Soalan 5 5(a) Banding beza antara lima teori pembelajaran yang telah anda pelajari.

Teori pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilk darjah anda? Beri sebab-sebab bagi menyokong pilihan anda. Pembelajaran merupakan perubahan ke atas individu hasil daripada pengalaman dan manusia mula belajar sejak lahir dan semua pembelajaran ini berkaitan dengan pengalaman. Pembelajaran tidak terhad kepada sekolah sahaja tetapi pembelajaran berlaku dalam banyak keadaan iaitu formal dan tidak formal. Pembelajaran berlaku melalui pelbagai cara sengaja atau tidak sengaja. Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar belajar dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Pembelajaran berlaku apabila manusia, termasuk murid muda, dari semasa ke semasa mengubah kefahaman dalaman mereka tentang dunia semasa mereka menemui bukti luaran yang bercanggah dengan kefahaman awal mereka. Lima teori pembelajaran iaitu teori behavioris, teori kognitif, teori pembelajaran sosial, teori humanistik dan teori konstruktivisme. Lima aspek yang berkaitan dengan proses pembelajaran iaitu kesediaan, corak pengamatan, persepsi, ingatan dan lupaan serta pemindahan pembelajaran. Pelopo r Ahli Psikolo gi

Teori Pembelajaran Kognitif

Implikasi Pembelajaran

Pengajaran-

1

Kohler

 Persepsi perkaitan unsurunsur di persekitaran : celik akal.  Celik akal berlaku bergantung kepada pengalaman yang sedia ada.

 Menggalakkan pelajar dengan menggunakan celik akal menyelesaikan masalah.  Mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan pembelajaran baru.  Membangkitkan kesediaan pelajar terhadap isi pelajaran yang akan dipelajari (peta kognitif).  Melatih pelajar gunakan persepsi dengan tepat untuk membina peta kognitif.   Isi pelajaran dikembangkanmengikut peringkat

2

Tolman

 Pembelajaran Isyarat: Pembentukan peta kognitif situsi keseluruhan.

3

J.Piaget

 Pembelajaran ialah perubahan bentuk pemikiran

1

penyelesaian masalah. 4 R. ekspositori.  Menggunakan bahan konkrit untuk mengajar bahasa.Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun) . hukum dan teorom untuk menyelesaikan masalah.  Membinbing pelajar mengebal pasti cirri-ciri khusus untuk membina konsep dan hukum.lapan fasa proses pembelajaran.  Memberi peneguhan selepas aktiviti penilaian.  Menyusun isi pelajaran secara sistematik mengikut tahap perkembangan kognitif pelajar. sekuen. struktur. bahasa.Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) .Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)  5 konsep asas : Skema. 5 J.Peringkat Enaktif (0-2 tahun) .  Perkembangan kognitif kanak-kanak : .Peringkat Ikonik (2-4 tahun) .lapan hierarki pembelajaran : isyarat.  Memupuk motivasi intrinsic dan menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. -pengalaman sedia kepada pengalaman baru.  Membimbing pelajar menyusun konsep-konsep yang berkaitan secara hierarki. gerak balas.  Mengajar sesuatu kemahiran mengikut urutan (rangkaian motor).konsep. Gagne  Teori Pemprosesan Maklumat : . demi menggerakkan proses asimilasi dan akomodasi.  Membimbing pelajar membezakan ciri-ciri penting. keseimbangan. rangkaian motor.  Membimbing peljar menggunakan prinsip. hukum.  4 Prinsip pengajaranpembelajaran : motivasi.Peringkat deria motor (0-2 tahun) . akomodasi.S. adaptasi. .  Memupuk motivasi intrinsik pelajar. asimilasi. terbimbing.iaitu struktur kognitifnya. 2 . -konkrit kepada abstrak. perkembangan kognitif kanakkanak.M. diskriminasi.  Membangkitkan naluri ingin tahu pelajar dengan kaedah inkuiripenemuan dan kaedah induktif.Peringkat Simbolik (5-7 tahun)  Perkembangan kognitif ialah perubahan bentuk perwakilan : aksi gambaran simbol  Teori Pembelajaran Penemuan : (3 jenis) bebas. Bruner  Perkembangan Kognitif Kanak-kanak : .

ekspositori dan pengelola awal.  Membimbing pelajar menggunakan pemikiran metakognitif dan refleksi untuk menilai kemungkinankemungkinan penyelesaian dicadangkan. untuk pembelajaran resepi yang bermakna. Teori Pembelajaran Sosial 1 Bandur a Walters  Fokus utama .Pengalaman yang sedia ada struktur kognitif.  6 Ausubel  Teori Pembelajaran Resepsi yang bermakna : . mengarah dan menilai pemikiran individu diri.pembelajaran sosial interaksi.pemikiran refleksif.operasi metakognitif melibatkan usaha mencari makna. merancang. . . . iaitu mengggabungkan konsep lama dengan konsep baru.  Proses pengajaranpembelajaran : membangkitkan kesediaan belajar  mempersembahkan pengelola awal  perhubungan konsep  pembezaan progresif  penyesuaian secara integrasi  Membimbing pelajar memikir masalah secara kritis dan kreatif. I x Px T 3 .kognitif refleksi. 7 Flavell  Teori metakognitif konsep metakognitif : .  Gunakan kaedah deduktif.Mengintegrasikan maklumat yang tersusun secara logikal dalam bentuk terakhir dengan pengalaman/ ilmu yang sedia ada melalui kaedah ekspositori.berfikir tentang pemikiran (thinking about thinking.peneguhan.Neobehavioris : tingkah laku dan kognitif permodelan/ peniruan self-regulation self.efficacy  Guru sebagai model peniruan.konsep utama ialah pembelajaran bermakna dihasilkan berasaskan pengalaman/ilmu yang sedia ada pelajar.  Gunakan kaedah demonstrasi dengan contoh-contoh yang sesuai.  Menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan  Menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai  Mengekalkan ingatan murid dengan mendemonstrasikan langkah-langkah secara  Ciri-ciri teori pembelajaran : . . .

 Membentuk iklim bilik darjah yang kondusif dan tanpa ancaman. Rogers.  Mengutamakan pembelajaran diri sendiri. membentuk konsep kendiri yang unik dan tersendiri melalui nilai dan sistem kepercayaan diri.  Mengamalkan prinsip kebebasan dan demokrasi. sistematik  Memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi  Fokus utama kemanusiaan sempurna kendiri motivasi instrinsik individualiti perkembangan emosi keperluan afektif self-actualization kendiri positif bebas demokrasi -  Ciri-ciri : .pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan.setiap individu berhasrat mencapai kesempurnaan kendiri. 4 . Maslow .tingkah laku peniruan adalah hasil peneguhan Teori Pembelajaran Humanis 1 Carl R. Bugent al. Abraha m H. . Neil.  Memastikan keperluan asas murid telah dipenuhi. .  Bersifat penyayang dan memupuk nilai kendiri positif di kalangan pelajar.Keberkesanan pembelajaran bergantung kepada :  motivasi intrinsik  bahan pelajaran yang bermakna  seiras dengan objektif pelajar  penyertaan diri secara aktif .  Mengamalkan konsep pendidikan terbuka.Kesempurnaan kendiri hanya boleh dicapai selepas keperluan asas telah dipenuhi  Mengutamakan strategi berpusatan murid dan kaedah individu.proses pembelajaran melalui : perhatian  mengingat  reproduksi  peneguhan/ motivasi .

 Menekankan perkembangan proses metakognitif dan refleksi dalam pembelajaran.Teori Konstruktivisme :  Teori Konstruktivisme : .berasal daripada teori perkembangan kognitif Piaget dan teori zon perkembangan prokimal (ZPO) Vygotsky.Proses pembentukan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pengalaman individu. 1 Pavlov.Konsep Konstruktivisme.Inisiatif sendiri (bergantung kepada peneguhan) .Ilmu dibentuk berasaskan inisiatif dari individu.gerak balas/ tingkah laku dihasilkan selepas rangsangan. .Tujuan membentuk ilmu adalah mengadaptasikan diri dalam alam sekeliling.  Mengembangkan proses metakognitif dan pemikiran reflektif dengan kaedah dan teknik penyoalan. .Bukan inisiatif sendiri (bergantung kewujudan rangsangan / stimuli) . Vygotsk y. Skinner  Menggunakan peneguhan positif/ negatif  Secara operan terhadap kesan daripada rangsangan 5 . Watson  Menggunakan rangsangan tak terlazim dikaitkan dengan rangsangan terlazim  Secara responden terhadap rangsangan.  Pelaziman Operan : . .  Pencapaian pembelajaran usahasama lebih baik daripada usaha diri. pembelajaran koperatif. Von Glaserf eld  Gunakan strategi berpusatan murid.Bersifat aktif 1 Piaget. pelajar agar mengambil inisiatif diri dalam pembelajaran. perbincangan. Teori Behaviorisme  Pelaziman Klasik : . sumbangsaran.Bersifat pasif  Urutan pelaziman : .Responden . kumpulan.Gerak balas (tingkah laku) .  Mengaitkan ilmu yang sedia ada dengan pembelajaran baru dan memupuk motivasi instrinsik. penyelesaian masalah dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran. khasnya kaedah Sokratik.mempunyai erti sama dengan teori konstruktivisme kognitif atau konstruktivisme . 2 Thorndi ke. .Gerak balas (tingkah laku) .

murid tahun satu mempunyai tahap pemikiran yang masih rendah dimana mereka banyak mempelajari sesuatu secara formal atau tidak formal. Pendekatan humanistik juga menekan kepentingan peranan guru dalam memberi sokongan dan mengambil berat. Maka kebiasaannya teori pembelajaran yang saya amalkan dalam bilik darjah ialah gabungan teori pembelajaran sosial. Di dalam kelas. mengekalkan maklumat. Oleh itu. Bagi teori Piaget. guru mempunyai peranan penting dalam menyediakan murid dengan pengalaman yang akan membantu mereka membina kefahaman yang lebih tepat tentang bagaimana persekitaran dan dunia berfungsi. Pendiriannya ialah manusia berfikir dan bertingkah laku melalui pemerhatian terhadap orang lain dan meniru tingkah laku yang boleh memberi manfaat kepadanya. Di antaranya ialah individu (proses). Manakal teori humanistik dimana manusia sebagai insan yang unik mempunyai potensi yang unggul. Terdapat empat elemen penting dalam pembelajaran pemerhatian yang perlu dipertimbangkan. kemudian mereka akan cuba mengekalkan maklumat dengan cuba mengikut dan menghasilkan tingkah laku yang apa mereka lihat atau mereka pelajari. guru perlu melihat samada murid mengikut sesuatu pelajaran dengan cara yang baik atau sebaliknya. menghasilkan tingkah laku dan motivasi serta peneguhan. serta bergantung lebih kepada 6 . persekitaran sebagai rangsangan luaran.dan teori pembelajaran Maslow. Urutan pelaziman : . Mereka akan melihat sesuatu melalui pemerhatian. tetapi menekankan pembelajaran berdasarkan faktor sosial. Teori pembelajaran sosial berdasarkan pendekatan behavioris atau pembelajaran. Pendekatan humanistik menekankan “keseluruhan murid” dengan kata lain.iaitu memberi perhatian. aspek emosi dan sosial kehidupan murid. teori pembelajaran humanistik. individu dirujuk sebagai keadaan motivasi intrinsiknya. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semulajadi untuk belajar dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna. Teori pembelajaran sosial melibatkan tiga unsur asas yang utama. guru perlu memahami cara pembelajaran murid dan setiap perbuatan murid.Gerak balas/ tingkah laku berlaku adalah kesan daripada rangsangan/ peneguhan. mereka berusaha sedaya upaya untuk mengembangkan potensi tersebut sepenuhnya. dan tingkah laku sebagai perlakuannya. persekitaran (environment) dan tingkah laku (behavior). Di dalam tiga unsur asas ini.

Mereka masih memerlukan perhatian guru dan sentiasa mencari masa untuk keluar bermain jika guru kurang peka terhadap murid. Murid memerhatikan kelemahan guru mereka contohnya jika guru kurang tegas. Dari itu teori ini bercirikan kesedaran mereka sebagai insan yang unik mempunyai potensi yang unggul dan mereka berusaha sedaya upaya untuk mengembangkan potensi tersebut sepenuhnya. Oleh itu murid perlu dididik dengan tegas dan prihatin kerana mereka perlu perhatian dari guru. cara menjawab soalan serta aktiviti kumpulan atau aktiviti di dalam darjah. Pelaziman didefinasikan sebagai satu proses dimana tingkah laku organisme berkaitan dengan rangsangan daripada persekitaran supaya apabila rangsangan ini wujud. Ahli psikologi kognitif yang paling 7 . guru perlu mengajar serta membimbing murid dengan melihat kelemahan murid contohnya bagi murid yang masih lemah dalam penulisan atau pemahaman. Oleh itu guru perlu memahami sifat murid tersebut kerana murid ini tidak berminat untuk belajar tetapi guru boleh mengasah kebolehan murid dalam bidang sukan.menerangkan sebab sesuatu perkara perlu dilakukan dengan cara tertentu. Oleh itu. Saya mengamalkan teori pembelajaran tersebut kerana teori ini bukan sahaja menekankan perhatian guru terhadap murid yang lemah dan bermasalah tetapi murid yang mempunyai potensi dalam pelbagai aspek contohnya murid ini lemah di dalam pelajaran tetapi mereka cenderung di dalam bidang sukan. Manakala teori pembelajaran behavioris menekankan peranan pengalaman dalam mentadbirkan tingkah laku.ejaannya serta bacaanya. guru perlu mendekati murid dengan mengajar cara penulisan yang betul. guru perlu memberi sokongan serta motivasi kepada murid kerana murid yang lemah dari segi pelajaran kurang berminat untuk belajar dan mereka lebih berminat bermain untuk murid lelaki dan berinteraksi atau berbual bagi perempuan. cara melukis gambar. Tingkah laku juga mengguna konsep pelaziman untuk menerangkan bagaimana pembelajaran berlaku.Guru memerlukan perhatian yang lebih bagi murid yang lemah dan perlahan cara memahami pembelajaran di dalam kelas. Bagi teori ini. tingkah laku tersebut berlaku.Teori ini diamalkan didalam bilik darjah dimana guru perlu mengambil berat terhadap murid khasnya murid tahun satu dimana mereka memerlukan perhatian guru dan mereka masih banyak perkara yang perlu dipelajari contohnya cara menulis nota. Selain itu guru perlu sabar dalam menangani masalah murid dan melayan karenah murid kerana mereka masih keanakanakkan. mereka akan mengambil kesempatan untuk bermain.Guru perlu menerangkan sebab sesuatu perkara perlu dilakukan dengan cara tertentu. Sementara teori Kognitif pula berfokus kepada perubahan yang berlaku terhadap cara manusia berfikir daripada peringkat bayi kepada zaman kanakkanak dan remaja dan akhirnya alam dewasa.

Jadikan suasana bilik darjah kondusif dengan menjalankan aktiviti pengajaran- 8 . Bagi teori pembelajaran Maslow. cara seseorang individu menimba ilmu pengetahuan yang terbaik dan mendalam. Sebagai tambahan. terdapat tiga konsep asas iaitu keperluan asas. keberkesanan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakat mana keperluan-keperluan pelajar dapat dipenuhi Berdasarkan teori-teori pembelajaran yang dibincangkan.terkemuka. Ahli teori behavioris melihat kanak-kanak sebagai murid pasif yang hanya bertindak kepada rangsangan persekitaran sahaja. Ini bermakna. Namun. Oleh itu. Mereka membina ‘teori’ sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi dan mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini.Pembelajaran adalah aktiviti sosial dimana pembelajaran berkaitan dengan manusia lain. Murid belajar cara belajar semasa belajar. kanak-kanak tersebut membuat uji kaji berkaitan dengan undangundang graviti. Di dalam peringkat ini. rakan sebaya dan lain-lain hubungan. Murid-murid seronok apabila menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran. mengembangkan maklumat. Manusia memerlukan peluang untuk menerokai dan mengkaji sepertimana kanak-kanak yang terus menjatuhkan permainannya. Jean Piaget. Tanpa disedari. menyelesaikan masalah harian dan mencipta respon baru terhadap sesuatu situasi. maklumat dan estetik. keperluan kasih sayang dan penghargaan kendiri manusia hendaklah dipenuhi sebelum manusia bersedia menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri. guru. pembelajaran adalah satu proses yang aktif dimana murid mengguna input sensori untuk membinanya. peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor yang paling penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi membina makna dan membina sistem makna. aktiviti pengajaran harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak. melihat kanak-kanak sebagai murid aktif yang berlagak seperti ‘saintis kecil”. Penggunaan model yang sesuai memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. guru perlu menyediakan peluang untuk muridnya menguji pendapat baru. Menurut teori ini. Setiap murid membina makna semasa mereka belajar. Manakala teori konstruktivisme pula merujuk kepada pendapat bahawa murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman mereka. Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba memberi pengertian tentang dunia dengan membandingkan kefahaman dalaman mereka tentang bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran. adalah dengan membina makna secara aktif melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan sosial. Oleh itu. guru harus mempertimbangkan keperluan asas pelajar dipenuhi.

gembira. Jika guru dapat membimbing murid yang bermasalah. teori pembelajaran sosial. humanis dan maslow mempunyai kaitan dalam pembelajaran dan pengajaran. Guru juga perlu memahami murid yang bermasalah dalam pelajaran dan masalah keluarga mereka. 9 . Saya memilih teori tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran kerana guru perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik murid dan guru perlu memberi perhatian kepada pelajar supaya mereka mempunyai minat dan keyakinan untuk belajar. Guru perlu bersifat penyayang dan memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran. Harmonis dan selamat melibatkan diri dalamnya.pembelajaran agar mereka merasa seronok. mereka merasa diri mereka dihargai dan dapat menumpukan kepada pembelajaran. Sebagai kesimpulan.