You are on page 1of 16

Kaedah Pembelajaran Kontekstual

APAKAH yang dimaksudkan dengan kontekstual dan apalah pula keistimewaan


kaedah kontekstual?

 Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa
Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam
konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.

Secara umum, kontekstual membawa pengertian:

1. Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut


konteks.
2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).

Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud
kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat
pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga
memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.

Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang
mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.

Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi
untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu
kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu
untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam
menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan
bekerja.

Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri
apabila berada di luar bilik darjah.

Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses


pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis
latih tubi dan rangsangan dan tindak balas.

Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar


memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia
membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka
sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).

pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan


mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan
persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan
yang diterima akal dan kelihatan bermakna.

terbentuk daripada pemahaman ini, teori pembelajaran kontekstual tertumpu pada


aspek pelbagai bagi mana-mana persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik
darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer, tampat atau lokasi kerja, atau di
ladang tanaman.

Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran


yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk
aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang
diinginkan.

Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna


antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.

Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan.

Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Fizik berkenaan tajuk


Pengkonduksian Terma mungkin mengukur bagaimana kualiti dan amaun bahan
pendebat bangunan mempengaruhi jumlah tenaga yang diperlukan untuk menyejuk
atau memanaskan bangunan itu.

Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang mempelajari konsep saintifik asas
dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara bagaimana peladang menghadapi
dan menyumbang kepada kemerosotan persekitaran.

Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan


pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari
dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan
antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai
ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

Kaedah Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai
kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin,
1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi
juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

a. saling bergantung antara satu sama lain secara positif,


b. saling berinteraksi secara bersemuka,
c. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
d. kemahiran koperatif, dan
e. pemprosesan kumpulan

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam
kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza
bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.

Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan,


misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement
Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads),
dan Meja Bulat (Round Table).

Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini,
pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan
pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk
mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-
rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu.
Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami
dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid.
Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu
penstrukturan semula idea.

Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam
kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang
tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

3.1 KAEDAH KOPERATIF

Definisi

Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan
bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya
Ciri-ciri penting

1.Dalam pendekatan koperatif, sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja.

2.Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja, semua
ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut

3. Dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi dikalangan pelajar

4. Ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga
memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat

5. Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak
mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai

6. Guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu
ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif

3.2 PENDEKATAN KOLABORATIF


Definisi

Pembelajaran kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. Ia memerlukan idea yang
mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan

Ciri-ciri Penting
1. Dalam pembelajaran kolaboratif, pelajar-pelajar akan mengumpul idea atau data, berkongsi
pengalaman, berbincang sesama mereka, dan menyelesaikan masalah bersama

2. Kriteria asas dalam pendekatan kolaboratif

a) kebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat peribadi

b) perlunya ada komitmen, kesudian untuk berkorban masa bagi merancang, menilai dan membuat
refleksi

c) saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai prestasi akademik yang baik

3.3 PENDEKATAN KUMPULAN

Definisi

Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi kemasyarakatan dan dinamik


kumpulan

Ciri-ciri penting

1. Aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih prosedur
pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik

2. Tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan

3. Penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan

4. Kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi tanggungjawab

5. Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk


6. Kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan pelajar, mengenalpasti, menganalisis
dan menyelesaikan masalah secara koperatif

3.4 PENDEKATAN INDIVIDU

Definisi

Satu cara atau program pengajaran yang mengambil kira perbezaan individu setiap pelajar

Ciri-ciri Pendekatan Individu

1.Pengajaran berdasarkan kebolehan dan kemampuan seorang pelajar

2. Penilaian berkala memberi maklumbalas kepada pelajar mengenai penguasaan kemahiran dan
pengetahuannya

3. Pelajar mempunyai peluang untuk memilih matlamat pembelajaran, hasilan dan aktiviti-aktiviti

4. Kurang sesuai untuk pelajar sekolah rendah atau pelajar lembap yang memerlukan motivasi dan
dorongan daripada pengajaran aktif guru
3.5 KAEDAH PEMUDAHCARAAN

Definisi

Kaedah yang kurang menitikberatkan peranan guru dan lebih menitikberatkan peranan murid.
Sangat berkesan dalam sekolah bestari diamana guru memainakan peranan sebagai “guide” dalam
proses pembelajaran

Ciri-ciri Penting

1. Guru menggalak murid supaya aktif dalam proses pembelajaran dengan memberi arahan dan
panduan yang jelas

2. Guru hanya memberi bimbingan tetapi murid yang menyelesaikan masalah dalam bilik darjah

3. Guru memberi penekenan kepada murid untuk membina pengetahuan mereka sendiri

4. Peranan guru adalah lebih sebagai pemerhati dan pendorong dalam proses pengajaran dan
pembelajaran

5. Ia juga akan menggalakkan proses interaksi dikalangan murid supaya dapat mencetus idea dan
jawapan yang betul kepada penyelesaian masalah

6. Peranan guru juga ialah untuk menyediakan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran bagi
merangsang pembelajaran pelajar

3.6 TEKNIK PERBINCANGAN

Definisi

Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksi sesama mereka dan
membincangkan sesuatu isu/masalah
Ciri-ciri Penting

1.Pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik dan
guru bersama pelajar akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan

2. Pelajar akan memberi reaksi/tindakbalas tentang topik atau masalah dan perbincangan
dilaksanakan dibawah kawalan guru

3. Perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarang situasi bilik darjah

4.Tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan pelajar mengembangkan kemahiran diri
dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah

3.5 KAEDAH TUNJUK CARA

Definisi

Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti
mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk
menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.

Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti

Ciri-ciri penting
1. Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajarai
setelah melalui prosedur yang ditunjukkan

2. Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah

3. Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen

4. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti

5. Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah

6. Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada pelajar
melalui penglihatan dan pendengaran

7. Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi

3.6 PENYELESAIAN MASALAH

Definisi

Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara
kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkah-langkah tertentu untuk mengatasi
kekurangan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi

Penyelesaian masalah adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu
situasi yang sukar, mengatasi halangan, menghasilkan sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan
sesuatu yang rumit.

Ciri-ciri Penting

1.Tujuan penyelesaian masalah ialah ia membolehkan pelajar berfikir secara rasional, logik dan
objektif apabila menghadapi masalah

2. Mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis

Penyelesaian masalah dalam pengajaran

1. Mulakan penyelesaian masalah yang mudah secara lisan untuk menggalakkan perbincangan

2. Dalam penyelesaian masalah, soalan-soalan divergen mengenai masalah dikemukakan

3.Masalah yang dikemukakan hendaklah berkaitan dengan matapelajaran

4.Guru perlu membimbing dan merangsang perbincangan penyelesaian masalah

5.Jika penyelesaian masalah dicapai, pelajar diminta mengemukakan contoh-contoh baru bagaimana
kemahiran menyelesaikan masalah itu boleh diaplikasikan

6.Jika penyelesaian masalah tidak diselesaikan, alternatif-alternatif lain dikemukakan

7. Kelebihan penyelesaian masalah ialah ia mewujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan


pelajar dan mengakibatkan penglibatan aktif pelajar dalam pelajaran

3.9 KAEDAH SIMULASI

Definisi Simulasi

Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar
berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu
masalah atau isu

Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara
menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang
benar-benzr wujud di dalam keadaan yang terkawal

Ciri-ciri Penting Simulasi

1.Simulasi merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Peserta belajar daripada kesilapan
dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya

2. Dalam simulasi, peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang
peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan
kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan

3. Peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi

4. Tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan
memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan

5. Kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis
dan kritis

3.10 KAEDAH BERCERITA

Definisi
Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar berlaku atau
diciptakan

Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting sebagai sumber
hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan masyarakat

Ciri-ciri Penting

1. Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar

2. Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan
(mendengar dan bertutur)

3. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan
ekspresi/mimik muka

4. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang berkaitan
dengan kehidupan seharian

5. Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang dan
berketrampilan

3.11 KAEDAH STRATEGI MAIN SAMBIL PELAJAR

Definisi

Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada
pembelajaran.

Main merupakan expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat
kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan kaedah permainan
Ciri-ciri Penting

1. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan


permainan bahasa

2. Permainan manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak

3. Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan,
kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal.

4. Permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi unsur bermain


dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar
yang menyeronokkan dan bermakna

5. Kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain

6. Ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah

3.11 KAEDAH PROJEK

Definisi

Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam
situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997)

Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan mereka
belajar melalui proses menghasilkan sesuatu

Ciri-ciri Penting

1. Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman
pelajar semasa menjalankan projek

2. Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan
sesuatu projek
3. Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti

4. Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar

5. Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperoleh

6. Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran

7. Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan

kepuasan jika dapat meyelesaikan projek. Pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan

3.12 Kaedah Lawatan

Definisi

Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka telah
belajar dalam situasi sebenar

Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak
boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah

Ciri-ciri Penting

1. Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara
langsung

2. Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada
pembelajaran

3. Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan
maujud dan proses-proses yang berlaku

4. Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan
pembelajaran kandungan disekolah
5. Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih menyeronokkan kerana perbincangan
bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat.

6. Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan ini akan
mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara yang diajar

3.14 Kaedah Inkuiri Penemuan

Definisi

Kaedah ini menggabungkan kedua teknik inkdiri dan teknik penemuan. Ia adalah satu pendekatan
yang lebih saitntifik dan menjurus kepada proses penyelesaian masalah tetapi ia akan mengambil
masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan kaedah dan teknik yang lain

Ciri-ciri Penting

1. Terdapat beberapa langkah yang spesifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu
mengenal pasti masalah, merancang strategi penyelesaian, mengumpul maklumat, menganalisis
maklumat dan mendapat keputusan serta membuat rumusan

2. Pendekatan ini lebih sesuai untuk murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi oleh itu ia
mungkin menimbulkan masalah untuk murid yang lemah

3. Pendekatan ini menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif serta celik akal dikalangan murid

4. Murid-murid yang terlibat dengan kaedah ini akam merasa puas hati apabila mereka dapat
mencari jawapan sendiri dan menggalakan perasaan berdikari dalam proses pembelajaran

5. Untuk menggunakan kaedah ini, guru perlu mempunyai kepakaran yang lebih tinggi dan perlu
membuat perancangan yang lebih teliti

3.15 Modul
Definisi

Modul merupakan satu set pengalaman-pengalaman pembelajaran yang disediakan ntuk membantu
mencapai objektif pembelajaran

Ia meupakan satu komponen yang tersendiri dalam satu sistem pengajaran-pembelajaran

Ia direkabentuk untuk pelajar belajar secara sendiri

Ia dibentuk untuk penggunaan satu-satu golongan pengguna

Ciri-ciri Penting

1. Ia mengandungi satu atau beberapa konsep sahaja

2. Modul mengandungi objektif-objektif tingkah laku

3. Ia boleh menggunakan pelbagai media

4. Ia mengandungi berbagai strategi atau aktiviti

5. Setiap panduan belajar mempunyai pengenalan, objektif pengajaran, siri, tugasan dan soalan-
soalan untuk menguji kefahaman pelajar

6. Bahan pembelajaran terdiri daripada tugasan-tugasan pembelajaran yang digubal dan disusun
secara sistematik

7. Dalam modul unsur-unsur peneguhan dan jawapan-jawapan betul disediakan

8.Bahan pembelajaran terdiri daripada tugasan-tugasan pembelajaran yang digubal dan disusun
secara sistematik

You might also like