You are on page 1of 19

SYARAT-SYARAT & PERATURAN PERBAHASAN

GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


KATEGORI BAHASA MALAYSIA ALA PARLIMEN

1. NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala


Parlimen Guru-Guru Sekolah Malaysia.

2. FORMAT

2.1 Satu pasukan bahas yang mewakili negeri adalah dianggotai


oleh 3 orang pembahas utama dan 2 pembahas simpanan.

2.2 Pasukan pencadang yang dikenali sebagai pasukan kerajaan


akan bertanding dengan pasukan pembangkang.

2.3 Peruntukan masa dan giliran bercakap bagi kedua-dua pasukan


ialah seperti berikut:

KERAJAAN PEMBANGKANG MASA


1 Perdana Menteri 2 Ketua 8 minit
Pembangkang
3 Menteri Kedua 4 Pembangkang 8 minit
Kedua
5 Menteri Ketiga 6 Pembangkang 8 minit
Ketiga
8 Ucapan 7 Ucapan 4 minit
Menggulung Menggulung Ketua
Perdana Menteri Pembangkang
/Menteri Kedua /Pembangkang
Kedua

2.4 Pembahas ketiga dari kedua-dua pasukan tidak mengutarakan


hujah-hujah yang baru. Tugas mereka adalah untuk membidas
pasukan lawan dan memperkukuhkan kes pasukan masing-
masing.

2.5 Semasa satu pihak berucap, ahli pasukan lawan boleh


membuat ‘Izin Laluan’. Pembahas ini boleh menerima atau
menolak izin laluan daripada pihak lawan.

2.6 Selepas kesemua pembahas berucap, pembahas pertama atau


pembahas kedua dari kedua-dua pasukan akan memberi
ucapan penggulungan dimulai dengan pasukan pembangkang
dan diikuti oleh pasukan kerajaan.
3. KELAYAKAN

3.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua Pegawai


Perkhidmatan Pelajaran di Malaysia.

3.2 Setiap negeri diwajibkan menghantar satu pasukan untuk


pertandingan tersebut.

3.3 Peserta Bahas mestilah terdiri dari pelbagai bangsa atau kaum.
Ketiga-tiga pembahas tidak boleh terdiri dari satu bangsa atau
kaum.

3.4 Bagi peserta yan telah memenangi johan peringkat kebangsaan


tahun 2007 tidak boleh mewakili negeri pada tahun 2008.

4. PENGHAKIMAN

4.1 Semua pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri
daripada 3 atau 5 orang ahli.

4.2 Para hakim perlu diberikan taklimat penghakiman selewat-


lewatnya 30 minit sekurang-kurangnya sebelum perbahasan
bermula.

4.3 Kemenangan diberikan kepada pasukan bahas yang mendapat


undi majoriti daripada panel hakim. Kemenangan tidak
diperolehi dengan cara pengiraan jumlah markah keseluruhan.

4.4 Selepas selesai perbahasan, para hakim akan menyerahkan


borang pemarkahan kepada Ketua Hakim. Para hakim tidak
dibenarkan berbincang untuk memilih pasukan yang menang.

4.5 Para hakim walau bagaimanapun dikehendaki membincang dan


memilih pembahas terbaik. Para hakim boleh merujuk kepada
kertas catatan hakim untuk membuat pemilihan. Dalam
penentuan pembahas terbaik, ucapan penggulungan tidak
diambilkira.

4.6 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan


menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang. Penggunaan
ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah
dilarang sama sekali. Jika berlaku penalty penolakan markah
akan dikenakan kepada pasukan yang terlibat dan peserta
berkenaan sebanyak 5 markah.

5. TATACARA

5.1 Pengendalian Perbahasan


5.1.1 Tajuk perbahasan akan diberi oleh Urus Setia Pusat
kepada pasukan yang bertanding di peringkat zon dan
kebangsaan SATU minggu sebelum bermulanya
pertandingan. Tajuk perbahasan bagi pertandingan
peringkat daerah dan negeri akan diuruskan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri masing-masing.

5.1.2 Cabutan undi akan dijalankan di bilik Urus Setia untuk


menentukan pihak kerajaan dan pembangkang 1 jam
sebelum pertandingan. Kedua-dua pasukan perlu hadir
15 minit sebelum cabutan undi.

5.1.3 Setelah mengetahui kedudukan mereka, pasukan-


pasukan yang terlibat akan dikuarantinkan di bilik
persediaan masing-masing sehingga perbahasan
bermula.

5.1.4 Cuma pembahas di dalam pasukan itu (3 pendebat


utama dan 2 orang simpanan) dibenarkan berada di
dalam bilik persediaan. Pihak lain seperti
penasihat/jurulatih/penyokong adalah dilarang berada di
bilik persediaan semasa pasukan dikuarantinkan.

5.1.5 Pasukan hanya boleh menggunakan bahan bercetak


sahaja sebagai bahan rujukan semasa kuarantin
persediaan. Alat-alat elektronik tidak dibenarkan dibawa
masuk ke dalam bilik persediaan.

5.1.6 Pasukan bahas dikehendaki berada di bilik perdebatan 5


minit sebelum perbahasan bermula supaya pertandingan
dapat berjalan dengan lancar. Pasukan yang didapati
melanggar peraturan ini akan dibatalkan penyertannya.

5.2 Peranan Yang Arif Tuan Speaker/Yang Dipertua Dewan

5.2.1 Pertandingan bahas ini akan dipengerusikan oleh Yang


Arif Tuan Speaker dan dibantu oleh dua orang penjaga
masa. Beliau mempastikan bahawa pertandingan bahas
berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan
daripada pihak yang bertanding ataupun daripada
penonton.

5.2.2 Tuan Speaker akan membacakan ringkasan peraturan


perbahasan dan memperkenalkan penjaga masa, panel
hakim dan pembahas-pembahas.

5.2.3 Tuan Speaker tidak dibenarkan membuat komen tentang


tajuk perbahasan ataupun pembahas-pembahas yang
bertanding.
5.2.4 Tuan Speaker akan memastikan hakim telah bersedia
sebelum menjemput pembahas untuk berucap.

5.3 Peranan Penjaga Masa

5.3.1 Penjaga masa hendaklah mempastikan bahawa 8 minit


diperuntukkan bagi ucapan setiap pembahas dan 4 minit
untuk ucapan menggulung. Masa akan diambil kira dari
permulaan pembahas berucap.

5.3.2 Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada


akhir minit pertama dan akhir minit ketujuh untuk
menandakan bahawa ruang terbuka kepada pasukan
lawan membuat “Izin Laluan”. Loceng akan dibunyikan
dua kali pada minit kelapan sebagai tanda bahawa masa
untuk pembahas berucap telah tamat.

5.3.3 Bagi ucapan menggulung penjaga masa hendaklah


memastikan bahawa kedua-dua pasukan diberi masa 3
minit sebagai masa persediaan sebelum pasukan-
pasukan tersebut membuat penggulungan.

5.3.4 Pada minit ketiga masa penggulungan, penjaga masa


akan membunyikan loceng amaran dan pada minit
keempat loceng akan dibunyikan dua kali menandakan
masa untuk pembahas telah tamat.

6. IZIN LALUAN

6.1 Semasa seseorang pembahas sedang berucap pihak lawan


dibenarkan memohon membuat izin laluan. Izin laluan ialah
celahan formal yang ditujukan kepada pembahas yang sedang
berucap. Izin laluan boleh dilakukan dalam bentuk:

 Soalan;
 Kenyataan;
 Fakta;
 Ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang
diutarakan oleh pembahas.

6.2 Tujuan utama Izin laluan adalah untuk memberi atau meminta
maklumat mengenai sesuatu isi yang sedang diucapkan. Pihak
lawan boleh membetulkan fakta yang dianggap telah terpesong.
Izin laluan juga boleh digunakan untuk meminta penjelasan dan
menyoal pihak lawan.

6.3 Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap Izin


laluan. Izin laluan haruslah padat dan bernas.
6.4 Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja
mengganggu pihak lawan kerana terdapat etika yang wajib
dipatuhi. Markah akan dikurangkan jika melanggar etika ini.
Penalti penolakan markah sebanyak 3 markah maksima akan
dikenakan kepada individu tersebut.

6.5 Etika Izin laluan

6.5.1 Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon Izin laluan di


antara minit kedua dan minit ketujuh ucapan pembahas.
Izin laluan tidak boleh dilakukan pada minit pertama dan
minit terakhir semasa pembahas sedang berucap.
Loceng akan dibunyikan untuk menandakan permulaan
dan penutup masa yang ditetapkan untuk Izin laluan.

6.5.2 Tiada terdapat Izin laluan semasa ucapan penggulungan.

6.5.3 Isyarat-isyarat yang hormat seperti mengangkat tangan


atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa
memohon Izin laluan. Perlakuan yang kasar dan biadap
seperti menepuk-nepuk meja atau tangan, memetik jari,
melambai-lambai, bersiul, menjerit dan apa-apa sahaja
yang sengaja dilakukan untuk mengganggu pihak lawan
akan menerima pemotongan markah. Penalti penolakan
markah sebanyak 3 markah maksima akan dikenakan
kepada pasukan tersebut.

6.5.4 Kata-kata yang diucapkan semasa Izin laluan hendaklah


halus dan berbudi bahasa serta mencerminkan
tatasusila, adab dan budaya yang tinggi. Menjerit,
marah-marah dan mengejek pihak lawan adalah dilarang.
Penalti penolakan markah sebanyak 3 markah maksima
kan dikenakan kepada individu tersebut.

6.5.5 Izin Laluan dIpohon dengan seseorang pembahas berdiri


dan menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang sedang
berucap tidak dimestikan menerima setiap Izin Laluan
yang ditujukan kepadanya.

Beliau boleh:
 Meminta pihak lawannya untuk duduk;
 Menghabiskan ayatnya dan menerima Izin Laluan
tersebut;
 Menerima Izin laluan tersebut ketika itu.

6.6 Memohon dan Menerima Izin Laluan


6.6.1 Sepanjang perbahasan seseorang pembahas
DIWAJIBKAN memohon sekurang-kurangnya 2 kali Izin
laluan. Pembahas ini juga mesti menerima paling kurang
2 kali Izin laluan yang ditujukan kepadanya.
6.6.2 Pembahas yang memohon Izin laluan kurang daripada 2
kali akan kehilangan sedikit markah isi dan strategi.

 Isi kerana gagal mengambil peluang keemasan;


 Strategi kerana tidak memenuhi peranan sebagai
pembahas.

6.6.3 Pembahas yang tidak menjawab atau menerima Izin


laluan daripada pihak lawan juga kehilangan sedikit
markah Isi dan Strategi.

 Isi kerana tidak memberi peluang kepada pihak


lawan;
 Strategi kerana tidak menjalankan peranan sebagai
pembahas dan takut menghadapi cabaran.

6.6.4 Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu
berdebat secara spontan ataupun terikat kepada teks
ucapan melihat daripada penglibatannya dalam Izin
laluan.
GARIS PANDUAN
PERANAN PEMBAHAS ALA PARLIMEN

NO PASUKAN KERAJAAN ANGGARAN NO PASUKAN PEMBANGKANG ANGGARAN


% MINIT % MINIT
1 PERDANA MENTERI 2 KETUA PEMBANGKANG
1 Definisi/penakrifan tajuk 10 1 1 Setuju/terima/tolak definisi 10 1

2 Nyatakan pendirian/ tegasan 10 1 2 Bidas pendirian & hujah pencadang 25 2


pencadang pertama

3 Nyatakan strategi & peranan 5 1 3 Nyatakan pendirian pembangkang 10 1


pembahas pertama, kedua & ketiga

4 Mulakan hujah & beri huraian 60 3 4 Nyatakan strategi & peranan 5 ½


menyokong kes pencadang pembangkang kedua & ketiga

5 Pertegaskan kes 5 1 5 Nyatakan hujah berdasarkan 35 2


pendirian/tegasan pihak
pembangkang

6. Izin laluan 10 1 6 Pertegaskan kes pembangkang 5 1/2

7 Izin laluan 10 1

3 MENTERI KEDUA 4 PEMBANGKANG KEDUA


1. Terima/tolak takrif. Beri tegasan 10 1 1 Bidas tegasan & hujah pencadang 40 3
semula (jika takrif pembangkang kedua
tidak disentuh bermakna ia telah
diterima)

2 Bidas tegasan & hujah pembangkang 40 3 2 Bidas hujah pencadang pertama 30 2


pertama

3 Nyatakan hujah kedua & ketiga untuk 40 3 3 Nyatakan hujah pihak 20 2


menguatkan kes pembangkang

4 Izin laluan 10 1 4 Izin laluan 10 1

5 MENTERI KETIGA 6 PEMBANGKANG KETIGA


1 Bidas hujah-hujah pembangkang 40 3 1 Bidang hujah-hujah pencadang 40 3
kedua ketiga

2 Bidas hujah-hujah pembangkang 30 2 2 Bidas hujah-hujah pencadang 30 2


pertama kedua

3 Perkukuh kes pencadang 20 2 3 Bidas hujah-hujah pencadang 10 1


pertama

4 Izin laluan 10 1 4 Perkukuh kes pembangkang 10 1

5 Izin laluan 10 1

3 MINIT MASA PERSEDIAAN


8 UCAPAN PENGGULUNGAN 7 UCAPAN PENGGULUNGAN
1 Bidas kes pembangkang 50 2 1 Bidas kes pencadang 50 2

2 Menggulung & tegasan penutup kes 50 2 2 Menggulung & tegasan penutup kes 50 2
pencadang’ pembangkang

Nota:
1. Anggaran peratus dan minit merujuk kepda keutamaan dan masa seseorang pembahas patut tumpu terhadap
peranannya. Lambang peratus tidak merujuk kepada markah yang patut diberi untuk setiap kategori.

2. Markah diberi berdasarkan persembahan seseorang pembahas dengan merujuk kepada kriteria seperti gaya,
isi, strategi dan bahasa. (sila rujuk SISTEM PEMARKAHAN)

3. Perdana Menteri & Ketua Pembangkang – mengutarakan SATU hujah sahaja.


Menteri kedua & Pembangkang kedua – mengutarakan DUA hujah sahaja
Menteri ketiga & pembangkang ketiga – membidas sahaja
Ucapan Penggulungan – Bidas & Rumus sahaja.
BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
GURU-GURU SEKOLAH MALAYSIA
SISTEM PEMARKAHAN

1. UCAP UTAMA (JUMLAH = 100 MARKAH) = 8 MINIT

1.1 Setiap pembahas akan diberi markah mengikut pembahagian berikut:

a. Isi = 30 markah
b. Strategi = 30 markah
c. Gaya = 20 markah
d. Bahasa = 20 markah

Jumlah = 100 markah

1.2 Setiap pembahas diberi 8 minit untuk berucap.

1.3 GARIS PANDUAN/SKALA PEMBERIAN MARKAH (ANGGARAN)

NO MUTU/TAHAP ISI STRATEGI GAYA BAHASA JUMLAH


(30) (30) (20) (20) (100)
1 Cemerlang 26-30 26-30 18-20 18-20 86-100
2 Sangat Baik 21-25 21-25 15-17 15-17 70-85
3 Baik 16-20 16-20 12-14 12-14 56-69
4 Sederhana 11-15 11-15 9-11 9-11 40-55
5 Lemah 6-10 6-10 6-8 6-8 24-39

2. UCAPAN PENGGULUNGAN (JUMLAH = 50 MARKAH) – 4 MINIT

2.1 Markah diberi mengikut pembahagian berikut:

a. Isi = 15 markah
b. Strategi = 15 markah
c. Gaya = 10 markah
d. Bahasa = 10 markah
Jumlah = 50 markah

2.2 Pembahas Pertama atau Kedua akan menyampaikan Ucapan


Penggulungan. Pihak Pembangkang akan memulakan Ucapan
Penggulungan dan diikuti oleh pihak Kerajaan.

2.3 Setiap pembahas diberi masa 4 minit untuk berucap

2.4 GARIS PANDUAN/SKALA PEMBERIAN MARKAH

NO MUTU/TAHAP ISI STRATEGI GAYA BAHASA JUMLAH


(15) (15) (10) (10) (50)
1 Cemerlang 14-15 14-15 9.10 9.10 45-50
2 Sangat Baik 12-13 12-13 7-8 7-8 36-44
3 Baik 10-11 10-11 5-6 5-6 30-35
4 Sederhana 8-9 8-9 4 4 24-29
5 Lemah 6-7 6-7 3 3 18-23
BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
GURU-GURU SEKOLAH MALAYSIA
CATATAN HAKIM

PERDANA KETUA MENTERI PEMBANGKANG MENTERI PEMBANGKANG


MENTERI PEMBANGKANG KEDUA KEDUA KETIGA KETIGA
NAMA: NAMA: NAMA: NAMA: NAMA: NAMA:

IL (Memberi) IL (Memberi) IL (Memberi) IL (Memberi) IL (Memberi) IL (Memberi)

IL (Menjawab) IL (Menjawab) IL (Menjawab) IL (Menjawab) IL (Menjawab) IL (Menjawab)

Definisi: Definisi-Setuju/Tolak Definisi-Setuju/Tolak Bidas Menteri Bidas Bidas Menteri


Def. Pembangkang: Def. Semula: Kedua: Pembangkang Ketiga:
Kedua:

Bidas Perdana: Bidas Ketua


Menteri Pembangkang:

Bidas Menteri
Pendirian pasukan: Pendirian Pasukan: Bidas Perdana Bidas Ketua Kedua:
Menteri : Pembangkang

Strategi: Strategi: Hujah 2: Bidas Perdana


Menteri :
Hujah 2:

Hujah 1: Hujah 1: Hujah 3: Hujah 3: Penegasan Kes: Penegasan Kes:

Penegasan Kes: Penegasan Kes:

IL IL IL IL IL IL
BAHAS BAHASA MELAYU
ALA PARLIMEN GURU-GURU SEKOLAH MALAYSIA
CATATAN HAKIM

UCAPAN PENGGULUNGAN
PEMBANGKANG KERAJAAN

BIDASAN: BIDASAN:

RUMUSAN: RUMUSAN:
SULIT
BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
GURU-GURU SEKOLAH MALAYSIA
2008

BORANG KEPUTUSAN

TAJUK PERBAHASAN:
_____________________________________

_____________________________________

PASUKAN PEMENANG: KERAJAAN PEMBANGKANG

* Tanda (X)

NEGERI:
_______________________________________

TANDATANGAN HAKIM: _______________________________________

NAMA HAKIM:
_______________________________________

TARIKH:
_______________________________________

Catatan: Keputusan muktamad perbahasan yang dipersetujui adalah


SULIT dan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak
SULIT
BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
GURU-GURU SEKOLAH MALAYSIA
2008

BORANG KEPUTUSAN

TAJUK PERBAHASAN:
_____________________________________

_____________________________________

PEMBAHAS TERBAIK:
_____________________________________

PASUKAN: KERAJAAN PEMBANGKANG

* Tanda (X)

NEGERI:
_______________________________________

TANDATANGAN HAKIM: _______________________________________

NAMA HAKIM:
_______________________________________

TARIKH:
_______________________________________

Catatan: Keputusan muktamad perbahasan yang dipersetujui adalah


SULIT dan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak
TERTUTUP
BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
GURU-GURU SEKOLAH MALAYSIA 2008

BORANG KEPUTUSAN KESELURUHAN


TAJUK PERBAHASAN: _____________________________________
_____________________________________

PASUKAN PEMENANG: KERAJAAN PEMBANGKANG

* Tanda (X)

NEGERI :_______________________________________

PEMBAHAS TERBAIK :_______________________________________

PASUKAN: KERAJAAN PEMBANGKANG

* Tanda (X)

NEGERI:_______________________________________

HAKIM ORGANISASI TANDATANGAN

1. __________________ __________________ __________________

2. __________________ __________________ __________________

3. __________________ __________________ __________________

4. __________________ __________________ __________________

5. __________________ __________________ __________________

TANDA TANGAN KETUA HAKIM: _________________________________

NAMA KETUA HAKIM :__________________________________

TARIKH :__________________________________

Catatan: Keputusan muktamad perbahasan yang dipersetujui adalah


SULIT dan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak
GARIS PANDUAN PEMBERIAN MARKAH

1.0 Markah diberi kepada setiap pembahas berasaskan aspek-aspek


berikut:

ISI
GAYA
STRATEGI
BAHASA

1.1 ISI

a. Hakim harus menilai isi dari segi hujah yang disampaikan dan
bukannya gaya menyampaikan hujah. Hakim sewajarnya
[harus] menilai ketepatan dan kemantapan hujah tanpa
dipengaruhi oleh kepandaian pembahas berkata-kata.

b. Penilaian terhadap isi juga termasuk dari segi ketepatan dan


kemantapan bidasan. Hakim dinasihati menilai mengikut tahap
kemampuan pembahas iaitu guru-guru sekolah.

c. Tugas hakim adalah untuk menilai kemantapan dan ketepatan


hujah dan bukannya sama ada pasukan lawan boleh membidas
hujah yang diberi. Jikalau hujah kurang mantap dari segi isi,
markah untuk isi adalah kurang walaupun pihak lawan tidak
membidasnya.

d. Jikalau hujah yang diberi adalah lemah dari segi kemantapan


dan ketepatan dan hujah itu tidak dibidas oleh pihak lawan,
justeru itu pihak yang tidak membidas hujah tersebut telah
melakukan kesalahan yang lebih serius berbanding dengan
pihak yang menyampaikan hujah yang lemah itu kerana tidak
mengambil kesempatan membidas hujah yang lemah itu.
Namun begitu bidasan yang diberi harus berdasarkan hujah dan
bukan berdasarkan contoh sebagaimana yang dilakukan oleh
sesetengah pembahas bagi mengelak diri daripada membidas
perkara-perkara yang lebih penting.

e. Hakim harus mengelak diri daripada terpengaruh oleh


kepercayaan, prejudis dan pengetahuan dalam bidang kerjaya
masing-masing. Contohnya, jikalau anda seorang peguam dan
anda ketahui apa yang dikatakan oleh pembahas telah
diumumkan oleh Mahkamah Kehakiman Antarabangsa [MKA]
pada minggu lepas, anda tidak seharusnya mengambil kira
pengetahuan itu melainkan pengumuman MKA itu telah
diketahui umum dengan luasnya.
1.2 GAYA

a. Hakim tidak seharusnya memilih pembahas dengan gaya yang


keterlaluan.

b. Gaya termasuk cara pembahas berhujah, iaitu:

i. Gaya penyampaian
ii. Bahasa badan (‘body language’)

Hakim dinasihati bertoleransi dengan cara penghujahan yang berbeza


antara satu pembahas dengan pembahas yang lain.

c. Penggunaan nota dan kad nota dibenarkan dan pembahas tidak


harus didenda kecuali jika ternyata mereka membaca daripada
nota.

d. Hakim dinasihati bertoleransi tentang gaya bertutur dan


kepantasan menyampaikan hujah dan markah hanya dipotong
jikalau gaya pembahas melampaui batas.

1.3 STRATEGI

a. Strategi memerlukan perhatian yang lebih. Ia meliputi dua


konsep:

i. Struktur dan tempoh masa perhujahan


ii. Sama ada pembahas memahami isu bahas

b. Struktur

Perhujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan, huraian


dan penutup yang jelas. Semasa perhujahan diberi, kata kunci
akan diberi sebagai panduan arah tuju pembahas. Perhujahan
harus bersifat lojik dan menunjukkan kesinambungan. Ini
adalah penting terutamanya semasa pembahas pertama
mewakili kerajaan dan pembahas ketiga bagi pihak
pembangkang menyampaikan hujah mereka. Oleh itu, gaya
menyampaikan hujah merupakan salah satu komponan strategi.

c. Tempoh masa perhujahan adalah penting. Terdapat dua aspek


berkenaan dengan hal ini.

i. Berhujah dalam had masa yang dibenarkan


ii. Memberi tempoh masa yang secukupnya untuk isu
perhujahan.

d. Pembahas sepatutnya memberi keutamaan kepada isu yang


penting dan mengemudiankan yang kurang penting. Secara
umum, adalah lebih baik jikalau pembahas menyatakan
bidasannya sebelum menyatakan isu/hujah. Ini kerana, adalah
lebih lojik untuk menafikan pendirian pihak lawan sebelum
menegak pendirian pembahas pula.

e. Oleh itu hakim tidak harus menghakimi ketepatan dan


kemantapan perhujahan sahaja tetapi juga harus mengambip
kira ketepatan masa dan keutamaan isu.

f. Pemahaman tentang isu

Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam perbahasan.


Adalah membazir masa jikalau persoalan yang penting tidak
dibidas. Dalam keadaan yang mana pembahas tidak
memahami isu penting dalam perbahasan itu, ini bermakna
pembahas itu tidak akan mendapat markah yang tinggi dalam
bahagian Strategi. Sebaliknya, pembahas yang memahami isu
yang diperbahaskan dan dapat membidas dengan baik akan
mendapat markah yang tinggi dalam bahagian Strategi.

g. Hakim mesti memahami perbezaan antara Strategi dan Isi.


Bayangkan dalam satu situasi yang mana seorang pembahas
cuba membidas suatu isu yang penting tetapi tidak membidas
dengan baik, ini bermakna pembahas itu akan mendapat
markah yang rendah bagi isi kerana bidasannya lemah. Akan
tetapi, pembahas itu akan mendapat markah agak baik untuk
Strategi kerana dapat membidas hujah yang sepatutnya.

1.4 BAHASA

a. Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah:

i. gaya bahasa
ii. struktur ayat
iii. tatabahasa

b. Ini juga termasuk:

i. sebutan [baku]
ii. kelancaran
iii. nada
iv. intonasi

Penggunaan bahasa baku diwajibkan. Oleh itu, hakim perlu


memastikan bahawa pembahas berhujah dengan menggunakan
sebutan baku serta struktur tatabahasa yang betul.

c. Sebaliknya, gaya bahasa yang menarik seperti penggunaan


kiasan, peribahasa dan sebagainya yang tepat mengikut situasi,
sewajarnya diberi markah tinggi dalam bahagian Bahasa.
1.5 BIDASAN

a. Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan contoh.


Misalnya, pembahas bagi pihak kerajaan telah memberi contoh
yang lemah tetapi hujahnya tepat dan mantap. Pihak
pembangkang sepatutnya membidas hujah dan bukan contoh
kerana hujah adalah lebih penting daripada contoh.

b. Selain itu, pembahas mungkin memberi beberapa contoh bagi


menerangkan hujah yang sama. Oleh itu, jika pembahas
daripada pihak lawan dapat memberi satu bidasan untuk
menumbangkan kesemua contoh yang diberi maka ia tidak
perlu membidas setiap contoh.

1.6 PENGGULUNGAN

a. Penggulungan merupakan rumusan tentang pendirian


pembahas mengenai isu bahas yang diperdebatkan. Oleh itu,
pembahas sepatutnya hanya menyatakan isu-isu pasukan
masing-masing dalam perbahasan tersebut.

b. Dalam penggulungan pembahas tidak digalakkan memberi


fokus kepada perkara yang remeh-temeh atau contoh-contoh.
Pembahas seharusnya menitik beratkan isu-isu utama yang
boleh menyokong pendirian mereka dan seterusnya
menggoyahkan pendirian pihak lawan. Sebagai contoh jikalau
pembahas memberi fokus kepada contoh dalam penggulungan,
ini bermakna pembahas itu mungkin tidak memahami isu
perbahasan yang diperdebatkan atau mungkin tidak memahami
teknik perbahasan yang berkesan.

1.7 IZIN LALUAN

a. Izin laluan boleh dipakukan oleh pihak lawan sepanjang


seseorang pembahas menyatakan hujahnya. Pembahas itu
boleh menerima atau menolak izin laluan itu. Jikalau izin laluan
itu diterima, pihak lawan itu boleh membetulkan maklumat
pembahas itu atau menanyakan soalan tentang isu yang
diutarakan dalam perbahasan itu, khususnya yang baru
diutarakan oleh pembahas.

b. Dengan adanya izin laluan, ini bermakna setiap pembahas akan


mengambil bahagian dari awal hingga akhir perbahasan
dijalankan dan bukan hanya ketika menyatakan hujah masing-
masing.

c. Pembahas seharusnya memainkan peranan memberi


pandangannya. Walaupun pandangannya mungkin tidak
diterima, tetapi sekurang-kurangnya, ini menunjukkan
pembahas itu ada mengambil bahagian atau cuba melibatkan
diri dalam perbahasan itu. Malah, pembahas yang tidak
memberi/menerima izin laluan akan mendapat markah yang
kurang dalam bahagian Isi dan Strategi.
BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
GURU-GURU MALAYSIA
KEDUDUKAN PEMBAHAS
PELAN KEDUDUKAN PEMBAHAS BAHAS ALA PARLIMEN

KEDUDUKAN PEMBAHAS BAHAS FORMAT LAMA TUAN SPEAKER

PENGERUSI PENJAGA MASA * *

PANEL HAKIM

PANEL HAKIM
PENONTON

PENONTON NOTA:
Pembahas-pembahas dari kedua-dua pasukan MESTI
meninggalkan tempat duduk mereka dan berdiri di sudut yang
bertanda (*) seperti tertera di dalam pelan di atas bila tiba giliran
untuk berucap.

You might also like