You are on page 1of 8

Analisis Pasangan Minimal

Pasangan minimal adalah satu cara bagi mengenal pasti bunyi-bunyi fonem
berdasarkan perkataan-perkataan berpasangan minimal. Kanak-kanak yang
mempunyai masalah pembelajaran kerap menghadapi masalah dalam menyebut bunyi-
bunyi konsonan tertentu. Mereka kerap tersalah menyebut konsonan yang mempunyai
perbezaan bunyi yang paling minimum dalam perkataan sehingga menyebabkan
makna perkataan itu tersasar jauh, misalnya “d” dalam perkataan ladang disebut
sebagai “l” sehingga bertukar menjadi perkataan lalang. Oleh itu guru perlu
menyediakan senarai perkataan yang mengandungi konsonan “d” dan “l” dan meminta
murid menyebutnya berulang-ulag kali sehingga mahir.

Dengan menggunakan bahan pasangan minimal ini, kita dapat pelbagai kebaikan
kepada pelajar. Antaranya ialah dapat melibatkan murid secara langsung dalam aktiviti
pembelajaran selain murid dapat membunyikan perkatan itu dengan bunyi fonem yang
betul. Ini dapat mengelakkan daripada salah faham dalam membunyikan sesuatu
perkataan terutamanya perkataan yang membawa maksud yang berbeza. Selain itu,
bahan ini mudah alih selain dapat membantu pelajar dengan melihat gambar
seterusnya menyebut nama gambar tersebut. Tambahan pula, bahan pasangan
minimal ini sesuai untuk kanak-kanak pemulihan yang mempunyai masalah dalam
pembelajaran.

Guru boleh membuat bahan dengan menyediakan beberapa perkataan yang


hampir sama bunyinya dan setiap perkataan itu disertakan dengan gambar. Kemudian,
murid diminta untuk menyebut perkataan tersebut sehingga mendapat bunyi fonem
yang betul. Aktiviti ini diulang sehingga murid dapat menyebut perkataan yang
diberikan dengan bunyi yang betul sehingga murid tidak keliru dengan perkataan
tersebut.
Contoh aktiviti:

Aktiviti 1

Pasangan minimal

1) Beberapa pasangan perkataan berbentuk pasangan minimal dituliskan pada kad


manila.

2) Kad tersebut diedarkan kepada setiap murid

3) Guru menyebut salah satu daripada perkataan berpasangan itu.

4) Murid diminta menunjuk dan menandakannya di atas kertas masing-masing.

5) Seterusnya guru memberi arahan kepada murid untuk membaca perkataan


tersebut dengan berulang-ulang sehingg murid tidak keliru dengan perkataan
tersebut.

6) Contoh 1:

tari lari
7) Contoh 2:

karam garam
8) Contoh 3:

lali lari
9) Contoh 4:

dada lada
10) Contoh 5:

tadi tali
Aktiviti 2

Mengenal pasti perbezaan bunyi berdasarkan gambar

1) Beberapa gambar disediakan dan diletakkan pada papan hitam

2) Guru menyebut nama benda dalam gambar-gambar tesebut

3) Murid diminta menunjuknya.

4) Contoh 1:

Lipas kipas
5) Contoh 2:

ubat ulat

6) Contoh 3:

dulang

tulang
7) Contoh 4:

ladang lalang
Aktiviti 3

Main peranan: mendengar dan membuat

1) Guru perlu memikirkan situasi-situasi tertentu yang memerlukan pelajar


memainkan peranan-peranan tertentu.

2) Guru perlu menerangkan dengan jelas sebelum menyuruh pelajar


melakonkan apa-apayang diarahkan

3) Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu ataupun secara berpasangan.

Caranya:

1) Guru memberi arahan kepada murid.

2) Murid mengamati arahan tersebut

3) Murid melakonkan arahan yang didengarnya itu

Contoh:

1) Pilih 2 orang murid, tentukan peranan masing-masing, misalnya murid A


sebagai doctor dan murid B sebagai pesakit yang hedak mendapatkan
pemeriksaan kesihatan. Minta kedua-dua murid melakonkan peranan
masing-masing secara spontan.

2) Teknik ini dapat menilai kecekapan murid untuk memilih bentuk bahasa
yang sesuai dengan sesuai dan dengan penutur tertentu, di samping
dapat menilai berbagai-bagai subkemahiran bertutur sebagaimana yang
telah dinyatakan sebelum ini.
Aktiviti 4

Kemahiran komunikasi

1) Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikasi ialah pita rakaman video
kerana melalui pita rakaman, murid dapat mendengar contoh-contoh
sebutan, nada, intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu
interaksi bahasa.

2) Selain itu, murid dapat melihat cara penggunaan unsure-unsur bukan


linguistic seperti gerk tangan, kepala, mimic muka dan lain-lain yang dapat
menyampaikan sesuatu maksud.

Contoh:

1) Guru menayangkan cerita peristiwa di pusat membeli belah tanpa


suara kepada kelas.

2) Murid secara individu meramal dan mencatatkan kata bual watak


tersebut.

3) Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang


diramalkan, dan menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang
dipersetujui bersama.

4) Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan

5) Guru menayangkan cerita tadi semula dengan bersuara supaya murid


dapat membandingkan dialog ciptaan mereka dengan dialog rakaman.

6) Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk


penulisan.

7) Akhir sekali, guru membincangkan pengajaran yang murid dapat


daripada aktiti tadi.

You might also like