You are on page 1of 14

bin Ibrahim

 Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat : sayang-


menyayangi ; sayang bermaksud mengasihi, mencintai,
kasihan , berasa belas, kasih dan juga cinta. Menyayangi
bermaksud berasa sayang akan, mengasihi, mencintai.
 Dengan itu perkataan sayang-menyayangi boleh
dijelaskan sebagai perasaan kasih-mengasihi, cinta-
mencintai atau pun perasaan belas kasihan akan
seseorang kepada seorang yang lain.
 Kemesraan ; mesra bermaksud erat atau karib benar
( bersahabat, berkasih –sayang), bermesra ertinya
bersahabat dengan mesra, berbaik-baik , beramah mesra;
bermesraan ialah bergaul atau bersahabat dengan ramah
mesra antara satu sama lain dan kemesraan ialah perihal
mesra.
 Budaya penyayang merangkumi dua aspek :
1. Bersifat penyayang terhadap orang lain
2. Menjaga kebajikan dan kepentingan orang
lain sebagai pengukuhan kepada sifat
penyayang tersebut.
 Dalam konteks sekolah, semua warga
sekolah dikehendaki bersifat penyayang,
termasuk pihak pentadbir, staf akademik,
murid-murid, staf sokongan dan sebagainya.
 Wujudkan “ sekolah penyayang” .
 Sekolah Penyayang membawa maksud
sesebuah sekolah yang baik iaitu yang memiliki
budaya suka belajar, tidak kira murid, guru atau
pentadbir,
 memiliki kualiti hubungan kemanusiaan yang
tinggi antara guru dengan ibu-bapa, guru-
dengan guru, guru dengan murid dan guru
dengan pentadbir suasana persekitaran sekolah
yang indah, mesra dan tenang( Duke Amiene
Rev, Australia, Harian Metro, 21 April 2007).
 Sekolah yang baik memiliki kualiti hubungan kemanusiaan
yang tinggi. Hubungan antara guru dengan ibu bapa, guru
dengan guru, guru dengan murid, guru dengan pentadbir.
 Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid bekerjasama untuk
mewujudkan suasana persekolahan yang memiliki budaya
bermotifkan pembangunan insan yang sempurna dari segi
rohani, jasmani, intelektual dan emosi.
 Pihak sekolah dan ibu bapa sentiasa berhubung antara satu
sama lain, berkaitan soal anak-anak mereka. Tidak berahsia
atau berdiam diri dalam hal-hal tertentu, terutamanya soal
akademik dan tingkah laku anak-anak.
 Kepuasan keja guru
- Sekolah merancang dan melaksanakan
program bagi mengurangkan tekanan guru,
memupuk kebolehan masing-masing dan
meningkatkan sokongan sosial .
- Program ini boleh berbentuk kursus,
ceramah, bengkel dan sebagainya.
 Bantuan dan sokongan untuk murid-murid
yang mengalami masalah berkawan.
- Dlm kebanyakan kes, murid-murid ini bersifat
pemalu serta mempunyai kemahiran sosial
yang lemah.
- Sebagai penyelesaian golongan seperti ini
haruslah diberi latihan dalam kemahiran
sosial yg mereka dapat berhubung secara
positif dengan orang lain.
 GURU PENYAYANG
 Prihatin, berminat, bertimbang rasa,
menjaga,
 memikir dan memberi perhatian terhadap
 permintaan, pandangan, kebajikan,
keperluan dan kebahagiaan murid-muridnya.
 Menyukai dan menyayangi kanak-kanak.
 Berminat mengajar, berdedikasi dan
melaksanakan aktiviti P & P dengan
bersungguh- sungguh.
- Mempunyai sifat dan kualiti seperti berikut:
 Bersopan santun
 Menghormati pandangan murid
 Peramah
 Rendah hati
 Jujur
 Semangat berbakti
 Prihatin
 Penyebar ilmu kemasyarakatan.
 Pembentuk sahsiah sesuai dengan norma
dan nilai masyarakat.
 Pembentuk masyarakat penyayang.
 Menjadi role model kepada murid dan
masyarakat.
 Penghubung di antara guru, ibu bapa,
pegawai kerajaan dengan masyarakat dan
penyumbang kepada masyarakat.
 Melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan.
 Mendekatkan sekolah dengan masyarakat.
 Menjadikan sekolah sebagai pusat ilmu.
 Memberikan perkhidmatan dalam bidang
yang dikuasai.
 Menjalankan kajian pendidikan dalam
mengatasi masalah murid di dalam bilik
darjah agar dapat meningkatkan mutu
pendidikan
 http://dukeamienerev.blogspot.com/2007/04/
memahami-konsep-sekolah-penyayang-
dan.html
  http://syiffah.blogspot.com/2007/05/konsep-
sekolah-penyayang.html
 http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/
GURU%20DAN%20ALAM
%20PENDIDIKAN.pdf

You might also like