You are on page 1of 12

PEPATAH

Apa dia?
ANTARA CONTOH-
CONTOH PEPATAH:

1 3 5 7 9

2 4 6 8 10

Kuiz
Apa dia Pepatah?

• Pepatah atau perbilangan ialah ungkapan yang berasal daripada


pusaka adat resam Melayu.

• Ungkapan tersebut tidak pernah berubah-ubah, malah


mempunyai ciri-ciri puisi trsdisional Melayu.

• Pepatah berfungsi sebagai panduan dan pedoman daripada


orang tua-tua agar masyarakat masa kini dapat menjalani
kehidupan dan mengamalkan adat resam dengan lebih
sempurna.
1. Ada batang mati,
ada cendawan tumbuh

Ertinya:
Setiap negara ada undang-undang dan
adat resamnya masing-masing.

Contoh ayat:
Bila berada di rantau orang, jaga-jagalah diri itu supaya tidak
menyalahi dengan kebiasaan di situ, kerana ada batang mati,
adalah cendawan tmbuh.

Next
2. Ada padi semua kerja jadi,
ada beras semua kerja deras

Ertinya:
Semua kerja akan berjalan dengan baik dan
Sempurna jika pendapatannya cukup.

Contoh ayat:
Semua kerja dalam kehidupan rutin kita bila ada padi
semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.

Next
3. Air ditetak
tidak akan putus

Ertinya:
Dua orang yang bersaudara tidak dapat
dipisahkan oleh perselisihan.

Contoh ayat:
Mereka itu walau macamanapun, tentu akan berbaik-baik semula,
bak kata pepatah air ditetak tidak akan putus.

Next
4. Berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul.

Ertinya:
Betapa beratnya kita melihat kesusahan yang dialami
oleh orang lain, berat lagi penderitaan itu pada
orang yang menanggungnya.

Contoh ayat:
Simpati kita tentulah tak seberapa, betapa berat mata
memandang, berat lagi bahu memikul.

Next
5. Cakap siang pandang-pandang,
cakap malam dengar-dengar

Ertinya:
Memperkatakan sesuatu hal biarlah berhati-hati
dan memilih tempat yang sesuai.

Contoh ayat:
Dia selalu cakap siang pandang-pandang, cakap malam
dengar-dengar kerana takut rahsianya terbingkar.

Next
6. Kerbau dipegang pada talinya,
manusia dipegang pada janjinya.

Ertinya:
Janji yang diucap mestilah ditepati.

Contoh ayat:
“Ingat jika berjanji, kita mesti patuhi kerana kerbau
dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya,”
pesan ustaz Halim.

Next
7. Ke bukit sama di daki,
ke lurah sama dituruni

Ertinya:
Tolong menolong apabila membuat sesuatu
pekerjaan sama ada susah atau senang.

Contoh ayat:
Jangan khuatir, kami akan ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni dalam penerokaan di bukit itu.

Next
8. Makin murah makin menawar

Ertinya:
Makin diberi, makin banyak yang minta.

Contoh ayat:
Orang yang bersifat tamak tentulah selalu makin murah
makin menawar bila dituruti kemahuannya.

Next
9. Malam berselimutkan embun,
siang berlindungkan awan

Ertinya:
Sangat miskin sehingga tidak mempunyai
tempat berlindung atau berteduh.

Contoh ayat:
Pengemis itu keadaan hidupnya malam berselimutkan
embun, siang berlindungkan awan.

Next
10. Nasi sudah menjadi bubur

Ertinya:
Sesuatu yang sudah musnah tidak boleh dibaiki lagi.

Contoh ayat:
Kami tidak mahu terjadi nasi sudah menjadi bubur suatu
masa nanti.

You might also like