You are on page 1of 11

PENGENALAN

Pada asalnya Kimpalan Arka Tungsten Gas Lengai (Tungsten Inert Gas)(TIG) merupakan
sejenis kimpalan arka yang dibuat dalam atmosfera terkawal. Elektrod yang digunakan ialah
tungsten. Elektrod hanya untuk menghasilkan arka sahaja. Jadi, bagi kimpal apabila logam
tambahan untuk kimpal diperlukan, batang rod pengisi hendaklah disuapkan ke dalam kawasan
kimpal sebagaimana kaedah yang dilakukan dalam proses kimpalan gas oksi-asetilina.

Di sepanjang proses kimpalan itu satu perisai dalam bentuk gas lengai (argon & helium)
digunakan untuk mengadang kawasan terkimpal daripada udara atmosfera. Perisai berfungsi
untuk menghalang berlakunya pengoksidaan pada hujung elektrod, lopak kimpal dan bahagian
logam induk di sekitar kawasan yanh terkimpal.

Ada dua jenis muncung kimpal yang biasa digunakan dalam kimpal TIG pengendalian insani.
Bagi kimpalan yang menggunakan setan arus yang rendah (kurang daripada 200 ampere) ketika
mengimpal bahan yang nipis, muncung kimpal lazimnya dari jenis yang boleh disejukkan dalam
udara bilik. Tetapi, bagi kimpalan yang memerlukan arus lebih daripada 200 ampere, muncung
kimpal hendaklah disejukkan dengan air supaya elektrodnya tidak menjadi terlampau panas.
OBJEKTIF
Terdapat beberapa tujuan untuk melakukan laporan ini. Antaranya:

 Untuk menimba pengalaman dan pengetahuan tentang penggunaan kimpalan arka jenis
TIG dan bahan dengan selamat.
 Untuk mendisiplinkan para pelajar dengan menggunakan bengkel sebaiknya.
 Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang keselamatan adalah penting.
 Memastikan para pelajar bahawa mereka tahu menggunakan mesin TIG dan alatan
tangan dengan cara yang betul
 Meningkatkan kesabaran para pelajar semasa mereka melakukan bahan kerja.
 Dapat membantu para pelajar di alam pekerjaan yang memerlukan kemahiran.
LANGKAH-LANGKAH
KESELAMATAN
Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa berada dalam bengkel kimpal adalah:

 Berpakaian kemas, rapi dan selamat.


 Pakai gogal semasa mengimpal. Gogal melindungi mata apabila pelajar mengendali
kimpalan TIG.
 Jangan melihat kerja mengimpal dengan mata kasar kerana cahaya arka yang kuat boleh
menyebabkan mata sakit,silau dan berair.
 Masukkan tudung ke dalam baju sebelum menggunakan kimpalan TIG.
 Apabila memakai apron bengkel, sentiasa ikat di belakang bukan di depan.
 Tanggalkan jam tangan, cincin dan gelang kerana ia boleh membahayakan keadaan diri
semasa menggunakan kimpalan serta mengakibatkan kecederaan.
 Rambut panjang mestilah diikat.
 Kasut kanvas dan sandal tidak boleh dipakai di dalam bengkel kerana kasut ini tidak
memberi sebarang perlindungan kepada kaki.
 Matikan kimpalan sebelum membersihkannya.
 Sentiasa memastikan kimpalan TIG dan peralatan tangan berada dalam keadaan bersih.
 Pastikan lantai tidak berminyak supaya dapat mengelakkan kecederaan daripada berlaku.
 Bagi pada pelajar lelaki, mereka hendaklah memastikan rambut mereka pendek dan
kemas.
 Sebelum masuk ke dalam bengkel para pelajar mesti berpakaian bengkel mekanikal.
 Pelajar-pelajar yang menggunakan kimpalan TIG atau peralatan tanpa kebenaran
pensyarah akan dikenakan tindakan disiplin.
 Jika berlakunya sebarang kecederaan pada pelajar sila laporkan pensyarah dalam yang
segera untuk tindakan selanjutnya.
LANGKAH KERJA

1) Bahan kerja adalah batang besi berbentuk bulat.


2) Gunakan besi berbentuk ‘V’ sebagai alas bahan kerja.
3) Sambungkan talian bumi dengan bahan besi supaya arus lebihan dapat dialirkan ke
bumi.
4) Laraskan tekanan gas pelindung yang sesuai.
5) Arus ulang-alik berfrekuensi tinggi digunakan untuk menghasilkan arka di antara
hujung elektrod dan benda kerja.
6) Gas pelindung disemburkan keluar dari muncung pengimpal.
7) Aliran gas itu menyelubungi elektrod tungsten dan hujung rod pengisi serta kawasan
kimpal.
8) Arka dinyalakan dengan menekan suis penghidup.
9) Sudut muncung pengimpal dengan bahan kerja hendaklah dari 80-90°.
10) Rod pengisi bertentangan dengan muncung pengimpal dalam sudut 20-30°.
11) Selepas arka nyala, muncung pengimpal dibiarkan berhenti seketika sehingga logam
benda kerja telah lebur dan membentuk lopak.
12) Hujung rod pengisi hendaklah sentiasa diselubungi oleh perisai gas kerana jika ia
kerap dikeluar masukkan aliran gas akan terganggu dan udara sekeliling boleh
mencemari bahagian yang sepatutnya terlindung gas.
13) Muncung pengimpal digerakkan supaya aliran gas mendahului kimpal.
14) Setelah kimpalan siap arka hendaklah dimatikan
15) Gas pelindung dibiarkan terus mengalir sehingga kimpalan menjadi sejuk bagi
menghindarkan pengoksidaan kawasan yang dikimpal.
ALAT DAN BAHAN

 Untuk melindung muka dan


mata daripada cahaya arka.

 Untuk melindung tangan daripada kena suhu tinggi bahan kerja.


 Untuk mengetat dan melonggarkan nat gas
 Digunakan untuk menghembus habuk gas dari tong gas semasa melonggarkan nat.
 Untuk membersihkan plat sebelum membuat kimpalan dan selepas membuat kimpalan
TIG.

 Melaraskan tekanan gas tidak terlalu tinggi tekanan atau terlalu rendah tekanan untuk
semasa melakukan kimpalan TIG.

 Tungsten berfungsi untuk menghasilkan arka.


 Talian bumi berfungsi untuk menyambungkan lebihan arus ke bumi.

 Alas bahan
 Berfungsi untuk menyambungkan bahan kerja dan talian bumi.
 Mesin kimpalan TIG (penjana kimpalan).
 Berfungsi untuk membekalkan kuasa kepada elektrod kimpalan.
 Obor
 Berfungsi untuk mengeluarkan gas lengai(gas argon atau helium)

KESIMPULAN

Daripada hasil tugasan ini pelbagai benda telah saya pelajari semasa
menghasilkan projek ini, terutamanya di dalam mengendalikan mesin larik. Ini kerana
terdapat beberapa langkah-langkah yang betul perlu dipatuhi sebelum mengendalikan
kimpalan TIG tersebut. Contohnya, melaraskan tekanan gas yang sesuai untuk
mengimpal benda kerja. Saya juga dapat menggunakan kimpalan TIG dengan baik
walaupun tidak seberapa mahir. Tambahan pula, saya sebagai pelajar perlu mematuhi
segala peraturan dan undang – undang di bengkel dari segi fizikal mahupun mental.

You might also like