P. 1
10 prinsip Islam Hadhari

10 prinsip Islam Hadhari

|Views: 351|Likes:
Published by Ester Subin

More info:

Published by: Ester Subin on Mar 31, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/22/2012

pdf

text

original

Konsep Islam Hadhari

Pengenalan Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global. Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah. Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah akan dapat menghadapi cabaran dan realiti semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan mengikut tempat. Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi, diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehensif, diperlengkap pula dengan program pembangunan rohani untuk menyemaikan nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan. Prinsip Islam Hadhari Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama: I. Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI II. Kerajaan adil dan beramanah III. Rakyat berjiwa merdeka IV. Penguasaan ilmu pengetahuan V. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif VI. Kehidupan berkualiti VII. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita VIII. Keutuhan budaya dan moral IX. Pemeliharaan alam semula jadi

Menjaga. Konsep jihad perlu ditafsirkan secara lebih luas. Tuntutan Islam mewajibkan umat menguasai ilmu dalam semua bidang perlu dihayati. secara drastik.X. kemahiran dan kepakaran. Peningkatan kualiti (itqan) dalam semua urusan dan kegiatan kehidupan merangkumi bidang pendidikan. khususnya prinsip maqasid al Syariah adalah berkaitan dengan lima perkara seperti berikut: I. Perubahan sikap dan budaya umat memerlukan peranan berijtihad dan berjihad. Perubahan minda umat memerlukan satu tindakan secara menyeluruh. Segala bentuk pemikiran yang mengelirukan dan tidak bersesuaian dengan kefahaman Islam perlu dikikis supaya pemikiran dan jati diri umat dapat dibentuk. Warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam dalam semua bidang perlu dijadikan rujukan dan sumber inspirasi memajukan masyarakat Malaysia. Menjaga. memartabatkan dan memperkasakan harta V. memartabatkan dan memperkasakan agama II. menguasai sains dan teknologi serta melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi. manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan perlu dititikberatkan. Ijtihad membina ummah dalam zaman moden ini perlu diberikan perhatian dan diberikan pengiktirafan. Bahawa penguasaan sains dan teknologi serta peningkatan . Menjaga. konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah. Masyarakat Malaysia perlu menghargai dan menghayati sifat berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak lain. Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun yang menyeluruh – berupaya menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing umat. dan tidak bersifat sektor atau partisan. Menjaga. Masyarakat Malaysia perlu diberikan kefahaman Islam yang membolehkan umat menghayati dan mewarisi wawasan ketamadunan global (Rahmatan Lil’alamin) untuk membolehkan umat berperanan secara berkesan diperingkat global. Sikap dan nilai-nilai negatif masyarakat perlu diubah kepada nilai-nilai yang terkandung di dalam tasawwur Islam. Semangat persaudaraan (ukhuwah Islamiah) perlu dipupuk dan disemarakkan bagi menghasilkan rangkaian sosial yang mantap sebagai satu strategi ke arah meningkatkan daya saing umat. Kekuatan pertahanan Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Ini memerlukan satu perubahan tasawur (pandangan global) seluruh masyarakat. Menjaga. meliputi aspek kehidupan manusia seperti menuntut ilmu. memartabatkan dan memperkasakan nyawa IV. Selaras dengan itu. Perlu diperbetulkan sebarang salah faham terhadap konsep ilmu agar tidak berlaku pemisahan antara ilmu sekular dengan ilmu agama. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa. memartabatkan dan memperkasakan keturunan Usaha yang konsisten hingga menghasilkan kejayaan yang berterusan perlu dirancang. secara sistematik. penguasaan sains dan teknologi serta aktiviti-aktiviti ekonomi. memartabatkan dan memperkasakan akal III. hendaklah dijadikan budaya. Umat perlu dijadikan masyarakat iqra dalam hasrat mahu membina kemampuan bangsa dari segi peningkatan penguasaan ilmu.

Amatlah penting umat Islam dipimpin memahami dan menghayati Islam sebagai sistem kehidupan menyeluruh untuk menggerakkan pembinaan satu tamadun. Kehidupan menyeluruh yang bijak mengimbangkan tanggungjawab dunia dengan tanggungjawab akhirat. Kerajaan juga tidak pernah bersifat sekularisme yang menolak akhirat dan memberi tumpuan kepada dunia semata-mata. (Surah al-Qasas: Ayat 77) Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008 Prinsip Islam Hadhari :1. Islam bukanlah satu ritual kerana ritualisme memberi tumpuan kepada akhirat semata-mata.kemahiran dan kepakaran merupakan sebahagian dari tuntutan Islam. Kerana itu. Begitu banyak ayatayat di dalam al-Quran yang menyentuh soal penguasaan sains dan teknologi. jujur. telus dan amanah. Dunia adalah satu perjalanan yang harus dimanfaatkan dalam proses pengabdian manusia kepada Allah SWT dengan menyempurnakan tanggungjawab fardu kifayah secara sempurna. supaya membolehkan manusia menguasai dunia. yang perlu diberikan perhatian oleh umat. kerana alam dan fenomenanya diciptakan dan ditundukkan oleh Allah SWT untuk manusia diturunkan sebagai khalifah. Islam mestilah dihayati sebagai sistem yang mengintegrasikan kehidupan duniawi dan persiapan ukhrawi. Sumbangan tamadun Islam dalam sains dan teknologi yang membawa kepada kelahiran renaissance di Eropah wajib diketahui oleh semua pelajar Islam. amatlah penting untuk umat manusia itu diperlengkap dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Allah SWT berfirman: Yang bermaksud: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hambahamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan". Usaha melahirkan saintis Islam yang dapat menghasilkan penemuan-penemuan baru perlu diperbanyakkan. Manusia tidak mungkin berjaya memanfaatkan dunia ini dengan baik jika sikap dan pandangannya terhadap dunia tidak tepat sebagaimana mestinya. Keimanan & Ketakwaan Kepada Allah KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH .

tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya. maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah). Maksudnya : “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT. lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. Allah Maha Mendengar.Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sebagai teras utamanya. moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang. dari langit dan bumi . Maksudnya : “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku” . akhlak. al-qur’an dan sunnah Rasulullah S. syariah (perundangan). dalam surah al-A’raaf :96. Dan dalam surah al-Kaafiruun: 6. dan dia pula beriman kepada Allah. sesiapa yang tidak percayakan Taghut. lagi Maha Mengetahui.” Pada prinsipnya penentuan pegangan agama atau akidah bagi mereka yang berada di luar Islam terbahagi kepada dua iaitu tiada paksaan dalam agama dan kebebasan dalam menganut agama masing-masing seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah : 256 Maksudnya : "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu.A. Allah SWT berfirman. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan). beriman serta bertaqwa. Tetapi mereka mendustakan(rasul kami).W sebagai teras pegangan dan rujukannya.

mengikut kadar masing-masing. kedudukan. bangsa. Ini bersumberkan dari al-qur’an dan hadis Nabi SAW. “Sekiranya(anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan memotong tangannya”. dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah an-Nahl : 90 Maksudnya : “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil. Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan. sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya. supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya”. Dan hadis Nabi SAW diriwayatkan oleh Bukhari maksudnya. serta memberi bantuan kepada kaum kerabat. Dan bertaqwalah kepada Allah.Prinsip Islam Hadhari :2. Hendaklah kamu berlaku adil(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Ini bersesuaian dengan peruntukan dalam al-qur’an dan hadis Rasulullah SAW. Kerajaan Adil & Beramanah KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya. miskin kaya atau perbezaan agama. warna kulit. Allah SWT berfirman dalam surah al-Maa’idah : 8 Maksudnya : “Dan jangan sekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini). Dalam al-qur’an Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ :58 . dan berbuat kebaikan .

dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun”. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri. maju. iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur)”. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Isra’: 70 maksud: . Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat”. adalah bagi penduduk negeri Saba’ satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka. Sesungguhnya Allah SWT dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik. dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia. Rakyat Berjiwa Merdeka RAKYAT BERJIWA MERDEKA Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka. Pengurusan negara yang cekap. Dan hadis nabi SAW. masyarakat dan negara.(Lalu dikatakan kepada mereka):”makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya: (negeri kamu ini adalah)negeri yang baik(aman dan Makmur). keluarga.Maksudnya : “ Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya). Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif. Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. adil. Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008 Prinsip Islam Hadhari :3. Yang terletak disebelah kanan dan disebelah kiri(Kariah mereka). dan dirahmati Allah SWT sebagaimana ditegaskan dalam al-qur’an surah Saba’ : 15 Maksudnya : “ Demi Sesungguhnya. yang diriwayatkan oleh Ahmad Maksudnya : “ Dan tidak beriman bagi seseorang yang tidak amanah”.

dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut. kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Masyarakat yang berjiwa merdeka bukanlah masyarakat yang terlepas daripada peraturan undang-undang dan etika. Jiwa merdeka harus mampu melakukan pilihan dan membuat saringan serta bersikap terbuka terhadap faktor dari luar lingkungan budaya dan tradisi yang tidak bercanggah dengan nilai etika dan sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan tamadun mengikut acuan kita sendiri. dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan”.“Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam. sebaliknya asas-asas murni itu hendaklah digunakan sebagai landasan membangunkan masyarakat dan negara yang teguh dan utuh. bersikap terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain. Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah. Setiap potensi anggota masyarakat harus digerakkan sebijaksana mungkin sehingga mampu memartabatkan jatidiri. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Mujaadalah: 11 Maksudnya: . imej keluarga. Makna jiwa merdeka bukan hanya terletak pada slogan atau pernyataan luaran sematamata tetapi lebih daripada itu menuntut pengorbanan dan keperluan bekerja bersungguhsungguh ke arah menyumbang dan membangunkan negara Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008 Prinsip Islam Hadhari : 4. keutuhan negara berasaskan patriotisme yang tinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. tidak bersikap jumud dalam menghasilkan pemikiran berdaya maju dan menolak amalan-amalan negatif yang boleh menyebabkan jiwa terus terbelenggu. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita. Penguasaan Ilmu Pengetahuan PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan. integriti masyarakat.

bangsa dan manusia sejagat. dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Pembangunan Ekonomi Seimbang & Komprehensif PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG DAN KOMPREHENSIF Dalam usaha untuk memajukan negara. hasrat untuk mencapai kecemerlangan terbuka luas.“Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat . menyeluruh dan teratur. dan pada pertukaran malam dan siang. Melalui pengukuhan ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu fardu kifayah. Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan cabaran semasa. Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008 Prinsip Islam Hadhari : 5. kita boleh melahirkan sumber tenaga yang mampu menerajui program pembangunan negara dan ummah. kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan negara. faktor ilmu intergratif. aspek ekonomi turut sama diberi keutamaan oleh Islam. Dan (ingatlah). Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif memberikan satu pendekatan . Usaha penggalian dan penerokaan serta penemuan ilmu sains dan teknologi amat digalakkan dalam tradisi Islam. Melalui system pendidikan yang melengkapi dwi pengkhususan dan double Major. ada tanda-tanda(kekuasaan. Allah maha mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan”. kebijaksanaan. Sewajarnya usaha pengkajian dan penyelidikan (tadabbur) dijadikan matlamat keilmuan supaya asas pembangunan intelek. Amat disedari umat Islam ketinggalan dalam penguasaan sains dan teknologi pada masa kini. Dalam mana-mana sejarah masyarakat yang maju dan bertamadun ianya tidak akan berlaku tanpa menjadikan ilmu sebagai sumbernya. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah a-li ‘Imraan : 190 Maksudnya : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi. Tamadun Baghdad dan Tamadun Andalusia menjadi contoh nyata bagaimana ilmu yang integratif mampu menyumbang ke arah pembangunan tamadun Barat dan Timur. rohani dan jasmani dapat berlaku secara seimbang.

Pembekalan kepada makanan asasi rakyat. dan carilah apa-apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah. supaya kamu berjaya(di dunia dan akhirat)”. . Melalui kemajuan bidang sains bioteknologi.yang menggabungkan kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan diperingkat antarabangsa. Dalam suasana ekonomi dunia yang sangat mencabar dan tidak menentu. pihak kerajaan dan sektor swasta perlu samasama berperanan secara bersepadu. Dalam rangka yang sama pendekatan Islam Hadhari akan terus berusaha untuk meningkat kecekapan sistem penyampaian sektor awam dan prestasi sektor swasta. mencapai guna tenaga penuh. Ini sudah pun diberi penekanan dalam konsep pensyarikatan Malaysia. negara akan berusaha untuk memaju sektor pertanian dengan teknologi tersebut. Walaupun sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang secara besar-besaran kepada pertumbuhan ekonomi negara. kestabilan paras harga dan pertumbuhan ekonomi yang mapan. demi keselamatan negara. maka bertebaranlah kamu dimuka bumi(untuk menjalankan urusan masing-masing). Jelas sekali bahawa pendekatan Islam Hadhari adalah suatu pendekatan yang komprehensif di mana pencapaian pembangunan ekonomi negara mampu menjana kepada wujudnya sebuah masyarakat yang bertamadun dan progresif. Ini bertepatan dengan firman Allah S. Melalui strategi tersebut negara mampu mengembeling kesemua tenaga rakyat semoga mereka dapat berprestasi di peringkat optimum. Bahkan strategi tersebut menepati aspirasi Islam Hadhari. perancangan dan dasar ekonomi yang digubal perlu sensitif kepada perkembangan tersebut. Melalui strategi pembasmian kemiskinan. Untuk menjayakan pendekatan tersebut. sektor pertanian akan turut diberi perhatian yang sewajarnya. Justeru itu mutu sistem pendidikan dan Institusi Latihan Negara perlu sentiasa dipertingkatkan semoga kesemua aspek keperluan tersebut dapat dibekalkan kepada rakyat. keadilan dan kestabilan ekonomi akan dapat dicapai. adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam. Islam Hadhari menuntut setiap masyarakat merebut peluang untuk memaju pencapaian ekonomi mereka.T dalam surah al-Jumu’ah : 10 bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang. serta ingatlah akan Allah banyak-banyak(dalam segala keadaan) . Usaha-usaha untuk memantapkan keadilan dan kestabilan ekonomi di dalam negara akan terus diberi keutamaan.W.

kemudahan persekitaran turut serta diberi perhatian. Ini bertepatan dengan firman Allah S. Islam memberi keutamaan kepada insitusi keluarga. Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan mengikut Islam tidak bersifat statik. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama difikir perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga. Keluarga yang sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan berprestasi. sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”.W. Di samping itu. Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama. menghayati kehidupan yang aman. fizikal dan material. . Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek kerohanian.T dalam al-qur’an surah al-Qasas : 77 Bermaksud: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu(keperluan dan bekalanmu) dari dunia. hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang. dan berbuat baiklah (kepada hambahamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu(dengan pemberian nikmatnikmatnya yang melimpah-limpah). dan janganlah engkau melakukan kerosakan dimuka bumi. Kehidupan Berkualiti KEHIDUPAN BERKUALITI Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan masyarakat secara berkualiti.Prinsip Islam Hadhari : 6. malah usaha untuk meningkat maju dalam kesemua aspek tersebut perlu diusaha dan dijayakan dari masa ke semasa semoga tahap pencapaian setanding dengan masyarakat yang maju di dunia. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti. kemampuan memajukan taraf pendidikan. Bahkan Islam menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Bahkan gejala sosial masyarakat dapat diminimakan jika setiap institusi keluarga dapat berfungsi dengan berkesan.

sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti. kehormatan dan akal. Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Pelembagaan Persekutuan. supaya kamu berkenal-kenalan( dan beramah mesra antara satu sama lain). pendidikan. Rasulullah S. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-undang. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Ia terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang membuat peruntukan mengenai kebebasan asasi (Fundemental Liberties). kita dapati bahawa kualiti hidup masyarakat dari kesemua aspek akan dibangunkan secara bersepadu. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti & Wanita PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu diberikan kepada setiap individu tanpa diskriminasi. harta. lagi mendalam pengetahuanNya(akan keadaan dan amalan kamu)”. agama.Dari pendekatan Islam Hadhari.(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Hujuraat : 13. sosial. dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak. Jaminan tersebut meliputi nyawa. agama dan politik. Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu.A. Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina.W telah juga menyebut dengan jelas tentang wanita sejak mula hingga keakhir hayat baginda dengan peringatan khusus semasa mengerjakan Haji Wida’(Haji perpisahan) dengan sabdanya yang telah diriwayatkan oleh muslim.maksudnya : . bermaksud “Wahai Umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan. Mereka boleh menyertai dalam pentadbiran negara aktiviti ekonomi. Mereka berhak untuk turut sama dalam pembangunan negara dan menikmati apa jua yang dinikmati oleh kaumkaum lain. Prinsip Islam Hadhari : 7. Isu mengenai hak-hak wanita telah diberi perhatian yang khusus oleh kerajaan dalam menggubal dasar negara seperti termaktub dalam Dasar Wanita Negara. Dalam Islam ia terkandung dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki.

beberapa teriti dan kemanusiaan lain. amanah dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum. bahkan dalam beberapa perkara diberikan perlindungan dan jaminan melalui undang-undang negara. Sekiranya mereka melakukan sedemikian. Kerajaan juga telah menerima deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDHR). bangsa. Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil. keturunan dan fahaman agama. maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada . Kebebasan beragama diberikan bagi menjamin penghayatan dalam pembangunan negara dan perkhidmatan. Mereka diberikan hak sehingga menjawat jawatan menteri dan pegawai kanan kerajaan. Bagi menjamin hak-hak tersebut dihormati dan tidak dicabuli. Dalam beberapa penulisan barat menimbulkan isu bahawa Islam tidak memberi perhatian dan kedudukan wajar kepada bukan Islam dan wanita. Hak-hak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila timbul pertikaian ia boleh diselesaikan oleh mahkamah atau badan seumpamanya. Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan sampai ke hari ini menunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak dinafikan hak-hak mereka. terdapat badan-badan yang mengawasi termasuk mahkamah-mahkamah diberi kuasa dan bebas untuk membicarakan isu menyalahi hak-hak apabila berlaku pertikaian. Di negara kita seperti juga di kebanyakan negara-negara lain bagi menjamin hak-hak seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan. Manakala bagi mereka(wanita) keatas kamu(lelaki)pula ialah memberikan mereka rezeki (makanan) dan perhiasan/pakaian dengan cara yang baik. Ada undang-undang yang menjamin hak-hak mereka dan kesatuan yang menguruskannya. tidak memandang rendah mana-mana golongan. Mereka boleh terlibat dalam semua sektor pekerjaan dan perkhidmatan yang tidak menyalahi undang-undang negara dan penyertaan dalam pembangunan negara. Bahkan dalam beberapa aspek kedudukan wanita di negara ini jauh lebih baik berbanding di sesetengah negara Islam. Dan telah aku tinggalkan kepada kamu suatu yang tidak akan menyesatkan kamu selepasnya sekiranya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah(al-qur’an)”. Dalam sejarah pemerintahan Islam orang bukan Islam diberi kedudukan dalam pemerintahan. Sejarah membuktikan orang bukan Islam begitu senang berada di bawah pemerintahan Islam kerana hak-hak mereka terjamin dan kerajaan berlaku adil ke atas mereka. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’: 58. saksama. Keadaan yang sama dapat disaksikan berlaku di negara kita. termasuk mengenai wanita. hak-hak mereka tidak dinafikan. Sebenarnya hak-hak asasi sepatutnya diperjelaskan meliputi golongan bukan Islam dan semua kaum serta jantina. ajarlah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).“Maka bertaqwalah kamu kepada Allah terhadap wanita kerana sesungguhnya kamu mengambil mereka adalah kerana Allah dan Allah menghalalkan kepada kamu mencampuri mereka dengan ijab Kabul yang sah sesuai dengan aturan Allah dan hak suami terhadap isterinya ialah agar mereka tidak membiarkan orang luar yang dibenci oleh suaminya berkunjung kerumahnya.

(Allah menyuruh)maku menghukum dengan adil. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Mukminin: 1-2 maksudnya: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar. lagi sentiasa melihat”. Ia juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani. kepelbagaian budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan. Namun. Aspek kesenian dalam memperkasakan budaya harus seiring dengan nilai-nilai murni yang berasaskan keluhuran dan kreativiti yang menyumbang ke arah kebudayaan tinggi (high culture). Iaitu mereka yang khusyu’ dalam sembahyangnya”. Dalam rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia. Dari perspektif tamadun dan agama Islam.ahlinya(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hokum diantara manusia. Dengan demikian kemajuan ekonomi dan teknologi Malaysia akan berjalan selari dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum. keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. . Matlamat ini tidak akan dapat dicapai selagi kemajuan kebendaan diasingkan daripada nilai-nilai moral. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. murni dan luhur. Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008 Prinsip Islam Hadhari : 8. Keutuhan Budaya & Moral KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL Satu daripada perinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara tersebut. gejala keruntuhan akhlak. merupakan suatu cabaran besar kepada pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari. kemajuan ekonomi dan ilmu sesuatu bangsa harus dijiwai oleh budaya moral dan etika yang luhur. kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu dalam masyarakat Malaysia semasa. Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun dan Empayar Romawi yang begitu hebat telah runtuh dan ditelan zaman akibat daripada kepincangan moral yang parah dalam masyarakat dan negara. etika dan kerohanian yang luhur.

Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama. pencemaran udara. Natijahnya. Dalam proses pembangunan. Di peringkat antarabangsa beberapa deklarasi mengenai alam sekitar telah pun dilaksanakan oleh UNDP untuk memastikan pembangunan yang lestari. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. ribut taufan. banjir kilat. habitat dan sebagainya semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan oleh aktiviti manusia. manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengekploitasi alam tabii secara berlebihan dengan menggunakan sains dan teknologi. Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya disamping berusaha untuk terus maju. pemanasan global. kepupusan tanaman. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. air dan darat. keseimbangan alam semula jadi tidak dapat dikekalkan. Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii.Prinsip Islam Hadhari : 9. membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pemeliharaan Alam Semula Jadi PEMELIHARAAN ALAM SEMULAJADI Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia. tetapi juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. bertanggungjawab dengan alam. Malaysia sendiri telah mengadakan Deklarasi Langkawi untuk memastikan pembangunan negara secara lestari dan mesra alam. Peristiwa tanah runtuh. Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008 . hujan asid. Deklarasi Reo De Janerio (1993) dan Protokol Kyoto (1997) merupakan antara dua deklarasi di mana Malaysia turut menandatanganinya.

Untuk itu mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan yang terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara dan bukan untuk menyerang dan menguasai bangsa dan negara lain. Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan negara dari dicerobohi. Dan apa yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasanya kepada kamu. malah ia merangkumi kekuatan diri. Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan. bangsa dan negara. untuk mengerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahui nya. keamanan dan keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan dilakukan secara berterusan. fizikal dan spritual.Prinsip Islam Hadhari : 10. Negara perlu diperlengkapkan dengan rancangan serta program jangka panjang untuk menyemai rasa hak dan tanggungjawab membela kemuliaan maruah diri. Di pos oleh Arbain Muhayat pada 20 December 2008 . Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Anfal: 60 maksudnya: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia. Pendekatan Islam Hadhari akan berusaha memperkasakan umat supaya mereka berupaya menghadapi cabaran dunia semasa. sedang Allah mengetahuinya. Perubahan suasana politik dunia global masa kini dan tekanan serta penghinaan yang dihadapi oleh sebahagian umat manusia menuntut kita menguasai kekuatan ketenteraan dan keupayaan mempertahankan diri.dan kamu tidak akan dianiayai”. Kekuatan Pertahanan KEKUATAN PERTAHANAN Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->