You are on page 1of 5

 

Pengasas Pengakap, Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dilahirkan


pada 22hb Februari 1857 di Hyde Park, London. Pada tahun 1876, Baden Powell
(BP) ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam pasukan askar di India. Pada
tahun 1903, BP mendapat pangkat Ketua Inspektor. Pada tahun 1907, ketika
pulang ke England, BP menganjurkan satu perkhemahan percubaan di Pulau
Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.

Pada tahun 1908, BP mengarang sebuah buku yang bertajuk 'Scouting for Boys'.
Buku ini telah menjadi kitab bagi pengakap dunia. Ramai yang menerima
ideanya. Hal ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia.
Dalam Jambori Pengakap Sedunia pertama di Olympia pada tahun 1920, BP telah
dilantik menjadi Pengakap Agung sedunia.

Pada tahun 1937, BP bersama isterinya, Lady Baden Powell meninggalkan


London dan menuju ke Kenya, Afrika dan bermastautin di sebuah kampung. BP
melancong ke serata dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan Pengakap dan
Pandu Puteri. BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain
melalui pergerakan Pengakap.

Pada 8hb Januari 1941, BP meninggal dunia dan dikebumikan dengan penuh
kehormatan di Kenya, Afrika. Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam
pengakap ialah:

TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-


KERJAMU

PERSETIAAN PENGAKAP 
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang
saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:- 

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara  


Menolong orang pada setiap masa  
Menurut undang-undang pengakap

   
  UNDANG-UNDANG PENGAKAP 
Pertama ~  Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai
maruah dan kehormatan dirinya. 

Kedua ~  Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang


Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin
pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang
yang dibawahnya. 

Ketiga ~  Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong


orang pada setiap masa. 

Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara


kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya
sekalipun. 

Kelima ~  Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan


sentiasa berbudi. 
Keenam ~  Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. 

Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah


dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-
pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan. 

Kelapan ~  Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis


mukanya dalam kesusahan. 

Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat 

Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya


dan perbuatannya.

   
HORMAT PENGAKAP 
Apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri,
iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan. 

Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan


ketua patrol. 

Selapas dan apabila menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri


dan bendera pengakap. 

Apabila Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan. 

Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya. 

   
LAUNG AGUNG 
<<<<<LAUNG AGUNG merupakan >>>>>  
 1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak.  
 2. Diamalkan di seluruh dunia.  
 3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS
BAIK”  
 4. Untuk menghormati tetamu. 
 5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina
displin. 

 <<<<<Bila diadakan>>>>> 
1. Setiap kali diadakan perjumpaan 
2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan. 

<<ISTIADAT LAUNG AGUNG>>  


1. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK…..” (semua PKK berdiri dalam
keadaan sedia)  
2. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK,PEK,PEK….” (semua PKK
mengelilingi AKELA sambil menyahut    “P…E….K….”  
3. AKELA  memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan
memegang tangan. Bila bulatan telah sempurna PKK menjatuhkan
tangan.  
4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit.  
5. AKELA merapatkan tangan ke paha>>  
    a) PKK mencangkung.  
    b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah.  
    c) Kepala dilangutkan dan terus berkata>> ‘A K E L A, KITA BUAT
HABIS BAIK.  
    d) Selepas sebutan “BAIK” PKK bangun dalam keadaan sedia.  
6. Petugas mencabar dengan hormat kepada AKELA dengan kata-
kata:- ‘KAMU BUAT HABIS BAIK’  
7. Semua PKK hormat AKELA dengan menjawab ‘KAMI BUAT
HABIS BAIK’  
8. AKELA membalas hormat PKK.  
9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat.

   
ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA 
Istiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung.

1. Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang. 


2. Pemimpin berdiri menghadap bendera. 
3. Penolong Pemimpin  berdiri di belakang tiang bendera. 
  4. PKK berdiri dalam bentuk bulatan dalam keadaan sedia. 
5. Pemimpin berteriak “BENDERA” 
6. Petugas mara ke tiang bendera. 
7. Petugas menarik tali, sekali sahaja. 
8. Petugas berundur satu langkah dan memberi hormat.  
9. Semua yang hadir memberi hormat. 
10. Petugas menjatuhkan tangan….dan diikuti oleh semua yang
hadir. 
11. Petugas kembali ke tempat asal. 
12. Menyanyi Lagu Kebangsaan 
13. Menyanyi Lagu Pengakap Kerian 
14.  Membaca doa 
15.  AKELA memberi arahan “Senang diri” 
16. AKELA memberi nasihat/kata-kata perangsang dll.

ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA 


1. Semua PKK berdiri dalam bulatan.AKELA berdiri di tengah-tengah
bulatan dalam keadaan sedia. 
2. AKELA  berteriak “BENDERA” 
3. Petugas mara ke tiang bendera dan terus menaikkan bendera.  
4. AKELA mengarah semua yang hadir menyanyi lagu Kebangsaan.  
5. Setelah bendera sampai ke puncak tiang, petugas berundur
selangkah ke belakang dan memberi hormat. 
6. Semua yang hadir memberi hormat. 
7. Petugas balik ke tempat asal. 
8. Menyanyi lagu Pengakap Kerian 
9. Membaca doa 
10. Akela memberi arahan “SENANG DIRI” 
11. Akela memberi nasihat/kata-kata perangsang dll.
   

   

SALAM PENGAKAP

You might also like