You are on page 1of 21

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2011


HBML 2203
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SOHARTO BIN BAHAREN


NO. MATRIKULASI : 660304136139003
NO. KAD PENGENALAN : 660304 -13-6139
NO. TELEFON : 016-2444673
E-MEL : enddy_11@yahoo.com.my

TUTOR :
DR. HAJI SEMAN BIN SALLEH

PUSAT PEMBELAJARAN :
INSTITUT PERGURUAN BAHASA ANTARABANGSA (IPBA)

1
Sekapur Sireh Seulas Pinang

Syukur ke hadrat Illahi kerana atas kurnia dan kudrat yang diberikan
dapatlah saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Walaupun jangka
masa yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ini terlalu pendek dan
kekangan masa akibat tugas utama yang perlu dipikul, alhamdulillah
akhirnya tugasan ini dapat disiapkan.

Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Haji Seman b Salleh
kerana di atas tunjuk ajar yang diberikan dalam menyiapkan tugasan ini.
Mudah-mudahan dengan sedikit ilmu yang ada dapat kita kongsikan bersama
demi memajukan pendidikan anak bangsa dan juga sebagai menambah ilmu
pengetahuan tentang Pendidikan Bestari yang kita gunakan sekarang.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat, baik secara langsung atau tidak kerana tanpa bantuan
kalian mustahil tugasan ini dapat dijayakan.

Sekian. Terima kasih.

Soharto bin Baharen.


660304-13-6139

2
Isi Kandungan

Sekapur sireh seulas pinang 2

Pendahuluan 4-6

Latar belakang kajian 7-9

Dua Jenis Strategi Pembelajaran Bestari 10-16

Cadangan penambahbaikan 17-19

Kesimpulan 20

Rujukan

3
1.0 Pendahuluan

Bidang pendidikan memberikan impak yang besar ke atas peluang kehidupan manusia
untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti hidup. Pendidikan yang sempurna dan
berkualiti dapat membantu seseorang pelajar membina keyakinan diri untuk berhadapan
dengan dunianya, memberi kuasa kepada pelajar untuk bersuara, mendedahkan potensi,
menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri serta dapat meluaskan pandangan dan
pemikiran pelajar kepada dunia tanpa sempadan. Selain itu, pendidikan juga bertindak
sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin pelajar ke arah sumber-
sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri dan kestabilan hubungan sosial.

Pendidikan yang berkualiti ini adalah satu konsep yang dinamik, berubah dan
berkembang mengikut masa serta berubah dalam konteks sosial, ekonomi dan
persekitaran setempat. Negara Malaysia sedang menuju ke arah sebuah negara maju
menjelang tahun 2020. Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Dr
Mahathir Mohamad, beliau menyatakan bahawa untuk mencapai hasrat Wawasan 2020,
sistem pendidikan negara perlu diubah sesuai dengan peredaran masa dan tuntutan
zaman. Adalah dijangka bahawa pada tahun 2020 nanti, Malaysia mampu mencapai
kemajuan yang seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian serta
kebudayaan.

Sejajar dengan hasrat tersebut, kualiti dan produk yang dihasilkan melalui sistem
pendidikan di Malaysia telah menjadi satu agenda penting serta menjadi teras strategik
dalam Misi Nasional. Di samping itu juga, masyarakat Malaysia dapat menghadapi
cabaran globalisasi dan menjadikan sistem pendidikan bertaraf dunia. Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menyediakan enam teras strategik Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006 hingga 2010. Di antara enam teras tersebut adalah;

i. Membangun Modal Insan;


ii. Merapatkan Jurang Pendidikan;
iii. Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan;

4
iv. Memartabatkan Profesion Keguruan;
v. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan; Dan
vi. Membina Negara Bangsa.

Pelbagai perubahan dan pembaharuan dilaksanakan terutama dalam kurikulum untuk


merealisasikan hasrat tersebut. Melalui teras strategik PIPP yang ke-5 iaitu
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, sebuah program telah dilaksanakan iaitu Program
Pembestarian Sekolah. Di bawah program ini, sebanyak 87 buah sekolah di seluruh
negara telah dijadikan Projek Rintis Sekolah Bestari iaitu bermula dari tahun 1999 hingga
2002. Bermula 2002 hingga 2010, sebanyak 10,000 buah sekolah telah dijadikan Sekolah
Bestari di bawah Program Pembestarian Sekolah dalam Rancangan Malaysia ke-8 dan
ke-9.

Selaras dengan aspirasi negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, maka
sistem pendidikan di negara ini telah melalui beberapa fasa perubahan. Salah satu
daripadanya adalah penubuhan Sekolah Bestari. Sekolah Bestari merupakan sebuah
institusi pembelajaran yang direka semula daripada segi amalan pengajaran dan
pembelajaran dan pengurusan sekolah bagi menyediakan kanak-kanak zaman maklumat.
Amalan pembelajaran di Sekolah Bestari direka semula berasaskan JERIS (Falsafah
Pendidikan), nilai-nilai murni dan kepakaran teknologi maklumat dan ICT serta
memasukkan elemen-elemen seperti kemahiran generik, pendekatan pembelajaran,
strategi pengajaran dan pembelajaran serta gaya pembelajaran dan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran.

Di Sekolah Bestari pengajaran dan pembelajaran adalah berteraskan ICT. Kementerian


Pelajaran Malaysia telah membekalkan peralatan-peralatan seperti komputer riba, LCD,
skrin dan sebagainya ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Makmal komputer juga
dibina di sekolah bagi kemudahan mengakses internet oleh pelajar-pelajar dan guru-guru.
Tenaga kepakaran serta tenaga kerja yang mencukupi juga dihantar ke sekolah-sekolah
bagi membantu melicinkan program Sekolah Bestari. Guru-guru juga diberikan kursus
dan diberi pendedahan tentang penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

5
Sistem pengurusan sekolah juga tidak terkecuali. Pentadbir dan guru-guru perlu
mengamalkan sistem pengurusan yang profesional agar setiap urusan dapat ditadbir
dengan mudah, cepat dan menjimatkan masa. Sistem pentaksiran dan penilaian cara lama
dan berpusat berubah kepada pentaksiran dan penilaian secara holistik.

Dasar utama Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan dengan Sekolah Bestari adalah
untuk memastikan semua pelajar celik ICT tanpa mengira pelajar di luar bandar atau
bandar. Semua inisiatif ICT diselaraskan di bawah Jawatankuasa Maklumat
Pengkomputeran Kementerian dan menilai semula setiap perisian kursus yang telah
dihasilkan. Pihak pentadbir sekolah dan guru-guru juga perlu mengutamakan peranan dan
fungsi ICT dalam pendidikan sebagai mata pelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran
mereka. Pihak pentadbir, guru-guru dan pelajar digalakkan menggunakan ICT bagi
meningkatkan produktiviti, kecemerlangan serta keberkesanan pengurusan. Kementerian
Pelajaran Malaysia juga menggalakkan perkongsian pintar dengan pihak luar sama ada
dari dalam atau luar negara.

6
2.0 Latar belakang kajian
2.1 Tujuan kajian

Dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari, guru-guru telah


menggunakan pelbagai kaedah dan strategi untuk menyampaikan ilmu kepada
murid-muridnya. Keberkesanan strategi pembelajaran yang digunakan dapat
membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang apa yang
disampaikan oleh guru. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sama ada
strategi pembelajaran bestari yang digunakan oleh guru ini benar-benar dapat
memberi kesan atau impak kepada murid-murid dan juga pengajaran guru.

2.2 Objektif kajian

Objektif utama kajian adalah untuk mengkaji keberkesanan strategi pembelajaran bestari
oleh guru kepada murid;

i. Mengenalpasti pelaksanaan strategi pembelajaran kontekstual dan generatif dalam


proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru.
ii. Mengenalpasti tahap penggunaan aktiviti dalam melaksanakan strategi
pembelajaran kontekstual dan generatif.
iii. Mengenalpasti halangan yang dihadapi guru atau pelajar dalam pembelajaran
secara kontekstual dan generatif.

2.3 Tempat dan sampel kajian

Kajian ini telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil, Jalan 3/155A
Bukit Jalil Golf Resort, Kuala Lumpur. Enrolmen murid di sekolah ini ialah
seramai 1197 orang dan bilangan gurunya pula seramai 70 orang termasuk Guru
Besar dan pentadbir. Kajian ini dilaksanakan ke atas murid-murid Tahun 5 dan
beberapa guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu.

7
2.4 Instrumen kajian
2.4.1 Pemerhatian
Kajian ini dijalankan melalui pemerhatian di mana data-data dikumpul bsebagai
bahan bukti dan rujukan tugasan. Permerhatian ini dijalankan selama sebulan
mengikut jadual waktu mengajar guru Bahasa Melayu.

2.4.2 Temu bual


Data juga dikumpul melalui proses temu bual bersama guru-guru dan murid-
murid Tahun Lima (5) yang terlibat secara langsung dalam kajian ini. Proses temu
bual ini dilaksanakan selepas waktu pengajaran dan pembelajaran sama waktu
rehat atau selepas waktu persekolahan.

2.4.3 Kaedah kuantitatif


Kaedah kuantitatif yang berbentuk jadual juga digunakan bagi mendapatkan
laporan keberkesanan strategi yang dipilih sepanjang tempoh pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan.

2.4.4 Soal selidik


Beberapa orang murid Tahun 5 dan guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu
telah diberikan borang soal selidik untuk diisikan oleh mereka. Dapatan daripada
soal selidik dapat digunakan untuk tugasan yang diberikan.

2.5.1 Soalan kajian

a. Apakah tahap kefahaman guru terhadap strategi pembelajaran bestari dalama


mata pelajaran Bahasa Melayu.
b. Adakah guru menggunakan strategi pembelajaran bestari yang dikaji semasa
pengajaran dan pembelajaran?
c. Sejauh manakah keberkesanan strategi pembelajaran bestari yang digunakan itu
terhadap pengajaran guru dan pembelajaran murid?

8
d. Apakah halangan yang dihadapi oleh buru Bahasa Melayu dalam melaksanakan
strategi pembelajaran bestari.

9
3.0 Dua Jenis Strategi Pembelajaran Bestari
3.1 Strategi Kontekstual
3.1.1 Definisi dan Penerangan Strategi Pembelajaran Bestari

Asal perkataan kontekstual  adalah daripada bahasa Latin iaitu con=with +


textum = woven yang membawa maksud mengikut konteks atau dalam konteks.
Konteks pula bermaksud keadaan, situasi dan kejadian. Secara umumnya
pengertian kontekstual bererti yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan
langsung mengikut konteks. Strategi yang dibentuk berasaskan maksud
kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat
pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka dan juga
memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.

Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan strategi pembelajaran


kontekstual menghendaki guru-guru merancang aktiviti pelajaran mengikut
konteks, iaitu isi pembelajaran yang dirancang dan dilaksanakan haruslah
berasaskan kurikulum dan objektif pelajaran yang ditentukan. Pembelajaran
kontekstual merupakan aktiviti pembelajaran yang menggabungjalinkan isi
pembelajaran berasaskan KBSR dengan pengalaman harian pelajar.

Mengikut Teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku


apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara
yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna
dalam konteks dengan membuat hubungkait yang bermakna dan relevan dengan
persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada
kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal,
tempat kerja atau kehidupan seharian.

10
3.1.2 Ciri-ciri Strategi Kontekstual

Melibatkan aktiviti hands-on Pembelajaran bermakna


dan minds-on melalui pengalaman dan
maklumat

Strategi
Kontekstual

Mengaitkan isi pelajaran


Melibatkan interaksi antara
dengan pengalaman harian
pelbagai pihak dengan unsur
individu, masyarakat serta
pengajaran
alam pekerjaan

a) Memproses pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka


minda
Pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau
pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.

pengetahuan sedia ada pengalaman baru

b) Pembelajaran melibatkan interaksi antara pelbagai pihak dengan unsur


pengajaran
Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam
konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.

Konteks pelbagai budaya, fizikal, sosial dan psikologi

11
c) Melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on

Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk


menghasilkan pembelajaran yang berkesan yang melibatkan aktiviti hands-on
dan minds-on.
Kepelbagaian persekitaran Bilik darjah, makmal, tempat kerja,
pembelajaran kehidupan seharian

d) Mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat


serta alam pekerjaan

Belajar di sekolah berkaitan dengan;


 Persekitaran kehidupan ruang
 Persekitaran pengalaman harian individu
 persekitaran alam pekerjaan

3.1.3 Unsur-unsur yang perlu ada dalam pelaksanaan strategi pembelajaran


kontekstual.

Guru boleh menggunakan strategi pembelajaran kontekstual dalam kelas untuk


mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Terdapat beberapa unsur yang perlu
diberi perhatian dan perlu ada dalam pelaksanaan strategi pembelajaran
kontekstual.

a. Motivasi
a.i Pengenalan
a.ii Isu perbincangan
a.iii Alat bantu mengajar

b. Pemahaman
b.i Penerangan konsep dan perbincangan khas
b.ii Melakukan bacaan
b.iii Contoh kajian

12
c. Kemahiran Aplikasi
c.i Aktiviti hands-on
c.ii Penyelesaian masalah

d. Imbasan Kembali dan Penilaian


d.i Ingat kembali fakta utama
d.ii Penilaian kemajuan

Melalui pelaksanaan strategi pembelejaran kontekstual, guru juga boleh


menggunakan kaedah REACT. Berikut adalah ringkasan penjelasan tentang
kaedah REACT.

R menghubungkait pengetahuan baru dengan pengalaman harian

E mengalami supaya murid boleh menemui, meneroka atau merekacipta


sesuatu yang baru.

A mengaplikasikan konsep atau maklumat yang telah dipelajari dalam situasi


lain.

C bekerjasama

T memindahkan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan dan


pengalaman baru.

3.2 Strategi Pembelajaran Genaratif


3.2.1 Definisi dan penerangan mengenai strategi pembelajaran generatif

13
Pengertian Pembelajaran merupakan terjemahan dari Generative Learning (GL).
Osborno dan Wittrock (1995) menyatakan bahawa pembelajaran generatif
merupakan suatu model pembelajaran yang menekankan pada pengintegrasian
secara aktif pengetahuan baru dengan menggunakan pengetahuan yang sudah
dimiliki pelajar sebelumnya. Pelajar akan menguji pengetahuan baru itu dengan
cara menggunakannya dalam menjawab soalan, tugasan atau penyelesaian
masalah. Jika pengetahuan baru itu berhasil menjawab permasalahan yang
dihadapi, maka pengetahuan baru itu akan disimpan dalam memori jangka
panjang. Dalam pembelajaran strategi generatif, pelajar digalakkan untuk menjana
idea-idea baru berasaskan pengalaman sedia ada secara kritis dan kreatif. Strategi
ini juga membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah secara kreatif dengan
menggunakan idea-idea yang asli dan unik melalui beberapa aktiviti
sumbangsaran seperti pemetaan minda, pemikiran lateral dan kreatif.

Proses pembelajaran strategi generatif menggunakan pendekatan konstrukvisme


iaitu proses pembelajaran dengan menjana idea baru berasaskan pengalaman sedia
ada. Selain itu, proses pembelajaran menjurus ke arah pemikiran yang
menggunakan metafora dan analogi di mana pemikiran pelajar diasuh untuk
menyelesaikan sesuatu masalah secara kritis dan kreatif serta melahirkan individu
yang bersifat intuitif dan celik akal dalam melihat sesuatu situasi. Dalam
pembelajaran strategi pembelajaran generatif guru akan bertindak sebagai
fasilitator atau pemudahcara. Guru akan menentukan masalah atau tugasan dan
pelajar diberi pilihan penyelesaian. Sepanjang tempoh itu juga, guru akan
membantu pelajar menjalankan tugasan.

3.2.2 Elemen dan Kaedah Strategi Generatif

14
Terdapat empat elemen dan kaedah strategi untuk diimplementasi dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Mengimbas Kaedah ulangan dan latihan


semula

Mengintegrasi pengetahuan baru


dengan pengetahuan lama melalui
Integrasi teknik memfrasa, meringkaskan serta
membuat analogi
Elemen dan
Kaedah
Strategi Menghubungkaitkan pengetahuan
Generatif lama dan baru dengan cara bermakna
Penyusunan melalui kaedah menganalisis isi-isi
penting, mengkategori serta
menggunakan petapan konsep

Mengembangkan pengetahuan baru


melalui kaedah sumbangsaran,
Pengembangan melukis gambar rajah serta
menyediakan slaid untuk
pembentangan

3.2.3 Aktiviti Pembelajaran Strategi Generatif

15
Guru boleh menggunakan beberapa aktiviti dalam mengaplikasikan strategi
pembelajaran generatif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Di
antara aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam
pembelajaran strategi generatif adalah seperti berikut;

Aktiviti Pembelajaran Strategi Generatif

Menggunakan lakaran grafik untuk menujukkan aliran pemikiran


Pemetaan Minda

Menggunakan analogi dan menghubungkaitkan idea baru dengan


Synectics
pengalaman sendiri atau maklumat yang sedia ada

Menggunakan perumpamaan untuk menyampai atau


Metafora
menghasilkan sesuatu

Mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logik yang


Pemikiran Lateral membebaskan pemikiran daripada belenggu dan kongkongan
idea lama

Meneroka pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang


Pemikiran Kreatif baru, asli, luar biasa dan bernilai samada bersifat maujud, abstrak
atau gagasan

4.0 Cadangan penambahbaikan


4.1 Murid pelbagai kecerdasan

16
Kebanyakan pelajar sekolah rendah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang
dipelajari di sekolah dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka serta
tidak tahu bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Setiap pelajar ini
memiliki pelbagai jenis kecerdasan dan tahap pengetahuan. Bagi pelajar yang
cerdas, mereka dapat mengaitkan maklumat yang diperlukan daripada
pengalaman kehidupan harian mereka atau melalui maklumat yang diperoleh
daripada internet. Bagi pelajar yang lemah, adalah sukar bagi mereka kerana
tahap penguasaan terhadap sesuatu mata pelajaran dan pengetahuan adalah
rendah. Tajuk karangan dan pemahaman perlulah disesuaikan dengan tahap
pengetahuan pelajar. Guru seharusnya menyediakan tajuk yang sesuai dengan
kebolehan murid dan merancang dengan lebih teliti tajuk yang akan diajar.
Penjelasan dan penerangan tentang tajuk perlu lebih jelas dan mudah difahami
murid. Pembelajaran menggunakan strategi kontekstual akan berjaya
dilaksanakan sekiranya setiap pelajar memahami tajuk atau tugasan yang
diberikan serta dapat mengaitkannya dengan kehidupan harian, masyarakat dan
orang-orang yang ada di sekitar mereka.

4.2 Semangat kerjasama dalam kumpulan

Pembelajaran strategi kontekstual dan generatif memerlukan pelajar bekerjasama


dalam satu kumpulan untuk mencari maklumat, menyelesaikan masalah,
berbincang dan sumbangsaran berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Pelajar
perlu bekerjasama untuk mencari maklumat tentang tugasan karangan yang
diberikan oleh guru. Kerjasama antara ahli dalam kumpulan sukar diperolehi
sekiranya terdapat perbezaan sikap dan tahap pengetahuan. Bagi memastikan
perkara ini tidak berlaku, guru seharusnya memberi bimbingan dan bantuan
kepada pelajar untuk bekerjsama secara berkesan dalam kumpulan serta
membantu mereka memahami bagaimana mereka saling mempengaruhi dan
saling berkomunikasi antara satu sama lain. Setiap ahli kumpulan juga seharusnya
saling memahami, bertolak ansur dan bantu membantu agar tugasan yang

17
diberikan dapat disiapkan dengan sempurna. Dengan itu pelajar dapat belajar
secara aktif dalam mengembangkan minatnya dan berkongsi pengalaman dengan
bekerjasama dalam satu kumpulan.

4.3 Tugasan haruslah mencabar minda pelajar

Strategi pembelajaran kontekstual dan generatif juga dapat membantu pelajar


mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri.
Mereka perlu memahami konsep untuk memudahkan mereka mengaitkannya
dengan suasana kehidupan harian mereka. Bagi sesetengah pelajar, mereka boleh
menggunakan tahap berfikir yang lebih tinggi secara kritis dan kreatif. Pelajar
boleh menganalsis, membuat sintetik, menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, dan menggunakan logik dan buki-bukti. Tugasan atau tajuk karangan
yang diberikan kepada pelajar haruslah yang boleh mencabar minda mereka agar
mereka dapat meneroka dengan lebih mendalam tentang sesuatu perkara yang
dikehendaki dalam tugasan dan kaitannya dengan persekitaran mereka.

4.4 Sokongan pihak luar

Matlamat pembelajaran strategi kontekstual adalah untuk menghasilkan pelajar


yang berkualiti. Untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti ia memerlukan
sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Sokongan organisasi dan
masyarakat juga perlu untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran
kontestual. Di antaranya adalah memberi galakan dan sumber untuk membantu
pelajar dan guru bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif. Selain itu, setiap sekolah haruslah dibekalkan dengan komputer dan
kemudahan internet agar setiap pelajar dapat mengakses maklumat yang
diperlukan dalam tugasan. Selain itu, ia juga dapat memberi peluang kepada
pelajar-pelajar miskin menggunakannya kerana ibu bapa mereka tidak mampu
menyediakan kemudahan tersebut di rumah.

18
4.5 Kursus peningkatan profesionalisme guru

Agar kedua-dua strategi pembelajaran bestari ini dapat dilaksanakan dengan baik
dan lancar, kursus untuk guru perlu diadakan. Kursus ini perlu bagi memantapkan
lagi tahap pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Selain itu, guru juga
dapat memikirkan strategi yang paling sesuai untuk murid-murid yang
mempunyai kecerdasan pelbagai. Melalui kursus ini juga, guru dapat
mempelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas.Penggunaan strategi dan kaedah yang sesuai dapat memberi motivasi
kepada murid untuk belajar.

4.6 Kemudahan teks dan bahan sokongan

Guru seharusnya menyediakan teks dan bahan sokongan yang mencukupi untuk
kemudahan murid mencari maklumat. Ini dapat membantu murid menghasilkan
tugasan dengan baik dan menjimatkan masa. Selain itu, ianya dapat memberi
ruang kepada murid menyiapkan tugasan dalam masa yang telah ditetapkan.

4.7 Pengurusan Bilik darjah.

Kewujudan interaksi dua hala di antara guru dengan murid, dan murid dengan
murid dalam bilik darjah adalah penting dan kondusif ke arah peningkatan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Suasana bilik darjah yang kondusif,
ceria dan menarik amat penting agar murid dapat belajar dalam keadaan yang
selesa.

5.0 Kesimpulan

Kaeadah pengajaran bestari meliputi pelbagai kaedah bestari dan terdapat


pelbagai isi utama yang merangkuminya. Pengajaran kontekstual membantu

19
murid menghubung kait kandungan subjek kepada situasi kehidupan sebenar.
Selain itu, ia juga dapat memotivasikan murid untuk membuat pertalian antara
apa yang dipelajari dalam bilik darjah dengan bagaimana ilmu itu digunakan
dalam kehidupan sebagai ahli keluarga dan warganegara. Begitu juga dalam
strategi pembelajaran generatif di mana pelajar dapat membuat penyelesaian
masalah pelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah yang diperkenalkan
seperti pemetaan minda, synectics, metafora dan sebagainya. Penggunaan strategi
pembelajaran bestari yang pelbagai ini juga dapat memberi pilihan kepada guru
untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-muridnya. Murid-murid
juga dapat mengaplikasikan strategi yang digunakan untuk membuat ulangkaji
mata pelajaran dan penyelesaian masalah.

Rujukan

Juriah Long, Raminah hj. Sabran dan Sofiah Hamid, (1990). Perkaedahan pengajaran

20
Bahasa Melaysia, Petaling jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Modul pengajaran dan pembelajaran bestari Bahasa Melayu (1999). Bahagian


Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia

Shahabuddin Hashim, et. Al. (2003), Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan
berkesan. PTS Publication & Distributors.

21

You might also like