dalam menjayakan sesebuah badan dakwah di sekolah. Dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan masalah yang timbul.menguasai Al-Quran dan As-Sunah di samping memelihara kedua-duanya. 6. Ini penting bagi memastikan segala apa yang ditarbiyahkan kepada pelajar tidak dipandang serong atau dipertikaikan oleh pelajar. Sistem Pengkaderan Yang Tersusun Dalam mengukuhkan sesebuah organisasi dakwah. Amanah. Begitu juga menunjukkan imej baik Nuqaba’ dan AJK Badan Dakwah adalah salah satu uasaha untuk menarik pelajar agar mencontohi mereka seterusnya bersedia untuk menerima tarbiyah Di samping itu. Ahli-Ahli Yang Sedia Ditarbiyah Ahli-ahli yang sedia ditarbiyah ialah mereka yang mempunyai tasawwur Islam secara umum. Ciri-ciri khusus bagi seorang petugas Islam . atau mereka yang kurang didikan Islam tetapi mempunyai keinginan dan minat terhadap Islam. Begitu juga ia perlu mewarisi segala ajaran Rasulullah daripada Al-Quran dan As-Sunnah dan tarbiyah. maka pelajar bersikap membetulkan dan menegur dengan cara yang baik. sesebuah organisasi itu akan mendapat menilai dan memperbaiki kelemahan para pimpinan yang sentiasa berganti serta dapat melalui pengalaman yang dapat disusun untuk dijadikan iktibar dan pengajaran pada generasi akan datang. para pelajar perlu diberikan tasawwur wala’ (memberi ketaatan) kepada pimpinan.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah e) f) g) h) Berfikiran jauh dan tepat. Ciri-ciri khusus bagi seorang ahli syura . Mempunyai segala ciri pada peringkat takwin. sistem pengkaderan yang cekap dan bersistem perlu dijalankan bagi menjamin penerusan pentarbiyahan dan dakwah di sekolah. Dengan wujud sistem pengkaderan yang tersusun. mempraktikkan serta mengetahui keadaan semasa untuk memutuskan sesuatu keputusan.a terdiri daripada golongan muda dan tua. Mempunyai politik tersendiri untuk menentukan hala tuju badan dakwah dalam tempoh tertentu. Ciri-ciri khusus bagi seorang Ketua (Amir)1 . Sebaliknya jika timbul kelemahan yang wujud di dalam badan dakwah. Bijak dan mempunyai kemahiran membuat keputusan dengan cepat dan tepat. taqwa dan taat kepada para pimpinan TAKRIF (PENGENALAN) TAKWIN (PEMBENTUKAN) TANFIZ (PERLAKSANAAN) Rajah 6: Marhalah tarbiyah di sebuah sekolah menengah 5. Tabligh dan Fatonah. Sesungguhnya ahli syura pada zaman Umar r.mewarisi secara sempurna sifat-sifat yang wajib bagi Rasul iaitu Sidq.

Perutusan Mu’az Bin Jabal ke Yaman serta beberapa sahabat di negara lain untuk tugas dakwah merupakan latihan kepada para sahabat untuk memimpin selepas pemergian Baginda. Amal Jama’ie ialah : amal jamaie ialah amal yang diputuskan oleh jamaah yang tersusun (munazzamah) menurut manhaj yang tertentu dan untuk mencapai matlamat yang tertentu. Keselarasan Antara Amal Jamaie dan Amal Ijtima’ie Maksud selaras Amal Jama’ie dengan Amal Ijtima’ie ialah tiada pertindanan antara program khusus dan program umum. Justeru dengan adanya amal khusus dan amal umum ini. tarbiyah dapat berjalan dengan seimbang dan semua peringkat pelajar memperolehinya. Untuk membuat penelitian yang lebih mendalam perlulah kita menghuraikan pengertian definisi di atas dengan meneliti apa yang dimakudkan dengan: 53 . Contoh sistem pengkaderan yang baik ialah seperti berikut: Tingkatan 6 Tingkatan 6 Bawah Tingkatan 5 Tingkatan 4 Tingkatan 3 arah tarbiyah senior kepada junior Tingkatan 2 Tingkatan 1 Peralihan Tanfiz Takwin Takrif Rajah 7 : Carta aliran tarbiyah di sekolah menengah 7.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah Seandainya kita melihat bahawa Rasulullah sendiri memberi keutamaan kepada para sahabat untuk memimpin dan membantu Baginda dalam peperangan dan dakwah Islamiyah. Perlu diberi perhatian. dalaman dan luaran. Hal ini penting agar perancangan dan matlamat yang telah ditetapkan dapat dicapai dengan baik dan sempurna. ia penting agar pembahagian tugas dapat dijalankan dengan baik dan tidak membebankan satu pihak serta meringankan satu pihak yang lain. Selain itu. kedua-dua bentuk program ini amat perlu diseimbangkan kerana pelajar yang kita ingin ditarbiyahkan bukan semuanya golongan yang sama. bahkan Abu Ubaidah Bin Al-Jarrah yang dilantik menjadi panglima perang membuktikan kepada kita dengan jelas bahawa pengkaderan adalah amat penting dalam kesinambungan dakwah Islamiyah. Mereka banyak perbezaan latar belakang serta cara yang perlu kita masuk dengan mereka. Begitu juga penglibatan pemuda-pemuda Islam dalam peperangan.

Perbezaan Amal Jama’ie dan Amal Ijtima’ie 1. kumpulan atau beberapa kumpulan. Ini disebabkan amal Islami Ijtima’ie tidak terikat secara tetap dengan keputusan atau arahan pimpinan jamaah. 2. Walaupun begitu. maka amalan dan tugasan tersebut dianggap melanggar keputusan jamaah. memberi kebajikan dan seumpamanya. 4. maka ia juga disebut sebagai amal Ijtima’ie.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah 1. Antara yang disebutkan oleh Dr. Syura 54 . Yusof Al-Qaradhawi bentuk amal ijtima’ie antaranya membina masjid. Kedua-dua Amal Jama’ie dan Ijtima’ie bersesuaian dan menepati sebarang ketetapan dalam Islam dan jamaah itu sendiri. 4. (AlHajj 77) Sabda Rasulullah SAW: ‫تميط الذى عن الطريق صدقة‬ maksudnya: membuang gangguan di atas-atas jalan adalah sedekah. Amal Ijtima’ie juga merupakan amal yang diputuskan oleh jamaah dan pimpinannya. 2. supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dalilnya: ‫َ َ ّك ُ لح ن‬ َ ‫يَاأي َا اّذِين َام ُوا ارك ُوا وَاسْج ُوا وَاع ُ ُوا رب ُم وَافعَُوا الْخيْرَ لعَل ُمْ تفِْ ُو‬ ‫ْبد َّك ْ ْ ل‬ ‫ُد‬ ‫َّه ل َ ء َن ْ َع‬ maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman. membuat gotong royong. Amal Jama’ie adalah segala usaha dakwah atau amal Islam yang diputuskan oleh jamaah dan pimpinannya. sekiranya ada individu. atau mana-mana pertubuhan yang bertujuan memberi khidmat dan kebajikan kepada masyarakat secara umum. Sekiranya berlaku pertentangan. Namun begitu. rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang). Amal yang diputuskan oleh jamaah Jamaah yang munazzamah Menurut manhaj tertentu Untuk mencapai matlamat tertentu Amal Ijtima’ie ialah : suatu kerja yang dilaksanakan oleh individu. berkumpulan atau semua anggota jamaah. BAB 5 Ciri-ciri Badan Dakwah Yang Cemerlang 1. dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya). serta kerjakanlah amal-amal kebajikan. hendaklah kerja atau tugasan itu tidak bertentangan dengan syarak dan perkara-perkara yang disepakati oleh jamaah dan pimpinannya. perlu diberi perhatian sekalipun amal yang tidak diputuskan oleh jamaah disebut juga sebagai amal Ijtima’ie. Tugas tersebut diserahkan kepada individu tertentu. kumpulan atau beberapa kumpulan daripada ahli-ahli jamaah ingin melakukan sesuatu gerak kerja atau amal Islam bagi maslahah umum masyarakat yang tidak diputuskan oleh jamaah. 3. 3.

membawa kepada kebenaran dan sesiapa di kalangan kamu yang bermesyuarat akan mendapat petunjuk. Sekiranya perlu kepada dalil Al-Quran dan Hadis. dan apabila kamu telah berazam (dengan sebenar-benar azam) maka bertawakkalah kepada Allah. Ini disebabkan syura mempunyai ciri-ciri dan disiplin tertentu seperti yang telah ditunjukkan oleh Baginda SAW dengan para sahabat. 2.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah Syura maksudnya bermesyuarat ataupun berbincang. Seimbang antara kesan jangka pendek dan jangka panjang. 4. (mengikut suasana) Ahli korum harus mencukupi Surah Asy-Syura 38 Op Cit : Dr Hasan Huwaidi hal 3-4 3 Op Cit : Dr Hasan Huwaidi 55 . Walaupun mesyuarat biasa digunakan dalam istilah Melayu. Maka bertadabbur sebelum beramal itu menyelamatkan kamu daripada penyesalan2 Ibnu Arabi pula berkata: Mesyuarat itu mendekatkan anggota jamaah. 5. Mestilah serius dan menumpukan perhatian dalam sesi perbincangan Mengemukan hujah-hujah dengan jelas. membersihkan akal.3 Prinsip Asas Syura a) b) Tidak boleh sama sekali membincangkan perkara-perkara yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. itu lebih baik. 1 Firman-Nya lagi: ‫وشاورهم فى المر فإذا عزمت فتوكل على ال‬ maksudnya: dan bersyuralah di kalangan kamu dalam sesuatu perkara. Tidak boleh sama sekali hasil atau keputusan mesyuarat bertentangan dengan AlQuran dan As-Sunnah. 3. dibimbangi orang yang hanya berpegang kepada pendapatnya sendiri. Perkara-Perkara Penting Dalam Syura 1. namun yang dimaksudkan syura dalam Islam bukan seperti perbincangan seperti yang difahami dengan perkataan mesyuarat. Saidina Ali KWJ pernah berkata: Syura itu punca hidayah. Firman Allah tentang syura ini: ‫والذين استجابوا لربهم وأقاموا الصلة وأمرهم شورى بينهم ومما رزقناهم ينفقون‬ maksudnya: Dan bagi orang-orang yang mematuhi seruan Tuhannya dan dan mendirikan solat sedangkan di dalam urusan hidup. 1 2 Ahli-ahli syura mestilah memberikan pandangan mengikut kepakaran atau kelebihan dalam bidang masing-masing. bahkan maksudnya lebih dan jauh daripada itu. mereka syura sesama kalangan mereka dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang telah kami kurniakan.

Begitu juga dengan sesebuah pergerakan sesebuah badan dakwah atau persatuan. Perlu diingatkan bahawa kedua-dua konsep berterus terang dan kerahsiaan ini bukanlah suatu matlamat. Tujuan Baginda berbuat demikian bukanlah kerana takut kepada orang Quraisy. Segala yang diperbincangkan perlu dicatit 2. 10. tidak dapat tidak perlu ada konsep berterus terang dan dan konsep menjaga kerahsiaan. Baginda solat bersama para sahabat di tempat-tempat yang sunyi dan jauh dari masyarakat seperti di celahcelah dan sebalik gunung. Manhaj Tarbiyah Yang Mantap Yang dimaksudkan dengan tarbiyah yang mantap ialah seperti yang telah disebutkan dalam faktor-faktor kejayaan di atas.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah 6. Tidak melanggar apa yang telah disyurakan walaupun terdetik di dalam hati keputusan yang telah diputuskan ada kecacatan. 3. Baginda mengamalkan suatu strategi menjaga kerahsiaan yang dinamakan hazar. a) Pernah berlaku pada peringkat awal dakwah Islam. tetapi ia merupakan wasilah atau method dalam menggerakkan persatuan. sudah tentu akan mengundang pelbagai bahaya dan memeranjatkan kaum Quraisy yang menyembah berhala dan pelbagai tuhan. 1 sila rujuk Kitab Durus Fi Amal Islami karangan Said Hawa cetakan Beirut. Lubnan muka surat 69 56 . Menjaga Kerahsiaan dan Hazar Dalam Pergerakan Dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan. Sekiranya dibuat di tempat yang terbuka. Hazar ini merupakan satu method yang digunakan oleh Baginda bagi terutamanya bagi mengelakkan dakwah Islam disekat dan dicantas dari awal oleh pembesar Quraisy dan juga selepas dakwah Islam mula berkembang. Tempat yang selesa dan waktu yang sesuai (ikut suasana) Tidak mempertikaikan keputusan selepas syura diputuskan Bersikap terbuka apabila pandangan atau cadangan tidak diterima. Beberapa contoh hazar telah ditunjukkan oleh Baginda. 8. mereka mempunya polisi-polisi tertentu dalam dasar atau perkara-perkara yang boleh diumumkan dan juga perkara-perkara yang perlu dirahsiakan. perlukan kedua-dua konsep ini untuk melicinkan perjalanan organisasi. 9.1 Dalam peringkat awal usaha dakwah Rasulullah. dan ada ketikanya dan keadaan yang memerlukan kerahsiaan agar sesuatu maklumat itu tidak tersebar atau terbocor kepada mereka yang tidak sepatutnya seperti ahli biasa atau lebih-lebih lagi musuh Islam. Namun keputusan boleh berubah sekiranya keadaan amat mendesak atau perlu berbincang semula untuk mengubah keputusan syura Perlu yakin syura membawa rahmat 12. Ada ketika dan keadaan yang perlukan sesuatu maklumat itu dihebahkan kepada umum. Istighfar sekiranya pandangan atau cadangan diterima. Sehingga dalam organisasi kerajaan atau perniagaan sekalipun. 7. tetapi ia adalah suatu strategi dakwah bagi menyelamatkan pengikut Baginda yang masih sedikit. Antaranya: 11.

Perancangan akan diketahui oleh musuh kita dan memudahkan mereka untuk memerangi kita.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah b) c) Perjanjian Aqabah yang pertama dan yang kedua di jalankan secara sulit dan rahsia tanpa diketahui oleh sesiapa kecuali Rasulullah dan beberapa sahabat Nabi. Dibawah ini hanya diberikan beberapa kesan akibat tidak menjaga hazar. orang luar atau musuh serta maklumat tertentu. pemimpin negara AJK Tertinggi Ajk Rendah Cara menyalurkan Maklumat dari Atas ke bawah Ahli Biasa Pelajar Biasa atau penentang dakwah Rajah 8 : Carta aliran penyaluran maklumat Hazar atau menjaga kerahsiaan merupakan perkara yang amat penting dalam gerakan badan dakwah terutamanya dalam tempoh Islam belum didaulatkan lagi (masih belum berkuasa). Strategi serta teknik dakwah akan mudah dipatahkan. Begitu juga Baginda berhijrah dengan Saidina Abu Bakar ke Madinah pada waktu malam dengan mengikut jalan baru yang tidak pernah diikut oleh orang ramai. Pihak Berkuasa : Sekolah. 2. Begitu juga ada maklumat yang tidak boleh dikatahui oleh pelajar biasa tetapi diketahui oleh ahli biasa. Hazar yang perlu disesuaikan mengikut keadaan semasa contohnya seperti maklumat yang boleh dimaklumkan kepada ahli pada tarikh tertentu dan maklumat tersebut boleh disampaikan kepada para pelajar seminggu selepas dimaklumkan kepada ahli terbabit. orang ramai duduk di dalam rumah. Hazar dalam menyampaikan maklumat kepada ahli tertinggi dan ahli biasa juga perlu diamalkan. Hal ini perlu diikuti mengikut waktu yang telah ditetapkan bagi memudahkan penerimaan ahli dan para pelajar untuk mengikuti dakwah atau pengisian daripada badan dakwah. ahli . kerajaan. Ada maklumat-maklumat yang hanya boleh diketahui oleh ahli tertinggi dan tidak pada ahli biasa dan para pelajar dan ada maklumat yang boleh diketahui oleh semua peringkat. Kesan Tidak Menjaga Hazar 1. Apabila Nabi mendapat wahyu daripada Allah memerintahkan Baginda berhijrah. 3. Timbul sikap buruk sangka antara pimpinan dan anak buah 57 . Rasulullah telah pergi ke rumah Saidina Abu Bakar pada waktu tengahari terik di mana pada waktu seumpama itu. Konsep hazar juga perlu disesuaikan mengikut keadaan semasa. ahli tertinggi atau ahli biasa.

6.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah 4. 3. 8. Muhasabah Muhasabah dalam istilah lainnya ialah post mortem ataupun semak kembali terhadap segala program atau aktiviti yang telah dijalankan. Ini disebabkan suasana dan perkembangan yang berlaku di sekeliling amat mempengaruhi suasana pelajar terutamanya dalam proses menyampaikan kefahaman Islam kepada pelajar. Pengertian Fiqh Semasa Fiqh Realiti bermaksud : Ilmu yang membahaskan tentang kefahaman terhadap hal ehwal semasa. Timbul sikap ‘escapisme’ dan hilang kerjasama sesama ahli dalam melaksanakan program Hilang wala’ terhadap pimpinan Matlamat sesuatu program tidak tercapai Timbul permusuhan sesama ahli Hilang kepercayaan sesama ahli atau terhadap pimpinan. Selain itu. Terdapat beberapa unsur-unsur yang penting dalam mencapai kefahaman realiti semasa dan membuat perencanaan pada masa akan datang: Kaedah Membuat Kajian Fiqh Realiti 1. 1 rujuk Fiqh Realiti Atau Semasa terjemahan oleh Ustaz Fahrul Irfan Bin Ishak – PMRAM cetakan 2000 58 . 5. Timbul fitnah. kata-mangata dan jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain. 10. Di samping dapat menjalinkan ukhuwwah. 7. 4. 2. Menyebabkan pihak pentadbiran menyekat atau menghalang program atau aktiviti yang dijalankan oleh badan dakwah. muhasabah memberi ruang untuk tegur-menegur sesama ahli dalam keadaan yang terbuka dan beradab serta memudahkan penelitian terhadap program yang telah dijalankan. Di bawah ini disebutkan beberapa kefahaman asas Fiqh Realiti atau Fiqh Semasa. 11. segala kelemahan dan kekurangan dapat di kesan dan seterusnya diperbaiki untuk masa-masa akan datang. muhasabah akan menyebabkan kita rasa insaf dengan kelemahan yang ada di kalangan kita. faktor-faktor yang mempengaruhi ke atas masyarakat dan negara serta idea-idea dan strategi bagi menghadapi isu-isu yang mengganggu keutuhan akidah dan syariat Islam serta jalan bagi memelihara umat Islam daripadanya pada masa kini dan akan datang. Maklumat-maklumat terbocor kepada perisik atau pengintip yang ditugaskan oleh pihak-pihak tertentu. Dengan muhasabah. Pengumpulan segala bentuk berita dan maklumat Membuat perbandingan dan kaitan antara isu-isu Membuat pemerhatian dan analisis bagi mencapai keputusan yang telah ditetapkan. 5. Mengikuti Perkembangan Semasa (Fiqhul Waq’ie)1 Sesebuah badan dakwah perlu mengikuti perkembangan suasana yang berlaku. 9.

3. reaksi yang baik serta menjauhi sebarang bentuk bahaya dan ancaman yang memesongkan. 7. Bersedia Menerima Perubahan Badan Dakwah juga perlu sentiasa bersedia menerima perubahan. Meneliti daripada sebarang maklumat yang diambil daripada akhbar-akhbar dan pembacaannya dari sudut kebenaran. Contohnya seperti apabila sesebuah sekolah telah memasang internet dalam urusan perhubungan mereka. seminggu atau sebulan mengikut bentuk program dan matlamat yang ingin dicapai. memudahkan lagi proses untuk memberikan kefahaman kepada para pelajar tentang Islam serta penghayatannya secara praktikal. 6. Namun ia bergantung pada kesesuaian sesebuah sekolah. Ini kerana peringkat remaja adalah peringkat yang suka mencuba dan menyesuaikan diri dengan suasana yang wujud di sekelilingnya Tidak tertipu dengan helah dan taktik orientalis dan golongan Islam yang menjadi alat kepada orang kafir. Email. Para pelajar terus berminat dengan method dan cara penyampaian dakwah. 10. chatting. manhaj. Perancangan jangka panjang ialah merancangan untuk mencapai sesuatu matlamat bagi tempoh setahun. 15 atau 20 tahun. Perubahan yang dimaksudkan ialah dari segi gerak kerja. Tidak berpegang dengan kukuh dan terikat dengan perancangan yang bersesuaian pada sesuatu masa dengan perancangan pada masa akan datang. 5.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah Disiplin Ilmu Fiqh Realiti 1. homepage serta networking perlu dipelajari dan digunakan bagi kepentingan badan dakwah. 2. Ini disebabkan dakwah Islam itu sendiri bersifat Murunah iaitu fleksibel. Justeru. Perancangan jangka pendek dan jangka panjang haruslah mempunyai kaitan dan kesinambungan antara satu sama lain. maka badan dakwah perlu bertindak untuk mengambil manfaat daripadanya. Berhati-hati daripada terlalu bangga dan kerdil dengan golongan kafir dan munharif (mengubah ayat-ayat Al-Quran dan Hadis dengan akal mereka) Faedah-faedah Fiqh Realiti atau Fiqh Semasa a) b) mengetahui penderitaan umat Islam di seluruh dunia dan memberi keinsafan kepada kita untuk terus berusaha menegakkan Islam memahami dan mengetahui perancangan jahat orang kafir terutamanya Yahudi dan Kristian untuk merosakkan Islam. Bersedia membuat perubahan terhadap suasana yang berlaku ke arah yang lebih baik 6. Lantas kita berusaha mengelakkan serangan tersebut serta menjawab segala persoalan-persoalan yang dilontarkan. Ini di sebabkan semua program atau 59 c) d) e) . Sederhana dan berimbangan dalam membuat penilaian ilmiah 4. 5. Serta menyesuaikan keputusan dengan keadaan semasa dan persediaan bagi jangka panjang. Sentiasa beriltizam dengan usul syariat serta kaedah akal yang tepat dalam membaca suasana dan keadaan. Mempunyai Perancangan Jangka Pendek Dan Panjang Perancangan jangka pendek ialah perancangan dalam tempoh sehari. 2. dengan sifatnya yang begitu. Interaksi. cabaran serta method dakwah.

Pertembungan antara pimpinan badan dakwah dan pengawas Pertembungan antara pimpinan badan dakwah dan badan pengawas wujud di sesetengah sekolah terutamanya sekolah yang bukan aliran agama. KAJIAN KES 1. Hinggalah matlamat yang agung tersebut tercapai dalam keadaan perancangan jangka pendek dan panjang itu bersifat sementara kepada matlamat mencapai daulah tadi. Hal ini menyebabkan kepimpinan badan dakwah dan pengawas tidak selari dan bercanggah antara satu sama lain. pengawas yang bukan aliran agama. Justeru. perlu ada kesinambungan hubungan antara satu generasi ke satu genarasi yang lain. Apabila terdapat perkara-perkara yang tidak selaras antara arahan pentadbiran dan konsep Islam itu sendiri. punca utama pertembungan ini berlaku adalah disebabkan fikrah kepimpinan yang berbeza antara 2 badan pelajar ini. Pertembungan yang berlaku seperti percanggahan bidang kuasa. Selain itu. pengasingan kuasa di asrama dan di sekolah dan sebagainya. Gap antara pelajar bidang agama dan bidang sains ‘Gap’ atau jurang antara pelajar aliran agama dan sains selalu berlaku terutamanya di sekolah menengah kebangsaan agama dan sesetengah sekolah agama rakyat. Biasanya. bagi menjayakan kedua-dua bentuk perancangan ini. Jurang ini berlaku kerana beberapa sebab seperti: pelajar agama dipandang agak rendah berbanding kelas sains kelas sains mendapat banyak kelebihan dan diberi perhatian yang lebih berbanding kelas aliran agama biasanya pelajar sains ini terpilih dan mempunyai kecerdikan yang lebih daripada aliran agama pelajar aliran agama kurang motivasi berbanding pelajar sains a) b) c) d) 60 .Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah perancangan mempunyai matlamat yang satu iaitu menegakkan daulah Islam dan kalimah Allah di muka bumi. pengawas ini merupakan pentadbiran yang diwakili pelajar dan badan dakwah pula lebih menjurus ke arah penghayatan Islam. Begitu juga terdapat badan dakwah yang kurang mementingkan disiplin dan peraturan sekolah hingga menyebabkan pimpinan pengawas memandang negatif terhadap imej badan dakwah itu sendiri. Cara untuk mengatasi masalah ini antaranya ialah: mengadakan rundingan antara kedua-dua pihak untuk membentuk kesatuan menetapkan dan menjelaskan bidang kuasa masing-masing membuat pembahagian tugas dengan sempurna agar segala gerak kerja di sekolah atau asrama tidak bertindan membuat program gabungan tidak menunjukkan perpecahan di hadapan para pelajar bersikap terbuka dan lapang dada antara kedua-dua pihak a) b) c) d) e) f) 2. maka berlakulah pertembungan antara 2 badan ini.

Asas kesatuan inilah yang perlu diselaras dan diterapkan pada pemikiran para pelajar. Dalam suasana inilah badan dakwah perlu memainkan peranan menyatukan fikrah pelajar dengan sistem usrah dan tarbiyah yang dijalankan melalui aktiviti dan program yang diaturkan sepanjang tahun. Dalam halhal yang melibatkan prinsip seperti percampuran lelaki dan wanita 1. Begitu juga dengan pendidikan kita di sekolah. berlaku ahli badan dakwah yang terlalu ketat dan ekstrim sehingga menyebabkan mad’u daripada kalangan pelajar tidak dapat menerima agenda tarbiyah yang dicanaikan. membuat kerja –kerja yang berat dan sebagainya. Kesatuan ini amat penting kerana kerana dasar Islam bukanlah pada pengkhususan dalam pelbagai bidang pengajian. Walaupun wujud sedikit sebanyak matapelajaran Pendidikan Islam yang menyentuh persoalan tauhid dan akidah.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah Apabila tanggapan-tanggapan seperti di atas berlaku. Baginda SAW sendiri diberikan wahyu buat kali pertama bertujuan bagi mengesakan Allah dari sebarang bentuk kesyirikan. Akibatnya para pelajar tidak dapat mengaitkan secara langsung pengajian tersebut dengan kuasa Allah SWT. ahli badan dakwah selain daripada berpegang teguh dengan Islam dan tarbiyah. Hanya dengan persoalan ini sajalah yang mampu menyatukan pelbagai bentuk perbezaan dan perselisihan antara sesama manusia. 3. perlu bijak menawan hati mad’u agar Islam yang ingin disampaikan tadi dapat dihayati bersama oleh para pelajar pada tahap dan kadar kemampuan mereka. Atas alasan inilah pelajar aliran agama dan sains perlu membentuk kesatuan dengan fikrah Islamiyah yang menekankan persoalan akidah dan tauhid. Oleh yang demikian. tetapi pelajaran tersebut tidak mampu memberi kesan yang mendalam dan dihayati oleh pelajar muslim kerana ia dilingkungi dengan mata pelajaran lain yang memisahkan tauhid terhadap Allah SWT. Ahli Badan Dakwah yang terlalu ekstrim hingga mad’u menjauhinya. memang perlu kepada berpegang teguh dengan tarbiyah dan dakwah Islamiyyah tetapi dalam masa yang sama perlu dihiasi dengan uslub dakwah dan tarbiyah yang sesuai dengan waki’ dan mad’u. Silapnya sesetengah ahli badan dakwah ialah tidak menggunakan uslub tarbiyah untuk menyampaikan Islam sehingga pelajar lain tidak dapat menerima dengan baik bahkan ada yang menjauhkan diri daripadanya. 61 . membuka aurat. Masalah ini tidak dapat diatasi dalam suasana sistem pendidikan dualisme dan tidak menyepadukan antara bidang sains dan bidang agama. Walaupun begitu tidak dinafikan pelajar sains juga belajar subjek pendidikan Islam. Dalam kita menghayati Islam. Bahkan lebih teruk daripada itu mereka lebih mengenal tokoh barat daripada tokoh Islam yang pernah mempelopori kemajuan dan ketemadunan dunia satu tika dahulu. minum arak dan sebagainya perlulah dipertahankan kerana apabila perkara-perkara ini 1 Percampuran yang dimaksudkan disini ialah tanpa sebab yang syar’ie seperti bersukan. tidak hairanlah 2 aliran pengajian ini tidak selaras hingga menyebabkan berlaku puak. Terdapat di sesetengah sekolah. Sabda Baginda SAW: ‫خاطبوا الناس على قدر عقولهم‬ bercakaplah dengan manusia mengikut tahap pemikiran mereka…. Dalam hal ini juga perlu dilihat dari sudut keutamaan amal atau dengan maksud lain kepentingan sesuatu perkara yang kita berpegang teguh dengannya. Contohnya banyak matapelajaran yang berkaitan dengan sains. teknik atau vokasional yang tidak mengaitkan kurikulumnya dengan sifat agung Allah SWT. tetapi ia tidak dapat membuahkan hasil yang baik dan sekadar memenuhi syarat sahaja sebagai pelajar Islam. tetapi kesatuan Islam asas utamanya ialah akidah Islamiah yang soheh.

pimpinan dipecat dan sebagainya. tidak bersukan dan sebagainya. yang kanan akan terasa sama. dilarang membuat program. Begitulah umpamanya sesama mukmin. Sejarah menunjukkan para Nabi dan Rasul. baju berkolar atau tidak. Sabda Nabi SAW: ‫ل تتمنوا لقاء العدو فإن لقيتموه فاثبتوا‬ Janganlah kamu mengharapkan bertempur dengan musuh. Pada wanita pula seperti memakai tudung bulat. tetapi menutup aurat seperti yang dikehendakai syarak iaitu melabuhkan tudung hingga menutup dada. dan pejuang-pejuang Islam berhadapan dengan golongan yang lebih 1 Melihat pada situasi dan keperluannya. 2 Dalam hal menutup aurat wanita ini bukan persoalan tudung labuh. bukan mesti masalah yang dilakukan tersebut dilakukan kerana sikap dan sifatnya sebegitu. Puak thiqoh dan tak thiqoh Puak thiqoh dan tak thiqoh pula biasanya berlaku di sekolah aliran agama. Sebagai contoh. Pertembungan badan dakwah dengan pihak yang lebih tinggi kedudukannya. kita perlu melihat latar belakang mad’u kita. Namun pada perkara-perkara yang furu’ dan kecil serta remeh-temeh dan tidak melibatkan prisip seperti suara wanita 1. tebal. Mukmin dengan mukmin yang lain umpama bangunan yang memerlukan antara satu sama lain. Apa yang sewajarnya berlaku tiada puak-puak yang disebutkan diatas. Realitinya hal ini tidaklah berlaku secara serius hingga menyebabkan masalah yang kronik. 5. tetapi mungkin ada pengaruh dan kesan daripada latar belakang keluarga yang sedang dilanda masalah atau kemiskinan. pakai kopiah atau sebaliknya. 4. Latar belakang seseorang terutamanya pengaruh keluarga amat memberi kesan kepada perwatakan seseorang. tetapi sikap berpuak-puak inilah menjadi punca utama bibit perpecahan di kalangan pelajar. tudung labuh dan tudung pendek 2. makan menggunakan sudu dan sebagainya adalah hal-hal yang tidak melibatkan prinsip dan tidak perlu dipertahankan seandainya akibatnya lebih besar seperti badan dakwah diharamkan. syuhada’. maka seluruh warga sekolah akan mendapat dosa kerana mencegah kemungkaran itu fadhu kifayah dan boleh menjadi fadhu ain pada sesetengah keadaan. Pertembungan dengan mereka yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi yang dimaksudkan di sini ialah dengan pihak pentadbiran sekolah sendiri atau di kalangan segelintir guru. berlagu dan menggoda perasaan pendengar apabila mendengar. 62 . jika terdapat seseorang pelajar selalu membuat masalah. Menjadi satu sunnah perjuangan dalam berdakwah berhadapan dengan orang yang lebih besar kedudukannya dengan da’ie. warna yang pudar dan sebagainya. Hal ini kerana tidak semua pelajar mempunyai latar belakang yang serupa.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah berleluasa. kancing penuh ke atas dan berkolar. Suara wanita menjadi aurat sekiranya mendayu-dayu. tetapi sekiranya kamu menghadapi mereka maka pertahankan dan tetapkanlah pendirian. Puak thiqoh biasanya mempunyai ciri-ciri seperti pada lelakinya sentiasa memakai kopiah. Begitu juga dalam persoalan ini. Hal ini merupakan satu perkara yang amat berat dan perlu diatasi dengan penuh berhati-hati dan baik agar tidak mendatangkan mudharat yang lebih besar seperti pengharaman badan dakwah atau sebagainya. juga seperti sebuah tubuh badan yang mana sakit sebelah kiri. pendek. baju yang tiada berbunga. baju melayu. realiti ini agak sukar dikikis melainkan pendedahan terhadap fikrah Islam yang syumul kepada para pelajar dan peranan badan dakwah perlulah menggiatkan penyatuan di kalangan pelajar dalam bersatu menghayati Islam. Walaupun begitu. tiga segi atau sebagainya.

Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah tinggi kedudukan dan kuasanya daripada mereka. Seharusnya sebagai AJK badan dakwah menjadi contoh yang terbaik kepada para pelajar yang lain. Sabdanya lagi: ‫إنما بعثت لتمم مكارم الخلق‬ maksudnya: sesungguhnya aku diutuskan kepada umat manusia bagi menyempurnakan akhlak. Sering kedengaran AJK atau pimpinan badan dakwah tidak pandai untuk memimpin persatuan. Wujudnya jamaah-jamaah tertentu seperti PAS. Sikap dan teladan yang boleh dicontohi amat penting bagi mencerminkan imej dakwah dan Islam itu sendiri. Begitu juga lontaran kelemahan-kelemahan yang berlaku di sesetengah sekolah tentang AJK badan dakwah atau persatuan Islam yang kurang berkaliber dan kurang serius mematuhi peraturan dan disiplin sekolah. Ahli Badan Dakwah tidak pandai memimpin. Tohmahan ini berlaku apabila terdapat sesetengah badan dakwah atau persatuan Islam tidak dapat menjalankan pelbagai program yang mampu menarik pelajar. Perlu difahami bahawa berlakunya pertembungan ini bukanlah berlaku seperti yang berlaku dalam realiti masyarakat. Hal ini menyebabkan para pelajar hilang kethiqohan dan kurang memberikan kepercayaan untuk AJK badan dakwah atau persatuan Islam melaksanakan sesuatu program dengan baik dan berkesan. a) ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) 63 . bahkan ia juga berlaku di peringkat sekolah dengan tujuan pengkaderan. Ayat dan hadis di atas sudah cukup menegaskan kepada pimpinan badan dakwah dan persatuan Islam agar memiliki sifat dan sikap yang menjadi satu ikutan kepada para pelajar yang lain di samping kualiti kepemimpinan dalam berorganisasi. Ini disebabkan dalam tempoh pengajian ini. ABIM. Sebelum dihuraikan realiti kewujudan banyak jamaah di sekolah-sekolah ini. dakwah lebih merupakan latihan dan didikan kepada pelajar agar mampu menjadi pemimpin dan pembela ummah masa depan. Begitu juga tidak kurang juga ada di kalangan para sahabat Nabi SAW yang terpaksa berhadapan dengan bapa dan saudara mara sendiri ketika perang. perlu difahami lebih awal asal-usul kewujudan jamaah itu sendiri. Tabligh dan sebagainya. Walaupun begitu tidaklah sama situasi yang berlaku realiti dalam perjuangan Islam seperti dakwah pada peringkat sekolah atau tempoh pengajian ini. Hal ini ditegaskan oleh firman Allah SWT dan sabda Nabi SAW: ‫لقد كان لكم فى رسول ال أسوة حسنة‬ maksudnya: sesungguhnya apa yang ada pada diri dan peribadi Rasulullah SAW adalah contoh teladan yang paling baik. Kewujudan jamaah-jamaah bukan berlaku di peringkat realiti masyarakat. 7. tetapi ia lebih kepada bentuk perselisihan kecil di dalam keluarga. JIM. 6.

. 5. kebudayaan. Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di Kuala Lumpur. Siddiq Fadhil telah dilantik untuk memangku dan seterusnya menjadi Presiden ABIM selepas penyertaan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982. 3. falsafah dan teknologi.Menjalankan kegiatan lain yang tidak berlawanan dengan ajaran asasi al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah s. Muhammad Nur Manuty telah dilantik sebagai Presiden pada tahun 1991. Dekad kedua. Dalam menuju alaf baru di bawah kepemimpinan Ahmad Azam Abdul Rahman. Kedah. ABIM berperanan lebih proaktif dan menjadi sebagai rakan dalam membina negara.Mengembleng tenaga belia Islam seluruhnya untuk sama-sama bekerjasama memberi bantuan dan sokongan untuk meningkatkan taraf hidup di dalam semua lapangan termasuk sosial. merupakan era pendewasaan ABIM yang ditandai oleh perubahan orientasi dari aksi kekonfrontasian kepada pendekatan menangani dan menyelesaikan masalah ataupun pendekatan dakwah yang lebih berhikmah. dan Razali Nawawi telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang pertama bersama-sama sepuluh orang Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat. Ahmad Azam Abdul Rahman telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang kelima. 1. di tahun-tahun 80-an semasa di bawah kepemimpinan Siddiq Fadil. PENDEKATAN ABIM adalah sebuah gerakan yang bertunjangkan ilmu (krowledge based) serta memilih untuk mengambil sikap terbuka serta sederhana (moderate) berasaskan realiti 64 .Mewakili belia Islam di persidangan-persidangan dalam dan luar negeri. dengan mengambil manhaj Rabbani sebagai cara hidup mereka dalam semua bidang. 6.Menjalankan dakwah Islamiah dengan cara yang progresif kepada seluruh lapisan masyarakat dengan syarat mendapat kebenaran dari Jabatan Agama Islam Negeri yang berkenaan. Perjuangan itu untuk merealisasikan manhaj rabbani dalam perkara-perkara berikut. Pada tahun 1974 Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua. Pada September 1997 di Alor Setar. di era 90-an di bawah pimpinan Muhammad Nur Manuty. . . ABIM lebih kepada pendekatan 'confrontational' dan 'vocal' terhadap kerajaan sesuai dengan situasi dan keperluan masa itu.aw.w. .Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 dan didaftarkan secara rasmi pada tahun 1972. Dekad ketiga.t. ABIM membawa tema 'Memugar Idealisme dan Menggilap Dinamika Perjuangan' ABIM mempunyai matlamat perjuangan tersendiri iaitu mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah s. 4. Pembinaan Sahsiah Islamiyyah Pembinaan Keluarga Islamiyyah Pembinaan Ummah (Masyarakat) Islamiyyah Pembinaan Khilafah Islamiyyah Pembinaan Daulah Islamiyyah Pembinaan Dunia Islamiyyah TUJUAN ABIM .w.a. pelajaran. mengembang dan memperjuangkan cita-cita Islamiyyah sesuai dengan ajaran asasi al-Qur'an al-Karim dan Sunnah Rasulullah s. Dalam era 70-an semasa di bawah kepemimpinan Razali Nawawi dan kemudiannya Anwar Ibrahim.Menegak. 2.

. namun ia sentiasa bersikap non-partisan. . . tidak memihak atau tunduk kepada kepentingan parti-parti politik.Menimbulkan suasasa kewaspadaan terhadap segala bentuk cubaan dan cabaran yang mungkin timbul di setiap ketika. ABIM mengongsi visi untuk melihat kemunculan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang bermaruah yang turut mengangkat martabat umat. Walaupun ABIM menangani isu-isu politik.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah masyarakat setempat di samping memegang teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan ilmu. MOTTO JIM 65 . Dalam risalah panduan tamrin ada menyebut tujuan tamrin seperti berikut: .Membentuk sahsiah muslim dengan mengambil kira sejarah hidup Rasulullah sebagai contoh dan teladan. TARBIYAH Sejak ditubuhkan ABIM meletakkan saluran asas tarbiyah untuk ahli-ahlinya ialah USRAH dan TAMRIN. . Kalimah "Islah" pada nama JIM membawa maksud "pembaikan" dan "perdamaian" seperti yang disebut dalam Al-Quran.Membekalkan latihan pimpinan yang sesuai dengan kehendak masyarakat Islam setempat dan umat sejagat. ABIM sedia mendukung dan memperjuangkan usaha-usaha: Mewujudkan perpaduan ummah Memperkukuhkan hubungan pelbagai kaum dalam rangka membina integrasi nasional Membina rupa budaya bangsa yang sihat Meningkatkan kualiti alam sekitar Memperjuangkan keadilan untuk semua Membanteraskan kemiskinan Membudayakan amalan politik yang bersih ­ ­ ­ ­ ­ ­ ­ b) JIM (Jamaah Islah Malaysia) Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) adalah sebuah pertubuhan Islam yang telah diluluskan pendaftarannya pada 27 Julai 1990. .Memperdalamkan pemahaman ahli-ahli tentang erti perjuangan. Untuk ini ABIM amat prihatin terhadap pelbagai isu sosial. iman dan amal dalam rangka pembangunan manusia. ekonomi dan politik negara. ciri-ciri asli sebuah gerakan Islamiah dan landasan perjuangan.Memperkukuhkan sikap tanggungjawab terhadap perjuangan ummah dan ikatan diri ahli-ahli kepada perjuangan Islam.Memperluaskan serta memperdalamkan pengertian tentang cita-cita dan tuntutantuntutan Islamiyyah serta ajaran-ajaran Islam keseluruhannya sebagai ad-din yang sempurna dan sistem hidup yang praktikal kepada ahli-ahli.

Kedudukan yang berpengaruh dalam masyarakat perlu diusahakan supaya dipegang oleh mereka yang mengongsi komitmen untuk menghayati Islam. Menceburi bidang penglibatan yang sama tidak harus ditanggapi sebagai persaingan atau pertandingan yang negatif. Selain meluaskan rangkaian usaha dakwah ia juga menyediakan satu lagi wadah dan pendekatan dakwah bagi penglibatan ummah dan masyarakat. 3. Menjaga muslimin dari bahaya lidah dan tangan kita. ummah dan masyarakat Positif dan membangun. dengan penilaian dan sikap yang objektif Penggembelingan sumber dan kemampuan ummah dan masyarakat c) PAS (Parti Islam Se-Malaysia) 66 . Kemampuan ummah perlu digembeling. mengambilkira realiti (waqi') masyarakat dan kemampuan JIM sendiri. 2. Berusaha ke arah kesatuan menjadi tanggungjawab semua. Semangat kerjasama dan persefahaman untuk membuahkan kerja Islam yang berkualiti perlu dipupuk dan perselisihan dielakkan. kumpulan atau individu yang bergiat untuk Islam sebagai sebuah keluarga. JIM percaya strategi dakwah yang baik bagi Malaysia adalah satu strategi yang menyeluruh dan bersepadu. Setiap pertubuhan dakwah mempunyai keistimewaan dan sumbangan yang tersendiri kepada dakwah dan masyarakat. Menjadi hasrat JIM melihat semua usaha untuk Islam berjaya tidak mengira siapa yang mengusahakannya. perkenalan. JIM memilih pendekatan yang bercirikan: 1. saling memahami dan kerjasama menunjuk arah menuju kesatuan. Dalam rangka mengembalikan pengabdian kepada Allah. Memberi keutamaan kepada kepentingan Islam.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah Motto JIM ialah BERSAMA ISLAM MEMBINA MASYARAKAT DASAR DAN OBJEKTIF Dasar JIM adalah ISLAM Objektif JIM adalah: ­ ­ ­ ­ Mendukung cita-cita dan aspirasi Islam yang unggul Melaksanakan kegiatan dakwah Islamiah kepada semua lapisan masyarakat Menggembeling tenaga masyarakat dalam rangka membentuk masyarakat yang progresif dan dinamis dalam semua aspek kehidupan Mendukung konsep kesatuan berdasarkan kepada prinsip persaudaraan Islam dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat PENDIRIAN DAN PENDEKATAN JIM ditubuhkan kerana ia yakin boleh menyumbang untuk Islam dan pembangunan masyarakat. JIM sentiasa menghulurkan salam persahabatan serta mencari jalan kerjasama dalam usaha yang disepakati bersama. Usaha JIM berasaskan prinsip Islam. melunakkan mereka di hati. tetapi perluasan (coverage) serta mempelbagai pilihan bagi meningkatkan penyertaan. JIM berjuang untuk pelaksanaan Islam sepenuhnya. JIM menganggap semua organisasi.

Walaupun begitu. 2.pendukungnya akhirnya telah merintis kepada penubuhan PAS pada 24 November 1951. khususnya di Mesir. Perjuangan PAS adalah berpandukan kepada ajaran Al-Quran dan Hadis Nabi. tulisan dan amalan. Riwayat Hizbul Muslimin bagaimanapun tidak lama. Inggeris telah mengisytiharkan pengharaman Hizbul Muslimin menangkap pemimpin. Menyeru umat manusia kepada syari'at Allah dan sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan. pertubuhan-pertubuhan dan orangorang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam. Ideologi PAS ialah ISLAM. Sayap atau bahagian Islam dalam MNP inilah yang bertanggung-jawab melahirkan MATA (Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya) yang darinya wujud Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol pada 14 Mac 1948. Bagi mencapai tujuan perjuangan. yang ketika itu memimpin UMNO.hukumnya menuju keredhaan Allah. PAS menjalankan usaha-usaha berikut [Fasal 6]: 3. Pergerakan reformasi ini begitu berpengaruh dalam masyarakat Melayu sehingga ianya meresapi parti politik Melayu yang pertama iaitu Partai Kebangsaan Melayu Se-Malaya atau lebih dikenali sebagai MNP yang diasas pada bulan Oktober 1945. PAS memperjuangkan ISLAM yang sempurna. semangat perjuangan yang kental di kalangan pendukung. 1. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukumhukumnya menuju keredhaan Allah. 4. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah Islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.pemimpinnya. MNP seterusnya telah menubuhkan sayap atau bahagian Islam dalam struktur organisasinya. Mengajak dan menggalakkan badan-badan. Menyedari peri-pentingya pengaruh ini. Pergerakan reformasi ini merupakan rentetan dari reformasi di Timur Tengah. ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan. Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah Penubuhan PAS secara rasminya ialah pada 24 November 1951. Ianya telah menjalar ke Tanah Melayu dimana Syed Sheikh AlHadi telah menyebarkan pengaruh reformasi ini melalui majalah Al-Imam (19061908) dan akhbar Al-Ikhwan(1926-1931). PAS memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum. yang dipelopori oleh Muhammad Abduh pada akhir abad Kesembilan Belas. Berdasarkan kepada ideologi ini. Hizbul Muslimin telah disebut oleh Dato' Onn sebagai Red Islamic Party yakni cuba menyamakannya dengan pengaruh komunis yang merbahya. 5. Walaupun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti apabila bermula Dharurat pada bulan Jun 1948. Hasil dari desakan Dato' Onn Jaafar. pergerakan yang mencetuskan tertubuhnya PAS sebenarnya telah bermula jauh lebih awal iaitu sejak bermulanya pergerakan reformasi Islam di Tanah Melayu. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran. 67 . Beliau juga telah menyebut penubuhan Hizbul Muslimin sebagai "Bahaya Dari Gunong" kerana penubuhannya yang bertempat di Gunong Semanggol Perak.

Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.institusi masyarakat. untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya. 40 hari dan seterusnya. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi. kepalsuan. persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara. c) Tabligh Jamaah Tabligh merupakan jamaah yang berasal dari India yang diasaskan oleh Maulana. perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia. Beberapa pengenalan kepada jamaah ini ialah: 1. Bermakna sekalipun terdapat jamaah-jamaah yang pelbagai di sesebuah sekolah. terdapat perselisihan antara para ulama’ adakah dibenarkan ta’addud jamaah ataupun tidak boleh. 8. bentuk politik dan keadilan ekonomi dan negara. 3. Menjalankan dakwah dalam beberapa peringkat seperti 3 hari. 2. tetapi para ulama’ sepakat bahawa kesatuan itu merupakan perkara dan asas yang pokok dalam membina umat dan daulah Islam. 4. Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan keluar. 7.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah 6. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam. Menjalankan dakwah dari rumah ke rumah masjid ke masjid. 10. Apa yang jelas. Mereka yang tidak membenarkan ta’addud jamaah ialah seperti Dr Fathy Yakan. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi ma nusia serta menghapuskan segala macam kezaliman. 11. seminggu. Antara ulama’ yang membenarkan ta’addud jamaah ialah Dr Yusof Al-Qaradhawi. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan. 9. walaupun ada perselisihan pendapat dalam menentukan boleh atau tidak ta’addud jamaah. 5. Adapun pendapat Yusof Al-Qaradhawi yang membenarkan ta’addud jamaah ialah ta’addud yang bersifat menolong dan membantu sesama jama’ah-jama’ah Islam dan bukan ta’addud yang bersifat bermusuhan dan berlawanan. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran. 12. Menitik beratkan persoalan iman dan akhlak Tidak banyak menyentuh permasalahan negara dan politik Dalam persoalan ini. bahkan ia mewujudkan keharmonian dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain. Berpakaian jubah dan berserban. tidak beerti mereka tidak boleh menjalankan program dan aktiviti bersama-sama. Sifat-sifat Seorang Pemimpin 68 . Pengaruh jamaah tersebut sampai ke merata dunia sehingga ke Asia Tenggara. Tips-tips penting sebagai Pemimpin pelajar 1.

Psikologi Kepimpinan Kebolehan untuk memimpin Kebolehan membuat keputusan dengan cepat dan tepat Keutuhan peribadi Mempunyai semangat juang Mempunyai daya reka Kebolehan mengananalisis suasana yang dihadapi Berkeupayaan untuk memahami orang lain (bersikap terbuka) Berani bertindak dalam menghadapi risiko. Sebagai golongan teras. Mengurus dengan baik Boleh bertutur dengan jelas dan meyakinkan Penutup Setelah kita memahami hakikat kita sebagai remaja dan pelajar muslim serta peranan kita sebagai agen dakwah.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah                Berilmu Bertaqwa Yakin pada diri sendiri Mengenali jiwa dan citarasa ahli dan sesama pimpinan Teladan dan contoh yang baik kepada pelajar Pandangan yang jauh dan tajam Tenang dan tidak kalut Istiqomah dan sabar Berkorban Tidak mengenal erti mengeluh Bersikap terbuka Berani Tegas Lunak terhadap sesama ahli Mampu bergaul dengan semua peringkat pelajar 2. Istimewanya kita sebagai golongan teras ini sebenarnya diiktiraf oleh Allah SWT dengan firman-Nya: ‫إنهم فتية ءامنوا بربهم وزدناهم هدى . Dan kami ikatkan hati-hati mereka lalu mereka bangun dan menyatakan tuhan kami adalah tuhan langit dan bumi dan kami tidak mengajak selain daripada Allah sekiranya kami tidak berbuat demikian maka kata-kata kami adalah palsu.‫شططا‬           “Maksudnya: mereka itu pemuda yang beriman kepada Allah lalu kami tambahkan kepada mereka hidayah kami. maka tidak dapat tidak perlulah kita menjalankan misi ini demi Islam yang tercinta.” (Al-Kahfi 13) Saya amat bersyukur kepada Allah kerana diberikan keizinan untuk memberikan sedikit sumbangan kepada golongan muda yang disifatkan oleh Sayid Qutb Jil AlQuran Al-Farid seperti yang berlaku di zaman Rasulullah. Walaupun kita tidak dapat 69 . kita perlu menyiapkan diri kita daripada bangku sekolah lagi untuk melatih dan membentuk kepimpinan diri agar mampu merubah masyarakat pada masa akan datang. وربطنا على قلوبهم إذ قاموا فقالوا ربنا رب السموات والرض لن ندعو من دونه لقد قلنا إذا‬ .

Mental dan atau ketua pengawas tidak Ketandusan tertentu menjalankan menjadi contoh Spritual pelajar Dakwah Badan konsisten Pelapis tugas terbaik 70 . Saya memohon ampun dan kemaafan daripada Allah SWT di atas segala salah dan silap yang telah hamba ini lakukan. maka terhasillah buku ini. Sesungguhnya hamba ini tidak lepas dari salah dan silap. begitu juga kepada pembaca sekalian. saya memohon maaf sekiranya dalam buku ini terdapat kesilapan secara disedari ataupun tidak. Mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada pembacanya. Berbekalkan dengan pengalaman yang sedikit serta soal jawab dengan bekas-bekas pimpinan sekolahsekolah menengah.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah menjadi seperti itu. Semoga dengan penulisan ringkas buku panduan ini dapatlah diambil manfaat oleh para pelajar khususnya di sekolah-sekolah menengah. Firman Allah SWT : . tetapi usaha untuk kita mengambil iktibar dan menjejaki perjuangan mereka merupakan satu sumbangan yang besar untuk Islam.…‫ما أصابك من حسنة فمن ال وما أصابك من سيئة فمن نفسك‬ LAMPIRAN 1 Bidang Kuasa Terhad Keadaan fizikal sekolah yang Ditentang pelajar dhaif Kurang peruntukan yang kurang pihak daripada didikanpentadbir agama Persaingan dengan persatuan lain Pelajar menyampingkan dakwah dan pentingkan diri Tarbiyah yang tidak seimbangBertembung dengan antara Ahli tidak Masalah-masalah AJK tidak Usrah yang Memilih mad’u Jasmani.

my/uniti U tek Islam 71 .jaring.my/ .uia http://www.edu. a) b) c) IPT tempatan www_studymalaysia http://www. 1.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah LAMPIRAN 2 Struktur organisasi yang mantap Dasar dan matlamat tarbiyah yang jelas Manhaj tarbiyah yang jelas Marhalah tarbiyah yang sepadu Keselarasan amal jamaie dan amal ijtima’ie Faktor-faktor Kejayaan Ahli-ahli yang sedia ditarbiyah SYURA Sedia menerima perubahan Perancangan jangka pendek dan panjang Muhasabah Konsep Kerahsiaan dan Berhati-hati Sistem pengkaderan yang tersusun Fiqhul Waki’ LAMPIRAN 3 Senarai laman-laman web yang boleh dikunjungi oleh pelajar muslim.iiu.

dunia arab http://www.fortunecity.8m.geocities.kpm.ppim.geocities.my/PKEINJ/ http://www.html privet upm bhttp://www.com/CollegePark/Campus/8690/.iawmag.pmram http://www.com/~diismkasr/ .com Sejarah Islam di Timur Tengah – http://islam.tripod.my/ .org/.jaring.com/in/elcom98/ .org.com/beluga/100/ laman web abg http://members.uk/ikhwan 5.net/ Http://members.htm http://www.Al-Islam Indonesia http://members.html . a) b) c) d) e) f) 7.qaradawi.com/ks/khairas/khairul.perisian Islamik http://www.islam.com/ .KISAS Http://members.sk men islam alamimn Http://www.com/smummp/ Http://www.mas http://www.pusat islam http://www.gov.alislam.com www.my/pas/ http://www4.SMKA Syarifah Rodiah Melaka Http://www.angelfire.net.virtualave.geocities.digiweb.com/~AbuDzar/ priv http://www.ppk.tripod.my/pkpim/ http://www.ikim http://members. a) b) c) d) e) f) g) Pertubuhan Islam Tempatan http://www.Sakhr.smu kunak sabah Http://alumniki.tripod.com .tripod.ummah.com/education/smiaa. a) b) c) d) e) f) g) Pertubuhan Islam Antarabangsa Dialog Islam dan Kristian – http://www.ikim.my/sphsp/p_islam/utama.persatuan pengguna islam malaysia http://www.org.pas.com/. a) b) 4.my/abim/-ABIM 3.jaring.net/ .com.angelfire.com/~jkim_mas/ .net/ SMKA dan SBP Http://freecenter.gov.my/index.my/softrade/ .maklumat remaja wanita interaksi artikel badrul amin http://www.kwikxs. a) b) c) d) e) f) g) h) i) 6.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah d) e) f) g) h) i) 2.pasal komp http://www3.jaring.naim lilbanat 72 .com/group/tabligh/ Laman Web Peribadi Islamik Http://greenfield.or.xoom.com/daralislam/-dARUL ISLAMI http://www.almanahil NGO http://www.com/CollegePark/Union/4222/ .eGroups.id/ .beconvinced. www_cc_um_edu www_ukm www_upm_edu www_usm www_utm www_uum_edu Universiti luar negara Http//cjb. org/ mosque/ ihame/ Seclo.syukur.smuik.html – japim http://www.com/Athens/Sparta/6357/ .

SMKA wataniah macang LAMPIRAN 4 1. 8. 3. 2. 4.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah h) Http://members. 5. Laman-laman Web LAMPIRAN 5 1. Fiqh Dakwah Ila Allah oleh Doktor Ali Abd Halim Mahmud.Said Hawa .tripod. 3. 73 . KITAB-KITAB RUJUKAN Al-Quran dan As-Sunnah Fiqh Syura Wal Istisyarah – Doktor Taufiq As-Syawi – Darul Wafa’.to/smuik .com/smuik/smuik.com/~zulzan/index. Jamnul Azhar – Percetakan Selaseh.html i) j) Http://welcome. 6. Contoh Perlembagaan Sebuah Badan Dakwah DASAR PENUBUHAN BADAR MUQADDIMAH (PENGENALAN) Badan Dakwah dan Rohani atau ringkasnya BADAR merupakan “Badan Induk” bagi persatuan-persatuan di kolej ini. 2. 7. Kolej Islam Sultan Alam Shah.html . Dakwah Qawa’idun Wa Usul karangan Jam’ah Amin Abdul Aziz .xoom. 5. Durus Fi Amal Islami. Senarai Buku-buku Bacaan Para Pelajar Menengah Amal Islami jilid 1 dan 2 Said Hawa Pustaka Salam Mengapa Aku Menganut Islam Fathi Yakan terbitan Pustaka Salam dan Dewan Pustaka Fajar Strategi Musuh Islam Panduan Petugas-petugas Islam oleh IIIT Risalah Usrah oleh Abu Urwah terbitan Pustaka Salam Al-Quran Dan Sains oleh Dr.Darud Dakwah cetakan 1989.Dar Ammar Beirut Lubnan cetakan 1988. 6. 4. Pengurusan Persatuan – Suatu Panduan Lengkap oleh Omardin Ashaari terbitan Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Ia merupakan wadah kegiatan pelajar yang menjadi pembantu utama kepada pentadbir kolej bagi memastikan bahawa semua kegiatan-kegiatan pelajar sejajar dengan matlamat dan falsafah pendidikan Kolej Islam Sultan Alam Shah. Jundullah Thaqofatan Wa Akhlaqan – Said Hawa – Darus Salam Kaherah. Hj. BAB PERTAMA FASAL 1 Nama persatuan ini ialah: Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) FASAL 2 Alamat pejabat: Badan Dakwah dan Rohani.smu kunak sabah Http://members.

bangsa. ii) Memperjuangkan dinul-Islam sebagai aqidah dan syariah serta menegakkan keadilan di kolej ini. Untuk memberi latihan kepimpinan dan kemasyarakatan berorentasikan Islam. harmoni. dedikasi. berakhlak dan berkeperibadian Islam yang sejati dan berjiwa pendakwah yang sanggup menghadapi cabaran zaman. Menyahut tuntutan masyarakat Islam supaya SMABP setaraf dengan SBP lain. Mendidik pelajar bersifat taqwa. dan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam. ii) Memupuk semangat dan kesedaran berdakwah serta peningkatan qualitinya sehingga lahir satu angkatan pelajar yang berjiwa pendakwah dan sanggup menghadapi cabaran zaman. iv) Mendokong falsafah serta matlamat pendidikan KISAS a. Memajukan pelajaran agama dan bahasa arab yang sangat diperlukan oleh masyarakat kita dewasa ini sebagai usaha untuk menyediakan benteng bagi memelihara aqidah dan syariah Islam. agama serta negara. muhibbah. c. rohaninya. 74 . Angkatan pelajar yang menitikberatkan semua aspek ilmu pengetahuan serta aktif. BAB KEDUA FASAL 3 Dasar persatuan ini ialah Islam FASAL 4 Seruan persatuan : ‘Amal Maaruf dan Nahi Mungkar’ FASAL 5 Tema persatuan: (Berubah mengikut ucapan dasar presiden pada setiap tahun BAB TIGA FASAL 6 Objektif persatuan ini ialah: i) Melahirkan angkatan pelajar muslim yang memahami konsep Islam yang sebenarnya. Melahirkan generasi Islam yang berdisplin. b. iii) Memupuk serta memperkuatkan ukhuwwah Islamiyyah dikalangan warga kolej. f. tulisan dan amalan.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah Peti Surat 64. 41906 Klang. Selangor Darul Ehsan. d. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar mempelajari Al-Quran dan As-Sunnah yang merangkumi semua aspek kehidupan. FASAL 7 Aktiviti persatuan: i) Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan Sunnah Rasul melalui dakwah lisan. dan jasmaninya. g. positif dan matang dalam tindak tanduk yang bersesuaian terhadap ilmu masyarakat. merangkumi kehidupan duniawi dan ukhrawi berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Untuk mengintegrasikan pelajaran agama Islam dan akademik bagi mewujudkan generasi yang lengkap dengan kedua-dua bidang. e. iii)Melahirkan satu generasi pelajar yang benar-benar sihat pemikirannya.

undang-undang. vi) Bekerjasama dengan pihak pentadbir untuk menjalankan tarbiah di Kolej Islam. x) Melakukan apa sahaja usaha dan tindakan untuk kebaikan warga kolej selagi tidak menyimpang dari batasan Islam. dan Qias yang sarih sebagai sumber rujukan. v) Menyediakan serta mengeluarkan risalah penerangan bagi memberi kesedaran Islam kepada warga kolej. dan perlembagaan negara serta peraturan kolej. FASAL 12 Mesyuarat Biro-biro i) Akan diadakan satu semester sekali 75 . ix) Bekerjasama dengan pertubuhan Islam yang berdaftar di negara ini dalam usaha mendakwahkan Islam dan melakukan kebajikan. viii) Berusaha memperkembangkan bahasa Arab disamping penggunaan bahasa Inggeris sebagai mempertingkatkan keupayaan ahli dalam mencari ilmu pengetahuan di peringkat yang lebih tinggi. As-Sunnah. ii) BADAR adalah badan induk kepada semua persatuan yang wujud di Kolej Islam Sultan Alam Shah dan bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak bercanggah dari syariat Islam. guru-guru penasihat BADAR dan persetujuan sekurang-kurangnya 7 AJK tertinggi BADAR. ii) Boleh dicepatkan dengan persetujuan pihak pentadbir kolej agar tidak bertindih dengan program taqwim tahunan kolej. BAB KELIMA FASAL 11 Muktamar Agong: i) Dijalankan/diadakan sekali setahun pada akhir tahun bergantung kepada taqwim tahunan BADAR. FASAL 8 Kekuasaan BADAR ialah: i) Sentiasa berpandu kepada Al-Quran.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah iv) Memelihara biah-solehah dan hijab seperti yang diamanahkan oleh para ulama’ yang mengasaskan penubuhan kolej. vii) Memperjuangkan kebudayaan Islam dan menolak kebudayaan barat. ii) Ahli BADAR berkewajipan untuk hadir ke majlis Muktamar Sanawi BADAR. BAB KEEMPAT FASAL 9 Keahlian i) Semua warga pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah secara automatik adalah ahli BADAR. FASAL 10 Hak dan kewajipan ahli i) Ahli BADAR berhak menyuarakan cadangan. kritikan dan bantahan di dalam Muktamar Sanawi BADAR. Ijma’ Ulama’. iii) Ahli BADAR berkewajipan untuk turut menghadiri setiap program yang dijalankan oleh BADAR.

ii) Membentang dan menerima penyata-penyata. dan semua AJK biro. FASAL 15 Tugas dan Kekuasaan Muktamar Sanawi i) Mengesahkan peringatan dan Laporan Minit Mesyuarat muktamar yang lalu.Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah ii) Dihadiri oleh Guru Penasihat Biro. iv) Membahaskan ucapan dasar presiden. iii) Sila rujuk FASAL 12 (iii) iv) Korum bagi satu mesyuarat tidak kurang 2/3 bilangan exco. putera dan puteri. putera dan puteri. Setiausaha Agong. c) Kesemua mesyuarat adalah bergantung kepada Waqi’ Taqwim kolej. FASAL 13 Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa a) i) Akan diadakan satu semester sekali ii) Dihadiri oleh Guru Penasihat Biro. iii) Membincangkan masalah-masalah keperluan serta perancangan aktiviti. Setiausaha Agong. iii) Sila rujuk FASAL 12 (iii) b) Perjumpaan dengan semua guru penasihat BADAR i) Akan diadakan satu semesta sekali ii) Dihadiri oleh exco-exco BADAR putera dan puteri. v) Sebarang keputusan dalam mesyuarat hendaklah dipersetujui oleh 2/3 bilangan exco. v) Membahaskan usul-usul dan resolusi. dan semua AJK biro. laporan kewangan serta aktiviti BADAR. iii) Memilih AJK Tertinggi seperti yang telah ditetapkan oleh perlembagaan BADAR. Exco Biro. Exco Biro. BADAR dan cuti kolej. vii) Perkara-perkara lain yang berbangkit 76 . vi) Ucapan penangguhan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->